Sinopsis Novel Di Sebalik DinaraBab 1.Farisha berada di Lapangan
Terbang Senai, Johor untuk menaiki kapal terbang ke Kuala lumpur.
Dia terjumpa seorang pemuda yang bersikap sopan santun dan kacak.
Pemuda itu bersenyum kepadanya. Di dalam pesawat, kebetulan pemuda
itu duduk di tepinya. Farisha berminat akan jam tangan pemuda yang
juga merupakan pusat kawalan elektronik. Setelah berbual ringkas.
Mereka tertidur dalam penerbangan. Di balai ketibaan KLIA, Farisha
terlupa menghubungi rakan serumahnya Shida dan abangnya, Azraai.
Dia terpaksa menaiki teksi balik ke tempat kediaman. Pada pukul
10.00 malam, dia baru sampai di hadapan pintu apartmennya. Kad
pintar tidak dapat berfungsi untuk membuka pintu rumah. Setelah
menghubungi Shida, Shida yang sedang bermain skuasy segera balik
untuk membuka pintunya, iaitu, kunci pintu telah ditukar kepada
Retinal Scanner. Farisha terkejut tentang perubahan rumah mereka.
Menurut Shida, abang Farishalah yang memasang retinal scanner
itu.Melalui hologram, wajah Azraai wujud di depannya. Azraai
menyatakan bahawa dia bimbang akan keselamatan Farisha kerana
berlakunya kes pembunuhan yang tidak jauh dari apartmen Farisha.
Azraai meminta Farisha supaya mendaftar retinal matanya dalam
sistem keselamatan rumahnya dengan bantuan Shida. Setelah itu,
Farisha pun tidur kerana terlalu letih.Di sebuah bilik pejabat, Dr.
Maxi sedang berbincang tentang Farisha. Aqram , pemuda yang duduk
di sisi Farisha dalam pesawat itu telah mengesahkan bahawa Farisha
ialah orang yang dicari oleh mereka selama ini kerana DNA Farisha
daripada cawan di pesawat itu memang orang yang dicari oleh mereka.
Aqram mengatakan bahawa dia tidak dapat membaca minda Farisha
kerana otak Faisha memiliki sejenis pendinding yang dipanggil Wall.
Dr. Maxi menyerahkan Penetrator kepada Aqram untuk membantunya
supaya dapat melemahkan Wall Farisha dan dapat membaca minda
Farisha. Mereka memerlukan Farisha untuk menyelamatkan sistem
Dinara.Bab 2Farisha telah menghubungi Rosman, rakan syarikatnya
supaya membawa dia ke Hotel Renaissance kerana dia hendak menyertai
ucapan pembukaan yang akan disampaikan oleh Philips Young, Presiden
Persatuan Penggodam Antarabangsa. Rosman menelefonnya bahawa
keretanya telah rosak. Farisha segera menjagakan Shida yang sedang
tidur lena. Farisha meminta Shida membawanya ke stesen monorel.
Setelah sampai di hotel itu, sebuah robot penyambutnya ke dewan
itu. Malangnya Philip Young tidak dapat hadir di dewan dan hanya
hologram beliau yang muncul di pentas sahaja. Akhirnya Rosman
sempat tiba di dewan itu. Sebenarnya Farisha dan Rosman membuka
sebuah syarikat perunding keselamatan sistem komputer yang bernama
Secured Shell Sdn. Bhd setahun yang lalu. Mereka baru mendapat
projek di Senawang. Mereka kesempitan wang sehingga Rosman tidak
dapat menggantikan kereta lamanya tambahan lagi Rosman bercadang
untuk berkahwin tidak lagi.Rosman mendapati bahawa ada seorang
pemuda yang kacak sedang memerhatikan Farisha. Pemuda itu
memperkenalkan dirinya Aqram. Farisha terkejut kerana dapat bertemu
semula dengan pemuda yang dijumpainya di Lapangan Terbang Senai
semalam itu . Aqram bekerja di Soft Lab, Cyberjaya. Aqram
menyatakan bahawa dia sedang mencari jururunding untuk satu projek
mini di Soft Lab dan ingin menawarkan projek kepada syarikat
Farisha. Ketika berbual-bual dengan Farisha, Aqram menekankan
Penetrator di tangannya untuk melemahkan Wall minda Farisha.
Farisha berasa pening kerana terdapat cahaya berkilat di depan
matanya. Aqram hanya sempat membaca sedikit ingatan Farisha sahaja.
