SINOPSIS ARTIKELArtikel Seksa Jadi Guru merupakan artikel yang
ditulis oleh Khairul Azran Hussin iaitu penulis artikel Berita
Harian. Artikel pendidikan ini diterbitkan oleh surat khabar Berita
Harian pada 1 April 2010. Penulis menggarapkan mengenai tekanan
hidup yang dialami oleh guru dengan melakukan kerja yang
berlebihan. Sebuah jawatankuasa khas yang dipengerusi oleh Ketua
Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan dianggotai
beberapa pengawai pelajaran dan wakil Kesatuan Perkhidmatan
Perguruan Kebangsaan (NUTP) ditubuhkan untuk mengkaji beban tugas
guru yang berlebihan selain daripada tugas mendidik pelajar.
Penulis juga menekankan aspek psikologi guru yang mana menurut
pekeililing yang dikeluarkan, guru diberikan bercuti pada Sabtu
sebanyak dua kali sebulan tanpa sebarang kerja. Namun, ada
kebanyakkan sekolah tidak mengikuti panduan yang telah diberi
sehinggakan aduan terpaksa dibuat. Kesannya, guru dapat merasakan
diri mereka sukar untuk meluangkan masa terutamanya guru-guru yang
sudah mempunyai keluarga sendiri menyebabkan hubungan sesama mereka
menjadi renggang. Selain itu, tugas hakiki guru sebagai pendidik
tidak boleh diganggu tambah-tambah lagi disebabkan pelbagai beban
tugas yang terpaksa dilakukan. Tanggungjawab utama guru ialah
mendidik pelajar bukannya tugas-tugas yang lain perlu diutamakan
terlebih dahulu. Jika tugas utama guru menjadi minoriti, kesannya
guru mengalami tekanan dan tidak dapat memberikan sumbangan 100
peratus untuk mendidik pelajar menyebabkan pelajar tidak dapat
menimba pelajaran dengan sebaik mungkin di samping penghayatan
nilai-nilai murni yang perlu diterapkan dalam diri mereka kurang
dititikberatkan. Tuntasnya, idea-idea para pemimpin dan langkah
alternatif daripada jawatankuasa khas diperlukan supaya guru tidak
mengalami tekanan disebabkan bebanan tugas-tugas yang lain selain
mendidik.SEBAB-SEBAB TERJADINYA ISU Sistem pendidikan merupakan
tunjang kepada matlamat kerajaan di mana semua hasrat keraan
bermula dalam bidang pendidikan. Semasa dalam bidang pendidikan
ini, organisasi pendidikan tidak akan terlepas dengan pelbagai
perubahan dan pembaharuan yang dilaksanakan. Khususnya, bila
disebut tentang pendidikan, pemikiran manusia terus melibatkan
profesion keguruan. Golongan ini adalah tunggak dalam proses
pendidikan negara. Jadi, sebarang perubahan atau pembaharuan yang
dilaksanakan, secara tidak langsung, sedikit sebanyak akan memberi
kesan kepada guru seterusnya dalam bidang pendidikan negara ini.
Jika dilihat pada isu tekanan, sememangnya berlaku dalam setiap
profesion. Namun, isu tekanan profesion perguruan dapat
dititikberatkan kerana kadar pengaruhnya yang amat tinggi dalam
bidang pendidikan. Kebanyakkan masyarakat memandang remeh tentang
ini dan menganggap sudah menjadi lumrah bagi pengorbanan besar
seorang guru. Namun, pada zaman kini, anggapan sebegini sudah tidak
bersesuaian dan tidak relevan jika dibandingkan dengan masa
terdahulu. Justeru, setiap pihak yang berkaitan perlu memberi
perhatian dan melaksanakan pendekatan terhadap penyelesaian isu ini
supaya misi dan visi bidang pendidikan dapat dijalankan dengan
lancar.Menurut Kyricaou dan Sutcliffle (1978), tekanan kerja guru
ialah emosi negatif yang dialami oleh seorang guru semasa
menjalankan tugas. Emosi negatif berkenaan umpamanya
kemarahan,keresahan, ketegangan, kekecewaan dan kemurungan yang
dialami oleh seseorang guru itu. Keadaan ini dipersepsikan sebagai
ancaman terhadap psikologi dan fizikal. Berkaitan dengan isu yang
telah dipilih iaitu Seksa Jadi Guru menyatakan keseksaan yang
dialami guru kerana guru dikatakan menanggung beban tugas yang
terlalu banyak. Antara tugas guru bukan sahaja meliputi hal
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, malahan juga ada
guru yang terpaksa mengendalikan aktiviti kokurikulum, hal ehwal
murid, pentadbiran, pengkeranian serta beberapa kerja tambahan
lain. Jelaslah di sini bahawa guru masa kini memikul tugas yang
berat dan guru yang mengalami tekanan sudah pasti tidak mampu untuk
mengutamakan tugasnya. Terdapat beberapa sebab yang berkaitan
dengan beban tugas guru dan menyebabkan guru mengalami tekanan
emosi yang kurang stabil. Pertamanya ialah melibatkan guru dengan
ibu bapa. Contohnya, isu ibu bapa kurang berkeyakinan dan kurang
kepercayaan terhadap guru, harapan yang tinggi daripada ibu bapa
pelajar dan hal-hal yang berurusan dengan ibu bapa pelajar. Secara
amnya, ibu bapa mana yang mahukan anak mereka menemui kegagalan?
