SISTEM BREKPENGENALAN
Sistem brek direka untuk membenarkan pemandu memperlahankan
serta memberhentikan kenderaan. Selinder induk disambungkan ke
pedal brek yang diinjak oleh pemandu bagi memaksa bendalir
dikenakan tekanan ke tiap-tiap pepasangan brek roda. Disini daya
hidraul digunakan untuk memaksa pad dalam pepasangan brek piring
menentang pusingan rotor atau menolak keluar kekasut brek menentang
pusingan gelendong brek.Sistem brek letak/brek tangan kereta
biasanya menggunakan kaedah mekanikal dan dipasang pada roda
belakang. Ia biasanya digunakan untuk mengunci roda kenderaan
ketika meletakkan kenderaan ( parking ) atau membrek dalam
kecemasan.Satu pengalak kuasa ( servo ) digunakan keatas selinder
induk untuk menambah kuasa ketika membrek.
KEGUNAAN
Untuk membolehkan kenderaan berhenti dengan segera dan
selamatUntuk mengawal kenderan semasa dalam perjalananUntuk meletak
kenderaan ditempat yang curam
SISTEM BREK YANG BAIK MESTILAH:-
Boleh memberhentikan kenderaan dengan cepat apabila
dikehendaki.Berada dalam keadaan baik dan dalam kawalan pemandu
pada setiap masa.Tidak boleh kehilangan kuasa brek.Tidak
berkehendakkan larasan yang kerap.Sesuai untuk segala
kelajuan,keberatan dan suhu.
JENIS-JENIS SISTEM BREKE
MekanikalGabungan mekanikal dan hidraulikHidraulikAngin
(pneumatik)
Sisten Brek Jenis Hidraulik menggunakan Prinsip Paskal yang mana
didalam prinsip ini menyatakan 'cecair yang tertutup dapat
memindahkan tekanan yang sama pada semua arah tanpa menghilangkan
kuasa yang dihasilkan.Cecair tidak boleh dimampatkan dan tekanan
pada keseluruhan sistem adalah sama'.
KOMPONEN BREK JENIS HIDRAULIK
Bahagian-bahagian utama brek hidraulik adalah seperti
berikut
Pedal brekSilinder induk (master cylinder)Saluran paip brek
(brake pipe line)Silinder roda (wheel cylinder)Angkup brek (brake
caliper)
Master Cylinder@Silinder Induk
Silinder induk dibina dalam dua bahagian utama iaitu takungan
dan satu badan silinder induk.Takungan disediakan bagi membekalkan
bendalir brek untuk mengendalikan sistem brek.Pada bahagian
silinder mengandungi piston yang dipasangkan penyendal utama
(primary rubber cup) dan penyendal pendua (secondary rubber
cup).Spring dipasang di hujung piston bagi membolehkan piston
kembali ke asal selepas membrek.Injap pampasan(check valve) pula
dipasang dihujung silinder bagi mengekalkan tekanan didalam paip
brek.Dua liang keluaran disambungkan keroda menggunakan saluran
paip brek.Satu gelang snap dipasang supaya dapat menahan komponen
dalam silinder dari keluar Dibahagian luarnya pula terdapat
pengadang habuk (dust cover) untuk mencegah kekotoran daripada
masuk ke dalam silinder.Rod tunjal digunakan untuk menyambungkan
tekanan dari pedal ke silinder induk.
SALURAN PAIP BREK(BRAKE PIPE LINE) DAN HOS BOLEH LENTUR(FLEXIBLE
HOSE)
Paip brek dan hos boleh lentur dipasangkan pada sistem brek
adalah untuk menghantar cecair yang bertekanan tinggi ke angkup
brek (caliper) dan silinder roda (wheel cylinder).Umumnya hos boleh
lentur dipasang pada roda hadapan.Ini disebabkan roda hadapan
bergerak turun dan naik.Oleh kerana bendalir brek beroperasi dalam
tekanan yang tinggi,paip dan hos brek mestilah diperbuat dari bahan
yang bermutu tinggi bagi mengelakkan kebocoran.Paip brek diperbuat
daripada steel tube yang dapat menahan karat dan tekanan tinggi.
Manakala hos boleh lentur diperbuat daripada getah campuran yang
bermutu tinggi.