Aqram berasa kesal kerana maklumat yang diperolehnya dalam minda
Farisha terlalu sedikit. Aqram memerlukan Farisha untuk
menyelamatkan sistem Dinar dalam syarikat mereka.Bab 3Rosman teruja
untuk mengetahui tawaran yang diutarakan oleh Aqram. Atas desakan
Rosman, Farisha menghantar e-mel kepada Aqram tentang projek mini
itu. Aqram membalas e-mel tentang kegembiraannya kerana Farisha
menerima tawaran mereka. Keesokan hari, mereka bertemu di luar
dewan simposium. Rosman hendak membawa mereka ke Puchong untuk
perbincangan mereka. Menurut Aqram, mereka akan berbincang di rumah
Karl, seorang penyelidik SoftLab yang banyak berjasa. Rosman dan
Farisha terkejut tentang nama Karl kerana Karl pernah memenangi
anugerah inovasi peringkat kebangsaan dan sejak memenangi anugerah
tersebut, Karl terus menyepi daripada pihak media. Aqram membawa
mereka menaiki LRT untuk ke Puchong . Di platform monorel, Farisha
mendapati bahawa penumpang sebelah ialah seorang wanita tua yang
menghidap penyakit barah.Ketika tiba di rumah agam milik Karl,
mereka disambut oleh seorang lelaki tua. Lelaki itu bernama Dr.
Maxi yang juga bekerja di Soft Lab dalam bahagian penyelidikan. Dr.
Maxi ingin membuat tawaran langsung kepada Syarikat Secured Shell
tentang projek mini itu dengan nilai RM1.5 juta. Rosman dan Farisha
terkejut tenang tawaran tersebut. Farisha ingin mengetahui skop
kerja itu. Dr. Maxi menerangkan bahawa khidmat mereka adalah
menggodam tiga kelompok komputer SoftLab yang merupakan
infrastruktur sistem pengkomputeran awam dalam masa empat minggu.
Farisha tidak berkeyakinan untuk menerima projek itu. Bagaimanapun,
Dr. Maxi menyatakan bahawa Farisha berbakat besar dan pernah
berjaya melepasi sistem keselamatan Bank Sapurba dahulu. Farisha
terkejut kerana Dr.Maxi mengetahui peristiwa tiga tahun yang lalu
itu. Farisha ingin berfikir dahulu tentang tawaran tersebut.Setelah
itu, Dr. Maxi membawa Farisha dan Rosman ke dalam terowong. Di
hujung terowong itu terdapat ruang . Di situ mereka ternampak Karl
terbaring di atas katil hospital canggih di dalam sebuah bilik
kaca. Karl telah menghidap penyakit barah usus selama tiga tahun.
Farisha teringat akan arwah ibu bapanya juga menghidap penyakit
barah tulang. Mereka hanya berdiam diri. Menurut Dr Maxi, Karl
masih aktif dalam penyelidikan. Farisha diminta menggodam sistem
Dinara yang dibuat oleh Karl. Setelah balik, Farisha kurang senang
hati atas projek itu dan ingin meminta pendapat daripada
abangnya.Bab 4Azraai bersungguh-sungguh memintanya menerima sahaja
tawan itu. Pada petang itu, Farisha menerima pesanan ringkas
daripada Rosman bahawa dia masih berada di Senawang dang tidak
sempat untuk pergi ke Soft Lab petang nanti. Farisha terpaksa pergi
ke SoftLab sendiri. Farisha enggan menaiki kenderaan awam kerana
berasakan dirinya diekori orang. Shida dibangunkan oleh Farisha.
Shida tergesa-gesa bangun kerana terdapat temu janji dengan seorang
pelanggan. Kebetulan mereka menuju ke destinasi yang sama, iaitu
SoftLab di Cyberjaya. Shida menerima tawaran untuk menulis satu
rencana dengan harga RM25000. Setibanya di Soft Lab, Shida disambut
oleh Khairul Anwar. Sebaliknya Farisha disambut oleh Aqram ke bilik
keselamatan untuk mendaftar cap jari dan retina mata. Farisha
dibawa ke sebuah bilik besar sebagai tempat kerjanya. Farisha
berasa selesa di tempat kerjanya. Seterusnya Farisha juga dibawa ke
pusat data yang merupakan perkakas Dinara. Farisha diberitahu
bahawa di situlah semua data untuk perisian Desktop Maya yang
digunakan oleh pelanggan Soft Lab, iaitu semua data disimpan dalam
Dinara. Oleh itu Farisha dipertanggungjawabkan untuk menggodam dan
mengukuhkan sistem Dianara.Setelah pulang dari Soft Lab, mereka
berdua minum di sebuah kopitiam. Shida mengatakan bahawa dia
ditawarkan supaya menulis satu rencana dan satu buku biografi
dengan bayaran sebanyak RM40 ribu. Mereka berdua akan mula bekerja
pada keesokan hari di Soft Lab manakala Rosman tidak dapat datang
kerana kerja di Senawang belum selesai.Di pejabat Soft Lab, Dr.