Ibu bapa yang mana anaknya kurang pandai? Sudah semestinya para ibu
bapa inginkan anak-anak mereka berjaya. Justeru itu, ibu bapa
sememangnya akan meletakkan harapan yang tinggi pada guru-guru
untuk merealisasikan hasrat mereka untuk melihat anak mereka
cemerlang dalam bidang akademik khususnya. Namun, adakala harapan
ibu bapa terhadap guru dikatakan tidak realistik sehingga
menyebabkan guru berada dalam tekanan emosi. Ini kerana harapan ibu
bapa itu kadang-kadang melampaui batas dan kemampuan guru dan
anak-anak mereka. Apa yang penting bagi mereka cuma ingin melihat
anak-anak mereka berjaya tanpa mengenalpasti tahap kemampuan
anak-anak mereka terutamanya. Kesannya, jika ibu bapa tidak
memahami hal ini, mereka akan terus menyalahkan guru sekiranya
berlaku salah laku atau pencapaian akademik anak-anak mereka
rendah. Selain itu, pada masa kini, ibu bapa terlalu memanjakan
anak-anak mereka dengan menurut segala kemahuan dan keinginan
mereka contohnya keinginan mereka untuk memiliki gajet-gajet yang
berteknologi tinggi untuk bersosial. Segala kemahuan mereka akan
dikuti ibu bapa. Ini kerana ibu bapa terlalu menaruh kepercayaan
yang tinggi terhadap perilaku mereka. Kesannya, ibu bapa akan
mempertikaikan tindakan guru apabila berlakunya sesuatu yang tidak
diingini di sekolah terutamanya apabila melibatkan anak mereka
sendiri. Tambahan pula, ada juga ibu bapa yang tidak mahu hadir ke
sekolah untuk berbincang tentang masalah anak-anak mereka. Justeru
itu, hal-hal sebegini akan menganggu tugas utama guru yang perlu
melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas di
samping menyebabkan tekanan emosi yang dialami guru.Selain itu, isu
beban tugas yang seterusnya melibatkan guru itu sendiri. Secara
amnya, sekolah akan menerima jumlah murid yang bertambah untuk
setiap tahun. Setiap pengambilan jumlah murid-murid yang baru pada
setiap tahun akan bertambah dan menyebabkan perubahan dan
pembaharuan yang perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah. Ini penting
supaya murid-murid di sekolah dapat menerima pengajaran dan didikan
dalam keadaan yang selesa dan kondusif. Contohnya, dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran, suasana bilik darjah apabila
murid-murid yang bertambah akan menyebabkan kapasiti berlebihan
daripada yang sepatutnya. Kesannya, murid-murid tidak dapat belajar
dalam keadaan yang selesa menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan
sepenuh perhatian terhadap pengajaran guru di dalam kelas. Selain
itu, ada sesetengah sekolah juga mempunyai bilangan guru yang tidak
mencukupi juga menyumbang kepada peningkatan tahap beban guru-guru
sedia ada di sekolah tersebut. Apa tidaknya, sekolah yang mempunyai
ramai murid memerlukan kawalan yang rapi daripada guru-guru sekolah
tersebut. Namun, apabila guru tidak mencukupi untuk mengawal murid
yang ramai, jelaslah di sini beban seorang guru akan bertambah dan
menyebabkan prestasi seseorang guru terjejas dan guru tidak dapat
memberikan tumpuan sepenuhnya ketika waktu pengajaran dan
pembelajaran. Akibat terlalu penat dengan urusan dalam bilik
darjah, guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan alat
bantu mengajar bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang
seterusnya. Menurut Mok Soon Sang (1991), Alat Bantu Mengajar (ABM)
merupakan intipati dalam membantu guru bagi melicinkan dan
melancarkan pengajaran dalam usaha memudahkan pelajar memahami
konsep dan isi serta fakta dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Jadi, alat ini dapat membantu guru untuk menyampaikan
pengajaran mereka dengan lebih lancar dan berkesan. Namun,
berbekalkan beban tugas yang dimiliki guru masa kini, sukar bagi
guru untuk mempersiapkan perancangan pengajaran yang lebih baik
disebabkan masa yang begitu terhad yang perlu ditempuhi guru. Akhir
sekali, beban yang perlu dipikul berkaitan dengan tugas guru di
sekolah. Kebiasaanya, setiap orang guru akan diberi tanggungjawab
untuk mengajar lima hingga enam kelas pada setiap hari. Mereka juga
terpaksa membuat persediaan untuk mengajar, menyemak buku-buku
latihan dan kerja-kerja lain yang berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran. Selain kerja rutin, guru juga diwajibkan menjalankan
kerja-kerja pengkeranian seperti mengisi borang, menaip surat,
menyediakan minit mesyuarat serta menjadi penasihat-penasihat
persatuan, permainan, kelab dan sukan. Tambahan pula, bagi
melahirkan guru-guru yang berkualiti dan proaktif serta ikhlas
dalam bidang profesionalisme perguruan ini, guru-guru perlu
menghadiri kursus, mesyuarat, bengkel dan perjumpaan yang terlalu
kerap ini juga amat membebankan guru. Beban tugas ini menjadi
semakin berat dan terpaksa dipikul oleh guru sehingga menyebabkan
tidka dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada tugas utama mereka
iaitu mengajar dan mendidik seterusnyaakan mendatangkan tekanan
emosi kepada para guru. Sebagai contoh, kesibukan gru yang terpaksa
menghadiri pelbagai kursus dan perjumpaan di luar sekolah semasa
sesi persekolahan menyebabkan masa dan kelas guru tersebut diganti
dan diambil alih oleh guru yang lain. Seterusnya menjadikan jumlah
waktu mengajar dan tekanan masa yang terhad dalam tugas guru
terbabit.Kesimpulannya, isu tekanan emosi yang dialami guru
melibatkan diri dan tugas guru serta penglibatan guru dengan ibu
bapa. Walau bagaimanapun, tugas dan tanggungjawab guru tidak dapat
dilaksanakan dengan sempurna sekiranya para guru menghadapi beban
tekanan yang berlebihan menyebabkan guru menghadapi tekanan emosi
yang kurang stabil jika tidak dikawal dengan sebaiknya.
