-
[email protected]
SOALAN TEKNIKAL CHARGEMAN DAN WIREMAN
1. Anda bekerja sebagai penjaga jentera disebuah kilang yang
terletak jauh darikilang-kilang lain. Tiba-tiba seluruh kilang
tidak dapat mendapat bekalan elektrik.Bagaimana cara anda
mengenalpasti punca kerosakkan dan terangkan bagaimanaanda hendak
mencari kerosakkan dan membaik pulih semula bekalan.
Jawapan
Tatacara mengikut turutan.i. Pergi ke bilik papan suis utama
ii. Kenalpasti samaada bekalan TNB terputus atau pemutus litar
yang terpelantikiii. Sekiranya pemutus litar yang terpelantik,
kenal pasti kerosakkan disebabkan oleh
lebihan beban arus atau arus bocor ke bumiiv. Sekiranya pemutus
litar terpelantik disebabkan oleh arus bocor ke bumi kenal
pasti punca kerosakkan buat ujian rintangan penebatan pada papan
suis itu danjuga di setiap punca beban keluar. Kemudian asingkan
litar yang menyebabkankerosakkan. Reset Earth Faulty Relay dan
berikan bekalan ke beban yang lain
v. Membaiki kerosakkan tersebut
2. A. Apakah dia sistem gridB. Mengapa sistem grid digunakanC.
Sebutkan dua tempat yang menggunakan sistem penghantaran jejariD.
Terangkan mengapa sistem ini digunakan
Jawapan
A. Sistem grid ialah sistem penghantaran yang menyambungkan
beberapa buahsistem penjana atau beberapa buah pengubah penghantar
dalam litar grid
B. Tujuan sistem ini digunakan ialahi. mengurangkan kawasan
penjanaan supaya penjana itu boleh membekalkan
kuasa yang tinggiii. mendapatkan frekuensi yang seimbang
C. Dua tempat yang menggunakan sistem penghantaran jejari
ialahdikawasan rumah berderet dan di tepi jalan
D. Sistem ini digunakan kerana cara ini merupakan cara yang
palingmenjimatkan
-
[email protected]
3. Apakah langkah-langkah keselamatan yang harus diambil sebelum
dan semasakerja rombak rawat ke atas sesebuah motor 3 fasa
Jawapan
Sebelum kerja rombak rawat ke atas sesebuah motor 3 fasa
ialah:i. Mengasingkan bekalan- Pastikan bekalan mati, keluarkan
pemutus litar dan kunci shutter- Keluarkan fius kawalan dan kuasa
penghidup motorii. Gantungkan tanda amaran ORANG SEDANG BEKERJA di
tempat kerja.iii. Gunakan peralatan yang sesuaiiv. Pakai pakai
keselamatan
Semasa rombak rawat motor 3 fasai. Ujian penebatan sebelum dan
sesudah rombak rawat. Bacaan hendaklah
melebihi 2 Megaohmii. Bekalan seketika untuk memastikan pusingan
motoriii. Bekalan sepenuhnya untuk memastikan- Bunyi normal-
Getaran- Selepas tiga jam periksa suhu pada setiap bahagian
motor
4. a. Apakah feature yang biasa di dapati di dalam beban
induktive dan mengapakahkuasa reaktif (KVAr) diperlukanb.
Mengapakah automatik power faktor dipasang di dalam pepasangan
elektrikpenggunac. Apakah yang dimaksudkan dengan C/K setting dan
apakah kepentingannyadalam sistem pembaikan angkadar kuasad. Apakah
kesannya kepada pepasangan elektrik jika jangka angkadar
kuasamenunjukkan bacaan 0.5
Jawapan
a. Feature yang biasa didapati di dalam beban inductice ialah
fasa diantara voltandengan arus terpisah atau tidak sama fasa
dimana arus litar mengekor atautertinggal di belakang voltan
bekalan, kuasa reaktif (KVAr) diperlukan bagimengurangkan kuasa
beban induktive yang mengebabkan arus litar terpisahdengan voltan
dengan tidak menggunakan kuasa beban sebenar (KW)
b. Automatik power faktor regulator dipasang di dalam pepasangan
elektrikpengguna kerana digunakan bersama-sama dengan unit simpanan
pemuat(capasitor bank) untuk menghidupkan simpanan pemuat
(capasitor bank) dari satuunit ke satu unit yang berikutnya
sekiranya faktor kuasa mengekor (mengusul)
c. C/K setting bermaksud nisbah diantara saiz keseluruhan pemuat
KVAr dengannisbah arus pengubah (current transfomer) diantara utama
dan sekunder.Kepentingan dalam sistem pembaikan angkadar kuasa
ialah geganti boleh disetagar operasi selaras dengan arus.
d. i. Kecekapan alat itu berkuranganiii. Perbelanjaan penjanaan
lebihiv. Penurunan keberkesanan kabel, susut voltan pada kabel akan
bertambah dan
kehilangan kuasa yang berlebihan di dalam kabel
-
[email protected]
5. a. Apakah tiga (3) jenis sistem penghantaran bekalan yang
biasa ditemuib. Berikan satu kebaikan sistem penghantaran gridc.
Apakah erti kabel perkhidmatan
Jawapan.i. Sistem gridii. sistem jejariiv. sistem grid
b. Voltannya sentiasa seimbang, menjimatkan perbelanjaan dan
penjanaan kecilc. Kabel yang membekalkan tenaga elektrik kepada
pengguna-pengguna
6. Sebutkan lima (5) jenis elektrod yang diperakui untuk tujuan
pembumian
i. Batang kuprumii. Paip galvaniiii. Pita/jalur kuprumiv. Plat
galvani/besiv. Struktur kerja keluli
7. a. Apakah tujuan utama pemutus litar udara (ACB) di dalam
sistem pembekalankuasab. Sesentuh utama dalam pemutus litar udara
dibahagikan kepada dua bahagian,namakan 2 (dua) jenis penyentuh
tersebut
Jawapan
a. Tujuan utama pemutus litar udara (ACB) di dalam sistem
pembekalan kuasa ialahjika digunakan bersendirian ianya hanya
berfungsi sebagai pengasing. Tetapiapabila ianya dilengkapkan
dengan komponen perlindungan seperti alat
ubaharus,geganti(relay),shunt trip coil ianya dapat memberi
perlindungan yangdiperlukan secara automatik. Perlindungan yang
boleh diberikan oleh ACB ialaharus lebih, beban lebih dan rosak ke
bumi.
b. 2 bahagian sesentuh utama di dalam pemutus litar udara ialah
penyentuh bergerak(moving contact) dan penyentuh tetap (fixed
contact)
8. Apakah yang dimaksudkan dengan inching atau jogging untuk
motor dandimanakah kebiasaannya ia digunakan
Jawapan
Inching atau jogging untuk motor bermaksud motor dihidupkan
berulang-ulang kalidalam suatu masa yang singkat. Ini bertujuan
untuk meletakkan sesuatu kepada satutempat yang tersedia.
