-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR
1
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Bahagian A
1. Huraikan pelaksanaan hukum adat yang diamalkan oleh
masyarakat Melayu pada abadke 19 dan bezakan antara Adat Pepatih
dengan Adat Temenggung.
A. Pengenalan (3/2 M)
1. Hukum adat merupakan amalan tradisi yang merangkumi peraturan
hidup sertadiwarisi secara turun-temurun yang perlu dipatuhi oleh
masyarakat Melayu.
2. Pada awalnya, ia hanyalah sebagai rutin harian dan seterusnya
menjadi satu kebiasaandan akhirnya berubah menjadi peraturan yang
harus dipatuhi.
3. Hukum adat tergolong dalam kategori undang-undang lisan iaitu
undang-undang atauhukum yang diturunkan dari satu generasi ke
generasi lain tanpa ditulis atau dibukukansebaliknya dihafal oleh
Ketua Adat.
B. Isi1. Pelaksanaan Hukum Adat (4 M)
- Hukum adat merupakan satu bentuk amalan dan peraturan yang
diwarisi sejakturun-temurun.
- Masyarakat Melayu sangat kuat berpegang kepada hukum adat
sehingga lahirnyapepatah biar mati anak, jangan mati adat.
- Hukum adat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu mempunyai
pengaruhkeagamaan yang sangat jelas, misalnya pengaruh Hindu-Buddha
dan pengaruhIslam.
- Antara hukum adat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu adalah
berdasarkankepada Adat Pepatih dan Adat Temenggung.
- Adat Pepatih merupakan amalan masyarakat Melayu keturunan
Minangkabau.- Adat Temenggung mula dikesan sejak zaman Melaka dan
diamalkan oleh
masyarakat Melayu di Negeri-negeri Melayu kecuali Negeri
Sembilan dan Naning.- Adat khusus merupakan amalan yang diamalkan
dalam sesuatu majlis atau upacara
tertentu seperti adat melenggang perut, adat bersalin, adat
perkahwinan, adatpertabalan raja dan sebagainya.
2. Perbezaan Adat Pepatih dengan Adat Temenggung ( 16 M )
- Adat Pepatih disusun oleh Dato Pepatih Nan Sebatang dari pagar
Ruyung,sementara Adat Temenggung disusun oleh Dato Ketemenggungan
yang menjadipemerintah di Palembang.
- Adat Pepatih diamalkan khusus oleh orang Melayu keturunan
Minangkabau danboleh dilihat di beberapa kawasan terutamanya di
Negeri Sembilan dan Naning.Sementara itu, Adat Temenggung diamalkan
di semua negeri Melayu kecuali NegeriSembilan dan Naning.
- Dalam sistem pemerintahan, Adat Pepatih mementingkan prinsip
demokrasi iaitukuasa pemerintahan tidak berada di tangan seorang
sahaja dan kerjasama di dalammasyarakat keseluruhannya. Pemerintah
tidak mempunyai kuasa mutlak di mana
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR
2
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
ketua pelbagai peringkat dipilih dari peringkat bawah ke atas.
Contohnya, anak buahmemilih Buapak, Buapak memilih Lembaga, Lembaga
memilih Undang dan Undangmemilih Yamtuan Besar. Sementara itu, Adat
Temenggung lebih mengutamakankedudukan istimewa dan kebesaran
pemerintah. Mengikut Adat Temenggung, rajaadalah pemerintah
tertinggi dan berkuasa mutlak atau autokratik. Tempat bagindaakan
diwarisi oleh putera sulung atau adik lelaki selepas kemangkatan
baginda. Rajamempunyai kuasa melantik pembesar untuk membantu
mengendalikan tugasbaginda.
- Dalam sistem kekeluargaan, Adat Pepatih mementingkan pihak
sebelah perempuan.Hal ini dapat dilihat dalam soal pembahagian
harta dan jurai keturunan yang merujukkepada golongan sebelah
perempuan. Perempuan menjadi ketua keluarga danharta pusaka akan
diturunkan daripada ibu kepada anak perempuan. Suamidikehendaki
tinggal bersama keluarga isterinya. Perkahwinan sesama suku
adalahdilarang. Sementara itu, Adat Temenggung pula mementingkan
pihak sebelah lelakidalam soal pembahagian harta, pemegang kuasa
dan lain-lain. Gelaran dan pangkatakan disalurkan daripada ayah
kepada anak lelaki. Lelaki menjadi ketua danketurunan keluarga.
Dalam soal perkahwinan, isteri dikehendaki tinggal bersamadengan
keluarga lelaki. Dalam Adat Temenggung, perkahwinan dibenarkan
selagitidak melanggar hukum syarak.
- Pembahagian harta mengikut Adat Pepatih, harta daripada
sesebuah keluarga akandiwarisi oleh anak perempuan sahaja. Tanah
hanya dimiliki oleh anak perempuan.Harta akan diwarisi oleh ibu
kepada anak perempuan. Harta pusaka turun-temurunadalah milik suku.
Sementara itu, dalam Adat Temenggung, pewarisan harta pusakalebih
kepada mengikut hukum syarak. Di dalam hukum syarak, harta yang
diwarisioleh anak lelaki lebih banyak daripada harta yang diwarisi
oleh anak perempuan.
- Dari segi jenayah, hukuman yang dilaksanakan oleh Adat Pepatih
adalah bersifattimbang rasa dan perikemanusiaan. Undang-undang
jenayah berunsur pemulihanatau memperbaiki keadaan dan berdasarkan
kerjasama serta jalinan kekeluargaanyang rapat. Adat Pepatih
percaya bahawa orang yang melakukan jenayah bolehmemperbaiki
perangainya dan pulih menjadi seorang yang baik. Sementara
undang-undang jenayah Adat Temenggung sangat ketat dan keras serta
berpegang kepadaprinsip pembalasan. Undang-undangnya bertujuan
untuk menghukum.
- Adat Pepatih tidak dipengaruhi oleh unsur pengaruh luar.
Sementara itu, AdatTemenggung mempunyai unsur pengaruh agama
Hindu-Buddha dan kemudiannyaagama Islam.
C. Kesimpulan ( 2/3 M)
1. Perbezaan antara kelas pemerintah dengan kelas diperintah
adalah ditandai denganaturan-aturan tertentu. Perkahwinan antara
dua kelas ini adalah dilarang dan hampirmustahil dalam masyarakat
Melayu.
2. Kedatangan kuasa Barat telah mengubah pelaksanaan
undang-undang tradisionalmasyarakat Melayu . Namun terdapat
adat-adat lama yang masih wujud hingga kini.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR
3
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
2. Huraikan kesan-kesan sosial dan ekonomi di Tanah Melayu
akibat perkembanganekonomi komersil selepas campur tangan British
dari pertengahan abad ke-19hingga awal abad ke-20.
A. Pengenalan (3/2 M)1. Ekonomi komersil di Tanah Melayu telah
berkembang pesat selepas campur tangan
British tahun 1874. Ini terutama dalam perusahaan bijih timah
dan tanaman daganganseperti getah.
2. Terdapat banyak perubahan terhadap peluang pekerjaan,
kemudahan infrastruktur,teknologi dan perbandaran.
3. Kesannya sosioekonomi Tanah Melayu telah berkembang maju.
B. Isi-isiSosial (10 M)
1. Pertambahan penduduka. Kestabilan politik telah membawa
perkembangan pesat ekonomi dan kemajuan ini
menyebabkan berlaku pertambahan penduduk kerana kemasukan orang
Cina danIndia.
b. Orang Cina dan India telah dibawa masuk ke Tanah Melayu
sebagai tenaga kerja disektor perlombongan dan perusahaan
getah.
2. Masyarakat Majmuka. Kemasukan orang Cina dan India ke Tanah
Melayu telah mengubah komposisi
penduduk dan membentuk masyarakat majmuk.b. Perpaduan sukar
dicapai melalui Dasar Pecah dan Perintah yang diamalkan oleh
British.c. Pola penempatan penduduk mengikut kaum iaitu orang
Melayu tinggal di kampung,
orang Cina di bandar atau kawasan perlombongan dan orang India
di ladang-ladang.3. Sistem pendidikan vernakular
a. Pendidikan vernakular ialah sistem pendidikan mengikut kaum
telah berkembangselaras dengan perkembangan ekonomi komersil.
b. Terdapat empat aliran pendidikan di Tanah Melayu iaitu
pendidikan Melayu, Cina, Tamildan Inggeris. Bahasa pengantar di
sekolah-sekolah menggunakan bahasa ibundamasing-masing. Guru dan
buku teks dibawa dari negara asal. Keadaan ini menjuruskepada
meluasnya jurang perbezaan antara kaum di negeri-negeri Melayu dan
sukarmembentuk perpaduan.
4. Sistem perhubungana. British telah membina dan membangunkan
sistem perhubungan moden iaitu jalan
keretapi dan jalan raya. Tujuannya untuk kemudahan pengangkutan
dan pemasaranhasil ekonomi dari kawasan pengeluaran ke
Pelabuhan.
b. Pada tahun 1885, Hugh Low telah membina jalan keretapi yang
pertama di Perak iaitumenghubungkan Taiping ke Port Weld sejauh
12.8 km. Tahun 1889, jalan keretapi
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR
4
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
dibina antara Kuala Lumpur ke Port Swettenham. Pada tahun 1904
semua kawasanperlombongan bijih timah di Perak, Selangor dan Negeri
Sembilan mempunyaiperkhidmatan keretapi.
c. Jalan raya juga telah dibina menghubungkan bandar-bandar di
negeri-negeri Melayu.Pembinaannya untuk kepentingan ekonomi British
selaras dengan perkembanganekonomi komersil terutama getah dan
bijih timah.
5. Kemudahan kesihatan dan bandar barua. Pertambahan penduduk
menyebabkan wabak penyakit mulai merebak disebabkan
keadaan tempat tinggal dan tempat kerja yang kotor.b. Antara
penyakit berjangkit seperti malaria, taun, beri-beri dan batuk
kering.c. Untuk mengatasi masalah ini, British telah mendirikan
hospital dan pusat kesihatan kecil
di Bandar dan luar Bandar. Hospital pertama dibina di Taiping
dan Kuala Lumpur padatahun 1878. Pusat kesihatan kecil telah dibina
di Tanjung Malim, Batu Gajah dan KualaKangsar.
d. Perkembangan ekonomi komersil juga telah membentuk
bandar-bandar baru sepertiTaiping, Kuala Lumpur dan Seremban.
Menjelang tahun 1911 terdapat 92 buah bandartelah muncul hasil
perkembangan perusahaan bijih timah dan getah.
Ekonomi (10 M)1. Kewujudan sistem ekonomi mengikut kaum.
a. British dan kaum yang berhijrah iaitu orang Cina dan India ke
Tanah Melayu telahterlibat dalam ekonomi komersil.
b. Orang Cina terlibat dalam sektor perlombongan dan perniagaan,
orang India pulaterlibat dalam sektor perladangan, buruh pembinaan
jalan raya dan keretapi danpengawal keselamatan manakala orang
Melayu masih kekal dalam kegiatan ekonomisara diri.
c. Keadaan ini mewujudkan pemisahan ekonomi mengikut kaum.2.