Maxi berbincang dengan Khairul Anwar dan Aqram bahawa mereka perlu
memastikan Shida sentiasa di situ bersama dengan Farisha. Shida
juga akan dijadikan pengganti Farisha jika apa-apa terjadi kepada
Farisha. Shida dianggap sesuai kerana mereka sebaya dan tubuh badan
hampir sama. Mereka memerlukan Alia untuk menjalankan tugas tetapi
mereka turut bimbang akan emosi Alia yang tidak menentu. Sebenarnya
Alia ialah sebuah cyborg yang canggih.Bab 5.Pada pagi itu, Alia
sudah menunggu kedatangan Farisha di lobi pejabat. Setelah itu,
Alia membentangkan semua kemudahan yang ada di tempat kerja mereka
kepada Farisha. Farisha terkejut tentang penerangan Alia yang
lancar sekali.mamak Ketika makan petang, Farisha dan Shida makan di
kedai. Mereka berasa agak aneh terhadap Alia yang memiliki kulit
yang terlalu sempurna sehingga tidak dapat bulu kening. Mereka
menyangka bahawa Alia pernah menjalani pembedahan plastik. Farisha
turut mengatakan bahawa Aqram mempunyai fizikal dan perlakuan yang
lebih sempurna. Shida turut berminat terhadap Aqram.Pada sebelah
petang, Aqram menyambung penerangan Alia pada pagi itu. Farisha
turut mendebat dengan Aqram tentang kelemahan sistem Dinara.
Farisha mendapati bahawa sistem pengkomputeran itu mempunyai
kelemahan yang banyak. Aqram mengakui kelemahan itu dan meminta
Farisha menggodam sistem itu supaya keselamatannya boleh
ditingkatkan. Aqram turut mengakui bahawa Dinara sudah dicerobohi
dan penceroboh telah menyusupkan satu virus bom jangka yang akan
memusnahkan Dinara pada tarikh tertentu.Pada sebelah malam, Rosman
menyatakan bahawa dia tidak dapat menyertai kerja Farisha di Soft
Lab kerana syarikat di Senawang itu telah menambahkan tugas untuk
Rosman. Sebaliknya di pejabat Soft Lab, Dr. Maxi sedang berbincang
tenang tugas yang akan dilakukan pada keesokan hari. Alia sungguh
marah kerana tidak diberitahu tentang rancangan Dr.Maxi. Dr. Maxi
mengatakan bahawa Alia akan diberi arahan ketika berada di bilik
Farisha padi esok. Setelah Alia beredar dari situ, Dr. Maxi hendak
menghapuskan sebahagian ingatan Alia kerana Alia kecenderungan
untuk bersaing dengan wanita lain. Alia cemburu dengan perhubungan
rapat antara Medina dengan Karl. Sebaliknya Alia dicipta oleh Karl.
Mereka berancang untuk meneruskan rancangan bermula pada pukul 9.00
pagi esok sebelum 10.30 pagi kerana Karl akan menerima rawatan
sekitar pukul 11.00.Pada malam itu, Farisha tidak dapat tidur
dengan baik kerana asyik bermimpi tentang serang binatang buas
sehingga dia terlewat bangun.Bab 6Farisha tiba sepuluh minit lewat
ke ruang kerjanya. Sebaik-baik sahaja dia duduk di kerusinya,
tiba-tiba dia terasa pening. Ketika itu, Alia menerima arahan
daripada Dr. Maxi supaya mengurut kepala Farisha. Farisha turut
tertidur. Dua jarum keluar daripada kepala kerusi dan mula mencucuk
kiri dan kanan tengkuk Farisha. Farisha telah berinteraksi dengan
Karl. Ketika itu, Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar sedang
menyaksikan reaksi Farisha di bilik Dr. Maxi. Alia sungguh tidak
puas hati kerana Farisha dapat berinteraksi dengan Karl dan bukan
dia yang menjalankan tugas itu. Dalam mimpi itu, Karl mengatakan
bahawa Farishalah sahaya yang dipercayainya untuk menyelamatkan
Dinara. Karl juga mengatakan bahawa sejak dahulu, dia sudah
mempersiapkan Farisha dengan kelengkapan untuk berhubungan
dengannya. Alia hilang kawalan dan terjerit pekik kerana Farisha
dapat berbincang dengan Karl. Aqram terpaksa mematikan suis di
belakang tengkuk Alia dan Alia turut tegak dan kaku.Apabila Farisha
terjaga semula, dia ternampak Aqram di depannya. Farisha tidak
teringat apa yang telah berlaku sebelum itu. Aqram memberikan
multivitamin kepada Farisha supaya lebih segar. Seterusnya mereka
berdua menyambung penerangan semalam. Farisha berpendapat bahawa
dia seolah-olah pernah menggunakan sistem Dinara.Apabila tengah
hari, Farisha makan petang bersama dengan Shida di kantin Soft Lab.
