- 1. Dwi Cemerlang Enterprise
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi
kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai.
Hakcipta Terpelihara 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 1
SISTEM PERAKAUNAN PERNIAGAAN Perakaunan adalah suatu proses
merekod, mencatit dan meringkaskan semua urusniaga perniagaan
secara sistematik. Dahulu ianya dikenali sebagai Simpankira. Tujuan
utama dan kebaikan kita mencatit segala urusniaga adalah kerana :
Daya ingatan manuasia yang terhad ataupun dengan bahasa lain kita
mudah terlupa dengan apa yang berlaku semasa kita menguruskan
transaksi perniagaan. Catitan yang lengkap dan sempurna memudahkan
penyediaan Penyata Kewangan yang terdiri dari Buku Tunai/Bank,
Lejar Am, Buku Penghutang, Buku Pemiutang dan Buku Belian Aset.
Semua catatan yang dibuat adalah merupakan sejarah dan bukti
lengkap perniagaan. Ini amat penting sebagai petunjuk untuk peniaga
mengetahui pada bulan berapakah jumlah Jualan atau Belian kedai
beliau meningkat akibat permintaan yang tinggi dari pelanggan. Ini
membolehkan peniaga bersedia lebih awal bagi mengatasi pusingan
bulan tersebut. Memudahkan peniaga untuk memohon bantuan pembiayaan
atau geran dari Institusi Kewangan atau Agensi Kerajaan. Rekod
perakaunan yang disediakan menjadi alat pengukur kemajuan sesuatu
perniagaan yang akan memudahkan sesuatu permohonan pembiayaan itu
diluluskan oleh pihak tertentu. Penyata kewangan yang disediakan
dapat membantu kita menilai kemajuan kewangan perniagaan kita pada
masa tertentu. Segala hutang piutang perniagaan dapat di kawal dan
di kutip. Penyata kewangan juga membolehkan peniaga tersebut
mengetahui jumlah harta dan nilai tanggungan perniagaan beliau. 5
KUMPULAN AKAUN Secara asasnya seseorang peniaga mestilah mengetahui
5 kumpulan akaun bagi memudahkan beliau membuat catitan urusniaga.
5 kumpulan tersebut adalah: Aset (Harta) Liabiliti (Tanggungan)
Modal atau Ekuiti Hasil atau Pendapatan Belanja atau Belian Tip nak
ingat 5 kumpulan akaun ni: A ku A untuk Aset L ebih L untuk
Liabiliti M emahami M untuk Modal H ati H untuk Hasil B udimu B
untuk Belanja Cuba baca: Aku Lebih Memahami Hati Budimu
2. Dwi Cemerlang Enterprise
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi
kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai.
Hakcipta Terpelihara 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 2
ASET Aset adalah sesuatu yang dimiliki oleh perniagaan yang
mempunyai nilai wang. Ianya boleh dikatogerikan kepada 2: Aset
Tetap : Merupakan Aset yang dimiliki atau di beli oleh perniagaan
dengan tujuan memperolehi hasil atau pendapatan tetapi bukan untuk
di jual serta mempunyai hayat yang tertentu. Contohnya seperti
Kenderaan, Bagunan(Premis), Perabot/Peralatan Pejabat, Mesin dll.
Aset Semasa : Merupakan harta yang tidak jelas dari segi bentuk,
mudah berubah dan tidak mempunyai nilai tetap, di mana nilai
pegangan padsa suatu masa senantiasa berubah mengikut keadaan.
Contohnya seperti wang tunai, stok barangan niaga, penghutang,
deposit dll LIABILITI (Tanggungan) Liabiliti adalah tuntutan atau
hak pihak ketiga yang mesti dijelaskan oleh perniagaan pada masa
yang telah ditetapkan. Ianya terbahagi kepada 2: Liabiliti Jangka
Panjang : Merupakan tanggungan yang mesti dijelaskan dalam tempoh
yang lama yakni melebihi setahun seperti Pinjaman sewa beli,
pinjaman bangunan, pinjaman MARA dll. Liabiliti Semasa : Merupakan
tanggungan yang mesti dijelaskan dalam masa yang singkat atau
pendek seperti Pemiutang perniagaan, overdraf dll. MODAL (Ekuiti)
Sesuatu yang dilaburkan oleh pemilik atau peniaga di dalam
memulakan perniagaannya seperti wang tunai atau aset tetap. Modal
peniaga akan bertambah sekiranya perniagaan beliau mendapat
keuntungan tetapi Modal peniaga akan berkurangan jika sekiranya
perniagaan beliau mengalami kerugian atau peniaga itu mengambil
wang tunai atau barang perniagaan untuk kegunaan sendiri. Ini
dikenali sebagai Ambilan. HASIL Hasil atau pendapatan bagi sesebuah
perniagaan diperolehi melalui jualan atau perkhidmatan yang
ditawarkan kepada pelanggan. Semua jualan secara tunai atau hutang
akan dikira sebagai hasil. BELANJA Perbelanjaan adalah semua jumlah
wang yang dibelanjakan untuk menjana hasil atau pendapatan bagi
sesautu perniagaan. Ianya terbahagi kepada 2: 3. Dwi Cemerlang
Enterprise
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi
kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai.