Perkembangan perusahaan bijih timah dan tanaman dagangan.
a. Pemodal British telah membuka lebih banyak kawasan
perlombongan bijih timah sepertiAmpang, Klang, Kuala Lumpur di
Selangor dan Lembah Kinta di Perak.
b. Kaedah perlombongan moden iaitu kapal korek telah membolehkan
hasil pengeluaranmeningkat secara berganda. Kesannya Tanah Melayu
menjadi pengeluar utama dunia.
c. Antara tanaman dagang yang penting ialah getah. British telah
menggalakkanperkembangan penanaman getah di Negeri-negeri
Melayu.
d. Usaha-usaha yang dilakukan untuk memperkembangkan tanaman
getah sepertisumbangan H.N. Ridley, perkembangan industri kereta,
kejatuhan harga kopi danpelaburan modal oleh pelabor Eropah.
Kesannya Tanah Melayu menjadi pengeluarutama getah dunia.
e. Perkembangan perusahaan bijih timah dan tanaman dagang
seperti getah telahmewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk
Tanah Melayu seperti bidangpengurusan, pengangkutan dan buruh di
lombong dan ladang.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR
5
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
3. Perkembangan kilang perusahaana. Kemunculan perusahaan
perkilangan berasaskan bijih timah seperti perusahaan
melebur bijih timah yang diusahakan oleh Strait Trading Company.
Syarikat UnitedEngineers merupakan syarikat perkilangan terawal.
Syarikat ini menjalankan operasimembina peralatan perlombongan
seperti kapal korek dan mesin memproses getah.Antara kilang-kilang
yang berasaskan getah telah muncul seperti Kilang kasut Bata
dankasut Fung Koeng, di Klang dan Kinta Rubber Works di Ipoh.
4. Institusi kewangan dan banka. Bank-bank berperanan sebagai
memberi pinjaman kepada sektor swasta dan individu
untuk tujuan pelaburan.b. Antara bank yang ditubuhkan seperti
Mercantile Bank (1859), Bank of Malaya (1920),
Bank Hin Lee (1935) dan Malay National Banking Corporation
Berhad (1947).
C. Kesimpulan (3/2M)1. Pengenalan ekonomi komersil oleh British
telah memperkembangkan ekonomi Tanah
Melayu terutama dalam sektor perlombongan bijih timah dan getah.
Perkembangan initelah membantu meningkatkan taraf hidup penduduk
Tanah Melayu.
2. Walau bagaimanapun perkembangan ekonomi komersil ini tidak
menguntungkan orangMelayu kerana masih kekal dalam kegiatan ekonomi
tradisional
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR
6
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
3. Bincangkan penentangan penduduk tempatan terhadap pentadbiran
SyarikatBerpiagam Borneo Utara (SBBU) di Sabah dan pentadbiran
Dinasti Brooke padaabad ke-19.
A. Pengenalan (3/2 M)1 Pada abad ke-19 Syarikat Berpiagam Borneo
Utara (SBBU) telah mentadbir Sabah
bermula dari tahun 1881. Sepanjang pendudukan dan penguasaan
tersebut banyakperubahan telah dilakukan oleh SBBU.
2 Tindakan itu telah menyebabkan rasa tidak puas hati yang
membawa kepada penentangandari masyarakat setempat seperti Pangeran
Samah, Malingkote dan Mat Salleh.
3 Manakala di Sarawak, penguasaan Dinasti Brooke bermula dari
tahun 1842 apabila JamesBrooke dilantik sebagai Gabenor Sarawak.
Sepanjang penguasaan tersebut banyakpembaharuan telah dilakukan
4 Pembaharuan tersebut telah membangkitkan rasa tidak puas hati
penduduk menyebabkanberlakunya penentangan oleh tokoh-tokoh
tempatan seperti Sharif Masyahor, Rentap,orang-orang Cina dan
Banting.
B. Isi Jawapan
1. Gerakan penentangan di Sabah. (10 M)a. Penentangan Pangeran
Samah (1884).
Pada tahun 1884, masyarakat tempatan daripada suku kaum Bajau
yang diketuai olehPangeran Samah telah bangkit menentang pihak
berkuasa British. Kebangkitan dankemarahan itu dikatakan berpunca
daripada tindakan SBBU mengenakan cukai ke atasaktiviti mengutip
sarang burung. Pangeran Samah dikatakan dengan sengaja
melambat-lambatkan kutipan sarang burung untuk jualan bagi
mengelakkan cukai yang dikenakanoleh pihak berkuasa British.
Selepas lima tahun berlalu, pihak berkuasa SBBU telah memutuskan
untukmengambilalih perusahaan tersebut. Keputusan dan tindakan yang
dibuat oleh pihakberkuasa British itu telah menyebabkan Pangeran
Samah dan pengikutnya bertindakmenutup jalan ke gua Gomantong,
tempat kutipan sarang burung dijalankan.
Apabila pasukan peronda tiba untuk membuka jalan yang ditutup
oleh Pangeran Samah,mereka telah diserang. Dalam pertempuran
tersebut, pasukan suku kaum Sulu dapatdikalahkan manakala Pangeran
Samah sendiri telah terbunuh.
b. Penentangan Malingkote atau Tahang (1891).
Pada tahun 1891, masyarakat tempatan terdiri daripada
orang-orang Murut dari daerahPadas dan Tenom telah bangkit
menentang SBBU. Kebangkitan dan penentangan inidiketuai oleh
seorang pemimpin yang bernama Malingkote. Beliau
dipercayaimempunyai kuasa ghaib dan kebal. Keistimewaan yang ada
pada beliau telah tidakdiiktiraf oleh pihak berkuasa British malah
telah cuba untuk menghapuskannya.
Tindakan British untuk menghapus kekuatan dan keistimewaan
Malingkote telahmelahirkan rasa tidak puas hati pengikutnya,
menyebabkan mereka bangkit menentangSBBU. Penentangan tersebut
berlanjutan selama setahun tetapi akhirnya berjayadihapuskan oleh
pihak berkuasa SBBU.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR
7
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
c. Penentangan Mat Salleh (1894-1905).
Pada tahun 1894, Mat Salleh bersama pengikutnya telah bangkit
menentang pihakberkuasa SBBU. Nama beliau yang sebenar ialah Datu
Muhammad Salleh bin DatuBalu, merupakan seorang pembesar yang amat
dihormati dan disegani. Berasal darihulu Sungai Sugat dan
berketurunan Suluk dan Bajau.
Penentangan tersebut adalah berpunca daripada tindakan pihak
berkuasa SBBUmembakar kampung beliau di Sungai Sugat yang dituduh
mencampuri urusanpentadbiran SBBU. SBBU juga telah memaksa penduduk
tempatan untuk dijadikanburuh paksa bagi menjalankan kerja-kerja
awam seperti membina jalan raya, jalankeretapi tanpa dibayar gaji.
Malah pegawai-pegawai SBBU juga bersikap sombong sertatidak
menghormati adat resam penduduk tempatan.
Mat Salleh bersama pengikutnya telah bertindak membunuh dua
orang pedagangDayak, tetapi Mat Salleh enggan menyerahkan
kedua-duanya kepada pihak SBBU. Inimenyebabkan pihak SBBU bertindak
menyerang dan membakar kampung Mat Salleh diPulau Jambongan. Namun
Mat Salleh bersama pengikutnya berjaya melarikan diri.
Pada tahun 1897, Mat Salleh telah menyerang kubu British di
Pulau Gaya. Tindakannyaitu telah menyebabkan SBBU bertindakbalas
dengan memusnahkan kubu Mat Salleh diRanau.
Kegagalan menangkap Mat Salleh menyebabkan British menukar
taktik denganmemujuk Mat Salleh menandatangani perjanjian damai.
Syarat perjanjian tersebut ialahDaerah Tambunan akan diserah kepada
Mat Salleh, boleh mentadbir secara bebas danpengikut-pengikutnya
akan diberi pengampunan.
Namun SBBU tidak berpegang pada janji. Sebaliknya Daerah
Tambunan telah diambilsemula. Tindakan tersebut menyebabkan Mat
Salleh rasa tidak berpuas hati lalumengatur strategi menyerang
British. Belum sempat Mat Salleh dan pengikutnyamelancarkan
serangan, pihak British terlebih dahulu melancarkan serangan.
Dalamserangan tersebut, Mat Salleh telah terbunuh manakala Daerah
Tambunan menjadiwilayah kepunyaan SBBU.
2. Gerakan penentangan di Sarawak. (10 M)
a. Penentangan Sharif Masahor (1853-1860).
Sharif Masahor merupakan seorang gabenor dari Daerah Sarikei,
bangkit menentangpihak berkuasa British di bawah pimpinan Brooke
disebabkan beberapa pembaharuanyang telah diperkenalkan khususnya
berkaitan masalah pungutan cukai.
Kemuncak rasa tidak puas hati Sharif Masahor ialah apabila
British bertindakmenyokong Pangeran Matusin dalam peristiwa
perbalahan antara Pangeran Matusindengan Pangeran Arshad, sedangkan
Sharif Masahor menyokong Pangeran Arshad.Beliau mendapat sokongan
yang padu daripada orang-orang Melayu, Iban dan lain-lain.
Pada tahun 1859, Sharif Masahor telah bersatu dengan Datu
Patinggi Abdul Ghapurbertindak menyerang kubu Brooke. Abdul Ghapur
berjaya melarikan diri ke Pontianaktetapi telah ditangkap oleh
pihak berkuasa dan dipenjara di Betawi. Manakala Sharifpula berjaya
melepaskan diri dari buruan British.
Pada tahun 1860, Sharif bersama pengikutnya sekali lagi
melakukan serangan ke atasKuching, namun serangannya gagal apabila
mendapat serangan balas dari CharlesBrooke di Sungai Sadong. Sekali
lagi beliau berjaya melepaskan diri dan memaksa
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR
8
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Charles Brooke menyerang dan bertindak membakar kampung Igan
iaitu perkampunganSharif Masahor.
Pada tahun 1861, British terpaksa meminta bantuan Sultan Brunei
untuk mengadakanperundingan dengan Sharif yang akhirnya bersetuju
untuk dibuang negeri ke Singapuradan meninggal dunia di sana pada
tahun 1890.
b. Penentangan Rentap (1853-1861).
Rentap atau juga dikenali dengan Libau merupakan ketua kaum Iban
di hulu SungaiSekrang. Beliau bersama pengikutnya bangkit menentang
Brooke kerana rasa tidakpuas hati ekoran daripada tindakan
melakukan beberapa perubahan yang telahmenganggu punca pencarian
mereka serta menghapuskan adat resam kaum Ibanseperti memburu
kepala atau disebut adat mengayau.
Pada tahun 1853, Rentap telah menyerang kubu Brooke di Nanga
Sekrang dan berjayamembunuh seorang pegawai British bernama Allan
Lee. Pada tahun 1854, Brooke telahmengarah tenteranya supaya
menangkap Rentap, namun beliau bejaya melarikan dirike Bukit
Sadok.
Pada tahun 1857, Charles Brooke cuba menyerang rentap yang
berkubu di BukitSadok, tetapi gagal kerana kubu tersebut dilengkapi
dengan meriam. Padatahun1861,cubaan Brooke untuk menawan Bukit
Sadok buat kali ketiga akhirnya berjayadengan menggunakan meriam
bujang sadok. Namun Rentap berjaya melarikan diri kedalam hutan dan
meninggal dunia beberapa tahun kemudiaannya.
b. Penentangan orang-orang Cina.
Masyarakat Cina di Bau telah bangkit menentang pentadbiran
Brooke disebabkan tidakberpuas hati terhadap beberapa perkara.
