SULIT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Peperiksaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH NO. KOD : BMM 3117 TARIKH: November 2011 ANGKA GILIRAN: MASA : 2 jam 30 minit PUSAT : ARAHAN KEPADA CALON 1. Kertas ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A : 20 soalan objektif Bahagian B : 4 soalan struktur Bahagian C : 3 soalan esei 2. Jawab semua soalan Bahagian A dan B dan dua soalan dalam Bahagian C. 3. Jawab soalan: Bahagian A pada kertas saran jawapan Bahagian B pada ruangan yang disediakan dalam kertas soalan Bahagian C pada kertas jawapan yang disediakan. 4. Semua kertas jawapan hendaklah diikat bersama-sama halaman hadapan dan diserahkan kepada pengawas apabila masa peperiksaan tamat. 5. Kertas soalan ini akan dikutip apabila masa peperiksaan tamat. 6. Masa tambahan 10 minit diberi untuk membaca soalan sebelum menjawab.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
SULIT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAPeperiksaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
NO. KOD : BMM 3117 TARIKH: November 2011
ANGKA GILIRAN: MASA : 2 jam 30 minit
PUSAT :
ARAHAN KEPADA CALON
1. Kertas ini mengandungi tiga bahagian:
Bahagian A : 20 soalan objektif Bahagian B : 4 soalan struktur
Bahagian C : 3 soalan esei
2. Jawab semua soalan Bahagian A dan B dan dua soalan dalam Bahagian C.
3. Jawab soalan:
Bahagian A pada kertas saran jawapanBahagian B pada ruangan yang disediakan dalam kertas soalanBahagian C pada kertas jawapan yang disediakan.
4. Semua kertas jawapan hendaklah diikat bersama-sama halaman hadapan dan diserahkan kepada pengawas apabila masa peperiksaan tamat.
5. Kertas soalan ini akan dikutip apabila masa peperiksaan tamat.
6. Masa tambahan 10 minit diberi untuk membaca soalan sebelum menjawab.
UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA
BAHAGIAN NO. SOALAN/MARKAH JUMLAHA
(20 markah)1 – 20
B(40 markah)
1a
1b 2a 2b 3a 3b 4a 4b
C(40 markah)
1 2a 2b 3
JUMLAH KESELURUHAN
KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI 14 HALAMAN BERCETAK DAN SEHELAI KERTAS SARANAN JAWAPAN
No Kod :BMM3117
Bahagian A
( 20 markah )
Jawab semua soalan dalam bahagian ini
1. Yang manakah antara penyataan di bawah merupakan kriteria penggunaan papan tulis yang baik?
(A) Kejelasan
(B) Kesesuaian
(C) Keharmonian
(D) Keseimbangan
2. Faktor dalaman dan faktor luaran murid terlibat dalam proses pembelajaran Bahasa Melayu. Pilih kaedah pembelajaran Bahasa Melayu yang memberi keutamaan kepada faktor dalaman murid.
(A) Kaedah Terus
(B) Kaedah Komunikatif
(C) Kaedah Kod Kognitif
(D) Kaedah Pandang Sebut
3.
Gabungan fonem à morfem à perkataan à ayat
Huraian bahasa seperti yang digambarkan dalam kotak di atas adalah berdasarkan pendapat?