Hakcipta Terpelihara 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 3
Perbelanjaan Modal : Semua perbelanjaan untuk pembelian Aset bagi
kegunaan perniagaan seperti pembelian kenderaan, pembelian perabot
dll. Perbelanjaan Hasil: Seperti Belanja pengeluaran, belanja
pemasaran, belanja pentadbiran, belanja untuk membeli stok dll.
Urusniaga Perniagaan Dokumen Perniagaan Mencatat & Merekod
Invoice Resit Bil Buku Cek Baucer Buku Lejar / Dairi Mengkelaskan 5
Kump. Akaun Aku Lebih Memahami Hati Budimu Aset Liabiliti Modal
Hasil Belanja Imbangan Duga Penyata Pendapatan (Untung & Rugi)
Kunci Kira-Kira Penyata Kewangan Buku Tunai/Bank Lejar Am Buku
Penghutang Buku Pemiutang Senaraikan Baki Akaun: Item Aset
disebelah Debit Item Liabiliti disebelah Kredit Item Modal
disebelah Kredit Item Hasil disebelah Kredit Item Belanja disebelah
Debit Jumlah Debit = Jumlah Kredit Item Hasil & Belanja Item
Aset, Liabiliti & Modal T A T A C A R A P E R A K A U N A N 4.
Dwi Cemerlang Enterprise
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi
kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai.
Hakcipta Terpelihara 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 4
CARA MEREKOD CATITAN URUSNIAGA BUKU TUNAI Semua transaksi
perniagaan yang melibat tunai perlu direkodkan di dalam buku ini.
Catitan Debit(DT) dan Kredit(KT) untuk buku tunai adalah seperti
berikut: Dt Adalah semua jenis transaksi penambahan atau penerimaan
wang tunai sahaja Kt Adalah semua jenis pengurangan atau pembayaran
wang tunai sahaja Sebagai contoh: 1. Jualan barang secara tunai -
Item Debit 2. Modal tunai memulakan perniagaan - Item Debit 3.
Terima bayaran hutang secara tunai Item Debit 4. Bayar gaji pekerja
secara tunai Item Kredit 5. Belian barangan secara tunai Item
Kredit 6. Bayar hutang secara tunai Item Kredit BUKU BANK Semua
transaksi perniagaan yang melibatkan penggunaan Cek sesebuah Bank
akan direkodkan di dalam buku ini.Catitan Debit & Kredit adalah
sama seperti buku tunai tetapi yang membezakannya ialah semua
urusniaga hanya melibatkan bayaran atau penerimaan cek sahaja. BUKU
PENGHUTANG Sudah menjadi kebiasaan di dalam dunia perniagaan ini
untuk berurusniaga secara kredit atau hutang. Penghutang merupakan
pelanggan yang berhutang dengan perniagaan kita. Buku ini
diwujudkan adalah untuk mencatatkan butir-butir urusniaga pelanggan
yang berhutang. Apa yang terpenting sekali ialah seseorang peniaga
itu dapat mengetahui BAKI hutang bagi setiap pelanggannya.
Walaubagaimanapun semua peniaga adalah dinasihatkan agar cuba
mengelak daripada memberi hutang kepada para pelanggan. Catatan
Debit & Kredit adalah seperti berikut: Dt Penghutang Kt Jualan
5. Dwi Cemerlang Enterprise
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi
kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai.
Hakcipta Terpelihara 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 5 Di
dalam urusniaga kredit(hutang) hanya 2 akaun sahaja yanag akan
terlibat iaitu Akaun Penghutang dan Akaun Jualan sahaja. BUKU
PEMIUTANG Kadangkala seseorang peniaga mendapat kemudahan kredit
(hutang) daripada pembekal atau vendor. Tempoh kredit bergantung
kepada persetujuan antara pembekal dan peniaga. Kebanyakkannya
memberi tempoh 30 hari hingga 45 hari dari tempoh penerimaan oleh
peniaga. Buku pemiutang dapat menunjukkan jumlah BAKI hutang
seseorang peniaga dengan para pembekal. Catatan Debit & Kredit
adalah seperti berikut: Dt Belian Stok Kt Pemiutang Di dalam
urusniaga ini hanya 2 akau sahaja yang terlibat iaitu Akaun
Pemiutang dan akaun Belian Stok. LEJAR AM Lejar am juga dikenali
sebagai buku catatan rojak kerana semua jenis transaksi urusniaga
selain daripada Buku Tunai, Buku Bank, Buku Penghutang dan Buku
Pemiutang akan dicatatkan di dalam buku Lejar Am. Catatan Debit
& Kredit bagi lejar am adalah berlawanan dengan 4 buku yang
disebut tadi. Sebagai contohnya ialah Akaun Gaji Pekerja, Akaun
Jualan, Akaun Belian, Akaun Bil Telefon, Akaun sewa kedai dll.
Kesimpulan bagi transaksi Debit & Kredit di dalam Lejar Am
dapat dihuraikan seperti gambarajah di bawah: Lejar Am Debit Kredit
Buku Tunai dan Buku Bank DEBIT Penambahan atau Penerimaan KREDIT
Pengurangan atau Pembayaran Buku Penghutang (jualan Hutang) Debit
Buku Pemiutang (belian Hutang) Kredit 6. Dwi Cemerlang Enterprise
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi
kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai.