Kerajaan Brooke menganggap bahawa masyarakat Cina yang berhijrah
dari Sambasadalah sebagai pelarian jenayah. Mereka tidak dibenarkan
menjalankan perdaganganluar.Malah segala perdagangan judi, pajak,
arak dan candu berada di bawah kawalankerajaan Brooke.
Kemuncak kepada rasa tidak puas hati tersebut ialah apabila
kerajaan Brookemengenakan cukai terhadap orang Cina. Mereka telah
dipaksa mematuhi segalaperaturan yang diperkenalkan. Pada bulan
Januari 1857, pelombong Cina di Bau telahdidenda sebanyak 150
kerana menyeludup candu.
Tindakan tersebut telah menyebabkan seramai 600 orang Cina
bangkit melancarkanserangan ke atas Kuching tetapi berjaya
dipatahkan oleh British. Akhirnya masyarakatCina terpaksa berundur
ke Bau dan kemudiaannya berhijrah ke Sambas, Kalimantan.
c. Penentangan Banting (1893).
Gerakan penentangan ini diketuai oleh Banting, seorang pemimpin
Iban berasal darihulu Sungai Batang Lupar. Kebangkitan Banting dan
pengikutnya disebabkan rasa tidakpuas hati terhadap kerajaan Brooke
yang cuba menghapuskan beberapa amalan tradisiseperti memburu
kepala.
Pada tahun 1895, Banting bersama pengikutnya telah didenda
kerana membawa masuktajau dan perkakas tembaga tanpa membayar
cukai. Ekoran daripada itu, Banting danpengikutnya telah bertindak
menyerang perkampungan dayak yang menyokong
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR
9
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
kerajaan Brooke dan berjaya membunuh 10 orang Dayak. Charles
Brooke bertindak dancuba menangkap Banting tetapi gagal.
Pada tahun 1902, Banting bersama pengikutnya muncul semula dan
beberapa kalimelancarkan serangan terhadap penyokong-penyokong
Brooke. Bagaimanapuntindakan Brooke untuk menangkap Banting menemui
kegagalan.
Akhirnya pada tahun 1904, Bating berjaya ditewaskan dalam
Pertempuran Bong Kapyang kemudian bersetuju untuk membayar denda
kepada pihak berkuasa British.
C. Kesimpulan (3/2M)
1 Kesimpulannya gerakan penentangan penduduk tempatan terhadap
pentadbiran Britishdi Sabah dan Sarawak telah menemui kegagalan,
malah turut mengukuhkan kedudukanmereka.
2 Namun kebangkitan dan penentangan tersebut, jelas
menggambarkan bahawa telahmuncul semangat nasionalisme dalam
kalangan penduduk tempatan.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR
10
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
4. Pengisytiharan Darurat telah meninggalkan pelbagai kesan
terhadap Tanah Melayuantara tahun 1948 hingga 1960. Bincangkan.
A. Pendahuluan [3/2 M]
1. Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, parti-parti politik mula
ditubuhkan .2. Pentadbiran Tentera Inggeris gagal memulihkan
sosioekonomi rakyat yang menderita
akibat kekejaman Jepun.3. PKM mengambil kesempatan untuk
menguasai politik Tanah Melayu tetapi gagal, lalu
bergerak secara militan.4. 1948 PKM melancarkan revolusi
bersenjata bagi menggulingkan pemerintahan Inggeris
dan menubuhkan Republik Tanah Melayu.5. Keganasan PKM memaksa
Inggeris mengisytiharkan darurat untuk mematahkan
pemberontakan komunis di Tanah Melayu.
B. Isi
Kesan Politik [6M]
1. Pengharaman PKM mengakibatkan sesiapa yang disyaki terlibat
dalam kegiatankomunis ditangkap dan dipenjarakan tanpa
pembicaraan
2. Pergerakan kesatuan sekerja dikawal rapi supaya tidak
mengadakan pakatan sulitdengan PKM dan bersubahat untuk mengadakan
pemogokan.
3. Inggeris bertindak keras terhadap parti politik berhaluan
kiri yang terpengaruh denganidea PKM.
4. Pemimpin politik berhaluan kiri diberkas dan dipenjarakan,
pertubuhan merekadibubarkan. Hanya parti politik sederhana dan
proInggeris dibenarkan bergerak sepertiUMNO, MCA,MIC dan Parti
Negara.
5. Kerajaan Inggeris mula mengambil langkah supaya Tanah Melayu
mencapai statusberkerajaan sendiri.
6. Pilihan raya diadakan di George Town (Disember1951 ) dan
Kuala Lumpur 1952.
KesanSosial [8M]
1. Rakyat mengalami tekanan hidup akibat kehilangan kebebasan
bergerak keranadikenakan perintah berkurung terutamanya kawasan
yang masih terdapat ancamankomunis.
2. Kegiatan ekonomi terjejas dan pengeluaran hasil bumi
terbantut akibat daripada orangramai tidak mempunyai kebebasan
untuk keluar mencari nafkah.
3. Dasar Bumi Hangus melumpuhkan ekonomi negara .4. Sistem
pengangkutan darat dihentikan akibat sekatan jalan raya di kawasan
yang
menjadi sarang komunis.5. Keganasan komunis telah melumpuhkan
rancangan kerajaan untuk memulihkan
ekonomi negara.6. Rakyat mengalami penderitaan dan kepahitan
hidup terpaksa mematuhi banyak
peraturan keselamatan seperti arahan mewajibkan rakyat mendaftar
dan mempunyaikad pengenalan.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR
11
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
7. Timbul masalah perkauman peperangan menentang komunis
dianggap sebagaipeperangan orang Melayu dengan Cina kerana
sebilangan besar ahli PKM terdiridaripada orang Cina sementara
orang Melayu berkhidmat dalam pasukan bersenjatakerajaan.
8. Kerajaan mula memberi layanan terhadap beberapa tuntutan
orang Cina terutama soalkerakyatan bertujuan menarik mereka
prokerajaan
9. Syarat kewarganegaraan dilonggarkan - kesannya 307,000 orang
Cina diluluskanpermohonan untuk menjadi warganegara Persekutuan
Tanah Melayu. Antara 1952 -1957 1.2juta orang Cina mendapat
kerakyatan.
10. Banyak nyawa terkorban dan hartabenda musnah akibat
pengisytiharan darurattermasuklah pegawai Tinggi Inggeris Sir Henry
Gurney.
11. Kerajaan menghabiskan sejumlah besar wang untuk membanteras
kegiatan komuniscontoh antara 1948-1955 kerajaan mengeluarkan $150
juta untuk menumpaskanpergerakan komunis.
12. Pengenalan rancangan Briggs untuk mewujudkan kampung baru,
penempatan semulasetinggan menyebabkan kemudahan asas disalurkan ke
kawasan tersebut. Inimenyebabkan orang Melayu yang banyak membantu
kerajaan Inggeris melahirkan rasatidak puas hati lalu menuntut
pemulihan ekonomi.
Kesan Ekonomi [6M]
1. Rakyat mengalami penderitaan dan kesengsaraan akibat
kemusnahan ladang danlombong.
2. Banyak wang terpaksa dibelanjakan untuk memulihkan keamanan.
Kegiatan ekonomikhususnya di Tanah Melayu terbantut. Dianggarkan
$300 000 sehari dibelanjakan untukmembanteras kegiatan komunis demi
menjaga keselamatan harta dan nyawa rakyat.
3. Daripada Laporan Tahunan 1950, kerajaan terpaksa
membelanjakan sebanyak $7 jutauntuk mengatasi masalah penempatan
semula. Kerajaan terpaksa memberikan elaundan pemberian bantuan
perumahan kepada penduduk setinggan.
4. Negara mengalami kemelesetan ekonomi, perdagangan
antarabangsa terbantut. Defisitnegara sebanyak $146 juta pada tahun
1953 menyebabkan banyak projekpembangunan negara semasa dan selepas
darurat terpaksa diketepikan dahulu.
5. Penubuhan RIDA (Rural Industrial Development Authority)
1960.Ini bertujuan untukmemajukan ekonomi dan pendidikan di Tanah
Melayu bagi masyarakat luar bandarkhususnya kaum Melayu.
C. Kesimpulan [2/3 M]
1. Tawaran rundingan dengan PKM oleh Tunku Abdul Rahman di
Baling menemuikegagalan.
2. PKM meneruskan perang gerila bagi membentuk sebuah republik
komunis .3. Pada masa yang sama kerajaan terus meningkatkan usaha
membanteras
pemberontakan komunis.4. Kegiatan komunis mulai merosot darurat
diisytiharkan tamat di seluruh negara pada
1960.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR
12
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
5. Terangkan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan reaksi
penduduk TanahMelayu terhadap penubuhannya.
A. Pengenalan [3/2 M]
1. Pelaksanaan Malayan Union (MU) mendapat tentangan daripada
orang Melayu. Britishterpaksa membubarkan MU dan menubuhkan satu
jawatankuasa kerja untuk merangkaPerlembagaan Tanah Melayu (PTM)
yang baru.
2. Pada 1 Februari 1948 PTM telah diisytiharkan.
B. Isi
1.Ciri-ciri PTM [6M] PTM terdiri dari 9 buah negeri Melayu dan 2
buah negeri Selat. Diketuai oleh Majlis Mesyuarat Kerja Dewan
Undangan Persekutuan. Majlis Perundangan pula bertangungjawab dalam
menggubal undang-undang. Kedaulatan dan kuasa sultan dipelihara.
Sultan memerintah dengan bantuan Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Undangan Negeri yang
mempunyai kuasamenggubal undang-undang.
Orang Melayu diberi hak istimewa sebagai kaum bumiputera.
Pemberian kerakyatan mengikut prinsip jus soli dihapuskan dan
syarat memohon
kerakyatan diperketatkan.
2. Reaksi [14M]
a. All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) Pada Disember
1945 golongan profesional Cina telah menubuhkan Malayan
Democratic
Union (MDU) tidak bersetuju dengan kandungan Perlembagaan 1948
kerana dianggaptidak demokratik dan Singapura sepatutnya dimasukkan
dalam PTM.
MDU telah bersatu dengan pertubuhan-pertubuhan bukan Melayu
seperti MalayanIndian Congres, The Malayan Democratic League,
Persekutuan Kesatuan BuruhSeluruh Tanah Melayu, Malayan Peoples
Anti Japanese Army dan Ex-ServiseComrades Association membentuk
AMCJA. Tan Cheng dilantik menjadi Presiden.
AMCJA telah mengemukakan draf perlembagaan mereka sendiri dan
menuntut supayaperlembagaan PTM 1948 yang dipersetujui antara
kerajaan British, Raja-raja Melayu,dan UMNO dibatalkan. Tuntutan
AMCJA tidak dapat diterima oleh pentadbiran British diTanah Melayu
kerana terlalu radikal.
b. Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) PUTERA merupakan pertubuhan
politik Melayu berhaluan kiri tidak bersetuju dengan
perlembagaan PTM 1948. Pertubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya
(PKMM) yang diketuai oleh Dr.
