BAHAGIAN A
Panitia Sejarah SMK Narinang Kota Belud 2005
BAHAGIAN A
SOALAN 1 Apakah yang dimaksudkan dengan zaman prasejarah dan
bincangkan peranan serta pengaruh alam sekitar dalam membentuk
corak kehidupan masyarakat pada zaman prasejarah
PENGENALAN [3M]1) Berdasarkan fakta sains, bumi terbentuk 4 600
juta tahun yag lampau dan kehidupan bermula pada 1000 juta tahun
dahulu (kawasan dasar laut) & 400 juta tahun dahulu di
darat
2) Secara keseluruhannya, tahap perkembangan manusia dapat
dibahagikan kepada 2 peringkat iaitu Zaman Batu dan Zaman Logam.
Kedua-dua zaman ini mempunyai tahap perkembangan yang berbeza3)
Berlaku evolusi yang berterusan dalam corak kehidupan manusia
sehingga berlaku perubahan yang membawa kepada konsep kehidupan
masyarakat bertamadun
4) Sejarah boleh diertikan sebagai peristiwa yang berlaku pada
masa lampau yang memberi makna kepada kehidupan manusia pada hari
ini secara perbandingannya, aktiviti merekod segala bentuk
peristiwa / kejadian tidak berlaku pada zaman prasejarahHURAIAN ISI
[20 M] Pengertian Prasejarah [ 5 markah ]1) Penggunaan istilah
prasejarah Dipelopori oleh Tournal seorang kurator muzium di
Perancis dalam tahun 1833 untuk mencatatkan perkembangan manusia
sebelum wujudnya sistem tulisan
Diketengahkan oleh Daniel Wilson dalam tulisannya The Archeology
of Prehistorie Annals of Scontland pada tahu 1851
2) Titik permulaan dikatakan bermula di Afrika sejak 3 juta
tahun yang lampau walau bagaimanapun permulaannya adalah
berbeza-beza antara satu kawasan dengan satu kawasan yang lain [di
Amerika bermula 20 000 tahun dahulu ]3) Kewujudan zaman prasejarah
diketahui dan diperolehi melalui kajian arkeologi atau tinggalan 4)
Zaman prasejarah merupakan zaman sebelum wujudnya rekod bertulis /
masyarakat tidak mempunyai sistem tulisan dan tidak mempunyai
kebolehan untuk merekod sesuatu kejadian5) Zaman prasejarah
dibahagikan kepada 3 tahap yang utama berdasarkan jenis, fungsi
atau peralatan batu yang digunakan i) Zaman batu awal
(Paleolitik)
ii) Zaman batu pertengah (Mesolitik)iii) Zaman batu akhir
(Neolitik) Zaman Prasejarah berakhir selepas penemuan tulisan
terawal dalam tamadun Mesopotamia [tulisan Cuneiform] lebih kuran
3400 S. M. Peranan serta pengaruh alam sekitar dalam membentuk
corak kehidupan masyarakat pada zaman prasejarah [ 15 markah ]1)
Alam sekitar menentukan corak petempatan masyarakat Bentuk muka
bumi yang sering dilitupi oleh air batu / ais telah menyebabkan
masyarakat prasejarah awal berpindah randah dari satu kawasan ke
kawasan yang lain untuk mendapatkan sumber makanan aktiviti berburu
binatang
Bentuk muka bumi berubah [pencairan air batu] pada zaman
prasejarah akhir dan menyebabkan masyarakat mula membuka petempatan
kekal wujud kampung-kampung / mempengaruhi proses urbanisasi2) Alam
sekitar menentukan pemilihan lokasi petempatan masyarakat
Persekitaran yang sejuk dipengaruhi oleh keadaan bentuk muka bumi
masyarakat prasejarah awal terpaksa mencari perlindungan di dalam
gua-gua yang dianggap selamat daripada keadaan cuaca yang sejuk
Apabila muka bumi berubah pada zaman prasejarah akhir pencairan air
batu membentuk kawasan tasik dan sungai, masyarakat mula bertumpu
ke kawasan terbuka untuk membuka petempatan / kawasan lembah-lembah
sungai yang subur mudah untuk mendapatkan bekalan air & sumber
makanan 3) Kegiatan ekonomi dan keadaan persekitaran setempat
Masyarakat prasejarah awal hanya berusaha memperolehi sumber
makanan daripada sumber alam melalui kegiatan mencari hasil hutan
dan memburu binatang dilakukan untuk tujuan sara diri
Apabila berlaku perubahan persekitaran- kegiatan ekonomi turut
mengalami perubahan, masyarakat prasejarah akhir mula terlibat
dalam aktiviti pertanian & penternakan [mengahasilkan bahan
makanan sendiri] / aktiviti bercucuk tanam pada zaman neolitik
mempengaruhi jumlah penduduk dan kejadian banjir yang mampu
mengekalkan kesuburan tanah telah mempengaruhi aktiviti ekonomi
yang dijalankan kawasan lembah sungai yang subur4) Perkembangan
ekonomi dalam masyarakat berdasarkan lokasi / aktiviti perdagangan
Pada zaman prasejarah akhir [Neolitik], perkembangan kawasan
petmpatan di lembah-lembah sungai dan kawasan yang berhampiran
dengan laut menjadi semakin ketara ini disebabkan keperluan dalam
aspek perhubungan Keadaan persekitaran lembah sungai yang subur dan
rata telah menggalakkan penghijrahan masyarakat di samping
peningkatan dalam aktiviti tukaran barang / sistem barter
[disebabkan oleh faktor suhu yang dipengaruhi oleh keadaan
persekitaran ]5) Peralatan yang digunakan yang dipengaruhi oleh
bekalan makanan Sifat masyarakat Paleolitik yang banyak bergantung
kepada alam sekitar telah mempengaruhi peralatan yang digunakan
dalam masyarakat penggunaan peralatan batu yang lebih mementingkan
fungsi / peralatan tembikar [zaman Mesolitik] Perubahan
persekitaran perubahan kegiatan ekonomi turut mempengaruhi
perubahan dalam jenis dan fungsi peralatan yang digunakan oleh
masyarakat prasejarah akhir [penciptaan peralatan batu yang lebih
baik cangkul, tenggala, & bajak. Selain itu penciptaan roda,
sistem pengairan, dan penggunaan perahu untuk berhubung dengan
dunia luar]6) Kejadian alam dalam mempengaruhi aspek kepercayaan
dan agama masyarakat
Kejadian petir dan kilat telah menyebabkan manusia prasejarah
awal berfikir tentang kuasa ghaib kepercayaan animisme [proses awal
dalam pembentukaan kepercayaan melukis gambar berbentuk manusia dan
binatang di dinding-dinding gua]
Pada zaman prasejarah akhir perkembangan dalam aktiviti
pertanian turut mempengaruhi aspek kepercayaan masyarakat kejadian
kemarau danbanjir yang merosakkan tanaman menyebabbkan masyarakat
mula melakukan aktiviti pemujaan
7) Penggunaan api dan pakaian disebabkan oleh keadaan suhu yang
sejukPENUTUP [ 2 M ] 1) Berlaku evolusi dalam corak kehidupan
masyarakat prasejarah selaras dengan perubahan persekitaran
mereka2) Masyarakat prasejarah sebagai perintis kepada pembentukan
ketamadunan & peradaban manusiaSOALAN 2Apakah yang dimaksudkan
dengan konsep bandar dan pembandaran serta bincangkan faktor-faktor
yang mendorong kemunculan bandar-bandar dalam Tamadun Mesopotamia,
Mesir, dan India PENGENALAN
1) Aaaa
HURAIAN ISI
Konsep bandar dan pembandaran [ 5 markah ]
1) Aaa
Faktor-faktor yang mendorong kemunculan bandar dalam Tamadun
Mesopotamia, Mesir, dan India
[ 15 markah ]
PENUTUP
SOALAN 3Bandingkan konsep ketuhanan dan keagamaan antara
pandangan Islam dengan pandangan tamadun-tamadun awal manusia.
PENGENALAN1) Definisi Tamadun kemajuan dan pencapaian sesuatu
masyarakat dalam pelbagai bidang kehidupan. Merangkumi pencapaian
dari aspek pembangunan material & pembangunan rohani.
2) Latar belakang secara umum terdapat 4 tamadun awal manusia
(Mesopotamia / Sumeria - Antara Sungai Tigris dan Euphrates, Mesir
- Sungai Nil, Indus - Sungai Indus, Hwang Ho - Sungai Kuning )
kesemuanya muncul dan berkembang di kawasan lembah sungai yang
subur. Walau bagaimanapun tamadun Islam dianggap unik kerana ia
lahir dan berkembang di tempat yang terpencil dalam kawasan padang
pasir yang panas dan kering kontang iaitu Hijaz.3) Agama merupakan
keperluan utama dalam pembentukan dalam peningkatan tamadun, secara
umumnya agama ialah kepercayaan atau ajaran yang dianuti oleh
seseorang
4) Konsep ketuhanan dan agama secara umum - masyarakat dalam
tamadun awal manusia mempercayai konsep politeisme dalam agama dan
kepercayaan mereka. Manakala menurut pandangan Islam adalah
berlandaskan kepada akidah dan menekankan aspek syariah dalam
menentukan peraturan kehidupanHURAIAN ISI Konsep Ketuhanan Dan
Keagamaan Menurut Pandangan Islam [10 markah]1) Terdapat dua ajaran
yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.wDi Mekah - Ajaran berbentuk
Tasyri Kulli (ajaran secara umum), yang menyentuh tentang Hablun
Minallah iaitu hubungan antara hamba / manusia dengan Allah s.w.t.
yang merangkumi akidah, keimanan, akhlak, dan peribadatan.
Termaktub dalam al-Quran melalui surah-surah Makkiyah (93 surah)
yang telah diwahyukan di Makkah
Di Madinah - Ajaran berbentuk Tasyri Juzi (ajaran secara khusus)
yang menerangkan persoalan Hablum Mimannas iaitu hubungan antara
individu, manusia dengan individu lain yang merangkumi aspek
kenegaraan, ekonomi, kemasyarakatan, dan lain-lain. Termaktub dalam
al-Quran melalui surah-surah Madaniyyah (21 surah) yang diwahyukan
kepada Nabi Muhammad s.a.w di Madinah2) Aspek-aspek ajaran
Islam
i) Aspek Akidah Konsep Tauhid iaitu mengesahkan Allah s.w.t
sebagai Tuhan yang berhak disembah, memiliki sifat kesempurnaan,
berkuasa mencipta alam semesta. Dengan sendirinya menolak segala
ajaran anthropomorphisme, iaitu segalabentuk penyembahan berhala
dan penyamaan tuhan dengan makhluknya Mempercayai enam rukun iman:
beriman kepada Allah, kepada Malaikat, kitab-kitab Allah, para
Rasul, hari kiamat, dan Qada dan Qadar yang ditentukan oleh Allah
s.w.t Mempunyai tanggungjawab terhadap semua amalan diri.
