KURSUS TMK TAHUN 5 2014 1 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Tajuk SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET Topik 6.0 PERKHIDMATAN INTERNET A. Objektif Pada akhir sesi ini, peserta dapat: 1. Mencari maklumat menggunakan pencarian Boolean (AND, OR), berfrasa (“ “) atau simbol ( * ) 2. Menyebarkan maklumat meggunakan mailing list dalam buku alamat emel 3. Mengetahui konsep Pengkomputeran Awan (Cloud Computing) B. Kandungan Pengajaran 6.1 Kaedah pencarian maklumat 6.2 Penggunaan Emel 6.3 Pengkomputeran Awan (Cloud Computing)
16
Embed
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET filekursus tmk tahun 5 2014 1 modul sistem rangkaian dan dunia internet program latihan untuk guru tmk tahun 5 bahagian pendidikan guru kementerian
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
1 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Tajuk SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
Topik 6.0 PERKHIDMATAN INTERNET
A. Objektif
Pada akhir sesi ini, peserta dapat:
1. Mencari maklumat menggunakan pencarian Boolean (AND, OR), berfrasa (“ “)
atau simbol ( * )
2. Menyebarkan maklumat meggunakan mailing list dalam buku alamat emel
3. Mengetahui konsep Pengkomputeran Awan (Cloud Computing)
B. Kandungan Pengajaran
6.1 Kaedah pencarian maklumat
6.2 Penggunaan Emel
6.3 Pengkomputeran Awan (Cloud Computing)
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
2 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
6.1 Kaedah Pencarian Maklumat
6.1.1 Strategi Pencarian Maklumat
Pencarian maklumat boleh memakan masa yang lama dan kompleks. Kebiasaannya kita
mencari maklumat dengan hanya memasukkan kata kunci atau frasa sahaja, Justeru itu
untuk mengelakkan kita daripada lemas di lautan maklumat, adalah lebih baik kita
merancang pencarian terlebih dahulu.
Teknik mengemukakan pencarian melalui enjin pencarian amat penting diketahui bagi
memastikan kita mendapat kualiti dalam penghasilannya. Strategi pencarian maklumat
merupakan langkah-langkah mencari maklumat secara sistematik dan efektif.
Lima Langkah Mudah Mencari Maklumat
1. Tentukan maklumat yang ingin anda cari dan tuliskan dalam bentuk ayat.
2. Buangkan kata penghubung atau kata sendi dalam ayat. Buangkan juga perkataan
yang tidak penting dan tidak berkaitan.
3. Gariskan perkataan yang tinggal. Perkataan-perkataan ini merupakan kata kunci
asas anda. Cuba kenalpasti juga kata kunci alternatif. Ini ialah perkataan-perkataan
yang boleh menggantikan kata kunci yang telah disenaraikan seperti sinonim dan
perkataan-perkataan yang membawa maksud lebih luas.
Sejauh manakah kegiatan kokurikulum di sekolah
berperanan dalam membentuk sahsiah dan jati diri
murid?
Sejauh manakah kegiatan kokurikulum di sekolah
berperanan dalam membentuk sahsiah dan jati diri
murid?
Sejauh manakah kegiatan kokurikulum di sekolah
berperanan dalam membentuk sahsiah dan jati diri
murid?
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
3 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
4. Tambahkan operator Boolean “AND”, “OR’ atau “NOT” antara kata kunci yang telah
dikenalpasti.
5. Pencarian boleh diperincikan lagi dengan menggunakan teknik-teknik berikut:
Pangkasan (truncation) - kegiatan »»» giat
Berfrasa - “jati diri”
Wild card - *giat* »»» kegiatan, penggiat,
plagiat
Operator Boolean - AND, OR, NOT
Kombinasi pangkasan dan Boolean
Nesting - (murid OR pelajar) AND “jati diri”
Ayat topik yang asal telah ditukarkan menjadi pernyataan carian.
Operator Boolean
Operator Boolean adalah AND, OR dan NOT.
1. Operator AND diletakkan di antara kata kunci yang digunakan dalam pencarian.
Fungsinya adalah untuk mengecilkan hasil pencarian. Sebagai contoh: pernyataan
carian sahsiah AND sikap akan mengecilkan carian kepada laman-laman yang
hanya mengandungi kedua-dua perkataan sahsiah dan sikap di dalamnya.