Burhanuddin al-Helmy telah keluar dari UMNO dan bergabung dengan
AngkatanWanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API), Kesatuan
Tani, Gerakan RakyatMelayu (GERAM) dan 80 buah kesatuan kecil yang
lain membentuk PUSAT TENAGARAKYAT pada Februari 1947.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR
13
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
c. Tentangan AMCJA-PUTERA Pakatan AMCJA-PUTERA menentang PTM
yang dirangka kerana tidak mewakili
seluruh rakyat di Tanah Melayu. Pakatan ini tidak bersetuju
kerana British secara sulittelah mengadakan rundingan dengan
Lembaga 12.
Pakatan ini juga telah menggubal perlembagaan baru yang dianggap
mewakili rakyatTanah Melayu dikenali sebagai Perlembagaan
Rakyat.
Sikap toleransi antara kaum Melayu dan bukan Melayu
direalisasikan dalam pakatanAMCJA-PUTERA. Perlembagaan Rakyat tidak
diterima oleh pentadbiran British diTanah Melayu kerana dianggap
radikal.
Pakatan AMCJA-PUTERA telah melancarkan hartal di seluruh Tanah
Melayu pada 20Oktober 1947 tetapi gagal mencapai matlamat kerana
tidak mendapat sambutandaripada rakyat.
C. Kesimpulan [2/3 M]
1. Cadangan-cadangan yang terkandung dalam PTM 1948 adalah
liberal berbanding MUnamun masih wujud cari campur tangan dan
pengaruh British.
2. Masyarakat Melayu mendapat kejayaan menghapuskan rancangan MU
danmemperkenalkan PTM. Mereka dapat memperjuangkan kedaulatan
raja-raja Melayudan hak istimewa orang-orang Melayu.
3. PTM 1948 menjadi asas kepada Perlembagaan Kemerdekaan
1957
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR
14
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
6. Jelaskan sistem pentadbiran Malaysia dari tahun 1957
hinggapembentukan Malaysia.
A. Pengenalan (3/2 M)
1. Persekutuan Tanah Melayu bebas daripada penjajahan British
pada 31Ogos 1957. Sabah dan Sarawak pula mencapai kemerdekaan
melaluiPersekutuan Malaysia pada 16 September 1963.
2. Pemerintahan Malaysia berasaskan Perjanj ian Persekutuan
Tanah Melayutahun 1957.
3. Parlimen merupakan penggubal undang-undang. Parlimen Malaysia
terdiri daripadaYang DiPertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan
Negara. Selain itu, terdapat JemaahMenteri, Kementerian dan Badan
Kehakiman.
B. Isi (20 M)
1. Malaysia ialah sebuah negara Persekutuan. Dengan ini,
terdapat pembahagiankuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan
Kerajaan Negeri. Ini diperuntukkandalam Senarai Persekutuan,
Senarai Negeri, dan Senarai Bersama. lni membawamakna bahawa kuasa
menggubal undang-undang sama ada oleh Parlimen atau DewanUndangan
Negeri ditetapkan oleh perlembagaan. Perkara seperti kehakiman,
hal-ehwal luarnegara, kewangan, pendidikan dan pertahanan termasuk
dalam Senarai Persekutuan.Perkara yang dijadikan undang-undang oleh
Dewan Undangan Negeri seperti undang-undang Islam, tanah,
pertanian, perhutanan dan perlombongan adalah di bawah
SenaraiNegeri. Senarai Bersama memperuntukkan perkara yang boleh
dijadikan undang-undangoleh Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan
Negeri. Perkara ini adalah sepertikebajikan masyarakat, biasiswa
dan perlindungan mergastua.
2. Perlembagaan Malaysia menetapkan Yang DiPertuan Agong sebagai
ketua negara.Baginda dipilih daripada kalangan Raja-raja Melayu
secara bergilir-gilir bagi tempoh limatahun sahaja. Yang DiPertuan
Agong merupakan raja berperlembagaan yang bertindakmengikut nasihat
Jemaah Menteri. Yang DiPertuan Agong mempunyai kuasa
melantikPerdana Menteri, tidak memperkenankan permintaan
membubarkan Parlimen ataupunmengadakan mesyuarat Majlis Raja-raja
untuk membincangkan perkara tentangkeistimewaan, kedudukan,
kehormatan dan kemuliaan Raja-raja Melayu. YangDiPertuan Agong juga
mempunyai kuasa melindungi orang Melayu dan bumiputera diSabah dan
Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain.
3. Yang DiPertuan Agong juga menjadi Panglima Tertinggi Angkatan
Tentera. Bagindadiberi kuasa pengampunan bagi kesalahan dalam
Wilayah Persekutuan.Baginda bertindak atas nasihat Lembaga
Pengampunan dalam hal ini. Yang DiPertuanAgong menjadi ketua agama
bagi negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak danWilayah
Persekutuan, di samping negeri baginda sendiri.
4. Undang-undang Darurat memerlukan perkenan Yang DiPertuan
Agong. Bagindadiberi kuasa oleh perlembagaan untuk mengisytiharkan
Darurat denganpersetujuan Jemaah Menteri. Semua rang undang-undang
yang telah diluluskan
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR
15
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
oleh Parlimen mesti diperkenan oleh baginda. Yang DiPertuan
Agong sebagaiRaja Berperlembagaan menjalankan pemerintahan atas
nasihat Perdana Menteri.Yang DiPertuan Agong juga berhak melantik
anggota Jemaah Menteri dan HakimMahkamah dengan nasihat Perdana
Menteri. Baginda terlibat dalam ketiga-tiga badanpemerintahan,
iaitu perundangan, pelaksanaan dan kehakiman.
5. Dewan Rakyat diwujudkan selepas pilihan raya pada tahun 1959.
Anggota DewanRakyat dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya umum.
Pada mulanya terdapat 104 kerusi.Jumlah ini bertambah dengan
kemasukan Sabah dan Sarawak serta Singapura kedalam Persekutuan
Malaysia. Pada tahun 1990, terdapat 180 kerusi dalam DewanRakyat
bagi semua kawasan pilihan raya Parlimen di seluruh negara.
6. Dewan Rakyat membincangkan cadangan rang undang-undang yang
dibawa olehMenteri berkenaan setelah melalui beberapa proses
tertentu. Menteri berkenaan akanmembincangkan cadangan rang
undang-undang dengan Peguam Negara. Kertascadangan tersebut
kemudiannya akan dikemukakan kepada Jemaah Menteri untukmendapat
kelulusan. Setelah mendapat kelulusan, rang undang-undang
digubal.Penggubal Undang-undang merujuk Menteri berkenaan. Setelah
mendapat persetujuanJemaah Menteri, Menteri berkenaan perlu
memaklumkannya kepada SetiausahaDewan Rakyat dan Setiausaha Dewan
Negara. Setiausaha Dewan kemudiannyamengedarkan rang undang-undang
yang telah dicetak kepada semua ahli Parlimen. Rangundang-undang
akan dibincangkan. Setelah diluluskan, rang undang-undang
inihendaklah dikemukakan kepada Dewan Negara. Seterusnya setelah
mendapatkelulusan Dewan Negara akan dikemukakan kepada Yang
DiPertuan Agong untukmendapat perkenan dan Cop Mohor untuk
diwartakan dalam Warta Kerajaan
7. Dewan Negara ataupun Senat pada prinsipnya adalah lebih
tinggi daripada DewanRakyat. Pada amalannya, Dewan Rakyat lebih
diutamakan kerana keanggotaannya yangdipilih. Pada asalnya, ahli
Dewan Negara berjumlah 38 orang, iaitu 16 orang dilantik olehYang
DiPertuan Agong dan 22 ahli dipilih oleh Dewan Undangan Negeri,
iaitu dua orangbagi setiap negeri. Bilangan ahli Dewan Negara
bertambah menjadi 69 orang dengankemasukan Sabah dan Sarawak dan
pembentukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpurdan Labuan. Seramai 40
orang ahli dilantik oleh Yang DiPertuan Agong. Ahli DewanNegara
atau dikenali sebagai Senator akan berkhidmat bagi tempoh tiga
tahun tertakluksama ada mereka dipilih atau dilantik semula sebagai
Senator. Ahli kedua-dua DewanRakyat dan Dewan Negara adalah sama
tarafnya sebagai ahli Parlimen. Mereka jugaboleh dilantik sebagai
ahli Jemaah Menteri.
8. Ahli Dewan Negara memainkan peranan dan tanggungjawab
membentang danmembahaskan rang undang-undang yang telah diluluskan
oleh Dewan Rakyat. Setelahdipersetujui, rang undang-undang ini akan
dikemukakan kepada Yang DiPertuan Agonguntuk mendapat perkenan.
Yang DiPertuan Agong setelah bersetuju dengan rangundang-undang
akan menurunkan Cop Mohor Besar. Undang-undang ini kemudiannyaakan
diwartakan dalam Warta Kerajaan.
9. Badan pelaksana undang-undang ialah Jemaah Menteri atau
kabinet. Kabinetmerupakan badan penggubal dasar yang tertinggi di
Malaysia. Kabinet melaksanakankuasa eksekutif di peringkat
Persekutuan atau kerajaan pusat. Menteri yang dilantik oleh
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR
16
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Yang DiPertuan Agong mengetuai sebuah atau beberapa kementerian
bagimelaksanakan undang-undang, perancangan serta dasar kerajaan.
Merekabertanggungjawab kepada Parlimen. Perlembagaan Malaysia
memperuntukkan fasalperlantikan Timbalan Menteri, Setiausaha
Parlimen dan Setiausaha Politik untukmembantu menteri melaksanakan
tanggungjawabnya. Terdapat pegawai dan kakitanganawam dalam setiap
kementerian.
10. Jemaah Menteri terdiri daripada Menteri Kementerian dan
dipengerusikan oleh PerdanaMenteri. Ketua Setiausaha Negara ialah
Setiausaha Jemaah Menteri. Beliau ialahpegawai tertinggi kerajaan
yang mengawasi perjalanan pentadbiran kerajaan dan
jabatankerajaan.
11. Perdana Menteri ialah ketua kerajaan di peringkat pusat.
Perdana Menteri dibantu olehJemaah Menteri di peringkat negeri
pula, Menteri Besar dan Ketua Menteri mengetuaiMajlis Mesyuarat
Kerja Kerajaan Negeri atau kabinet Kerajaan Negeri Sabah
danSarawak.
12. Di peringkat kementerian, pentadbirannya diketuai oleh
Menteri. Menteri dibantuoleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen,
Setiausaha Politik, Ketua SetiausahaKementerian, Pegawai
Kementerian dan kakitangan, iaitu pegawai kerajaan.
Sesebuahkementerian mempunyai bahagian dan jabatan-jabatannya di
peringkat pusat, negeridan daerah. Adanya kementerian yang
mempunyai agensi yang bersifat autonomi.Agensi ini dikenali sebagai
Badan Berkanun yang ditadbir oleh sebuah majlis atauLembaga
Pengarah yang bertanggungjawab kepada menteri berkenaan. Sebagai
contoh,di bawah naungan Kementerian Pendidikan, adanya badan
berkanun seperti DewanBahasa dan Pustaka, universiti-universiti dan
Institut Teknologi Mara. Badan-badan inimempunyai ketua pengarah
masing-masing.
13. Badan Kehakiman, iaitu mahkamah mempunyai kuasa yang lebih
besar daripada Parlimenatau Jemaah Menteri. Mahkamah mempunyai
kuasa mentafsir perlembagaan, mentafsirdan menguatkuasakan
undang-undang dan kuasa mengisytiharkan sebarang undang-undang
sebagai sah. Badan kehakiman bebas daripada sebarang kawalan
badanperundangan atau badan pelaksana atau daripada sesiapa
DiPertuan Agong dengannasihat Perdana Menteri. Perbicaraan
kebanyakannya dijalankan oleh MahkamahRendah dan Mahkamah Sesyen.