Farisha berasa hairan tentang mimpi ngeri yang dialaminya. Shida
pula menyatakan bahawa dia sedang mengkaji Karl , saintis terkenal
di situ melalui arkib syarikat itu. Shida juga mengatakan bahawa
sistem Dinara merupakan hasil Karl dengan seorang wanita yang
bernama Medina dan Medina telah menghilangkan diri setelah sistem
Dinara disiapkan. Bagaimanapun Shida tidak dapat mencari maklumat
yang selanjutnya tentang Medina di dalam arkib syarikat.Bab 7.Pada
malam itu, Shida dijemput ke pejabat Secured Shell Sdn. Bhd untuk
membincangkan kontrak projek Soft Lab kerana Shida memiliki latar
belakang undang-undang. Farisha meneliti setiap halaman dalam
kontrak itu. Semasa mereka bertiga sedang berbincang, tiba-tiba
Farisha mengerang kerana kepalanya berdenyut-denyut. Farisha
terlihat cahaya seperti kilat yang memancar seperti yang dialaminya
di Hotel Renaissance. Mereka terpaksa berhenti dalam perbincangan
itu. Semasa mereka keluar dari pejabat, Uncle Seng, tauke kedai
runcit di blok itu menegur mereka dan mengatakan bahawa dia
ternampak dua orang pemuda lari keluar dari arah pejabat mereka
dengan membawa beberapa beg besi, piring TV satelit dan sebagainya.
Mereka berasa curiga atas kejadian itu.Dua hari kemudian, Farisha
berkunjung ke rumah Azraai. Dia disambut oleh dua orang anak
saudaranya yang comel, iaitu Dina dan Aina. Farisha sangat sayang
akan dua orang anak saudaranya. Farisha diberitahu oleh abang dua
perkara yang di luar sangkaannya. Perkara pertama ialah Azraai
telah dikesan oleh doktor bahawa dia telah menghidap penyakit
jantung. Farisha menangis dan meminta Azraai tidak lagi
menyembunyikan masalah kepada Azraai kerana tidak mahu kehilangan
abang yang amat disayangi. Perkara kedua ialah Azraai menyerahkan
satu fail daripada arwah ayah mereka kepada Farisha dan
memberitahunya bahawa Farisha ialah anak angkat kepada ayah dan
ibunya. Azraai berat hati untuk memberitahu perkara itu kepada adik
angkatnya sejak 26 tahun yang lalu tetapi dia perlu melaksanakan
amanah yang diberikan oleh arwah ayahnya. Farisha sangat sedih dan
menangis sehingga matanya bengkak. Sesungguhnya kakak iparnya,
Mariah turut mengetahui perkara itu. Apabila sampai di rumah,
Farisha tidak membuka fail plastik itu dan terus mencampakkan fail
itu ke dalam almari bajunya kerana belum bersedia untuk menerima
perkara itu.Bab 8Aqram, Dr. Maxi dan Khairul Anwar sedang menonton
skrin besar untuk sesi selanjutnya antara Karl dengan Farisha pagi
itu. Tiba-tiba Farisha jatuh pengsan. Aqram terus berlari ke arah
Farisha. Dr. Maxi menelefon doktor yang merawat Karl untuk
menyatakan bahawa sesi pagi itu terpaksa dihentikan. Setelah
diperiksa oleh pegawai perubatan, mereka mengambil keputusan untuk
menghantar Farisha ke hospital . Dr. Maxi telah mengarahkan Aqram
dan Khairul Anwar supaya mereka menjalankan rancangan yang kedua,
iaitu Shida akan mengganti Farisha dalam tugas itu.Aqram dan
Khairul Anwar menjumpai Shida dan memberitahunya bahawa Farisha
telah jatuh pengsan dan telah dihantar ke hospital. Mereka turut
bertanya kepada Shida tentang keadaan Farisha semalam. Shida
mengatakan bahawa Farisha kelihatan kurang ceria sejak pulang dari
rumah abangnya. Farisha menerima pesanan ringkas daripada Farisha
bahwa dia berada di Hospital Putrajaya kerana tekanan darah terlalu
tinggi dan doktor akan membuat CT-scan kerana ada benjol di
belakang kepalanya. Shida diminta ke pejabat Dr. Maxi. Dr. Maxi
hendak mengetahui kesihatan Farisha dan bertanya sama ada Farisha
telah mengandung. Shida menafikan pertanyaan Dr. Maxi kerana
Farisha tidak memiliki teman lelaki. Selepas itu Shida menelefon
Rosamn tentang keadaan Farisha.Bab 9.Di bilik pejabat Dr. Maxi,
mereka berpendapat bahawa setelah tiga sesi dilakukan untuk
berkomunikasi dengan Karl, badan Farisha sudah lemah dan tidak