Mempercayai bahawa syurga adalah tempat kediaman di akhirat nanti
bagi mereka yang mematuhi perintah Allah dan neraka adalah tempat
manusia yang mengongkari perintah Allah
Perkara-perkara selepas mati: mempercayai adanya alam kubur,
hari nisab, hari kiamat. Titian Siratul-Mustaqim, nikmat di dalam
syurga dan lain-lain lagi. Di dalam ajaran Islam ini, umat Islam
boleh terus beribadat kepada Allah dengan mendirikan sembahyang
lima waktu sehari semalam dan semua bentuk penyembahan dilarang
melakukannya melalui perantaraan
ii) Aspek Syariah
Ajaran ini membezakannya dengan ajaran-ajaran jahiliah kerana
Islam membentuk cara hidup tersendiri melalui syariah-syariah yang
merupakan undang-undang atau tatacara bagi manusia hidup sementara
di bumi ini. Di dalam syariah, pelbagai bentuk peraturan yang
diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan hanya
mengamalkannya sahaja yang menyelamatkan manusia dari kesesatan di
dunia dan keberuntungan dai akhiratiii) Aspek Akhlak
Peraturan yang berhubung dengan akhlak yang menegah umat Islam
khasnya dan umat manusia amnya supaya tidak melakukan kejahatan dan
tidak berperikemanusian seperti merompak, mencuri, membunuh,
menyakiti jiran, berzina, minum arak, berjudi, dan sebagainya
Ajaran Islam juga menggalakkan manusia supaya berakhlak mulia,
hormat menghormati, menjaga maruah, bekerjasama, amanah,
menjalinkan silaturrahim, an tolong menolong
Dengan melaksanakan tiga aspek ajaran Islam tersebut sahaja,
barulah umat Islam secara individu atau masyarakat boleh dianggap
beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dengan sebenar-benar iman. Aspek
ini telah membezakan keagamaan setiap penganut Islam dengan aspek
keagamaan orang-orang jahiliah sebelum Islam Konsep Ketuhanan Dan
Keagamaan Menurut Tamadun Awal Manusia [10 markah]1) Konsep
Ketuhanan dan Agama Agama yang diamalkan adalah berkonsepkan
politeisme iaitu menyembah banyak tuhan (berlaku dalam Tamadun
Sumeria, Mesir, dan Indus) dan dewa dewi dipercayai boleh membawa
kebaikan dan keburukan
Tuhan utama bagi masyarakat Sumeria ialah Anu (tuhan langit),
Mesir ialah Amon-re (tuhan matahari) dan Osiris (tuhan sungai Nil).
Bagi masyarakat Aryan dalam tamadun Indus pula mereka menyembah
Mitra (tuhan matahari), Dyaus (tuhan langit), Agni (tuhan api), dan
Indra (tuhan yang menjadi tuhan utama) Masyarakat Indus pula
mempercayai bahawa tuhan mempunyai 3 fungsi iaitu Dewa Brahma
(mencipta), Dewa Vishnu (memelihara), dan Dewa Siva (membinasa)
2) Menyembah Dewa Dewi
Dalam masyarakat Sumeria, mereka percaya bahawa setiap negara
kota mempunyai dewa penaung (patron deity) dan mereka menyembah
dewa-dewa tersebut yang dipercayai dapat melindungi kota-kota
mereka
Bagi orang Mesir, mereka mempercayai seluruh alam dikuasai oleh
dewa dewi yang akan menentukan hidup matinya sesuatu kehidupan
memuja banyak semangat roh binatang seperti kucing dan binatang3)
Upacara Pemujaan dan Pengorbanan
Menjalankan upacara keagamaan seperti pemujaan dan pengorbanan
supaya tidak dilanda malapetaka. Bagi Orang Sumeria, upacara ini
dilakukan di dalam kuil-kuilyang berbentuk menara yang dipanggil
Ziggurat
Mengorbankan binatang dalam masyarakat Indus (kecuali lembu yang
dianggap suci) Masyarakat Shang dalam Tamadun Hwang Ho menjalankan
pengorbanan untuk tuhan-tuhan mereka bagi mengelakkan
malapetaka
4) Menyembah Banyak Objek dan Alam sekitar
Masyarakat Shang mengamalkan agama menyembah banyak objek dan
unsur-unsur alam semesta seperti bumi, sungai, angin, binatang,
bulan, matahari, dan langit. Mempercayai bahawa tuhan Tien (tuhan
langit0 yang paling berkuasa
Tuhan-tuhan mereka dikaitkan dengan kuasa terhadap malapetaka
seperti kemarau, banjir, dan wabak penyakt Bagi mengelakkan
malapetaka, pengorbanan perlu dilakukan supaya tuhan-tuhan mereka
tidak marah
5) Kepercayaan Kehidupan Selepas Mati
Masyarakat Sumeria tidak memmpercayai kehidupan selepas mati
oleh itu mereka tidak menghasilkan mumia atau makam yang
kompleks
Bagi masyarakat Mesir, mereka mempercayai kehidupan selepas mati
dan mereka telah membina piramid untuk tujuan menyimpan mayat yang
telah dimumiakan. Piramid menjadi tempat bersemadi roh-roh mereka
barangan seperti makanan, perabut, dan harta turut disemadikan
bersama
Masyarakat Shang turut mempercayai kehidupan selepas mati dan
mereka menanam raja-raja bersama barang seperti harta, manusia
(tawanan perang, kaum keluarga, dan petani)
6) Memuja Roh Nenek Moyang
Hanya masyarakat Shang memuja roh nenek moyang mereka kerana
mempercayai bahawa roh-roh tersebut mempunyai pengaruh yang kuat ke
atas kehidupan mereka Percaya dengan penggunaan tulang-tulang nujum
(oracle bones) untuk membuat ramalan terutamanya untuk mengetahui
sesuatu yang berkaitan dengan roh nenek moyang mereka
PENUTUP1) Terdapat perbezaan yang amat ketara dalam konsep
ketuhanan dan keagamaan antara pandangan Islam denga pandangan
tamadun-tamadun awal manusia2) Agama merupakan pedoman utama untuk
membimbing manusia ke arah kehidupan yang sempurna
SOALAN 4 Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada kelahiran
konsep dan amalan negara kota dalam Tamadun Yunani dan huraikan
perbezaan antara Negara Kota Athens dan Sparta
PENGENALAN1) Bentuk negara yang terawal dikenali sebagai negara
kota dan ia telah wujud semenjak Zaman Neolitik lagi (melalui
perkembangan petempatan-petempatan awal di kawasan lembah sungai)2)
Negara kota boleh ditakrifkan sebagai sistem pemerintahan yang
kuasa kedaulatan tertumpu kepada rakyat negara kota tersebut dan
kuasa politik kerapkali dapat diperluaskan kepada tanah jajahan
yang berada di sekitarnya. 3) Faktor yang membawa kepada kewujudan
negara kota adalah berbeza-beza mengikut masa dan tempat kelahiran
negara kota tersebut Athens & Sparta merupakan Negara Kota yang
terpenting dalam Tamadun Yunani dan ia telah mencorakkan sejarah
tamadun berkenaanHURAIAN ISI Faktor-faktor utama yang membawa
kepada kelahiran negara kota di Yunani [10 M ]- Merangkumi Aspek
Politik, Ekonomi, & Sosial
1) Di Yunani, negara kota dikenali sebagai Polis yang bukan
sahaja bermaksud suatu unit politik tetapi juga meliputi seluruh
aspek kehidupan komuniti iaitu kegiatan politik, pengendalian
aktiviti ekonomi, kegiatan sosial, perkembangan intelektual, dan
budaya. Terdapat lebih daripada 150 negara kota dalam Tamadun
Yunani setiap Polis mempunyai bentuk pemerintahan, cara hidup,
pemikiran, dan kegiatan ekonomi2) Setiap negara kota berkembang
daripada komuniti yang terdiri daripada golongan-golongan keluarga
yang mengikut tradisi nenek moyang mereka Asas kelahiran daripada
masyarakat perkampungan terbukti melalui pandangan Aristotle yang
mentakrifkan negara kota sebagai unit politik yang terdiri daripada
beberapa kampung dan keluarga yang mempunyai objektif dan cara
hidup yang sama3) Proses perpaduan dalam komuniti dalam sesebuah
negara kota merupakan kesan daripada keperluan perlindungan
daripada serangan musuh / faktor keselamatan / konsep ketahanan dan
pertahanan. Perkembangan tersebut mendorong kepada pembinaan kubu
untuk mempertahankan bandar contohnya Athens yang didirikan di atas
batu Athena yang kemudiannya dikenali sebagai Acropolis4) Perubahan
strategi peperangan (phalanx) melahirkan nilai baru iaitu dari
nilai individu kepada nilai tanggungjawab bersama bagi
mempertingkatkan kepentingan dan kedudukan negara kota Negara Kota
Sparta telah menenkankan konsep ketenteraan dalam semua aspek
negara kota bagi meningkatkan semangat patriotisme5) Perkembangan
pertanian eksport seperti tanaman zaiton dan anggur melahirkan
golongan petani yang dapat melibatkan diri dalam hal penyertaan
politik dan kehidupan sivik negara kota. Malahan penduduk di
sesuatu wilayah berkumpul demi kepentingan pengurusan perdagangan
yang lebih berkesan. Menurut Aristotle mereka dikatakan berkumpul
dengan tujuan untuk mencapai perkembangan ekonomi yang efesien
6) Bentuk muka bumi / alam persekitaran di Semenanjung Yunani
Pulau-pulau diLaut Aegean dan pengaruh Laut Mediterranean telah
melahirkan semangat kebebasan di kalangan penduduk. Di Semenanjung
Yunani, setiap negara kota terletak di satu lembah kecil dan
perkembangan bandar adalah berasingan daripada bandar lain.
