-
Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam
Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi
Bersama
Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam
Akhirnya datang Islam dengan undang-undang dan sistem-sistem
yang sempurna untuk
menerangi seluruh kegelapan dan membawa manusia ke jalan yang
lurus lagi
benar.Namun untuk menerapkan kesempurnaan yang di bawa bukanlah
sesuatu yang
mudah kerana masyarakat ketika itu telah sebati dengan amalan
dan warisan peninggalan
nenek moyang mereka.
Secara berperingkat-peringkat sistem pewarisan diperkenalkan
sebagaimana juga ketika
larangan terhadap meminum minuman keras di lakukan. Sebagai
langkah pertama,
mereka dibiarkan dengan sistem pewarisan yang terdahulu dan apa
yang di utamakan
adalah dari sudut aqidah dan tauhid.Sehinggalah Rasulullah s.a.w
berhijrah dari Mekah
ke Madinah dan disanalah baginda mahukan terbinanya sebuah
masyarakat yang
berpegang teguh pada nilai-nilai murni yang merangkumi adat,
pergaulan dan juga
akhlak.
Lantas baginda mempersaudarakan golongan Ansar dan Muhajirin
serta menjadikan
persaudaran ini sebagai salah satu diantara sebab-sebab
pewarisan.Ini adalah kerana
golongan Muhajirin telah terputus hubungan dengan kaum keluarga
dan sanak saudara
mereka termasuklah mereka yang memeluk Islam tetapi tidak
berhijrah.Pewarisan
sebegini hanya tertumpu di kalangan orang-orang Islam di Madinah
sahaja, manakala
mereka yang memeluk Islam tetapi tidak berhijrah (masih tinggal
di Mekah) tidak
dibolehkan untuk mewarisi waris mereka yang berhijrah.
Maka turunlah Al-Quran untuk menjelaskan tentang persaudaraan
dan pewarisan ini yang
terbina dengan kalimah La ila ha ila Allah.Firman Allah s.w.t
dalam Surah Al-Anfal (ayat 72) yang bermaksud : Sesungguhnya
orang-orang yang beriman dan berhijrah
serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan
orang-orang yang
memberikan tempat tinggal dan pertolongan, mereka itu antara
satu sama lain
lindung-melindungi.Dan orang-orang yang beriman tetapi belum
berhijrah maka
tiada kewajipan sedikitpun atasmu melindungi mereka, sebelum
mereka
berhijrah.Akan tetapi jika mereka meminta pertolongan kepadamu
dalam urusan
pembelaan agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali
terhadap kaum
yang telah ada perjanjian antara kamu dengan mereka.Dan Allah
Maha Melihat apa
yang kamu kerjakan. Perkataan Walayah dalam ayat tersebut
membawa maksud perwarisan yang terbentuk disebabkan oleh
persaudaraan hukmiyah diantara kaum Muhajirin dan Ansar.Mereka
mewarisi antara satu sama lain sehinggalah Allah s.w.t memansuhkan
ayat tersebut
setelah keadaan Islam stabil.
Apabila Islam telah berdiri kukuh dengan pembukaan Kota Mekah
serta Islam telah
menjadi agama anutan orang ramai, maka Allah memansuhkan
pewarisan berbentuk
demikian dan kembalilah sistem pewarisan Islam kepada keadaan
asalnya.Firman Allah
s.w.t dalam Surah Al-Anfal (ayat75) yang bermaksud Dan
orang-orang yang beriman
sesudah itu, kemudian berhijrah dan berjihad bersamamu, maka
orang-orang itu
termasuk golonganmu jua.Orang-orang yang mempunyai hubungan
kerabat itu
sebahagiannya lebih berhak terhadap sesamanya (daripada orang
yang bukan dari
kerabatnya) di dalam kitab Allah, Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui segala
sesuatu.
-
Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam
Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi
Bersama
Keadaan yang sama juga dijelaskan oleh Allah dalam Surah
Al-Ahzab (ayat 6) yang
bermaksud Nabi itu lebih utama bagi orang-orang mukmin dari diri
mereka sendiri
dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka.Dan orang-orang yang
mempunyai
hubungan darah satu sama lain lebih berhak (waris-mewarisi) di
dalam Kitab Allah
daripada orang mukmin dan orang-orang Muhajirin kecuali kalau
kamu mahu
berbuat baik kepada saudara-saudaramu(seagama).Adalah yang
demikian telah
tertulis di dalam Kitab Allah. Seterusnya Islam membatalkan
pewarisan yang melibatkan anak atau keluarga angkat
sebagaimana firmanNya dalam Surah Al-Ahzab (ayat 40) yang
bermaksud Muhamad
itu sekali-kali bukanlah bapa seorang lelaki diantara kamu
tetapi dia adalah
Rasulullah dan Nabi yang terakhir.Dan Allah Maha Mengetahui akan
segala
sesuatu. Pada zaman permulaan Islam, orang-orang Islam di
berikan hak sepenuhnya untuk
menulis wasiat, dengan syarat wasiat tersebut hendaklah
ditujukan kepada ibu-bapa dan
sanak saudara.Namun kemudiannya Islam telah mengenakan syarat,
wasiat hanyalah
kepada bukan waris dan tidak melebihi satu pertiga daripada
harta peninggalan.
Begitu juga Islam telah menghapuskan adat buruk masyarakat Arab
Jahiliyyah iaitu
melarang kaum wanita dan kanak-kanak dari mendapat pembahagian
harta pusaka.Islam
mengiktiraf hak wanita dan kanak-kanak dan meletakkan mereka di
dalam golongan
orang-orang yang berhak menerima harta pusaka.Sepertimana firman
Allah s.w.t dalam
Surah An-Nisa (ayat 7) yang bermaksud Bagi lelaki ada bahagian
dari harta
peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya dan bagi wanita ada bahagian
dari peninggalan
ibu-bapa dan kerabatnya,baik sedikit atau banyak menurut
bahagian yang
ditetapkan. Begitulah pendekatan Islam yang
berperingkat-peringkat dalam mensyariatkan sistem
pewarisan yang lengkap dan sempurna untuk menjamin keadilan dan
kesejahteraan umat
manusia di dunia mahupun di akhirat.Pembaharuan tersebut
dijelaskan oleh Allah dalam
Al-Quran (Surah An-Nisaa ayat 11-12) dengan jelas dan terang
untuk membuktikan bahawasanya Islam adalah sebuah agama yang
merangkumi segala aspek kehidupan.
Sistem pewarisan Islam telah membawa beberapa pembaharuan dimana
golongan wanita,
kanak-kanak telah diiktiraf dan diberikan hak dalam pembahagian
harta pusaka.Perakuan
hak untuk mewarisi harta pusaka setiap waris dari kedua-dua
susur galur lelaki dan
wanita serta merangkumi semua lapisan waris tidak kira tua atau
muda, besar atau kecil
bahkan sehingga janin dan bayi dalam kandungan.
Ini adalah kerana Islam memartabatkan kedudukan wanita dan
sumbangan mereka
kepada keluarga, masyarakat dan negara.Hak memperolehi bahagian
harta pusaka
ditentukan berasaskan hubungan kerabat, akad perkahwinan dan
akidah yang
sama.Susunan institusi kekeluargaan di dalam Islam adalah
berkait rapat dengan sistem
pewarisan.Ini memandangkan masyarakat terbina di atas beberapa
unit keluarga dan
Islam amat menghargai peranan yang di mainkan oleh setiap ahli
keluarga.Lantaran itu
hak untuk mewarisi diberikan kepada anggota keluarga yang
terdekat dengan simati dan
mereka yang menuntut harta pusaka mestilah membuktikan bahawa
mereka adalah layak
dan sah mewarisi tanpa dihalang oleh sebarang faktor. Sistem
pewarisan Islam
mengenakan peraturan yang ketat di dalam pembahagian pusaka di
mana kadar minimum
2/3 dari harta pusaka adalah tertakluk kepada mekanisma
faraid.Selebihnya adalah
tertakluk kepada penyelesaian transaksi-transaksi lain seperti
wasiat, hibah, wakaf dan
-
Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam
Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi
Bersama
sebagainya.Pemilikan merupakan hubungan yang dikaitkan antara
manusia dan harta,
dengan pemilikan manusia mempunyai hak untuk melakukan sesuatu
yang difikirkan
perlu keatas harta tersebut.Apabila hubungan ini terjalin,
manusia dinamakan pemilik
manakala harta pula dinamakan sebagai sesuatu yang
dimiliki.Sudah menjadi tabiat
semulajadi manusia, mengumpul dan menambah harta kekayaan,
manusia juga
memerlukan harta selagi hayat masih dikandung badan.Apabila
manusia menemui ajal
maka hak pemilikannya turut lenyap dan luput.Adalah menjadi satu
keperluan untuk
mendapatkan pemilik baru sebagai ganti bagi mengurus harta yang
ditinggalkan dan
memperolehi faedah-faedah daripada harta peninggalan
tersebut.
Bahagian 5
Pembahagian Harta Pusaka Dalam Islam
Pengurusan pewarisan dalam Islam sangat penting terutama dalam
zaman moden ini
dimana kita berhadapan dengan pelbagai cabaran baru. Antara
cabarannya ialah
kecenderungan masyarakat kita yang mementingkan kebendaan
sehingga boleh
mencetuskan pertikaian, perbalahan, pergaduhan serta permusuhan
di antara suami isteri,
ibu bapa, anak beranak, saudara mara atau sebagainya. Apabila
kebendaan dijadikan kayu
ukur utama, krisis keluarga lebih mudah berlaku dan rumah tangga
mudah menjadi porak
peranda.
Krisis keluarga akibat kepentingan kebendaan bertambah parah
dengan tiadanya
kefahaman masyarakat kita tentang ilmu pembahagian harta pusaka
atau apa yang disebut
sebagai ilmu faraid.
Ini adalah kerana ilmu faraid merupakan ilmu yang mula-mula
diangkat dari umat
manusia. Sehubungan dengan ini Rasulullah s.a.w. bersabda :
Hendaklah kamu pelajari ilmu faraidh, maka sesungguhnya ilmu
faraidh adalah suruhan dari agama kamu dan bahawasanya ilmu faraidh
adalah seperdua daripada
ilmu dan yang mula-mula dicabut dari umatku.(Riwayat Ahmad)
Sesungguhnya ilmu faraid itu dicabut bukan dengan dicabut dari
manusia tetapi dengan
kematian para ulama yang boleh membicarakannya. Ini sesuai
dengan sebuah hadis
Rasulullah s.a.w :
Allah s.w.t tidak mengambil ilmu Islam itu dengan cara
mencabutnya dari manusia. Sebaliknya Allah s.w.t mengambilnya
dengan mengambil para ulama sehingga tidak
tertinggal walaupun seorang. Manusia melantik orang jahil
menjadi pemimpin,
menyebabkan apabila mereka ditanya mereka memberi fatwa tanpa
berdasarkan
kepada ilmu pengetahuan. Akhirnya mereka sesat dan menyesatkan
orang lain pula (Mutafaq alaih)
Seperdua daripada ilmu
Sesungguhnya pada masa ini tidak ramai dikalangan ulama kita
yang mahir dalam ilmu
faraid jika dibandingkan dengan ilmu fiqh lain seperti solat,
puasa dan lain-lain
sedangkan hadis yang pertama di atas menerangkan tentang betapa
pentingnya ilmu
-
Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam
Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi
Bersama
faraid sehinggakan di anggap sebagai seperdua daripada ilmu.
Dalam hadis yang lain,
Rasulullah s.a.w. bersabda :
Hendaklah kamu pelajari ilmu faraid dan kamu ajarkan kepada
manusia, maka sesungguhnya akulah orang yang didalam genggaman
Allah dan bahawa ilmu faraid
itu kelak akan digenggam dan akan nyata beberapa fitnah sehingga
berselisih dua
orang mengenai faraid, maka kedua-duanya tidak memperolehi orang
yang
menghukumkan dan menyelesaikan perselisihan di antara keduanya.
