Soalan Percubaan SPM 2012 (Kelantan)Bahagian Satu(40
markah)Jawab semua soalan1. Hendaklah jadi kepala,
buang perangai yang cela.
Hendaklah memegang amanat,
buanglah kianat.
( Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan )
a) Apakah jenis puisi di atas.
(2 markah)
b) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam puisi di
atas.
( 2 markah )
2. Syahadan,maka dicitanya nama gurunya Bakawan Narada, maka
keluarlah jin keempat orang akan pahlawan daripada sekalian jin
yang amat banyak itu. Maka jin itu pundatanglah menyembah Putera
Jayapati. Maka sembahnya, "Ya tuanku, apa pekerjaan tuanku
memanggil patik ini dan musuh yang mana hendak disuruh patik
melawan? Maka sangatlah ingin rasanya patik hendak berperang". Maka
kata Putera Jayapati,"Hai saudaraku,lawanlah akan hulubalang Raja
Gangga Wijaya yang di bawah mahligai ini'. ( Dipetik daripada
Hikayat Putera Jayapati, Seuntai Kasih Secebis Harapan )
Huraikan dua unsur cerita panji dalam petikan di atas.
( 4 markah )
3. Maka kata naga itu, "Ya Tuanku Raden Kesuma Ningrat, ambillah
di dalam telinga patik ini". Maka diambil oleh Raden Kesuma Ningrat
dua biji telur itu maka dikasikan kepada tuan puteri satu biji dan
kepada Raden Kesuma Wati satu biji. Maka ia pun kembalilah, maka
kata Raden Kesuma Ningrat, "Hai landak putih kedua, pergilah engkau
pulang dapatkan singa, katakan aku hendak pulang". Maka pergilah
landak itu.
( Dipetik daripada Hikayat Cendawan Putih, Seuntai Kasih Secebis
Harapan )
Jelaskan dua nilai moral yang terdapat dalam petikan diatas. ( 4
markah )
4. Pengalaman adalah payung ketabahannya
menempuh hujan ujian yang tajam
keredaan adalah bekal usahanya
merempuh hutan beban yang kelam.
(Dipetik daripada sajak Sketsa Pengemis Kecil Pada Landskap Kota
Raya, karya Chulan Chin )
Nyatakan dua persoalan dalam puisi di atas. (4 markah)
5.HULUBALANG : Ampun, tuanku. Lekas berundur, tuanku.
Askar-askar Feringgi
mencari tuanku di keliling Kota Melaka. Mereka sangat zalim
dan
kejam. Ramai orang kita ditawan dan dibunuhnya. Semua masjid dan
madrasah dibakar.Lekas berundur dari sini, tuanku.(SULTAN MAHMUD
terdiam sejurus dan tunduk termenung
sambilmemandang permaisuri dan sekaliannya). Kita semua terpaksa
berundur, tuanku.Tapi....tapi, Datuk Bendahara dengan
orang-orangnya masih berdegil menentang di luarkota... ( Dipetik
daripada drama Bendahara Tepok oleh Shaharom Husain )
Jelaskan dua latar masyarakat dalam petikan drama di atas. (4
markah)
6. IMRAN : (Suara putus-putus) Sabar, Asma. Jangan putus asa.
Bawa mengucap.
Mereka bawa kita ke hospital ni. Engkau akan sembuh cepat,
Percayalah. Aku pun sakit juga, luka-luka. Maaf ya, Asma. lni
semua
salah aku, tak dengar nasihat kau. Aku menyesal, tapi apa boleh
buat,
perkara sudah terjadi ( Dipetik daripada drama Menggapai Pelangi
oleh Taha Abd Kadir )
Jelaskan dua perwatakan Imran dalam petikan drama di atas. ( 4
markah )
7.Deru angin yang menyentuh seluruh badanku bagaikan
menggerakkan segala sendi
pemalasku. Dingin. Bagaikan kucing bangun tidur,aku
menggeliat.Mengendurkan
otot-otot yang tegang.Aku melepas pandang ke arah bukit bukau di
sekitar rumahku.