Kebiasaannya ia digunakan pada mesin pencetakan,kren,mesinangkat
dan sistem conveyor.
-
[email protected]
9. Apakah yang dimaksudkan dengan kadar voltan (rated voltage)
untuk kabel?Kebiasaan ianya dikadarkan sebagai 2 voltan AC Uo/U
seperti 600/1000 volt.Apakah maksud kadaran-kadaran Uo dan U
itu
Jawapan
Kadar voltan (rated voltage) utnuk kabel bermaksud kadar
keupayaan menempungvoltan bagi kabel tersebut. Maksud kadaran Uo
ialah kadar ketahanan maksima voltandiantara pengalir fasa dengan
bumi. Manakala U pula bermaksud kadar ketahananmaksima voltan
diantara pengalir fasa dengan pengalir fasa
10. Apakah perbezaan di antara pemutus litar dengan load break
switch
Jawapan
Pemutus litara adalah suatu peranti yang memeutuskan atau
mengasingkan litar daripadabekalan apabila berlakunya arus lebihan.
Manakala load break switch pula suatu perantiyang pada kebiasaannya
kendalian insani dan mempunyai mekanisma quick-make,quickbreak
biasa ianya digunakan sebagai peranti untuk memutuskan dan
melindungipengubah dan otor pam voltan sederhana
11. Apakah yang dimaksudkan dengan burden alatubah dan apakah
kepentingannyadalam litar
Jawapan
Burden alatubah arus bermaksud beban atau nilai tanggungan beban
atau nilaitanggungan alatubah arus yang akan digunakan dan
kepentingannya dalam litar ialahianya merangkumi segala galangan
dalam litar termasuklah galangan padabusbar,galangan
pembumian,galangan geganti ata kelengkapan dan sebagainya.
12. a. Apakah fungsi atau kegunaan utama penghidup dalam litar
motor. Senaraikan 3fungsi sahajab.Namakan 3 jenis penghidup motor
yang selalu digunakan dalam pemasanganelektrik
Jawapan
a. Fungsi atau kegunaan utama penghidup motor dalam litar motor
ialahi. menghidupkan dan memberhentikan motorii. melindungi motor
apabila berlaku arus lebih atau beban lampauiii. melindungi motor
dari hidup sendiri setelah berlaku gangguan bekalan
elektrik
b. 3 jenis penghidup motor yang selalu digunakan dalam
pemasangan elektrikialah
i. Penghidup talian terus (D.O.L)ii. Penghidup bintang delta
(star-delta)iii. Penghidup alat ubah auto (auto transfomer)
-
[email protected]
13. Apakah langkah-langkah keselamatan yang harus diambil
sebelum dan semasakerja rombak rawat ke atas sesebuah motor tiga
(3) fasa
Jawapan
Langkah keselamatan yang diambil sebelum kerja rombak rawat ke
atas sesebuahmotor tiga fasa ialah;
i. Mengasingkan bekalan- Pastikan bekalan mati, keluarkan
pemutus litar dan kunci shutter- Keluarkan fius kawalan dan kuasa
penghidup motorii. Gantungkan tanda amaran ORANG SEDANG BEKERJA
ditempat kerjaiii.Gunakan peralatan yang sesuai dan betuliv. Pakai
pakaian keselamatan
Langkah-langkah keselamatan yang diambil sebelum kerja rombak
rawat ke atasmotor tiga fasa ialah:
i. Ujian rintangan penebatan sebelum dan sesudah rombak rawat.
Bacaan hendaklahmelebihi 2 Megaohm
ii. Bekalan seketika untuk memastikan pusingan motoriii. Bekalan
sepenuhnya untuk memastikan- bunyi normal- getaran- selepas tiga
jam periksa suhu pada setiap bahagian motor
14. Berikan 2 jenis pemula (starter) dan terangkan 4 kegunaan
pemula tersebut bagisebuah motor elektrik
Jawapan
Dua jenis pemulai. Pemula terus pada talian (D.O.L)ii. Pemula
bintang-delta
Empat kegunaan pemula tersebut bagi sebuah motor ialah:i.
Menghidupkan atau memberhentikan motorii. Untuk membolehkan motor
hidup tanpa arus penghidup yang tinggiiii. Untuk menghalang motor
daripada hidup semula selepas terhentiiv. Mengurangkan voltan
permulaan
-
[email protected]
15. Bekalan 3 fasa yang disambungkan dalam bentuk bintang
mengeluarkan arus150Amp dimana voltannya 0.415kv dan faktor
kuasanya ialah 0.75 mengekor.Kirakan
i. Voltan terminalii. Kuasa ketaraiii. Kuasa sebenar
Jawapan
i. Voltan terminal = voltan talian__________
3= 415
___1.73
= 239.88, = 240vii. Kuasa Ketara = V x I
= 415 x 150= 62250VA= 62.25KVA
iii. Kuasa Sebanar = V x I x kos = 415 x 150 x 0.75=
46687.50watt= 46.69kw
16. Berikan istilah berikut pada motora. Pelindung beban
lampaub. Pemutar belit (rotor winding)c. Pemutar arus lebihd.
