Top Banner
TEMA TEMA KESELAMATAN DI JALANRAYA KESELAMATAN DI JALANRAYA TANGGUNGJAWAB BERSAMA TANGGUNGJAWAB BERSAMA Tajuk : Tajuk : MALANG TIDAK BERBAU MALANG TIDAK BERBAU
8

Slide cerita malang tidak berbau

Aug 04, 2015

Download

Technology

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Slide cerita malang tidak berbau

TEMATEMA

KESELAMATAN DI JALANRAYA KESELAMATAN DI JALANRAYA TANGGUNGJAWAB BERSAMATANGGUNGJAWAB BERSAMA

Tajuk :Tajuk :

MALANG TIDAK BERBAUMALANG TIDAK BERBAU

Page 2: Slide cerita malang tidak berbau

Kenali Peribahasa : Sesal dahulu pendapatan , sesal Kenali Peribahasa : Sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tidak bergunakemudian tidak berguna

Rosman seorang murid tahun 5 . Dia bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Pandan . Jarak rumah Rosman dengan sekolahnya agak jauh iaitu hampir 3 kilometer . Oleh yang demikian , Rosman harus berbasikal untuk ke sekolahnya setiap hari . Dia akan ke sekolah bersama-sama kawan-kawannya , Lim dan Selva yang juga berbasikal untuk ke sekolah .

Di sekolah , Rosman adalah seorang murid yang pintar dan disenangi kawan-kawannya . Namun begitu , Rosman mempunyai satu tabiat buruk yang sukar dikikis iaitu dia suka menangguhkan kerja . Tidak kiralah kerja itu melibatkan kerja sekolah atau kerja-kerja di rumah . Jika disuruh membuat kerja tersebut , dia akan mencari alasan untuk menangguhkannya . Bagi Rosman , sikapnya tidak menyusahkan dirinya atau sesiapa pun .

Suatu hari iaitu selepas waktu persekolahan , seperti biasa Rosman dan rakan-rakannya akan menunggang basikal untuk pulang ke rumah . Malangnya , apabila hampir sampai di rumahnya , brek basikalnya telah terputus . Maklumlah , basikal Rosman adalah basikal yang lama . Mujur juga dia tidak mengayuh basikalnya dengan laju tadi . Rosman bercadang untuk membawa basikalnya ke kedai basikal untuk dibaiki petang nanti .

Page 3: Slide cerita malang tidak berbau

Kenali Peribahasa : Mencurah Air Ke Daun Keladi

Rosman telah memberitahu ibunya mengenai hasrat untuk membaiki brek basikalnya itu . Ibu Rosman telah memberikan wang yang secukupnya dan berpesan supaya Rosman segera menukarkan brek itu . Namun begitu pesanan ibunya ibarat mencurah air ke daun keladi . Rosman tetap ingin ke kedai basikal pada petang nanti . Dia ingin berehat dahulu kerana terlalu penat .

Pada petang itu , ibu Rosman sekali lagi mengingatkannya supaya segera ke kedai basikal bagi menukarkan brek yang telah rosak . Dia hanya menganggukkan sahaja tetapi tiada tindakan yang dibuat . Matanya asyik mengarah ke televisyen kerana ketika itu rancangan kegemarannya sedang ditayangkan . Semakin lama dia menonton rancangan itu , semakin leka jadinya . Akhirnya Rosman terus terlupa dengan niatnya menukar brek basikalnya itu . Ibu Rosman pula menyangkakan bahawa Rosman telah menukarkan brek basikal tersebut dan tidak bertanya lagi kepada anaknya itu .

Pada malam itu , Rosman baharu teringat bahawa dia mempunyai banyak latihan sekolah yang telah diberikan oleh guru-gurunya siang tadi . Dia merasa agak kesal kerana terleka menonton televisyen siang tadi . Namun , nasi sudah menjadi bubur , Rosman harus menyiapkan semua latihan pada malam ini juga . Dia tidak dapat membayangkan wajah Cikgu Tipah yang garang dan bengis itu memarahi kerana tidak menyiapkan latihan Bahasa Inggeris itu . Begitu juga riak Cikgu Fendi yang menyinga kerana muridnya yang tidak siap latihan Matematik . Maka , pada malam itu , Rosman terpaksa tidur lewat untuk menyiapkan semua latihannya . Tepat jam 1.30 pagi , barulah kerjanya selesai dan barulah Rosman boleh melelapkan mata . Dia berasa sangat mengantuk .