(Ibnu Majah)
Hadis-hadis di atas nampaknya memperkatakan apa yang sedang
berlaku pada masa ini
kerana tidak ramai dikalangan ulama kita yang mahir dalam bidang
faraid. Malah tidak
banyak surau atau masjid yang membicarakan tentang ilmu faraid
sebaliknya kuliah-
kuliah yang diadakan di kebanyakkan masjid berputar disekitar
rukun Islam yang lima.
Rata-rata seseorang yang ingin mengetahui tentang ilmu faraid
terpaksa menunggu
seminar atau bengkel yang jarang sekali di adakan. Ini adalah
kerana untuk memahami
ilmu faraid, seseorang itu harus menggarap dengan baik ilmu usul
dan ilmu hisab sekali
gus.
Pemahaman terhadap faraid
Mungkin kurangnya kefahaman tentang ilmu faraid membuat
sebahagian umat Islam
memberikan komen yang negatif terhadap ilmu faraid. Sebaliknya
mereka yang faham
tentang ilmu faraid telah memberikan komen yang baik walaupun
mereka terdiri daripada
orientalis yang sentiasa mencari jalan untuk memperlecehkan
hukum Islam. Sebagai
contoh, seorang orientalis yang bernama Rumsey menyatakan
Pembahagian harta
pusaka dalam Islam tidak syak lagi merupakan sistem perundangan
harta yang paling
baik dan canggih yang pernah diketahui oleh dunia bertamadun
Sementara itu, seorang lagi orientalis, Professor N. J. Coulson
yang pernah mengajar di School of
Oriental and African Studies (SOAS), University of London
menyatakan, Undang-
undang pembahagian harta pusaka dalam Islam merupakan suatu
pencapaian
teknikal yang mantap dan sayugianyalah ilmuan Islam berasa
bangga dalam
ketepatan matematik dalam menentukan hak mana-mana waris, dalam
keadaan apa
sekalipun, boleh ditentukan.
Waris-waris yang berhak menerima harta pusaka
Kepentingan ilmu faraid mendapat tempat di dalam Al-Quran; yang
mana Al-Quran
sendiri menerangkan dengan agak panjang lebar tentang
pembahagian harta pusaka
sedangkan ianya bukan merupakan salah satu daripada rukun Islam
yang lima. Menurut
seorang mufassirin yang terkenal, Imam Ibnu Kathir, terdapat
tiga ayat utama di dalam
Al-Quran yang menerangkan tentang pembahagian harta pusaka iaitu
di dalam surah An-
Nisa ayat 11, 12 dan 176. Dalam ayat 11 Allah berfirman :
Allah mensyari'atkan bagimu tentang (pembagian pusaka untuk)
anak-anakmu. Iaitu : bahagian seorang anak lelaki sama dengan
bahagian dua orang anak
perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua,
maka bagi mereka
dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan
itu seorang saja, maka
ia memperoleh seperdua harta. Dan untuk dua orang ibu-bapa, bagi
masing-
masingnya seperenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang
meninggal itu
-
Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam
Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi
Bersama
mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak
dan ia diwarisi
oleh ibu-bapanya (sahaja), maka ibunya mendapat sepertiga; jika
yang meninggal itu
mempunyai beberapa saudara, maka ibunya mendapat seperenam.
(Pembagian-
pembagian tersebut di atas) sesudah dipenuhi wasiat yang ia buat
atau (dan) sesudah
dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu
tidak
mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak)
manfa'atnya bagimu.
Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui lagi Maha
Bijaksana. (4:11)
Seterusnya dalam ayat 12 Al-Quran menyatakan :
Dan bagimu (suami-suami) seperdua dari harta yang ditinggalkan
oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika
isteri-isterimu itu mempunyai anak,
maka kamu mendapat seperempat dariharta yang ditinggalkannya
sesudah dipenuhi
wasiat yang mereka buat atau (dan) seduah dibayar hutangnya.
Para isteri
memperoleh seperempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak
mempunyai
anak. Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri memperoleh
seperlapan dari
harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu
buat atau (dan)
sesudah dibayar hutang-hutangmu. Jika seseorang mati, baik
laki-laki maupun
perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan
anak, tetapi
mempunyai seorang saudara laki-laki (seibu saja) atau seorang
saudara perempuan
(seibu saja), maka bagi masing-masing dari kedua jenis saudara
itu seperenam harta.
Tetapi jika saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, maka
mereka bersekutu
dalam yang sepertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat
olehnya atau sesudah
dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudharat (kepada ahli
waris). (Allah
menetapkan yang demikian itu sebagai) syari'at yang benar-benar
dari Allah, dan
Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun. (4:12)
Kedua-dua ayat tersebut menerangkan dengan panjang lebar tentang
bahagian-bahagian
yang diperuntukkan kepada ibu, bapa, serta isteri atau suami.
Ayat 12 juga menerangkan
bahagian saudara kandung seibu, samada lelaki atau perempuan.
Walaupun kedua-dua
ayat tersebut agak jelas, namun kefahaman tentang ilmu faraid
itu bergantung daripada
satu lagi sumber syariah : iaitu As-Sunnah atau dikenali juga
dengan Al-Hadis.
Berdasarkan kepada Al-Quran, Al-Hadis serta pandangan dan
pendapat sahabat, para
ulama telah membuat beberapa rumusan bagi memudahkan orang awam
seperti kita
untuk mengetahui tentang pembahagian harta pusaka menurut Islam.
Mereka menyatakan
waris-waris yang layak menerima harta pusaka adalah seperti
berikut :
Dari pihak lelaki
Anak lelaki
Cucu lelaki dari anak lelaki
Bapa
Datuk sebelah bapa ke atas
Saudara sekandung
Saudara seayah
Saudara seibu
Anak lelaki dari saudara sekandung
Anak lelaki dari saudra seayah
Bapa saudara (sebelah ayah) yang sekandung dengan ayah si
mati.
-
Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam
Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi
Bersama
Bapa saudara (sebelah ayah) yang sebapa dengan ayah si mati.
Anak lelaki daripada bapa saudara sekandung (sebelah ayah).
Anak lelaki daripada bapa saudara sebapa (sebelah ayah)
Suami
Bahagian 6
Pembahagian Harta Pusaka Dalam Islam
Dari pihak perempuan
Anak perempuan
Cucu perempuan dari anak lelaki dan terus ke bawah
Ibu
Nenek sebelah bapa dan ke atas
Nenek sebelah ibu dan ke atas
Saudara perempuan sekandung
Saudara perempuan sebapa
Saudara perempuan seibu
Isteri
Sehubungan dengan ini, jika kesemua waris ada, yang berhak
menerima pusaka hanya
suami atau isteri, ibu, bapa, anak lelaki dan anak perempuan
sementara yang lain tidak
dapat mewarisi. Waris-waris yang lain, yang berada diluar
bulatan pertama dihijab atau di
dinding oleh lima waris ini. (Perbincangan mengenai hijab akan
dibincangkan pada siri-
siri akan datang). Gambarajah dibawah menunjukkan lima waris
utama yang berhak
menerima pusaka jika semua waris berkumpul.
Bahagian yang telah ditetapkan Sebenarnya ilmu faraid tidaklah
susah; asasnya boleh
dikuasai oleh sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajarinya.
Cuma, apabila kita
sampai ketahap yang lebih mendalam, barulah kita mendapati
perkara yang berkaitan
dengan faraid agak sukar diselesaikan. Untuk kes-kes biasa, di
mana simati
meninggalkan waris-waris utama iaitu suami atau isteri, ibu bapa
dan anak-anak, tidaklah
sukar. Kedua-dua ayat al-Quran di atas, iaitu ayat 11 dan ayat
12 Surah An-Nisa dapat
dijadikan panduan. Berdasarkan kepada ayat-ayat dan gambarajah
di atas, kita boleh
membuat kesimpulan bahawa pada amnya ibu bapa mendapat 1/6
daripada harta pusaka,
-
Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam
Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi
Bersama
isteri mendapat jika suami yang meninggal tidak meninggalkan
anak dan 1/8 jika
suami yang meninggal ada meninggalkan anak. Begitu pula suami
mendapat 1/2 jika
isteri yang meninggal tiada meninggalkan anak dan 1/4 jika
isteri yang meninggal ada
meninggalkan anak. Baki daripada harta pusaka adalah untuk
anak-anak dimana anak
lelaki mendapat dua kali ganda bahagian anak perempuan. Jadual
berikut memberikan
penerangan mengenai perkara ini.
Waris Bahagian Kenyataan didalam Al-Quran*
Suami 1/2 Jika isteri tidak ada meninggalkan anak
1/4 Jika isteri ada meninggalkan anak
Isteri 1/4 Jika suami tidak ada meninggalkan anak
1/8 Jika suami ada meninggalkan anak
Anak perempuan 1/2 Jika seorang sahaja dan tiada anak lelaki
2/3 Jika lebih daripada seorang dan tiada anak lelaki
Ibu 1/3 Jika yang tinggal ibu dan bapa sahaja
1/6
Bapa 1/6
Ulama ada membuat penafsiran mengenai kenyataan-kenyataan
tersebut tetapi
disini diterjemahkan secara literal sahaja. Bahagian-bahagian
akan datang akan
menjelaskan dengan lebih terperinci.
Cara penyelesaian Sebagai contoh, katakan seorang lelaki
meninggal dunia dan
meninggalkan ibu, bapa, isteri, seorang anak lelaki dan tiga
orang anak perempuan. Maka
disini ibu bapa masing-masing akan mendapat 1/6 setiap seorang,
isteri mendapat 1/8
(kerana suami meninggal ada meninggalkan anak) dan bakinya
adalah untuk anak-anak
dibahagikan mengikut kadar 2:1 bagi lelaki : perempuan. Cara
untuk menyelesaikan
masalah untuk kes-kes seperti di atas adalah seperti berikut
:
1. Berikan bahagian suami/isteri jika ada 2. Berikan bahagian
ibu jika ada 3. Berikan bahagian bapa jika ada 4. Campurkan semua,
katakan jawapannya S 5. Tolak daripada 1 (iaitu 1-S) dan dapatkan
baki, katakan B 6. Ambil bilangan anak lelaki dan darab dua,
katakan 2b 7. Campurkan dengan bilangan anak perempuan, katakan p
8. Bahagian setiap anak lelaki = 2/(2b+p) X B 9. Bahagian setiap
anak perempuan = 1/(2b+p) X B
Untuk mendapatkan S, kita hendaklah mencari gandaan sepunya
terkecil (GSTK) bagi
jumlah bahagian-bahagian suami/isteri, ibu dan bapa. Untuk kes
di atas, GSTK ialah 24
kerana 24 adalah gandaan terkecil yang boleh dibahagi oleh 6,
(iaitu penyebut bagi
bahagian ibu dan bapa) dan 8, iaitu penyebut bagi bahagian
isteri. Jadi, 1/6 bersamaan
dengan 4/24 dan 1/8 bersamaan dengan 3/24. Maka S ialah :
S = 1/6 + 1/6 + 1/8 = 4/24 + 4/24 + 3/24 = 11/24
Maka baki B yang boleh dibahagikan kepada anak-anak ialah 1
11/24 = 13/24.
-
Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam
Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi
Bersama
Untuk mendapatkan bahagian setiap anak lelaki dan perempuan,
darab bilangan anak
lelaki dengan 2 dan tambah dengan bilangan anak perempuan iaitu
1 X 2 + 3 = 5. Maka
bahagian anak lelaki ialah 2/5 X 13/24 dan bahagian setiap anak
perempuan ialah 1/5 X
13/24. Penyelesaian sepenuhnya adalah seperti berikut :
Bahagian anak lelaki ialah : 2/5 X 13/24 = 26/120
Bahagian setiap anak perempuan ialah : 1/5 X 13/24 = 13/120
Bahagian ibu dan bapa masing-masing ialah 1/6 = 4/24 =
20/120
Bahagian isteri ialah 1/8 = 3/24 = 15/120
Gambar rajah berikut memberikan gambaran penyelesaian kepada
masalah tersebut.
Kaedah di atas juga boleh digunakan asalkan terdapat anak lelaki
dan anak perempuan.