Hakcipta Terpelihara 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 6
Penerangan Anak Panah Merah menunjukkan pemindahan butir butir
penerimaan (Dt) dari buku tunai/bank ke bahaigian kredit lejar am.
Dt Buku Tunai/Bank Kt Lejar Am Anak Panah Pink menunjukkan
pemindahan butir butir pembayaraan (Kt) dari buku tunai/bank ke
bahagian debit lejar am. Dt Lejar Am Kt Buku Tunai/Bank Anak Panah
Biru menunjukkan butir butir belian stok secara kredit dari buku
pemiutang ke bahagian debit lejar am Dt Lejar Am (Akaun Belian
Stok) Kt Buku Pemiutang Anak Panah Hitam menunjukkan butir butir
jualan secara kredit dari buku penghutang ke bahagian kredit lejar
am Dt Buku Penghutang Kt Lejar Am (Akaun Jualan stok) 7. Dwi
Cemerlang Enterprise
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi
kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai.
Hakcipta Terpelihara 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 7
Contoh Catatan bergu (Debit & Kredit) : Encik Majid memulakan
perniagaan kedai barangan elektrik pada 10hb Mei 2005 dengan modal
permulaan sebanyak RM10,000 tunai. Berikut adalah
urusniaga-urusniaga yang berlaku sehingga 31hb Julai 2005. Tarikh
Keterangan 10/5 Modal Tunai Awal RM10,000 Sebelum sesuatu urusniaga
itu di buat catatan bergu, seseorang peniaga itu perlu mengetahui
apakah akaun yang terlibat pada sesuatu urusniaga. Jadi pada contoh
ini selepas dicongak didapati hanya Akaun Modal & Akaun Tunai
sahaja yang terlibat. Selepas itu peniaga itu perlu memastikan
akaun mana di sebelah debit & kredit. En. Majid telah melabur
RM10,000, ini bermakna perniagaan tersebut memiliki wang tunai
RM10,000. Setiap pertambahan Tunai kita akan debitkan Akaun Tunai.
Catatan bergu adalah seperti berikut: Dt Tunai 10,000 Kt Modal
10,000 (Buku Lejar Am) 15/5 Membeli perkakas kedai (Kerusi Meja
dll) RM3,000 Seseorang peniaga harus terus mencongak akaun apakah
yang terlibat. Akaun yang akan terlibat ialah Akaun Perkakas
Pejabat dan Akaun Tunai. Maka catatan bergunya adalah: Dt Perkakas
Perabot 3,000 (Buku Lejar Am) Kt Tunai 3,000 20/5 Membeli
Barang-barang jualan tunai RM5,000 Terus sahaja mencongak akaun apa
yang terlibat Dt Akaun Jualan 5,000 (Buku Lejar Am) Kt Tunai 5,000
25/5 Bayar Tambang kereta secara tunai RM100 Dari conggakan
pembayaran telah berlaku jadi Dt Akaun Tambang 100 (Buku Lejar Am)
Kt Tunai 100 28/5 Jualan tunai RM200 Dari conggakan penerimaan
tunai telah berlaku jadi Dt Tunai 200 Kt Buku Jualan 200 30/5
Jualan hutang kepada En. Hassan RM1,000 Apabila transaksi jualan
hutang berlaku, secara automatik hanya ada 2 akaun sahaja yang
terlibat iaitu Akaun penghutang dan akaun jualan. Untuk memudahkan
kita, Akaun Jualan hanya berada di sebelah Kredit sahaja, jadi
akaun penghutang mestilah di sebelah Debit. Dt Penghutang Hassan
1,000 Kt Akaun Jualan 1,000 8. Dwi Cemerlang Enterprise
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi
kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai.
Hakcipta Terpelihara 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 8
30/5 Bayar gaji pekerja secara tunai RM300 Apabila ada pembayaran
berlaku. Dt Akaun Gaji 300 Kt Tunai 300 1/6 Bayar sewa secara tunai
RM400 Apabila ada pembayaran berlaku. Dt Akaun Sewa 400 Kt Tunai
400 7/6 Bayar kursus Perakaunan secara tunai RM250 Apabila ada
pembayaran berlaku. Dt Akaun Kursus 250 Kt Tunai 250 10/6 Jualan
tunai RM5,500 Dari conggakan penerimaan tunai telah berlaku jadi Dt
Tunai 5,500 Kt Jualan 5,500 20/6 Beli barang jualan secara hutang
dengan Ah Seng RM7,000 Apabila berlaku belian secara hutang, hanya
ada 2 akaun sahaja yang terlibat iaitu akaun belian dan akaun
pemiutang. Untuk makluman, akaun belian semestinya dicatitkan hanya
di sebelah Debit sahaja. Jadi catitannya ialah: Dt Belian 7,000 Kt
Pemiutang Ah Seng 7,000 21/6 Beli perabot kedai secara tunai
RM1,200 Tunai dah keluar dari poket peniaga jadi Dt Pekakas perabot
1,200 Kt Tunai 1,200 22/6 Hassan bayar hutang secara tunai RM400
Ada penghutang dah bayar hutang pada peniaga, jadi tunai dah
diterima Dt Tunai 400 Kt Penghutang Hassan 400 25/6 Bayar lesen
perniagaan secara tunai RM200 Duit tunai dah keluar jadi Dt Akaun
Lesen 200 Kt Tunai 200 27/6 Bayar iklan secara tunai RM250 Duit
tunai dah berkurang lagi. Dt Akaun Belanja Iklan 250 Kt Tunai 250
30/6 Jualan hutang kepada Salmah RM2,500 Apabila ada sahaja jualan
hutang terus dapat dicongak bahawa hanya akaun 9. Dwi Cemerlang
Enterprise
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi
kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai.
