SISTEM OLAHAN AIR SISA DOMESTIK 1.0 PENGENALAN Air sisa boleh didefinasikan sebagai sebarang air atau cecair yang mengandungi kekotoran atau pencemaran dalam bentuk pepejal, cecair atau gas mahupun kombinasi kesemuanya yang akan memudaratkan sekiranya ianya dilepaskan ke alam sekitar. Terdapat dua jenis air sisa iaitu air sisa domestik dan juga air sisa industri. Dalam tugasan ini, akan ditumpukan pada sistem olahan air sisa domestik. Air sisa hendaklah dirawat sebelum ianya dilepaskan ke persekitaran bagi tujuan untuk mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit yang disebabkan oleh organisma-organisma patogen yang ada di dalam air sisa tersebut. Selain itu, dengan adanya olahan air sisa ini ianya akan dapat mencegah pencemaran air permukaan dan juga air bumi.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
SISTEM OLAHAN AIR SISA DOMESTIK
1.0 PENGENALAN
Air sisa boleh didefinasikan sebagai sebarang air atau cecair yang mengandungi
kekotoran atau pencemaran dalam bentuk pepejal, cecair atau gas mahupun kombinasi
kesemuanya yang akan memudaratkan sekiranya ianya dilepaskan ke alam sekitar. Terdapat dua
jenis air sisa iaitu air sisa domestik dan juga air sisa industri. Dalam tugasan ini, akan
ditumpukan pada sistem olahan air sisa domestik.
Air sisa hendaklah dirawat sebelum ianya dilepaskan ke persekitaran bagi tujuan untuk
mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit yang disebabkan oleh organisma-organisma
patogen yang ada di dalam air sisa tersebut. Selain itu, dengan adanya olahan air sisa ini ianya
akan dapat mencegah pencemaran air permukaan dan juga air bumi.
Loji rawatan air sisa
2.0 AIR SISA DOMESTIK
Air sisa domestik merupakan air sisa yang dijana oleh manusia dan dilepaskan daripada
perumahan, bangunan komersial, bangunan institusi bagi suatu bandar dimana air sisa yang
dilepaskan akan dikumpulkan oleh sistem pembentungan. Air sisa domestik ini terdiri daripada
sisa buangan daripada dapur, air basuhan daripada aktiviti membasuh pakaian, sisa yang
dikeluarkan daripada tubuh manusia seperti air kencing dan najis dan sebagainya.
Air sisa domestik merangkumi dua komponen utama iaitu air sisa domestk hitam di mana
ianya terhasil daripada najis dan air kencing. Komponen yang kedua ialah air domestik kelabu di
mana terdiri daripada air mandian, air yang dihasilkan dari dapur dan air daripada pencucian
pakaian. Kadangkala, ia juga mungkin mengandungi sedikit air sisa daripada industri kecil dan
juga pertanian yang dilepaskan ke dalam sistem pembentungan dan oleh yang demikian ianya
akan bercampur dengan air sisa domestik. Air sisa dirawat atau diolah dengan cara membekalkan
oksigen supaya bakteria dapat menjadikan air sisa tersebut sebagai sumber makanan.
Air Sisa + Oksigen bakteria air sisa yag telah dirawat + Bakteria baru
Air sisa domestik daripada rumah
Terdapat empat faktor yang boleh mempengaruhi kualiti aliran keluar (effluent) air sisa
domestic. Faktor-faktor tersebut adalah :
i. Jenis sistem olahan yang diberikan
ii. Kualiti sumber air sisa domestik
iii. Kualiti dan kuantiti pelepasan air sisa domestik
iv. Penyusupan ke dalam sistem pembentungan
Air sisa domestic terdiri daripada 99.9% air dan 1% pepejal organic dan bukan organik
dalam bentuk terapung, terampai, koloid dan terlarut. Lebih kurang 70% daripada kandungan
pepejal bukan organik dalam air sisa domestic terdiri daripada lemak, protein dan karbohidrat.
Manakala 30% yang lain terdiri daripada bahan bukan organic iaitu kersik, logam dan garam.