Katakan seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan isteri,
seorang anak lelaki dan
seorang anak perempuan. Dalam kes ini, berdasarkan kepada ayat
12, isteri mendapat 1/8.
Jadi bakinya ialah 7/8. Anak lelaki akan mendapat dua kali ganda
anak perempuan.
Berdasarkan kepada keadah di atas, anak lelaki akan mendapat 2/3
X 7/8 iaitu 14/24 dan
anak perempuan akan mendapat 1/3 X 7/8 = 7/24.
Gambar rajah berikut memberikan gambaran penyelesaian kepada
masalah tersebut.
-
Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam
Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi
Bersama
Sebagai contoh yang lain, mungkin pembaca boleh menyelesaikan
masalah berikut.
Katakan seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan isteri,
bapa, dua orang anak
lelaki dan tiga orang anak perempuan. Berapakah bahagian isteri
dan setiap anak lelaki
dan perempuan?
Bahagian 7
Hak Wanita dalam Sistem Pewarisan Islam
Dalam bahagian sebelum ini (bahagian ketiga), kita membicarakan
bagaimana sebelum
kedatangan Islam, anak-anak perempuan, malah semua perempuan,
termasuk isteri dan
ibu, tidak layak menerima warisan atau harta pusaka. Sebaliknya,
orang lelaki dewasa
sahaja yang boleh mewarisi; itupun hanya mereka yang mampu
menggunakan panah dan
menunggang kuda, yang layak menerima harta pusaka.
Kemudian ayat berikut diturunkan untuk menjelaskan bahawa Islam
mengiktiraf wanita
dan memberikan mereka hak untuk mempusakai harta. Bagi orang
laki-laki ada hak
bahagian dari harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya, dan
bagi orang wanita ada
hak bahagian (pula) dari harta peninggalan ibu-bapa dan
kerabatnya, baik sedikit
atau banyak menurut bahagian yang telah ditetapkan. (An-Nisa :
7)
Pengiktirafan wanita dan hak mereka mewarisi ini dirakamkan oleh
dua buah hadis
Rasulullah s.a.w yang kemungkinan berlaku pada waktu yang hampir
sama, iaitu tidak
lama selepas perang Uhud. Menurut satu riwayat, sebab turunnya
ayat ini adalah kerana
seorang Ansar yang bernama Aus bin Thabit al-Ansari telah
meninggal dunia dan
meninggalkan seorang isteri yang bernama Ummu Kahlah, tiga orang
anak perempuan
dan dua orang saudara lelaki yang bernama Suwaid dan Arfajah.
Ummu Kahlah telah melaporkan kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata,
Ya Rasulullah! Aus bin Thabit telah
meninggal dunia. Dia meninggalkan 3 orang anak perempuan dan
seorang isteri iaitu
saya. Saya tidak mempunyai suatu apa pun untuk mereka, padahal
harta pusaka yang
ditinggalkan boleh dikatakan banyak. Tetapi telah dikuasai oleh
Suwaid dan Arfajah. Sedikit pun mereka tidak memberikannya kepada
kami sehinggakan anak-anak yang
dalam jagaan saya itu tidak makan dan tidak minum
Rasulullah s.a.w telah memanggil keduanya dan bertanyakan hal
tersebut. Mereka
menjawab, Ya Rasulullah! Anak dia tidak tahu menunggang kuda,
tidak berdaya
menanggung beban dan tidak dapat menewaskan musuh. Kamilah yang
berhak
kepada pusaka, bukan dia.
Sebab-sebab turunnya ayat
Kemudian ayat tersebut diturunkan untuk menjelaskan bahawa bukan
orang lelaki sahaja
layak menerima harta pusaka, sebaliknya orang perempuan juga
berhak menerima
pusaka. Cuma yang berbeza samada banyak atau sedikit. Berbalik
kepada peristiwa di
atas, setelah mendengar jawapan mereka, Rasulullah s.a.w
berkata, Janganlah kamu
bahagikan harta Aus itu sedikitpun kerana sesungguhnya Allah
telah menetapkan
bahagian anak-anaknya dari peninggalannya, dan ini belum lagi
diterangkan
-
Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam
Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi
Bersama
Namun ayat tersebut belum lagi menerangkan secara jelas
bahagian-bahagian pusaka
yang layak diterima oleh wanita. Kemudian barulah ayat-ayat
berikut diturunkan, yang
menerangkan dengan panjang lebar tentang pembahagian harta
pusaka. Al-Quran
menyatakan:Allah mensyari'atkan bagimu tentang (pembagian pusaka
untuk) anak-
anakmu. Iaitu : bahagian seorang anak lelaki sama dengan
bahagian dua orang anak
perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua,
maka bahagikan
mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan ... (An-Nisa :
11)
Seterusnya Al-Quran menyatakan ...Jika kamu mempunyai anak, maka
para isteri
memperoleh seperlapan dari harta yang kamu tinggalkan...
(An-Nisa : 12)
Menurut satu lagi riwayat, antara sebab turunnya ayat di atas
adalah mengenai isteri
Saad bin Rabi. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir,
katanya : isteri Saad bin Rabi telah menemui Rasulullah s.a.w dan
berkata, Ya Rasulullah, ini adalah dua orang anak perempuan Saad
bin Rabi. Bapa budak-budak ini telah mati syahid kerana ikut
bertempur bersama tuan hamba di Uhud. Bapa saudara mereka
berdua
telah mengambil harta mereka sehingga tidak ada yang
ditinggalkannya untuk
mereka. Kedua-dua budak ini tidak dapat berkahwin kecuali mereka
ada
harta.Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda Allah akan memutuskan
perkara ini.
Selepas turunnya ayat mawarith, Rasulullah s.a.w. mengutus
kepada bapa saudara
mereka dan bersabda " Berikan dua-pertiga kepada kedua anak
perempuan Sa`ad dan
seperlapan kepada ibu mereka dan selebihnya untuk kamu.
Keprihatinan Islam
Sehubungan dengan ini kita dapati Islam memberikan beberapa hak
kepada wanita.
Malah Al-Quran sendiri dengan jelas memberikan bahagian hak
kepada wanita terutama
anak perempuan, ibu dan isteri walaupun agak terbatas. Dalam kes
di atas, lebihan
daripada harta pusaka, setelah ditolak bahagian isteri dan dua
orang anak perempuan,
diberikan kepada saudara lelaki Sa`d bin Ar-Rabi`. Ini adalah
kerana saudara lelaki
merupakan asabah (akan diterangkan dalam bahagian asabah) yang
menghabiskan lebihan harta pusaka.
Mungkin ada di antara pembaca yang terkejut kerana dalam kes
tersebut bahagian
saudara melebihi daripada bahagian isteri. Malah dalam keadaan
tertentu bahagian
saudara lelaki melebihi bahagian isteri sehingga tiga kali
ganda. Sebagai contoh, katakan
seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan seorang isteri,
seorang anak
perempuan dan seorang saudara lelaki. Dalam keadaan ini, merujuk
kepada ayat 11 dan
12 Surah An-Nisa, isteri akan mendapat satu perlapan, seorang
anak perempuan setengah
dan selebihnya, iaitu tiga perlapan adalah bahagian saudara
lelaki. Bahagian waris seperti
kes diatas digambarkan seperti berikut :
Waris terdiri daripada seorang isteri, seorang
anak perempuan dan seorang saudara lelaki
Waris terdiri daripada seorang isteri, dua orang
anak perempuan dan seorang saudara lelaki
-
Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam
Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi
Bersama
Bahagian 8
Hak Wanita dalam Sistem Pewarisan Islam
Jadi disini seolah-olah isteri sebagai wanita tidak mendapat hak
yang sepatutnya.
Disamping itu ayat 11 Surah An-Nisa memberikan bahagian anak
lelaki dua kali ganda
bahagian anak perempuan. Sehubungan dengan ini mungkin terdapat
beberapa pihak
yang mempertikaikan hukum yang telah ditetapkan oleh Islam
dengan mengatakan
bahawa Al-Quran meletakkan wanita dikelas kedua. Ini adalah
kerana mereka tidak
mengkaji hukum Islam secara menyeluruh. Sebagai contoh, anak
lelaki diberikan
bahagian dua kali ganda bahagian anak perempuan kerana lelaki
dipertanggungjawabkan
untuk memberi nafkah kepada anak-anak dan bukannya perempuan.
Jika anak lelaki dan
anak perempuan mendapat bahagian sama banyak sedangkan anak
lelaki tadi mempunyai
tanggungjawab yang berlebihan; iaitu memberikan nafkah kepada
isteri (menantu simati)
dan anak-anaknya (cucu simati) sedangkan anak perempuan tidak
dibebankan
tanggungjawab tersebut. Sebaliknya suami beliau, iaitu menantu
simati yang di
pertanggungjawabkan untuk memikul beban tersebut. Disini jelas
bahawa Islam
memberikan hak bersesuaian dengan tanggungjawab.
Kesaksamaan
Sebaliknya apa yang berlaku di zaman moden ini ialah sistem
kekeluargaan telah menjadi
kucar kacir kerana sesetengah wanita menuntut hak yang sama
dengan lelaki tetapi
mereka ingin mengekalkan tanggungjawab yang sedikit. Sebagai
contoh seorang wanita
Muslim inginkan hak untuk bekerja, meninggalkan rumah dan
mendapatkan gaji tetapi
mereka menuntut agar suami menanggung semua perbelanjaan rumah
dan menyara anak-
anak sehinggakan kadang-kadang sang suami terpaksa menanggung
hutang yang banyak
sedangkan sang isteri dapat menyimpan wang dan membeli perhiasan
yang mahal. Begitu
juga dengan sesetengah pihak lelaki; mereka mahukan bahagian dua
kali ganda saudara
perempuan mereka tetapi menyerahkan kepada saudara perempuan
untuk menjaga ibu tua
yang telah kematian suami. Keporakperandaan sesuatu keluarga ini
terjadi kerana
berpunca daripada sikap cintakan dunia dan kebendaan dan tidak
mempunyai keyakinan
kepada ketetapan dan peraturan yang Allah telah berikan melalui
Al-Quran dan As-
Sunnah.
Sesetengah pihak menyarankan agar sistem kekeluargaan dan sistem
perwarisan
dirombak untuk menyesuaikan dengan zaman moden dengan
mencadangkan agar
-
Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam
Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi
Bersama
bahagian lelaki diberikan sama banyak dengan bahagian wanita.
Mereka seterusnya
mencadangkan juga agar wanita (isteri) hendaklah
bertanggungjawab dalam memberi
nafkah anak-anak dan menyediakan perbelanjaan isirumah serta
lain-lain perbelanjaan
termasuk pendidikan anak-anak. Malah inilah yang telah berlaku
di barat. Sehubungan
dengan ini, amatlah wajar bagi setiap orang menyedari bahawa
Allah lebih mengetahui
tentang perkara yang berkaitan dan sebijak mana pun manusia
mereka tidak dapat
menandingi ilmu Allah. Berhubung dengan harta pusaka, Al-Quran
menyatakan ....Ini
adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
lagi
MahaBijaksana (An-Nisa : 11). Seterusnya Al-Quran menyatakan,
....(Allah
menetapkan yang demikian itu sebagai) syari'at yang benar-benar
dari Allah, dan
Allah Maha Mengetahui lagi MahaPenyantun (An-Nisa : 12).
Teliti
Perlu diingatkan bahawa Al-Quran bukan sahaja menyatakan dengan
jelas hak wanita
yang terdekat iaitu ibu, isteri dan anak perempuan, tetapi juga
menyatakan bahagian-
bahagian untuk kaum wanita yang lain iaitu saudara perempuan.
Al-Quran juga
memperuntukkan hak saudara-saudara perempuan dalam
keadaan-keadaan tertentu;
sebagai contoh, jika simati tidak mempunyai anak. Sehubungan
dengan ini Al-Quran
menyatakan Mereka meminta fatwa kepadamu tentang kalalah.