Hakcipta Terpelihara 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 9
penghutang dan akaun jualan yang terlibat. Sebagaimana telah
diterangkan di atas akaun jualan semestinya di sebelah kredit. Dt
Akaun Penghutang Salmah 2,500 Kt Jualan 2,500 2/7 Bayar Bil
elektrik, air dan telefon secara tunai RM320 Duit keluar lagi.. Dt
Akaun Utiliti 320 Kt Tunai 320 3/7 Beli barang jualan secara hutang
dengan Sykt Raju RM2,000 Seperti yang berlaku pada 20/6 maka
catitannya seperti berikut Dt Pemiutang Sykt Raju 2,000 Kt Belian
2,000 5/7 Jualan tunai RM1,500 Duit masuk lagi. Dt Tunai 1,500 Kt
Jualan 1,500 8/7 Membuka akaun di BCB RM2,000 Di sini akaun bank
telah di buka dengan mengambil wang tunai sebagai deposit permulaan
membuka akaun bank. Jdi tunai berkurang tetapi akaun bank
bertambah. Dt Bank 2,000 Kt Tunai 2,000 10/7 Menerima pinjaman bank
daripada Maybank Berhad RM50,000. Ansuran sebulan RM1,000 selama
60bulan. Di sini bank yang memberi pinjaman dikategorikan sebagai
Liabiliti jangka panjang. Akaun bank bertambah jadi Dt Akaun Bank
50,000 Kt Akaun pinjaman Maybank 50,000 20/7 Membeli kenderaan
untuk kegunaan perniagaan dengan cek RM15,000 En Majid telah
membeli aset dengan mengurangkan baki di akaun bank jadi. Dt Akaun
Kenderaan 15,000 Kt Akaun Bank 15,000 21/7 Bayar hutang kepada Sykt
Raju dengan cek RM1,500 En. Majid membayar hutangnya kepada Sykt
Raju dan ini mengurangkan baki akaun bank. Dt Pemiutang Sykt Raju
1,500 Kt Akaun Bank 1,500 22/7 Bayar hutang kepada Ah Seng dengan
cek RM5,000 En. Majid mengurangkann lagi baki akaun bank beliau Dt
Pemiutang Sykt Hassan 5,000 Kt Akaun Bank 5,000 10. Dwi Cemerlang
Enterprise
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi
kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai.
Hakcipta Terpelihara 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 10
30/7 Salmah bayar hutang tunai Rm 2,000 Duit tunai bertambah bila
ada penghutang yang membayar hutangnya.. Dt Tunai 2,000 Kt
Penghutang Salmah RM 2,000 31/7 Bayar gaji pekerja secara tunai
RM500 Apabila ada pembayaran berlaku. Dt Akaun Gaji 2,000 Kt Tunai
2,000 31/7 Masukkan wang tunai ke dalam bank RM2,500 Duit tunai
berkurang tetapi baki akaun bank bertambah. Dt Bank 2,500 Kt Tunai
2,500 31/7 Bayar Sewa secara tunai RM400 Apabila ada pembayaran
berlaku. Dt Akaun Sewa 400 Kt Tunai 400 31/7 Bayar Ansuran Pinjaman
di Maybank Finance RM1,000 secara cek. Bagi pembayaran ansuran
pinjaman ada tiga lejar yang akan terlibat. 1. Akaun Pinjaman
(pokok Pinjaman) 2. Akaun Faedah di Bayar 3. Akaun Bank atau Tunai
Bagaimana cara merekod catatan beregu ini, Kita perlu mengira
berapakah bayaran pokok dan faedah pinjaman untuk sebulan dahulu:
Ansuran sebulan RM1,000 X 60 bulan = RM60,000 jumlah kena bayar
kepada Bank. Jumlah keseluruhan RM60,000 RM50,000 pokok pinjaman =
RM10,000 faedah pinjaman. Jadi; RM50,000 / 60 bulan = RM834 pokok
pinjaman sebulan dan RM10,000 / 60 bulan = RM166 faedah pinjaman
sebulan. Jadi, catatan beregunya adalah seperti berikut: Dt Akaun
Pinjaman Maybank Finance 834 Dt Akaun Faedah Pinjaman 166 Kt Akaun
Bank 1,000 31/7 Stok Akhir RM 9,000 Pengiraan stok akhir
kebiasaanya dilakukan setahun 2 kali sahaja, tetapi oleh kerana
kesibukan peniaga ianya dilakukan sekali setahun iaitu pada 31hb
Disember setiap tahun. Cara mengira jumlah nilai RM stok tersebut
adalah secara anggaran kuantiti produk dan di darab dengan harga
kos terakhir yang diperolehi dari pembekal barangan tersebut. Nota:
Pengiraan belanja susutnilai bagi perkakasas perabot 10% dan
kenderaan 20% Sila sediakan Imbangan Duga, Penyata Pendapatan dan
Kunci Kira-kira 11. Dwi Cemerlang Enterprise
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi
kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai.