mampu menanggung semua kerja itu. Mereka akan menggantikan Farisha
dengan Shida. Mereka perlu membuat persiapan untuk sesi pagi esok
walaupun amanah Karl ialah Farisha sahaja yang dapat menyiapkan
tugas tersebut.Apabila Shida sampai di rumah, dia mengemaskan
pakaian Farisha untuk dibawa ke hospital. Dia ternampak fail
plastik yang disimpan di dalam almari. Shida membuka fail itu dan
membaca dokumen yang ada di dalam fail itu. Dia terkejut kerana
Farisha ialah anak angkat yang diserahkan kepada keluarga
angkatnya.Semasa berada di wad, Rosman berasa bersalah kerana
membiarkan Farisha melaksanakan semua tugas di Soft Lab. Menurut
Farisha , dia pengsan kerana tekanan darah terlalu tinggi, masalah
keluarga dan kurang tidur. Shida ingin mengetahui keputusan
daripada CT-scan. Farisha mengatakan bahawa abangnya telah
menjumpai doktor dan keadaannya tidak membimbangkan. Tidak lama
kemudian,Rosman dan Shida meninggalkan wad itu kerana Farisha perlu
banyak berehat.Beberapa minit selepas Rosman dan Shida meninggal
wad itu, Farid dan Amin masuk ke wad Farisha. Mereka mengeluarkan
piring TV Satelit lalu membaca minda Farisha. Ternyata WALL Farisha
pada malam itu tidak fungsi. Dengan mudah, mereka dapat merakamkan
ingatan Farisha lalu keluar dari situ. Selepas itu, Aqram melawat
Farisha. Farisha masih tidur lena. Ternyata Farisha masih lemah dan
tidak dapat meneruskan tugas tersebut. Sebenarnya sebelum itu,
Aqram telah bertemu dengan Azraai. Azraai memberitahu Aqram bahawa
semua mikrocip masih terletak di tempatnya. Walaupun doktor telah
mengesan mikrocip itu melalui CT-Scan tetapi Azraai menerangkan
bahawa mikrocip itu digunakan untuk tujuan uji kaji. Dia berbuat
demikian atas amanah arwah ibu bapanya, iaitu semua mikrocip mesti
kekal di dalam tubuh Farisha dan berkhidmat di Soft Lab apabila
diperlukan.Bab 10Pada pagi itu, Shida asyik mencari maklumat Medina
tetapi maklumat bagi Medina amat sedikit. Nama Medina banyak
dipadamkan daripada kebanyakan laporan. Alia datang ke belakang
Shida dan meminta Shida pergi ke bilik pejabat Dr. Maxi . Dalam
perjalanan, Shida asyik bertanya ke Alia sama ada berada di sisi
Farisha ketika Farisha jatuh pengsan. Alia enggan menjawab. Sebelum
Shida bertanya apa-apa kepada Dr. Maxi, Alia menekupkan kedua-dua
belah tapak tangan ke wajah Shida. Shida segera tidak ingat
apa-apa. Dalam pembedahan, mikrocip telah dimasukkan ke dalam tubuh
Shida.Pada pukul 2.00 petang, Shida dibangunkan oleh Aqram. Menurut
Aqram, Shida telah tertidur. Pada petang pukul 2.30, Shida dibawa
ke bilik kerja Farisha. Shida diminta duduk di kerusi Farisha. Dr.
Maxi meminta Shida berhubungan dengan seorang lelaki dan mengikut
arahan yang dipinta. Shida mengangguk. Alia mengurut bahu Shida.
Shida terlena. Dua jarum mudah lentur sudah menusuk ke
tengkuknya.Setelah kembali ke bilik Dr. Maxi, mereka berempat
menyaksikan keadaan Shida. Nafasnya semakin laju dan dadanya
berombak. Khairul Anwar bercadang supaya menghentikan sesi itu
tetapi Dr. Maxi tidak bersetuju. Bagaimanapun keadaan Shida semakin
serius, Dr. Maxi terpaksa menghentikan sesi itu. Dr. Maxi tidak
mahu memadam ingatan Shida dan hendak mendengar apa yang dialami
oleh Shida.Sebaliknya di hospital, Farisha terdengar suara tentang
suara perempuan yang mengatakan dirinya sebagai mummy. Setelah lima
tahun berkhidmat dengan wanita tua yang separuh gila itu, Farid
tidak pernah lihat wanita itu bergembira begitu. Wanita begitu
gembira kerana berjaya menghubungi anaknya, Farisha. Wanita itu
bukan sahaja hendak mencari anaknya tetapi lebih penting untuk
membuktikan yang benar dan yang lebih hebat.Keesokan pagi, Shida
masih berada di bilik kerja Farisha. Sepanjang malam dia
memencilkan diri di satu penjuru tanpa mempedulikan orang lain.