ANGKUP BREK(BRAKE CALIPER)
Angkup brek biasanya mempunyai dua jenis iaitu :-1. Angkup tetap
(fix caliper )
Jenis angkup tetap biasanya mempunyai 2 atau 4 piston yang
dipasang secara bertentangan antara satu sama lain.Tiap-tiap
silinder terdapat satu sesendal (seal).Sesendal ini berfungsi untuk
menghalang minyak brek keluar dari silinder dan bersifat menarik
balik piston ke tempat asal bagi menyediakan satu kelegaan larian
antara pad dengan permukaan disk.
2. Angkup apungan (floating caliper)
Angkup jenis apungan (floating) mempunyai satu piston
sahaja,tetapi saiznya agak besar dari saiz piston yang digunakan
pada angkup tetap.Angkup brek biasanya digunakan bagi brek jenis
disk (piring)
CECAIR BREK
Sistem brek merupakan satu sistem keselamatan yang penting bagi
sesebuah kenderaan. Pemeriksaan level atau kuantiti kandungan
cecair brek merupakan satu perkara penting dan ianya mudah
dilakukan. Cecair brek disimpan dalam reservoir/takungan yang mana
dipasang diatas selinder induk ( master cylinder ). Setiap kali
kita buka hood (bonet depan) kita akan nampak reservoir cecair brek
ini.
Semejak tahun 1980, telah terdapat banyak reservoir cecair brek
dibuat daripada plastik lut cahaya (translucent plastic). Oleh itu
untuk pemeriksaan level/paras cecair boleh dilakukan melalui badan
reservoir tanpa membuka penutupnya. Biasanya pada badan reservoir
telah ditandakan dengan perkataan FULL and ADD or MAX and MIN.
Semua cecair brek diklaskan oleh Department of Transportation
(DOT) dan ditanda dengan nombor DOT 3, 4 dan 5. Dalam pemilihan
cecair yang betul kepada sesebuah kenderaan tidak berpandu kepada
DOT 3 adalah bagus, DOT 4 adalah lebih bagus dan DOT 5 yang paling
bagus. Dalam pasaran domestic lebih ditentukan DOT 3 dan DOT 4
lebih sesuai untuk kenderaan tetapi syariakt FORD menamakan DOT 3
sebagai heavy-duty variation kerana pembuatannya lebih bermutu
tinggi.Dari segi Proses pembuatan, DOT 3 dan DOT 4 dipangil cecair
polyglycol. DOT 5 lebih kepada silikon. Dalam sektor pembuatan
kereta sekarang tidak terdapat sistem brek yang sesuai dan menepati
ciri-ciri untuk DOT 5 . Walaubagaimanapun,ketiga jenis cecair brek
ini adalah sesuai untuk sistem brek tetapi tidak boleh dicampurkan
di dalam satu-satu sistem brek.Cecair brek ini perlu ditukar setiap
18-24 bulan atau diantara 30000 km ke 40000 km.
CIRI-CIRI BENDALIR BREK1.TIDAK BOLEH DIMAMPAT.2.TIDAK
BERBUIH3.TIDAK TERPELUWAP APABILA SUHU TNGGI4.TIDAK MENGHAKIS
BAHAGIAN LOGAM5.TIDAK MENGERASKAN DAN MENGLEMBUTKAN BAHAN BREK
SEPERTI YANG DIPERBUAT DARIPADAGETAH.6.BERTINDAK SEBAGAI BAHAN
PELINCIR7.TIDAK MENGARATKAN KOMPONEN BREK8.TIDAK MUDAH BEKU
SIFAT-SIFAT BENDALIR BREK1.TIDAK BERBUIH2.TIDAK BOLEH
DIMAMPATKAN3.TIDAK MENGARATKAN KOMPONEN BREK4.TIDAK BERTINDAK PADA
GETAH SISTEM BREK5.TIDAK MUDAH JADI WAP/SUHU DIDIH TINGGI6.TAHAN
HABA.
Brek Jenis Gelendong@ drum
Brek jenis gelondong biasanya digunakan pada brek belakang
kenderaan yang diadukandengan brek disk sebelah hadapannya.Kereta
lama biasanya gunakan keempat-empat brek gelendongBrek ini
memberhentikan pusingan gelendong dan roda melalui geseran di
antara alasbrek gelendong.