IMPLIKASI ISUBeban tekanan tugas guru mendatangkan pelbagai
implikasi kepada guru dan juga bidang pendidikan itu sendiri. Tugas
seorang guru bukan sahaja di dalam bilik darjah sahaja, namun pada
masa kini, guru-guru diperlukan untuk melakukan pelbagai perkara.
Antaranya ialah menjadi kerani, setiausaha, bendahari, jurujual,
jurutaip, juruhias dan sebagainya. Sebagai informasi, bagi sesebuah
sekolah yang yang mendapat pengiktirafan kualiti persekolahan
daripada pihak pendidikan seperti tawaran baru (new deal),
guru-guru di sekolah tersebut mempunyai tugasan yang lebih
berbanding guru-guru di sekolah yang biasa. Selain daripada
menguruskan fail-fail serta melakukan persediaan pengajaran yang
lengkap, keadaan fizikal sekolah juga diambil kira seperti
sudut-sudut pembelajaran, keceriaan di dalam kelas dan luar kelas,
kebersihan, keselamatan serta sikap-sikap guru dan staff sokongan.
Kesemuanya diambil kira oleh pihak nazir yang datang menilai untuk
memberikan tawaran baru kepada sekolah yang terpilih. Khususnya,
gred purata sekolah yang paling menjadi keutamaan bagi sekolah yang
terpilih untuk mendapat tawaran baru ini. Keadaan ini menyebabkan
guru memerlukan masa yang berlebihan untuk melakukan persiapan
termasuklah perlu bekerja pada hari cuti minggu Sabtu dan Ahad.
Saya berani menyatakan informasi ini kerana saya pernah merasai
pengalaman ini bersama-sama dengan guru sekolah ketika saya
praktikum di sekolah berkenaan. Implikasi dapat kita lihat apabila
memetik kata-kata Setiausaha NUTP, Lok Yim Pheng, pertambahan beban
tugas guru dikhuatiri akan menyebabkan hala tuju sistem
persekolahan negara lebih mementingkan keputusan berasaskan
peperiksaan, berbanding memupuk budaya mencintai ilmu dalam
kalangan pelajar. Guru kini selain mengejar waktu untuk
menghabiskan silibus mata pelajaran, hanya memberi tumpuan terhadap
aspek kemahiran pelajar menjawab soalan peperiksaan sahaja. Dalam
katanya lagi, beliau menegaskan bahawa guru ingin memberi tumpuan
kepada core business iaitu mmengajar. Bagaimanapun katanya, guru
lebih menghabiskan masa menguruskan data, fail, rekod dan laporan,
menguruskan pelbagai pertandingan kurikulum dan kokurikulum serta
program akademik dan bukan akademik di luar sekolah. Lok menambah,
guru kelas dibebankan dengan pelbagai kerja pengkeraniaan dan hanya
sedikit masa digunakan untuk tujuan pesediaan alat bantu mengajar
dan rancangan mengajar serta menyemak buku latihan pelajar.
Kesannya, guru kurang masa untuk berehat dan melakukan tugas-tugas
utama mereka disebabkan beban tugas guru yang berlebihan. Ekoran
daripada bebanan tugas yang berlebihan terpaksa dipikul oleh
guru-guru telah menyebabkan mereka tidak menyempurnakan tugas
mereka dengan baik dan seterusnya ditegur dan dimarahi oleh majikan
. Lantaran itu, situasi ini boleh menyebabkan seseorang itu
mengalami stress. Stres merujuk kepada sebarang gangguan sama ada
dari segi fisologi seperti keletihan dan tekanan darah tinggi
mahupun psikologi seperti perasaan marah, kecewa, murung, sedih,
dan rasa tidak puas hati merupakan kesan daripada menjalankan tugas
sebagai seorang guru. Gangguan-gangguan ini adalah disebabkan oleh
ketidakupayaan guru untuk memenuhi kehendak atau permintaan ke atas
dirinya dalam menjalankan tugas-tugas di sekolah. Selain itu juga,
guru yang mengalami tekanan ini juga akan menhadapi ketegangan
dalam hidup mereka secara berpanjangan. Secara tidak langsung,
keadaan ini boleh mempengaruhi psikologi mereka seperti hilang
keyakinan, cepat meradang, agresif dan hilang daya konsentrasi.
Apabila mereka mengalami keadaan yang sebegini, mereka tidak dapat
menumpukan sepenuh perhatian terhadap tugas-tugas utama mereka.