Alia diminta untuk memujuk Shida tetapi tidak berkesan. Mereka
tidak tahu apa yang dilakukan oleh Karl terhadap Shida.Bab
11Farisha bertanya kepada Azraai tenang nama ibu kandungnya. Azraai
mengatakan bahawa namanya Marilyn, seorang wanita Portugal tetapi
tidak tahu siapa bapa kandungnya. Azraai berasa syukur kerana
mendapat adik seperti Farisha. Tiba-tiba Farisha menyatakan bahawa
semalam ibu kandungnya datang dan bercakap dengannya. Azraai
terkejut segera meminta Farisha mengemas barang dan hendak
mengeluarkan Farisha dari hospital. Azraai memandu kereta dan
hendak melarikan Farisha keluar dari Kuala Lumpur. Setelah
menghubungi rakannya, Azraai hendak menuju ke arah Air Keroh,
Melaka. Farisha hendak mengetahui apa hal yang berlaku. Azraai
memberitahu Farisha bahawa ibunya hendak membunuhnya. Dia pernah
cuba membunuh Farisha ketika bayi kerana taksunb dengan sains dan
hendak mengorbankan Farisha demi sains. Farisha tidak dapat
menerima kata-kata Azraai. Farisha berasa bingung kerana abang
dapat mengetahui misi mereka. Azraai mengatakan bahawa dia baru
mengetahui misi tersebut. Azraai mengatakan bahawa dia hanya dapat
mengetahui perkara itu dua minggu yang lalu. Azraai juga
menerangkan bahawa 26 tahun yang lalu, dua orang lelaki datang ke
rumah mereka dengan membawa Farisha bersama.Sebaliknya di bilik
kerja Farisha, Shida terpaksa diikat kerana dia meronta-ronta dan
berguling-guling di lantai. Kekuatannya seperti lelaki. Alia
diminta mengurut bahu Shida dan Shida kembali tenang. Dr. Maxi cuba
bercakap dengan Shida. Shida mengakui dirinya sebagai Karl. Mereka
terkejut. Karl hendak mengetahui ke mana pergi Farisha. Karl tidak
paus hati kerana mereka menggantikan Farisha dengan Shida. Dr. Maxi
mengatakan bahawa dia terpaksa berbuat demikian kerana keadaan Karl
yang tidak dibenarkan. Shida terus menengking Dr. Maxi bahawa dia
hanya hendak Farisha sahaja untuk menjalankan projek itu kerana
Farisha cukup lengkap. Shida menegaskan bahawa dia memerlukan
Farisha untuk menghapuskan virus yang disusupi masuk ke dalam
Dinara dan mereka kesuntukan masa. Melalui mulut Shida, Karl
mengatakan bahawa jika virus itu diaktifkan, virus itu akan menular
kepada ribuan manusia. Dr. Maxi segera memberikan arahan supaya
Aqram membawa Farisha ke Soft Lab segera. Sebaliknya Aqram menerima
berita bahawa Farisha telah meninggalkan Kuala Lumpur.Dalam
perjalanan, Azraai terpaksa menghentikan keretanya di hentian Pagoh
kerana kepala Farisha pening dan sepeti terpadat cahaya kilat
memancar matanya. Farisha terus jatuh pengsan lagi. Semasa Azraai
mencari ubat untuk Farisha, dua orang lelaki berkaca mata hitam
sedang berdiri di luar kereta mereka. Dengan pistol, dua orang
lelaki telah membawa Farisha dan Azraai diberi amarah supaya tidak
membuat laporan kepada pihak polis.Alia mengejutkan Shida. Shida
menjerit-jerit bagai dirasuk. Shida menangis dan mengatakan bahawa
dia duduk di dalam penjara. Ramai banduan belasahnya. Shida terus
mengatakan bahawa dia telah membunuh seorang budak lelaki di dalam
dewan pembedahan. Selain itu, dia juga memukul seorang wanita
sampai cacat dan hampir mati lalu memberi dia kehidupan baharu
kemudian. Khairul Anwar meluru kepada Shida dan bertanya siapanya
yang sebenarnya. Shida mengatakan bahawa Khairul Anwar sebenarnya
bernama Muhammad Irfan yang merupakan pengemis. Dia telah diberi
ingatan baharu dan menjadi Khairul Anwar. Khairul Anwar sangat
marah dan hendak memukul Shida. Dr. Maxi cuba mengawal emosi
Khairul Anwar yang tidak tenteram.Bab 12Dengan cemas, Azraai
menghubungi Rosman bahawa Farisha telah diculik orang. Dia meminta
Rosman supaya mengesan lokasi telefon bimbit Farisha. Rosman dapat
mengesan Farisha telah dibawa ke arah lebuh raya ke utara. Azraai
segera keluar dari hentian Pagor dan menuju ke arah lebuh
raya.Farid telah menghubungi Marilyn bahawa mereka telah berjaya
menangkap Farisha. Farisha masih tidak sedar diri di dalam kereta.