(A) Teori Fungsional
(B) Tatabahasa Struktural
(C) Tatabahasa Tradisional
(D) Tatabahasa Transformasi-Generatif
SULIT2
No. Kod: BMM3117
4. Antara yang berikut, manakah bukan ciri utama teori fungsionalis?
(A) Asas elemen dalam struktur bahasa ialah semantik dan bukannya sintaksis
(B) Sistem bahasa digunakan untuk berhubung dan bukannya satu sistem yang tertutup dan statik (C) Terdapat beberapa variasi penggunaan bahasa yang wujud akibat
perubahan kata dan semantik
(D) Bahasa ialah alat perhubungan dan penutur boleh menggambarkan fikiran dan perasaan melaluinya
5. Ujaran terbentuk kerana adanya rangsangan dan gerak balas dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa. Teori yang menepati penyataan ini ialah
(A) Teori Mentalis
(B) Teori Fungsionalis
(C) Teori Behaviorisme
(D) Teori Interaksionalis
6.P Q
Langkah pengajaran tersusun rapi
Berkesinambungan dan perlu dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran
Suatu prosedur yang membolehkan pelaksanaan satu pengajaran yang teratur, kemas dan sistematik
Strategi yang digunakan di peringkat pelaksanaan
Aktiviti pengajaran
Teknik lebih diperlukan oleh guru untuk bahan pengajaran
Suatu muslihat atau taktik untuk penyampaian bahan pengajaran kepada murid
Teliti penyataan-penyataan yang terdapat dalam lajur P dan Q di atas. Penyataan yang terdapat dalam lajur P ialah penjelasan tentang konsep
(A) teknik
(B) strategi
(C) kaedah
(D) pendekatan 7. Susun definisi di bawah dengan konsep yang tepat SULIT
3
No. Kod: BMM3117
I Cara dan langkah-langkah
II Cara melaksanakan kaedah
III Perancangan yang menyeluruh
IV Satu siri tindakan penyampaian bahan pengajaran dan pembelajaran secara sistematik dan tersusun
(A) Strategi, Pendekatan, Teknik, Kaedah
(B) Kaedah, Teknik, Strategi, Pendekatan
(C) Pendekatan, Teknik, Strategi, Kaedah
(D) Pendekatan, Kaedah, Strategi, Teknik
8. Guru menerangkan definisi kata kerja dan kemudian mengemukakan contoh-contoh kata kerja yang tepat. Selepas itu, guru meminta murid-murid menyenaraikan kata kerja yang terdapat dalam petikan yang dibaca. Pada akhir pengajaran, guru meminta murid-murid menerangkan semula definisi tersebut.
Pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru di atas dinamakan pendekatan
(A) eklektik
(B) induktif
(C) deduktif
(D) komunikatif
9. Dalam pengajaran kemahiran menulis surat rasmi, Cikgu Kamarudin menunjukkan beberapa contoh surat rasmi kepada murid-muridnya. Mereka diminta mengenal pasti format dan ciri-ciri surat rasmi tersebut. Selepas itu, Cikgu Kamarudin membincangkan format dan ciri-ciri surat rasmi yang betul kepada murid-muridnya sebelum mereka dikehendaki membuat latihan menulis surat rasmi.
Pendekatan pengajaran yang digunakan oleh Cikgu Kamarudin untuk mengajarkan kemahiran membuat surat rasmi di atas dinamakan
(A) pendekatan eklektik
(B) pendekatan induktif
(C) pendekatan deduktif
(D) pendekatan komunikatif
SULIT4
No. Kod: BMM3117
10.
Pendekatan pembelajaran bahasa yang sesuai dengan penyataan di atas ialah
(A) Pendekatan Kontekstual
(B) Pendekatan Konstruktivisme
(C) Pendekatan Berasaskan Masalah
(D) Pendekatan Pembelajaran Masteri
11. Penentuan Hasil Pembelajaran Pengajaran dan pembelajaran Penilaian Tindakan susulan
Penyataan di atas merujuk kepada pembelajaran
(A) Pembelajaran Masteri
(B) Pembelajaran Kontekstual
(C) Pembelajaran Konstruktivisme
(D) Pembelajaran berasaskan Situasional
12. Cikgu Amir menyenaraikan ciri-ciri penting bagi kaedah pengajaran bahasa yang pernah digunakan, iaitu
Murid digalakkan menggunakan sebanyak mungkin kemampuan kreatif
Pembelajaran tatabahasa diserapkan secara langsung melalui pendekatan deduktif
Lisan tidak ditekankan sangat, sebaliknya yang diberi perhatian ialah bacaan dan tulisan
Kaedah yang digunakan oleh Cikgu Amir merujuk kepada kaedah?