Kabus pagi masih lagi belum mahu membiarkan suria menonjolkan
diri. Dingin
menghambat ke seluruh tubuhku yang kurus
( Dipetik daripada cerpen Benar kata Ayah oleh Ria Asmira )
Berikan. dua gaya bahasa beserta contoh yang terdapat dalam
petikan cerpen di atas.
( 4 markah )
8. "Kau punya cita-cita, Rini? 'tanyaku sekadar mengalih tajuk
perbualan."Ya. Aku ingin sekali menjadi seorang doktor. Jika
tercapai cita-cita itu nanti, tahulah aku untuk mengubah nasib
bangsaku. Cuma kadang-kadang aku terasa, dalam hidup seperti ini,
mampukah itu dinamakan cita-cita atau hanya tinggal angan-angan
sahaja?' Ada segarit senyuman tawar di sudut bibir gadis itu.
( Dipetik daripada cerpen Di Bawah Langit Takut-takut oleh
Amalia Fauza Bohari )
Huraikan dua teknik penceritaan yang terdapat dalam petikan di
atas. ( 4 markah )9. " Emak sebenamya ada masalah berat dan tak
tahu dengan siapa emak nak
berkongsi." Di situ dia noktahkan ayatnya.
( Dipetik daripada novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd Rashid
)
a) Siapakah Emak dalam petikan di atas dan dialog itu ditujukan
kepada siapa?
( 2 markah )b) Apakah masalah berat yang dihadapi oleh emak
dalam petikan di atas? (2 markah)
10. Syed Mustafa senyum dan berpuas hati dengan penerangan
Anuariza. Dia mengakui ketinggian ilmu agama anak muda itu. Maghrib
dan subuh tadi, dia mendengar laungan azan yang begitu lunak dari
masjid kampung. lbunya mengatakan Anuariza yang melaungkan azan
apabila masuk waktu solat. Sewaktu kenduri kesyukuran di rumahnya
malam semalam juga, Anuariza turut diberi kepercayaan berselawat ke
atas Nabi Muhammad SAW selepas imam kampung itu memulakannya.
( Dipetik daripada novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd Rashid
)
Berikan empat unsur lslam yang terdapat dalam petikan di atas. (
4 markah )Bahagian Dua( 60 markah )Bahagian A(Puisi Tradisional dan
Prosa Klasik)Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 21. Baca petikan
puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
berikutnya.
Syair Pentingnya Menjaga Hubungan Keluarga dan PersahabatanZahir
peruntungan yang telah sejati,
Mendapat saudara handai sahabati,
Ahli kebajikan menyejukkan hati,
Setia amanah nyata dilihati.
Budi yang sama ikhlas mesra,
Menghabisi dukacita sengsara,
Bukan balas intan mutiara,
Melainkan rahmat dipohonkan segera.
Jatuh padanya itu sekalian,
Darjah kehebatan lagi kepujian,
Nur keelokan rahmat ketinggian,
Daripada itu hingga kemudian.
Kerana fakir tiada terkuasa,
Pada hamba lusuhlah jasa,
Budi yang ihsan dipohon sentiasa,
lkatan reda sama sebangsa.
Sesungguhnya tenang rasa fikirku,
Serta rahmat anugerah Tuanku,
Yang telah menghasilkan maksudku,
Memecahkan di hati yang terbuku.
( Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan )
a. Jelaskan tiga ciri bentuk syair di atas. ( 6 markah )
b. Nyatakan tiga amalan masyarakat dalam memupuk
hubungankekeluargaan
danpersahabatan yang terdapat dalam syair di atas. ( 6 markah
)
c. Ciptakan dua rangkap syair yang bertemakan kasih sayang. ( 8
markah )
2. Berdasarkan Hikayat Caya Langkara, teks seuntai Kasih Secebis
Harapan:a. Nyatakan empat kejayaan watak Caya Langkara. ( 8 markah
)
b. Jelaskan enam ciri cerita lipur lara yang terdapat dalam
hikayat ini. (12 markah)
Bahagian B(Puisi Moden dan Drama)Jawab sama ada Soalan 3 atau
Soalan 43. Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian, jawab
soalan-soalan berikut
DI DADA MEREKA ADA KHALIDMereka tak pemah mengimpikan puja
sanjung
dan nama menggunung
di dada mereka ada Khalid
di tangan mereka pedang keberanian
di hati mereka berkubu keyakinan
seorang mati seribu lagi bingkas
mengipas bara perjuangan.