Katakanlah :"Allah
memberi fatwa kepadamu tentang kalalah (iaitu) : jika seorang
meninggal dunia, dan
ia tidak mempunyai anak dan mempunyai saudara perempuan, maka
bagi saudaranya
yang perempuan itu seperdua dari harta yang ditinggalkannya, dan
saudaranya yang
laki-laki mempusakai (seluruh harta saudara perempuan), jika ia
tidak mempunyai
anak; tetapi jika saudara perempuan itu dua orang,maka bagi
keduanya dua pertiga
dari harta yang ditinggalkan oleh yang meninggal. Dan jika
mereka (ahli waris itu
terdiri dari) saudara-saudara laki dan perempuan, maka bahagian
seorang
saudaralaki-laki sebanyak bahagian dua orang saudara perempuan.
Allah
menerangkan (hukum ini) kepadamu, supaya kamu tidak sesat. Dan
Allah Maha
Mengetahui segala sesuatu (An-Nisa : 176)
Ayat ini menunjukkan kepada kita seolah-olah saudara perempuan
mengambil tempat
anak perempuan jika simati tidak mempunyai anak perempuan.
Walaubagaimanapun,
para ulama kita menyatakan bahawa apa yang dimaksudkan dengan
saudara lelaki dan saudara perempuan ialah saudara sekandung; iaitu
saudara seibu sebapa. Jika tiada saudara kandung, ianya diertikan
kepada saudara sebapa. Ayat tersebut tidak berlaku
kepada saudara (lelaki atau perempuan) seibu kerana hak-hak
saudara perempuan seibu
sebapa telah dinyatakan dalam ayat 12 Surah An-Nisa:
..........Jika seseorang mati, baik
laki-laki maupun perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan
tidak meninggalkan
anak, tetapi mempunyai seorang saudara laki-laki (seibu saja)
atau seorang saudara
perempuan (seibu saja), maka bagi masing-masing dari kedua jenis
saudara itu
seperenam harta. Tetapi jika saudara-saudara seibu itu lebih
dari seorang, maka
mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu, sesudah dipenuhi
wasiat yang dibuat
olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi
mudharat (kepada
ahli waris). ....... (An-Nisa : 12)
-
Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam
Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi
Bersama
Bahagian 9
Konsep asabah dalam faraidh
Dalam bahagian-bahagian yang lalu kita telah membicarakan
tentang jenis-jenis waris.
Sehubungan dengan ini para ulama kita telah membahagikan waris
yang berhak menerima harta pusaka simati kepada tiga jenis; iaitu
ashabul furudh, asabah dan dzawil arham. Ashabul furudh adalah
mereka yang ahli waris yang mendapat bahagian tetap
seperti apa yang dinyatakan secara langsung atau tak langsung
oleh Al-Quran.
'Asabah pula menurut istilah para fuqaha ialah ahli waris yang
tidak disebutkan
banyaknya bahagian mereka di dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah
dengan tegas. Sebagai
contoh, anak lelaki ialah asabah kerana berapa banyak
bahagiannya tidak ditentukan oleh Al-Quran. Pengertian asabah di
kalangan ulama faraidh ialah orang yang membolot atau menghabiskan
seluruh baki harta warisan setelah ashabul furudh menerima dan
mengambil bahagian masing-masing.
Memandangkan bahawa tiada nas yang menetapkan bahagian asabah,
mungkin ada di antara pembaca yang bertanya, Apakah dalil yang
menyatakan bahawa para asabah berhak menghabiskan harta perwarisan.
Sehubungan dengan ini terdapat ayat al-Quran
dan hadith yang menunjukkan bahawa asabah berhak membolot atau
menghabiskan harta warisan. Sebagai contoh, Al-Quran menyatakan,
..dan untuk dua orang ibu bapa,
bagi masing-masingnya seperenam dari harta yang ditinggalkan,
jika yang meninggal
itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai
anak dan ia
diwarisi oleh ibu-bapanya (saja), maka ibunya mendapat
sepertiga... (an-Nisa': 11).
Dalam ayat tersebut dinyatakan bahawa bahagian kedua orang tua
(ibu dan bapa) masing-
masing ialah seperenam (1/6) apabila simati mempunyai anak
(keturunan). Akan tetapi
apabila simati tidak mempunyai anak, maka seluruh harta
peninggalannya menjadi milik
kedua ibubapanya. Ayat tersebut juga menyatakan bahawa apabila
simati tidak
mempunyai anak, maka ibu mendapat sepertiga (1/3). Namun, ayat
tersebut tidak
menjelaskan berapa banyak bahagian bapa. Sehubungan degan ini
kita dapat membuat
kesimpulan bahawa bapa mendapat dua per tiganya (2/3) daripada
harta tersebut; iaitu ia
menghabiskan harta tersebut sesuai dengan pengertian asabah.
Dalam satu ayat yang dikenali dengan ayat kalalah, Al-Quran
menyatakan, "...jika
seorang meninggal dunia, dan ia tidak mempunyai anak dan
mempunyai saudara
perempuan, maka bagi saudaranya yang perempuan itu seperdua dari
harta yang
ditinggalkannya, dan saudaranya yang lelaki mempusakai (seluruh
harta saudara
perempuan), jika ia tidak mempunyai anak...." (an-Nisa':
176).
Pengertian kalimah "wahuwa yaritsuha" memberi isyarat bahwa
seluruh harta
peninggalan menjadi hak saudara lelaki jika simati tidak
mempunyai anak dan inilah juga
pengertian asabah yang dimaksudkan oleh para fuqaha faraidh.
Disamping itu terdapat juga hadith yang menunjukkan asabah
menghabiskan harta. Sebagai contoh Rasulullah saw bersabda,
"Berikanlah faraidh kepada ahlinya, dan jika
ada baki, ianya adalah untuk lelaki yang paling utama. " (HR
Bukhari) Hadith ini dengan
jelas menunjukkan bahawa asabah menghabiskan harta pusaka
simati.
-
Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam
Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi
Bersama
Asabah terbahagi kepada tiga; asabah binnafsihi (asabah dengan
sendiri), asabah bil ghair (asabah dengan yang lain) dan asabah
maal ghair (asabah dengan yang lain). Asabah binnafsihi terdiri
daripada waris-waris lelaki daripada sebelah lelaki. Mereka terdiri
daripada :
Anak lelaki
cucu lelaki dari anak lelaki sehingga kebawah
bapa
datuk sebelah bapa sehingga ke atas
saudara lelaki sekandung
saudara lelaki sebapa
anak lelaki saudara lelaki sekandung
anak lelaki saudara lelaki sebapa
bapa saudara lelaki sekandung
bapa saudara lelaki sebapa
anak bapa saudara lelaki sekandung
anak bapa saudara lelaki sebapa
Asabah binafsihi merupakan golongan yang terbesar dikalangan
asabah. Perlu dinyatakan disini bahawa selalunya apabila disebut
asabah sahaja ia membawa maksud asabah binnafsihi. Asabah
menghabiskan harta hanya apabila ashabul furudh mendapat bahagian
masing-masing. Sehubungan dengn ini, jika tiada lebihan (baki)
daripada harta
pusaka tersebut, maka asabah tidak berhak menerima apa-apa.
Sebagai contoh, seorang isteri meninggal dunia dan meninggalkan
suami, anak perempuan dan saudara lelaki.
Dalam kes ini suami mendapat bahagian setengah (1/2) daripada
harta pusaka dan anak
perempuan mendapat setegah lagi; maka saudara lelaki tidak
mendapat apa-apa kerana
suami dan anak perempuan sebagai ashabul furudh telah
menghabiskan kesemua harta
pusaka simati.
Dalam menentukan keutamaan antara asabah, caranya adalah sama
seperti yang diterangkan didalam bahagian hijab; iaitu mengikut
hukum Jabari. Ini adalah kerana
asabah yang paling utama menghabiskan harta pusaka; dengan itu
secara tak langsung ia menghijab asabah yang lain.
Bahagian 10
Hak Wanita Dalam Sistem Pewarisan Islam Beberapa permasalahan
tentang bahagian ibu
Dalam bahagian lepas, kita telah membicarakan bahagian isteri
dan bahagian anak
perempuan. Kali ini kita membicarakan tentang satu lagi golongan
perempuan yang
terdekat dengan simati iaitu ibu. Al-Quran menjelaskan bahawa
ibu mendapat satu per
enam atau satu per tiga daripada harta pusaka. Ini dijelaskan
melalui ayat ...Dan untuk
dua orang ibu-bapa, bagi masing-masingnya seperenam dari harta
yang ditinggalkan,
jika yang meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang
meninggal tidak
mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu-bapanya (saja), maka
ibunya mendapat
sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara,
maka ibunya
mendapat seperenam ... (An-Nisa : 11)
-
Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam
Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi
Bersama
Sesetengah daripada kita mungkin bertanya, Jika ibu berserta
bapa berhak mendapat satu per enam seorang, bukankah ini melebihi
bahagian anak-anak, terutama simati yang
mempunyai anak yang ramai?. Persoalan tersebut timbul kerana
naluri manusia yang inginkan yang sebaiknya untuk anak-anak mereka.
Mereka kadang-kadang merasakan
bahawa ibu-bapa tidak perlu kepada harta pusaka kerana
sebab-sebab yang mereka lebih
arif. Itu memang benar, tetapi Allah lebih mengetahui dan Allah
memberikan jawapannya
lebih awal dengan firmanNya, (Tentang) orang tuamu dan
anak-anakmu, kamu tidak
mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak)
manfa'atnya bagimu.
Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui lagi Maha
Bijaksana. (Akhir ayat 11 Surah An-Nisa)
Bahagian ibu
Berdasarkan kepada ayat-ayat di atas, kita boleh membuat
kesimpulan bahawa ibu
mendapat bahagian satu perenam daripada harta pusaka dalam
keadaan berikut :
1. Apabila simati meninggalkan anak, samada lelaki atau
perempuan, seorang ataupun banyak. Para ulama juga menyatakan
bahawa anak di sini juga bermaksud keturunan daripada anak lelaki;
sebagai contoh, cucu daripada anak
lelaki dan sehingga kebawah.
2. Apabila simati meninggalkan lebih daripada seorang saudara
samada semuanya saudara lelaki atau semuanya saudara perempuan atau
sebahagian lelaki dan
sebahagian perempuan, saudara seibu sebapa, saudara sebapa atau
saudara seibu.
Ini bererti dalam kebanyakan kes, ibu mendapat satu perenam.
Dalam beberapa kes ibu
mendapat satu per tiga. Ibu akan mendapat bahagian satu per tiga
apabila simati tidak
meninggalkan anak atau cucu daripada anak lelaki atau tidak
meinggalkan beberapa
saudara. Perkara ini jelas daripada Al-Quran. Walaubagaimanapun,
terdapat dua kes di
mana bahagian ibu tidak jelas dan para ulama berselisih pendapat
mengenainya.
Dua kes tersebut dinamakan kes gharawain. Ia juga dinamakan
Umaryatin kerana
diputuskan oleh Saidina Umar Ibnul Khattab, khalifah Islam yang
kedua. Kedua kes tersebut adalah seperti berikut:
1. Seorang perempuan yang meninggal dunia meninggalkan suami,
ibu dan bapa sahaja.
2. Seorang lelaki yang meninggal dunia meninggalkan isteri, ibu
dan bapa sahaja.
Penyelesaian
Sebelum kita membincangkan dengan lebih mendalam, cuba kita
selesaikan kes pertama
seperti biasa berpandukan kepada Al-Quran. Mengikut kaedah
biasa, pembahagiannya
adalah : suami mendapat setengah (kerana isteri meninggal tidak
meninggalkan anak),
ibu mendapat satu per tiga dan bapa mendapat satu per enam.
Ilustrasi berikut
memberikan gambaran kepada kes tersebut.