SULIT5
Murid dibawa melawat ke Muzium Negara
Murid membuat catatan tentang bahan-bahan yangdipamerkan di Muzium Negara
Murid berbincang dalam kumpulan dan menyusun maklumat yang dicatatkan tentang bahan pameran dalam bentuk karangan
No. Kod: BMM3117
(A) Fonetik
(B) Eklektik
(C) Oral-aural
(D) Kod-kognitif
13. Teknik mestamu paling sesuai digunakan dalam pengajaran kemahiran
(A) menulis
(B) bertutur
(C) membaca
(D) mendengar
14. Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) disepadukan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
(A) 1 kali seminggu
(B) 2 kali seminggu
(C) 3 kali seminggu
(D) 4 kali seminggu
15. Pelaksanaan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) digabungjalinkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu melalui
(A) Hasil pembelajaran
(B) Aktiviti pembelajaran
(C) Pengisian kurikulum
(D) Kemahiran Bernilai Tambah
SULIT6
No. Kod: BMM3117
16. Sebelum pengajaran kemahiran menulis dilaksanakan, Cikgu Khir telah mengarahkan murid-muridnya untuk mencari bahan-bahan yang berkaitan tajuk karangan yang telah ditetapkan melalui Laman Sesawang (website). Setiap murid diminta menyediakan isi-isi penting tajuk tersebut untuk dibincangkan dalam kelas pada minggu berikutnya.
Mod pembelajaran kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi yang digunakan oleh Cikgu Md Khir dalam aktiviti pembelajaran di atas dinamakan
(A) tutorial
(B) aplikasi
(C) komunikasi
(D) penerokaan
17. Pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum sesuatu mata pelajaran bagi membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber dan prosedur pengajaran merujuk kepada
(A) Strategi
(B) Matlamat
(C) Hasil Pembelajaran
(D) Domain Kompetensi
18. “Huraikan tentang jenis-jenis pengangkutan di Malaysia menjelang tahun 2020”. Komponen Kemahiran Bernilai Tambah yang diintegrasikan dalam tajuk karangan di atas dikenali sebagai
(A) Kemahiran Belajar
(B) Kemahiran Berfikir
(C) Kecerdasan Pelbagai
(D) Kemahiran Kajian Masa Depan
SULIT7
No. Kod: BMM3117
19.
Aktiviti pembelajaran yang paling sesuai dengan hasil pembelajaran dan huraian hasil pembelajaran di atas ialah
I mencatat
II mewarna
III membaca
IV perbincangan
V permainan bahasa
(A) I, II dan III sahaja
(B) I, III dan IV sahaja
(C) II, IV dan V sahaja
(D) I, III, IV dan V sahaja
20. Cikgu Ali mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di Tahun 2 Abu Bakar yang merupakan kelas terakhir. Ketika merancang persediaan mengajar harian, beliau mesti memberikan tumpuan utama kepada
SULIT8
Hasil Pembelajaran
:
10.3 Membuat ringkasan daripada bahan yang didengar dan dibaca.
Huraian Hasil Pembelajaran :
Aras 1i. Mencatat idea yang terdapat dalam petikan yang dibaca atau
didengar.
Aras 2i. Mencatat idea utama dan idea sokongan yang terdapat dalam petikan
yang didengar dan dibaca dalam bentuk linear.
No. Kod: BMM3117
(A) penulisan objektif
(B) pembelajaran berpusatkan guru
(C) penggabungjalinan isi pelajaran dengan mata pelajaran lain
(D) aktiviti-aktiviti yang dirancang mengikut pelbagai kebolehan murid
(b) Menurut Piaget perkembangan kognitif berlaku secara berperingkat- peringkat dan kanak-kanak normal mesti melalui peringkat tersebut dalam susunan yang betul.
Jelaskan dua peringkat perkembangan kognitif tersebut.
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) perlu disediakan oleh guru sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajarannya pada hari itu. RPH yang baik akan menyebabkan pengajaran dan pembelajaran pad hari itu dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Anda diminta menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap berdasarkan maklumat yang berikut.
Masa : 60 minit
Tahun : 2
Tema : Hari Sukan
Tajuk : Sukan Tahunan
FU : 4.1 Mengemukakan idea, pandangan, dan pendapat tentang sesuatu perkara secara terperinci, tepat dan tersusun.
Aras 2
(i) Menyatakan pandangan tentang sesuatu perkara yang dibualkan FS : 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
Aras 2
(i) Membaca teks informatif dengan sebutan dan intonasi yang betul.
SISTEM BAHASA:Tatabahasa: antonim, kata tunjukKosa kata : sekolah, murid, cantik dan lain-lain