Perjuangan suci tak pernah tunduk
pada igau kematian
mati hanya mampu menumpaskan pengecut
hidup hanya bererti buat yang berani
biar seribu tahun
perjuangan luhur jalannya berlumpur.
Di dada mereka ada Khalid
singa garang di padang juang
setiap hari akan mereka nantikan
musuh pulang mengusung walang
musuh walang mengusung keranda teman.
SHAHRUNIZAM ABDUL TALIBa. Jelaskan nada sajak di atas. ( 4
markah )
b. Huraikan empat gaya bahasa yang terdapat dalam sajak di atas.
( 8 markah )
c. Ciptakan sebuah sajak yang bertemakan perjuangan. Bilangan
baris sajak anda itu tidak kurang daripada lima belas baris. (8
markah)
4. Berdasarkan drama Dongeng Sang Puteri karya Wan Ahmad lsmail
:a. Jelaskan empat perwatakan Puteri Lelawati Ayu . ( 8 markah
)
b. Bincangkan tiga pengajaran dalam drama . ( 6 markah )
c. Huraikan tiga latar masyarakat. ( 6 markah )
Bahaglan C( Cerpen dan Novel )Jawab sama ada Soalan 5 atau
Soatan 65. Berdasarkan cerpen Anak-anak Pejuang, karya Ghazali
Lateh;a. Huraikan tema cerpen tersebut. ( 4 markah )b. Nyatakan
empat peranan Pak Denan dalam cerpen tersebut. ( 8 markah )c.
Jelaskan empat konflik batin watak Pak Denan dalam cerpen tersebut.
( 8 markah )
6. . Berdasarkan novel Dari Lembah ke Puncak karya Ghazali
Lateh.a. Jelaskan lima bukti yang menggambarkan kegigihan Jalil
dalam noveltersebut. ( 10 markah )
b. Huraikan lima persoalan yang terdapat dalam novel tersebut. (
10 markah )Skema Jawapan Peperiksaan Percubaan SPM 2012.Bahagian
Satu1. a. gurindam 2 markah
b.i. Kita mestilah menjauhi/membuang sifat/perangai yang
buruk/tercela sekiranya hendakmenjadi pemimpin/ketua.
Cth : Hendak jadi kepala,
Buang perangai yang cela 1+1m
ii. Kita mestilah memegang amanah yang diberi.
Cth: Hendaklah memegang amanat. 1+1m
iii. Kita hendaklah menjauhi perbuatan khianat.
Cth: buanglah khianat 1+1m
Mak: 2 markah
2. Unsur cerita panji
i. Watak utama/watak-watak dari kalangan istana/putera- puteri
raja
Contoh: Putera Jayapati/Raja Gangga Wijaya. 1+1m
ii.Ada watak pembantu
Contoh: Jin keempat orang/Bakawan Narada. 1+1m
iii. Ada unsur sakti/luar biasa/dongeng/mitos
Contoh: Putera Jayapati menyeru gurunya Bakawan Nara yang
mengeluarkan pahlawan jin keempat/jin yang amat banyak. 1+1m
iv. Ada unsur peperangan
Contoh: Pahlawan Jin keempa/rakyat jin/Putera Jayapati hendak
berperang dengan Raja Gangga Wijaya.
1+1m
v. Latar tempat di alam nyata / ghaib
Contoh: Di bawah mahligai. 1+1m
Mak: 4 markah
3. Nilai moral/murni/kemanusiaan
i.Baik hati.
Contoh: Naga menyuruh Raden Kesuma Ningrat mengambil dua biji
telur
burung merpati didalam telinganya 2m
ii.Keadilan.
Contoh: Raden Kesuma Ningrat memberikan sebiji seorang telur
burung
merpati putihkepada Tuan Puteri Pelinggam Cahaya dan Raden
Kesuma Wati 2m
iii. Kepatuhan/kesetiaan/ketaatan.