-
Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam
Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi
Bersama
Disini seolah-olah terdapat kejanggalan jika ibu mendapat lebih
daripada bapa. Ini
berlawanan dengan konsep lelaki mendapat dua kali ganda bahagian
perempuan. Sebagai
contoh, anak lelaki mendapat dua kali ganda bahagian anak
perempuan. Sehubungan
dengan ini mazhab Shafie mengambil pandangan yang memberikan ibu
sebanyak satu
perenam dan bapa satu pertiga. Ini berdasarkan kepada keputusan
Saidina Umar r.a yang
diikuti oleh beberapa sahabat seperti Uthman khalifah kedua,
Zaid bin Thabit pakar
faraid yang ulung, Ibnu Masud dan lain-lain. Mereka berpendapat
bahawa ibu mendapat satu pertiga daripada lebihan setelah ditolak
bahagian suami iaitu satu perenam dan
selebihnya, satu pertiga, diberikan kepada bapa. Ilustrasi
berikut memberikan gambaran
kepada pandangan ini.
CARA PEMBAHAGIAN
Berikan bahagian suami iaitu 1/2.
Lebihannya ialah 1/2
Daripada lebihan 1/2 ini kita berikan
1/3 kepada ibu. Ini sama dengan 1/6
daripada keseluruhan.
Baki keseluruhan iaitu 1/3 diberikan
kepada bapa.
Jadi bapa mendapat 1/3 dan ibu
mendapat 1/6. Ini bererti bapa
mendapat dua kali ganda bahagian
ibu.
Mereka memberikan alasan bahawa kalimat fali ummi thuluth dalam
ayat 11 Surah An-
Nisa boleh bererti satu pertiga daripada keseluruhan atau
sebahagian. Jika tidak
mengisyaratkan demikian maka kalimat wawarithuhu abawah tidak
bererti apa-apa. Ini
adalah kerana apabila Al-Quran menerangkan kalimat tersebut, ia
memberitahu bahagian
ibu iaitu satu pertiga dan bapa akan mendapat dua pertiga. Dalam
hal ini ibu mendapat
-
Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam
Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi
Bersama
satu pertiga berdasarkan kepada ayat Al-Quran, ...jika orang
yang meninggal tidak
mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu-bapanya (saja), maka
ibunya mendapat
seper tiga;... (An-Nisa : 11) dan bapa akan mendapat dua per
tiga yang mana satu perenam sebagai ashabul furud dan selebihnya
sebagai asabah (akan dibincangkan pada
siri-siri akan datang). Kesimpulannya ialah bapa sebagai lelaki
mendapat dua kali ganda
bahagian ibu kerana bapa mendapat dua pertiga sedangkan ibu
hanya mendapat satu
pertiga daripada harta pusaka. Ketentuan ini tidak berlaku jika
simati meninggalkan
suami, ibu dan bapa dimana ibu mendapat satu pertiga kerana jika
demikian maka ibu
sebagai perempuan mendapat dua kali ganda bapa dan ini
berlawanan dengan konsep
umum. Mereka seterusnya mengaplikasikan doktrin asabah selepas
ditolak bahagian
suami dimana ibu dikira sebagai asabah bi ghairihi (akan
diterangkan dalam bahagian
asabah) bersama-sama dengan bapa.
Percanggahan pendapat
Walaubagaimanapun, dalam sejarah Islam kes ini telah menjadi
perdebatan dimana
seorang sahabat yang tidak kurang ahlinya dalam sistem pewarisan
Islam, iaitu Ibnu
Abbas telah tidak bersetuju dengan kaedah di atas dan tetap
dengan pendirian bahawa ibu
mendapat satu pertiga daripada keseluruhan harta pusaka. Beliau
mengemukakan hujah-
hujah berikut untuk menyokong pendapat beliau :
1. Pertama, bahawa kalimat fali ummi thuluth (bagi ibu satu per
tiga) dalam ayat 11 Surah An-Nisa bererti satu per tiga daripada
keseluruhan. Ini adalah kerana
kalimat tersebut sama dengan kalimat falahan nisfu (baginya
setengah) yang
mana ianya dikaitkan dengan ma taraka (apa yang kamu
itinggalkan). Jadi
kalimat fali ummi thuluth (bagi ibu satu pertiga) juga hendaklah
dibaca sebagai
satu pertiga daripada apa yang ditinggalkan dan bukannya satu
pertiga daripada
lebihan setelah ditolak bahagian suami.
2. Kedua, semua jenis fardu iaitu setengah, satu perempat, satu
perlapan, satu perenam dan dua pertiga yang disebutkan di dalam
Al-Quran semuanya merujuk
kepada keseluruhan harta pusaka. Dengan itu satu pertiga juga
merujuk kepada
satu pertiga daripada keseluruhan harta pusaka. Andainya satu
pertiga merujuk
kepada lebihan setelah ditolak bahagian suami, sudah tentu ada
nas yang
demikian. Memandangkan tiada nas maka kita kembali kepada asal
iaitu daripada
keseluruhan harta pusaka selepas ditolak hutang dan wasiat.
3. Ibu merupakan golongan ashabul furud dan hendaklah
didahulukan dan bapa mendapat bahagian sebagai ashabul furud dan
juga asabah binafsihi yang mana
asabah binafsihi menghabiskan harta jika terdapat lebihan. Ini
sesuai dengan
sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi, Harta pusaka itu
adalah untuk
ahlinya, maka jika ada lebih, ianya diberikan kepada lelaki yang
paling utama
disebelah lelaki. (Mutafaq alaih)
Menurut Ibnu Qudamah, pendapat Ibu Abbas lebih kuat dan jika
tidak kerana ijmak
dikalangan sahabat maka berkemungkinan pendapat beliau dipakai.
Namun demikian
tidak juga dapat dikatakan ijmak dengan adanya percanggahan
pendapat oleh Ibnu
Abbas. Menurut seorang orientalis yang mengkaji sistem pewarisan
Islam yang bernama
Profesor Coulson, semua mazhab ahli sunah menerima pandangan ini
kecuali mazhab
Syiah Imamiyah yang memberikan ibu satu pertiga daripada
keseluruhan harta pusaka.
-
Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam
Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi
Bersama
Jumhur ulama menerima pandangan Saidina Umar kerana ianya lebih
kuat dan sesuai
dengan kaedah lelaki mendapat dua kali bahagian perempuan
apabila sama darjah.
Wallahu alam.
Kes gharawain
Dalam kes kedua gharawain, seorang lelaki yang meninggal dunia
meninggalkan isteri,
ibu dan bapa. Sama seperti kes pertama, ulama juga berbeza
pendapat. Pendapat pertama
sama dengan pendapat jumhur iaitu; isteri mendapat satu
perempat, ibu mendapat satu
perenam dan selebihnya iaitu tujuh perduabelas diberikan kepada
bapa. Pendapat kedua,
iaitu pendapat Ibnu Abbas dan mereka yang sehaluan dengannya.
Golongan ini
berpendapat isteri mendapat satu perempat, ibu mendapat satu
pertiga dan selebihnya
iaitu lima perduabelas adalah untuk bapa.
Pandangan Jumhur Ulama Pandangan Mazhab Ibnu Abbas & Ibnu
Sirin
Mazhab ikutan
Memandangkan bahawa mazhab yang dipakai di negara kita merupakan
mazhab Shafie
yang juga ahli sunah wal jamaah, maka sesiapa yang ingin
memastikan ibu mendapat
warisan yang secukupnya boleh menggunakan instrumen perancangan
harta pusaka yang
lain. Sebagai contoh, andaikan seseorang itu ingin meninggalkan
RM 60,000 untuk
ibunya sedangkan ia mempunyai harta sebanyak RM 180,000 maka ia
harus
menggunakan instrumen lain untuk membolehkan ibunya mendapat RM
60,000.
Sehubungan dengan ini seseorang itu boleh mendapatkan khidmat
Pusat Perancangan
Harta di cawangan-cawangan Amanah Raya Berhad.
-
Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam
Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi
Bersama
Bahagian 13
Rukun, syarat, penghalang dan kewajipan pewarisan
Tidak seperti rukun fekah yang lain, yang kadang-kadang
menjangkau ke beberapa belas
bilangan, rukun pewarisan cuma tiga; 1) Muwaris atau orang yang
diwarisi iaitu orang
yang meninggal dunia dan meninggalkan harta 2) Waris atau orang
yang mewarisi iaitu
waris-waris yang ada hubungan dengan si mati seperti hubungan
pertalian darah dan
perkahwinan dan tidak terhalang untuk mendapat perwarisan dan 3)
Harta peninggalan
yang menjadi harta pusaka iaitu harta yang terdiri daripada
harta alih dan harta tak alih.
Ketiga-tiga rukun tersebut perlu wujud untuk terjadinya
pewarisan Tanpa salah satu
daripada tiga perkara tersebut, pewarisan tidak berlaku. Sebagai
contoh, jika ada orang
yang mati dan ada waris, tetapi tiada harta, maka pewarisan
tidak berlaku. Begitu juga
jika ada waris dan ada harta peninggalan tetapi tiada orang yang
mati atau yang disahkan
mati, maka pewarisan tidak berlaku.
Syarat yang membolehkan harta pusaka dibahagikan, ada tiga.
Pertama, muwaris atau
orang yang di warisi hendaklah benar-benar mati (maut hakiki)
atau dianggapkan telah
mati berdasarkan keputusan mahkamah (maut hakimi). Sebagai
contoh, orang yang koma
di hospital tidak di anggap mati kerana ia boleh kembali hidup
seperti sediakala dan
hartanya tidak boleh dibahagi-bahagikan. Walaupun kita boleh
berhujah bahawa orang
yang koma di anggap mati, ada kemungkinan ia boleh kembali
sihat, walaupun
kemungkinan ini kecil. Ini adalah kerana seseorang yang masih
hidup boleh
mengendalikan hartanya dan selagi ianya belum sah mati atau
disahkan mati, maka pada
dasarnya ia masih berhak mengendalikan hartanya. Sehubungan
dengan ini, perkara
tersebut hendaklah diserahkan kepada Mahkamah Syariah. Begitu
juga dengan orang
yang hilang; sebagai contoh seseorang itu telah pergi bercuti di
suatu kawasan yang
dilanda tsunami dan tidak pulang untuk beberapa ketika. Harta
pusakanya tidak boleh
dibahagi-bahagikan kerana belum pasti ia telah meninggal dunia
dan dalam kes ini hanya
mahkamah yang boleh menentukan dan mahkamah perlu mendapatkan
segala
pembuktian sebelum membuat keputusan. Sebagai contoh, pembuktian
boleh dilakukan
melalui ujian DNA atau sebagainya.
Kedua, orang yang mewarisi hendaklah pasti hidup pada masa
muwaris meninggal dunia.
Sebagai contoh, katakan seorang anak telah belayar selama
beberapa tahun dan tidak
pernah menghubungi ibubapa atau saudara-maranya dan sepanjang
tempoh pelayaran
tersebut tiada siapa yang mengetahui dimana beliau berada. Andai
kata bapanya
meninggal dunia pada ketika itu, beliau berhak keatas harta
pusaka bapanya dan
bahagiannya tidak boleh di agihkan kepada orang lain kerana
belum pasti beliau telah
meninggal dunia. Sebaliknya berkemungkinan besar beliau masih
hidup dan bahagian
hartanya hendaklah disimpan atau ditadbir bagi pihaknya.
Walaubagaimanapun, jika
tidak diketahui apakah seseorang itu hidup atau mati sesudah
kematian muwaris seperti
sama-sama mati dalam kemalangan atau malapetaka; seperti
kemalangan jalanraya,
kebakaran, bencana alam dan sebagainya maka mereka saling tidak
mempusakai antara
satu dengan yang lain.
Syarat ketiga ialah mengetahui pertalian di antara waris dengan
muwaris, seperti kaum
kerabat atau menerusi perkahwinan. Disamping itu juga perlu
diketahui jantinanya
dengan jelas. Tidak cukup hanya dengan mengetahui si A adalah
waris kepada B.
-
Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam
Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi
Bersama
Sebaliknya hendaklah diketahui si A adalah anak lelaki kepada
saudara lelaki kepada B. Ini adalah kerana masing-masing waris
mendapat bahagian-bahagian yang berlainan; ada
yang telah ditetapkan bahagiannya dan ada yang mewarisi secara
asabah yakni selepas
ditolak bahagian mereka yang mendapat bahagian tetap. Malah ada
di antara waris yang
tidak mendapat bahagian langsung kerana terdinding oleh waris
yang lain. Ini adalah
kerana waris-waris itu terbahagi kepada tiga jenis; iaitu
ashabul furud,asabah dan dzawil
arham. (Gambarajah berikut memberikan gambaran mengenai
ketiga-tiga jenis waris.)