Hakcipta Terpelihara 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 11
Tip: Untuk memudahkan akaun yang mana berada di debit atau di
kredit, kita hanya berpandukan kepada akaun tunai atau bank sahaja.
Jika penerimaan wang atau cek kita debitkan sahaja Akaun Tunai/Bank
dan secara automatik akaun yang satu lagi kita kreditkan. Samalah
juga jika sesautu pembayaran tunai atau cek dibuat, kita terus
sahaja mengkreditkan akaun tunai/bank dan mendebitkan akau yang
satu lagi. IMBANGAN DUGA Imbangan duga adalah senarai semua
baki-baki akaun sesebuah perniagaan bagi membuktikan kejituan
pengiraan dan pemindahan akaun yang sempurna. Ia digunakan sebagi
alat pengukur samada kemasukan debit dan kredit didalam buku
tunai/bank, buku penghutang, buku pemiutang dan lejar am adalah
betul. Imbangan duga tidak dianggap sebagai salah satu dari
keluarga penyata kewangan. Untuk mengetahui samada akaun-akaun yang
dibuat itu adalah betul, jumlah bahagian debit dan kredit mestilah
sama. Bagi penentuan baki akaun mana yang akan diletakkan di
bahagian debit atau kredit, sila rujuk gambarajah dibawah: PENYATA
PENDAPATAN Penyata pendapatan merupakan penyata yang menunjukkan
segala ringkasan hasil dan belanja bagi sesuatu tempoh perakaunan.
Ianya juga dikenali sebagai Penyata Untung Rugi. Kepentingan
penyata ini adalah : Mengetahui keuntungan atau kerugian sesuatu
perniagaan. Sebagai kayu pengukur mengkaji prestasi atau kemajuan
sesebuah perniagaan. Senaraikan Baki Akaun: Item Aset disebelah
Debit Item Liabiliti disebelah Kredit Item Modal disebelah Kredit
Item Hasil disebelah Kredit Item Belanja disebelah Debit Jumlah
Debit = Jumlah Kredit Aku Lebih Memahami Hati Budimu 12. Dwi
Cemerlang Enterprise
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi
kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai.
Hakcipta Terpelihara 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 12
Memberitahu pemegang syer atau rakan kogsi mengenai keupayaan dan
keuntungan perniagaan. Memudahkan pengiraan Zakat atau Cukai
Pendapatn sesebuah perniagaan. Di dalam penyata ini kita akan dapat
melihat 2 daripada 5 kumpulan akaun bergabung untung pengiraan
Untung Bersih sesuatu perniagaan. 2 kumpulan itu ialah Hasil dan
Belanja. Semua jumlah Hasil atau jumlah jualan tunai atau kredit
digabungkan dan di tolak dengan Kos Barang Dijual yang akan
menghasilkan Untung Kasar. Selepas itu Untung Kasar akan ditolak
dengan semua perbelanjaan operasi, pentadbiran dan kendalian, maka
akan menghasilkan Untung atau Rugi Bersih. Tip Salah satu item
perbelanjaan yang selalu dilupakan ialah belanja Susutnilai. Apakah
Susunilai? Susutnilai adalah disebabkan keusangan dan kehausan
sesuatu aset yang digunakan bagi memudahkan urusan perniagaan.
Selain darip aspek keusangan, ciptaan-ciptaan teknologi baru juga
adalah antara punca sesuatu aset itu tidak praktikal lagi untuk
digunakan. Contohnya seperti komputer yang dianggap tidak ada nilai
lagi selepas 2 tahun digunakan kerana kepantasan teknologi mencipta
perisian yang baru. Peratus pengiraan susutnilai adalah mengikut
jenias aset tersebut. Contoh peratus susutnilai yang digunakan
dalam Sistem Perakaunan di Malaysia adalah seperti berikut: 1.
Kenderaan 20% atau 5 tahun 2. Bangunan Kekal 2% atau 50 tahun 3.
Komputer dan Pencetak 50% atau 2 tahun 4. Perabot dan Perkakasan
Pejabat 15% atau 6 tahun Kaedah pengiraan yang paling kerap
digunakan ialah Kaedah Garis Lurus. Kaedah ini menunjukkan belanja
susutnilai adalah sama setiap tahun mengikut ketahanan harta.
Contoh Kiraan. En. Ahmad membeli kereta untuk kegunaan perniagaan
pada bulan Julai 2005 dengan harga RM40,000, sila kira susutnilai
degan kaedah Garis Lurus. Peratus sustnilai 20% setahun: Tahun
Harga Kos Susutnilai Susutnilai Terkumpul Nilai Aset Bersih 1
40,000 8,000 8,000 32,000 2 40,000 8,000 16,000 24,000 3 40,000
8,000 24,000 16,000 4 40,000 8,000 32,000 8,000 5 40,000 7,999
39,999 1 13. Dwi Cemerlang Enterprise
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi
kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai.