Perlindungan tanpa voltan
Jawapan
a. Pelindungan beban lampau- Akan memutuskan litar motor apabila
berlaku beban lampau (arus meningkat
lebih daripada hadnya)b. Pemutar belit- Bahagian yang berpusing
dalam motor atau mesin arus ulang-alik. Biasanya
terdapat pada motor aruhan pemutar berlilit dan tujuan pemutar
dibelitkan ialahuntuk mengawal kelajuan motor tersebut
c. Pelindungan arus lebih- Akan memutuskan litar apabila berlaku
arus lebih akibat litar pintas atau
pertambahan beband. Perlindungan tanpa voltan- Akan memutuskan
litar motor apabila bekalan tergendala dan motor itu tidak
dapat hidup sendiri setelah bekalan diberikan semula sebelum
dihidupkan denganmenggunakan pemula
-
[email protected]
17. Berikut adalah pemula yang biasa digunakan untuk motor tiga
fasa arus ulang-alik. Terangkan kegunaan dan kendalian setiap
pemula tersebut
i. Pemula terus pada talian (talian terus)ii. Pemula
bintang-delta
Jawapan
i. Pemula terus pada talian (talian terus)Kegunaan- Untuk motor
yang kecilKendalian- pemula ini dipasang terus kebekalan tanpa
mengurangkan voltan talian.Apabila berlaku beban lampau, ia akan
memutuskan litar kawalan pemula danseterusnya bekalan pun akan
terputus
ii. Pemula bintang delta (star delta)Kegunaan- utuk motor yang
sederhanaKendalian- motor ini dihidupkan dengan litar bintang
(star) dan akan bertukarmenjadi litar delta. Apabila motor ini mula
berputar, voltan setiap fasa direndahkanjika berlaku beban lampau,
ia kan memutuskan semua litar bekalan.
18. Nyatakan 3 jenis kabel yang boleh digunakan untuk pendawaian
elektrik bawahtanah
Jawapan
3 jenis kabel yang boleh digunakan untuk pendawaian elektrik
bawah tanah ialah:i. kabel bertebatkan pvk, berperisai dan
bersarungkan pvk (pvc/swa/pvc) cableii. kabel yang bertebatkan
kertas dan bersung plumbum (PILC Cable)iii. kabel yang bertebatkan
kertas, bersarungkan plumbum dan berperisai
(PILCDSTAS Cable)
19. Berikan kebaikan dan keburukan sistem penghantaran talian
rentang atas dandalam tanah
Kebaikan penghantaran talian rentang atas ialahi. Kerja
pemasangan cepatii. Perbelanjaan kurangiii. Mudah membaiki
kerosakkanyaiv. Perubahan mudah dijalankan
Keburukan penghantar talian rentang atas ialah:i. Tidak kemasii.
Mudah putusiii. Memerlukan tiangiv. Barbahaya jika putus
Kebaikan penghantaran dalam tanah ialah:i. Tidak memerlukan
tiangii. Kemas dan cantikiii. Sukar putus
-
[email protected]
Keburukan penghantaran dalam tanah ialahi. Kerja pemasangan
lambatii. Perbelanjaan lebihiii. Sukar membaiki kerosakkaniv.
Perubahan dan tambahan merumitkan
20. Berikan istilah dengan jelas mengenai perkara-perkara yang
terdapat pada platsesebuah motor elektrik arus ulang-alik tiga fasa
berikut:
i. Dutyii. Rpmiii. Voltsiv. Ampsv. Insulationvi. KVAvii.
DBA/Noiseviii. SV factorix. Serial no.
DUTYAdalah jangkamasa keupayaan kendalian bagi motor tersebut.
Biasanya terdapat duajenis duty iaitu
- ContinuousBermakna motor tersebut boleh dikendalikan tanpa
henti atau tiada had masa untukmemberhentikan motor tersebut- Short
timeBermakna motor tersebut memerlukan had masa untuk
dikendalikan
RPMAdalah menerangkan kelajuan sebenar (kelajuan rotor) bagi
motor tersebut- pusinganseminit (PSM)
VOLTSMenerangkan ketahanan voltan yang boleh diterima per fasa
bagi motor
AMPSMenerangkan tentang arus maksima yang boleh diterima oleh
motor dalam tempohtiada had
INSULATIONMenerangkan tentang kelas-kelas penebatan yang
digunakan oleh motor tersebut(contohnya kelas C suhu maksima adalah
lebih tinggi daripada 180c)
KVAKuasa ketara motor tersebut
DBA/NoiseTahap bunyi motor tersebut
-
[email protected]
SV FactorService factor 1.0 bermakna motor tersebut tidak boleh
digunakan melebihi kuasayang tercatat. Jika motor tersebut
dikendalikan lebih dari kuasa yang tercatat ini akanmenyebabkan
penebatan motor tersebut cepat rosak. Service faktor yang
biasadigunakan ialah antara 1.0 sehingga 1.5
Serial No.Nombor siri pengenalan motor berkenaan. Ini adalah
menyatakan nombor individumotor tersebut
21. a. Mengapa voltan dari penjana dinaikkan dahulu nilainya
sebelum diagihkanb.Berikan dua sebab bekalan arus terus tidak
banyak digunakan sekarang dan
berikan juga dua contoh penggunaan ini
Jawapan
a. mengatasi susut voltan, mengurangkan saiz kabelb. dua sebab
bekalan arus terus tidak banyak digunakan sekarang ialah voltan
tidak
boleh dikawal dan perbelanjaan bagi membaiki susut voltan pada
sistempenghantaran mahal. Manakala dua contoh penggunaan bekalan
ini ialahpengecas bateri dan lampu kecemasan
22. Nyatakan lima kaedah bagi mengurangkan nilai rintangan
elektrod bumi
Jawapan
Lima kaedah bagi mengurangkan nilai rintangan elektrod bumii.
Menambahakan panjang atau luas keratan rentas elektrodii. Memasang
beberapa batang elektrod bumi secara selari di luar kawasan
elektrod bumi tersebut (6 meter atau 2 kali ganda panjang
elektrod yang telahditanam
iii. Mengisi garam di sekeliling elektrod (8 bulan sekali)iv.
Menanam bahan kimia seperti magnesium kuprum atau garam batu
23.a. Namakan tiga cara bagi mendapatkan sudut pisahan antara
watt (w) dan voltampere(VA) menjadi sekecil yang mungkin
b. Terangkan bagaimana sebuah motor segerak boleh digunakan
sebagai pembaikfaktor kuasa dalam sebuah pepasangan yang besar
Jawapan.a. Tiga cara bagi mendapatkan sudut pisahan antara watt
dan voltampere menjadi
sekecil yang mungkin ialah dengani. memasang kapasitor selariii.
memasang motor segerakiii. memasang pemaju fasab. Motor segerak ini
akan diberikan ujaan lebih daripada biasa. Oleh itu fasa voltan
dan fasa arus pada litar tersebut akan dapat disamakan. Motor
ini boleh dipasangpada beban atau dibiarkan berjalan tanpa beban,
tetapi lazimnya ia digunakanuntuk melakukan kerja-kerja yang
tertentu seperti menjalankan unit penyamanudara, pemampat udara dan
sebagainya.