Adakalanya, tugasan yang dipertanggungjawabkan kepada mereka oleh
guru besar atau guru-guru lain, hasilnya kurang berkualiti
disebabkan daya konsentrasi mereka terhadap sesuatu tugas menjadi
berkurang, tidakupayaan untuk menyelesaikan tugasan dengan sebaik
mungkin dan mudah berasa marah apabila terdapat kesilapan-kesilapan
walaupun kesilapan yang kecil ketika sedang melakukan tugasan yang
diberikan. Ini menyebabkan seseorang guru itu kurang bersemangat
dan tidak bermotivasi dalam menjalankan tugasnya (Abdul Malik,
2000). Disebabkan bebanan yang berlebihan yang telah diberikan
telah mempengaruhi keletihan emosi guru. Itulah sebab mengapa
guru-guru mudah untuk berputus asa, kurang berusaha, tidak dapat
menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap tugasannya dan mudah untuk
meradang.Menurut Blases (1982) berdasarkan jurnal yang ditulis oleh
Kyriacou (1987), sebilangan besar guru menunjukkan tahap
penglibatan kerja yang rendah akibat tekanan yang berlebihan.
Tenaga mereka tidak digunakan dalam tugas utama mereka iaitu
berkaitan dengan pengajaran, sebaliknya disalahguna dengan
melepaskan tenaga mereka secara tindakan fizikal atau melepaskan
geram terhadap pelajarnya. Tekanan dalam kalangan guru menyebabkan
potensi berlakunya masalah salah guna kuasa guru tehadap pelajar
terutamanya yang berlaku dalam aspek hukuman yang boleh
mengakibatkan penderaan. Dalam kata lain, guru ingin melahirkan
rasa ketidaksenangan mereka dengan melakukan penderaan terhadap
pelajarnya supaya dapat memuaskan hati guru tersebut. Hukuman boleh
diberi tetapi perlu setimpal dengan kesalahan-kesalahan yang telah
dilakukan oleh pelajar tersebut. Guru tidak boleh sesuka hati untuk
memberi hukuman kepada pelajar tanpa usul periksa terlebih dahulu.
Di sekitar bulan Julai 2005 yang lalu, seorang bapa kepada seorang
pelajar sekolah mendakwa anaknya pelajar tahun satu telah patah
tulang tapak tangannya selepas dipukul oleh seorang guru kerana
bising di dalam kelas. Demikian menunjukkan bagaimana sikap kerja
seorang guru yang mengalami tekanan kerana suasana kebisingan dalam
kelas. Akhirnya tekanan tersebut memberi kesan terhadap tindakan
silap guru tersebut. Melalui peristiwa ini, kita dapat menilai
bahawa guru tersebut telah melakukan kesalahan yang besar dengan
melanggar kod etika profesional keguruan iaitu tanggungjawab
terhadap pelajar dengan melakukan penderaan atau hukuman
sedemikian. Namun, di sebalik kejadian yang belaku ini, tidak adil
bagi kita untuk menilai dari segi tindakan guru itu, tetapi dari
sudut mengapa kejadian ini berlaku perlu diambil kira. Berdasarkan
peristiwa yang berlaku ini, dapat dikenalpasti bahawa tekanan yang
berlebihan yang diberikan kepada guru tersebut sehingga guru
tersebut bertindak di luar kawalan dan tidak dapat mengawal
emosinya yang sedang marah dan ketidakpuasan hati. Selain itu juga,
ada sesetengah orang guru yang tidak melepaskan geram pula
bertindak dengan tidak hadir ke sekolah akibat tekanan guru yang
berlebihan. Apabila keadaan ini berlaku, secara tidak langsung
dapat memberikan masalah kepada guru-guru lain yang perlu
mengantikan kelas yang diajar serta melakukan tugasan yang
dipertanggungjawabkan kepada guru tersebut. Ini dapat memberikan
bebanan yang lain pula kepada guru-guru yang lain yang mana
masing-masing sudah mempunyai tugasan yang dipertanggungjawabkan
untuk menyempurnakannya. Kesimpulannya, pelbagai implikasi yang
dapat dikenalpasti apabila terjadinya isu bebanan kerja yang
berlebihan yang mana menyebabkan tekanan emosi yang dialami guru.
Antaranya ialah, guru tidak mempunyai masa yang secukupnya untuk
berehat dan melaksanakan persiapan untuk mengajar, hasil tugasan
yang diberikan oleh majikan tidak berkualiti dan tidak menepati
ciri-ciri yang diinginkan dan penyalahgunaan kuasa disebabkan guru
gagal untuk mengawal emosi sehinggakan guru sanggup melakukan
sesuatu di luar jangkaan yang mana menyalahi kod-kod etika sebagai
seorang guru. Berdasarkan implikasi yang telah dibincangkan,
jelaslah kepada kita bahawa guru mempunyai tugas harian, mingguan
dan tahunan yang penuh mencabar dan profesion perguruan adalah
sukar dan meletihkan (Faridah Karim, Zubaidah Aman, 1998).