Ashabul furud boleh dibahagikan kepada tiga; ahli waris utama,
ahli waris gantian dan
ahli waris kedua. Jika tiada ahli utama, tempat mereka di ambil
oleh ahli waris gantian.
Sebagai contoh, jika tiada bapa, datuk sebelah bapa akan
mengambil alih tempat bapa.
Asabah terbahagi kepada tiga jenis; iaitu asabah binafsihi,
asabah bighairihi dan asabah
maa ghairihi. Penjelasan mengenai asabah akan dibicarakan pada
bahagian-bahagian akan datang. Arham adalah jamak (plural) dari
perkataan rahim dan rahim pula bererti
tempat terbentuknya anak dalam perut ibu. Secara am dzawil arham
terdiri daripada
semua kaum kerabat tetapi menurut istilah ulama faraid, dzawil
arham terdiri daripada
kaum kerabat yang bukan ashabul furud dan bukan pula asabah.
Sebagai contoh, cucu-
cucu daripada anak perempuan dan keturunan mereka adalah
merupakan sebahagian
daripada dzawil arham. Menurut sesetengah ulama faraid, dzawil
arham boleh mewarisi;
walaubagaimanapun dalam pandangan mazhab Shafie, dzawil arham
tidak berhak
mewarisi; sebaliknya hak tersebut jatuh kepada Baitul Mal
apabila tidak ada ashabul
furud dan asabah. Sehubungan dengan ini perancangan pengurusan
pewarisan hendaklah
dibuat samada melalui wasiat atau sebaliknya untuk memastikan
agar dzawil arham
mendapat bahagian daripada pusaka.
-
Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam
Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi
Bersama
Bahagian 14
Rukun, syarat, penghalang dan kewajipan pewarisan
Disamping pertalian darah, mengetahui kedudukan perkahwinan juga
perlu. Ini adalah
kerana perkahwinan merupakan ikatan yang membolehkan seseorang
mewarisi antara
satu dengan yang lain. Sehubungan dengan ini seseorang yang
telah bercerai (sebagai
contoh talak bain) tidak ada lagi ikatan perkahwinan; maka ia
tidak berhak mempusakai harta simati.
Dalam keadaan tertentu seseorang waris yang berhak mewarisi
harta boleh terhalang
daripada menerima pusaka. Sebab-sebab yang boleh menghalang
seseorang itu daripada
menerima pusaka ialah membunuh dan berlainan ugama.
Para ahli-ahli fekah sepakat bahawa seseorang yang membunuh
tidak berhak mendapat
harta pusaka. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w.,
Tidaklah seorang pembunuh berhak mewarisiharta orang yang
dibunuhnya. Dari hadis tersebut satu ungkapan yang sangat masyhur
telah lahir di kalangan ahli-ahli fekah yang sekaligus
dijadikan sebagai satu kaedah Siapa yang menyegerakan agar
mendapatkan sesuatu
sebelum waktunya, maka dia tidak mendapatkan bahagiannya.
Walaubagaimanapun, ahli-ahli fekah berbeza pendapat tentang
apakah jenis pembunuhan
yang menghalang seseorang itu mendapat harta pusaka. Sebagai
contoh, mazhab Maliki
berpendapat bahawa hanya pembunuhan yang dilakukan dengan
sengaja atau yang
dirancang dapat menggugurkan hak waris. Walaubagaimanapun,
menurut mazhab Syafie
segala jenis pembunuhan dapat mengahalang seseorang itu
mempusakai harta pusaka
termasuk pembunuhan yang tidak sengaja.
Satu lagi perkara yang boleh menghalang seorang yang layak
menerima harta pusaka
ialah perbezaan ugama. Ini berdasarkan sebuah hadis Rasulullah
s.a.w Tidaklah berhak
seorang muslim mewarisi orang kafir, dan tidak pula orang kafir
mewarisi muslim. (Riwayat Bukhari dan Muslim). Sehubungan dengan
ini, seseorang Muslim yang
mempunyai waris terdekat yang bukan Islam seharusnya
mengambilkira perkara ini dn
membuat perancangan pewarisan yang sewajarnya. Jika tidak,
perkara yang tidak diingini
mungkin berlaku. Sebagai contoh, baru-baru ini telah berlaku
satu keadaan dimana
seorang bukan Islam telah memeluk agama Islam tetapi tidak
membuat perancangan
pewarisan. Apabila beliau meninggal dunia, ahli keluarganya
menuntut harta pusakanya
di mahkamah. Akan tetapi memandangkan beliau seorang yang
beragama Islam
sedangkan keluarganya bukan beragama Islam maka harta pusaka
beliau jatuh kepada
Baitulmal Negeri sesuai dengan pandangan mazhab Shafie
sepertimana yang diterangan
di atas. Dengan membuat perancangan pewarisan, perbalahan
seperti yang berlaku di
antara waris simati yang bukan Islam dengan Baitulmal Negeri
boleh di elakkan.
Sebelum pembahagian pusaka boleh dilakukan, beberapa kewajipan
perlu ditunaikan
terlebih dahulu. Ulama berbeza pendapat apakah
kewajipan-kewajipan yang perlu
ditunaikan dan apakah urutan kewajipan-kewajipan tersebut.
Walaubagaimanapun
mengikut mazhab Shafie, kewajipan-kewajipan yang perlu
ditunaikan sebelum
pembahagian harta pusaka ialah :
-
Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam
Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi
Bersama
Kos penyelenggaraan mayat
Pembayaran hutang
Penyempurnaan wasiat
Perkara pertama yang perlu ditunaikan sebelum pembahagian harta
pusaka ialah kos
penyelenggaraan mayat. Semua keperluan yang berkaitan dengan
penyelenggaraannya
iaitu dari saat ia meninggal dunia sehingga ia
dikebumikan.seperti upah memandikan,
kain kafan, perbelanjaan pengkebumian seperti gali kubur dan
sebagainya. Sudah tentu
kos penyelenggaraan mayat berbeza mengikut kedudukan dan
pangkatnya dan tempat
penyelenggaraannya; sebagai contoh perbelanjaan pengkebumian di
Kuala Lumpur agak
tinggi berbanding dengan perbelanjaan pengkebumian di
kampung-kampung.
Walaubagaimanapun, pada dasarnya ianya hendaklah sederhana dan
tidak perlu terlalu
mewah.
Perkara kedua yang perlu ditunaikan sebelum pembahagian pusaka
ialah hutang. Ini
berdasarkan kepada sebuah hadis Rasulullah s.a.w. Jiwa orang
mukmin itu tergantung olehhutangnya sehingga ianya dibayar. Hutang
terdiri daripada dua jenis; hutang kepada manusia dan hutang kepada
Allah. Hutang kepada manusia termasuk kepada
individu, institusi kewangan dan sebagainya. Walaubagaimanapun
ulama berbeza
pendapat apakah hutang kepada Allah itu wajib dibayar atau
tidak. Menurut mazhab
Shafie, hutang kepada Allah juga wajib dibayar di samping hutang
kepada manusia.
Hutang kepada Allah termasuk haji yang belum dijalankan, zakat
yang belum dibayar,
nazar yang belum ditunaikan, kafarah dan sebagainya. Dalam pada
itu, ulama juga
berbeza pendapat tentang hutang manakah yang perlu di dahulukan;
hutang kepada
manusia atau hutang kepada Allah? Menurut pandangan ulama mazhab
Syafie hutang
kepada Allah wajib ditunaikan sebelum hutang sesama manusia.
Mazhab Maliki
berpendapat hutang kepada manusia patut didahulukan daripada
hutang kepada Allah.
Ulama mazhab Hambali pula berpendapat bahawa hutang kepada Allah
dan hutang
kepada manusia adalah sama keutamaannya.
Perkara ketiga yang wajib ditunaikan sebelum pembahagian harta
pusaka ialah
menunaikan seluruh wasiat simati. Walaubagaimanapun, seseorang
itu hanya boleh
mewasiatkan tidak melebihi sepertiga dari seluruh harta
peninggalannya sesuai dengan
hadis Rasulullah, ...Sepertiga, dan sepertiga pun banyak.
Sesungguhnya
meninggalkan waris kamu kaya adalah lebih baik daripada
meninggalkan mereka
miskin meminta-minta.. seperti yang riwayatkan oleh Saad bin Abi
Waqqas. Pada masa itu Sa'ad sakit dan berniat menyerahkan harta
yang dimilikinya ke Baitulmal. Hadis ini
menunjukkan kepada kita bahawa meninggalkan harta pewarisan yang
mencukupi adalah
sangat digalakkan dan seseorang itu sewajarnya mengambilkira dan
mengimbangi di
-
Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam
Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi
Bersama
antara meninggalkan harta pusaka yang mencukupi dengan
memberikan wasiat kepada
seseorang yang sepatutnya.
Bahagian 15
Konsep Hijab dalam faraid
Perkataan arab al-hajb bererti terhalang. Termasuk dalam
pengertian hajb ialah perkataan al-hijab yang bererti apa sahaja
yang dapat mendinding dan menghalangnya
daripada pandangan Di kalangan ulama faraid, al-hajb bererti
menghalang seseorang
yang berhak atau mempunyai sebab untuk mendapat warisan samada
keseluruhan atau
sebahagian daripadanya.Ini bererti seseorang itu terhalang atau
terdinding daripada
menerima warisan samada secara keseluruhannya atau sebahagian
sahaja kerana
didinding oleh orang yang lebih berhak menerimanya. Orang yang
mendinding disebut
sebagai hajib dan orang yang terdinding disebut sebagai mahjub.
Ini bererti orang yang
dihijab atau orang yang mahjub itu gugur haknya daripada
menerima sebahagian atau
kesemua pusaka yang layak diterimanya. Hak seseorang ahli waris
boleh gugur kerana
dua jenis hijab. Yang pertama di sebut sebagai hijab dengan
sifat (hujub bil washfi) dan
yang kedua dikenali sebagai hijab dengan peribadi (hujub bil
syakhsi).
Hijab dengan sifat ialah seseorang itu terhijab (terdinding atau
terhalang) daripada
menerima pusaka atas sifatnya dan disini terdapat dua jenis
sifat yang membuat
seseorang itu terhalang daripada menerima pusaka. Pertama, orang
yang membunuh
pewarisnya dan yang kedua ialah berlainan agama sepertimana yang
diterangkan dalam
bahagian yang lalu. Mengenai orang yang membunuh, Rasulullah
s.a.w. bersabda:
"Seorang pembunuh tidak dapat mewarisi sedikit pun. (Abu Daud).
Para ulama sepakat bahawa pembunuh tidak berhak mewarisi tetapi
mereka berselisih pendapat apakah jenis
pembunuhan yang benar-benar menghalangi seseorang itu daripada
berhak menerima
pewarisan. Sehubungan dengan ini mazhab Shafie berpendapat
bahawa semua jenis
pembunuhan, samada sengaja atau tidak, menghalangi seseorang itu
daripada menerima
pewarisan. Mengenai perbezaan agama, Rasulullah s.a.w. bersabda:
Orang Islam tidak mewarisi harta orang kafir dan orang kafir tidak
mewarisi harta orang Islam (Mutafaqalaih) Dalam hadis yang lain,
Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak saling mewarisi dua orang
pengikut agama yang berbeza.
Sehubungan dengan ini seseorang mualaf sepatutnya membuat
perancangan pewarisan
untuk memastikan agar warisnya boleh mendapat sedikit sebanyak
harta pewarisannya.
Katakan seseorang itu baru memeluk agama Islam tetapi mempunyai
ibu bapa yang
masih beragama bukan Islam. Jika ia meninggal dunia, kedua ibu
bapanya tidak berhak
mendapat pewarisan dibawah undang-undang keluarga Islam. Perkara
ini banyak berlaku
di Sabah dan Sarawak. Baru-baru ini juga timbul perkara yang
sedemikian di salah satu
negeri di Semenanjung Malaysia dan perkara tersebut telah
ditimbulkan di Dewan
Undangan Negeri. Dalam kes tersebut seorang yang telah memeluk
Islam telah
meninggal dunia dan waris-warisnya yang bukan Islam telah
menuntut pewarisannya.