Contoh: Landak putih patuh/setia/taat kepada Raden Kesuma
Ningrat yangmenyuruhnya pergi memanggil singa kerana dia hendak
pulang 2m
Mak: 4 markah
4. Persoalan
i.Pengalaman hidup 2m
ii. Ketabahan menghadapi ujian 2m
iii.keredhaan menghadapi kesusahan/kesulitan 2m
Mak. 4 markah
5. Latar masyarakat :
i.Masyarakat berada dalam ketakutan.
2m
ii.Masyarakat rnenjadi mangsa / tawanan perang.
2m
iii.Masyarakat kehilangan harta benda
2m
iv.Masyarakat gigih/berani berjuang .
2m
v.Masyarakat taat kepada ketua/ raja..
2m
vi.Masyarakat dalam keadaan huru hara menyelamatkan diri.2 m
vii.Masyarakat yang zalim/kejam.
2m
Mak. 4 markah
6. Perwatakan lmran
i. Seorang bersikap tenang.
2m
ii. Seorang yang mengakui kelemahan diri.
2m
iii.Seorang yang keras hati.
2m
iv.Seorang yang prihatin / mudah simpat
2m
v. Seorang yang mudah insaf.. 2m Mak. 4 markah
7. Gaya bahasa
i. Personifikasi
1m
Contoh: Deru angin menyentuh seluruh badanku/Kabus pagi masih
tagi
belum mahu membiarkan suria menonjokan diri/Dingin menghambatke
seluruh tubuhku yang kurus. 1m
ii. Simile.
1m
Contohnya: Deru angin.yang menyentuh seluruh badanku
bagaikan
menggerakkan segala sendi pemalasku/Bagaikan kucing bangun
tidur
aku menggeliat
1m
iii.Sinkof
Contohnya: badanku/ pemalasku.
1m
vi.Kata ganda
Contohnya: otot-otot
1m
Mak: 4 markah
8. Teknik penceritaan
i. Dialog.
1m
contohnya: " Kau punya cita-citra , Rini? Tanyaku sekadar
mengalih
tajuk perbualan.
1m
ii.lmbas muka.
1m
Contohnya: jika tertcapai cita-cita itu nanti, tahulah aku untuk
mengubanasib bangsaku.
1m
iii.Teknik deskriptif/penghuraian.
1m
Contohnya: Ada segarit senyum tawar di sudut bibir gadis itu
1m
9.
a. i. Solehah.
1m
ii. Anuariza.
1m
b. Memberi jawapan terhadap lamaran Syed Mustafa yang mahu
mengahwininya.
2m
Mak. 4 markah
10. Unsur lslam
i. Waktu-waktu dalam lslam/ subuh / maghrib.
1m
ii. Laungan azan.
1m
iii. Masjid / rumah ibadat dalam lslam.
1m
iv.Kenduri kesyukuran/ amalan hidup lslam
1m
v. Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW
1m
vi. Nama nabi/ Nabi Muhammad SAW
1m
vii. lmam / gelaran dalam lslam
1m
Mak: 4 markah
Bahagian DuaSoalan 1a. Bentuk
i. Berangkap
Contoh: Terdiri daripada lima rangkap.
1+1m
ii. Jumlah baris setiap rangkap sama banyak/empat baris .
Contoh: R1 - R4.
1+1m
iii. Rima akhir sama/terikat/sekata.
Contoh:semua rangkap rimanya aaaa
1+1m
iv. Jumlah perkataan sebaris tidak sama banyak/di antara tiga
hingga
lima perkataan..
Contoh: Menghabisi dukacita sengsara ( tiga perkataan )
Budi yang sama ikhlas mesra ( lima perkataan).......1+1m
v. Jumlah suku kata sebaris tidak sama banyak/di antara
sembilan
hingga dua belas
Contoh: Bukan balas intan permata ( sembilan suku kata )
Zahir peruntungan yang telah sejati (dua belas suku kata)
1+1m
vi. Berbentuk terikat / tidak bebas
2m
Mak: 6 markah
b. Amalan masyarakat.
i. Hubungan kasih sayang/ kemesraan antara keluarga / sahabat
2m
ii. Selalu tolong-menolong keluarga yang memerlukan.
2m
iii. Selalu berhubung/bertanya khabar ahli keluarga
2m
iv. Sentiasa membuat kebajikan
2m
v. Semangat setia kawan.