Terdapat dua kategori mahkamah, iaitu MahkamahRendah dan Mahkamah
Utama. Di Sabah dan Sarawak, terdapat Mahkamah Anak Negeritetapi di
luar hierarki mahkamah awam.
14. Peguam Negara ialah penasihat undang-undang kerajaan. Beliau
juga bertindak sebagaiPendakwa Raya atau Peguam Bela bagi pihak
kerajaan. Beliau dibantu oleh pegawaidaripada Perkhidmatan
Undang-undang dan Kehakiman.
C. Kesimpulan ( 3/2 M)
Sistem pentadbiran Malaysia selepas tahun 1957 adalah melalui
proses demokrasi.Perlembagaan digubal untuk menjaga kepentingan dan
keistimewaan semua kaum yangada. Prinsip-prinsip yang menentukan
bentuk kerajaan yang boleh didirikan dan kuasa yangboleh digunakan
oleh kerajaan kita semuanya ditetapkan oleh perlembagaan.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR
17
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
7. Huraikan kegiatan ekonomi sara diri masyarakat tradisional
Filipina dan Vietnamsebelum kedatangan Barat.
A. Pengenalan (3/2 M)
1. Penduduk Filipina dan Vietnam mengamalkan ekonomi sara diri
sebelum kedatangankuasa barat. Mereka menjadikan kegiatan pertanian
sebagai sumber ekonomi utama.
2. Kegiatan ekonomi sara diri yang dijalankan hanya untuk
memenuhi keperluan diri dankeluarga dengan menggunakan kaedah
tradisional. Hasil yang diperolehinya sangatsedikit dan hanya mampu
menampung keperluan keluarga.
B. Isi
Filipina (10 M)
1. Pertanian merupakan kegiatan ekonomi utama penduduk. Sebelum
kedatanganSepanyol dan Amerika, penduduk menjalankan kegiatan
pertanian sebagai sumberekonomi mereka. Masyarakat Filipina
mempunyai teknologi pertanian yang tinggi.
2. Padi merupakan tanaman utama yang ditanam di kawasan tanah
pamah serta tanahtinggi. Tanaman lain yang diusahakan seperti
kelapa, ubi dan abaka
3. Tanah bukan hak milik individu tetapi milik masyarakat.
Setiap invidu diberi petak-petaktanah untuk diusahakan dan
bertanggungjawab menjaga tanaman mereka.Setiapbarangay (daerah
kecil) mengeluarkan makanan untuk keperluan sendiri.
Perdaganganantara barangay jarang dijalankan.
4. Di Mondoro, masyarakat nomad menjalankan sistem pertanian
pindah dan menanampelbagai jenis tanaman.
5. Masyarakat Filipina juga menjalankan kegiatan perindustrian
ringan yang berasaskanhasil pertanian dan juga kraftangan terutama
yang berasaskan hasil laut. Perusahaankecil seperti menenun,
membuat anting-anting, cincin, dan gelang emas.
6. Mereka juga menjalankan kegiatan mencari hasil
alam.Masyarakat yang tinggaldipinggir pantai akan mendapatkan hasil
alam daripada laut, penduduk pinggir hutanmencari hasil hutan.
7. Kegiatan perdagangan antara pulau. Aktiviti perdagangan tukar
barang merupakan carapenduduk Filipina menjalankan perniagaan.
Memandangkan Filipina terdiri daripadabeberapa pulau maka
perhubungan dengan jalan laut memudahkan aktivitiperdagangan.
Penghulu dan bangsawan terlibat dalam kegiatan perdagangan.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR
18
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
8. Perdagangan juga dijalankan dengan Negara China. Pedagang
dari China membawatembikar, sutera dan manik untuk ditukarkan
dengan barangan seperti kulit kura-kura,mutiara dan pinang.
9. Kegiatan perlombongan dijalankan di Toledo dibahagian tengah
Cebu. Kawasanperlombongan bijih timah utama terdapat di Surigao di
bahagian utara Mindanao.
Vietnam (10 M)
1. Ekonomi Vietnam bergantung kepada pertanian dan perdagangan
terhad. Petanibergantung kepada tanah untuk mengusahakan tanaman
bagi keperluan sendiri.
2. Kegiatan pertanian merupakan sumber ekonomi utama mereka.
Tanaman utama yangdiusahakan adalah padi. Penanaman padi sawah
bergantung kepada kesuburan tanahdi sepanjang Lembah Mekong dan
Lembah Sungai Koi. Petani di Lembah Mekongbergantung kepada musim
hujan dan hanya menjalankan penanaman padi setahunsekali. Di
Vietnam Utara penanaman padi dijalankan dua kali setahun. Baja
daripadanajis haiwan begitu giat digunakan
3. Kerja-kerja membajak dan mengisar padi dilakukan secara
tradisional menggunakanbinatang dan alat-alat tradisional.
Masyarakat Vietnam telah membina parit dan tali airuntuk mengairi
kawasan sawah padi dan mengawal banjir dari Sg. Mekong.
4. Tuan tanah sering menindas petani. Corak ekonomi Vietnam
adalah primitif. Tiadausaha oleh mana-mana pihak untuk memajukan
atau memperkenalkan teknologimoden. Ini disebabkan kerajaan Vietnam
yang dipengaruhi golongan Mandarinmenentang hubungan dengan
kuasa-kuasa Barat.
5. Setiap kampung menjalankan pengkhususan dalam perusahaan
kampung sepertimengusahakan pertukangan tangan,menenun,
menghasilkan tembikar dan anyaman.
6. Kegiatan perdagangan kecil-kecilan juga diusahakan. Rakyat
Vietnam telah menjalinkanhubungan perdagangan dengan orang Cina di
sempadan kedua dua negara. Terdapatbanyak jong Cina di pelabuhan
Vietnam.
C. Kesimpulan (2/3M)
1. Sebelum kedatangan Barat Filipina dan Vietnam kegiatan
ekonominya lebih tertumpukepada pertanian sara diri. Mereka juga
menjalankan kegiatan pertukangan danperdagangan secara
kecil-kecilan.
2. Kedatangan Barat telah memperkenalkan ekonomi komersil yang
mengutamakankeuntungan semata-mata.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR
19
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
3. Ini menyebabkan penduduk tempatan yang menjalankan ekonomi
tradisional tidakmampu bersaing dengan penguasaan Barat.
8. Huraikan adat yang diamalkan oleh masyarakat India dan
Myanmar sebelum campurtangan Barat.
A. Pendahuluan (3/2 M)a) Masyarakat tempatan di India dan
Myanmar sudah memiliki satu sistem masyarakat
yang tersusun sebelum abad ke-19 lagi dan hidup berasaskan hukum
adat yang
menjadi garis panduan dalam kehidupan seharian.
b) Umumnya adat dapat ditakrifkan sebagai amalan sesuatu
masyarakat secara turun-
temurun dan merupakan satu peraturan yang harus dipatuhi.
c) Terdapat pelbagai adat yang diamalkan oleh masyarakat India
dan Myanmar
sebelum campur tangan Barat.
B. ISI1. Adat-adat di India (14 M)
a) Adat Suttee
- Di India, antara adat yang diamalkan seperti Adat Sutte,
Thuggee, larangan
berkahwin semula balu, adat khas wanita hamil, pembunuhan bayi
perempuan
dan adat mencecah madu pada bibir bayi. Adat suttee merupakan
amalan yang
dilakukan oleh penganut agama Hindu di mana seorang isteri yang
kematian
suami telah mengorbankan diri dengan membakar diri sendiri
bersama mayat
suami semasa upacara pengkebumian berlangsung. Adat ini
diamalkan sebagai
membuktikan kesetiaan seseorang isteri terhadap suami yang
sanggup sehidup
semati.
b) Adat Thuggee
- Adat berikutnya ialah adat Thuggee yang merupakan satu sistem
rompakan dan
pembunuhan di jalan raya yang dilakukan oleh golongan Thug di
bahagian
Wilayah Laut India. Amalan ini dijalankan oleh kumpulan-kumpulan
agama
bersenjata yang menyamar diri dan mencekik pengembara sehingga
mati atas
nama Dewa Kali.
c) Adat larangan kahwin
- Manakala adat larangan kahwin semula balu merupakan peraturan
yang dibuat
bagi menghalang balu-balu daripada berkahwin semula selepas
kematian
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR
20
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
suaminya. Balu-balu juga tidak boleh menghias diri dan hanya
boleh memakai sari
bewarna putih sahaja. Golongan ini juga dilarang menghadiri
perayaan keluarga
dan tidak dibenarkan pulang ke rumah keluarga sendiri.
d) Adat khas wanita hamil
- Di India, bagi wanita yang hamil mereka dikehendaki menjaga
dirinya agar tidak
melanggar segala pantang larang kerana perbuatan ibu tersebut
akan
mempengaruhi anak dalam kandungannya. Ibu yang hamil juga tidak
boleh
melakukan perbuatan yang tidak baik seperti mengumpat, bergaduh
dan
sebagainya. Perbuatan yang tidak baik cuba dielakkan oleh ibu
hamil bertujuan
melindungi ibu dan anaknya daripada dipengaruhi oleh kuasa
jahat.
e) Adat pembunuhan bayi perempuan- Masyarakat India lebih
bersifat patrilineal iaitu mengutamakan anak lelaki
berbanding anak perempuan. Ini bermakna mereka tidak suka akan
kelahiran
anak perempuan dan jika berlaku mereka mengamalkan perbuatan
membunuh
bayi tersebut. Tujuannya adalah untuk mengelakkan ibu bapa
daripada
menanggung penderitaan seperti pemberian dowry apabila anak
mereka
berkahwin kelak.
f) Adat mencecah madu pada bibir bayi
- Adat terakhir ialah adat mencecah madu pada bibir bayi. Bayi
yang baru lahir akan
akan dicecah madu yang dicampur dengan minyak sapi ke bibir
bayi. Adat ini
biasanya dilakukan oleh kasta Brahmin sebagai tanda
kemuliaan.
2. Adat-adat di Myanmar (6 M)Manakala di Myanmar pula antara
amalan adat yang dilakukan seperti adat berkaitan
tanah, adat mengadap raja dan adat menanggalkan kasut.
a) Adat mengadap raja
- Bagi adat mengadap raja pihak istana telah menetapkan mengikut
tatacara yang
ditetapkan kepada golongan bangsawan, rakyat jelata dan
perwakilan asing.
Misalnya, perwakilan asing atau pelawat luar perlu menunggu di
perkarangan
istana untuk suatu tempoh yang ditetapkan dan dipandu melewati
tiga pintu
gerbang yang dikawal oleh pasukan tentera yang berlainan.
b) Adat menanggalkan kasut
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR
21
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
- Seterusnya adat menanggalkan kasut dimana mengikut adat ini
sebelum
memasuki istana atau pagoda, dikehendaki menundukkan kepala
dan
menanggalkan kasut. Hal ini demikian kerana pagoda dan kawasan
istana serta
persekitarannya adalah kawasan larangan dan merupakan kawasan
suci.