Protein dan karbohidrat merupakan sumber makanan dan tenaga utama bagi pembiakan bakteria
Oleh yang demikian, kandungan air sisa adalah berbahaya kerana mengandungi pelbagai
jenis bakteria dan organisma yang bersifat patogenik. Namun, sebahagian daripada bakteria
tersebut bersifat tidak patogenik terhadap orang ramai malahan ianya amat berguna dalam
pereputan bahan organic agar dapat mengurangkan potensi air sisa domestic dalam pencemaran
sumber air.
Komposisi najis dan air kencing manusia
3.0 PERINGKAT RAWATAN AIR SISA
Tahap rawatan air sisa domestik mempunyai operasi-operasi unit. Operasi-operasi unit ini
melibatkan rawatan permulaan air sisa, rawatan utama air sisa, rawatan sekunder air sisa dan
rawatanperingkat tinggi air sisa.
i. Rawatan permulaan air sisa
Ianya ditakrifkan sebagai penyingkiran unsur-unsur kumbahan yang mungkin
menyebabkan masalah-masalah penyelenggaraan atau operasi-operasi rawatan.
Rawatan permulaan melibatkan pemeriksaan dan pengisaran untuk penyingkiran
serpihan , penyingkiran batu halus menerusi pemendapan dan juga penyingkiran
minyak dan gris menerusi proses pemgapungan
ii. Rawatan utama air sisa
Melibatkan proses pemeriksaan dan pemendapan yang akan menyingkirkan pepejal
terapung dan bahan organic. Efluen daripada rawatan utama akan mengandungi
kandungan pepejal terapung atau bahan organic yang tinggi.
iii. Rawatan sekunder
Tertumpu kepada penyingkiran bahan organik terbiodegrasi dan pepejal terapung dan
kebanyakannya menggunakan proses unit-unit biologi
Kebuk kersik
Penyaringan
Tangki pemendapan
iv. Rawatan peringkat tinggi air sisa
Rawatan peringkat tinggi kumbahan melibatkan penyingkiran nutrien-nutrien, bahan-
bahan toksik termasuk logam-logam berat dan penyingkiran seterunya bagi bahan
organik dan pepejal terapung. Efluen daripada rawatan peringkat tinggi adalah
berpiawaian tinggi dan sesuai untuk diguna semula. Di Malaysia, masih belum ada
rancangan untuk membina sistem-sistem rawatan peringkat tinggi. Tumpuan
Tangki pengudaraa
n
Tangki pemendapan sekunder
Pembasmian kuman
diberikan untuk menyediakan piawaian asas untuk rawatan permulaan, utama dan
sekunder.
Pengaliran
masuk
kumbahan
Rawatan
Permulaan
Rawatan
Utama
Rawatan
Sekunder
Rawatan
Peringkat
Tinggi
Pelepasan
efluen
Pemeriksaan Pemendapan Enapcemar
teraktif
Penurasan
Penyingkiran
batu-batu
halus
Pengapungan Penurasan bio Penyahjangkita
n
tangki gris Pemendapan Kolam-kolam
peringkat tinggi
Pra-
pengudaraan
pengukuran
aliran
Keseimbangan
aliran
Penyingkiran
kain buruk,
sampah sarap,
batu-batu
halus, minyak,
gris
Penyingkiran
bahan-bahan
terapung dan
termendap
Rawatan
biologi untuk
menyingkirkan
bahan organik
dan pepejal
terapung
Rawatan biologi
dan kimia untuk
menyingkirkan
nutrien dan
patogen
Peringkat rawatan air sisa
4.0 SISTEM OLAHAN AIR SISA DOMESTIK
Proses olahan air sisa domestik yang utama adalah
1) Penyaringan bar
2) Kebuk kersik
3) Tangki mendapan primier
4) Tangki pengudaraan
3
2
7
6
5
4
1
TANGKI PENCERNAAN
5) Tangki pemendapan sekunder
6) Pembasmian kuman
7) Aliran air keluar ke sungai
1) PENYARINGAN
Penyaringan kasar
Penyaringan halus
Merupakan peringkat pertama rawatan air sisa dan merupakan kategori olahan secara
fizikal. Terdapat dua jenis penyaringan iaitu penyaringan kasar dan juga penyaringan halus.