2m
vi. Bersatu padu / mengamalkan semangat perpaduaan.
2m
vii. Berbudi/ berbuat jasa dengan ikhlas
2m
Mak: 6 markah
c. Mencipta Syair
i. Tema
2m
ii. Gaya Bahasa 2m
iii. Bentuk.
2m
iv. Kreativiti. 2m
Mak. 8 markah
Soalan 2.
a. Kejayaan-kejayaan watak Caya Langkara
i. Berjaya mengambil kembang kuma-kuma putih di puncak
gunung Mesir
2m
ii .Berjaya menyembuhkan penyakit ayahandanya/Raja
Saiful Muluk.
2m
iii. Berjaya menyembuhkan penyakit Raja Mesir.
2m
iv. Berjaya menyelamatkan diri daripada dibakar/dibunuh oleh
Muqaddamdan Muqaddim di dalam gua.
2m
v. Berjaya membebaskan Muqaddam dan Muqaddim/Tuan
Puteri Ra'na Kaseen yang ditawan oleh Raja Peringgi.
2m
vi. Berjaya mendapatkan balik kembang kuma-kuma putih yang
dirampas oleh RajaPeringgi.
2m
vii.Berjaya berkahwin dengan Tuan Puteri Ra'na Kaseen/Puteri
Raja Madinah.
2m
viii. Berjaya menjodohkan/mengahwinkan bondanya/Tuan Puteri
Sekandrum denganRaja Madinah
2m
ix. Dilantik sebagai pengganti Raja Madinah
.2m
x. Berjaya menawan dan mengislamkan ajar-ajar/Raja Jin K2m
xi. Berjaya mengahwinkan Muqaddam dengan Tuan Puteri Ratna
Dewi/Puteri RajaPeringgi
2m
xii. Berjaya mengahwinkan Muqaddim dengan Tuan Puteri Ratna
Dewi Kemala/PuteriRaja Mesir
2m
Mak: 8 markah
b.Ciri-ciri lipur lara dalam Hikayat Caya Langkara
i. Memaparkan suasana/keadaan kehidupan putera-puteri raja,
contoh: Suasana/keadaan kehidupan Muqaddam/Muqaddim/
CayaLangkara iaitu puteraRaja Saiful Muluk/Raja negeri Ajam
Saqat dll
2m
ii. Berlatarkan istana,
contoh: lstana Raja Saiful Muluk/istana Raja Madinah/istana
Raja
Mesir/istana Raja Peringgi/dll.
2m
iii.Watak-watak/watak utama terdiri daripada kalangan
putera-puteri raja/istana contoh: Caya Langkara ( watak utama )
ialah putera Raja
Saiful Muluk/Tuan Puteri Ra'naKaseen ialah puteri Raja
Madinah/
Tuan Puteri Ratna Dewi Kemala ialah puteri RajaMesir/Tuan
Puteri Ratna Dewi ialah puteri Raja peringgi/dll.
2m
iv.Ada unsur pengembaraan/merantau,
contoh: Muqaddam/Muqaddim/Tuan Puteri Ra'na Kaseen/Tuan
Puteri Ratna DewiKemala/Caya Langkara mengembara/merantau
di dalam hutan untuk pergi ke puncakgunung negeri Mesir
untuk
mendapatkan kembang kuma-kuma putih. .
2m
v.Ada unsur peperangan,
contoh: Caya Langkara berperang dengan ajar-ajar/Raja Jin
Kafir/
rakyat RajaJin/menteri/hulubalang/mangkubumi/pahlawan negeri
Mesir/Peringgi
2m
vi.Ada unsur percintaan/berkasih sayang,
contoh: Caya Langkara bercinta/berkasih sayang dengan Tuan
Puteri Ra'na Kaseen
2m
vii.Penggunaan puisi tradisional/bahasa berirama/runs,
contoh: Tuan Puteri Ratna Dewi berpantun:
Berkuda lagi berambu,
Perca diambil akan cemara,
Orang muda baharu bertemu,
Marilah diambil akan saudara
2m
viii.Ada unsur latar tempat di kayangan/alam ghaib,
contoh: Caya Langkara berperang dengan ajar-ajar/Raja
Jin Kafir di kayangan/di alam ghaib.