Larangan yang diamalkan ini menjadi simbol penghormatan
tertinggi rakyat
kepada raja.
c) Adat berkaitan tanah
- Bagi adat berkaitan dengan tanah pula, telah ditetapkan bahawa
tanah bukan
dimiliki oleh orang perseorangan, tetapi turut dimiliki oleh
keluarga, masyarakat
dan raja. Ini bertujuan untuk menjamin kedudukan seorang
daripada disingkirkan
dalam masyarakat. Kepentingan tanah juga dapat dilihat apabila
seseorang itu
menghadapi masalah hutang, dia boleh menjual diri dan keluarga
untuk dijadikan
hamba tetapi tidak boleh menjual tanah yang diusahakan.
- Tanah boleh diberikan kepada sesiapa yang mahu mengerjakannya.
Jika anak
dan keturunannya dapat menunjukkan kemampuan untuk mengerjakan
tanah itu,
maka tanah tersebut boleh kekal dengan mereka. Ancaman
penyingkiran
seseorang daripada tanah keluarga adalah merupakan hukum adat
yang amat
berkesan. Tindakan tersebut bertujuan untuk mengelakkan daripada
kejadian
yang buruk di samping dapat menjamin hubungan sesebuah keluarga
serta
menstabilkan masyarakat Myanmar.
C. Kesimpulan (2/3 M)
- Adat memainkan peranan penting dalam masyarakat India dan
Myanmar sebelum
kedatangan Barat.
- Walau bagaimanapun adat-adat yang diamalkan oleh masyarakat
tersebut
mengalami pengubahsuaian hasil kedatangan Barat.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR
22
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
9. Perjanjian Bowring (1855) dan Perjanjian Kanagawa (1854)
menyebabkan implikasiekonomi, sosial dan politik kepada Thailand
dan Jepun. Bincangkan pernyataantersebut.
A. Pendahuluan ( 3/2 m )
1. Abad ke-19 kemajuan pesat dalam bidang perindustrian dan
perdagangan mendorongkuasa-kuasa barat berlumba-lumba untuk
menguasai tanah jajahan di AT.
2. Raja Mongkut menyedari tekanan dan pencerobohan kuasa-kuasa
barat akan mengancamkeselamatan Thailand setelah British berjaya
dalam beberapa siri Perang Inggeris Burma.Mongkut sedar bahawa
sikap degil dan dasar pemencilan seperti yang diamalkan olehnegara
China dan Burma bukan sahaja tidak dapat menghalang kemaraan
kuasa-kuasabarat malah menyebabkan kuasa barat menggunakan
kekerasan. Ini mendorong RajaMongkut memulakan DBP dan pemodenan di
Siam dengan tujuan mencegahpencerobohan kuasa-kuasa barat dan
mengekalkan kemerdekaan. Langkah pertama kearah pembukaan Thailand
kepada kuasa-kuasa barat, beliau telah menandatanganiPerjanjian
Bowring pada 18 April 1855.
3. Pada awal abad ke 19 kuasa barat seperti Rusia,British dan
USA(Amerika) ingin meluaskankuasa dan mewujudkan hubungan
diplomatik dan perdagangan di Jepun tetapi gagal.Amerika berminat
kerana potensi perdagangan dengan Jepun, keperluan bekalan
bahanmentah dan pengkalan arang batu memandangkan penggunaan
kapal-kapal stim yangbertambah. Anak-anak kapal Amerika yang
terkandas di perairan Jepun diberi layanan yangburuk. Satu
perjanjian telah ditanda tangani oleh Kerajaan Jepun dengan Amerika
pada1854 iaitu Perjanjian Kanagawa
4. Perjanjian ini telah merintis kepada bermulanya hubungan
kedua-dua negara tersebutdengan kuasa-kuasa Barat secara rasmi dan
persamaan taraf.
B. ISI JAWAPAN
Kesan Perjanjian Bowring 1855 ( 10 M )
Politik1. Menurut DGE Hall, perjanjian Bowring ini memulakan
zaman moden Thailand dan DA
Wilson menyatakan bermulanya titik peralihan di antara Siam
tradisional dan Siam moden.2. Mongkut memberi peluang yang sama
kepada kuasa-kuasa barat apabila menandatangani
perjanjian persahabatan dan perdagangan, contohnya Perancis
1855, USA 1856, Denmark1858, Portugal 1859, Holland 1860, Prussia
dan Belgium 1862, Italy, Norway dan Sweden1868.
3. Pembukaan pintu Siam kepada barat dan galakan ke arah proses
pembaratan telahmengakibatkan kemasukan golongan
mubaligh,professional dan orang Eropah sebagaitukang, tutor,
pegawai-pegawai polis, penterjemah dan penasihat tentera.
4. Pemerintah berjaya mewujudkan keseimbangan kuasa di Siam,
tidak ada sebarang alasanyang membolehkan kuasa barat campur tangan
secara kekerasan. Keadaan inimenyebabkan kemerdekaan dan kedaulatan
Siam kekal.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR
23
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Ekonomi1. Membuka Thailand kepada perdagangan antarabangsa dan
merevolusikan semua
jentera kewangan Siam dan menyebabkan golongan bangsawan
kehilangan hakistimewa memonopoli sumber asli yang telah lama
dinikmati.
2. Sistem ekonomi Siam yang bercorak sara diri telah berkembang
maju dan menjadisistem ekonomi perdagangan / komersial.
3. Siam merupakan pengeksport terbesar beras dan kayu jati di
dunia. Pada tahun1850jumlah eksport beras Siam ialah 5 %, pada
tahun 1905 menjadi 50 % daripadadaripadajumlah beras dunia. Gula
eksport utama Siam ke Eropah meningkat dua kali gandamenjelang
1865.
4. Pada tahun 1852 hanya terdapat 3 orang pedagang Eropah di
Bangkok. Pada tahun1856, bilangan kapal dagang adalah 200 buah dan
dalam jangka masa yang singkatmeningkat 10 kali ganda.
5. Britain muncul sebagai pelabur utama di Siam. Singapura dan
Hong Kong mulaberdagang dengan Siam
6. Penamatan monopoli perdagangan Siam dengan orang cina dan
mereka hanyamemajakkan monopoli eksais yang baru seperti judi,
ganja, loteri dan minuman kerassahaja kepada orang Cina.
Sosial1. Raja Mongkut memansuhkan beberapa adat resam seperti
amalan menghadap raja,
perhambaan dan buruh kerah2. Sistem pendidikan barat mula
diperkenalkan dan berkembang di Thailand3. Usaha-usaha meningkatkan
taraf hidup rakyat telah dilaksanakan oleh Raja Mongkut
dan Chulalongkorn dengan memodenkan sistema perhubungan dan
kesihatan denganpenasihat barat.
Kesan-kesan Perjanjian Perjanjian Kanagawa 1854 ( 10 M )
Politik1. Perjanjian Kanagawa telah menamatkan dasar isolasi
Jepun dan memulakan era
penglibatan Jepun dalam arena antarabangsa.2. Kuasa barat
seperti British(1854), Rusia(1855) dan Belanda(1856) juga mengikuti
jejak
Amerika menandatangani perjanjian perdagangan dengan Jepun3.
Townsend Harris Konsul Amerika ke Jepun berjaya menandatangani
perjanjian
perdagangan yang lebih sempurna. Kejayaan Amerika juga diikuti
oleh kuasa-kuasabarat yang lain.
4. Jepun mula dibuka kepada kuasa-kuasa barat dan empat
pelabuhan dibuka iaituKanagawa, Nagasaki, Nigata dan Hyogo
(Kobe)
5. Hubungan diplomatik atas dasar persamaan taraf telah diadakan
dengan Amerika.Amerika juga telah diberi hak wilayah asingan di
Jepun.
6. Dasar buka pintu Jepun telah membawa kepada pergolakan
politik yang akhirnyamerintis jalan pada kejatuhan Keshogunan
Tokugawa.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR
24
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Ekonomi1. Kadar cukai import dan eksport yang berpatutan telah
dipersetujui2. Pembukaan Jepun kepada kuasa barat telah
mengakibatkan pertambahan orang
Eropah di Jepun. Kehadiran orang barat mula menimbulkan
kebencian. Wujud gerakananti asing seperti pembunuhan orang-orang
barat dan kedutaan British di serang.Shogun terpaksa membayar ganti
rugi.
3. Bermulanya era permodenan Meiji dan kebangkitan Jepun sebagai
kuasa besar barudalam bidang perindustrian dan ketenteraan.
4. Kemunculan golongan zaibatsu yang merupakan penggerak
kemajuan ekonomi Jepun.
Sosial
1. Perkembangan agama Kristian telah dibawa masuk oleh pedagang
dan mubalighKristian.
2. Sistem pendidikan disusun mengikut sistem pendidikan negara
barat seperti Perancisdan Amerika Syarikat.
C. Kesimpulan ( 2/3 M )
1. British-Amerika dan kuasa barat yang lain berjaya mengukuhkan
pengaruh mereka diJepun dan Thailand melalui perjanjian walaupun
tiada sebarang unsur kekerasandigunakan. Mereka gagal mencari
sebarang ruang untuk menggugat kedaulatanThailand dan Jepun.
2. Kebijaksanaan pemimpin terbukti berjaya mengelakkan Thailand
dan Jepun daripadadijajah.
3. Dasar buka pintu yang dijalankan berjaya memodenkan Thailand
dan Jepun pula telahbangkit sebagai satu kuasa besar dalam bidang
perindustrian dan ketenteraan.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR
25
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
10.Sejauhmanakah isu agama menjadi faktor terpenting tindakbalas
masyarakat diIndonesia pada tahun 1825-1830 dan di China tahun
1899-1900 terhadap peluasankuasa barat.
A. Pendahuluan (3/2 m)1. Peluasan kuasa Belanda telah
menimbulkan tidak puas hati golongan bangsawan dan
petani di Indonesia. Belanda telah campur tangan dalam amalan
sosial tempatan.Kebangkitan ini dikenali sebagai Perang Jawa.
Perang tersebut meletus di daerahJogjakarta dan dipimpin oleh
Pangeran Dipo Negoro atau digelar Ratu Adil.
2. Di China, tindakbalas orang Cina menentang kuasa Barat
dikenali PemberontakanBoxer. Ini juga disebabkan rasa tidak puas
hati penduduk tempatan terhadap tekanankuasa asing. Pemberontakan
ini dipimpin oleh Kongsi Gelap seperti Persatuan TerataiPutih,
Persatuan Hung Meng dan Persatuan Dunia dan akhirat. Pertubuhan
Kongsigelap dikenali juga sebagai I Ho Chuan.
3. Tindakbalas di China dan Indonesia dipengaruhi oleh isu agama
sebagai faktor pentingtetapi tidak dinafikan tindakbalas tersebut
juga dipengaruhi oleh faktor ekonomi danpolitik.
B. Isi
Perang Jawa (10 M)1. Faktor Agama
- Kemarahan Depo meningkat kerana Belanda tidak mengiktirafnya
sebagai ketuaagama Islam Jawa
- Di kalangan penduduk Jawa Depo dianggap pemimpin agama juga
sebagai RatuAdil yang akan membebaskan mereka daripada penjajahan
Belanda
- Depo merasa terhina bila Belanda berkeras ingin membina jalan
raya diJogjakarta melalui kawasan perkuburan nenek moyangnya
- Tindakan Belanda dianggap membina jalan raya tersebut
melanggar tatasusila,nilai sosial dan agama Islam
- Pada 1825 apabila Belanda membuat keputusan membina jalan raya
tersebutDepo mengistiharkan perang jihad terhadap Belanda dan
masyarakat tempatanmemberi sokongan .