Hakcipta Terpelihara 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 13
Mengikut kaedah garis lurus, belanja susutnilai adalah sama setiap
tahun dan pengiraan nilai aset bersih adalah dengan formula
berikut: Nilai Aset Bersih = Harga Kos Aset Susutnilai Terkumpul
Pada tahun kelima nilai bersih aset menunjukkan baki sebanyak
RM1.00. Ini menunjukkan aset tersebut masih digunakan untuk
kegunaan perniagaan. Jika pada tahun kelima aset tersebut telah di
jual maka barulah boleh untuk kita meletakkan nilai sifar. KUNCI
KIRA-KIRA Kunci Kira-Kira merupakan satu penyata yang menunjukkan
jumlah 3 kumpulan akaun iaitu Aset, Liabiliti dan Modal/Ekuiti
Pemilik yang telah pun diterangkan sebelum ini pada mukasurat 2.
Semua format penyata seperti Imbangan Duga, Penyata Pendapatan dan
Kunci Kira-kira boleh dirujuk pada file excel Penyata Kewangan
Kewangan Perniagaan. PENUTUP Hasrat kami agar tuan puan telah pun
mendapat sedikt maklumat mengenai bagaimana satu set penuh penyata
kewangan dapat disediakan. Penyata yang terpenting adalah Penyata
Pendapatan. Harapan kami agar pihak tuan puan dapat menyiapkan
penyata kewangan ini pada setiap tahun agar memudahkan kita membuat
kiraan membayar zakat dan cukai. Tuan puan juga adalah dinasihatkan
membuat rujukan tambahan daripada buku perakaunan dan juga tunjuk
ajar dari mereka yang terlatih dalam bidang perakaunan untuk
mendapat gambaran yang lebih jelas di dalam penyediaan sistem
perakaunan ini. Tahniah! diucapkan kepada tuan puan kerana berani
untuk mengubah cara pentadbiran dan pengurusan perniagaan kepada
yang lebih sistematik. 14. Dwi Cemerlang Enterprise
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi
kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai.
Hakcipta Terpelihara 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 14
PANDUAN MENGGUNAKAN FILE PEYATA PERAKAUNAN KEWANGAN (MICROSOFT
EXCEL) Klik dua kali pada ikon di bawah di dalam CD-Rom yang anda
perlolehi. Tip Sebelum anda memasukkan data urusniaga anda sila
patikan anda menyimpan (save) dahulu file Penyata Kewanagn
Perakaunan ini di desktop komputer anda. Selepas anda membuka file
tersebut savekan dulu dengan menukar nama file dengan menggunakan
menu Save as: Anda pelu membuat salinan master agar ianya boleh
digunakan untuk perniagaan lain anda. Kemasukan data transaksi
perniagaan anda adalah seperti contoh di bawah: Tarikh Keterangan
10/5 Modal Tunai Awal RM10,000 15/5 Membeli perkakas kedai (Kerusi
Meja dll) RM3,000 20/5 Membeli Barang-barang jualan secara tunai
RM5,000 25/5 Bayar Tambang kereta secara tunai RM100 28/5 Jualan
tunai RM200 30/5 Jualan hutang kepada En. Hassan RM1,000 30/5 Bayar
gaji pekerja secara tunai RM300 1/6 Bayar sewa secara tunai RM400
7/6 Bayar kursus Perakaunan secara tunai RM250 10/6 Jualan tunai
RM5,500 20/6 Beli barang jualan secara hutang dengan Ah Seng
RM7,000 21/6 Beli perabot kedai secara tunai RM1,200 22/6 Hassan
bayar hutang secara tunai RM400 15. Dwi Cemerlang Enterprise
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi
kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai.
Hakcipta Terpelihara 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 15
25/6 Bayar lesen perniagaan secara tunai RM200 27/6 Bayar iklan
secara tunai RM250 30/6 Jualan hutang kepada Salmah RM2,500 2/7
Bayar Bil elektrik, air dan telefon secara tunai RM320 3/7 Beli
barang jualan secara hutang dengan Sykt Raju RM2,000 5/7 Jualan
tunai RM1,500 8/7 Membuka akaun di BCB RM2,000 10/7 Menerima
pinjaman bank daripada Maybank Berhad RM50,000. Ansuran sebulan
RM1,000 selama 60bulan. 20/7 Membeli kenderaan untuk kegunaan
perniagaan dengan cek RM15,000 22/7 Bayar hutang kepada Sykt Raju
dengan cek RM1,500 21/7 Bayar hutang kepada Ah Seng dengan cek
RM5,000 30/7 Salmah bayar hutang tunai Rm 2,000 31/7 Bayar gaji
pekerja secara tunai RM500 31/7 Masukkan wang tunai ke dalam bank
RM2,500 31/7 Bayar Sewa secara tunai RM400 31/7 Bayar Ansuran
Pinjaman di Maybank Finance RM1,000 secara cek. 31/7 Stok Akhir RM
9,000 Nota: Pengiraan belanja susutnilai bagi perkakasas perabot
10% dan kenderaan 20% Sila sediakan Imbangan Duga, Penyata
Pendapatan dan Kunci Kira-kira CONTOH KEMASUKAN DATA: Kemasukan
transaksi PENERIMAAN TUNAI. 10/5 Modal Tunai Awal RM10,000 28/5
Jualan tunai RM200 Pastikan jumlah yang anda masukkan pada column
Tunai SAMA dengan column Modal Tunai. Sila praktikkan perkara ini
untuk semua transaksi. 16. Dwi Cemerlang Enterprise
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi
kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai.