Permukaan drum licin dan rata.Lining brek dipasang pada kekasut
supaya dapat bergesel dengan drum.
Diantara kekasut brek terdapat silinder roda (wheel cylinder)
yang akan menolak kekasut brek supaya bersentuhan dengan drum
brek.
Terdapat juga komponen-komponen lain seperti:-Spring kembali
(return spring ) - bertindak sebagai menarik kekasut brek ketempat
asal selepas pedal brek dilepaskan.Pelaras untuk melaras kelegaan
antara lining dengan permukaan drum atau untuk membuat perlarasan
hand brek.Cemat pengunci untuk menetapkan/mengunci kedudukan
kekasut brek pada backing plat
Selinder Roda / wheel cylinder
Ia digunakan dalam brek hidraul. Ia mengembangkan kekasut brek
keluar untuk membuat sentuhan dengan gelendong, tekanan ini akan
dikenakan apabila pedal brek diinjak. Didalam silinder roda
terdapat satu atau 2 piston dengan mangkuk getah(rubber
cup).Diantara piston tersebut dipasang spring. Spring ini akan
mengembalikan semula piston ketempat asal selepas beroperasi. Pada
silinder juga terdapat skru penjujus (bleeding screw) untuk tujuan
membuang udara yang terperangkap dalam sistem brek. Pengadang habuk
(dust cover) dipasang dibahagian luar silinder bagi mengelakkan
kekotoran masuk kedalam silinder. Silinder roda (wheel cylinder)
biasanya digunakan untuk brek jenis gelendung (drum).
Lining Brek
Lining brek dipasang pada kekasut brek(brake shoe) dengan
menggunakan 2 kaedah iaitu dengan cara dirivet dan menggunakan gam
yang tahan panas.Lining brek diperbuat daripada asbestos yang boleh
tahan panas dan geseran
Susunan Lining Brek
Bagi roda yang menggunakan jenis brek drum biasanya menggunakan
2 lining yang dipanggil lining primer dan lining sekunder atau
kedua-duanya sekunder.Susunan lining brek primer dan sekunder
menggunakan satu silinder roda yang dipasang ditengah-tengah antara
lining primer dan sekunder.Apabila pedal brek ditekan piston dalam
silinder roda akan menolak lining brek dan bersentuh dengan
permukaan drum.Lining brek primer biasanya mengalami tekanan yang
lebih dari brek lining sekunder.Ini menyebabkan lining brek primer
cepat menjadi nipis.Jenis ini biasanya digunakan pada roda
belakang,keupayaan membrek agak lemah jika dibandingkan dengan dua
lining sekunder.
Manakala jenis dua lining brek sekunder menggunakan 2 silinder
roda yang berasingan pada satu roda beserta dengan unit pelaras
pada setiap lining brek.Kedua-dua lining brek bergerak mengikut
arah pusingan gelendung,dengan ini akan menyebabkan kuasa membrek
yang lebih mencengkam.Kelemahan jenis ini ialah kedua-dua lining
brek akan bertindak sebagai lining brek primer semasa kenderaan
mengundur.
Drum@Gelendung
Diperbuat daripada besi tuangan dan aluminium atau besi tuangan
dan keluli.Besi tuangan digunakan sebagai permukaan dalam drum
sahaja.Kebanyakkan drum brek sekarang menggunakan jenis besi
tuangan dan keluli.Ini adalah kerana keluli lebih teguh dan besi
tuang pula tahan dan bermutu tinggi dan dapat mengalirkan haba
dengan cepat.Semasa brek beroperasi drum akan menjadi panas,unutk
mengalirkan haba yang terbentuk itu ke udara biasanya permukaan
luar drum dibuat bersirip(tidak pada semua kenderaan) dan rim roda
yang berlubang digunakan.
Brek Jenis Disk
Biasanya digunakan ke atas roda hadapan pada kebanyakan kereta
dan ke empat-empat roda bagi sesetengah kereta. Satu disk dipasang
ke hab roda dan berputar sekali dengan tayar dan roda. Apabila
pemandu mengenakan brek, tekanan hidraul daripada selinder induk
digunakan untuk menolak lapik geseran ( pad ) melawan gerakan rotor
kemudian memberhentikannya.