Percantuman antara negara kota jarang berlaku kerana dorongan
semangat kebebasan kesannya pertumbuhan sistem kepercayaan dan
agama, adat-istiadat, sistem perundangan, struktur pemerintahan,
dan instituti-institusi kerajaan yang amat khusus kepada satu
negara kota sahaja.7) Kolonisasi & Imigrasi telah menyumbang
kepada negara kota baru di Pulau Sicily, Selatan Itali, Persisiran
Laut Hitam, dan Laut Agean Utara Pertumbuhan turut di warnai dengan
semangat kebebasan
Perbezaan antara negara kota Athens dan Sparta [10 markah ]1)
Athens
Terbentuk di Utara Yunani dan bermula sebagai sebuah kampung
kecil bercorak agraria
Perubahan dalam corak pentadbiran bermula dengan monarki mutlak
1 200 800 SM sehinggalah pemerintahan demokrasi yang menjadi
warisan negara kota Athens / sistem demokrasi @ pemerintahan oleh
rakyat mencapai kegemilangannya pada zaman pemerintahan Pricles
(495 429 SM) Hak dan kebebasan diberikan hanya kepada warganegara
(lelaki yang dilahirkan di Athens dan berumur 18 tahun ke atas yang
mempunyai harta dan bapanya juga adalah warganegara)
Umumnya pentadbiran dan pemerintahan di Athens berasaskan kepada
doktrin pembahagian kuasa:
i) Dewan perhimpunan
Dianggotai oleh semua warganegara lelaki dewasa jawatan dalam
dewan selama 6 bulan hingga 1 tahun Dewan bersidang sebanyak 3
bulan sekali & setiap ahli dewan boleh mengemukakan pandangan
dan cadangan dasar kepada kerajaan
Dewan berfungsi untuk membahas dan membuat keputusan untuk
berperang, membuat perjanjian damai, hal ehwal kewangan,
percukaian, dan menyambut perwakilan asing
ii) Majlis
Badan yang bertanggungjawab melaksanakan keputusan Dewan
Perhimpunan
500 ahli yang dipilih melalui pengundian dan mewakili setiap
suku dibahagikan kepada 10 kumpulan yang dikenali sebagai prytany /
wakil yang berlainan setiap tahun dan tidak wujud kerjasama antara
anggota majlis
iii) Majistret dan Juri
Melaksanakan dasar-dasar yang telah dikemukan oleh majlis &
semua pegawai perkhidmatan kerajaan menjadi ahli majistret (ketua
dari golongan bawahan @ Patrician) Penduduk Athens menganggap
berkhidmat untuk kerajaan sebagai satu penghormatan dan
tanggungjawab yang suci Hak rakyat dilindungi oleh mahkamah awam /
sistem juri yg dibayar gaji dan bilangan juri adalah ramai bagi
mengelakkan rasuah
2) Sparta Terletak di wilayah Raconia yang terletak di Selatan
Greek (Yunani)
Diperintah oleh dua ornag raja dan dibantu oleh lima orang
pegawai yang dikenali sebagai Ephor / secara keseluruhannya,
pemerintahan adalah bercirikan tentera menghadapi ancaman &
pemberontakan daripada golongan helots (penduduk yang ramai dan
mereka adalah tawanan perang yang dijadikan hamba di kawasan ladang
/ berasal dari negara kota Achae & Messenia yang ditawan oleh
Sparta)
Masyarakat dilatih sebagai tentera dan mempertahankan hak dan
kedaulatan negara (individu yang lahir dalam keadaan cacat dan
kurang sempurna dianggap sebagai sial & dibunuh kanak-kanak
dihantar ke sekolah-sekolah tentera) Pemerintahan totalitarian
keputusan ditentukan oleh pihak tentera dan rakyat tidak berani
mempersoalakan atau mengkritik tidakan kerajaan
Kegiatan perdagangan dihalang kerana kerajaan takut kemewahan
dan kemakmuran akan menyebabkan rakyatnya menjadi lemah dan
melupakan trasisi SpartaPENUTUP1) Perkembangan dan corak
pemerintahan dalam sesebuah negara kota adalah berlainan di dalam
Tamadun Yunani2) Apa sahaja huraian yang berkaitan (teknik
rumusan)
SOALAN 5Bincangkan idea dan pemikiran Niccolo Machiavelli,
Kautilya, dan Sun Tzu dalam aspek strategi peperangan.
PENGENALAN1) Ketahanan merujuk kepada keupayaan dan kebolehan
serta kekuatan menanggung sesuatu kesukaran dan penderitaan,
manakala pertahanan merujuk kepada langkah-langkah serta tindakan
yang diambil untuk menjamin keselamatan serta kepentingan2) Aspek
ketahanan dan pertahanan merupakan unsur universal yang didukung
oleh kerajaan-kerajaan dalam tamadun awal manusia untuk menjamin
keselamatan dan kewujudan tamadun berkenaan
3) Aspek peperangan menjadi agenda penting sebagai satu muslihat
untuk mempertahankan diri, negara, dan masyarakat dengan membuat
perancangan atau mengatur langkah
HURAIAN ISI1) Niccolo Machiavelli [ 6 7 M ] Latarbelakang &
karya berkaitan berasal dari Italy lahir dalam tahun 1469M ( pernah
menjadi diplomat 1498 -1512M). Meninggal dunia dalam tahun 1527M
dan hasil karya hanya dicetak selepas tahun 1532M Penulisan
bermatlamatkan untuk memulihkan imej Florence dan negara kota lain
di Italy (Karya spt The Prince, The DiscourseUpon Living, & Art
Of War ) Idea & Pemikirani) Memperkenalkan taktik penguasaan
tampuk pemerintahan dan strategi peperangan secara sainstifik
ii) Persoalan tentang bagaimana seorang raja boleh mengekalkan
kuasa dalam The Prince Matlamat seorang raja adalah untuk
mengekalkan kuasa dan sekiranya kedudukan tergugat kerana
pengikutnya tidak jujur, raja harus menghapuskannya demi
kepentingan politik sendiri Dua cara pentadbiran undang-undang
& Kekerasan dan ketenteraan (pentadbiran melalui undang-undang
tidak mencukupi dan raja harus memberi penekanan kepada
ketenteraan) Pandangan ini banyak mempengaruhi pembentukan negara
bangsa di Eropah spt Sepanyol, England, dan Perancis. Berasaskan
idea Michiavelli, raja menggunakan kekerasan terhadap gol bangsawan
yang banyakmengancam mereka sebelum iniiii) Persoalan dalam buku
Art Of War Undang-undang dan senjata yang baik penting untuk
seorang raja Selain mentadbir seorang raja perlu ada prinsip
ketenteraan
Pembentukkan tentera infantri, tentera yang berkhidmat
semata-mata kerana gaji atau wang, dan pembentukan pasukan tambahan
secara sukarela tidak digalakkan.
Pembinaan kubu turut ditolak kerana dianggap membawa kepada
kemusnahan
Beliau menekankan bahawa seorang raja boleh berkuasa dengan
menggunakan meriam, askar berkuda dan peralatan perang yang ringan
dan mudah dibawa semasa peperangan2) Kautilya [ 6 7 ] Latar
belakang & karya berkaitan Hidup pada zaman awal Dinasti Maurya
di utara India dan telah menulis buku bertajuk Arthasastra (Science
of Gain of Power)
Idea & Pemikirani) Karya beliau banyak mempengaruhi
pahlawandan raja-raja Hindu spt: Raja Rajput dan Marathas. Karya
beliau menjadikan peperangan sebagai seolah-olah ada kaitan dengan
spiritual / peperangan dapat mengelak konsep hukum karma
(reinkarnasi / kelahiran semula selepas mati) seperti yang
disarankan dalam agama Hindu
ii) Karya beliau Arthasastra mengandungi hal ehwal
ketatanegaraan, pentadbiran, diplomasi, peperangan, dan
perkara-perkara lain. iii) 6 cara untuk mengekalkan hubungan di
antara negara (kerajaan pusat) dengan negeri (wilayah) Keamanan
Peperangan
Teknik tunggu dan lihat untuk menyerang
Melancarkan serangan dahulu
Mengadakan pakatan dan persekutuan dengan musuh
Bersekutu / berbaik dengan satu pihak dan meneruskan peperangan
dengan pihak yang lain
iv) 4 cara yang boleh digunkan oleh raja untuk mencapai
kemenangan dalam peperangan
Memujuk dengan matlamat menawan hati Memujuk melalui rasuah
Memecahbelahkan perpaduan musuh
Melakukan serangan selepas 3 cara tersebut dilaksanakan
v) Beliau berpendapat bahawa seorang raja atau putera yang ingin
berjaya mesti mengetahui tentang kekuatan dan kelemahan tenteranya,
kelebihan dan kelemahan tentera musuh, dan akhir tahu menyerang
dengan mengambil kesempatan atau bekesempatanvi) Kemahiran
berkomplot (menghantar perisik, pelacur, merasuah pegawai musuh,
merasuah tukang masak dan kalau boleh seluruh anggota istana untuk
melemahkan musuh) dan tipu muslihat adalah lebih baik daripada
menggunakan kegagahan dan kehandalan cara yang boleh digunakan
apabila nampak tanda-tanda kekalahan.3) Sun Tzu [ 6 7 M ] Latar
belakang & karya berkaitan Hidup pada zaman awal Tamadun China
(Tamadun Hwang Ho) seorang Jeneral tentera dalam kerajaan Wu.
Menghasilkan sebuah buku bertajuk Art of War atau seni peperangan.
Buku yang menyentuh tentang taktik dan strategi peperangan yang
mengandungi 13 bab dengan 6000 patah perkataan dan menjadi nadi
dalam kecemerlangan kerajaan Wu. Karya beliau banyak mempengaruhi
strategi peperangan di barat spt: Napoleon Bornaparte & adolf
Hitler. Hasil penulisan yang dianggap sebagai paling ulung di benua
Asia seperti Jepun dan Korea (Malahan Mao Tse Tung telah
menggunankan strategi daripada karya beliau sehingga berjaya
menjadikan China sebagai sebuah negara Komunis dalam tahun 1949)
Karya beliau amat terkenal hingga ke hari ini dan telah diulang
cetak ke dalam pelbagai bahasa kini karya tersebut diubahsuai dan
digunakan dalam persaingan dunia perniagaan Idea & Pemikirani)
Strategi berasaskan kepada 6 prinsip utama Mengenalpasti atau
menganggarkan kekuatan sebelum menghadapi musuh
Strategi dalam menjalankan peperangan
Strategi dalam menyusun dan mengatur unit-unit tentera secara
menyeluruh
Strategi menyerang atau melaksanakan serangan
Strategi mewujudkan ruang kosong semasa peperangan dan
mengelakkan ruang kosong pada masa tertentu
Strategi menggerakkan tentera secara menyeluruh
ii) Beliau berpendapat bahawa setiap peperangan yang dilancarkan
harus mengutamakan kepentingan rakyat daripada perasaan marah
terhadap musuh setiap pahlawan harus mengkaji dan menyelidik kesan
perang kepada rakyat dari segi nyawa, dan nasib yang dialami
selepas perangiii) Mengutamakan tanggungjawab moral dalam
peperangan kerana perang boleh menentukan hidup atau matinya
sesebuah masyarakat dan negara. Oleh kerana peperangan sering
membawa kepada kemusnahan, maka pemimpin harus berusaha utk
mendapatkan kemenangan dengan cepat daripada melanjutkan
peperangan
iv) Strategi yang ditekankan mengutamakan kedamaian daripada
kekerasan / menawan musuh adalah lebih baik daripada memusnahkan
sebuah negara. Malahan beliau menekankan supaya setiap panglima
perang mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang kekuatan
tentera sendiri dan strategi yang digunakan oleh musuh
v) Taktik yang sarankan pihak lawan harus dilemahkan dan dipecah
belahkan dari dalam sebelum melancarkan serangan (menghantar
pengintip masuk ke dalam pertahanan musuh di semua peringkat).
