Top Banner
1. Abang Angkat Maksud: Lelaki yang telah di akui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya. Contoh Ayat: Hamidah mempunyai seorang abang angkat bernama Hamzah. 2. Abang Ipar Maksud: Suami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau suami. Contoh Ayat: Hafiz ialah abang ipar Umar. 3. Abang Kandung Maksud: Abang yang seibu sebapa. Contoh Ayat: Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia. 4. Abu Angin Maksud: Telah musnah sama sekali. ContohAyat: Kota yang melambangkan ketamadunan bangsa itu telah menjadi abu angin kerana diserang oleh tentera Tatar. 5. Abu Jahal Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan. Contoh Ayat: Abu Jahal kampung ini telah diberkas polis awal pagi tadi kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes rompakan. 6. Abu Lahab Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan. 7. Abu Nawas Maksud: Orang yang suka berhelah. Contoh Ayat: Kami memanggilnya Abu Nawas kerana dia pandai berhelah apabila ditanya tentang sesuatu. 8. Ada Akal Maksud: Cara menyelesaikan sesuatu masalah. Contoh Ayat: Syeila ada akal untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh ayahnya. 9. Ada Angin Maksud: Orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu. Contoh Ayat: Alin ada angin, ada kalanya dia peramah dan ada kalanya pula dia marah-marah. 10. Ada Bakat Maksud: Berkebolehan dalam sesuatu lapangan seperti melukis, mengarang dan
100

Simpulan Bahasa

Dec 07, 2014

Download

Documents

smcmasai

BM
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Simpulan Bahasa

1. Abang AngkatMaksud: Lelaki yang telah di akui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya.Contoh Ayat: Hamidah mempunyai seorang abang angkat bernama Hamzah.

2. Abang IparMaksud: Suami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau suami.Contoh Ayat: Hafiz ialah abang ipar Umar.

3. Abang KandungMaksud: Abang yang seibu sebapa.Contoh Ayat: Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia.

4. Abu AnginMaksud: Telah musnah sama sekali.ContohAyat: Kota yang melambangkan ketamadunan bangsa itu telah menjadi abu angin kerana diserang oleh tentera Tatar.

5. Abu JahalMaksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.Contoh Ayat: Abu Jahal kampung ini telah diberkas polis awal pagi tadi kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes rompakan.

6. Abu LahabMaksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.

7. Abu NawasMaksud: Orang yang suka berhelah.Contoh Ayat: Kami memanggilnya Abu Nawas kerana dia pandai berhelah apabila ditanya tentang sesuatu.

8. Ada AkalMaksud: Cara menyelesaikan sesuatu masalah.Contoh Ayat: Syeila ada akal untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh ayahnya.

9. Ada AnginMaksud: Orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu.Contoh Ayat: Alin ada angin, ada kalanya dia peramah dan ada kalanya pula dia marah-marah.

10. Ada BakatMaksud: Berkebolehan dalam sesuatu lapangan seperti melukis, mengarang dan sebagainya.Contoh Ayat: Izzah ada bakat menjadi penulis novel.

11. Ada CanMaksud: Ada peluang.Contoh Ayat: Nampaknya ada can kita jadi orang kaya kalau perniagaan kita ini berjaya, kata Amin kepada Umair.

12. Ada GayaMaksud: Ada ciri-ciri yang memperlihatkan kebolehannya.

Page 2: Simpulan Bahasa

Contoh Ayat: Osman ada gaya menjadi pelakon filem kerana dia tinggi dan tampan.

13. Ada HatiMaksud: Keinginan.Contoh Ayat: Walaupun berpendapatan kecil Jaya ada hati hendak membuka perniagaannya sendiri suatu hari nanti.

14. Ada JalanMaksud: Ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara.Contoh Ayat: Hamdan ada jalan untuk membiayai perbelanjaan anaknya di institusi pengajian tinggi iaitu dengan membuat pinjaman di bank.

15. Ada-AdaMaksud: Ada sesuatu.Contoh Ayat: Ada-ada sahaja yang diceritakan oleh Abu sekembalinya dia dari bandar.

16. Adat BalaiMaksud: Adat dalam istana raja.Contoh Ayat: Semasa di dalam istana kamu hendaklah menjaga adat balai.

17. Adik AngkatMaksud: Seseorang yang telah diakui sebagai adik sendiri tetapi tidak mempunyai pertalian darah.Contoh Ayat: Jamilah adik angkat saya, ibunya menyerahkan dia kepada keluarga kami untuk dipelihara.

18. Adik IparMaksud: Adik kepada isteri atau suami.Contoh Ayat: Adik ipar saya seorang doktor.

19. Adik KandungMaksud: Adik daripada ibu bapa yang sama; seibu sebapa.Contoh Ayat: Sulaiman sedang mencari adik kandungnya, Hasnah yang telah terpisah sejak sepuluh tahun lalu.