2m
ix.Ada unsur/latar tempat di alam nyata,
contoh: di negeri Ajam Saqat/Mesir/Madinah/Peringgi/di
puncak
gunung Mesir/di dalamgua/di hutan/di laut/ dll.
2m
x.Ada unsur kesaktian/luar biasa/dongeng,
contoh: Kembang kuma-kuma putih yang berakar dan melekat
di tapak tangan Tuan PuteriRa'na Kaseen/makanan naga kuna
yang terlalu banyak/naga kuna yang berenang terlalulaju di
laut/
Caya Langkara yang bercahaya duduk di atas permukaan air
laut/dll.
2m
xi.Ada watak pembantu,
contoh: Naga kuna/kucing putih dan kucing hitam/Raja Jin
Kafir
yang memeluk agamalslam/dll
2m
xii.Plot cerita berakhir dengan kejayaan/kegembiraan, ..
contoh: Tuan Puteri Ra'na Kaseen/Caya Langkara berjaya
mendapatkan kembang kuma-kumaputih di puncak gunung
Mesir/Caya Langkara berkahwin/bernikah dengan Tuan Puteri
Ra'na Kaseen/Raja Saiful Muluk/Raja Mesir/Raja Madinah
sembuh daripada penyakitnyadengan hikmat kembang
kuma-kuma putih.
2m
Mak: 12 markah
Soalan 3.
a.Nadai.Patriotik
Contoh : di tangan mereka pedang keberanian
.2+2m
Mak: 4 markah
b.Gaya bahasai. Pemilihan kata/diksi
yang/tepat/berkesan/puitis
Contoh: perjuangan/ luhur
1+1m
ii. Asonansi
Contoh: di tangan mereka pedang keberanian ( pengulangan a )
1+1m
iii. Aliterasi
Contoh: di dada mereka ada Khalid ( pengulangan d ) 1+1m
iv. Sinkof
Contoh: tak
1+1m
v. Anafora
Contoh: musuh pulang mengusung walang
musuh walang mengusung keranda teman.
1+1m
vi. Metafora
Contoh: pedang keberanian/bara perjuangan/padang juang 1+1m
vii. Responsif
Contoh: di dada mereka ada Khalid
di tangan mereka pedang keberanian .
1+1mviii. Anafora Contoh: Musuh pulang Musuh walang
1+1m ix. Pengulangan baris Contoh: Di dada mereka ada
Khalid.
1+1m
Mak. 8 markah
c. Mencipta sajak
i. Tema .
2m ii. Gaya bahasa 2m iii. Bentuk
2m iv. Kreativiti 2m
Mak. 8 markah
Soalan 4.
a. Perwatakan Puteri Lelawati Ayu :
i. Seorang yang penyayang Contoh : Puteri Lelawati Ayu amat
menyayangi Nenek Kebayan Kembang Kasturi .
1+1mii. Seorang yang suka merendah diri Contoh : PLA selalu
merendah diri dengan menyatakan dirinya hodoh,walhal diaseorang
yang cantik. Hal ini diakui oleh Nenek Kebayan dan Mamat
1+1miii. Seorang yang setia Contoh : PLA tetap setia bersama
neneknya untuk tinggal di kawasan setinggan,walaupun ayah
kandungnya iaitu keturunan istana mempelawa untuk tinggal diistana.
1+1miv. Seorang yang tidak suka meminta-minta Contoh : PLA
berpendapat bahawa orang yang suka meminta-minta merupakanahli
neraka.
1+1mv. Seorang yang tabah Contoh : PLA tabah menghadapi
kehidupan yang miskin di kawasan setingganyang busuk dan kotor
1+1mvi. Seorang yang tidak mudah mempercayai orang lain. Contoh
: PLA tidak cepat mempercayai kata-kata Tengku Mahmud bahawa
bagindamerupakan ayahanda Puteri./ PLA menyiasat terlebih dahulu
akan kebenaran kata-kata Tengku Mahmud tersebut
1+1m
Mak: 8 markah
b. Pengajaran dalam drama :
i. Kita hendaklah menghindari sikap mementingkan darjat atau
kelas dalam kehidupan Contohnya : Pihak istana tidak bersetuju
apabila Tengku Mahmud Baginda telahmengahwini anak Nenek Kebayan
Kembang Kasturi yang merupakan seorang penari joget.1+1m
ii. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap amanah yang
diberikan kepada kita. Contohnya : Nenek Kebayan Kembang Kasturi
telah memelihara Puteri Lelawati Ayuselama 18 tahun setelah
kematian bondanya
1+1m
iii. Kita hendaklah berpegang teguh kepada ajaran agama.
