SINGAPURA YANG SELAMAT Pembukaan Semula yang Selamat Pembukaan semula beberapa aktiviti secara berperingkat Peralihan yang Selamat Pembukaan semula aktiviti-aktiviti sosial dan ekonomi yang lebih luas Negara yang Selamat Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3 Fasa 1 - Pembukaan Semula yang Selamat mulai 2 Jun 2020 Dikemaskini: 20 Mei 2020 Jangan sebarkan khabar angin Dapatkan maklumat terkini mengenai COVID-19 dengan mendaftar bagi khidmat WhatsApp Gov.sg (www.go.gov.sg/whatsapp). Khidmat ini boleh didapati dalam bahasa Inggeris, Cina, Melayu dan Tamil. Sekolah yang Selamat Kohort pelajar tahun akhir di sekolah rendah dan menengah bersekolah setiap hari. Pelajar-pelajar lain akan berselang-seli antara mengikuti Pembelajaran di Rumah (HBL) dan pergi sekolah. Perjalanan yang Selamat Semua orang harus memakai pelitup. Elakkan daripada berbual dan jaga kebersihan diri dengan baik. Tempat Kediaman yang Selamat Setiap rumah boleh menerima 2 orang tetamu sehari - tetamu mestilah anak-anak dan/atau cucu-cucu dari rumah yang sama. Tempat Kerja yang Selamat Beberapa perniagaan dibuka semula dengan pelaksanaan langkah-langkah Pengurusan Selamat. Masyarakat yang Selamat Aturan Penjagaan untuk Kanak-kanak Prasekolah akan dibuka semula secara berperingkat; dibuka sepenuhnya pada 10 Jun 2020. Pusat-pusat Jagaan Pelajar juga akan dibuka semula. Bantuan untuk Warga Emas Pusat Kegiatan Warga Emas akan sambung semula beberapa aktiviti secara berperingkat, dengan cara yang selamat dan terkawal, untuk membantu warga emas yang ada sedikit atau tiada bantuan sosial. Majlis Pernikahan Boleh dijalankan secara bersemuka, dengan 10 orang hadirin. Tempat-tempat Ibadah Dibuka semula untuk ibadah secara bersendirian sahaja. Pakai pelitup apabila berada di luar rumah Daftar masuk dan keluar menggunakan SafeEntry apabila diperlukan