Mereka terdiri daripada orang yang tidak berada.Namun hukum
Islam jelas menyatakan
bahawa warisnya tidak mendapat hartanya sebagaimana yang
diterangkan oleh hadis di
atas.
-
Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam
Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi
Bersama
Hijab dengan peribadi pula ialah seseorang itu terhalang atau
terdinding daripada
menerima haknya samada seluruhnya atau sebahagian daripadanya
disebabkan ada
peribadi lain yang lebih berhak untuk menerimanya. Hijab dengan
peribadi terbahagi
dua: iaitu hijab sepenuhnya (hirman) dan hijab dengan
berkurangan (nuqshan). Hijab
sepenuhnya bererti hijab yang mendinding seseorang itu daripada
menerima apa-apa
pusaka iaitu orang yang terhalang atau terdinding itu tidak
mendapat sedikitpun harta
pusaka disebabkan waris lain yang mendindingnya. Sebagai contoh,
seorang datuk
terdinding sepenuhnya daripada menerima pusaka oleh bapa. Ini
bererti datuk tidak
mendapat apa-apa bahagian kerana didinding oleh bapa. Sebagai
contoh yang lain,
seorang cucu terdinding sepenuhnya daripada menerima pusaka oleh
anak lelaki.
Hijab dengan pengurangan pula ialah pengurangan bahagian
seseorang waris disebabkan
ada waris lain yang mendinding sebahagian daripada bahagiannya.
Sebagai contoh
bahagian ibu akan berkurangan daripada sepertiga menjadi
seperenam disebabkan simati
mempunyai keturunan (anak). Demikian juga bahagian seorang suami
yang mendapat
setengah menjadi seperempat, dan bahagian seorang isteri yang
mendapat seperempat
menjadi seperlapan kerana simati mempunyai anak, dan
sebagainya.
Walaubagaimanapun, didalam kontek faraid, apabila terdapat
perkataan hijab tanpa
diikuti oleh jenisnya, maka ia membawa maksud hijab sepenuhnya.
Sehubungan dengan
ini terdapat enam jenis waris yang tidak dihijab sepenuhnya
(hirman). Mereka ialah
suami/isteri, ibu, bapa, anak lelaki dan anak perempuan.
Golongan yang tidak dihijab
Dalam menentukan siapa di antara waris-waris yang terdinding,
doktrin hijab
menggunakan apa yang disebut sebagai hukum Jabari. Hukum Jabari
menyatakan
bahawa dalam menentukan pendidingan, keutamaan diberikan seperti
berikut :
Tarjih bi jihat (tarjih dengan arah)
Tarjih bi darajah (tarjih dengan darjat)
Tarjih bi quwwatil qarabah (tarjih dengan kekuatan
pertalian)
Perkara pertama yang perlu ditunaikan sebelum pembahagian harta
pusaka ialah kos
penyelenggaraan mayat. Semua keperluan yang berkaitan dengan
penyelenggaraannya
iaitu dari saat ia meninggal dunia sehingga ia
dikebumikan.seperti upah memandikan,
kain kafan, perbelanjaan pengkebumian seperti gali kubur dan
sebagainya. Sudah tentu
kos penyelenggaraan mayat berbeza mengikut kedudukan dan
pangkatnya dan tempat
-
Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam
Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi
Bersama
penyelenggaraannya; sebagai contoh perbelanjaan pengkebumian di
Kuala Lumpur agak
tinggi berbanding dengan perbelanjaan pengkebumian di
kampung-kampung.
Walaubagaimanapun, pada dasarnya ianya hendaklah sederhana dan
tidak perlu terlalu
mewah.
Perkara kedua yang perlu ditunaikan sebelum pembahagian pusaka
ialah hutang. Ini
berdasarkan kepada sebuah hadis Rasulullah s.a.w. Jiwa orang
mukmin itu tergantung olehhutangnya sehingga ianya dibayar. Hutang
terdiri daripada dua jenis; hutang kepada manusia dan hutang kepada
Allah. Hutang kepada manusia termasuk kepada
individu, institusi kewangan dan sebagainya. Walaubagaimanapun
ulama berbeza
pendapat apakah hutang kepada Allah itu wajib dibayar atau
tidak. Menurut mazhab
Shafie, hutang kepada Allah juga wajib dibayar di samping hutang
kepada manusia.
Hutang kepada Allah termasuk haji yang belum dijalankan, zakat
yang belum dibayar,
nazar yang belum ditunaikan, kafarah dan sebagainya. Dalam pada
itu, ulama juga
berbeza pendapat tentang hutang manakah yang perlu di dahulukan;
hutang kepada
manusia atau hutang kepada Allah? Menurut pandangan ulama mazhab
Syafie hutang
kepada Allah wajib ditunaikan sebelum hutang sesama manusia.
Mazhab Maliki
berpendapat hutang kepada manusia patut didahulukan daripada
hutang kepada Allah.
Ulama mazhab Hambali pula berpendapat bahawa hutang kepada Allah
dan hutang
kepada manusia adalah sama keutamaannya.
Perkara ketiga yang wajib ditunaikan sebelum pembahagian harta
pusaka ialah
menunaikan seluruh wasiat simati. Walaubagaimanapun, seseorang
itu hanya boleh
mewasiatkan tidak melebihi sepertiga dari seluruh harta
peninggalannya sesuai dengan
hadis Rasulullah, ...Sepertiga, dan sepertiga pun banyak.
Sesungguhnya
meninggalkan waris kamu kaya adalah lebih baik daripada
meninggalkan mereka
miskin meminta-minta.. seperti yang riwayatkan oleh Saad bin Abi
Waqqas. Pada masa itu Sa'ad sakit dan berniat menyerahkan harta
yang dimilikinya ke Baitulmal. Hadis ini
menunjukkan kepada kita bahawa meninggalkan harta pewarisan yang
mencukupi adalah
sangat digalakkan dan seseorang itu sewajarnya mengambilkira dan
mengimbangi di
antara meninggalkan harta pusaka yang mencukupi dengan
memberikan wasiat kepada
seseorang yang sepatutnya.
Bahagian 16
Konsep Hijab dalam faraid
Ini bererti dalam menentukan pendindingan, mula-mula sekali
dilihat jihat seseorang itu.
Dalam hal ini jihat yang diutamakan ialah jihat bunuwwah iaitu
keturunan kebawah,
kemudian jihat ubuwwah iaitu usul keatas dan akhir sekali jihat
ukhuwah iaitu saudara
lelaki. Carta berikut memberikan gambaran mengenai urutan
keutamaan ketiga-tiga jihat.
-
Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam
Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi
Bersama
Berdasarkan kepada hukum Jabari, bapa didinding oleh cucu lelaki
kerana cucu lelaki
adalah daripada jihat bunuwwah iaitu jihat yang lebih diutamakan
daripada jihat
ubuwwah walaupun bapa lebih dekat daripada cucu lelaki dari segi
darjat. Ini adalah
kerana jihat diutamakan daripada darjat. Walaubagaimanapun, di
dalam mazhab Shafie
terdapat sedikit perbezaan; datuk tidak mendinding saudara
lelaki walaupun jihat
ubuwwah diutamakan daripada jihat ukhuwwah. Sehubungan dengan
ini, jika tidak
terdapat keturunan lelaki dan bapa; dan terdapat datuk dan
saudara lelaki, mereka sama-
sama mendapat pusaka.Berdasarkan kepada ini waris-waris lelaki
yang terdinding ada
sebelas iaitu seperti berikut :
1. Datuk (bapa kepada bapa) hingga ke atas terdinding oleh
bapa.
2. Saudara lelaki sekandung terdinding oleh bapa dan keturunan
lelaki hingga ke bawah
(anak, cucu, cicit, dan seterusnya).
3. Cucu lelaki terdinding oleh anak lelaki dan seterusnya cicit.
Demikian juga para cucu
akan terhalang oleh cucu yang paling dekat (lebih dekat).
4. Saudara lelaki sebapa terdinding oleh saudara lelaki
sekandung, bapa serta keturunan
lelaki hingga kebawah (anak, cucu, cicit, dan seterusnya).
5. Saudara lelaki seibu terdinding oleh bapa, datuk hingga ke
atas dan keturunan lelaki.
6. Anak saudara lelaki sekandung terdinding oleh bapa, datuk
hingga ke atas, keturunan
lelaki, saudara lelaki sekandung dan saudara lelaki sebapa.
7. Anak saudara lelaki sebapa terdinding oleh bapa, datuk hingga
ke atas, keturunan
lelaki, saudara lelaki sekandung,saudara lelaki sebapa dan anak
saudara lelaki sekandung.
8. Bapa saudara lelaki sekandung terdinding oleh bapa, datuk
hingga ke atas, keturunan
lelaki, saudara lelaki sekandung, saudara lelaki sebapa, anak
saudara lelaki sekandung
dan anak saudara lelaki sebapa.
9. Bapa saudara lelaki sebapa terdinding oleh bapa, datuk hingga
ke atas, keturunan
lelaki, saudara lelaki sekandung, saudara lelaki sebapa, anak
saudara lelaki sekandung,
anak saudara lelaki sebapa dan bapa saudara lelaki
sekandung.
10. Anak bapa saudara (sepupu) lelaki sekandung terdinding oleh
bapa, datuk hingga ke
atas, keturunan lelaki, saudara lelaki sekandung, saudara lelaki
sebapa, anak saudara
-
Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam
Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi
Bersama
lelaki sekandung, anak saudara lelaki sebapa, bapa saudara
lelaki sekandung dan bapa
saudara lelaki sebapa.
11. Anak bapa saudara (sepupu) lelaki sebapa terdinding oleh
bapa, datuk hingga ke atas,
keturunan lelaki, saudara lelaki sekandung, saudara lelaki
sebapa, anak saudara lelaki
sekandung, anak saudara lelaki sebapa, bapa saudara lelaki
sekandung, bapa saudara
lelaki sebapa dan sepupu sekandung.
Disebelah perempuan pula waris-waris yang terdinding ialah :
1. Nenek (baik ibu dari ibu ataupun dari bapak) oleh ibu.
2. Cucu perempuan (keturunan anak laki-laki) terdinding oleh
anak lelaki dan dua orang
anak perempuan atau lebih, kecuali jika ada asabah (akan
diterangkan sepenuhnya dalam
bahagian akan datang).
3. Saudara perempuan sekandung terdinding oleh bapa dan
keturunan lelaki.
4. Saudara perempuan seayah terdinding oleh saudara perempuan
sekandung jika ia
menjadi ashabah ma'al ghair (akan diterangkan dalam bahagian
akan datang). Selain itu,
ia jua terdinding oleh bapa, keturunan lelaki, dua orang saudara
perempuan sekandung
kecuali bila adanya ashabah.
5. Saudara perempuan seibu terdinding oleh bapa, datuk hingga
keatas, keturunan lelaki
baik laki-laki ataupun perempuan.
Bagi golongan ke-2 diatas, cucu perempuan daripada anak lelaki
terdinding oleh dua
orang anak perempuan atau lebih. Dalam hal ini anak-anak
perempuan mendapat
bahagian dua per tiga (2/3) dan cucu perempuan tidak mendapat
apa-apa. Namun, apabila
ia mempunyai saudara lelaki (yakni cucu lelaki daripada anak
lelaki) yang sedarjat
ataupun yang lebih rendah dari darjat cucu perempuan, maka cucu
lelaki dapat menyeret
cucu perempuan itu sebagai asabah, yang sebelumnya tidak
mendapat bahagian. Keadaan
seperti ini dalam faraid disebut sebagai kerabat yang berkat
atau saudara lelaki yang
berkat. Ini adalah kerana tanpa cucu lelaki, cucu perempuan
tidak akan mendapat
warisan.