-
[email protected]
24.a. Nyatakan tiga jenis kerosakkan yang biasa berlaku terhadap
motor aruhan sangkartupai tiga fasab. Terangkan tiga sebab
mengapakah diadakan senggaraan pada sesebuah motor
arusulang-alik
Jawapan
a. Tiga jenis kerosakkan yang biasa berlaku terhadap motor
elektrik 3 fasaaruhan sangkar tupai ialah
i. Motor tidak dapat dihidupkanii. Bunyi bising dan gegaran yang
kuatiii. Motor menjadi panas bila beroperasi dan mungkin
berasap
b. Tujuan senggaraan diadakan pada motor elektrik 3 fasa ialahi.
Untuk keselamatanii. Mengelakkan kerosakan yang tidak didugaiii.
Menentukan motor tersebut beroperasi dengan cekap
25. Jelaskan dengan ringkas tujuan dan cara-cara ujian penebatan
yang dilakukan ke ataskabel bawah tanah semasa kerja-kerja analisa
kerosakkan
Jawapan
Tujuan ujian penebatan dilakukan ke atas kabel bawah tanah
adalah untuki. Menguji ketahanan penebatan kabelii. Memastikan
tiada litar pintas diantara pengalir-pengalir dalam kabeliii.
Memastikan tiada kerosakkan ke bumi
Cara-cara ujian penebatan yang dilakukan ke atas kabel bawah
tanah semasa kerja-kerjaanalisa kerosakkan dengan menggunakan
jangka penguji rintangan penebatan adalahseperti berikut:
i. Ujian 1 ujian di antara pengalir hidup iaitu diantara
pengalir fasa denganfasa dan pengalir fasa dengan neutral
Merah-Kuning Merah-NeutralKuning-Biru Kuning-NeutralBiru-Merah
Biru-Neutral
ii. Ujian 2- ujian diantara punca/pengalir bumi dengan semua
pengalir yangmembawa arus
Merah-BumiKuning-BumiBiru-Bumi
iii. Bacaan jangka penguji mestilah tidak kurang dari
1Megaohm
-
[email protected]
26. Nyatakan 5 perkara yang mesti dinyatakan sebagai pengenalan
untuk memilih sesuatujenis kabel
Jawapan
5 perkara yang mesti dinyatakan sebagai pengenalan untuk memilih
sesuatu jeniskabel ialahi. Luas keratan rentas atau
lembar,contohnya- garis pusat 6mm atau 7/1.04ii. Bahan pengalir,
contohnya kuprumiii. Kod warna, contohnya- merahiv. Kadaran voltan,
contohnya- 600/1000vv. Bilangan teras,contohnya 3 teras atau 4
teras
27. Nyatakan bentuk-bentuk perlindungan yang perlu ada pada
motor arus ulang-alik
Jawapan
Bentuk-bentuk perlindungan yang perlu ada pada motor arus
ulang-alik ialahi. Perlindungan litar pintas (short circuit)ii.
Perlindungan beban lebihan (over load)iii. Perlindungan voltan
rendah (under voltage)iv. Perlindungan haba lampau (overheating
protective device)
28. Pertimbangan dalam pemilihan kabel diasaskan kepada beberapa
factor yang akanmemberi kesan kepada factor saiz kabel dan jenis
kabel bersesuaian dengan kendaliandan keperluan system. Apakah
factor-faktor itu?
Jawapan
Faktor-faktor itu ialahi. Jenis kabelii. Keupayaan kabel membawa
arusiii. Susutan voltaniv. Voltan bekalanv. Suhu ambien
-
[email protected]
29. Kecekapan beban penuh sebuah motor 3 fasa 415v, 22kw ialah
85%. Jika arus kemotor tersebut menyusul 30 darjah kirakani. Nilai
arus beban penuhii. Nilai arus jika faktor kuasanya ditingkatkan
kepada 0.95
Jawapan
= 30Kos 30 = 0.87i. Nilai arus beban penuh: I = P
_________________3 x V x Kos x eff
= 22 x 1000____________________1.732 x 415 x 0.87 x 0.85
= 22000_____530.92
= 41.44A
ii. Nilai arus jika faktor kuasanya ditingkatkan kepada 0.95
I = P____________3 x Vx kos
I = 22 x 1000_______________1.732 x 415 x 0.95
I = 22000_____610.29
I= 32.26Amp
-
[email protected]
30. Senaraikan langkah-langkah segera jika berlaku renjatan
elektrik
Jawapan
Langkah-langkah segera jika berlaku renjatan elektrik ialah
orang yang menyaksikannyahendaklah bertenang dan lakukan
perkara-perkara yang berikut
i. Putuskan bekalan dengan menutup suis utama atau melitar
pintaskan litar agarpemutus litar atau fius bekalan itu
terputus
ii. Jangan sentuh mangsa itu atau mengangkatnya dari tempat
kejadian tanpamempunyai cukup penebatan
iii. Jika pernafasan terhenti mulakan proses pemulihan
pernafasan denganseberapa segera yang boleh
iv. Buat panggilan kecemasan ke pusat pertolongan cemas atau
hospital untukmendapatkan rawatan lanjut
v. Rawat jika ia mengalami luka atau kecederaanvi. Sentiasa
hangat tubuh mangsa itu dengan memicit-micit tubuhnya atau
dengan
sebarang cara lain dan hindarkan orang ramai dari mengerumuni
mangsa itu
31. Sekiranya sebuah motor digunakan untuk intermittent duty dan
sentiasa dihidupkandan dimatikan dengan kerap, mengapakah faktor
1.4 x arus beban penuh digunakan untukmemilih luas keratan rentas
kabel yang patut digunakan
Jawapan
Bagi sebuah motor yang digunakan untuk intermittent duty dan
sentiasa dihidupkan dandimatikan dengan kerap, faktor 1.4 x arus
beban penuh digunakan untuk memilih luaskeratan kabel kerana bagi
mengurangkan kenaikan suhu pengalir dan sesuai untukmenanggung arus
permulaan yang tinggi
32. Sebuah motor nameplate; bertanda 6 kutub, 60hz, 1150 rpm
pada beban penuh.Kirakan kegelinciran motor (slip).