Hakcipta Terpelihara 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 16
Kemasukan transaksi PEMBAYARAN TUNAI 15/5 Membeli perkakas kedai
(Kerusi Meja dll) RM3,000 20/5 Membeli Barang-barang jualan secara
tunai RM5,000 25/5 Bayar Tambang kereta secara tunai RM100 30/5
Bayar gaji pekerja secara tunai RM300 17. Dwi Cemerlang Enterprise
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi
kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai.
Hakcipta Terpelihara 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 17
Kemasukan transaksi PENERIMAAN BANK 10/7 Menerima pinjaman bank
daripada Maybank Berhad RM50,000. Ansuran sebulan RM1,000 selama
60bulan. 8/7 Membuka akaun di BCB RM2,000 Jika hanya melibatkan
pemindahan tunai untuk di simpan di akaun bank perniagaan sendiri,
kemasukan transaksi hanya di column Bank sahaja. Begitulah juga
jika pengeluaran tunai dari bank untuk kegunaan perniagaan. 18. Dwi
Cemerlang Enterprise
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi
kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai.
Hakcipta Terpelihara 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 18
Kemasukan transaksi PEMBAYARAN BANK Bagi pembayaran hutang kepada
PEMIUTANG secara tunai atau cek, dalam Buku pembayaran Bank atau
Tunai sila catatkan seperti di atas. Dan yang selebihnya sila
catatkan pada buku pemiutang seperti di bawah. Setiap kali ada
pembelian hutang dari pembekal, anda dikehendaki memasukkan data di
dalam Buku Pemiutang seperti diatas. Jika ada pembelian hutang yang
baru sila masukkan data pada ruangan Item 20/7 Membeli kenderaan
untuk kegunaan perniagaan dengan cek RM15,000 Sila catitkan nombor
cek anda di sini. Di tunggul cek (Cek butt) juga anda dikehendaki
mencatitkan jumlah dan kepada siapa ianya di bayar. 20/6 Beli
barang jualan secara hutang dengan Ah Seng RM7,000 22/7 Bayar
hutang kepada Sykt Raju dengan cek RM1,500 21/7 Bayar hutang kepada
Ah Seng dengan cek RM5,000 3/7 Beli barang jualan secara hutang
dengan Sykt Raju RM2,000 19. Dwi Cemerlang Enterprise
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi
kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai.
Hakcipta Terpelihara 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 19
dan Harga Belian. Jika ada bayaran hutang sila masukkan data pada
ruangan Item, Tarikh Bayaran dan Tunai atau Cek. Bayaran Pinjaman
pula ada dua lejar yang terlibat iaitu Buku Pembayaran Bank dan
Penyata pembayar Pinjaman : 31/7 Bayar Ansuran Pinjaman di Maybank
Finance RM1,000 secara cek. 10/7 Menerima pinjaman bank daripada
Maybank Berhad RM50,000. Ansuran sebulan RM1,000 selama 60bulan.
20. Dwi Cemerlang Enterprise
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi
kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai.
Hakcipta Terpelihara 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 20
Catatan Merekod Penghutang Perniagaan Setiap kali ada Jualan hutang
dari pelanggan, anda dikehendaki memasukkan data di dalam Buku
Penghutang seperti diatas. Andai terdapat ulangan jualan hutang
yang baru sila masukkan data pada ruangan Item dan Harga Jual. Jika
ada bayaran hutang sila masukkan data pada ruangan Item, Tarikh
Bayaran dan Tunai atau Cek. 30/5 Jualan hutang kepada En. Hassan
RM1,000 22/6 Hassan bayar hutang secara tunai RM400 21. Dwi
Cemerlang Enterprise
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi
kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai.
Hakcipta Terpelihara 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 21
Pengiraan Belanja Susutnilai. Anda perlu memasukkan jumlah
urusniaga pada ruangan Kos Aset dan % Susutnilai Setahun sahaja.
Yang lainnya akan dikira secara automatik oleh komputer. 22. Dwi
Cemerlang Enterprise
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi
kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai.
Hakcipta Terpelihara 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 22
Penerangan mengenai Penyata Kewangan. Klik 2 kali pada ikon ini dan
satu lembaran kerja Excel akan muncul seperti di bawah: Buku Tunai
Buku Bank Buku Penghutang Buku Pemiutang Lejar Bayaran Lejar
Pinjaman Susutnilai Penyata Kewangan : Pendapatan & Kunci Kira
Kira 23. Dwi Cemerlang Enterprise
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi
kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai.
