“Smart Sign”@JKB Colourland_JKB RINGKASAN ESEKUTIF Jabatan Kawalan Bangunan adalah sebuah jabatan yang dipertanggungjawabkan bagi memastikan segala bentuk pembangunan yang dicadangkan dilaksanakan dengan penuh teratur dan mengikut perancangan yang telah dibuat. Permasalahan pasti wujud dalam setiap jabatan termasuklah Jabatan Kawalan Bangunan. Satu kaji selidik telah dijalankan kepada anggota Jabatan Kawalan Bangunan bagi mengetahui senarai permasalahan dan akan menjadikanya satu projek KIK bagi tujuan menambaik dan mendapatkan solusinya. Hasil dari kaji selidik yang pertama mendapati, kesukaran untuk mengenalpasti bangunan yang telah diberi kelulusan permit sementara semasa pemantauan di tapak adalah peratusan yang tertinggi (rujuk lampiran 1). Skop permasalahan diperincikan lagi dengan kaji selidik yang kedua iaitu pemilihan kategori permit yang sangat bermasalah. Lampiran 2 adalah menunjukan bahawa kategori Permit Tadika,Taska,Pusat Jagaan & Pusat Tuisyen adalah yang paling bermasalah. Kumpulan KIK jabatan menganalisis kategori tersebut dan mengenalpasti bahawa tiada keseragaman plet yang digunakan untuk setiap kategori tersebut adalah punca kesukaran untuk mengenalpasti bangunan yang telah diberi kelulusan permit sementara semasa pemantauan tapak adalah punca kepada permasalahan ini. Perkara ini jelas ditunjukkan pada kaji selidik ketiga (lampiran 3). Penglibatan agensi luar juga membantu dalam pencarian solusi permasalahan ini. Pandangan & idea dari agensi luar dan dikalangan ahli kumpulan telah dinyatakan dalam kaji selidik keempat (lampiran 4). Menyeragamkan penggunaan papan tanda mengikut kategori (Tadika,Taska,Pusat Jagaan & Pusat Tuisyen) adalah konklusi solusi yang dicadangkan. Setelah penyataan pemasalah & cara penyelesaian telah ditemui,Kumpulan Inovasi dan Kreatif memulakan projek dengan memilih tajuk cadangan bagi projek tersebut. Perkara ini juga ditentukan dengan sepakat melalui kaji selidik kelima (lampiran 5). Tajuk projek KIK kumpulan adalah “Menyeragamkan warna & saiz papan tanda premis mengikut kategori (Tadika,Taska,Pusat Jagaan & Pusat Tuisyen) telah dipersetujui. Sinopsis projek KIK kumpulan Colourland,Jabatan Kawalan Bangunan,MBMB adalah dengan membuat penambahbaikan plet sediada. Setiap kelulusan permit akan dibekalkan dengan satu plet sebagai tanda premis tersebut telah mendapat kelulusan & kebenaran dari pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah untuk menjalankan aktiviti. Plet sediada yang berukuran kertas A4 (210mm x 297mm) adalah modesoperandi projek.
15
Embed
Smart Sign @JKB RINGKASAN ESEKUTIFhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2490-smart-sign.pdfpenyataan pemasalah & cara penyelesaian telah ditemui,Kumpulan Inovasi dan Kreatif memulak
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
“Smart Sign”@JKB
Colourland_JKB
RINGKASAN ESEKUTIF
Jabatan Kawalan Bangunan adalah sebuah jabatan yang dipertanggungjawabkan bagi
memastikan segala bentuk pembangunan yang dicadangkan dilaksanakan dengan penuh teratur
dan mengikut perancangan yang telah dibuat. Permasalahan pasti wujud dalam setiap jabatan
termasuklah Jabatan Kawalan Bangunan. Satu kaji selidik telah dijalankan kepada anggota
Jabatan Kawalan Bangunan bagi mengetahui senarai permasalahan dan akan menjadikanya satu
projek KIK bagi tujuan menambaik dan mendapatkan solusinya. Hasil dari kaji selidik yang
pertama mendapati, kesukaran untuk mengenalpasti bangunan yang telah diberi kelulusan
permit sementara semasa pemantauan di tapak adalah peratusan yang tertinggi
(rujuk lampiran 1).