- Beliau turut disertai oleh Sentot dan Mangku Bumi
2. Ekonomi
a. Pembatalan kontrak sewa tanah
- Golongan bangsawan tidak puas hati dengan tindakan Gabenor Van
DerCapellan yang membatalkan kontrak sewa tanah.
- Sebelum ini orang orang Eropah menyewanya daripada pembesar
tempatanuntuk tujuan pertanian.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR
26
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
- Menurut kontrak tersebut orang Eropah mempunyai hak menanam
tanaman danmemerintah petani untuk mengerjakan pertanian.
- Capellan menganggap sistem ini merupakan satu penindasan
terhadapmasyarakat tempatan sehingga membatalkan semua kontrak sewa
tanah.
- Menimbulkan kemarahan pembesar yang kehilangan sumber
pendapatan danterpaksa memulangkan semula wang pendahuluan.
- Pembesar tempatan juga mendapati mereka banyak berhutang
dengan orangEropah dan mereka memaksa petani bekerja lebih masa
untuk membayarsemula wang pendahuluan tersebut. Ini menyebabkan
petani tidak berpuas hati.
b. Penindasan ekonomi
- Masyarakat tempatan dikenakan pelbagai jenis cukai. Contohnya
cukai tanah,cukai kepala dan cukai sempadan.
- Orang Jawa marah kerana kuasa memungut cukai diberikan kepada
orang Cinadan orang cina mengenakan cukai yang lebih tinggi.
- Masyarakat juga dikenakan bayaran tol untuk ke ladang di
kawasan pedalamanyang melalui kawasan kerajaan.
- Masyarakat tempatan tidak puas hati dengan kegiatan peminjam
wang danorang tengah Cina.
- Mereka mengenakan kadar faedah tinggi terhadap pinjaman dan
menjadi orangtengah perdagangan garam.
- Penindasan ekonomi menimbulkan perasan benci dan marah
masyarakattempatan terhadap Belanda dan menyokong perjuangan Depo
Negoro.
3. Faktor politik- Pengaruh pengeran Anto Wiria atau Depo Negoro
putera kerabat Jogjakarta.- Depo marah kerana Belanda tidak
melantiknya sebagai Amangku Buwono IV
selepas kemangkatan adiknya Djarot pada 1822.- Beliau merasa
terhina kerana dilantik sebagai penasihat Amangku Buwono V
yang berumur 2 tahun.
Pemberontakan Boxer (10 M)
1. Agamaa. Penyebaran agama kristian yang berleluasa di China
dianggap sesuatu yang
mengancam dan bertentangan dengan falsafah dan kepercayaan lama
masyarakatCina iaitu ajaran Confucianisme, Buddhisme dan Taoisme.
Keadaan ini telahmewujudkan sentimen anti kristian dalam kalangan
masyarakat Cina.
b. Golongan anti asing dan anti Kristian amat bimbang terhadap
kuasa yang seringmemberi perlindungan kepada pemberontak dan cuba
mencampuri hal ehwalNegara China. Kebimbangan juga timbul terhadap
sikap masyarakat Cina yangmemeluk Kristian kerana mereka tidak lagi
menghormati ajaran nenek moyangmereka. Keengganan menyertai upacara
suatu perayaan keagamaan, tidak mahumembayar perbelanjaan untuk
membiayai perayaan dan hiburan peringkat kampongperlu
dihapuskan.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR
27
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
c. Keadaan ini telah membimbangkan sebahagian rakyat Cina
terhadap penganutKristian berbangsa Cina yang tidak lagi percaya
kepada anak dari syurga. Oleh itumereka harus dihapuskan.
d. Golongan paderi dan mubaligh sering campurtangan dalam
pertikaian yangmelibatkan orang Cina Kristian. Ini dianggap
mencabar kedaulatan undang-undangdan sistem kehakiman.
2. Kemerosostan ekonomia. Barangan buatan Barat telah memasuki
pasaran China dan menguasainya kerana
harganya lebih murah serta berkualiti berbanding barangan
tempatan. Baranganimport dikenakan cukai yang rendah kerana
mendapat hak istimewa dalamperdagangan.
b. China menghadapi imbangan perdagangan yang tidak seimbang
kerana terpaksamembayar ganti rugi perang dan meminjam wang dari
luar. Hal ini menyebabkanaliran modal dikuasai oleh orang asing dan
meningkatkan kadar penganggurankerana industri tempatan
ditutup.
c. Pengenalan sistem pengangkutan moden seperti keretapi, jalan
raya dan kapal wapmenjejaskan sumber pendapatan orang Cina yang
mengendalikan sistempengangkutan tradisional seperti kereta lembu,
kereta kuda dan sampan.
d. Rakyat terpaksa menanggung perbelanjaan keluarga, membayar
cukai yang tinggidan cukai baru. Kedatangan orang barat dan
kemajuan sosioekonomi tidakmenguntungkan orang Cina lalu menyertai
pemberontakan.
3. Bencana Alama. Banjir telah berlaku di sekitar Sungai Hwang
Ho dan Sungai Yangtze menyebabkan
tebing kedua-dua sungai runtuh dan memusnahkan beberapa buah
kampong diwilayah Shantung, Szechuan, Kangsi, Kiangsi dan
Anhwei.
b. Masyarakat Cina mengalami masalah kebuluran dan kemusnahan
harta benda sertasemakin menderita akibat kejadian rompakan oleh
kongsi gelap.
c. Kepercayaan orang Cina, bencana terjadi kerana kutukan Tuhan
kerana kediamanmereka dimusnahkan oleh orang barat untuk tujuan
perlombongan dan pembinaanjalan.
d. Orang asing perlu dihapuskan supaya keharmonian dapat
dikembalikan.
4. Sentimen anti asing dan antipengaruh luara. Orang asing
bersikap bongkak dan tamak serta menimbulkan masalah ekonomi
dan
ketenteraan. Selain itu orang barat dianggap telah mencemarkan
kedaulatan danmaruah kerana Cina kalah dalam Perang Candu 1, 2 dan
Perang Cina-Jepun.
b. Kuasa barat berlumba-lumba mendapatkan konsesi selepas
perjanjian Shimonoseki.Contoh, Rusia mendapat wilayah Sinkiang dan
membina jalan keretapi (1895).Jerman mendapat Tsingtao dan melabur
modal perlombongan arang batu, bijih besidan mendapat konsesi
keretapi dan menyewa Teluk Kiachow. 1898, Peranchis
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR
28
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
menyewa Teluk Kwangchow untuk 99 tahun. British menyewa
pelabuhan Wei HaiWei.
c. Golongan petani, tuan tanah dan bangsawan bimbang akan
menerima nasib samaseperti di India dan Myanmar.
5. Sokongan Kerajaan Manchua. Antara tokoh-tokoh yang menyokong
Boxer seperti Maharani Dowager, Putera
Chuang, Putera Kang I dan Li Peng Heng.b. Maharani Dowager
menolak permintaan Itali yang cuba mendapat San May Bay di
Chikiang.c. British telah melindungi pemimpin Cina yang anti
Mancu di Hong Kong dan Jepun
serta golongan yang melaksanakan Pembaharuan 100 hari. Golongan
Reformisdianggap sebagai pengkhianat Negara.
d. Maharani Dowager dan pegawai istana Mancu membantu Boxer
mengusir orangasing. Ini membangkitkan semangat pemberontak
Boxer.
C. Kesimpulan (2/3m)
1. Jelas menunjukkan agama adalah antara faktor penting yang
telah berjaya membangkitkansemangat masyarakat di China dan
Indonesia untuk menentang kuasa barat.
2. Selain isu agama, tindakbalas ini juga dipengaruhi oleh
politik dan ekonomi. Kesannyawalaupun Dipo Negoro gagal dalam
peperangan ini tetapi Belanda bersikap berhati-hatiuntuk
mengelakkan wujudnya lagi penentangan. Pemberontakan Boxer di China
juga telahgagal dan berakhir dengan menandatangani Protokol Boxer
tetapi telah mempercepatkankeruntuhan Dinasti Mancu dan membentuk
sistem pemerintahan baru bercorak republik.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR
29
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
11. Huraikan corak perjuangan Mahatma Gandhi dan Jose Rizal
dalam gerakannasionalisme di India dan Filipina sebelum Perang
Dunia Kedua.
A. Pendahuluan (3/2M)
1. Jose Rizal (JR) lahir tahun 1861 di Luzon dan berketurunan
Sepanyol-Cina. Meminatibidang bahasa dan kesusasteraan, menerima
pendidikan awal di Maktab Jesuit danUniversiti Santo Thomas,
Manila. Melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan diSepanyol.
Perjuangannya menggunakan pen dan kertas(propaganda) sebagai
senjatautama.
2. Mahatma Gandhi (MG) lahir pada tahun 1869 di Porbandar,
Gujerat. Keluarganyaberstatus tinggi, terbabit dalam perdagangan
dan pertanian. Beliau melanjutkanpelajaran ke London untuk menuntut
ilmu undang-undang. Antara tahun 1893 1914,beliau menetap di Afrika
Selatan. Beliau memperjuangkan hak-hak orang India di sana.Terkenal
dengan ciri-ciri perjuangan seperti perjuangan secara aman,
kehidupan yangsederhana, berkhidmat untuk kemanusiaan dan
menggunakan kader yang berdisiplin.
B. Isi
1. JOSE RIZAL (10M)
a. Cara pertama
- Jose Rizal berjuang menuntut kemerdekaan bagi Filiphina
melalui idea penulisan.
- Jose Rizal, Marcelo del Pilar dan Lopez Jaena digelar golongan
Ilastrado (pertengahan)selepas terjadinya peristiwa pembunuhan tiga
orang paderi dalam pemberontakanCavite 1872.
- Jose Rizal menggunakan strategi secara sederhana dan bergerak
secara aman melaluigerakan propaganda dan parti politik.
- Jose Rizal mengungkapkan idea nasionalismenya melalui novel
Noli Me Tengere(Jangan Sentuh Daku) yang dihasilkan di Berlin pada
tahun 1887. Novel ini
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR
30
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
mendedahkan kepincangan hidup masyarakat Filiphina yang
dibelenggu ketidakadilandan penindasan pemerintah Sepanyol.
- Beliau turut mengarang novel El Filibuterismo (Pemerintah Yang
Tamak) untukmengkritik undang-undang Filipina dan golongan agama di
Filipina.
- Jose Rizal bersama Del Pilar dan Graciano Lopez telah
menerbitkan La Solidaridad diBarcelona pada 1889 untuk mendedahkan
keburukan pemerintahan Sepanyol,keadaanpetani yang ditindas dan
penyalahgunaan kuasa paderi Sepanyol di Filipina. Merekajuga
menuntut keadilan social dari pemerintahan Sepanyol.
b. Cara kedua
- Cara kedua Jose Rizal ialah membabitkan diri dalam gerakan
berpersatuan atau partipolitik.
- Jose Rizal telah menubuhkan Liga Filipina semasa di Hong Kong
tahun 1891 yangmengutamakan pembangunan masyarakat. Ahli-ahlinya
terdiri daripada golonganIlustrados (pertengahan) dan
berpendidikan. Agenda perjuangannya ialah untukmelindungi rakyat
Filipina daripada kekejaman dan ketidakadilan penjajah
Sepanyol,menyatukan pulau-pulau Filipina yang terpisah serta
menuntut penjajah mengadakanreformasi pendidikan, perdagangan dan
pertanian.