Pengintip boleh melemahkan musuh dengan cara memisahkan sekutunya
melalui khabar angin, maklumat yang mengelirukan musuh, merasuah
para pahlawan, dan menimbulkan keadaan huru-hara pengintip sebagai
musuh dalam selimut / gunting dalam lipatanPENUTUP1) Apa sahaja
yang berkaitan penggunaan teknik rumusan sendiri berdasarkan
kehendak soalan dan penggunaan ayat sendiri oleh calon* Sekiranya
soalan berbentuk perbandingan tokoh, fakta-fakta yang telah
diberikan boleh
digunakan oleh calon untuk menjawab soalan
SOALAN 6Terangkan konsep sara diri, komersil, dan kapitalisme.
Huraikan perubahan sistem ekonomi daripada sistem barter kepada
sistem kapitalisme yang berlaku di Eropah.
PENGENALAN 1) Pengertian ekonomi - umumnya ekonomi dapat
dirumuskan sebagai satu bidang ilmu yang bertujuan untuk mengkaji
segala unsur yang terlibat dalam usaha untuk menghasilkan barangan
atau perkhidmatan demi memenuhi keperluan manusia. 2) Perkembangan
dalam aktiviti pertanian dan penternakan pada zaman Neolitilk telah
menjadi asas dalam mewujudkan kegiatan ekonomi berasaskan kepada
pengkhususan pekerjaan3) Sistem barter atau tukaran barang
merupakan sistem ekonomi yang terawal dan perubahan berlaku apabila
manusia mula mencipta mata wang yang akhirnya menggantikan sistem
tukaran barang yang tidak begitu efisien/berkesan4) Sistem ekonomi
manusia seterusnya mengalami perubahan yang amat ketara daripada
sistem yang berkonsepkan sara diri kepada sistem ekonomi komersil
dan seterusnya mewujudkan sistem ekonomi kapitalisHURAIAN ISI
Konsep / Pengertian [ 6 M ]1) Sara Diri Merupakan sistem ekonomi
yang terawal dan hanya untuk menyediakan keperluan asas untuk
kehidupan seperti makanan dan minuman, pakaian, dan tempat tinggal
melalui penerokaan sumber-sumber alam Ekonomi sara masyarakat
meliputi aktiviti pertanian, penternakan, mengkap ikan, memburu
binatang dan memungut hasil hutandan laut (merangkumi aktiviti
ekonomi masyarakat dalam tamadun-tamadun awal manusia seperti
Mesopotamia, Mesir Purba dll) Biasanya dijalankan oleh anggota
keluarga dengan skala yang kecil dengan menggunakan peralatan yang
ringkas seperti cangkul dan tajak hasil tanaman adalah bergantung
kepada iklim dan bentuk muka bumi2) Komersil
Bermaksud pengeluaran hasil secara besar-besaran untuk tujuan
perdagangan (aktiviti jual beli urusniaga barangan dan perkhidmatan
Lahir akibat daripada pertambahan produktiviti dalam kegiatan
ekonomi sara diri hasil daripada penggunaan peralatan yang
berteknologi tinggi dan pengkhususan pekerjaan. Kesannya wujud
lebihan dalam pengeluaran barangan melebihi keperluan masyarakat
setempat Aktiviti tukaran barang barang / sistem barter telah
berkembang menjadi kegiatan perdagangan dengan penciptaan roda dan
kapal layar menggalakkan perdagangan antarabangsa
Dalam sistem ekonomi ini para pedagang mendapat keuntungan yang
berlipat kali ganda dan sistem ekonomi komersil melibatkan
penggunaan jalan darat dan laut dalam tamadun awal manusia3)
Kapitalis
Diertikan sebagai satu bentuk ekonomi bebas atau laissez faire
yang bercirikan pemilikan harta atau perniagaan sendiri. Mempunyai
satu matlamat iaitu mendapatkan keuntungan yang maksimum Sistem
ekonomi ini dikuasai oleh golongan yang mempunyai modal yang besar
(individu ataupun sebuah syarikat/swasta) dan terlibat dalam
aktiviti perdagangan dan perniagaan. Sistem ekonomi kapitalis
berkonsepkan perlindungan harta sendiri dan menggalakkan inisiatif
individu Kemunculan golongan borjuis iaitu pedagang dan pemodal
yang kaya raya dalam struktur sosial masyarakat di Eropah
Perkembangan sistem perdagangan daripada sistem barter kepada
sistem kapitalis yang berlaku di Eropah [ 12 M ]1) Perdagangan
bermula apabila manusia mula keluar dari ekonomi sara diri. Mereka
mula menukar barangan yang dihasilkan untuk mendapat barangan
keperluan yang lain. Kegiatan pertukaran barang ini dikenali
sebagai sistem barter2) Perdagangan sistem barter diamalkan secara
meluas di Eropah sebelum kemunculan Tamadun Grace-Roman sistem ini
mula berubah bila matawang mula diperkenalkan sebagai alat pengukur
nilai ( digunakan secara meluas dalam abad ke 12 dan seterusnya).
Tetapi kegiatan perdagangan berasaskan sistem barter masih
diamalkan di Eropah sehingga abad ke 15 dan 16, khususnya di
kawasan pendalaman3) Kemunculan semula bandar-bandar di Eropah,
khususnya di Italy dalam abad ke 13 telah membawa perubahan yang
besar kepada sistem / corak perdagangan di Eropah. Di kawasan
bandar-bandar inilah munculnya golongan saudagar baru yang
meluaskan kegiatan mereka ke seluruh Eropah muncul institusi
perdagangan seperti bank, syarikat insuran, persatuan saudagar
(bandar-bandar di Italy menjadi teras dalam sistem ekonomi
kapitalis yang kemudiannyamenular ke seluruh Eropah)4)
Saudagar-saudagar di Italy memperolehi kebebasan menjalankan
kegiatan mereka pihak berkuasa tidak menghalang kebebasan para
saudagar berurusniaga, mengumpul kekayaan, dan meluaskan kegiatan
mereka5) Dengan bantuan institusi bank, para saudagar dapat
menjalankan kegiatan denga lebih mudah contohnya bank memberi
pinjaman modal, dan mengeluarkan bil-bil pertukaran saudagar.
Syarikat insuran pula mengeluarkan jaminan ke atas modal
saudagar-saudagar untuk mengurangkan risiko mereka (hubungan
perdagangan menjadi lebih teratur dan licin)6) Kejatuhan
wilayah-wilayah feudal dan kemunculan negara bangsa di Eropah dalam
abad ke 14 dan 15 menggalakkan lagi perkembangan perdagangan
apabila terhapusnya pelbagai bentuk halangan ke atas perdagangan
yang telah diwujudkan oleh regim feudal sebelum ini
7) Berikutan kejatuhan fedualisme di Eropah, kegiatan
perdagangan menjadi unsur penting dalam aktiviti ekonomi pihak
pemerintah telah memberi galakkan dan perlindungan
8) Keseragaman dari aspek timbang dan sukat, peraturan dan
undang-undang yang melindungi hak pemilik-pemilik komoditi dan
modal. Terdapat juga institusi yang berfungsi dari segi menyediakan
kemudahan kredit dan kewangan menjadi asas kepada perkembangan
sistem perdaganagan di bawah ekonomi kapitalis Eropah
PENUTUP1) Terapat perbezaan yang ketara antara sistem ekonomi
sara diri, komersil, dan kapitalis2) Perubahan berlaku secara
berterusan dan dipengaruhi oleh pelbagai aspek dalam perkembanagan
tamadun-tamadun di Eropah pada masa itu
3) Perubahan ekonomi di Eropah telah berjaya menjadikan negara
seperti Perancis, England, dan Italy sebagai satu kuasa
imperialisme baru dalam abad ke 17 dan 18
SOALAN 7Bincangkan objektif penubuhan institusi pendidikan
seperti tempat ibadat, rumah guru, sekolah, kolej, dan universiti
dalam tamadun awal manusia seperti tamadun Mesopotamia, Mesir,
India, China, Yunani, dan Rom. PENGENALAN1) Konsep Pendidikan satu
bidang yang melibatkan pelbagai proses dalam memberi dan
memperolehi ilmu. Proses ini adalah berterusan 2) Dasar pendidikan
berasaskan kepada kepentingan dan kehendak yang terdapat dalam
sesebuah masyarakat ataupun negara - berbeza mengikut tempat, masa
dan keperluan 3) Apabila pembentukan sesebuah masyarakat kian
bertambah kompleks, pendidikan berbentuk formal mula mendapat
tempat dan pelbagai institusi pendidikan mula ditubuhkan (contoh
institusi berdasarkan kepada soalan)
4) Walaupun terdapat banyak perbezaan, tetapi terdapat beberapa
objektif yang telah menjadi asas dalam mempengaruhi
penubuhan-penubuhan institusi tersebutHURAIAN ISIObjektif Penubuhan
Institusi Pendidikan Dalam Tamadun Awal Manusia
1) Aspek Keagamaan Pendidikan berteraskan kepada keperluan
masyarakat dalam aspek keagamaan ini adalah antara objektif utama
yang mewujudkan institusi pendidikan pada peringkat awal
Dalam Tamadun Mesir, pendidikan diletakkan di bawah pengawalan
pihak kerajaan dan golongan paderi-paderi para pelajar dididik
untuk menjawat jawatan dalam bidang perkeranian dan perkhidmatan
keagamaan ( Objektif yang serupa dalam Tamadun Mesopotamia di mana
kegiatan intelektual dan pendidikan berpusat di perpustakaan yang
terdapat di dalam kuil-kuil / Ziggurat )
Dalam Tamadun India, agama ialah punca utama kepada aktiviti
termasuk pemikiran, falsafah, perundangan, politik, dan pendidikan.