Binaan Disk@Piring
Brek disk mempunyai permukaan yang licin pada kedua-dua belah
permukaannya.Biasanya diperbuat dari besi tuangan. Ada juga yang
dibuat padu dan ada yang dibuat bersirip pendingin diantara
permukaan brek
Pad brek
Pad brek digunakan bagi mencengkam disk semasa kenderaan
bergerak.Pad brek biasanya diperbuat daripada campuran
asbestos,logam lembut dan damar.
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN BREK JENIS DISK
Kebaikan
Tiada perlarasan perlu dibuat keatas pepasangan brek diskMasalah
brake fade dapat dikurangkanSenang untuk membuat pemeriksaan
Keburukan
Berkehendakkan tekanan yang tinggi jika sistem servo unit
rosak
BREK TANGAN ( HAND BRAKE )Juga disebut brek kecemasan atau
parking brake.Ia digunakan apabila kenderaan telah diberhentikan
atau kenderaan akan ditinggalkan di tempat letak kereta.Ini
bertujuan bagi memastikan kenderaan tersebut tidak akan bergerak
dan berada dalam keadaan selamat.Selain dari itu brek tangan
berfungsi sebagai membantu memberhentikan kenderaan seandainya
sistem brek hidraulik kurang berfungsi.Amalan ini tidak harus
diamalkan,hanya sekadar waktu kecemasan sahaja.
Brek tangan terdiri daripada tiga unit penting iaitu:-
1. Unit ratchet2. kabel keluli boleh lentur3. Unit gesel
brek
KENDALIAN BREK TANGAN (HAND BRAKE)Brek tangan dikendalikan
secara mekanikal. Apabila lengan tuil ditarik,kabel akan menarik
gesel brek digelendung (drum) .Ini menyebabkan gesel brek keluar
gesel dan menekan permukaan gelendung (drum).Ini akan menyebabkan
roda tidak bergerak lagi
BREK BOOSTER (SERVO)
Brek booster(servo) digunakan sebagai bantuan kepada sistem brek
hidraulik.Di pasang bersama selinder induk / master pump dan
disambung terus ke pedal brek. Merupakan sebagai alat penggalak
kepada sistem brek bagi memberikan kecekapan yang lebih tinggi.Brek
servo digunakan untuk mempertingkatkan daya membrek hasil dari
tekanan pedal brek yang sedikit.Keistimewaan brek jenis ini ialah
pemandu tidak perlu menekan pedal brek dengan kuat untuk
menghasilkan tekanan yang tinggi dalam sistem brek. Beroperasi
dengan dibantu oleh kuasa vakum dari enjin.
Terdapat 3 jenis sistem brek booster(servo) yang biasa digunakan
iaitu:
1. Jenis VacuumMenggunakan vacuum(hampagas) yang diperolehi dari
intake manifold(pancarongga masuk) atau menggunakan vacuum pump dan
disambung pada brek booster.
Bagi kenderaan yang menggunakan enjin diesel kebiasaanya ada
yang pam jenis elektikal atau mekanikal untuk mendapatkan vacuum.
Pam vacuum elektrikal dipandu oleh motor elektrik.Satu suis
terdapat di brek booster untuk memberi isyarat sekiranya tahap
vacuum rendah.Jika pam rosak,sw akan menunjukkan isyarat (lampu
menyala pada dashboard)Manakala vacuum yang menggunakan pam jenis
mekanikal dikendalikan dengan menggunakan talisawat.
2. Jenis tekanan anginMenggunakan angin yang diperolehi dari air
compressor.Biasanya digunakan pada kenderaan berat,truck ,bas dan
lain-lain
3. Jenis HidraulikBiasanya pada kenderaan kecil seperti
lori-lori kecil.Tenaga hidraulik biasanya diperolehi dari power
steering pump.Cara lain tenaga hidraulik diperolehi ialah dengan
menggunakan pam motor elektrik hidraulik yang khas untuk brek
booster.
PRINSIP ASAS BREK BOOSTERGegendang dipasang disekeliling perumah
, gegendang membahagikan perumah kepada dua bahagian. Apabila pedal
brek dilepaskan vakum akan wujud dikedua-dua bahagian dalam
perumah. Bila pedal brek ditekan , injap udara (air valve) akan
terbuka dan membenarkan udara disekeliling masuk kebahagian
belakang gegendang itu, vakum control valve tertutup dengan itu
vakum dapat dikekalkan dalam perumahUdara yang masuk akan menolak
gegendang kehadapan. Dengan itu wujud satu daya pergerakan
kehadapan dan seterusnya menolak piston ke master cylinder.