Jawapan
S = NS NR NS = 120 x f 120 x 50________ ______ = ______ =
1200RPM
NS P 6
S = 1200 1150 50_________ = ____ = 0.0416 x 100 = 4.16%
1200 1200
* cari nilai kelajuan rotor dahulu (tanpa beban)
-
[email protected]
33. a. Senaraikan lima(5) tujuan perlindungan motor perlu
diadakanb. Kirakan kelajuan rotor bagi motor sangkar tupai yang
mempunyai 6 kutub,
beroperasi pada frekuensi 50hz dengan kadaran kegelinciran
7%
Jawapan
a. Lima tujuan perlindungan motor perlu diadakan ialahi.
mengurangkan kerosakkanii. mengelakkan gangguan perkhidmataniii.
mengurangkan / mengelakkan kerugianiv. meningkatkan hayat motorv.
mengelakkan bahaya
b. NS = 120 x f 120 x 50 6000_____ = _______ = ____ =
1000RPM
P 6 5
NS = NS (1-0.07) = 7%= 1000 (1-0.07)= 1000 x 0.93= 930RPM
(dengan kadar kegelinciran 7%)
34.a. Nyatakan tiga (3) jenis kaedah penyejukan pengubahb.
Terangkan empat (4) jenis kehilangan yang terdapat pada
pengubah
Jawapan
a. Tiga jenis penyejukkan pengubah ialah;i. Udaraii. Airiii.
Minyak
b. Empat jenis kehilangan yang terdapat pada pengubah ialahi.
Arus pusarii. Kehilangan besiiii. Kehilangan kuprumiv. Kehilangan
histerisis
-
[email protected]
35. a) Terdapat lima jenis sistem pembumian iaitu IT, TT, TN-C,
TN-S dan TN-C-S.Anda dikehendaki menerangkan makna
i. Huruf pertamaii. Huruf keduaiii. Huruf ketiga dan keempat
b). Lukiskan gambarajah sistem pembumian TN-S
Jawapan
a) Huruf pertamaT = Penyambungan terus satu atau lebih titik
bumiI = Semua bahagian hidup yang diasingkan daripada bumi atau
satu titikdisambungkan pada bumi melalui galangan
b) Huruf keduaT = Penyambungan terus elektrik ke
bahagian-bahagian beraliran yang terdedah kebumi dengan tidak
bersandar pada pembumian mana-mana titik sumber tenagaN =
Penyambungan terus elektrik ke bahagian-bahagian beraliran yang
terdedah ketitik sumber tenaga yang di bumikan
c) Huruf ketiga dan keempatS = Fungsi neutral dan perlindungan
yang disediakan oleh pengalir yang berasinganC = Fungsi neutral dan
pelindung yang digabungkan dalam satu pengalir
Gambarajah sistem pembumian TN-S
-
[email protected]
36. a) Lukiskan sebuah peranti arus baki (RCCB) dan terangkan
bahagian-bahagiannyab) Dengan berpandukan gambarajah yang telah
dilukis dalam soalan (a) terangkanoperasi peranti tersebutc) Jika
sebuah pepasangan baru memrlukan penggunaan RCCB yang
mempunyaikepekaan seperti di bawah kirakan impendan gelung bumi
yang diperlukani) 100mAii) 30mA
Jawapan
Rajah RCCB 1 fasa
-
[email protected]
b) Operasi RCCB- Semasa keadaan normal (tiada kebocoran arus)
PLAB adalah seimbang antara gelungprimer dan sekunder, dimana
pemotongan fluks berlakau dalam arah yang bertentangandan
keseimbangan arus dalam gelung mengalir terus kebeban untuk
membekalkan arus,gelung pengesan tidak mengesan adanya arus bocor
dan litar menjadi lengkap.- Semasa keadaan tidak seimbang PLAB
tidak seimbang kerana arus yang sepatutnyaberada dalam litar
lengkap melalui pengalir fasa dan neutral telah mengalir
masukkepengalir pelindung, ini mengakibatkan pada gelung neutral
tidak berlaku pemotonganfluks dan keadaan ini akan dikesan oleh
gelung pengesan, isyarat akan dihantar ke gelungpelantik dan akan
memutuskan litar apabila tahap kepekaan mencapai kadarannya.
c)i. Z = 50 / 0.1 = 500ii. Z = 50 / 0.03 = 1666.6
37. a) Kirakan impendan gelung bumi yang diperlukan sekiranya
sebuah pepasanganelektrik yang baru memerlukan pepasangan RCCB yang
mempunyai kepekaan sepertiberikut
i. 500mAii. 300mAiii. 100mAiv. 30mAv. 10mA
b) Di dalam sesuatu pendawaian elektrik faktor yang penting
diambil kira ialahperlindungan terhadap pepasangan tersebut. Sila
nyatakan empat jenis perlindungan yangdiperlukan bagi pepasangan
yang dimaksudkan
Jawapan
i. RCCB 500mA (0.5) V. RCCB 10mA (0.01)Z = V / 10 (arus
kepekaan) Z = V / 10Z = 50/0.5 Z = 50 / 0.01Z = 100ohm Z =
5000ohm
ii. RCCB 300mA (0.3)Z = V / 10Z = 50/0.3Z = 166.7ohm
iii. RCCB 100mA (0.1)Z = V / 10Z = 50 / 0.1Z = 500ohm
iv. RCCB 30mA (0.03)Z = V/ 10Z = 50 / 0.03Z = 1666.7ohm
-
[email protected]
b) Jenis perlindungan yang diperlukan di dalam sesuatu
pepasangan ialah-. Perlindungan terhadap renjatan elektrik samaada
secara langsung atau tidak langsung- Perlindungan dari bahaya
kebakaran- Perlindungan dari arus lebihan (arus beban lampau dan
litar pintas)-Perlindungan dari arus bocor ke bumi dan kerosakkan
ke bumi (earth leakage dan earth
fault)
38. Berikan maksud istilah berikuti) Elemen fiusii) Arus
kadaraniii) Arus fiusaniv) Faktor fiusan
Jawapan
i) Elemen fiusAdalah pengalir dengan pelbagai saiz yang akan
cair apabila arus yang berlebihanmengalir melaluinya
ii) Arus kadaranIalah arus maksima yang boleh melalui kabel atau
fius pada jangka masa yang tidakterhad tanpa mencairkan elemen
fius
iii) Arus fiusanIalah arus minimum yang boleh mencairkan elemen
fius
iv) Faktor fiusanIalah nisbah arus fiusan dan kadaran fius
-
[email protected]
39. Selain daripada ujian rintangan penebatan (instulation and
resistance tester) danujian keselanjaran pelindung keterusan
pengalir, (protective conductor contunity),senaraikan (5) turutan
ujian yang perlu dibuat sebelum bekalan elektrikdisambungkan se
suatu pepasangan elektrik yang baru. Bekalan adalah
415v,50hz.Berikan sebab-sebab mengapa ujian tersebut perlu dibuat
dan apakah alt uji yangdigunakan bagi tiap-tiap ujian tersebut.