CADANGAN-CADANGAN UNTUK MENGATASI ISUIsu beban tugas guru
bukanlah satu perkara baru dalam dunia pendidikan di Malaysia,
namun ia kembali diperkatakan sejak kebelakangan ini berikutan
bebanan tugas yang berlebihan sehingga bukan sahaja menganggu tugas
hakiki guru, malah menyebabkan sesetengah guru hidup dalam tekanan
kerja yang berlebihan. Implikasinya, golongan pendidik ini tidak
dapat memberikan sepenuh komitmen kepada kualiti dan proses
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Namun, setiap
masalah yang timbul, ada cara untuk mengatasinya. Begitu juga
dengan masalah isu yang seringkali diperdebatkan dan menjadi hangat
pada dada-dada akhbar sehinggakan ada yang menjadi tajuk utama bagi
akhbar tersebut. Oleh kerana tanggungjawab dan tugas guru di
sekolah yang terlalu banyak, maka setiap pihak perlulah
memperhalusi dan mengkaji semula setiap tugas yang diberi
tanggungjawab untuk disempurnakan agar tugas tersebut tidak menjadi
bebanan yang tidak mampu dipikul oleh guru. Pelbagai cadanagn serta
cara disarankan oleh pihak-pihak yang tertentu bagi mengurangkan
masalah isu ini.Salah satunya ialah cadangan yang disarankan oleh
pihak kementerian yakni telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Bagi
menangani Isu Beban Tugas Guru (JKPMITBTG). Jawatankuasa ini telah
mencadangkan sebanyak 28 perakuan bagi menangani isu ini. Salah
satu perakuannya ialah bagi memastikan pelaksanaan aktiviti pada
hari Sabtu diadakan secara berjadual serta tidak melebihi dua kali
sebulan, satu surat siaran telah dikeluarkan oleh kementerian untuk
memastikan pihak sekolah mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil
8/2005: Pelaksanaan Bkerja Lima Hari Seminggu. Secara tidak
langsung, berikutan rungutan para guru berkaitan tidak cukup rehat
kerana terpaksa bertugas setiap hari Sabtu secara berjadual serta
tidak melebihi dua kali sebulan melegakan para guru kerana guru
bukan sahaja mempunyai tugas di sekolah malahan juga perlu
menguruskan keluarga serta memerlukan masa untuk bersama keluarga
masing-masing.Berdasarkan skop proforma EDU 3093, Guru dan Cabaran
Semasa iaitu tajuk Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru, terdapat
beberapa langkah yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah isu
tekanan ini. Salah satunya ialah melakukan aktiviti beriadah.
Sebagai seorang guru, kita tidak terlepas daripada menghadapi
tekanan dalam kehidupan terutamanya di sekolah. Kehidupan yang
terlalu sibuk menyebabkan kita sering melupakan kegiatan yang
sangat berfaedah ini untuk kesihatan fizikal, mental dan psikologi
kita. Kegiatan beriadah ialah aktiviti yang sering dilakukan pada
waktu lapang terutamanya pada hujung minggu. Antara
aktiviti-aktiviti beriadah yang boleh dijalankan ialah berbasikal,
joging, bermain futsal, bermain badminton, bersiar-siar di taman
reksreasi dan berjalan-jalan. Kepenatan dapat dirasakan apabila
peluh mengalir membasahi tubuh setelah melakukan aktiviti-aktiviti
fizikal. Selepas mandi dan membersihkan diri, kita perlu berehat
buat sementara waktu untuk melepaskan lelah. Keadaan akan menjadi
lebih baik apabila kita dapat melelapkan waktu juga buat seketika.
Oleh sebab kepenatan melakukan aktiviti beriadah, kita akan dapat
tidur dengan lena. Kita dapat merasakan kehilangan sebentar masalah
yang membelenggu diri membolehkan kita menghindarkan tekanan dan
akhirnya fikiran kita akan menjadi lapang dan tenang. Di samping
itu juga, kita boleh melakukan aktiviti beriadah ini bersama-sama
keluarga mahupun sahabat handai . Peluang keemasan ini dapat kita
gunakan sepenuhnya untuk melakukan perbincangan dan perkongsian
sama ada yang berkaitan dengan masalah peribadi, mahupun masalah
tekanan semasa bertugas. Kita sebagai guru, perlu mengambil masa
yang terluang setelah melakukan pelbagai jenis tugasan dengan
mengisi aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Lantaran itu, kegiatan
riadah dapat membantu guru untuk mengurangkan tekanan emosi dalam
diri di samping dapat meningkatkan ksihatan diri.Selain itu, cara
kita berfikir juga dapat mempengaruhi kesihatan diri terutamanya
kesihatan mental dan emosi. Lantas, bagi memastikan kita memiliki
kesihatan yang baik tanpa menghadapi tekanan, kita perlu sentiasa
berfikiran positif apabila berhadapan dengan situasi yang kritikal
dan sukar. Contohnya, semasa kita kita diberi kritikan dan teguran,
kita perlu menerimanya dengan hati dan minda yang terbuka dan
menganggapnya sebagai satu kritikan yang membina. Di sebalik
kritikan yang diterima itu, kita perlu melakukan muhasabah diri
lalu memperbaiki segala kekurangan yang ada agar kita tidak
menerima kritikan yang sama pada masa yang lain pula. Sekiranya