Hakcipta Terpelihara 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 23
Contoh Penuh Kemasukan Data Urusniaga: Tarikh Keterangan 10/5 Modal
Tunai Awal RM10,000 15/5 Membeli perkakas kedai (Kerusi Meja dll)
RM3,000 20/5 Membeli Barang-barang jualan secara tunai RM5,000 25/5
Bayar Tambang kereta secara tunai RM100 28/5 Jualan tunai RM200
30/5 Jualan hutang kepada En. Hassan RM1,000 30/5 Bayar gaji
pekerja secara tunai RM300 1/6 Bayar sewa secara tunai RM400 7/6
Bayar kursus Perakaunan secara tunai RM250 10/6 Jualan tunai
RM5,500 20/6 Beli barang jualan secara hutang dengan Ah Seng
RM7,000 21/6 Beli perabot kedai secara tunai RM1,200 22/6 Hassan
bayar hutang secara tunai RM400 25/6 Bayar lesen perniagaan secara
tunai RM200 27/6 Bayar iklan secara tunai RM250 30/6 Jualan hutang
kepada Salmah RM2,500 2/7 Bayar Bil elektrik, air dan telefon
secara tunai RM320 3/7 Beli barang jualan secara hutang dengan Sykt
Raju RM2,000 5/7 Jualan tunai RM1,500 8/7 Membuka akaun di BCB
RM2,000 10/7 Menerima pinjaman bank daripada Maybank Berhad
RM50,000. Ansuran sebulan RM1,000 selama 60bulan. 20/7 Membeli
kenderaan untuk kegunaan perniagaan dengan cek RM15,000 22/7 Bayar
hutang kepada Sykt Raju dengan cek RM1,500 21/7 Bayar hutang kepada
Ah Seng dengan cek RM5,000 30/7 Salmah bayar hutang tunai Rm 2,000
31/7 Bayar gaji pekerja secara tunai RM500 31/7 Masukkan wang tunai
ke dalam bank RM2,500 31/7 Bayar Sewa secara tunai RM400 31/7 Bayar
Ansuran Pinjaman di Maybank Finance RM1,000 secara cek. 31/7 Stok
Akhir RM 9,000 Nota: Pengiraan belanja susutnilai bagi perkakasas
perabot 10% dan kenderaan 20% Sila sediakan Imbangan Duga, Penyata
Pendapatan dan Kunci Kira-kira 24. Dwi Cemerlang Enterprise
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi
kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai.
Hakcipta Terpelihara 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 24
Catatan dalam Penerimaan Buku Tunai 25. Dwi Cemerlang Enterprise
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi
kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai.
Hakcipta Terpelihara 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 25
Catatan dalam Penerimaan Buku Bank 26. Dwi Cemerlang Enterprise
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi
kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai.
Hakcipta Terpelihara 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 26
Catatan dalam Pembayaran Buku Tunai 27. Dwi Cemerlang Enterprise
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi
kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai.
Hakcipta Terpelihara 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 27
Catatan dalam Pembayaran Buku Bank 28. Dwi Cemerlang Enterprise
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi
kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai.
Hakcipta Terpelihara 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 28
Catatan dalam Buku Pemiutang 29. Dwi Cemerlang Enterprise
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi
kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai.
Hakcipta Terpelihara 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 29
Catatan dalam Buku Penghutang 30. Dwi Cemerlang Enterprise
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi
kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai.
Hakcipta Terpelihara 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 30
Catatan pada Lejar Pembayaran Pinjaman 31. Dwi Cemerlang Enterprise
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi
kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai.
Hakcipta Terpelihara 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 31
Catatan pada Imbangan Duga. Anda tidak perlu memasukkan data pada
Penyata ini. Kemasukan data akan dibuat secara automatik oleh
komputer. 32. Dwi Cemerlang Enterprise
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi
kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai.
Hakcipta Terpelihara 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 32
Catatan pada Penyata Pendapatan. Anda tidak perlu memasukkan data
pada Penyata ini. Kemasukan data akan dibuat secara automatik oleh
komputer. HANYA PERLU MEMASUKKAN JUMLAH STOK AKHIR SECARA MANUAL
KERANA IANYA PERLU DITENTUKAN OLEH TUAN/PUAN PADA SETIAP HUJUNG
BULAN DENGAN MEMBUAT KIRAAN PADA HARGA KOS BARANG AN ITU DIBELI.
Catatan pada Kunci Kira-Kira Jumlah Stok Akhir pada 31 Julai ialah
RM9,000.00 33. Dwi Cemerlang Enterprise
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi
kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai.
Hakcipta Terpelihara 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 33
Anda tidak perlu memasukkan data pada Penyata ini. Kemasukan data
akan dibuat secara automatik oleh komputer. HANYA JUMLAH BERSIH
NILAI ASET TETAP PERLU DIMASUKKAN SECARA MANUAL PADA
KUNCI-KIRA-KIRA TERSEBUT. Jumlah kedua-dua nilai bersih asset tetap
ini diambil daripada lejar pengiraan susutnilai atau sheet Beli
Aset pada mukasurat 21.