Skop permasalahan diperincikan lagi dengan kaji selidik yang kedua iaitu pemilihan
kategori permit yang sangat bermasalah. Lampiran 2 adalah menunjukan bahawa kategori Permit
Tadika,Taska,Pusat Jagaan & Pusat Tuisyen adalah yang paling bermasalah. Kumpulan KIK
jabatan menganalisis kategori tersebut dan mengenalpasti bahawa tiada keseragaman plet yang
digunakan untuk setiap kategori tersebut adalah punca kesukaran untuk mengenalpasti
bangunan yang telah diberi kelulusan permit sementara semasa pemantauan tapak adalah punca
kepada permasalahan ini. Perkara ini jelas ditunjukkan pada kaji selidik ketiga (lampiran 3).
Penglibatan agensi luar juga membantu dalam pencarian solusi permasalahan ini.
Pandangan & idea dari agensi luar dan dikalangan ahli kumpulan telah dinyatakan dalam kaji
selidik keempat (lampiran 4). Menyeragamkan penggunaan papan tanda mengikut kategori
(Tadika,Taska,Pusat Jagaan & Pusat Tuisyen) adalah konklusi solusi yang dicadangkan. Setelah
penyataan pemasalah & cara penyelesaian telah ditemui,Kumpulan Inovasi dan Kreatif
memulakan projek dengan memilih tajuk cadangan bagi projek tersebut. Perkara ini juga
ditentukan dengan sepakat melalui kaji selidik kelima (lampiran 5). Tajuk projek KIK kumpulan
adalah “Menyeragamkan warna & saiz papan tanda premis mengikut kategori
(Tadika,Taska,Pusat Jagaan & Pusat Tuisyen) telah dipersetujui.
Sinopsis projek KIK kumpulan Colourland,Jabatan Kawalan Bangunan,MBMB adalah
dengan membuat penambahbaikan plet sediada. Setiap kelulusan permit akan dibekalkan dengan
satu plet sebagai tanda premis tersebut telah mendapat kelulusan & kebenaran dari pihak Majlis
Bandaraya Melaka Bersejarah untuk menjalankan aktiviti. Plet sediada yang berukuran kertas A4
(210mm x 297mm) adalah modesoperandi projek.
“Smart Sign”@JKB
Colourland_JKB
Saiz dan jenis plet sahaja menimbulkan masalah setelah kesukaran untuk mengenalpasti
dan semakan terhadap sesebuah premis. Penggunaan kaedah “Design Thinking” digunakan
untuk penambahbaikan terhadap plet permit sediada.Terdapat beberapa Ideate dari kalangan ahli
kumpulan bagi mengaplikasikan tambah baik plet sediada.Percambahan idea ditunjukan dalam
lampiran 6.Keseragaman warna plet mengikut kategori permit yang telah ditetapkan dan
penggunaan saiz yang sesuai telah menghasilkan “Smart Sign”. Permasalahan kesukaran untuk
mengenalpasti dan semakan premis dapat diselesaikan dengan penggunaan “Smart Sign” serta
menjimatkan masa dan kerja.
“Smart Sign” ini juga dapat membantu agensi-agensi teknikal lain bagi mengenalpasti
sesebuah premis itu telah diberikan kelulusan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Pihak
ibubapa lebih yakin dan tidak ragu-ragu dengan pengusaha dan premis tersebut. Justeru itu,
membantu pengusaha untuk meningkatkan lagi imej dan perniagaan yang dijalankan. Selaras
dengan seruan kerajaan “merakyatkan perkhidmatan kerajaan” penggunaan “Smart Sign” ini
dapat memberi kemudahan kepada segenap lapisan masyarakat serta memberi impak yang positif
dan luarbiasa kepada semua pihak yang terlibat.