kita tidak dapat menerima kritikan dan teguran tersebut, fikiran
kita akan menjadi tidak menentu dan kusut lalu menyebabkan kita
akan terjerat dalam kancah tekanan yang melampau. Contohnya yang
berlaku kepada guru yang tidak dapat mengawal emosinya lalu memukul
tapak tangan muridnya sehingga patah tulang tersebut. Berdasarkan
peristiwa yang berlaku ini, kita sebagai guru perlu mengambil
iktibar daripada peristiwa tersebut dengan mengaplikasikan langkah
yang telah dibincangkan ini supaya kita mudah untuk mengawal emosi
kita daripada melepaskan geram kepada orang lain. Natijahnya, kita
perlu menghadapi tekanan dengan fikiran yang terbuka dan sentiasa
positifkan diri.Akhir sekali, muzik dapat mencetuskan perasaan
gembira dan ceria walaupun terdapat muzik yang mengundang kesedihan
dan kedukaan. Oleh kerana itu, muzik yang bersesuaian perlu dipilih
supaya sesuai dengan emosi yang dialami. Hal ini bertepatan dengan
pandangan ahli-ahli psikologi bahawa muzik merupakan salah satu
wahana terapi yang efisien dan sumber ketenangan fikiran yang
sering diabaikan. Apabila muzik bergema, hati akan dibuai oleh
alunan melodinya sehingga di luar kesedaran diri, kita seperti
berada di alam yang lain. Muzik yang rancak akan menyebabkan kaki
bergoyang, manakala muzik sentimental pula akan menjadikan diri
dibuai perasaan. Seni katanya yang penuh bermakna akan menyumbang
ke arah penghayatan yang tinggi seolah-olah kita turut merasakan
perasaan yang sedang dialami oleh pelantun lagu tersebut. Tekanan
emosi yang dihadapi kita tanpa disedari kita telah melupakan
sebentar tekanan tersebut dengan bantuan muzik. Ketika berada di
sekolah, kita boleh mengaplikasikan cara ini ketika terdapat
masa-masa yang senggang iaitu ketika guru sedang menanti untuk
masuk ke dalam kelas untuk memulakan sesi pengajaran dan
pembelajaran. Secara tidak langsung, guru dapat melepaskan emosi
tegangnya melalui terapi muzik supaya dapat memberi ketenangan
untuk memulakan sesi pengajarannya. Selain itu juga, guru boleh
menggunakan terapi muzik ini untuk diterapkan dalam sesi pengajaran
guru supaya dapat membina suasana yang gembira bersama-sama dengan
murid. Oleh itu, muzik bukan sahaja dapat menghiburkan hati, malah
muzik seperti memiliki magis yang beruapaya mengurangkan tekanan
yang dihadapi guru seiring dengan perubahan dan pembaharuan dalam
bidang pendidikan yang dihadapinya.Konklusinya, profesion guru
adalah satu tugas yang memerlukan pengorbanan yang tinggi.
Sememangnya ternyata bahawa tekanan emosi daripada bebanan tugasan
kerja yang berlebihan akan menganggu gaya hidup seseorang guru itu.
Secara tidak langsung, keadaan ini seterusnya dapat memberikan
masalah kepada guru untuk menunjukkan prestasi kerja yang
berkualiti dalam bidang pendidikan yang diceburinya. Namun, sebagai
seorang guru, perlu mempunyai sikap yang sentiasa inginkan kejayaan
dan menanamkan sikap yang sentiasa positif dalam diri supaya dapat
mengharungi cabaran-cabaran dalam bidang pendidikan yang seringkali
mengalami perubahan dan pembaharuan. Keadaan ini dapat membantu
guru untuk mengelakkan diri daripada mengalami tekanan emosi yang
negatif dan tidak menjejaskan profesionnya sebagai seorang guru.
Bagi merealisasikannya, bantuan dan sokongan daripada segenap pihak
amatlah diperlukan bagi mengurangkan bebanan tekanan tugas yang
dihadapi oleh guru.
PENULISAN REFLEKTIFPELAN TINDAKANJANGKA MASAPERKARA TINDAKAN
Awal Tahun (Januari)Pelan Tindakan 1
Berdasarkan isu yang telah dipilih, guru berada dalam tekanan
apabila diberi tugasan yang berlebihan berbanding dengan tugas
hakiki sebagai seorang guru. Kebiasaannya, guru kelas adalah guru
yang paling teruk dibebani dengan tugas tambahan selain mengajar
dan ia menjadi paling kritikal ketika musim persekolahan baru
bermula. Guru bukan setakat perlu menyediakan maklumat peribadi
pelajarnya, tetapi dibebani dengan tugas yang lain seperti mengutip
yuran, sediakan buku kedatangan, dapatkan maklumat murid serta
keluarga mereka seterusnya membuat analisis kelayakan untuk diberi
bantuan, malah guru juga bertindak sebagai pegawai kesihatan yang
merekodkan maklumat kesihatan pelajar. Tugas-tugas sedemikian
sememangnya mendatangkan beban kepada guru keran telah menganggu
tugas hakiki guru iaitu mendidik pelajar. Jika dilihat pada keadaan
ini, kewujudan guru pembantu dapat meringankan beban guru. Akan
tetapi, hasilnya mungkin memerlukan jangka masa yang lama untuk
membawa kepada peningkatan di dalam prestasi pelajar. Proses
keadaan ini berlaku apabila beban guru semakin berkurang, maka guru
sudah tentu mempunyai masa dan ruang untuk menumpukan sepenuh
perhatian terhadap tugas hakiki mereka iaitu mengajar.
