[email protected]_ipg kbm PENGENALAN KEPADA SISTEM DIGESTIF 1. Sistem pencernaan manusia terdiri daripada salur alimentari yang bermula di mulut dan berakhir di dubur. Bahagian-bahagian dalam system pencernaan manusia ialah a) mulut b) esophagus c) perut d) jejunum - duodenum ( usus kecil ) e) ileum ( usus kecil ) f) usus besar ( sekum,kolon,rectum ) 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
1. Sistem pencernaan manusia terdiri daripada salur alimentari yang bermula di mulut dan berakhir di dubur.
Bahagian-bahagian dalam system pencernaan manusia ialaha) mulutb) esophagusc) perutd) jejunum - duodenum ( usus kecil )e) ileum ( usus kecil )f) usus besar ( sekum,kolon,rectum )
Pencernaan melibatkan proses fizikal dan proses kimia.Proses fizikal melibatkan pengunyahan makanan oleh gigi kepada butir yang lebih kecil untuk menambahkan luas permukaan bagi tindakan enzim dan peristalsis untuk menggerakkan makanan dalam salur alimentary.
[email protected]_ipg kbmProses kimia melibatkan penguraian molekul kompleks dalam makanan kepada molekul ringkas hidrolisis dan melibatkan enzim.
Fungsi sistem digestif ialah memecahkan makanan kepada unit-unit yang ringkas untuk diserap ke dalam darah untuk kegunaan aktiviti sel. Selain itu mengkumuhkan sisa pencernaan sebagai bahan najis .
Makanan digerakkan disepanjang esophagus melalui tindakan peristalsis. Otot pada dinding esophagus mengecut dan mengendur secara beritma untuk membolehkan bolus makanan bergerak dalam esophagus sehingga sampai ke perut.
b) Perut / Gaster
Kelenjar gaster pada dinding perut merembeskan jus gaster.
Jus gaster mengandungi asid hidroklorik cair, enzim pepsin dan enzim rennin.
Dalam perut, tindakan peristalsis berlaku untuk mengisarkan dan mencampurkan makanan dengan gaster.
Fungsi asid hidroklorik adalah untuk a) menyediakan medium berasid untuk tindakan
enzim rennin dan pepsin secara optimumb) memusnahkan bacteria dalam makananc) menghentikan tindakan enzim amilase.
1. Karbohidrat merupakan sebatian organik yang terdiri daripada unsur karbon,hydrogen dan oksigen.Selain itu, karbohidrat juga meruapakan sumber utama tenaga.
2. Keperluan karbohidrat dalam diet harian ialah 50% - 60% kalori
3. Dalam tubuh badan, karbohidrat disimpan dalam bentuk glukos (dalam darah) dan glikogen (dalam otot dan hati).
4. karbohidrat berfungsi sebagai sumber tenaga dan haba. ia menolong mengekalkan tahap glukosa darah.
5. Karbohidrat juga menolong mengawal kolesterol dan kegemukkan serta membantu pencernaan dan penyerapan nutrien.
6. Individu yang aktif dalam aktiviti fizikal memerlukan lebih kurang 60 – 65% tenaga daripada karbohidrat.
7. Pengambilan karbohidrat ialah 30 kalori bagi setiap kilogram berat badan.
8. Karbohidrat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu monosakarida,disakarida dan polisakarida.
[email protected]_ipg kbma) merupakan gula ringkas b) monomer ( unit asas ) karbohidrat ialah
monosakarida seperti glukosa,fruktosa dan galaktosa.
4. Disakaridaa) Merupakan gula kompleksb) Terbentuk daripada dua molekul monosakarida yang bergabung secara kimia melalui kondensasi dengan penyingkiran satu molekul air.
c) Contoh sakarida ialah sukrosa ( gula tebu ), maltosa ( gula mal daripada bijirin bercambah ) dan laktosa ( gula susu ).
5. Polisakaridaa) Contoh polisakarida ialah kanji,selulosa dan glikogen.
12
Monosakarida
Glukosa Terdapat dalam anggur,bawang dan jagung manis
FruktosaAdalah gula dalam madu dan buah-buahan manis
1. Protein merupakan bahan organic yang terdiri daripada unsur sulphur,nitrogen dan fosforus selain karbon,hydrogen dan oksigen.
2. Protein penting kerana ia mengandungi 9 asid amino esential dan keperluannya adalah antara 10-12% daripada jumlah kalori.
3. Keperluan protein normal ialah 0.8-1.0 gm/kg berat badan.
4. Apabila dua asid amino bergabung, ia dikenali sebagai dipeptida dan jika lebih dari dua, dipanggil polipeptida.
5. Protein boleh didapati dari daging, hasil tenusu, kekacang dan juga tumbuhan seperti brokoli dan lobak merah.
Lemak
1. Secara am, fungsi lemak adalah untuk membekalkan tenaga bagi proses metabolisme.
2. Lemak membekalkan tenaga, penting untuk penyerapan protein larut minyak , untuk membina struktur membran sel, sintesis hormon, insulasi dan melindungi organ dalaman.
3. Majoriti trigliserida disimpan dalam tisu adipos. Trigliserida akan diuraikan menjadi asid lemak dan gliserol yang dapat menghasilkan tenaga.
4. Semasa rehat, lebih kurang 60% dari tenaga kita dibekalkan oleh proses metabolisme lemak.
5. Orang dewasa memerlukan 10-15% kalori yang berasaskan lemak.
6. Atlit memerlukan 15-25% kalori dari lemak dalam diet harian sebagai simpanan tenaga semasa latihan