Begitu juga halnya dengan kes dimana saudara perempuan sebapa
tidak mendapat apa-
apa bahagian apabila terdapat saudara perempuan sekandung. Namun
jika terdapat
saudara lelaki sebapa maka saudara lelaki sebapa tadi dapat
menyeretnya mendapatkan
harta pewarisan.Keadaan seperti ini dinamakan sebagai saudara
yang berkat, sebab tanpa
kewujudannya para saudara kandung perempuan itu tidak akan
menerima hak pewarisan
mereka.
Sebaliknya dalam keadaan tertentu terdapat juga kes dimana
kewujudan saudara lelaki
tidak membawa berkat. Ini adalah kerana kewujudannya menyebabkan
ahli waris
perempuan tidak mendapat bahagian mereka. Sebagai contoh seorang
wanita meninggal
dunia dan meninggalkan suami, ibu, bapa, anak perempuan, dan
cucu perempuan dari
anak laki-laki. Sehubungan dengan ini pembahagiannya seperti
berikut: suami
seperempat (1/4), ibu seperenam (1/6), ayah juga seperenam
(1/6), anak perempuan
setengah, dan cucu perempuan daripada anak lelaki mendapat
seperenam (1/6) sebagai
penyempurna saham dua per tiga (2/3). Apabila diaulkan bahagian
cucu perempuan
daripada anak lelaki menjadi dua perlimabelas (2/15). Akan
tetapi jika terdapat saudara
-
Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam
Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi
Bersama
lelaki kepada cucu perempuan tersebut (iaitu cucu lelaki
daripada anak lelaki) maka cucu
perempuan tadi tidak mendapat bahagian.
Perancangan pewarisan perlu mengambilkira siapa di antara waris
yang wajar menerima
pewarisan tetapi terdinding disebabkan ada waris yang lebih
dekat. Sebagai contoh
katakan seseorang itu mempunyai cucu dan beberapa anak lelaki.
Katakan juga bapa
kepada cucunya (iaitu anaknya) telah meninggal dunia terlebih
dahulu.Ini bererti cucunya
akan tidak dapat menerima pewarisan kerana didinding oleh
anak-anak lelakinya. Dengan
itu beliau wajar membuat wasiat agar cucunya mendapat sebahagian
daripada harta
pewarisan. Sehubungan dengan ini Amanah Raya Berhad boleh
membantu didalam
menyediakan wasiat tersebut.
Bahagian 17
Konsep asabah dalam faraid
Dalam bahagian-bahagian yang lalu kita telah membincangkan
tentang jenis-jenis waris.
Sehubungan dengan ini para ulama kita telah membahagikan waris
yang berhak
menerima harta pusaka simati kepada tiga jenis; iaitu ashabul
furud, asabah dan dzawil
arham. Ashabul furud adalah ahli waris yang mendapat bahagian
tetap seperti apa yang
dinyatakan secara langsung atau tak langsung oleh Al-Quran.
Asabah pula menurut istilah para ahli fekah ialah ahli waris
yang tidak disebutkan
bahagian mereka di dalam Al-Quran dan As-Sunnah dengan nyata.
Sebagai contoh, anak
lelaki ialah asabah kerana jumlah bahagiannya tidak ditentukan
oleh Al-Quran.
Pengertian asabah di kalangan ulama faraid ialah orang yang
membolot atau
menghabiskan seluruh baki harta pusaka setelah ashabul furud
menerima dan mengambil
bahagian masing-masing.
Memandangkan bahawa tiada nas yang menetapkan bahagian asabah,
mungkin ada di
antara pembaca yang bertanya, Apakah dalil yang menyatakan
bahawa golongan asabah berhak menghabiskan harta pusaka. Sehubungan
dengan ini terdapat ayat Al-Quran dan
Hadis yang menunjukkan bahawa asabah berhak membolot atau
menghabiskan harta
pusaka. Sebagai contoh, Al-Quran menyatakan ..dan untuk dua
orang ibu bapa, bagi masing-masingnya seperenam dari harta yang
ditinggalkan, jika yang meninggal itu
mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak
dan ia diwarisi oleh
ibu-bapanya (saja), maka ibunya mendapat sepertiga... (An-Nisa':
11).
Dalam ayat tersebut dinyatakan bahawa bahagian kedua orang tua
(ibu dan bapa) masing-
masing ialah seperenam (1/6) apabila simati mempunyai anak
(keturunan). Akan tetapi
apabila simati tidak mempunyai anak, maka seluruh harta
peninggalannya menjadi milik
kedua ibubapanya. Ayat tersebut juga menyatakan bahawa apabila
simati tidak
mempunyai anak, maka ibu mendapat sepertiga (1/3). Namun, ayat
tersebut tidak
menjelaskan berapa banyak bahagian bapa. Sehubungan dengan ini
kita dapat membuat
kesimpulan bahawa bapa mendapat dua per tiganya (2/3) daripada
harta tersebut; iaitu
beliau menghabiskan harta tersebut sesuai dengan pengertian
asabah.
Dalam satu ayat yang dikenali dengan ayat kalalah, Al-Quran
menyatakan, "...jika
seorang meninggal dunia, dan ia tidak mempunyai anak dan
mempunyai saudara
-
Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam
Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi
Bersama
perempuan, maka bagi saudaranya yang perempuan itu seperdua dari
harta yang
ditinggalkannya, dan saudaranya yang lelaki mempusakai (seluruh
harta saudara
perempuan), jika ia tidak mempunyai anak...." (an-Nisa':
176).
Pengertian perkataan "wahuwa yaritsuha" memberi isyarat bahawa
seluruh harta
peninggalan menjadi hak saudara lelaki jika simati tidak
mempunyai anak dan inilah juga
pengertian asabah yang dimaksudkan oleh para ulamak faraid.
Disamping itu terdapat juga hadis yang menunjukkan asabah
membolot baki harta.
Sebagai contoh Rasulullah s.a.w bersabda "Berikanlah faraid
kepada ahlinya, dan jika
ada baki, ianya adalah untuk lelaki yang paling utama. " (HR
Bukhari). Hadis ini dengan
jelas menunjukkan bahawa asabah menghabiskan harta pusaka
simati.
Asabah terbahagi kepada tiga : asabah binnafsihi (asabah dengan
sendiri), asabah bil
ghair (asabah dengan yang lain) dan asabah maal ghair (asabah
dengan yang lain). Asabah binnafsihi terdiri daripada waris-waris
lelaki daripada sebelah lelaki. Mereka
terdiri daripada :
Anak lelaki
Cucu lelaki dari anak lelaki sehingga ke bawah
Bapa
Datuk sebelah bapa sehingga ke atas
Saudara lelaki sekandung
Saudara lelaki sebapa
Anak lelaki saudara lelaki sekandung
Anak lelaki saudara lelaki sebapa
Bapa saudara lelaki sekandung
Bapa saudara lelaki sebapa
Anak bapa saudara lelaki sekandung
Anak bapa saudara lelaki sebapa
Bahagian 18
Konsep asabah dalam faraid
Asabah binafsihi merupakan golongan yang terbesar dikalangan
asabah. Perlu
dinyatakan disini bahawa selalunya apabila disebut asabah sahaja
ia membawa maksud
asabah binnafsihi. Asabah menghabiskan harta hanya apabila
ashabul furud mendapat
bahagian masing-masing. Sehubungan dengan ini, jika tiada
lebihan (baki) daripada harta
pusaka tersebut, maka asabah tidak berhak menerima apa-apa.
Sebagai contoh, seorang
isteri meninggal dunia dan meninggalkan suami, anak perempuan
dan saudara lelaki.
Dalam kes ini suami mendapat bahagian setengah (1/2) daripada
harta pusaka dan anak
perempuan mendapat setengah lagi; maka saudara lelaki tidak
mendapat apa-apa kerana
suami dan anak perempuan sebagai ashabul furud telah
menghabiskan kesemua harta
pusaka simati.
Dalam menentukan keutamaan antara asabah, caranya adalah sama
seperti yang
diterangkan di dalam bahagian hijab: iaitu mengikut hukum
Jabari. Ini adalah kerana
-
Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam
Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi
Bersama
asabah yang paling utama menghabiskan harta pusaka; dengan itu
secara tidak langsung
ia menghijab asabah yang lain.
Terdapat 3 peringkat keutamaan iaitu :
Arah
Darjah
Kekuatan pertalian darah
Arah anak dan keturunan kebawah adalah diutamakan daripada arah
bapa ke atas. Ini
adalah berdasarkan kepada ayat al-Quran, "...dan untuk dua orang
ibu-bapa, bagi
masing-masingnya seperenam dari harta yang ditinggalkan, jika
yang meninggal itu
mempunyai anak..." (an-Nisa: 11).
Dalam ayat tersebut ibubapa merupakan ashabul furud apabila
simati mempunyai anak,
sedangkan bahagian anak tidak disebutkan.Ini bererti anak
menghabiskan baki harta
sebagai asabah setelah diberikan bahagian ashabul furud iaitu
ibu dan bapa. Ini
menunjukkan bahawa dalam konteks asabah, arah anak diutamakan
daripada arah bapa.
Menurut para ulamak faraid, asabah bi ghairihi pula terbatas
pada empat orang ahli waris
yang kesemuanya perempuan:
1. Anak perempuan apabila terdapat saudara lelakinya (iaitu anak
lelaki kepada simati).
2. Cucu perempuan daripada anak lelaki apabila terdapat cucu
lelaki daripada anak lelaki
samada yang setaraf dengannya atau lebih. (Sebagai contoh, cicit
lelaki daripada cucu
lelaki daripada anak lelaki).
3. Saudara perempuan sekandung (seibu sebapa) apabila terdapat
saudara lelaki
sekandung.
4. Saudara perempuan sebapa apabila terdapat saudara lelaki
sebapa.
Daripada penjelasan di atas kita dapati bahawaasabah bil
ghairihiterdiri daripada ashabul
furud. Ini bererti mereka (perempuan) yang bukan daripada
golongan ashabul furud tidak
akan menjadi asabah bil ghairihi. Sebagai contoh, anak perempuan
dari saudara lelaki
bukan merupakan asabah bil ghairihi kerana ia tidak termasuk
ashabulfurud.
Dalil bagi hak waris para asabah bi ghairihi adalah firman
Allah, "...bahagian seorang
anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan..."
(An-Nisa': 11). Dalam
ayat yang lain, Allah berfirman, "...dan jika mereka (ahli waris
itu terdiri dari) saudara
lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang saudara lelaki
sebanyak bahagian dua
orang saudara perempuan..." (An-Nisa': 176).
Ayat yang terakhir di atas juga dikenali sebagai ayat kalalah:
yang mana ulama sepakat
bahwa perkataan "ikhwatan" dalam ayat tersebut memberi maksud
saudara lelaki dan
perempuan sekandung dan saudara lelaki dan perempuan sebapa.
Sehubungan dengan ini
perkataan ikhwatan tidak mencakupi saudara lelaki atau perempuan
seibu. Sebaliknya
hak saudara lelaki dan perempuan seibu dijelaskan didalam ayat
12 Surah An-Nisa.
Sebab dinamakan asabah bi ghairihi ialah kerana hak asabah
keempat golongan itu
bukanlah kerana pertalian dengan simati, akan tetapi kerana
adanya asabah lain
(asabahbi nafsihi) seperti saudara kandung lelaki. Andaikata
asabah bi nafsihi itu tidak
ada, maka asabah bi ghairihi mendapat hak warisnya secara
fard.
-
Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam
Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi
Bersama
Asabah jenis yang ketiga iaitu asabah ma'al ghair pula adalah
khusus bagi saudara
perempuan sekandung atau saudara perempuan sebapa. Mereka
mewarisi sebagai asabah
maa ghairihi bersama dengan anak perempuan (atau cucu perempuan
daripada anak lelaki hingga ke bawah) apabila tiada saudara
lelaki.
Dalil bagi asabah ma'al ghair ialah riwayat Ibnu Masud apabila
beliau ditanya tentang bahagian pusaka anak perempuan, cucu
perempuan kepada anak lelaki, dan saudara
perempuan (sekandung at