Jawapan
1. Ujian keterusanTujuan ini adalah untuk memastikan kedudukan
terminal alat/bahan supayaapabila alat/bahan ini disambung kepada
bekalania tidak tersalah kutub.Dengan ertikata lain, ia menetukan
konduktor hidup disambng terus kepada:i. Terminal kanan pada suis
satu kutub, terminal common pada suis dua
halaii. Wayar hidup disabung kepada terminal L di sebelah kanan
bagi soket
alir keluar suis utama, suis dua kutub dan 3 kutubiii. Terminal
tengah bagi pemegang lampu jenis skru edisonAlat uji seperti
loceng, multimeter
2. Ujian keberkesanan alat pemutus litar bocor ke bumi
Menentukan RCCB beroperasi dalam masa yang ditetapkan jika
berlaku arus bocorAlat uji-alat ubah dua lilitan
- lampu penguji 100watt- Tekan butang penguji di RCCB/ELCB
3. Mengukur rintangan elektrod bumi
i) Menentukan keberkesanan elektrod bumiAlat ujian- penguji bumi
(earth tester)
4. Penguji galangan bumi
Menentukan impendan bumi (rintangan) rendah supaya mempunyai
mengalir arus bocordengan dengan elektrod dan memutuskan bekalan
litar
i) Dua ujian iaitu melalui talian hidup dan melalui talian
neutral. Dengan nilaiimpendan yang diperolehi (ohm)pengiraan boleh
dibuat samaada alatperlindungan bocor ke bumi akan beroperasi atau
sebaliknya.
Alat uji penguji galangan ke bumi (earth loop impendance
tester)
5. Ujian keterusan litar gelang
Memastikan kabel yang keluar dari fius kawalan disambung di
terminal soket alir keluarke terminal soket alir keluar yang lain
dan akhirnyadisambung di fius kawalan yangsama. Begitu juga
keadaanya dengan penyambungan kabel neutral dan bumi
Alat ujian - multimeter, loceng
-
[email protected]
6. Pemeriksaan bagi pengghalang dan penutup
Menentukan semua penghalang dan penutup diikat dengan kemas dan
kuat
Alat ujian penglihatan sendiri
7. Pemeriksaan rintangan lantai dan dinding
Memastikan rintangan bagi lantai dan dinding bukan pengalir dan
ini akanmenyelamatkan pengguna dari terkena arus bocor
Alat ujian pengliahatanUjian-ujian tersebut dibuat di bawah
keloloan perunding elektrik yang berdaftar
8. Pressure test
Menentukan ketahanan busbar, ia tidak membengkok dan berubah
warna
Alat ujian Pressure test set
9. Calibration test
Ujian ini dilakukan untuk memastikan agar OCR,EFR berfungsi
dengan efektif
Alat ujian calibration test set
40. a) Mengapakah pemeriksaan dan pengujian perlu dilakukan pada
setiap pepasanganelektrikb) Apakah ujian-ujian yang dicadangkan
oleh IEE bagi sesuatu pepasangan mengikutturutanc) Mengapakah
ujian-ujian pemasangan ini diperlukan dilakukan secara
berturutan.
Jawapan
a) Tujuan pemeriksaan dan pengujian dijalankan ke atas
pepasangan adalah untukmemastikan keselamatan sesuatu pepasangan
telah terlaksana mengikut peraturanIEE, ST atau JKR agar berfungsi
dengan betul serta selamat digunakan
b) Ujian-ujian yang dicadangkan untuk sebuah pepasangan mestilah
dilakukanmengikut turutan seperti berikut
i. Ujian keterusan litar akhir gelangii. Ujian keterusan
pengalir pelindung termasuk pengalir ikatan utama dan
tambahaniii. Ujian rintangan elektrod bumiiv. Ujian rintangan
penebatanv. Ujian kekutubanvi. Ujian galangan gelung rosak bumivii.
Ujian kendalian pemutus litar arus baki
c) Ujian dilakukan secara berturutan bertujuan bagi mengelakkan
sebarang bahaya padaorang yang menguji dan untuk keselamatan
pepasangan serta alat penguji.
-
[email protected]
41. a) Sebutkan unit bagi tenaga elektrik dan apakah alat yang
digunakan untukmenyukat tenaga elektrik tersebutb) sebuah rumah
banglo dua tingkat mempunyai perkakas elektrik dan
penggunaannyaadalah seperti berikutkirakan jumlah unit tenaga yang
digunakan bagi tempoh satu bulan
Bil beban kuasa penggunaan1 10 x lampu pendaflour 36w setiap
satu 6jam sehari2 1 x cerek elektrik 1000w 2 jam sehari3 1 x vakum
800w 3 jam sehari4 1 x peti sejuk 800w 24jam sehari5 2 x penyaman
udara 1hp setiap satu 3jam sehari6 1 x mesin basuh 400w 1jam
sehari7 1 x jam elektrik 20w 24jam sehari8 2 x kipas siling 85w
setiap satu 3 jam sehari9 2 x pemanas air 3kw setiap satu 1 jam
sehari10 1 x set televisyen 50w 8jam sehari11 2 x komputer peribadi
40w setiap satu 4jam sehari12 1 x set radio 1000w setiap satu 4jam
sehari13 1 x seterika elektrik 1000w jam sehari
Berdasarkan maklumat di atas anda dikehendaki mengira penggunaan
kadartenaga jika ia digunakan selama sebulan. Berapakah bayaran
yang dikenakanjika tarifnya 0.20sen bagi setiap 200unit pertama dan
0.23sen bagi unit-unitselebihnya
Jawapan
a) Unit bagi tenaga ialah killowattjam (kwj)/watt jam
(wj)/joulesb)
Bil beban Tenaga (masa dan hari) Unit1 10 x lampu pendaflour 10
x 36 x 6 x 30 / 1000 64.802 1 x cerek elektrik 1000 x 2 x 30 / 1000
60.003 1 x vakum 800 x 3 x 30 / 1000 72.004 1 x peti sejuk 800 x 24
x 30 / 1000 576.005 2 x penyaman udara 2hp x 746 x 3 x 30 / 1000
134.006 1 x mesin basuh 400 x 1 x 30 120.007 1 x jam elektrik 20 x
24 x 30 / 1000 14.408 2 x kipas siling 2 x 85 x 3 x 30 / 1000
15.309 2 x pemanas air 2 x3000 x 1 x 30 / 1000 180.0010 1 x set
televisyen 50 x 8 x 30 / 1000 12.0011 2 x komputer peribadi 2 x 40
x 4 x 30 / 1000 9.6012 1 x set radio 1000 x 4 x 30 / 1000 120.0013
1 x seterika elektrik 1000 x x 30 / 1000 15.00
Jumlah 1393.38
-
[email protected]
42. Apakah yang dimaksudkan dengan keamatan kilauan (liminous
intersity)dan urat daya (liminous flux) nyatakan juga unit dan unit
simbol bagi kedua-duanya.