Contohnya : Nenek Kebayan tidak pernah meninggalkan sembahyang dan
selalumembaca Al-Quran.
1+1miv. Kita hendaklah sentiasa mengawal anak-anak agar mereka
tidak melakukan perkarayang tidak sihat. Contohnya : Watak ibu
kepada Puteri Lelawati Ayu telah menjadi penari joget
tanpapengetahuan Nenek Kebayan Kembang Kasturi disebabkan
kelalaiannya dalam mengawasi pergerakan anaknya itu
1+1m
v. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan yang menimpa diri
kita. Contohnya : Nenek Kebayan Kembang Kasturi
1+21
vi. Tabah menghadapi penderitaan hidupsewaktu zaman penjajahan
Jepun suatu ketika dahulu.
1+1m
Mak: 6 markah
c. Latar masyarakat :
i. Masyarakat istana / golongan bangsawan. Contohnya:Tengku
Mahmud Baginda ialah dari golongan bangsawan / istana. .
1+1mii. Masyarakat Melayu setinggan Contohnya :PLA dan Nenek
Kebayan Kembang Kasturi ialah penghuni rumah setinggan yang daif
dan kotor
1+1miii. Masyarakat penyayang Contohnya :Tengku Mahmud sangat
menyayangi anaknya, walaupun terpisah 18tahun, baginda tetap
mencari anaknya.
1+1miv. Masyarakat yang suka bersedekah. Contohnya :Mamat dan
Puteri menerima makanan dan pakaian dari sedekahseseorang yang baik
hati
1+1mv. Masyarakat yang mentaati perintah Allah Contohnya :lbu
PLA telah meninggal dunia semasa sedang solat walaupun diaseorang
penari kelab malam
1+1mvi. Masyarakat yang rajin berkerja. Contohnya :Putera
melakukan kerja kraf tangan untuk menyara hidupseperti membuat
topeng/kipas
1+1mvii. Masyarakat miskin/setinggan. Contohnya : Nenek Kebayan
/PLA tinggal di kawasan setinggan / kotor / daif.
1+1mviii. Masyarakat yang suka tolong- menolong. Contohnya
:Mamat sentiasa membantu PLA dan Nenek Kebayan Kembang Kasturi
.
1+1m
Mak. 6 markah
Soalan 5.
a.Tema cerpen
Semangat patriotik/Perjuangan kemerdekaan tanah air 2mHuraian:
Pak Denan bekas pejuang tanah air inginbersama-samameraikan hari
kemerdekaan yang diadakan di Kuala Lumpur. Malangnyahasrat Pak
Denan mendapat tentangan daripada anaknya.
2m
Mak: 4 markah
b. Empat peranan Pak Denan
i. Seorang pejuang kemerdekaan negara
2m ii. Melumpuhkan Malayan Union..
2m iii. Menjelajah ke seluruh negeri dan desa untuk
membangkitkan semangatmenentang penjajahan semasa mudanya......2m
iv Menyedarkan anak-anaknya supaya mencintai tanah air.2m iv.
Berperanan sebagai model/ pejuang tanah air.............2m Mak: 8
markah
c. Empat konflik batin/jiwa/dalaman/mental
i. Kecewa. Contohnya : Pak Denan kecewa apabila anaknya Abdul
Rahman menghalanghasratnya untuk datang ke Kuala Lumpur. 7m ii.