Perbezaaan yang sedikit sahaja sudah cukup untuk mewujudkan daya
pergerakan
BINAAN BREK BOOSTER VACUUM (SINGLE DIAPHRAGM)Ia mengandungi 2
bahagian sheel (kelompang)yang diikat bersama pada bahagian
luarnyaBahagian sheel hadapan mengandungi vacumm check valve.
Vacuum akan masuk ke brek booster (power head) melalui injap ini.
Injap ini bertujuan untuk menyimpan vacuum dalam brek
booster.Sekiranya berlaku gangguan pada punca bekalan vacuum,
sebagai contoh jika enjin pegun brek masih boleh berfungsi dalam
keadaan yang baik (pedal brek ringan)Brek booster masih lagi boleh
membantu sistem brek membrek 2 hingga 3 kali sehingga vacuum
didalamnya sudah habis.Plate gegendang dipasang bersama valve rod
dan control valveHidraulik push rod dan reaction disc dipasang
berasingan. Hydraulic push rod digunakan untuk menolak primary
piston pada master pump
OPERASI BREK BOOSTER VACUUM (SINGLE DIAPHRAGM)Vacuum dibekalkan
dari sheel bahagian hadapan melalui check valveBila pedal brek
dilepaskan , kedudukan control valve akan mengelakkan udara
daripada masuk ke sheel bahagian belakangReturn spring menyebabkan
diphragm berada di sheel bahagian belakang
Apabila pedal brek ditekan , valve rod bergerak ke hadapan. Ini
menyebabkan valve menutup vacuum dari masuk ke sheel bahagian
belakang.Pada masa yang sama control valve membenarkan udara
sekeliling masuk ke sheel bahagian belakang. Tekanan udara yang
masuk akan menolak diphragm ke hadapan manakala vacuum yang berada
didalam sheel hadapan akan membantu menarik diphragm ke hadapan
juga. Pergerakan diaphragm ke hadapan akan menggerakkan push rod
untuk menolak piston di master cylinder. Dengan itu brek akan
berfungsi.
BREK ANTIKUNCI (ABS ANTILOCK BRAKE SYSTEM)
Ia menggunakan sensor yang dipasang pada setiap roda.Dalam
sistem ini,sensor pada roda akan menghantar isyarat ke ECU tentang
kelajuan pusingan roda.Bila brek ditekan, ECU akan mengesan jika
terdapat roda yang perlahan terlalu cepat dan berkemungkinan
terkunci.ECU akan mengeluarkan isyarat untuk menggerakkan injap
soleniod hidraulik bagi mengurangkan tekanan brek ke atas roda
tersebut.Ini dapat mengstabilkan pergerakan roda daripada
tergelincir semasa brek ditekan secara mengejut.
KAEDAH MENJUJUS BREK ( BLEEDING BRAKE )
*Sistem brake hydraulik mestilah dijujus bila sesuatu paip
sambungan ditanggalkan atau dimasuki angin.
1.Tanggalkan penutup takungan bendalir brek dan isikan dengan
bendalir brek yang disyorkan sehingga paras MAX.2.Mulakan menjujus
pada selinder roda yang paling jauh daripada master pump dan
diikuti kepada yang paling hampir.3.Bersihkan skru penjujus pada
silinder roda/angkup brek dari segala kotoran.Masukkan paip vinyl
pada skru penjujus dan hujung satu lagi pada bekasbotol yang diisi
dengan bendalir brek.4.Dapatkan bantuan rakan untuk menekan brake
pedal dua atau tiga kali.Dengan brake pedal ditekan sepenuhnya,
longgarkan skru penjujus untuk mengeluarkan udara di dalam
sistem.5.Ketatkan skru penjujus dengan segera sebelum brake pedal
telah dilepaskan6.Biarkan brake pedal kembali ke kedudukan asal
dengan skru penjujus ditutup.7.Ulang langkah 3 hingga 5 sehingga
tiada lagi gelembung-gelembung udara di dalam paip vinyl.8.Tekan
dan lepaskan brake pedal beberapa kali kemudian periksa kebocoran
pada setiap penyambungan.