Pendidikan formal untuk golongan kasta atasan seperti Brahmin
berasaskan kepada pengkajian Kitab Veda. Dalam zaman Gupta, wujud
pusat-pusat pengajian agama Buddha seperti Vikramasila dan
Jagaddala. Ajaran Hindu diajar di tempat kediaman guru yang
dikenali sebagai Pathasala di India Baratdan Tols di Bengal
manakala di peringkat kampungterdapat Agrahara iaitu tempat
paderi-paderi Brahmin mengajar kitab suci Hindu2) Politik Dan
Pentadbiran
Berkait rapat dengan aspek pengendalian hal politik dan kerajaan
demi kepentingan pentadbiran dan birokrasi. Ia melibatkan proses
penyertaan warganegara dalam proses pentadbiran kerajaan, semangat
kebangsaan, ketaatan kepada raja / pemerintah, dan aspek pertahanan
negara Pendidikan menjadi asas utama dalam melahirkan
pegawai-pegawai kerajaan yang akan berkhidmat dengan kerajaan demi
mengekalkan keharmonian masyarakat dan rasa taat setia kepada raja
dan negara Dalam Tamadun China ( zaman pemerintahan Dinasti Han dan
Tang ), fahaman Confucius telah menjadi ideologi politik & asas
kurikulum pendidikan melahirkan golongan gentry (bangsawan) yang
akan menyokong & memperkuatkan kedudukan Maharaja
Perlantikan pegawai-pegawai kerajaan adalah berasaskan satu
sistem peperiksaan (sistem peperiksaan awam yang tertua di dunia)
bertujuan melahirkan pegawai yang akan mengisi jawatan dalam
pentadbiran dan menjalinkan hubungan persaudaraan dan sifat
kekeluargaan demi kepentingan masyarakat China pada masa itu3)
Semangat Kenegaraan / Semangat Patriotisme
Tujuan yang jelas dalam sistem pendidikan di Yunani selaras
dengan perkembangan sistem demokrasi yang memuncak pada zaman
pemeirntahan Pericles Athens - bertujuan untuk melahirkan
warganegara yang dapat memberi sumbangan kepada kemajuan dan
pembangunan negara, matlamat utama juga adalah untuk melahirkan
warganegara yang seimbang pencapaiannya dalam aspek rohani dan
jasmani.
Hubungan yang erat antara warganegara dengan Acropolis dipupuk
melalui pendidikan supaya mereka hidup untuk kepentingan negara
kota menggalakkan kewujudan sekolah-sekolah falsafah di Athens,
Thebes, dan Corinth
Secara langsung muncul golongan pendidik profesional yang
dipanggil sebagai Sophists yang dapat memenuhi aspirasi-aspirasi
warganegara Athens terutamanya untuk menjadi negarawan-negarawan
yang berkesan
2 disiplin utama ditekankan dalam pendidikan iaitu dialectic dan
rhetoric yang akan menjadi seseorang individu lebih bijak penubuhan
sebuah institusi oleh Plato iaitu Academy untuk memupuk segolongan
minoriti yang benar-benar berkemampuan mengendalikan hal-hal
politik iaitu konsep Philosopher Kings4) Keselamatan Negara /
Pertahanan
Negara kota Sparta di Tamadun Yunani, keselamatan negara menjadi
keutamaan melalui penubuhan institusi-institusi pendidikan.
Pendidikan bercorak ketenteraan menekankan setiap kanak-kanak
Sparta dikenakan latihan tentera serta disiplin yang ketat dan
hidup diberek-berek tentera serta terpisah daripada ibu bapa.
Latihan ketenteraan menjadi asas dalam kurikulum sistem pendidikan
untuk melahirkan sifat ketenteraan dan disiplin untuk pertahanan
mereka daripada ancaman golongan Helots Sistem pendidikan adalah
bertujuan untuk melahirkan sebuah kerajaan orang-orang Sparta tulen
untuk mengawal rapat orang tawanan (Helots) yang dijadikan hamba
Golongan hamba (Helots) mempunyai jumlah yang sangat ramai jika
dibandingkan dengan penduduk Sparta tulen dan mereka khuatir
sekiranya golongan hamba akan mengancam mereka dan melakukan
pemberontakan
Pendidikan di Sparta dibentuk berdasarkan aspirasi negara kota
bagi melahirkan individu yang kuat dari segi fizikal dan mental,
patuh kepada undang-undang, cintakan negara, dan sanggup
mempertahankan negara5) Membasmi Buta Huruf Di Kalangan
Masyarakat
Rujuk dalam Tamadun India / Mesir Purba
6) Manusia Dan Masyarakat Pada akhir zaman pertengahan di
Eropah, fokus utama dalam sistem pendidikan mulai tertumpu kepada
manusia dan aspek-aspek penting yang berkaitan. Pendidikan bercorak
teologi dan agama Kristian tidak lagi diterima Corak kehidupan
masyarakat telah berubah, perdagangan dan kehidupan di bandar telah
menjadi lebih signifikan. Kuasa ekonomi dan politik tidak lagi
terletak di tangan golongan feudal (tuan-tuan tanah) dan gereja,
tetapi telah diambil alih oleh golongan borjuis yang hidup dengan
kaya raya di kawasan bandar Penggunaan bahasa-bahasa tempatan telah
mengambil alih kepentingan bahasa Latin dalam sistem pendidikan
baru yang memfokuskan kepada kepentingan manusi, dan masyarakat
antara bidang yang mnejadi kajian utama dalam bidang pendidikan
ialah bidang sosiologi dan antropologi7) Aspek ekonomi dan
Perdagangan
PENUTUP Objektif yang pelbagai disebabkan oleh kepentingan yang
berbeza-beza setiap masyarakat dalam setiap tamadun Peningkatan
dalam aspek pendidikan telah melahirkan ramai golongan cendiakawan
yang menjadi nadi dalam kemajuan sesebuah tamadun
SOALAN 8Apakah yang anda faham dengan konsep dan pengertian
ilmu? Huraikan perkembangan ilmu masyarakat tamadun Mesopotamia,
Mesir, dan India dalam aspek perundangan.
PENGENALAN1) L/belakang setiap tamadun Tamadun Mesopotamia
Tamadun yang terawal di dunia & terbentuk di antara Sungai
Tigris dan Euphrates sejak 3500 SM berkembang dari petempatan awal
masyarakat Neolitik sehinggalah menjadi pusat tamadun Perkataan
Mesopotamia berasal daripada bahasa Yunani bermaksud tanah di
antara 2 sungai / terdiri daripada banyak kerajaan dari kerajaan
Sumeria dalam tahun 3500 SM hinggalah kerajaan Chaldean dalam tahun
539 SM
Dikuasai oleh pelbagai suku kaum dan ini telah menjadikan
sebagai tamadun yang amat kompleks
Tamadun Mesir
Tamadun yang terletak di tebing Sungai Nil yang terdiri daripada
2 batang sungai (Sungai Nil Biru & sungai Nil Putih) dianggap
sebagai hadiah daripada Sungai Nil / kawasan dataran lanar yang
subur dan sesuai untuk aktiviti pertanian
Berkembang dari petempatan Neolitik antara 10 000 hingga 5000 SM
/ wilayah persekitaran delta Sungai Nil kemudiannya menjadi pusat
tamadun
Kegemilangan tamdun Mesir berlaku dalam zaman empayar (1570 1085
SM)
Tamadun India
Selepas kejatuhan tamadun Indus kedatangan orang Aryan (zaman
Vedik kemunculan agama Hindu) zaman yang amat penting kerana
berlaku proses kemajuan dalam aspek ekonomi, politik, dan
kerohanian dalam masyarakat
Dinasti Maurya telah berjaya menyatukan seluruh India mencapai
kegemilangan pada zaman Asoka
2) Huraian yang ringkas terhadap latarbelakang setiap tamadun
dan calon digalakkan mengaitkannya dengan kehendak soalan
menggunakan ayat sendiriHURAIAN ISI1) Konsep & pengertian ilmu
[ 5 M ] Ilmu merujuk kepada pengetahuan atau kepandaian dalam
berbagai-bagai perkara Intelektual pula merujuk kepada golongan
terpelajar, cerdik pandai, dan cendikawan yang mempunyai kemampuan
yang tinggi untuk berfikir / menggunakan akal
Konsep ilmu tidaklah begitu jelas pada peringkat awal kewujudan
tamadun manusia hanya menonjol selepas zaman Yunani &
berasaskan pemikiran ahli falsafah sepeti Socrates, Aristotle,
& Plato (Yunani), Mencius (China), Zeno (Rom) Sumber ilmu
i) Sudut Agama - Sesuatu ilmu bersumberkan tuhan (cth: Dalam
zaman empayar
Rom)
Usaha untuk mencari ilmu dan kebenaran tentang sesuatu
memerlukan pegangan yang kuat terhadap keimanan
ii) Sudut Sekular - Ilmu diperolehi dengan berfikir secara
rasional serta membuktikan segala fakta yang diperolehi
Golongan sekular menegaskan bahawa ilmu tidak seharusnya
dipengaruhi oleh sebarang kepercayaan @ tuntutan agama
kerana
ilmu yang lahir melalui cara tersebut tidak dapat dibuktikan2)
Perkembangan ilmu dalam aspek perundangan Tamadun Mesopotamia,
Mesir, & India [ 15 M ] Perkembangan ilmu selaras dengan
kepentingan dan peningkatan dalam pelbagai aspek kehidupan
masyarakat dalam setiap Tamadun, ia berkait rapat dengan corak
pemerintahan dan pentadbiran Dalam Tamadun Mesopotamia [ 5 M ] Kod
Undang-undang Hammurabi ( undang-undang yang tertua di dunia
digubal oleh Raja Hammurabi iaitu pemerintah kerajaan Babylon yang
ke-6 & ia merangkumi undang-undang sivil, undang-undang
jenayah, serta membincangkan hubungan di antara rakyat)
Dipahat pada tiang yang berbentuk bulatan supaya dapat diketahui
isi kandungannya oleh setiap lapisan masyarakat mengandungi 282
artikel, bahagian pendahuluan menunjukkan penghormatan terhadap
dewa-dewa & setiap artikel meliputi semua aspek kehidupan
Hukuman dikenakan adalah setimpal dengan kesalahan & berasaskan
kepada 3 prinsip
i) Hukuman & denda berbeza berdasarkan status sosial
seseorang
ii) Prinsip pembalasan bagi mereka yang mempunyai status sosial
yang sama
iii) Orang perseorangan harus membuat aduan sendiri di mahkamah
kerana tiada pendakwa
Tamadun Mesir [ 5 M ] Tidak wujud perkembangan yang jelas dalam
aspek perundangan kerana masyarakat Mesir lebih menekankan
