SIRI 1 : KAEDAH PENJAGAAN KOMPUTER YANG EFEKTIF 1.0 Pengenalan Sebahagian besar kakitangan kerajaan disediakan dengan kemudahan peralatan komputer bagi urusan pekerjaan mereka di setiap agensi. Oleh itu, dalam memastikan kemudahan yang dibekalkan sentiasa berfungsi dengan baik serta memanjangkan jangka hayatnya, kami kongsikan bersama-sama anda beberapa kaedah penjagaan komputer yang efektif. I. Masalah habuk Setiap komponen elektronik yang terdapat pada PC amat sensitif pada habuk. Habuk ini terdiri daripada pelbagai jenis dan termasuk juga asap rokok. Partikel-partikel asap boleh mengakibatkan jangka hayat komputer akan berkurangan. Cara pencegahan Sekiranya PC tersebut tidak digunakan untuk tempoh yang lama, anda perlu menutup komputer dengan plastik komputer. Cara rawatan pula, gunakanlah berus cat yang kering dan vakum yang berkuasa rendah untuk menyedut habuk yang terdapat pada PC anda. Jangan gunakan vakum yang berkuasa tinggi kerana ia boleh merosakkan komponen komputer tersebut. Jangan lupa mengelap skrin monitor anda selalu. II. Masalah suhu Suhu memang menjadi penentu utama dalam menentukan jangka hayat sesebuah komputer tersebut. Letakkan komputer anda di kawasan yang kering. Sekiranya lembap, ia boleh merosakkan komponen di dalam komputer. Berhati-hati dengan air dan kelembapan. Air mungkin akan menjadi punca kemalangan yang tidak diingini. Komputer yang terkena air bukan sahaja boleh rosak, tetapi akan mengakibatkan bahaya kepada penggunaannya. Cara pencegahan Meletakkan komputer anda jauh dari pancaran matahari dan elakkan dari makan dan minum semasa menggunakan komputer.