ANIMASI DAN REKA BENTUK PENERBITAN TINGKATAN EMPAT
ANIMASI DAN REKA BENTUK PENERBITAN
TINGKATAN EMPAT
MODUL 1:MULTIMEDIA
BIDANG PEMBELAJARAN:
1.Pengenalan Multimedia
1.1. Definisi
1.2. Industri Multimedia di Malaysia
1.3. Peluang pekerjaan
PENGENALAN KEPADA MULTIMEDIA
Perkataan multimedia adalah berdasarkan dua perkataan iaitu Multi dan Media/medium.
Multi membawa maksud banyak/pelbagai dimana ia menandakan terdapat lebih daripada satu media yang wujud di dalam sesuatu aplikasi.
Media pula merujuk kepda alat atau pengantara untuk menyampaikan atau mempersembahkan sesuatu maklumat seperti teks, grafik, audio, video dan animasi
DEFINISI MULTIMEDIA
S
atu teknik yang digunakan untuk mengintegrasikan pelbagai media
seperti teks, grafik, audio, video dan animasi dalam satu persekitaran
digital yang mempunyai ciri-ciri interaktiviti (Norazlin etc, 2007).
T
erdapat lima elemen atau media utama di dalam Multimedia iaitu Teks,
Grafik, Audio, Video, dan Animasi.
S
etiap elemen tersebut mempunyai peranan yang tersendiri dalam
mewujudkan informasi yang menarik dan berkesan (Jamalludin dan
Zaidatun, 2003)
Eleme
n
Peranan/ciri-ciri
Teks
- Merupakan asas utama bagi
penyaluran sesuatu informasi.
- Mempunyai pelbagai jenis dan
bentuk tulisan yang berupaya
memberi daya tarikan dalam
penyampaian sesuatu informasi.
- Boleh juga digunakan untuk
memberikan penekanan bagi
sesuatu isi kandungan yang ingin
disampaikan.
Grafi
k
- Grafik digunakan bagi memberi
penekanan secara visual terhadap
sesuatu persembahan informasi.
- Grafik membantu dalam
menerangkan sesuatu informasi
secara lebih berkesan.
- Grafik wujud dalam pelbagai
bentuk seperti ilustrasi, lukisan,
carta, gambar, diagram dan
sebagainya.
Audi
o
- Digunakan untuk membantu
penyampaian sesuatu maklumat
dengan lebih berkesan.
- Menimbulkan suasana yang lebih
menarik dan akan menghasilkan
tumpuan terhadap isi yang
dipersembahkan.
- Contoh : Suara latar, muzik, lagu
dan kesan bunyi.
Vide
o
- Merujuk kepada siri gambar foto
atau grafik yang dipersembahkan
dalam satu kadar masa yang
pantas.
- Video menawarkan satu
persembahan atau paparan yang
lebih hidup dan realistik.
Anima
si
- Proses penerangan atau
penyampaian sesuatu maklumat
yang kompleks dapat digambarkan
dengan lebih mudah dan pantas.
- Animasi membolehkan sesuatu
persembahan yang disampaikan itu
kelihatan lebih hidup atau realistik.
REKA BENTUK ASAS MULTIMEDIA
T
erdapat dua strategi rekabentuk asas
multimedia iaitu linear dan bukan linear.
B
erikut merupakan secara ringkas rekabentuk
asas multimedia:
Rekabentuk Asas Multimedia
Linear Bukan Linear
- Pengguna tidak mempunyai
kawalan terhadap aplikasi.
- Pengguna boleh mengawal
persembahan aplikasi.
- Aplikasi linear biasanya akan
bermula dari awal hingga akhir
atau ia akan mengulang
semula maklumat.
- Pengguna bebas untuk
pergi ke mana-mana
bahagian maklumat yang
dikehendaki melalui butang
navigasi.
- Aplikasi ini boleh digunakan
untuk menyampaikan suatu
maklumat kepada sekumpulan
orang ramai ke atas skrin
besar atau monitor televisyen.
- Aplikasi ini disusun dalam
bentuk menu dan pengguna
boleh pergi kebahagian
tersebut secara terus.
- Contoh: Animasi dan Video - Contoh : Courseware, laman
Web, Portal.
HIPERMEDIA DAN HIPERTEKS
I
nteraktiviti melalui satu sistem navigasi adalah menggunakan
pautan.
P
autan adalah rujukan atau elemen navigasi dalam satu dokumen
ke dokumen yang sama atau ke dokumen yang lain.
P
autan ini secara automatik membawa maklumat rujukan tersebut
kepada pengguna apabila elemen navigasi tersebut dipilih oleh
pengguna.
HIPERMEDIA DAN HIPERTEKS
T
erdapat dua perkataan yang penting dalam pautan iaitu
hiperteks dan hipermedia.
H
ipermedia dan hiperteks merupakan antara kemudahan
yang membolehkan sesebuah sistem multimedia
interaktif yang lebih berkesan dapat dihasilkan.
PERISIAN-PERISIAN MULTIMEDIA
B
agi komponen yang melibatkan penggunaan perisian
multimedia, terdapat beberapa jenis perisian multimedia
yang diperlukan untuk membangunkan perisian multimedia.
P
erisian-perisian tersebut dikategorikan sebagai Perisian
Grafik, Perisian Audio, Perisian Video, Perisian Animasi dan
Perisian Pengarangan/Pengaturcaraan.
BIDANG PENGGUNAAN MULTIMEDIA
Multimedia boleh digunakan dalam pelbagai
bidang termasuk perubatan, pengajaran,
pembelajaran, pemasaran, perniagaan dan
sebagainya. Penggunaan teknologi
multimedia mampu memberi kesan yang
besar dalam bidang-bidang tersebut:
PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PELBAGAI BIDANG
KELEBIHAN MULTIMEDIA
- Maklumat dapat disampaikan dan diedarkan
dengan lebih berkesan.
- Dapat menyokong pembangunan teknologi
Internet dan rangkaian.
- Menjadikan aplikasi ramah pengguna dan
menarik.
- Persembahan dan penerimaan maklumat
lebih mudah, berkesan dan interaktif.
KELEBIHAN MULTIMEDIA
- Meningkatkan pemahaman tajuk atau topik
pembelajaran disebabkan banyak media yang
digunakan.
- Boleh dicapai dan digunakan pada bila-bila
masa, dimana-mana dan dengan kelajuan
yang diingini.
- Memudahkan cara untuk berkomunikasi
dengan pelbagai cara yang disediakan.
KEKURANGAN MULTIMEDIA
- Tidak dapat menggunakan sepenuhnya elemen
multimedia menerusi rangkaian disebabkan
kadar transmisi yang rendah.
- Memerlukan ruang storan yang besar
disebabkan saiz aplikasi yang besar.
- Penyalahgunaan teknologi multimedia
berleluasa seperti cetak rompak dan
pornography.
- Pengguna akan sepenuhnya bergantung kepada
komputer untuk melakukan apa sahaja
KEKURANGAN MULTIMEDIA
- Memerlukan kos yang tinggi untuk
perkakasan, perisian dan pembangunan
aplikasi
- Memerlukan pendidikan, latihan dan
pembelajaran yang khas untuk
menggunakan multimedia.
- Memerlukan masa yang lama untuk
menghasilkan aplikasi multimedia.