perkembangan ilmu dalam aspek astronomi, perubatan, dan seni
bina
Aspek perundangan hanya berteraskan kepada kedudukan pemerintah
iaitu Firaun yang berkuasa / pemerintah tertinggi - mempunyai kuasa
mutlak dan dianggap suci
Firaun menjadi ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim, dan
ketua pahlawan. Oleh kerana jawatan firaun diwarisi secara turun
temurun perbezaan dalam aspek perundangan yang diterapkan adalah
berbeza-beza
Tamadun India [ 5 M ] Aspek perundangan amat dititikberatkan
bagi memastikan kelicinan pentadbiran kerajaan
Kitab Dharna Sastra dianggap sebagai undang-undang tertua dalam
Tamadun India mengandungi tata cara dan undang-undang pentadbiran
dalam kerajaan. Dikatakan undang-undang berasaskan kitab tersebut
dihasilkan antara abad ke-6 hingga ke-2 SM Raja bertanggungjawab
menjaga memelihara kedaulatan dan kesucian undang-undang disamping
peranan golongan Brahmin Hukuman berdasarkan kesalahan yang
dilakukan Pada zaman Dinasti Maurya, undang-undang telah diukir
pada tiang batu dan diletakkan di tepi-tepi jalan untuk pengetahuan
umum beraunsurkan agama Buddha terutamanya semasa pemerintahan
Asoka (dikenali sebagai Tiang Asoka)
PENUTUP1) Perkembangan dalam aspek perundangan ketiga-tiga
tamadun menunjukkan perbezaan yang amat ketara kerana banyak faktor
lain yang menjadi asas dalam mewujudkan undang-undang2) Walau
bagaimanapun, aspek perundangan yang telah ditekan oleh pemerintah
bertujuan untuk membawa keharmonian / melicinkan pentadbirna
negara
3) Ia turut menjadi rujukan masyarakat seterusnya bagi
mewujudkan undang-undang yang lebih sistematik dalam kehidupan
masyarakat semasa
BAHAGIAN B
SOALAN 9Apakah yang anda faham dengan konsep jahiliah dan
bincangkan ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah PENGENALAN1)
Kehidupan dalam sebuah masyarakat mencerminkan perkembangan
ketamadunan manusia dalam pelbagai aspek kehidupan (merangkumi
aspek politik, ekonomi, dan sosial)2) Walaupun terdapat
percanggahan dalam memberikan definisi terhadap ketamadunan
manusia, secara umumnya ia merangkumi peningkatan dalam aspek
rohaniah (spiritual) dan lahiriah (material) kedua-duanya haruslah
bergerak secara seiringanHURAIAN ISI Konsep Jahiliah [ 5 M ]
Istilah berkaitan
i) Jahiliah berasal daripada bahasa Arab Kata akar jahala
bermaksud jahil dan tidak mengetahui / bodoh dan sesatii) Kata
terbitan jahlun atau jahalatun yang membawa maksud yang sama
Ciri-ciri zaman jahiliah berdasarkan al-Quran
i) Tidak mempunyai kitab suci sebagai petunjuk
ii) Tidak mempunyai peradaban atau tamadun
iii) Masyarakat yang tidak berakhlak, angkuh, dan sombong
iv) Masyarakat yang jahil kerana tidak boleh membaca dan
menulis
v) Masyarakat yang tidak patuh dan tunduk kepada syariat Allah
swt serta tidak menggesakannya
Jangka masa berdasarkan kronologi dalam sejarah zaman selepas
keruntuhan empangan Maarib dalam Tamadun Saba [300 M] sehinggalah
turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. [610 M] Defenisi
berkaitan
i) Sejarawan Islam zaman yang penuh dengan kegelapan, kejahilan,
dan kebodohan dalam ilmu pengetahuan keranatidak tahu membaca dan
menulisii) P. K. Hitti masyarakat Arab jahiliah hanya jahil dalam
aspek kepercayaan dan keagamaan, tetapi maju dalam aspek ilmu
pengetahuan / pendapat yang kurang tepat Masyarakat yang
meninggalkan ajaran yangtelah dibawa oleh nabi dan rasul sebelum
Nabi Muhammad s.a.w. seperti Nabi Hud, Nabi Ibrahim, dan Nabi
Ismail menyebabkan mereka sesat dan lupa nilai-nilai kemanusian
Ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah [ 15 M ]
1) Kepercayaan & agama
Tidak mempunyai pegangan agama yang jelas [5 kategori
utama-Wathani, Majusi, Nasrani, Yahudi, Hanif (samawi)] pengaruh
asing menjadi pendorong kepada penyebaran agama
Kepercayaan animisme & kepercayaan khurafat
2) Politik / pemerintahan dan pentadbiran negara Tiada kerajaan
yang mempunyai struktur pemerintahan yang sistematik dan teratur
(kesan daripada pengaruh Rom dan Parsi)
Sistem Kabilah / kesukuan (golongan Hadari mempunyai struktur
politik yang lebih stabil berbanding golongan Badwi)
3) Struktur ekonomi Keadaan geografi / bentuk muka bumi &
ketidakstabilan politik menghalang masyarakat Arab jahiliah
mencapai kemajuan terutamanya golongan badwi
Pertanian di kawasan Wadi (kemerosotan selepas keruntuhan
empangan Maarib)
Aktiviti perdagangan kurang menguntungkan kerana penguasaan Rom
& Parsi
Aktivit merompak menjadi sumber ekonomi terutamanya golongan
badwi
Riba dan penindasan dalam aktiviti perniagaan / dilakukan oleh
golongan kaya terhadap golongan miskin
4) Sistem / struktur sosial dalam masyarakat Kabilah menjadi
asas dalam satu unit sosial yang mengawal sistem pentabdiran
masyarakat semangat assabiyah sebagai penyatuan (berasaskan darah
& keturunan)
Peperangan
Kedudukan wanita & hamba (golongan miskin) status yang amat
rendah dlm masyarakat
5) Pencapaian dalam aspek ilmu pengetahuan Ketandusan akhlak
& kesesatan akidah menjadikan masyarakat Arab jahiliah sebagai
masyarakat yang jahil (cetek ilmu pengetahuan) berasaskan tempat
tinggal
Ilmu berbentuk lisan / teknik hafalan (menurut al-Baladhuri 17
orang sahaja yang pandai membaca & menulis)
Kemahiran dalam aspek kesusasteraan hanya utk tujuan keseronokan
semata-mata
6) Aspek ketahanan & pertahanan / ketenteraan -
peperanganPENUTUP1) Masyarakat Arab Jahiliah Kemunculan Tamadun
Islam / wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w.
2) Teknik rumusan lebih sesuai berdasarkan soalan dan hujah yang
telah diberikan oleh calonSOALAN 10Perjanjian Aqabah mempunyai
hubungan yang rapat dengan peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad
s.a.w. ke Madinah. Jelaskan bagaimana perjanjian tersebut merintis
jalan kepada penghijrahan umat Islam ke Madinah.
PENGENALAN1) Masalah yang dihadapi oleh Nabi Muhammad s.a.w
& umat Islam di Makkah 2) Langkah untuk menyelesaikan masalah
HURAIAN ISI1) L/belakang Kota Makkah & Madinah + Dakwah Nabi
terhadap masyarakat Madinah (Semasa musim Haji)
2) Perjanjian Aqabah I & Perjanjian Aqabah II
3) Peristiwa Hijrah
PENUTUP1) Kesan-kesan peristiwa Hijrah PENGENALAN1) Pelbagai
cara telah dilakukan oleh pihak Quraisy Makkah untuk menentang
dakwah Islamiah yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w walau
bagaimana pun Nabi Muhammad s.a.w tetap tabah meneruskan usaha
dakwah
2) Antara cara lain yang telah digunakan oleh Nabi Muhammad
dalam strategi menyebarkan Islam ialah telah membenarkan orang
Islam Makkah berhijrah dan mendapatkan perlindungan ke Habsyah
& menyebarkan seruan Islam ke Taif 3) Walau bagaimanapun
peristiwa hijrah ke Madinah dalam tahun 622 M adalah merupakan
perintis kepada kewujudan dan perkembangan Tamadun Islam selepas
itu
HURAIAN ISIBagaimana Perjanjian Aqabah merintis jalan kepada
penghijrahan umat Islam Nabi menyebarkan Islam semasa musim Haji [
6 M ]1) Kota Madinah terletak di bahagian utara Makkah (sejauh 320
km & sejak kecil lagi Nabi Muhammad sering menziarahi pusara
bapanya di Madinah) Kota Madinah merupakan kota yang penting dalam
kegiatan perdagangan masyarakat Arab dan ia telah dipilih sebagai
lokasi hijrah kerana kesesuaiannya dari aspek agama, moral
masyarakat tempatan, dan keadaan sosioekonominya2) Nabi Muhammad
sering menemui jemaah Haji dari luar Kota Makkah untuk menyebarkan
dakwah Islamiah 2 orang tokoh yang ditemui (Suwayd bin Samit &
Iyas bin Muadh) kedua-dua tokoh tersebut telah memeluk Islam dan
menyebarkan Islam ke Madinah3) Tidak lama selepas itu, rombongan
dari kaum khazraj datang untuk menunaikan fardhu Haji Nabi berjumpa
denga mereka di Bukit Aqabah & menerangkan tentang agama Islam
(rombongan tersebut memberitahu Nabi Muhammad s.a.w bahawa
masyarakat Madinah berpecah belah dan berharap supaya nabi dapat
menyatukan mereka)
Perjanjian Aqabah I dan II dimeterai [ 7 M ]1) Pada musim haji
berikutnya, (dalam tahun 621 masihi) sekumpulan orang Arab Madinah
menemui Nabi Muhammad s.a.w sekali lagi (12 orang terdiri daripada
10 org kaum khazraj & 2 org kaum Aus) 2) Perjanjian Aqabah
Pertama (Dikenali sebagai Baiat al-Nisa yakni perjanjian damai)
telah ditandatangani di Bukit Aqabah. Antara syarat perjanjian
ialah suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman kepada Allah dan
Rasul, berjanji akan membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w, dan
tidak akan melakukan amalan jahiliah (mencuri, minum arak, dan
membunuh bayi perempuan) Musab bin Umayr telah dihantar ke Madinah
utk menyebarkan Islam dan mengajar mereka ayat-ayat al-Quran Misi
tersebut mencapai kejayaan yang besar3) Dalam tahun 622 M
(rombongan yang terdiri daripada 73 orang termasuk 2 orang wanita
dari Madinah datang semula bilangan kaum Khazraj lebih banyak).
