SISTEM OTOT Manusia direka untuk bergerak. Pergerakan tubuh badan manusia berlaku hasil daripada gabungan sistem rangka dan otot. Pergerakan dihasilkan oleh penguncupan dan pemanjangan otot. Komponen Sistem Rangka i. Fiber otot Merupakan sel-sel otot Sel-sel otot berbentuk panjang, silinder dan banyak nuklues. Berjalur dan bersaiz besar. Diameter diantara 10-100 µm Panjang sehingga 40cm. Rajah 1: Fiber Otot
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
SISTEM OTOT
Manusia direka untuk bergerak. Pergerakan tubuh badan manusia berlaku hasil daripada gabungan sistem rangka dan otot. Pergerakan dihasilkan oleh penguncupan dan pemanjangan otot.
Komponen Sistem Rangka
i. Fiber otot Merupakan sel-sel otot
Sel-sel otot berbentuk panjang, silinder dan banyak nuklues.
Berjalur dan bersaiz besar.
Diameter diantara 10-100 µm
Panjang sehingga 40cm.
Rajah 1: Fiber Otot
ii. Tisu penghubung
Endomisium
Setiap fiber otot dilitupi selaput tisu penghubung halus yang dikenali sebagai endomisium
Perimisium
Perimisium adalah membran berserat yang menyaluti beberapa fiber otot bagi membentuk berkas fiber otot yang dikenali sebagai fasikel
Epimisium
Keseluruhan badan otot yang terdiri daripada fasikel-fasikel ini disaluti tisu penghubung kasar yang dikenali sebagai epimisium
Rajah 2: Tisu-tisu Penghubung
iii. Tendon
2
Tisu fiber kolagen yang melekatkan otot kepada tulang Tendon tidak begitu kenyal Ia menghasilkan daya ketegangan yang tinggi Tendon yang lebar di panggil aponeurosis
iv. Ligamen Tisu berfiber yang menyambungkan dua atau lebih tulang atau rawan
yang boleh bergerak.
Ligamen berfungsi untuk mengekal dan menetapkan tulang pada kedudukannya serta membolehkan pergerakan pada sendi.
v. Kartilej Tisu lembut tetapi kuat, elastik dan tiada saluran darah. Kartilej menyaluti
hujung-hujung tulang yang membentuk sendi.
Berfungsi untuk melindungi tulang daripada haus apabila bergeseran antara sendi dan sebagai penyerap apabila berlaku hentakanpada tulang.
Rajah 3: Tendon, Ligamen dan Kartilej
3.2 Fungsi Otot
3
i. Menghasilkan pergerakan
Penguncupan otot rangka menghasilkan pergerakan seperti berjalan dan menulis.
ii. Mengekalkan postur
Otot memberi bentuk pada manusia menyokong tubuh badan dan mengekalkan postur.
iii. Menstabilkan sendi
Selain menarik tulang-tulang untuk menghasilkan pergerakan, otot-otot juga membantu menstabilkan sendi-sendi rangka.
iv. Menghasilkan haba
Sel-sel badan menghasilkan haba sebagai aktiviti sampingan otot. Haba penting bagi mengekalkan suhu normal badan. Otot rangka menghasilkan kebanyakan haba pada badan memandangkan 40% jisim badan terdiri daripada otot rangka.
3.3 Jenis-Jenis Otot
Terdapat tiga jenis otot iaitu otot rangka, kardiak dan licin. Otot-otot ini dapat dibezakan berdasarkan lokasi, struktur dan fungsinya.
Rajah 4: Jenis-jenis Ototi. Otot Rangka
4
Rajah 5: Sel otot rangka
Rajah 6: Sel otot Rangka
Ciri-ciri Huraian
Lokasi Melekat pada tulang atau kulit
Bentuk Sel Tunggal, panjang dan berjalur
Kekerapan Kontraksi Terkawal dan dikawal oleh sistem saraf
Kelajuan Kontraksi Dari perlahan ke cepat
Rentak Kontraksi Tiada
ii. Otot Kardiak
5
Rajah 7: Sel otot kardiak
Rajah 8: Otot Kardiak
Ciri-ciri Huraian
Lokasi Dinding jantung
Bentuk Sel Berangkai dan berjalur
Kekerapan Kontraksi Luar kawal dan diikawal oleh perentak jantung.
Kelajuan Kontraksi Perlahan
Rentak Kontraksi Ada
iii. Otot Licin
6
Rajah 9: Sel otot Licin
Rajah 10 Rajah 11
Ciri-ciri Huraian
Lokasi Dinding organ viseral seperti perut, pundi kencing dan
saluran jantung
Bentuk Sel Tunggal dan tidak berjalur
Kekerapan Kontraksi Luar kawal dan dikawal oleh sistem saraf, hormon,
bahan kimis dan regangan.
Kelajuan Kontraksi Sangat perlahan
Rentak Kontraksi Ada pada otot-otot tertentu sahaja
3.4 Ciri-ciri Otot
i. Kebolehujaan
7
kemampuan otot untuk menerima dan bertindak balas terhadap
rangsangan yang diterima.
ii.Kebolehkucupan keupayaan otot menguncup atau memendek apabila menerima
rangsangan.
iii. Kebolehpanjangan keupayaan otot untuk meregang atau memanjang melebihi asal.
iv. Kebolehanjalan keupayaan otot untuk kembali semula ke keadaan asal selepas
meregang atau menguncup.
3.5 Jenis-jenis otot rangka
8
Otot rangka terbahagi kepada dua jenis iaitu:
i. Otot aksial Otot aksial terletak dan melekat pada paksi tulang rangka seperti