Jawapan
Ianya ialah kekuatan punca cahaya contohnya kekuatan pancaran
cahayalampu yang memancarkan cahaya ke satu arah
-simbol yang digunakan ialah I (intensity)- Unitnya adalah
cendela (kuasa lilin)
Urat daya kilauan (luminous flux)Ianya ialah jumlah cahaya yang
terkena pada satu tempat atau kawalan
- simbol yang digunakan ialah dan unit kiraannya hanya dalam
lumenFormula IE pengiraan (lumination)E 1/d2Dimana, E = lumination
/ pengiraan
I = punca cahaya dalam cendela
43. a) Tuliskan empat (4) tujuan perlindungan motor perlu
diadakanb) Kirakan kelajuan rotor bagi motor sangkar tupai yang
mempunyai 6 kutubberoperasi pada frekuensi 50hz dengan kadar
kegelinciran 7%.
Jawapan
i. Mengurangkan kerosakkanii. Mengelakkan gangguan
perkhidmataniii. Mengurangkan / mengelakkan kerugianiv.
Meningkatkan jangka hayat motorv. Mengelakkan bahaya
c) Ns = (120 x frekuensi) / pole= 120 x 50 / 6= 1000rpm
Nr = Ns (1-s)= 1000 (1-0.07)= 930rpm
-
[email protected]
43.a) Nyatakan 3 jenis kerosakkan yang biasa berlaku terhadap
motor aruhan sangkartupai tiga fasab) Terangkan 3 sebab mengapakah
diadakan senggaraan pada sesebuah motor arusulang alik tiga
fasa
Jawapan
a) 3 jenis kerosakkan yang biasa berlaku terhadap motor elektrik
3 fasaaruhan sangkar tupai ialah:
i. Motor tidak dapat dihidupkanii. Bunyi bising dan gegaran yang
kuatiii. Motor tidak mencapai kelajuan yang ditetapkaniv. Motor
menjadi panas bila beroperasi dan mungkin berasapv. Pemutus litar
terpelantik atau fius terputus sebaik sahaja dihidupkan
b) Tujuan senggaraan diadakan pada motor elektrik tiga fasa
i. Untuk keselamatanii. Mengelakkan kerosakkan yang tidak
didugaiii. Menentukan motor tersebut beroperasi dengan cekap
44. a) Nyatakan tiga perbezaan antara penukaran tap berbeban
dengan tap tanpa bebanb) Nyatakan (4) jenis sistem penyejukan yang
terdapat dalam pengubah kuasa
Jawapan
a) 3 perbezaan penukaran tap berbeban dengan penukaran tap tanpa
beban
bil Off tap On tap1 Voltan rendah / sederhana Voltan tinggi2
manual Automatik3 Rekabentuk suis agak mudah / ringkas Reka bentuk
suis agak
kompleks
b) 4 jenis sistem penyejukan
i. ONANii. ONAFiii. OFAFiv. OFWF
A= Penyejukan oleh udara sekeliling untuk alat ubah keringN=
Penyejukan semulajadi oleh pengaliran udara.B= Penyejukan secara
tiupan angin (dengan bantuan radiator dan kipas)0= Direndam di
dalam minyakW= Disejukan oleh airF= Peredaran udara dengan bantuan
pam
-
[email protected]
45. a) Nyatakan tiga jenis teras bagi pengubahb) Pengubah 3 fasa
berkadaran 660 kvA disambung dalam bentuk bintang/bintang
setiaplilitan primer mengandungi 6500 lilitan dan dibekalkan dengan
voltan talian 11kv, lilitansekunder menghasilkan voltan talian
415v,kirakani. Voltan fasa pada primer dan sekunderii. Bilangan
lilitan sekunderiii. Arus beban penuh pada primer dan sekunder
Jawapan
a) 3 jenis teras bagi pengubahi. shedii. coreiii. ringiv.
tirodial
b) i. Voltan fasa primer Voltan fasa sekunderVp = VL / 1.732 Vp
= VL / 1.732
= 11000 / 1.732 = 415 / 1.732= 6351V = 240V
iii. Bilangan lilitan sekunderVP / VS = NP / NS
NS = (NP X VS) / VP= (6500 X 415) / 11000= 245 lilitan
iv. Arus beban penuh (IFL) primerIL1 = P / (1.732 X VL)
= 660000 / (1.732 X 11000)= 34.64Amp
Arus sekunderIL2 = P / (1.732 X VL)
= 660000 / ( 1.732 X 415)= 918Amp
-
[email protected]
46. a) Berikan tiga (3) jenis kaedah penyejukan pengubahb)
Terangkan empat (4) jenis kehilangan yang terdapat pada pengubahc)
Sesebuah pengubah tiga fasa 2 MVA yang disambungkan secara bintang
delta danmempunyai nisbah lilitan 173 :50. Gegelung primer
dibekalkan dengan bekalan 66kv,kirakan
i. Voltan fasa primerii. Voltan talian sekunderiii. Arus beban
penuh primeriv. Arus beban penuh sekunderv. Arus fasa sekunder pada
setiap gegelung
Jawapan
a) Tiga jenis penyejukan pengubahi. Udaraii. Airiii. Minyak
b) Empat jenis kehilangan pada pengubahi. Arus pusar- Arus pusar
atau eddy current berlaku kerana aruhan dalam teras apabila
bekalanA.U dibekalkan ke dalam teras. Jika arus pusar tidak dikawal
ia akan menyebabkanhaba terhadap terasii. Kehilangan histerisis-
Kehilangan ini berlaku atas geseran antara molekul-molekul logam
apabila A.U
dibekalkan dalam teras pengubah A.U berubah berkali-ali
kekutubannya dalamsesaat
ii. Kehilangan besi atau teras- Kehilangan arus pusar dan
histerisis boleh diketahui sebagai kehilangan besi atau
teras untuk sebuah pengubahiii. Kehilangan kuprum- Kehilangan
ini adalah disebabkan arus yang mengalir ke dalam lilitan primer
dan
sekunder dengan menghasilkan kesan haba.