Di makmal, Marilyn melelapkan mata dan berinteraksi dengan Farisha.
Dalam interaksi minda itu, Farisha menolak Marilyn sebagai ibunya
.Di Soft Lab, Melalui Shida, Karl memberitahu Alia bahawa dia
bernama Rusmina dan merupakan isterinya. Rupa-rupanya Rusmina
pernah derhaka kepada Karl sehingga dipukul sampai cacat. Selepas
Karl mengubah fizikal dan ingatan serta nama Alia. Fikaran Shida
bercelaru kerana krisis identitinya. Dr. Maxi dan Aqram telah
mendapati bahawa Karl telah memindahkan pengalamannya yang pahit
selamat 20 tahun ke dalam minda Shida. Khairul Anwar bertanya sama
ada ujii kaji sedemikian pernah dilakukan. Menurut Dr. Maxi, uji
kaji yang pernah dijalankan terhadap Medina itu gagal.Di lebuh
raya, aplikasi pengesan di telefon pintar Rosman telah menunjukkan
kereta yang membawa Farisha tidak ke Seremban. Melalui telefon,
Azraai menyangka bahawa Farisha telah dibawa ke Soft Lab.Di dalam
kereta, Farisha terjaga dan mendapati bahawa dia telah ditangkap
oleh dua orang lelaki. Tangan dan kakinya telah diikat.Di Soft Lab,
Alia terus bertanya kepada Shida tentang hubungan Karl dengan
Medina. Shida (Karl) terus mengakui bahwa dia berjaya atas bantuan
Medina. Medina sungguh bijak dan sentiasa hendak membuktikan dia
lebih hebat daripada Karl. Shida terus berkata bahawa dia gagal
cinta akan Medina dan Medina mengaburi matanya dengan kecantikan
dan kebijaksanaannya. Dr. Maxi, Aqram dan Khairul Anwar baru
mengetahui perkara yang tersembunyi selama ini. Atas dasar
kemanusiaan, Dr. Maxi mengambil keputusan untuk memadamkan ingatan
Karl terhadap Shida. Pada mula Alia enggan menjalankan prosedur itu
kerana ingin mengetahui peristiwa Karl dengan lebih lanjut lagi.
Alia pun diberi masa 10 minit untuk berinteraksi dengan Shida tanpa
diawasi oleh mereka.Di sebuah stesen minyak, Marilyn menaiki kereta
Farid. Dia gembira berjumpa dengan Farisha. Dia mengucup pipi
Farisha . Farisha bertanya kepadanya tentang sebab Marilyn hendak
membunuhnya dahulu. Marilyn sedia memberikan keterangan kepada
Farisha untuk mendapat kepercayaan anak gadisnya.Bab 13Aqram
menghubungi Dr. Haris supaya mengadakan sesi terakhir. Menurut Dr.
Haris, otak Karl telah semakin lemah. Alia diminta menjalankan
tugas. Alia meletakkan kedua-dua tangannya di pelipis Shida dan
Shida mula lena. Dua batang jarum mudah lentur sudah memasuki
tengkuk Shida. Berbagai-bagai maklumat daripada otak Karl sudah
mula berpindah kepada Shida. Tiba-tiba kedengaran suara Shida.
Shida mengatakan bahawa dia berterima kasih kepada Alia yang setia.
Dr. Maxi bertanya kepada Karl sama ada boleh menggunakan Shida
untuk menyelamatkan Dinara. Suara Karl mengatakan bahawa dia akan
cuba menyelamatkan Dinara ketika itu tetapi dia masih perlukan
Farisha di situ sebelum masanya tamat. Setelah tangan dilepaskan,
Shida mua menghidupkan komputer tablet di meja. Karl mengatakan
bahawa Farisha telah memberikannya ilham untuk mencari punca virus
itu dan cara untuk menyahaktifkan sistem Dinara. Dia juga
mengetahui bahawa semua angkara Medina adalah hendak menghancurkan
mereka. Marilyn masuk ke tempat itu secara tiba-tiba. Madina
mengejek Karl hidup dalam badan perempuan. Karl memarahi Medina
yang menangkap Farisha. Sebalik Farisha terkejut suara Shida yang
berubah dan nama ibunya ialah Medina.Medina mula bercerita bahawa
30 tahun dulu, dia datang bekerja kepada Karl dan telah menjadikan
dia sebagai Medina dan mengambil kesempatan dengan sesuka hati.