Penyaringan kasar melibatkan pembuangan bahan-bahan terapung yang besar seperti kayu,
sampah, botol dan sebagainya yang diketorikan sebagai bahan-bahan yang besar. Tujuan
penyaringan dilakukan adalah untuk mengelakkan kerosakan alat perkakas yang akan digunakan
dalam proses rawatan air sisa ini seperti pam dan alat mekanikal yang lain.
Proses penyaringan bermula apabila air sisa domestic daripada sumber domestik dialirkan
melalui skrin kasar dan setelah itu akan melalui skrin halus. Dalam penyaringan kasar, pepejal
akan dibuang melalui satu rangkaian keluli yang diletakkan merentangi air sisa. Halaju adangan
hendaklah melebihi 0.3m/s bagi mengelakkan enapan kersik daripada berlaku tetapi hendaklah
kurang daripada 1.0 m/s supaya segala pepejal yang tersekat pada adangan tidak akan terhanyut.
Penyaringan halus berfungsi bagi menyingkirkan bahan-bahan terapung yang lebih kecil seperti
daun-daun, tumbuhan kecil dan lain-lain. Bagi penyelenggaraan bar penyaringan ini, ianya akan
dicuci secara manual atau dengan menggunakan pencakar automatik.
2) KEBUK KERSIK ( GRIT CHAMBER)
Kebuk kersik
Kersik merupakan pecahan bahab-bahan tak organik yang berat. Ianya termasuklah batu,
pasir, kepingan logam dan sebagainya. Kersik mempunyai purata kerumpatan bandingan lebih
kurang 2.5. Oleh yang demikian, ia mempunyai halaju pengenapan yang lebih tinggi daripada
pepejal kumbahan organik. Selepas air sisa melalui skrin bar ia akan memasuki kebuk kersik.
Semasa di dalam kebuk kersik ini, aliran air tersebut akan diperlahankan dan akan menyebabkan
bahan-bahan yang berat seperti batu akan mendap ke dalam kebuk kersik ini dan bahan kersik ini
akan dikeluarkan daripada proses rawatan.
Sekiranya bahan-bahan ini tidak disingkirkan, ianya mempunyai kecenderungan untuk
mendap pada sudut dan selekoh tangki, mengurangkan kapasiti aliran dan memyebabkan paip
pembasmian kuman dan air yang telah dirawat disalirkan ke sungai. Ketujuh-tujuh proses ini
merupakan proses asas bagi merawat air sisa dan hendaklah dijalankan bagi memastikan air sisa
yang keluar adalah air sisa yang telah dirawat sepenuhnya mengikut standard yang telah
ditetapkan. Kesimpulannya, air sisa domestic yang dikeluarkan hendaklah dirawat dengan betul
dan mengikut standard yang telah ditetapkan.
6.0 RUJUKAN
I. Dr. Seetharam, C. & Dr. Santosh, K.M. (2013).“Wastewater Treatment and Reuse: Sustainability Options”. Department of Agricultural Engineering, (Vol. 10, Iss. 1 (2013), pp. 1-15.
II. Chong Pei Fung (2003). “Guna Semula Efulen Kumbahan” Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM
III. Water Environment Federation “Clean Waterfor Today”. What is wastewater treatment?.
IV. Indah Water Konsortium “Sewage Treatment Method”. http://www.iwk.com.my/v/knowledge-arena/sewage-treatment-methods
V. Thelma Helena Izzaki & Peterson Beuno De Moreas. “Wastewater containing 1,2-Dihydro-2,2,4-Trimethylquineleyn Treated by Electrolysis and Respirometric Method”. Department of Biochemistery and Microbiology Univ. estadual Paulista, brazil. (Volume 1.Issue 1.1000101)