“Smart Sign” telah mula dipasang pada premis terlibat dengan pemantauan oleh Jabatan
Kawalan Bangunan,MBMB bermula pada Januari tahun 2018. Maklumbalas yang positif telah
diterima dari pelbagai pihak termasuk dari pengusaha,agensi teknikal dan orang awam seterusnya
dapat menyelesai pelbagai masalah. Sifat tanggungjawab dikalangan pengusaha premis jelas
ditunjukkan dengan membuat pendaftaran premis yang tiada kelulusan ke Jabatan Kawalan
Bangunan untuk dapatkan kelulusan pengguna ''Smart Sign” juga memberi impak yang efisyen
kepada agensi-agensi teknikal yang lain dalam memudahkan kerja-kerja pemantauan. Kesemua
PBT di Negeri Melaka telah diberi penerangan dan perkongsian idea dari ahli kumpulan
Colourland. Persetujuan dan maklum balas yang penting telah diperolehi (lampiran 7).
Penggunaan “Smart Sign” ini wajar dipraktikkan ke seluruh PBT bukan sahaja di Negeri Melaka
mahupun di seluruh Malaysia. Kejayaan dalam penggunaan “Smart Sign” oleh keseluruhan PBT
dinegeri Melaka ianya bukan sahaja menjadi kebanggaan kepada kumpulan Colourland
khususnya dan MBMB amnya malah ianya akan menaikan imej seluruh Pbt di negeri Melaka
dipandangan PBT PBT lain di Malaysia.
SIGNIFIKAN PROJEK & PEMBUKTIAN
“Smart Sign”@JKB
Colourland_JKB
2.0 Kaitan dengan fungsi jabatan.
Projek kik ini adalah penambahbaikan sistem plet permit yang sediada selaras dengan
fungsi jabatan untuk memastikan permohonan kelulusan pelan-pelan bangunan yang diberikan
selaras dengan dasar dan peruntukan akta jalan parit dan bangunan 1974 (akta 133) bagi
memudahkan anggota jabatan Kawalan Bangunan untuk melakukan semakan dan pemantauan
terhadap premis. Menambahbaik kaedah supaya pengusaha premis dapat mematuhi syarat dan
arahan dari segi permohonan dan pembayaran pembaharuan permit dari jabatan kawalan
bangunan mengikut objektif jabatan sendiri memperbaiki serta mengemaskini sistem dan
prosedur memproses kelulusan pelan-pelan bangunan supaya menjadi lebih teratur, berkesan dan
pantas serta dapat memberi kepuasan kepada pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan
(Lampiran 8).
2.1 Kaitan dengan fungsi MBMB
Membantu untuk merialisasikan saranan kerajaan dengan memberi perkhidmatan dan
impak sosial yang sangat berkesan dan menyumbang kearah kemakmuran Bandaraya Melaka
Bersejarah seiring dengan objektif MBMB iaitu menyediakan dan memastikan sistem
pengurusan sumber dan penyampaian perkhidmatan yang dinamik, cekap dan berkesan ke arah
persekitaran kerja yang kondusif.
Menjadikan taska, tadika, pusat jagaan dan pusat tuisyen di bawah kawasan pentadbiran
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah lebih teratur,seragam dan mematuhi undang-undangn yang
telah ditetapkan serta memahami sistem perundangan.Sehubungan dengan misi MBMB iaitu
membudayakan sistem tadbir urus korporat yang cekap dan berintegriti dengan perlaksanaan
peraturan, penggemblengan sumber secara efektif serta pengamalan persekitaran yang kondusif
(lampiran 9).
2.3 Kaitan dengan Agenda Nasional
“Smart Sign”@JKB
Colourland_JKB
Hasil dari kreativti dan inovasi projek ini memudahkan pihak berkuasa tempatan dan agensi
lain yang terlibat untuk melakukan semakan dan pemantauan terhadap premis yang berkenaan
sejurus dengan perkara keenam (6) prinsip pemangkin kecermelangan dalan agenda nasional
iaitu penjawat awam perlu menampilkan pelaksanaan tugas yang lebih kreatif dan inovatif bagi
menyahut cabaran untuk memenuhi jangkaan rakyat yang semakin bertambah kompleks, pelbagai
dan sentiasa berubah (lampiran 10).
