This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
1. Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) wajibmelaksanakan kerja kursus ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja kursus ini akandianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
2. Hasil Kajian Rekaan Seni Visual hendaklah dilaksanakan dalam tahun semasapeperiksaan.
3. Calon dikehendaki melaksanakan kerja kursus ini secara individu dari bulan Februarihingga bulan Julai.
4. Dokumentasi serta catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakancetakan komputer.
5. Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah asli dan tidak ditirudaripada mana-mana pihak.
6. Bukti kajian dan lakaran kajian hendaklah dihasilkan menggunakan kertas berukuranlebih kurang 28 cm × 38 cm.
7. Calon hendaklah mendapat bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihan tugasandan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut.
8. Calon hendaklah mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing setiap kalisesi perbincangan dengan mendapatkan tandatangan guru dan tarikh.
9. Calon mestilah memenuhi kesemua aspek dalam kriteria penskoran untuk mendapatgred Cemerlang dan Baik. Gred cemerlang dan baik (pencapaian minimum 60 %setiap aspek) sahaja akan dicatatkan dalam sijil pencapaian calon yang akan dikeluarkanoleh pihak sekolah. Pencapaian Memuaskan, Sederhana dan Tidak MencapaiTahap Minimum tidak akan dicatatkan di dalam sijil.
10. Lakaran yang menggunakan komputer sepenuhnya dihadkan kepada tigahelai sahaja.
11. Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian.
12. Hasil kerja calon hendaklah dilakukan secara manual dan calon tidak dibenarkanmenghasilkan kerja dalam bentuk kolaj sepenuhnya.
13. Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul folio. Calondigalakkan menjilid hasil kajian.
14. Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan sepanjangmasa kerja kursus dilaksanakan berdasarkan aspek dan kriteria.
Sebuah syarikat perkapalan antarabangsa akan mengadakan pameran kapal layar di tempatanda. Sebuah arca asemblaj akan diletakkan di pintu masuk bilik pameran.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah arca asemblaj.
Folio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi gambar pelbagai arca asemblaj.
2. Koleksi gambar pelbagai kapal layar sebagai sumber ilham.
3. Lukisan realistik beberapa motif yang dipilih.
4. Lakaran dan olahan motif yang dipilih.
5. Lakaran reka bentuk arca asemblaj.
6. Kajian warna pada reka bentuk arca yang dipilih.
7. Lukisan tiga dimensi arca yang dipilih.
8. Lukisan perspektif hasil arca sebenar dari tiga sudut pandangan berbeza.
9. Lukisan persembahan dalam situasi sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
Seorang pengusaha kilang tembikar ingin mengeluarkan produk lampu hiasan yang bolehdiletakkan di ruang tamu rumah. Lampu hiasan ini mestilah mempunyai reka bentuk modendan futuristik namun masih lagi mengekalkan ciri-ciri tradisional.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu model reka bentuk lampu hiasan.
Folio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi pelbagai bentuk lampu hiasan sebagai sumber ilham.
2. Koleksi pelbagai reka corak yang bercirikan tradisional sebagai sumber motif.
3. Lakaran reka bentuk lampu hiasan.
4. Lakaran pelbagai reka corak yang bercirikan tradisional sebagai idea.
5. Lakaran olahan reka corak bersesuaian dengan reka bentuk.
6. Kajian warna pada reka bentuk yang dipilih.
7. Lukisan tiga dimensi reka bentuk yang dipilih.
8. Lukisan sebenar reka bentuk yang dipilih dari tiga sudut pandangan berbeza.
9. Lukisan persembahan yang menunjukkan fungsi dalam situasi sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
Syarikat Delima Sendirian Berhad adalah sebuah syarikat pengeluar kerepek ubi kayu.Syarikat ini ingin memasarkan kerepek keluarannya ke pasaran antarabangsa.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka bentuk pembungkusankerepek ubi kayu tersebut.
Folio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi pelbagai pembungkusan makanan ringan sebagai sumber ilham.
2. Koleksi muka taip.
3. Koleksi motif yang bersesuaian dengan tajuk.
4. Lakaran reka bentuk pembungkusan.
5. Lukisan hamparan reka bentuk pembungkusan yang dipilih mengikut skala.
6. Lukisan realistik motif yang dipilih.
7. Lakaran olahan idea untuk hasilkan ilustrasi.
8. Lakaran olahan muka taip dan ilustrasi yang dipilih.
9. Lakaran reka letak muka taip dan ilustrasi yang akan dihasilkan.
10. Kajian warna pada reka letak yang dipilih.
11. Lukisan tiga dimensi pembungkusan yang dipilih.
12. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar.
13. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
14. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.