Page 4: Slide cerita malang tidak berbau

Kenali Peribahasa : Nasi Sudah Menjadi BuburKenali Peribahasa : Nasi Sudah Menjadi Bubur

Pagi yang berikutnya , Rosman bangun seperti biasa. Dia melihat jam loceng di mejanya . Alamak…..SUDAH PUKUL 8.00 PAGI !!!! Rosman menjadi sangat kelam-kabut.Dia mencapai tualanya dan mandi secepat mungkin ibarat mandi kerbau sahaja . Dia sudah terlewat untuk ke sekolahnya . Sesi persekolahan di sekolahnya bermula pada jam 7.45 pagi . Tanpa bersarapan dan bersalam dengan ibunya , Rosman terus mencapai basikalnya untuk ke sekolah .

Rosman mengayuh basikalnya sekuat hati. Dia ingin segera sampai ke sekolah kerana dia benar-benar sudah terlambat . Semakin lama , semakin laju dia mengayuh tanpa menyedari perbuatannya itu bakal membawa padah kepadanya . Pada suatu kawasan yang menuruni bukit , Rosman menekan brek basikalnya . Malang sungguh nasib Rosman kerana brek basikalnya tidak berfungsi kerana tidak diperbaiki lagi . Rosman mulai takut kerana basikal semakin laju menuruni bukit dan sukar dikawal lagi . Dan akhirnya……….

Rosman membuka matanya perlahan-lahan. Dia berasa amat sakit di bahagian kepala dan tangannya . Setelah dia membuka matanya , barulah Rosman sedar bahawa dia kini berada di hospital . Dia juga dapat melihat Lim , Selva dan rakan-rakan yang lain ada disisinya . Menurut ibunya , basikal Rosman telah rosak teruk kerana terlanggar pokok di tepi jalan . Kaki kanan Rosman pula patah dan harus di simen . Kepalanya pula mengalami kecederaan yang agak teruk kerana terhantuk pada batang pokok .

Page 5: Slide cerita malang tidak berbau

Kenali Peribahasa : Pandu Cermat Jiwa SelamatKenali Peribahasa : Pandu Cermat Jiwa Selamat

Rosman berasa sangat sedih atas kemalangan yang menimpa dirinya . Tambahan pula , kejadian ini berlaku adalah disebabkan sikapnya sendiri yang suka bertangguh melakukan sesuatu kerja . Namun begitu , sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tidak berguna . Rosman berjanji akan mengubah tabiatnya itu . Kini , Rosman terpaksa bercuti selama 2 bulan untuk memastikan dirinya benar-benar telah sembuh .

- TAMAT -- TAMAT -

Page 6: Slide cerita malang tidak berbau

LATIHAN PEMAHAMANLATIHAN PEMAHAMAN

Page 7: Slide cerita malang tidak berbau

Arahan : Baca dan fahami soalan-soalan yang dikemukakan di bawah . Cari jawapan anda berpandukan cerita yang telah dibaca tadi .

1. Mengapakah Rosman , Lim , dan Selva harus menunggang basikalnya untuk ke sekolah ?A kerana mereka tidak mahu berjalan kaki ke sekolah.B kerana jarak yang agak jauh antara rumah dan sekolah mereka .C kerana mereka ingin cepat sampai ke sekolah .

2. Apakah tabiat buruk yang sukar dikikis oleh Rosman dalam dirinya ?A suka menunggang dengan laju C malas membuat kerja sekolahB meninggi diri dengan orang lain D gemar melengahkan tugasan diri

3. Apakah punca yang menyebabkan brek basikal Rosman terputus ?A kerana basikalnya sudah uzur C kerana selalu ditekan dengan kuatB kerana diputuskan oleh orang lain

4. Apakah tujuan Rosman memberitahu ibunya mengenai keadaan basikalnya itu ?A untuk menyuruh ibunya membaiki basikal C untuk mendapatkan wang bagi B supaya ibunya tidak marah kepadanya memulihkan keadaan brek .

Page 8: Slide cerita malang tidak berbau

5. Berdasarkan cerita yang telah dibaca , semua sikap yang berikut ada pada diri Rosman kecuali ……A bangga diri C gemar melengahkan tugasB mesra dengan orang lain D sedar dengan kesilapan lalu

6. Apakah kesan yang terjadi apabila Rosman setelah basikalnya terbabas dan melanggar sebatang pokok ?I tangan dan kakinya patah III basikalnya bengkokII terpaksa berehat panjang IV Rosman hilang ingatan kerana

kecederaan kepala yang teruk .A I dan II C II dan IIIB I , II , dan III D II , III , dan IV

7. Pada pendapat kamu , apakah yang perlu dilakukan oleh setiap orang sebelum menunggang basikal ?

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

8. Di dalam cerita yang telah dibaca tadi , terdapat beberapa peribahasa yang telah digariskan dan digunakan dalam perenggan . Anda dikehendaki mencari maksud tersirat bagi setiap peribahasa yang telah dikemukakan . Anda harus menggunakan slide yang bertajuk Peribahasa Untuk Sekolah Rendah untuk mencari maksud peribahasa tersebut . Slide ini terdapat di atas talian ini.