Keberhasilan projek KIK ini yang mampu memberi perkhidmatan yang lebih efektif dan
tanggungjawab oleh semua pihak dapat dilaksanakan dengan baik adalah berketepatan dengan
hasrat utama Program Transformasi Kerajaan (GTP) menjadikan kerajaan sebuah entiti yang
lebih efektif dan bertanggungjawab (lampiran 11)
Apabila segala peruntukan undang-undang,peraturan dan garis panduan difahami juga
mudah untuk diaplikasikan ianya akan menggalakkan pengusaha untuk mengembangkan lagi
perniagaan mereka. Secara tidak langsung perkara ini mampu memberi impak yang baik kepada
ekonomi sektor swasta. Perkara pertama dari lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) dalam
Program Transformasi Ekonomi (ETP) dapat di implimintasikan iaitu menyuburkan kembali
sektor swasta untuk mendorong pertumbuhan ekonomi (lampiran 12)
2.4 Kaitan dengan kehendak Pelanggan dan 'Stakeholder'
Pengujudkan keseragaman papan tanda 'Smart Sign' ini terhadap premis agar mudah
dikenalpasti oleh orang awam dan sekaligus mengurangkan penyalahgunaan papan tanda oleh
pihak yang tidak bertanggungjawab.''Smart Sign'' ini mampu menjadi satu identiti kepada
pengguna bagi mengenalpasti premis adalah berkelulusan untuk menjalankan aktiviti perniagaan
tersebut. Prinsip kreativiti dan inovasi mampu memberi nilai tambah yang tinggi dalam
perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna. Oleh yang demikian tercapailah matlamat untuk
memenuhi kehendak kesemua pihak iaitu dari Jabatan Kawalan Bangunan,MBMB sendiri,agensi-
agensi teknikal yang berkaitan,pengusaha-pengusaha swasta juga turut memberi kehendak dan
idea yang sama pihak pengguna. Projek “Smart Sign'' ini juga mendapat perhatian dari keempat-
empat PBT didalam Negeri Melaka. (Kaji selidik 4 berkaitan / Lampiran 4).
2.5 Kaitan dengan Ekosistem dan keadaan semasa.
“Smart Sign”@JKB
Colourland_JKB
Penggunaan sumber yang minimal (efisien) dengan penghasilan kerja yang maksimum
(efektif) dapat membantu sistem perlaksanaan yang cekap. Kepesatan pertumbuhan ekosistem
dalam keadaan semasa sekarang ini perusahaan pusat taska, tadika dan pusat jagaan sangat
menggalakan untuk membantu pendapatan. Bagi mengelakan ketidak telusan dalam
perkembangan ekosistem ini “Smart Sign'' adalah salah satu idea yang kreatif serta inovatif yang
amat terbaik. Hanya dengan tindakan mengenal pasti papan tanda seragam ini mampu memberi
keselesaan kepda semua pihak dalam ekosistem yang berkualiti. Perkara ini boleh dikaitkan
dengan slogan Kerajaan Negeri Melaka sendiri iaitu “Melaka Berwibawa”.
TINDAKAN PENYELESAIAN & PEMBUKTIAN
“Smart Sign”@JKB
Colourland_JKB
Setelah kumpulan Colourland menjalankan beberapa kajian bagi cadangan penyelesaian
masalah kesukaran untuk mengenalpasti, memantau dan membuat semakan keatas premis, maka
kumpulan telah memilih kaedah “Design Thinking'' bagi mendapatkan solusinya. Langkah
pertama yang dilakukan ialah mengkaji semula plet sediada yang dibekalkan kepada pengusaha.
Semakan tapak (Immerse) dilakukan keatas premis mendapati (Observation) dengan saiz plet yang
agak kecil menyebabkan pengusaha hanya mempamerkan plet tersebut didalam premis. Pengusaha
menjadikan alasan saiz plet tersebut untuk tidak mempamerkan plet tersebut diluar premis (Engage)
dan kesukaran untuk kerja-kerja semakan dan pemantauan dilakukan. Elemen Emphatized
dijadikan aspek utama dalam cadangan untuk menambahbaik saiz plet yang sediada.