Perjanjian Aqabah Kedua ditandatangani di tempat yang sama /
perjanjian ini dikenali juga sebagai perjanjian peperangan kerana
menyentuh tentang hal-hal peperangan. 4) Selepas mendengar
penerangan Nabi Muhammad s.a.w mereka telah membaiah dengan
berjabat tangan dengan baginda
5) Antara syarat: (Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam dan
mengukuhkan lagi taat setia kepada Nabi Muhammad s.a.w., Suku Aus
& Khazraj menjemput Nabi dan umat Islam Makkah behijrah ke
Madinah, Suku Aus & Khazraj dengan sukarela akan menyediakan
tempat tinggal dan menjanjikan keselamatan nabi & umat Islam,
dan menyatakan kesedian mempertahankan Islam) Nabi Muhammad s.a.w
kemudiannya melantik 12 orang Naqib (ketua) (9 org dari suku
Khazraj & 3 org dari suku Aus) utk menyebarkan Islam di Madinah
Peristiwa Hijrah berlaku [ 7 M ]1) Pengertian Hijrah Berasal dari
bahasa Arab hajara yang bermaksud berpindah
Hijrah merujuk kepada perpindahan umat Islam dari Makkah ke
Madinah dalam usaha utk memelihara agama Islam dan sebagai strategi
baru menyebarkan Islam
2) Bagaimana Hijrah berlaku?
Rancangan Hijrah mendapat sokongan daripada masyarakat Madinah /
terbukti melalui kesanggupan dan usaha berterusan mereka sebelum
termeterainya perjanjian Aqabah sehinggalah kedatangan Nabi
Muhammad s.a.w Hijrah berlaku secara berperingkat-peringkat (Abu
Salamah bin Abdul al-Asad dari bani Makhzum adalah orang yang
pertama sekali berjirah pd 16 Julai 622 M / 1 Muharram 1 Hijrah)
diikuti oleh orang Islam yang lain Hijrah berlaku secara
berperingkat-peringkat (individu / kumpulan @ rombongan), walaupun
ada di antara orang Islam ditangkap oleh Quraisy Makkah semasa
sedang berhijrah, tetapi ia tidak memberikan kesan kepada proses
hijrah tersebut Nabi Muhammad s.a.w berhijrah secara rahsia bersama
sahabat rapat baginda iaitu Saidina Abu Bakar Al-Siddiq pada 12
September 622 M / 1 Rabiulawal 1 Hijrah selepas mendapat wahyu
tentang rancangan Quraisy Makkah utk membunuh baginda surah
al-Anfal ayat 30. (Nabi terpaksa bersembunyi di Gua Thur utk
mengelakkan ancaman kaum Quraisy) Nabi Muhammad tiba di Madinah
pada 20 September 622 M / 12 Rabiulawal 1 H disambut dengan dengan
meriah oleh penduduk Madinah kemudiannya dilantiksebagai pemimpin
Kota Madinah
PENUTUP1) Perjanjian Aqabah 1&2 mempunyai kaitan / menjadi
perintis & faktor kepada Hijrah 2) Kejayaan peristiwa hijrah
telah mewujudkan negara Islam yang pertama iaitu Negara Islam
Madinah dan ia menjadi tapak / asas kepada kegemilangan tamadun
Islam selepas itu
SOALAN 11Apakah yang dimaksudkan dengan konsep ummah pada zaman
Nabi Muhammad s.a.w di Madinah dan bincangkan bagaimana baginda
menyelesaikan masalah-masalah yang timbul pada masa itu. PENGENALAN
1) Selepas dilantik menjadi Nabi dan Rasul, Nabi Muhammad s.a.w
telah melaksanakan kewajipan dakwah kepada seluruh masyarakat
Quraisy Makkah, tetapi seruan Islamiah tersebut mendapat tentangan
yang sangat hebat daripada penduduk Makkah
2) Hijrah ke Madinah telah dilakukan bagi mengatasi masalah
penentangan musyrikin Makkah dan sebagai satu strategi bagi
menyelamatkan keimanan pengikut baginda (orang yang memeluk Islam
pada peringkat awal) dan secara tidak langsung mengukuhkan
kedudukan umat Islam pada masa itu
3) Latar belakang masyarakat Madinah & tindakan awal Nabi
Muhammad s.a.w Madinah telah dipilih sebagai lokasi untuk berhijrah
kerana kesesuaiannya sama ada dari segi agama, moral, dan
sosioekonomi masyarakanya. Baginda telah dilantik sebagai pemimpin
Madinah dan langkah pertama yang diambil untuk membentuk negara
Islam Madinah ialah melalui penyatuan masyarakat - konsep
UmmahHURAIAN ISI Konsep ummah dan proses pembentukannya [ 6 markah
]1) Pengertian Ummah beerti masyarakat atau umat manusia yang tidak
dibataskan oleh bangsa, warna kulit, dan sempadan geografi. Dalam
konteks ummah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w di Madinah, ia tidak
terhad kepada umat Islam sahaja. Ia merangkumi semua masyarakat
Madinah pada masa itu termasuk golongan Arab yang bukan Islam +
Golongan Yahudi yang menerima Piagam Madinah2) Penyingkiran
golongan Yahudi - Apabila Yahudi enggan mematuhi piagam dan
dikeluarkan dari Madinah, maka mereka bukan lagi ummah Nabi
Muhammad s.a.w. Dengan ini ummah yang dimaksudkan ialah golongan
yang mematuhi undang-undang negara Islam yang dibentuk oleh Nabi
Muhammad s.a.w sewaktu baginda berada di Madinah3) Proses
pembentukkan Ummah bermula di Makkah Apabila berlaku pertambahan
jumlah individu yang memeluk agama Islam maka proses pembentukkan
ummah Nabi Muhammad s.a.w telah bermula (Umat Islam pada peringkat
awal ini terdiri daripada pelbagai suku kaum dan lapisan masyarakat
/ termasuk golongan kaya & miskin)4) Di Madinah ummah Islamiah
wujud dalam dua bentuk iaitu Muhajirin (Umat Islam yang telah
mengikut Nabi Muhammad s.a.w dari Makkah) dan Ansar (Penduduk
Madinah dari suku Aus dan Khazraj yang memeluk Islam)5) Langkah
pertama yang diambil oleh baginda ialah dengan menyatukan golongan
Muhajirin dan Ansar melalui persaudaraan Islam (melenyapkan konsep
assabiyah yang telah menjdai tunjang masyarakat Jahiliah) ia telah
memperkuatkan ummah Islamiah / masyarakat yang bersatu, tolong
menolong dan bergiat bersama dalam bidang politik, ekonomi, dan
sosial bagi mempertahankan kedaulatan negara Islam Madinah Masalah
yang timbul dan cara penyelesaian [ 12 M ]1) Masalah Dan
Penyelesaian Terhadap Golongan Muhajirin Muhajirin merupakan
golongan yang pertama memeluk agama Islam - berjumlah kira-kira 150
orang dan terdiri daripada keturunan Quraisy dari Bani Hasyim, Adi,
Taym, dan Umayyah. Terpaksa meninggalkan kampung halaman, harta,
dan sanak saudara - kehilangan harta benda dan ramai di antara
saudara mara mereka dibunuh, diseksa atau dipenjara di Makkah Bagi
menyelesaikan masalah tersebut, Nabi Muhammad s.a.w telah
mempersaudarakan mereka dengan kaum Ansar berdasarkan konsep
persaudaraan Islam (ukhwah Islamiah)
Hasil persaudaraan ini, kaum Ansar dapat membantu meringankan
beban yang ditanggung oleh mereka konsep saling membantu sebagai
satu ummah (contoh yang dilakukan ialah melalui pertolongan yang
diberikan dalam aspek perniagaan dan pertanian) 2) Masalah Dan
Penyelesaian Terhadap Golongan Ansar
Ansar merupakan golongan dari suku Aus dan Khazraj yang telah
memeluk Islam dan membantu Nabi Muhammad s.a.w sebelum dan selepas
hijrah (dikenali sebagai as-sabiqun al-awwalun)-berjumlah kira-kira
500 orang berdasarkan jumlah yang menyambut kedatangan Nabi
Muhammad s.a.w Masalah yang dihadapi ialah ketiadaan pemimpin yang
berwibawa, kesan semangat assabiyah yang mencetuskan Peperangan
Buath, menghadapi masalah ekonomi ekoran daripada tindakan monopoli
golongan Yahudi Menyelesaikan pertelagahan suku Aus dan Khazraj
melalui dan persaudaraan Islam dengan mempersaudarakan mereka
sebagai kaum Ansar tidak dibezakan berdasarkan suku Dipersaudarakan
dengan golongan Muhajirin berdasarkan ikatan kepercayaan dan akidah
bukannya semangat assabiyah Secara tidak langsung keimanan mereka
meningkat dan mereka telah banyak membantu menyelesaikan masalah
kaum Muhajirin berdasarkan konsep al-ummah 3) Masalah Dan
Penyelesaian Terhadap Kaum Yahudi
Dikatakan berasal dari Palestin dan telah melarikan diri ke
Semenanjung Tanah Arab seperti Khaibar, Wadi al-Qura, dan Madinah
selepas pemimpin Rom memeluk agama Nasrani yang di bawa oleh Nabi
Isa a.s. Terdiri daripada 20 suku yang tinggal di Madinah (3 yang
paling terkenal iaitu Bani Qainuqa yang mula-mula sampai ke Madinah
dan paling berpengaruh, Bani Nadir, dan Bani Quraizah). Menguasai
kegiatan ekonomi Kota Madinah dan terpisah daripada masyarakat Arab
Nabi Muhammad s.a.w telah bertindak secara diplomasi di peringkat
permulaan seperti mengikut berkiblatkan Baitul Maqdis sebelum
berkiblatkan Kaabah dan berpuasa pada hari Asyura seperti yang
diamalkan oleh kaum Yahudi timbul pelbagai masalah dan mereka
disingkirkan selepas mengingkari Piagam Madinah
Nabi Muhammad s.a.w tegas dengan memerangi & seterusnya
menyingkirkan kaum Yahudi
i) Bani Qainuqa - mengingkari piagam apabila tidak bekerjasama
dan memperkecilkan kemenangan orang Islam dalam Perang Badar
ii) Bani Nadir - telah melakukan komplot / percubaan membunuh
baginda
iii) Bani Quraizah - cuba menghubungi kaum Yahudi di luar
Madinah dan telah memihak kepada Musyrikin Quraisy bagi memerangi
umat Islam Madinah
dalam Perang Khandak
Penyingkiran kaum Yahudi kerana mengingkari Piagam Madinah telah
mengukuhkan kedudukan negara Islam Madinah
4) Masalah Dan Penyelesaian Terhadap Golongan Munafik
Sekumpulan orang yang berpura-pura memeluk Islam tetapi dalam
hati mereka berniat untuk memusnahkan Islam dikenali sebagai
al-Munafiqun. Sejarah mereka bermula sejak zaman Nabi Muhammad
s.a.w tiba di Madinah dan telah menimbulkan masalah terutamanya
semasa Perang Uhud, Perang Khandak, dan Perang Tabuk
Menyokong Nabi Muhammad s.a.w demi kepentingan sendiri dan akan
memihak musuh apabila mendapati musuh Islam lebih kuat sering
enggan menyertai peperangan
Pemimpin utama adalah Abdullah bin Ubay bin Sahul dan jumlah
sebenarnya tidak diketahui kerana mereka berada bersama orang
Islam. Nabi Muhammad s.a.w tidak melakukan apa-apa tindakan atau
hukuman bagi mengelakkan tuduhan membunuh sesama Islam oleh pihak
musuh
Nabi Muhammad s.a.w. sentiasa memerhati gerak geri mereka serta
memberi peringatan kepada para sahabat supaya tidak diperangkap
oleh musuh-musuh dalam selimut tersebut
5) Penggubalan Piagam Madinah
Penggubalannya dilakukan sebagai panduan bagi membentuk negara
Islam yang berdaulat dan ia telah dirangka berdasarkan norma-norma
masyarakat Madinah dan bimbingan wahyu
Merupakan undang-undang bertulis yang merangkumi hubungan di
antara orang Islam sesama Islam dan hubungan orang Islam dengan
orang bukan Islam (Yahudi). Merangkumi 47 fasal dan dibahagikan
kepada 2 bahagian ditulis pada tahun pertama dan kedua hijrah
Piagam Madinah banyak membantu Nabi Muhammad s.a.w. dalam usaha
baginda mewujudkan peraturan tatanegara bagi menyelesaikan segala
masalah yang timbul dalam negara Islam MadinahPENUTUP1) Sebagai
sebuah negara Islam yang pertama, timbul pelbagai masalah dalam
usaha Nabi Muhammad s.a.w untuk menegakkan kedaulatan dan
kestabilan negara Islam Madinah pada peringkat awalnya disebabkan
kepelbagaian masyarakat dan tekanan daripada musyrikin Makkah2)
Walau bagaimanapun akhirnya baginda berjaya membuktikan bahawa Nabi
Muhammad s.a.w merupakan seorang pemimpin yang berwibawa bukan
hanya sebagai Nabi dan Rasul tetapi sebagai seorang pemimpin
negara.