Tindakan daripada guru kelas, guru pembantu dan Guru Besar
Mac - AprilPelan Tindakan 2
Isu bebanan tugas guru sudah wujud sekian lama. Namun, seiring
dengan perubahan dan pembaharuan yang dihadapi, tugas guru zaman
kini sudah tidak realistik kerana tugas utama sebagai seorang guru
tidak menjadi perhatian yang utama. Dalam bidang ko-kurikulum
termasuklah sukan dan permainan, para guru masa kini terpaksa
menghadapi masalah dalam menguruskan aktiviti-aktiviti kokurikulum
di sekolah yang semakin hari semakin bertambah. Guru-guru
dikehendaki menjalankan kegiatan kokurikulum di sekolah tanpa
mengikut ketetapan masa tidak kira pada waktu persekolahan mahupun
di luar persekolahan. Kesannya, guru-guru terpaksa meninggalkan
tugas utama mereka iaitu mengajar di dalam bilik darjah. Melihat
kepada keadaan ini, salah satu cara yang boleh dilaksanakan ialah
mewujudkan jurulatih luar untuk melatih atlet-atlet sekolah supaya
meringankan beban guru dan memberi peluang kepada guru untuk
mengutamakan tugas mereka untuk mengajar di dalam bilik darjah. Di
samping itu juga, kerjasama dengan para ibu bapa pelajar boleh
dilaksanakan sewaktu mengadakan aktiviti-aktiviti kokurikulum
seperti merentas desa, hari sukan sekolah dan aktiviti-aktiviti
membersih dan menceriakan suasana sekolah. Tugas yang boleh dibantu
oleh para ibu bapa seperti mengawal keadaan pelajar, menguruskan
aktiviti-aktiviti dan merancang proses perjalananan aktiviti yang
hendak dilakukan.
Tindakan daripada guru Pendidikan Jasmani, guru-guru, jurulatih
luar, ibu bapa dan Guru Besar
Sepanjang TahunPelan Tindakan 3
Kekurangan kemudahan di sekolah merupakan salah satu punca
peningkatan beban kerja guru. Hal ini kerap kali berlaku setelah
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan. Beban yang
paling utama adalah dalam perancangan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang agak sukar disebabkan alatan yang terdapat di
storsukan adalah terhad. Ini kerana Pengajaran Pendidikan Jasmani
merupakan sebuah matapelajaran yang menggunakan pelbagai jenis
alatan. Sejajar dengan konsep pengajaran KSSR yang lebih menumpukan
kepada aktiviti permainan kecil/mini. Alatan yang biasa digunakan
adalah melibatkan alatan yang telah di ubahsuai untuk memastikan ia
sesuai dengan permainan yang dicipta. Langkah pertama, guru boleh
menggunakan kemahiran yang dimiliki unruk membuat ubahsuai alatan
seperti membuat bola daripada kertas. Seterusnya, guru akan
melibatkan murid untuk bersama-sama mengubahsuai alatan yang
diperlukan bagi menghasilkan alatan itu dalam jumlah yang banyak.
Ia secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan pemikiran kreatif
serta melatih kemahiran motor halus murid di samping dapat
mengurangkan beban guru untuk menghasilkan alatan dalam jumlah yang
banyak. Selepas itu, alatan yang diubahsuai ini akan disimpan di
dalam stor sukan untuk digunakan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.
Tindakan daripada guru-guru Pendidikan Jasmani
Sepanjang TahunPelan Tindakan 4
Berdasarkan isu yang dipilih, golongan guru dilihat
memperuntukkan jam waktu bekerja melebihi daripada pekerjaan yang
lain sehinggakan membatasi masa bersama keluarga di rumah. Langkah
pertama, guru perlu didedahkan dengan pengurusan masa yang berkesan
di mana sama ada dengan berjumpa kaunselor atau menghadiri seminar.
Pengurusan masa berkesan ini penting untuk guru membahagikan masa
dengan tepat dalam melakukan urusan kerja dan menjalani kehidupan
seharian. Seterusnya, guru harus mempraktikkan amalan pengurusan
masa yang berkesan di dalam kehidupan mereka. Penambahbaikan akan
dilakukan dari masa ke semasa seandainya terdapat kelemahan di
dalam pengurusan masa yang telah dilaksanakan. Seterusnya, pihak
pengurusan sekolah perlu membagikan tugas dengan adil mengikut
tenaga kerja yang terdapat di dalam sesebuah sekolah dengan
melibatkan semua ahli. Ini kerana, pembahagian kerja yang tidak
sistematik akan mengakibatkan sesetengah guru mendapat lebihan
kerja yang menyebabkan dia terbeban dari segi masa dan tenaga.
Tindakan daripada piahk sekolah dan guru
Awal dan Pertengahan TahunPelan Tindakan 5
Berdasarkan isu yang dipilih, kekurangan bilangan guru di
sekolah merupakan faktor bebanan kerja guru bertambah. Hal ini
mengakibatkan pembahagian kerja guru menjadi banyak. Guru-guru
terpaksa memikul beban waktu pengajaran yang lebih dari yang
sepatutnya. Selain itu, guru juga perlu mengajar banyak subjek dan
ada di antaranya bukan opsyen sebenar guru tersebut. Perkara ini
sememangnya beban kepada guru kerana mereka perlu membuat banyak
rujukan dan menghabiskan masa menelaah input dan maklumat berkaitan
subjek baru untuk diajarkan kepada murid. Tambahan pula, kekurangan
guru juga mengakibatkan guru perlu mengajar murid yang ramai pada
sesebuah kelas. Langkah yang harus diambil ialah pihak kementerian
perlu menempatkan lebih ramai guru bagi mengisi kekosongan yang ada
di sesebuah sekolah. Hal ini bagi menampung bilangan kapasiti
murid-murid di sekolah. Selain itu juga, ia akan mengurangkan beban
yang dipikul oleh guru dimana pembahagian tugas dapat dilakukan
dengan baik dan positif. Pihak sekolah perlulah memainkan peranan
penting terutamanya guru besar atau pengetua di mana mereka
perlulah memaklumkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing
berkaitan kekurangan guru di sekolah. Selain itu, kekurangan dan
lebihan guru bagi opsyen tertentu juga haruslah dilaporkan supaya
tidak berlaku lebihan tenaga dan pembahagian guru-guru mengikut
opsyen yang diperlukan di sekolah dapat diselaraskan dengan baik.