c) i. Voltan fasa primer iv. Arus beban penuh sekunderVPP = VLP
/ 3 ILS = VA / (3 X VLS)
= 66kv / 1.732 = 2MVA / (3 X 11KV)= 38.12kv = 104.9Amp
ii. Voltan talian sekunder v. Arus fasa sekunder pada
setiaptalianVLS = (VLP X N2) / (173 X 3) IPS = ILS / 3
= (66KV X 50) / (173 X 3) = 104.9 / 1.73= 11KV = 60.56Amp
iii. Arus beban penuh sekunderILP = VA / (3 X VLP)
= 2 MVA / (3 X 66KV)= 17.5Amp
-
[email protected]
47. a) Nyatakan dua (2) jenis geganti utama yang dipasang dalam
satu-satu papansuis,serta terangkan secara ringkas salah satu
daripadanyabagaiman ia bertindakb) Tuliskan lima (5) ujian yang
diperlu dilakukan ke atas satu-satu papan suis utamac) Nyatakan
lima (5) keperluan yang perlu ada di dalam bilik papan suis
utama
Jawapan
a) Dua jenis gegantii. Serta mertaii. Lewat masaiii. Serta merta
dan lewat masa
Serta mertaDigunakan untuk memutuskan bekalan elektrik sebaik
sahaja nilai kerosakkantelah mencapai tahap yang ditentukan.
Selalunya jenis gegelung. Apabilagegelung tadi mempunyai kekuatan
medan magnet tertentu ia akan bertindakuntuk membuka pemutus litar
geganti jenis gegelung, induction cup, solidstate (electronic
relay) adalah dari jenis serta merta.
Lewat masaDigunakan apabila nilai arus biasa atau arus
kerosakkan walaupun telahmencapai tahap yang ditentukan tetapi
masih boleh berada dalam keadaantersebut pada satu jangka masa
tertentu yang tidak merosakkan pemasanganatau peralatan. Jangka
masa tersebut boleh jadi beberapa saat sehingga kebeberapa minit,
jenis time lag fuse, oil dash pot, induction disc dan gegantisolid
state adalah geganti lewat masa
b) 5 jenis ujian ke atas papan suisi. Ujian penebatanii. Ujian
tekananiii. Ujian suntikan primeriv. Ujian suntikan sekunderv.
Ujian tatahan (calibration test)
c) 5 keperluan bilik suisi. Alat pemadam apiii. Alas getahiii.
Rajah satu garisaniv. Carta pertolongan cemasv. Anti-vermin
nettingvi. Peredaran udara yang baikvii. Keluaran dan kemasukkan
kabel yang mencukupiviii. Lampu dan soket alir keluar dengan jumlah
yang mencukupiix. Ruang kosong berukuran minimum 2.5kaki dibahagian
belakang dan
minimum 4.5kaki dibahagian hadapan PSU untuk
kerja-kerjapenyenggaraan
-
[email protected]
48. a) Sebutkan tiga jenis papan suis utama yang biasa
digunakanb) senaraikan ciri-ciri lokasi penempatan papan suis
utamac) sebutkan keperluan-keperluan bilik suis utama
Jawapan
a) 3 jenis PSUi. Jenis cubicleii. Jenis pedestaliii. Jenis
melekat di dinding (wall mounted)
b) Ciri-ciri lokasi PSUi. Berhampiran dengan penempatan beban
yang tinggi bagi
mengurangkan perbelanjaan submain kabelii. Terhindar dari banjir
atau dekat dengan punca-punca airiii. Tidak terlindung atau
terhalang oleh sesuatu supaya kerja-kerja
operasi dan senggaraan mudah dijalankaniv. Di tempatkan di dalam
bilik khas dan mempunyai pintu yang
berkunci
c) Keperluan bilik suis- Alat pemadam api- Alas getah- Rajah
satu garisan- Carta pertolongan cemas- Anti-vermin netting-
Peredaran udara yang baik- Keluaran dan kemasukkan kabel yang
mencukupi- Lampu dan soket alir keluar dengan jumlah yang
mencukupi- Ruang kosong berukuran minimum 2.5kaki dibahagian
belakang dan
minimum 4.5kaki dibahagian hadapan PSU untuk
kerja-kerjapenyenggaraan
-
[email protected]
49. Berpandukan kepada rajah di bawah kirakan nilaia) Kuasa
reaktif (KVAR)b) Faktor kuasa
c) Berikan definisi faktor kuasa dengan jelasd) Nyatakan 5
(lima) kesan faktor kuasa rendah di dalam sesuatu pepasangan
Jawapan
a) Kuasa reaktifQ = (S2 P2)
= (202 122)= 16KVAR
b) Faktor kuasaCos = 12 / 20
= 0.6
c) Faktor kuasa adalah perbezaan sudut diantara arus (I) dan
voltan (V) dalam litar sertanisbah diantara kuasa sebenar dengan
kuasa ketara
Faktor kuasa = nisbah kuasa sebenar (W) (KW) / kuasa ketara
(VA)(KVA)
d) Kesan kesan faktor kuasa rendah di dalam sesuatu pepasangan
elektrik- Cas penalti dalam bil elektrik- Susunan voltan yang
tinggi di dalam kabel- Kehilangan kuasa yang berlebihan di dalam
kabel- penguranagn keupayaan membawa arus bagi kabel- kuasa yang
diperolehi pada pengubah akan berkurangan
S = 20KVA
Q = ?
P = 12KWsesendeng
tentangan
bersebelahan
Guna formula untuk mencari kuasa reaktifKVAR1 = KVA2 KW2
KW / KVA