*Lampiran 13 adalah pembuktian proses pertama bagi menyelami (Immerse),membuat
pemerhatian(Observation) & melibatkan diri (Engage) dalam mengenalpasti permasalahan
*Kaji selidik 5 / Lampiran 5 berkaitan adalah permulaan proses untuk kajian Plet sediada
Penakrifan (Define) tindakan bagi penyelesaian permasalahan ini adalah penggunaan saiz
plet yang sediada tidak lagi efektif. Dalam sesi Emphatize, analisis telah menimbulkan satu idea
dengan penggunaan saiz plet sediada kepada yang lebih besar dan efektif. Setelah melihat (we met)
permasalahan ini sendiri ditapak penemuan (amaze to discover) juga telah dijejaki maka kumpulan
Colourland ingin membantu dalam mewujudkan solusi (we aim to help) bagi memudahkan
kesemua pihak yang terlibat. Kaji selidik dan penerangan bagi mendapatkan pandangan solusi
untuk menambahbaik saiz plet sediada telah dijalankan kepada pengusaha dan agensi terlibat pada
Lampiran 8 - Percambahan Idea Bagi Penambahbaikan Plet (Prototype).
Lampiran 9 - Surat Makluman Perlaksanaan Plet Seragam “Smart Sign”.
Lampiran 10 - Lawatan Kerja Anggota JKB,MBMB ke PBT luar
Lampiran 11 - Sijil Penyertaan KIK MBMB 2017.
Halaman Laporan
“Smart Sign”@JKB
Colourland_JKB
Halaman Topik
1 Pengenalan Latar Belakang Kumpulan KIK
Jabatan Kawalan Bangunan,MBMB.
2 Latar Belakang Projek dan Penglibatan Pihak Pengurusan
3 - 4 Ringkasan Esekutif Projek.
5 - 7. Signifikan Projek & Pembuktian
Tindakan Penyelesaian & Pembuktian
8 Cadangan Penyelesaian
9 Pelan Tindakan Penyelesaian
10 Perlaksanaan Tindakan Penyelesaian
Keberhasilan Projek
Outcome Projek & Pembuktian
Kesan Jangka Pendek & Nilai Tambah.
11 Impak Projek (Luar Jangka)
Kesan Jangka Panjang & Impak kepada Negara.
12 Potensi Pengembangan Inovasi
Tahap Ketersediaan dan pengkomersialan
Penutup
13 Lampiran
*LAMPIRAN 13
Pembuktian proses pertama bagi menyelami (Immerse),membuat pemerhatian(Observation) &
“Smart Sign”@JKB
Colourland_JKB
melibatkan diri (Engage) dalam mengenalpasti permasalahan
DESIGN THINKING
EMPATHIZE
IMMERSE OBSERVATION ENGAGE
(Menyelami Memerhati Melibatkan diri
Pengalaman Tindakan dalam tindakan
Pengguna) Pengguna pengguna
- Kesukaran untuk - Melihat sendiri ibubapa - Temubual dengan
mengenal pasti sukar untuk mendapatkan ibubapa tentang
premis mempunyai maklumat perusahaan kesukaran mendapat
kelulusan atau tidak dan premis. Maklumat premis
- Semakan yang berulang
ditapak dan dipejabat
*LAMPIRAN 14
Gambarajah permasalahan plet sediaada).
“Smart Sign”@JKB
Colourland_JKB
DEFINE / PENAKRIFAN : Kesimnambungan Hasil Dari EMPATHIZE
PERMASALAHAN
PIHAK TERLIBAT
MAKLUMBALAS
- Plet sediada bersaiz kecil (Kertas A4).Hanya di simpan didalam fail. - Tidak dipamerkan. - Dipamerkan didalam premis dan sukar untuk dilihat. - Kesukaran untuk memastikan kelulusan premis.
Agensi Teknikal
- Plet bersaiz kecil. - Kaedah perletakan tidak sesuai (sukar untuk di lekatkan) - Hanya simpan didalam fail. - Plet akan hilang dan vandalisme jika diletakkan diluar premis.
Pengusaha
- Kesukaran untuk mendapatkan maklumat kelulusan premis. - Tidak pasti sama ada plet yang dibekalkan tulen atau palsu. - Tidak ada pengesahan dari PBT. - Plet sukat dilihat kerana saiz yang kecil.
Ibubapa
*LAMPIRAN 15 – Percambahan Idea (Ideate) & Penambahbaikan Plet (Prototype)