Karl mengatakan bahawa segala-gala atas kerelaan Medina sendiri.
Medina mengatakan bahawa ternyata dia lebih hebat daripada Karl
sehingga cemburu terhadapnya. Karl menjelaskan bahawa dia terpaksa
melarikan Farisha daripada Medina kerana Medina sudah gila dan
hendak membunuh anak sendiri. Medina menafikan dakwaan itu dan
mengatakan bahawa bapanya Karl juga gila dan sanggup menanam
berbagai-bagai implan dalam tubuh Farisha serta memberikan
berjenis-jenis ubat untuk menjadikan dia sebagai kanak-kanak
genius. Dia rela Farisha mati daripada diseksa begitu.Rupa-rupanya
Farisha ialah anak kepada Karl dan Medina. Dr. Maxilah yang membawa
Farisha kepada keluarga angkatnya demi keselamatannya. Dia dibawa
ke Soft Lab kerana atas permintaan Karl. Kepintaran Farisha sangat
diperlukan untuk menyelamatkan Dinara. Karl sendiri tidak mampu
lakukannya. Dinara dibangunkan oleh Karl dan Medina. Dengan
sombong, Medina mengatakan bahawa Dr. Maxi sepatutnya mencarinya
untuk menyelamatkan Dinara kerana dialah yang paling hebat.
Tiba-tiba Shida menjerit dan mengatakan bahawa Medina gila dan
sabotaj projek mereka.Pada masa itu, Dr. Haris menelefon Dr. Maxi
bahawa Sesi itu mesti dihentikan segera kerana Karl sudah nazak.
Khairul Anwar selesai melancarkan dua program seperti yang
dicadangkan oleh Dr. Maxi. Medina berpuas hati atas kejadian itu.
Dr. Maxi memberitahu Medina bahawa Karl sedang dalam keadaan nazak.
Mereka terkejut. Medina tidak tahu Karl menghidap penyakit.Mereka
semua menuju ke arah rumah Karl di Puchong. Farisha dan Aqram turut
menaiki kereta Azraai. Aqram mula bercerita tentang virus dalam
sistem Dinar. Medina berdendam terhadap Karl atas sikap angkuh
Karl, iaitu Median berusaha membantu Karl dalam penyelidikan tetapi
Karl telah mensabotaj Medina dengan memindahkan pingatan seorang
bekas banduan ke dalam minda Medina sehingga Medina menjadi separuh
gila. Oleh itu Medina hampir membunuh anaknya sendiri.Aqram juga
menceritakan bahawa dia sebenarnya berumur 60 tahun dan merupakan
adik Karl yang terencat akal. Karl telah membina semula luarannya
malah memberikan ingatan dan fikiran baharu kepadanya. Menurut
Aqram, Alia merupakan hasil percubaan Karl yang pertama tetapi
kurang sempurna, iaitu tidak mengubah emosinya yang kuat cemburu.
Aqram mengakui bahawa dia, Alia, Khiarul Anwar dan beberapa ratus
orang pekerja di Soft Lab ialah cyborg.Aqram menjelaskan bahawa
Farisha adalah manusia biasa yang lahir daripada benih kasih sayang
Karl dengan Medina.Bab 14Apabila sampai di rumah Karl , mereka
hanya dibenarkan masuk ke bilik rawatan Karl seorang demi seorang.
Medina dan Alia turut masuk ke bilik rawatan itu dan perasaan sedih
ketika keluar. Farisha hanya memberikan salam kepada ayah yang baru
dikenalinya. Setitik air jernih mengalir di pipi lelaki yang sedang
nazak itu. Pada pukul 7.00 Dr. Haris mengumumkan Karl sudah
meninggal dunia.Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar dan
abunya ditabur di Selat Melaka. Pada hari Ahad, berpuluh-puluh
orang pekerja Soft Lab berkumpul di Port Dickson untuk upacara itu.
Medina menggenggam tangan Farisha sepanjang upacara. Medina turut
menyesal kerana lari daripadanya. Farisha memuji ibunya dan bapanya
sama hebat.Farisha mendapati bahawa Shida hanya diam sahaja sejak
semalam dan kelihatan agak aneh. Tiba-tiba Shida mengatakan bahawa
mati itu satu pemulaan baharu. Farisha bimbang akan Shida.
Tiba-tiba Shida menyuruh Farisha tidak perlu bimbang akan Shida dan
mereka berdua masih ada banyak kerja di Soft Lab untuk
menyelamatkan Dinara. Aqram memegang tangan Shida dan bertanya sama
ada dia ialah Karl. Shida mengatakan bahawa dia tidak sanggup
meninggalkan Akeem, adiknya seorang di dunia ini. Aqram terdiam.
Farisha sudah berlari mencari Medina.