Sedih. Contohnya : Pak Denan sedih atas kematian isterinya.2m
iii.Terkilan. Contohnya : Pak Denan terkilan dengan sikap Abdul
Rahman yang menolakrayuannya untuk menyaksikan sambutan hari
kemerdekaan di Kuala Lumpur
2m iv. Bimbang.. Contohnya : Pak Denan tambah bimbang apabila
anaknya tidak pulang mengambilnya untuk ke Kuala Lumpur, sedangkan
hari sudah malam
2m v. Marah. Contohnya :Pak Denan marahkan anak-anaknya yang
datang memintamaaf kepadanya di Tugu Negara
2m
Mak: 8 markah
Soalan 6.
a. Kegigihan Jalil
i. Kegigihan menebus kembali tanah pusaka ayahnya. Contoh: Jalil
berusaha dengan gigih mengumpul wang untuk menebus semula tanah
tersebut.
1+1m ii.Kegigihan dalam menuntut ilmu. Contoh: Jalil berusaha
gigih untuk meneruskan pelajarannya walaupun hidupnyamiskin/tanpa
ibu.
1+1m iii. Kegigihan mencari rezeki bagi menyara kehidupan.
Contoh: Jalil gigih mengerjakan sawah walaupun kakinya luka.
1+1m iv. Kegigihan berusaha untuk mengubah nasib. Contoh: Jalil
sanggup berhijrah ke Kuala Lumpur mencari kerja untuk mengubah
nasibhidupnya dan seterusnya menyambung pelajaran dan berjaya
membuka Syarikat Alam Hijau.
1+1mv. Kegigihan rnempertahankan hak. Contoh: Jalil berusaha
dengan gigih mengumpul wang dan bersabar dengan karenah PakAmat
yang mungkir janji sehingga dia berjaya menebus semula
tanahnya.
1+1mvi. Kegigihan mencapai cita - cita. Contoh: Jalil gigih
bekerja dan mengembangkan syarikat perniagaannya hingga
berjayamembina Taman Tema di kampungnya...
1+1mvii. Kegigihan untuk memajukan kampungnya. Contoh: Jalil
berusaha membina Taman Tema untuk membangunkan kampungnya .
1+1m
Mak: 10 markah
b. Persoalan
i.Kasih sayang anak terhadap ibu/dalam keluarga Contoh: Jalil
tetap mengasihi ibunya walaupun dia dilayan dengan kasar oleh Mak
Teh.
1+1m ii.Amalan musyawarah/gotong royong dalam masyarakat.
Contoh: Penduduk kampung Bukit Nibung berbincang untukmencari kata
sepakat berkaitanpampasan tanah bagi pembinaan Taman Tema.
1+1m iii. Keazaman untuk mencapai cita-cita. Contoh: Jalil
mempunyai keazaman untuk mendapatkan kembali tanah pusaka
yangdijual oleh ibunya
1+1m iv.Sumbang mahram dalam keluarga Contoh: Pak Ngah Kadir
tergamak melakukan sumbang mahram terhadap darah dagingnyasendiri
iaitu Biah. 1+1mv. lmpian merealisasikan cita-cita dalam hidup
Contoh: Jalii bercita-cita untuk memajukan tanah bendang di kampung
Bukit Nibungmenjadi Taman Tema yang terkenal.
1+1mvi.Sikap terburu-buru membawa padah. Contoh: sikap Mak Teh
yang tergesa-gesa menjual tanah pusaka arwah suaminya
menyebabkandia kehilangan segala-galanya
1 +1mvii. Kepentingan ilmu/pelajaran untuk masa hadapan Contoh:
Kejayaan Jalil dalam Peperiksaan SPM melayakkan dia melanjutkan
pelajaran kepusat pengajian tinggi/UPM .
1 +1mviii.Kemiskinan/kesusahan bukan penghalang untuk mencapai
kejayaan hidup. Contoh: Walaupun Jalil hidup dalam kemiskinan,
namun dia tetap berjaya dalam pelajaran
1 +1mix.Amanah untuk ditunaikan. Contoh: Jalil menunaikan amanah
arwah bapanya untuk mendapatkan geran tanah.
1 +1mx.Sikap tolong-menolong dalam pelbagai etnik/ masyarakat.
Contoh: Ah Bee membantu Jalil semasa kesusahan.
1 +1mxi.Amalan perbomohan dalam masyarakat Melayu Contoh: Mak
Teh menemui Tok Su Dollah untuk mengetahui sama ada Muhsin
melarikan Biah.
1 +1m
Mak: 10 markah