- Beliau kemudian menubuhkan cawangan Liga Filipina di Manila
tahun 1892 dengantujuan untuk mendapatkan pembaharuan
sosial,ekonomi dan politik bagi negara denganaman. Persatuan ini
juga bertujuan melindungi penduduk Filipina daripada
kekejamanSepanyol serta mengkritik golongan gereja yang menjadi
penghalang kepadakemerdekaan Filipina.
- Akibatnya Jose Rizal telah dibuang negeri ke Dapitan di Pulau
Mindanao pada Julai1892.
- Idea kesedaran ini telah memberi ilham kepada Andreas
Bonifacio untuk menubuhkanKatipunan (Kesatuan Putera-putera
Republik) pada tahun 1892. Katipunan merupakansebuah pertubuhan
yang cuba menyebarkan fahaman revolusi di Filipina sebagai satucara
menggulingkan penjajahan Sepanyol.
- Jose Rizal tidak bersetuju dengan Katipunan dan menasihati
pemimpinnya agar tidakmencetuskan revolusi. Katipunan melancarkan
revolusi terhadap Sepanyol di Filipinatahun 1896 namun gagal.
Akibatnya, Jose Rizal ditangkap kerana disyaki bersubahatdengan
Katipunan dan dihukum tembak pada 30 Disember 1896.
2. MAHATMA GANDHI (MG) (10M)
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR
31
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
a. Perjuangan awal
- Pada tahun 1915, MG pulang dari Afrika Selatan- Tahun 1918
mula terlibat dalam politik India melalui Parti Kongres India.-
Bersifat sederhana dengan pelbagai cara seperti SATYAGRAHA atau
pengaruh cinta
rohani.- MG menumpukan khidmat kepada orang-orang Harijan yang
dianggap berkasta rendah.- MG membantah Akta Rowlat (1919) yang
beri polis banyak kuasa dan kerajaan untuk
menyingkirkan individu-individu tertentu. Melalui pergerakan
Satyagraha beliaumelancarkan hartal, tunjuk perasaan, mogok dan
rusuhan di seluruh negara.
- Pertempuran di Amristsar menyebabkan 2000 orang terbunuh.-
Tekanan dan kegelisahan meluas terhadap golongan buruh dan petani
seluruh India
menyebabkan MG diterima sebagai pemimpin masyarakat India.
b. GerakanTidak Bekerjasama
- Peristiwa di Amritsar menyebabkan MG menukar taktik perjuangan
kepada tidakbekerjasama antara tahun 1921-22 bertujuan untuk
melumpuhkan pentadbiran British.
- MG membentuk barisan bersatu dengan pemimpin-pemimpin Islam
bertujuanmemulaukan dewan perundangan, mahkamah undang-undang,
sekolah dan kolej.
- Gerakan ini juga menjalankan kempen memboikot barangan asing.-
Gerakan ini mendapat sokongan daripada golongan borjuis seluruh
India. Gerakan ini
berakhir apabila MG dipenjarakan selama enam tahun.- Tahun 1924,
MG dibebaskan. Tahun 1930, MG dan pengikut telah berjalan kaki
sejauh
200km dari Sabarti ke Dandi sebagai bantahan terhadap
undang-undang garam yangmewajibkan rakyat India membeli garam
daripada kerajaan.
- Tahun1931, British menjemput MG untuk menghadiri Persidangan
Meja Bundar diLondon tetapi gagal mencapai apa-apa persetujuan.
c. Perjuangan Kemerdekaan
- Sepanjang tahun 1930-an,MG lebih memberi tumpuan terhadap
perjuangan untukmenghapuskan kasta di India.
- Tahun1935, parlimen British meluluskan akta untuk memberi
kemerdekaan kepada Indiasecara berperingkat.
- Awal tahun 1940-an, Parti Kongres India mengambil langkah
untuk mengusir Britishkeluar dari India. Pada tahun 1942, MG dan
beberapa pemimpin nasionalis Indiadiberkas.
C. Kesimpulan (2/3 M)1. Jose Rizal dan Mahatma Gandhi merupakan
dua tokoh nasionalisme yang gigih
memperjuangkan nasib bangsa. Matlamat perjuangan mereka sama
iaitumembebaskan bangsa dan negara dari penjajahan Barat.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR
32
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
2. Jose Rizal meninggal dunia sebelum sempat menikmati erti
kemerdekaan. MahatmaGandhi dikenang sebagai tokoh kemerdekaan
India.
.
12. Bandingkan dasar luar Filipina dan India dari tahun 1945
hingga tahun 1963.
A. Pengenalan (3/2M)1 Selepas Perang Dunia Kedua, beberapa buah
negara di Asia seperti Filipina, Myanmar,
Indonesia, India, Pakistan dan Sri Lanka telah mencapai
kemerdekaan.2 Dalam masa yang sama wujud pembahagian dalam politik
dunia iaitu Blok Barat di
ketuai oleh Amerika Syarikat dan Blok Komunis diketuai oleh
Rusia.3 Namun, negara-negara yang baru merdeka memilih sama ada
untuk memihak kepada
kedua-dua blok itu atau mengamalkan dasar berkecuali.4 Dasar
luar Filipina dan India antara tahun 1945 hingga tahun 1963
memperlihatkan
beberapa persamaan di samping perbezaan yang nyata antara
kedua-dua buah negara.
B. Isi
Dasar luar Filipina (10M)
1. Filipina menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan
semua agensikhasnya. Pada tahun 1949, Jeneral Ramolo telah dipilih
sebagai anggota MajlisPemegang Amanah Bersatu PBB. Jeneral Ramolo
telah memperjuangkan tuntutannegara-negara kecil untuk mengehadkan
kuasa pembatal yang dipegang olehkuasa-kuasa besar. Filipina juga
telah mengambil bahagian dalam PerjanjianGandum Antarabangsa dan
Perjanjian Gula Antarabangsa.
2. Dalam Pakatan SEATO, Filipina merupakan salah satu pihak
yangmenandatanganinya dan ia diadakan di Manila. Filipina
menganggap SEATO tidakmempunyai kuasa yang kuat. Filipina inginkan
SEATO berkuasa seperti NATO.
3. Pada tahun 1961, Filipina, Thailand dan Tanah Melayu telah
membentukPertubuhan Asia Tenggara (ASA) untuk mempromosikan
hubungan kebudayaan,ekonomi dan politik yang kukuh. Filipina juga
mengetuai penubuhan MAPHILINDO(Malaya, Filipina dan Indonesia)
tetapi badan ini gagal apabila gagasan PersekutuanMalaysia
diumumkan. Delegasi Filipina telah menghadiri Persidangan
Afro-Asiayang telah diadakan di Bandung pada bulan April 1955.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR
33
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
4. Filipina telah menjadi badan sukarela membantu pelbagai
agensi dalam bentukbantuan teknikal, ketenteraan dan kewangan.
Sebagai contoh, seramai 6000 orangtentera Filipina telah dihantar
bersama-sama tentera lain PBB dalam Perang Koreasebagai misi
keamanan dunia. Filipina mendapat bantuan teknikal daripada PBB
dibawah program bantuan teknikal dalam bidang statistik,
pembangunan industri,koperasi, pembangunan tanah dan air,
pengeluaran tanaman dan binatang,perikanan, pembangunan perhutanan,
kesihatan awam, tenaga atom sertapendidikan.
5. Dari segi perdagangan luar, pada tahun 1956 hingga tahun
1960, Filipina mulamengeksport pelbagai barangan asas dan bahan
mentah pertanian, perhutanan danmineral seperti minyak bijirin,
gula, kayu, tekstil, tembakau dan buah-buahan.Menjelang tahun 1960,
Filipina mengimport barang-barang seperti peralatan mesin,peralatan
pengangkutan, tekstil, bahan-bahan kimia, hasil ternakan kertas
danperalatan perubatan.
Dasar luar India (10 M)
1. India menyertai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sejak
tahun 1946 dantelah menganggotai banyak jawatankuasa cawangan PBB.
India juga menjadianggota penting dalam Pertubuhan Komanwel dan
Rancangan Colombo. PuanVijaya Lakshimi Pandit ialah wanita pertama
yang dilantik sebagai PresidenPerhimpunan Umum PBB. Seorang rakyat
India telah dipilih sebagai PengarahAgung FAO pada tahun 1956 dan
dilantik sebagai Setiausaha pertama ECAFE. Ibupejabat penyelidikan
dan pusat cawangan UNESCO serta UNICEF juga terletak diDelhi.
2. India juga pernah menjadi tuan rumah kepada Persidangaan
Antarabangsa sepertiECAFE pada tahun 1956 dan 1961. India juga
menjadi tuan rumah kepada BulanSabit Merah Antarabangsa dan
Persidangan ILO bagi rantau Asia pada tahun 1957.Semasa
pemerintahan Nehru, India mengamalkan dasar tidak memihak
kepadamana-mana blok. Nehru berpendapat bahawa dasar berkecuali
akan membawakeamanan kepada dunia berbanding dengan dasar memihak
kepada kuasa-kuasatertentu yang akan membawa kepada bencana dan
peperangan. Oleh yangdemikian , India telah mengiktiraf rejim
komunis China dan tidak menyertai SEATO.
3. India memainkan peranan aktif dalam PBB. Pegawai-peagawai
India dari AngkatanTentera India telah membantu menguatkuasakan
perjanjian meletak senjata diKorea dan gencatan senjata di Vietnam,
Kemboja dan Laos. Pada tahun 1956, Indiatelah menghantar
kontinjennya ke Mesir untuk membantu tentera pendamai PBB keMesir.
Semasa krisis Congo-Cuba, India merupakan penasihat kepada
Setiausaha
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR
34
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Agung PBB. Pada tahun 1961, lebih kurang 700 orang pakar dari
India telahdihantar ke lebih 24 buah negara di bawah Program
Bantuan Teknikal PBB.
4. Perdagangan luar India melibatkan eksport bahan mentah dan
bahan industri, sertatekstil. Eksport terpenting India ialah teh
dan jut yang merupakan dua pertiga eksportIndia. Barangan eksport
lain ialah seperti kain kapas, rempah ratus dan tembakau.Barangan
import pula termasuklah besi keluli, peralatan pengangkutan, beras
dansebagainya. England merupakan pelanggan India yang utama diikuti
AmerikaSyarikat, Jerman, Jepun, Rusia dan negara-negara
perindustrian yang lain.
C. Kesimpulan (2/3 M)
1 Dasar luar India lebih menampakkan penglibatan secara aktif
dalam pertubuhan-pertubuhan antarabangsa berbanding dengan Filipina
khususnya dalam PertubuhanBangsa-bangsa Bersatu. Malahan beberapa
orang rakyat India telah dilantik memegangbeberapa jawatan penting
dalam PBB.
2 Penglibatan India dan Filipina dalam PBB dan pertubuhan yang
lain berjayamengekalkan kemerdekaan dan keamanan di negara
masing-masing selepas PerangDunia Kedua hingga tahun 1963. Hubungan
luar dan hubungan perdagangan yangdiamalkan oleh Filipina dan India
turut membantu perkembangan ekonomi di kedua-duabuah negara.
Daripada:Pn. Sarifah OthmanSMK Labis, Jalan Muar,85300 Labis.
Johor
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR
35
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]