Top Banner
SISTEM TUAS Disediakan oleh: Nurfarah Hannan Binti Ismail
11

Sistem tuas

Apr 13, 2017

Download

Sports

Hannan Ismail
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Sistem tuas

SISTEM TUASDisediakan oleh:

Nurfarah Hannan Binti Ismail

Page 2: Sistem tuas

• Sistem tuas merupakan satu rod yang boleh dipusingkan oleh daya pada suatu titik tetap yang dipanggil paksi atau fulkrum.

• Otot dan tulang bertindak bersama membentuk pergerakan. Sistem tuas atau lever digunakan supaya badan dapat mengangkat bebanan atau daya yang lebih besar.

Page 3: Sistem tuas

• Keberkesanan sistem tuas melakukan kerja bergantung kepada tiga faktor iaitu kedudukan daya, beban dan fulkrum.

• Dalam badan manusia,

• Rod tuas ialah tulang• Fulkrum (F) pula adalah sendi-

sendi • Daya pula dijana sebagai

penguncupan otot• Beban pula ialah rintangan dan

kerja

Page 4: Sistem tuas

Tuas kelas pertama

Tuas kelas kedua

Tuas kelas ketiga

Page 5: Sistem tuas

• Tuas kelas pertama berfungsi untuk keseimbangan

• Tuas kelas pertama, fulkrumnya berada di tengah di antara beban dan daya.

Page 6: Sistem tuas

• Ianya agak jarang dijumpai di badan manusia. Contohnya adalah sendi di antara kepala dan vertebra yang pertama, sendi atlantooccipital. Kepala sebagai beban. Sendi sebagai fulkrum dan dayanya adalah pergerakan otot-otot di bahagian belakang badan seperti trapezius.

Page 7: Sistem tuas

• Tuas Kelas Kedua untuk menjimatkan daya• Tuas kelas kedua, fulkrumnya terletak di

hujung dengan bebanan di tengah, antara fulkrum dan daya

Page 8: Sistem tuas

• Manakala di badan manusia, pergerakan calf raise. Fulkrum adalah sendi metatarsophalangeal. Bebanannya berat badan atau berat tambahan yang diletak, manakala dayanya digerakkan oleh gastrocnemius dan soleus atau disebut betis

Page 9: Sistem tuas

• Tuas kelas ketiga untuk menghasilkan kelajuan dan julat pergerakan yang berterusan

• Tuas kelas ketiga ini paling biasa dijumpai di badan manusia di mana fulkrumnya berada di hujung. Daya di tengah di antara fulkrum dan beban.

Page 10: Sistem tuas

• Contohnya yang paling mudah adalah pergerakan bicep curl di mana sendi merupakan fulkrumnya, bebanan boleh jadi forearm atau bebanan tambahan yang dipegang. Dayanya adalah pergerakan otot bisep.

Page 11: Sistem tuas

sekian