Hal ini akan membantu dalam mengurangkan beban tugas guru dan dapat
menghasilkan kualiti pembelajaran guru yang baik. Selain itu juga,
ia dapat mengelakkan guru daripada mengajar subjek yang menyimpang
dari opsyen sebenar guru. Perkara ini dipandang sirius kerana guru
tersebut tidak akan dapat melaksanakan tanggungjawab mengajar
subjek itu dengan berkualiti kerana kekurang ilmu pengetahuan
tentang subjek baru itu. Contohnya guru matematik terpaksa mengajar
subjek pendidikan jasmani. Kedua-dua subjek ini jelas mempunyai
teras dan tunjang pembelajaran yang sangat berbeza. Jadi guru
tersebut tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik malah
memberikan tekanan kepada dirinya. Berdasarkan isu yang dipilih,
kekurangan bilangan guru di sekolah merupakan faktor bebanan kerja
guru bertambah. Hal ini mengakibatkan pembahagian kerja guru
menjadi banyak. Guru-guru terpaksa memikul beban waktu pengajaran
yang lebih dari yang sepatutnya. Selain itu, guru juga perlu
mengajar banyak subjek dan ada di antaranya bukan opsyen sebenar
guru tersebut. Perkara ini sememangnya beban kepada guru kerana
mereka perlu membuat banyak rujukan dan menghabiskan masa menelaah
input dan maklumat berkaitan subjek baru untuk diajarkan kepada
murid. Tambahan pula, kekurangan guru juga mengakibatkan guru perlu
mengajar murid yang ramai pada sesebuah kelas. Langkah yang harus
diambil ialah pihak kementerian perlu menempatkan lebih ramai guru
bagi mengisi kekosongan yang ada di sesebuah sekolah. Hal ini bagi
menampung bilangan kapasiti murid-murid di sekolah. Selain itu
juga, ia akan mengurangkan beban yang dipikul oleh guru dimana
pembahagian tugas dapat dilakukan dengan baik dan positif. Pihak
sekolah perlulah memainkan peranan penting terutamanya guru besar
atau pengetua di mana mereka perlulah memaklumkan kepada Jabatan
Pelajaran Negeri masing-masing berkaitan kekurangan guru di
sekolah. Selain itu, kekurangan dan lebihan guru bagi opsyen
tertentu juga haruslah dilaporkan supaya tidak berlaku lebihan
tenaga dan pembahagian guru-guru mengikut opsyen yang diperlukan di
sekolah dapat diselaraskan dengan baik. Hal ini akan membantu dalam
mengurangkan beban tugas guru dan dapat menghasilkan kualiti
pembelajaran guru yang baik. Selain itu juga, ia dapat mengelakkan
guru daripada mengajar subjek yang menyimpang dari opsyen sebenar
guru. Perkara ini dipandang sirius kerana guru tersebut tidak akan
dapat melaksanakan tanggungjawab mengajar subjek itu dengan
berkualiti kerana kekurang ilmu pengetahuan tentang subjek baru
itu. Contohnya guru matematik terpaksa mengajar subjek pendidikan
jasmani. Kedua-dua subjek ini jelas mempunyai teras dan tunjang
pembelajaran yang sangat berbeza. Jadi guru tersebut tidak dapat
melaksanakan tugas dengan baik malah memberikan tekanan kepada
dirinya.
Tindakan daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri, guru besar
dan sekolah
Awal TahunPelan Tindakan 6
Tindakan seterusnya ialah bagi menangani isu kekurangan staff
perkeranian bagi membantu tugasan di sekolah. Kekurangan staf
perkeranian di sekolah memaksa guru-guru untuk melakukan
kerja-kerja perkeranian seperti mengisi borang, menaip surat dan
menguruskan kewangan. Hal ini menyebabkan masa kerja guru semakin
bertambah dan menjadi beban kepada guru.
Sebagai guru besar atau pengetua, mereka perlu mengambil langkah
dengan memohon staf perkeranian dan pembantu guru serta
mengiklankan kepada umum mengenai keperluan staf yang mahir bagi
membantu urusan pentadbiran sekolah. Dengan adanya penambahan staf
ini, guru-guru tidak lagi perlu memikirkan mengenai tugas-tugas
pentadbiran seperti urusan kewangan dan surat-menyurat sebaliknya
boleh menumpukan lebih perhatian terhadap tugas mereka dalam
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kemudiannya, staf
yang dilantik haruslah mempunyai kemahiran yang sesuai dengan tugas
yang akan diberikan. Contohnya pembantu guru atau staf yang
bertugas membantu guru di makmal sains perlulah mempunyai
pengetahuan tentang sains seperti bahan-bahan dan alatan-alatan
yang ada di makmal. Hal ini bagi memudahkan mereka membantu guru
ketika pengajaran seperti menyediakan bahan dan alat yang guru
perlukan untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini secara
langsung membantu meringankan beban guru kerana guru tidak lagi
perlu memikirkan mengenai pentadbiran dan penjagaan makmal atau
bilik-bilik panitia di sekolah.
Tindakan daripada pihak guru besar, guru-guru dan sekolah