2. Meletakkan operator OR di antara kata kunci akan memperluas hasil carian. Sebagai
contoh: pernyataan carian sahsiah OR sikap akan memperluas pencarian kepada
laman-laman yang mengandungi salah satu atau kedua-dua perkataan sahsiah dan
sikap di dalamnya.
3. Operator NOT turut berfungsi untuk mengecilkan hasil pencarian. Sebagai contoh:
pernyataan carian “jati diri” NOT sikap akan mengecilkan carian kepada laman-
laman yang mengandungi perkataan jati diri tetapi tidak mengandungi perkataan
sikap.
*kegiatan kokurikulum* AND sahsiah AND “jati diri”
“kegiatan kokurikulum” AND (sahsiah OR sikap) AND (jati
diri NOT nilai)
kegiatan kokurikulum AND sahsiah AND jati diri
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
4 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
6.1.2 Strategi Menilai Maklumat Dengan Berkesan
Maklumat yang diperoleh dari internet perlu dinilai dari segi kualitinya, kesahihannya dan
ketepatannya. Terdapat beberapa cara bagaimana kita boleh menilai sama ada maklumat
yang diterima melalui internet boleh dipercayai atau tidak.
Terdapat beberapa model yang digunakan untuk menilai maklumat yang diperoleh melalui
internet dengan berkesan. Antaranya termasuklah model ASPECT (Authority, Sources,
Purpose, Evenness, Coverage, Timeliness), model ROAR (Reliability, Objectivity, Accuracy,
Relevance) dan model RADCAB (Relevancy, Appropriateness, Detail, Currency, Authority,
Bias). Bahagian ini menjelaskan dengan lebih lanjut kaedah menilai maklumat secara kritikal
menggunakan model ASPECT.
A S P E C T AUTHORITY »»» Autoriti
Autoriti
Ketahui siapa pengarang atau orang yang bertanggungjawab terhadap bahan yang
diterbitkan.
Adakah isu yang dibincangkan merupakan bidang kepakaran pengarang atau pihak
yang bertanggungjawab.
Ketahui reputasi penerbit yang menerbitkan maklumat tertsebut.
A S P E C T SOURCE »»» Sumber
Sumber
Adakah maklumat yang diperoleh itu merupakan fakta?
Apakah sumber rujukan atau dokumentasi yang digunakan?
Adakah maklumat tersebut diperoleh daripada sumber yang boleh dipercayai?
A S P E C T PURPOSE »»» Tujuan Tujuan
Apakah tujuan atau objektif maklumat itu diterbitkan?
Siapakah sasaran maklumat itu diterbitan?
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
5 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
A S P E C T EVENNESS »»» Kesamarataan Kesamarataan
Adakah maklumat tersebut mempunyai kecenderungan untuk menyebelahi mana-
mana pihak?
Adakah maklumat tersebut berkecenderungan untuk mempengaruhi mana-mana
pihak?
A S P E C T COVERAGE »»» Liputan Liputan
Apakah topik yang yang diliputi oleh sumber berkenaan?
Sejauh manakah topik berkenaan diterokai atau dibincangkan?
A S P E C T TIMELINESS »»» Kekinian Kekinian
Bilakah sumber maklumat berkenaan diterbitkan?
Adakah laman tersebut sering dikemaskini atau mempunyai kecenderungan untuk
kekal lama?
Pastikan maklumat adalah terkini dan lihat tarikh akhir pengemaskinian
dilaksanakan.
Aktiviti
1. Nyatakan perbezaan antara operator Boolean AND, OR dan NOT.
2. Tukarkan ayat topik ini kepada penyataan carian.
Platform pembelajaran maya (VLE) berupaya meningkatkan minat dan motivasi
murid dan pembelajaran dan pengajaran (PdP).
3. Nilaikan kualiti, kesahihan dan ketepatan sumber maklumat yang anda dapati
menggunakan model ASPECT.
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
6 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
6.2 Penggunaan Emel
6.2.1 Bagaimana Mengakses E-mel Anda Dalam VLE Frog 1. Untuk menggunakan emel di dalam VLE Frog anda boleh menggunakan URL VLE
sekolah. Contoh : https://mba1018.1bestarinet.net
2. Paparan login ini akan dipaparkan.
Rajah 1.1
3. Gunakan YES ID VLE Frog yang telah diberikan oleh pihak Admin sekolah.