3) Madinah telah menjadi tapak atau asas yang kukuh sebagai
titik permulaan kepada pembentukan empayar Islam
4) Mana-mana penutup lain yang bersesuain dengan soalan
SOALAN 12Piagam Madinah merupakan piagam bertulis yang pertama
di dunia. Bincangkan kandungan dan kepentingan piagam tersebut
terhadap sistem pemerintahan negara Islam Madinah semasa
pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w.
PENGENALAN 1) Semasa ketibaan Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah,
terdapat 2 golongan penduduk terbesar iaitu masyarakat Arab dan
Yahudi
2) Pelbagai masalah timbul
Masyarakat Arab dari suku Aus dan Khazraj sentiasa berselisih
faham sejak zaman berzaman (peperangan Buath pada 619M)
Golongan Muhajirin yang berhijrah bersama-sama Nabi Muhammad
s.a.w. pula terlalu miskin
Masyarakat Yahudi mengamalkan sikap bermusuhan dan mengkhianati
Nabi Muhammad s.a.w. dengan pengikut-pengikut baginda
Orang munafik sentiasa mencari jalan untuk menjatuhkan umat
Islam (musuh dalam selimut)
Musyrikin Makkah sentiasa membuat pelbagai usaha untuk
menghancurkan Islam
3) Nabi Muhammad s.a.w. telah membuat perjanjian dengan seluruh
penduduk Madinah untuk menyelesaikan masalah yang timbul pada masa
itu
HURAIAN ISI Huraian tentang kandungan Piagam Madinah [ 10 M ]1)
Piagam Madinah berbeza daripada peraturan-peraturan bertulis lain
sebelum itu kerana ia ditulis oleh seorang pemimpin dan ia telah
diterima pakai oleh masyarakat Madinah. Ia menjadi undang-undang
tertinggi selain al-Quran. Ia berlainan daripada
The Constitution of Athens (hanya evolusi dalam amalan
perlembagaan Yunani)
Dokumen Shuking oleh Confucius (Buku teks untuk anak-anak raja
dalam Tamadun China)
Dokumen Artha Sastera (Buku teks pembelajaran anak-anak raja
pada zaman Maurya di India)
2) Piagam Madinah dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w. berdasarkan
bimbingan wahyu dan norma-norma masyarakat Madinah pada masa itu.
Ia telah ditulis pada tahun pertama dan kedua Hijrah iaitu sebelum
dan selepas Perang Badar. Menyentuh tentang berbagai-bagai
persoalan seperti hak dan kewajipan pemerintah dan orang yang
diperintah, perundangan, pentadbiran, susunan pertahanan, kedudukan
ketua negara, layanan terhadap orang bukan Islam, dan jaminan
kerakyatan atau ummah3) Ia mengandungi 47 fasal dan dibahagikan
kepada 2 bahagian utama Bahagian 1 mengandungi 23 fasal yang
menyentuh hubungan dan tanggungjawab orang Islam sesama Islam
Bahagian 2 mengandungi 24 fasal membabitkan kaum Yahudi dan
tanggungjawab mereka terhadap negara Islam Madinah
4) Secara umumnya, kandungan Piagam Madinah dapat diringkaskan
seperti berikuti) Aspek Politik / Pentadbiran & Pemerintahan
Madinah Nabi Muhammad s.a.w dilantik sebagai pemimpin Madinah
Baginda adalah sebagai hakim yang menyelesaikan masalah yang
timbul antara orang Islam dengan orang bukan Islam
iii) Sosial
Masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah dan mempunyai
tanggungjawab yang sama terhadap negara
Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan sesama sendiri
iv) Ekonomi
Kerjasama antara semua lapisan masyarakat adalah dituntut demi
memajukan ekonomi negara Islam Madinah pada masa itu
Unsur penipuan dan riba yang diamalkan sejak zaman jahiliah
dihapuskan
v) Agama / adat
Kebebasan beragama [masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama
masing-masing]
Adat dalam masyarakat / suku tertentu adalah bebas diamalkan
selagi ia tidak bertentangan dengan dengan agama Islam
vi) Perundangan
Undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh dalam
kehidupan masyarakat Madinah
Peraturan kekeluargaan dalam sesuatu kabilah di Madinah pada
masa itu boleh diamalkan selagi ia tidak bertentangan dengan agama
Islam
vii) Pertahanan / Keselamatan
Semua anggota masyarakat yang ada di Madinah mempunyai
tanggungjawab / dikehendaki mempertahankan negara Islam Madinah
dari ancaman luar
viii) Kedudukan Kaum Yahudi
Keselamatan orang bukan Islam (khususnya Yahudi) adalah terjamin
selagi mereka mematuhi Piagam Madinah
Kepentingan Piagam Madinah
1) Terbentuknya sebuah kerajaan Islam yang kuat dan utuh2) Nabi
Muhammad s.a.w diiktiraf / diakui sebagai pemerintah tertinggi
dalam negara Islam Madinah
3) Proses penyebaran agama Islam dapat ditingkatkan tanpa ada
gangguan
4) Konsep persamaan dan keadilan kepada semua penduduk
5) Masyarakat Madinah dapat disatupadukan sebagai satu ummah
tanpa mengira bangsa dan agama
6) Perpaduan umat Islam (golongan Muhajirin + Ansar) menjadi
semakin kukuh7) Keselamatan negara Madinah terjamin melalui
tanggungjawab setiap penduduk Madinah terhadap pertahanan / ancaman
luar
8) Pemerintahan bercorak musyawarah dapat dipratikkan
PENUTUP1) Tindakan Nabi Muhammad s.a.w menggubal Piagam Madinah
sebelum wujudnya sebuah negara Islam yang betul-betul kukuh dan
diiktiraf menunjukkan baginda merupakan seorang pemimpin yang
berkaliber dan berpandangan jauh2) Melalui Piagam Madinah,
kehidupan yang lebih harmonis dan sistematik dalam pelbagai aspek
kehidupan masyarakat dapat diperolehi corak pentadbiran Madinah
berasaskan piagam ini telah telah menjadi rujukan negara-negara
Islam di duni pada hari ini
SOALAN 13Bandingkan sistem khalifah dengan sistem pemerintahan
dalam tamadun-tamadun awal duniaPENGENALAN1) Kewafatan Nabi
Muhammad s.a.w 2) Masalah dalam pemilihan pengganti baginda tiada
calon3) Maksud dan pengertian khalifah secara umum (khalifah
jawatan yang diwujudkan selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w vs
Khilafah institusi pemerintahan yang menggantikan kepimpinan Nabi
Muhammad s.a.w)HURAIAN ISI1) Hukum menegakkan sistem khalifah
wajib
2) Pelaksanaan sistem khalifah dalam perkembangan Tamadun
Islam
3) Cara-cara pemilihan dan perlantikan khalifah
4) Syarat-syarat perlantikan khalifah
5) Prinsip dan keistimewaan sistem khalifah
6) Bidang kuasa & pentadbiran khalifah
PENUTUP1) Teknik rumusan / huraian fakta yang berkaitan
Kesinambungan sistem khalifah dalam perkembangan Tamadun Islam
Permasalahan yang timbul
SOALAN 14Zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab boleh
dianggap sebagai zaman keemasan pemerintahan Khulafa al-Rasyidin,
bincangkanPENGENALAN 1) peperangan semasa zaman Nabi Muhammad
s.a.w. dapat dibahagikan kepada 2 bahagian
HURAIAN ISI1) Perjanjian dengan pihak ketigaPENUTUP1) Teknik
rumusan huraian berdasarkan kepada keseluruhan esei2) Taktik &
strategi dalam peperangan amat penting dalam usaha mempertahankan
agama, bangsa, dan negara. Kejayaan dalam peperangan bukan didasari
oleh kekuatan fizikal semata-mata.
SOALAN 15
Bincangkan dasar-dasar pentadbiran Muhyidin Muhammad Aurangzeb
dalam struktur kerajaan Islam Moghul di IndiaPENGENALAN1) Definisi
zakatHURAIAN ISI Dasar-dasar pentadbiran1) Mendatangkan kesyukuran
dan penyuburan pahala2) Mensucikan jiwa
3) Memperolehi keberkatan
PENUTUP1) Pelaksanaan zakat pada zaman khalifah Umar bin
al-Khattab telah diteruskan oleh khalifah yang
SOALAN 16Bincangkan sistem perundangan dalam Kesultanan Melayu
Melaka dan sejauhmanakah sistem tersebut dipengaruhi oleh agama
IslamPENGENALAN 11) Pendidikan Islam telah ditakrifkan dengan
pelbagai istilah2) Pendapat tokoh ilmuan Islam
HURAIAN ISI Sistem Perundangan Dalam Kesultanan Melayu
Melaka
1) aaa
Pengaruh Agama Islam Dalam Sistem Perundangan Melaka
1) Matlamat dan prinsip pendidikan IslamPENUTUP1) Tamadun
Islam
PAGE