20. Adu Buku = Beradu BukuMaksud: Bertinju.Contoh Ayat: Samad beradu buku dengan Wahid.

21. Adu Domba = Mengadu DombaMaksud: Melaga-lagakan seseorang atau kumpulan dengan seseorang atau kumpulan yang lain. Contoh Ayat: Pendatang baru di kampung itu suka mengadu domba pemuda di kampung ini dengan pemuda dari kampung seberang.

22. Adu Kening = Beradu KeningMaksud: Berhadap-hadapan muka.Contoh Ayat: Walaupun kami duduk beradu kening di majlis itu tetapi kami tidak dapat berbual-bual.

23. Adu Lengan = Beradu LenganMaksud: Beradu kekuatan.Contoh Ayat: Wira dan Jaka beradu lengan di hadapan gadis itu.

Page 3: Simpulan Bahasa

24. Adu Nasib = Mengadu NasibMaksud: Mencari rezeki.Contoh Ayat: Kamal datang dari seberang dan cuba mengadu nasib di negara ini kerana di sini banyak peluang pekerjaan.

25. Adu UntungMaksud: Mencari rezeki.

26. Air MandiMaksud: Sudah menjadi kebiasaan.Contoh Ayat: Bekerja mengangkat bata di bawah panas matahari sudah menjadi air mandi kepada Jeha kerana itulah tugas yang perlu dilakukannya setiap hari.

27. Air MukaMaksud: a) Wajah b) MaruahContoh Ayat:a) Air muka Munirah menjadi muram apabila ibunya melarang dia bermain-main di padang.b) "Tidak baik mencemuh dan menjatuhkan air muka orang di khalayak ramai," kata Imad kepada Husin.

28. Air PasangMaksud: Paras air laut yang meningkat.Contoh Ayat: Apabila air pasang, kawasan pantai itu akan ditenggelami air.

29. Air SembilanMaksud: Air yang digunakan untuk memandikan mayat.Contoh Ayat: Air sembilan disediakan sambil menunggu mayat tiba dari hospital.

30. Air SetamanMaksud: Air yang bercampur bunga-bungaan dan limau untuk dibuat mandi.Contoh Ayat: Ibu yang mengandung tujuh bulan itu dimandikan dengan air setaman.

31. Air SurutMaksud: Paras air laut yang turun.Contoh Ayat: Kami berjalan-jalan di pantai sewaktu air surut.

32. Ajak-Ajak ayamMaksud: Mempelawa secara tidak bersungguh-sungguh.Contoh Ayat: Mujur dia tidak mahu mengikut saya kerana saya hanya ajak-ajak ayam.

33. Akal BelutMaksud: Orang yang pandai tipu muslihat.Contoh Ayat: Dengan akal belutnya dia dapat membeli tanah di kawasan ini dengan harga yang murah.

34. Akal KancilMaksud: Orang yang pandai tipu muslihat.

35. Akal SejengkalMaksud: Orang yang berasa dirinya lebih daripada orang lain.Contoh Ayat: Dalam perbincangan itu dia selalu menggunakan akal sejengkalnya untuk menarik

Page 4: Simpulan Bahasa

perhatian orang lain.

36. Alas CakapMaksud: Kata pendahuluan sebelum persoalan utama diperkatakan.Contoh Ayat: Alas cakap yang disampaikan oleh pengerusi majlis forum itu menjadi pencetus kepada persoalan yang akan diperkatakan.

37. Alas KataMaksud: Kata pendahuluan sebelum persoalan utama diperkatakan.

38. Alas PerutMaksud: Makan sedikit.Contoh Ayat: Lina makan sekeping roti sebagai alas perut sebelum ke sekolah.

39. Alih Akal = Beralih AkalMaksud: Berubah pendapat atau fikiran.Contoh Ayat: Dia beralih akal dan tidak jadi berpindah ke Sarawak.

40. Alih Angin = Beralih AnginMaksud: Berpindah tempat tinggal.Contoh Ayat: Setelah beralih angin ke Sarawak, penyakitnya beransur pulih.

41. Alih Muka = Beralih MukaMaksud: Menyamar.Contoh Ayat: Dia beralih muka ketika menghadiri majlis itu supaya tidak dikenali.

42. Alim KucingMaksud: Pura-pura baik.Contoh Ayat: Si Dayan alim kucing di hadapan orang kampung sedangkan dialah yang menjadi dalang dalam kes-kes kecurian di kampungnya.

43. Aliran MasaMaksud: Perubahan masa.Contoh Ayat: Kita hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat sesuai dengan aliran masa kini.

44. Aliran MasyarakatMaksud: Kehendak masyarakat.Contoh Ayat: Aliran masyarakat masa kini lebih mencabar dan rumit.

45. Ambil AbuMaksud: Maksud yang tidak kesampaian.Contoh Ayat: Persidangan itu tidak berhasil, masing-masing pulang ambil abu sahaja.

46. Ambil AdaMaksud: Berpuas hati dengan apa yang ada.Contoh Ayat: Buat rujukan lanjut tentang projek kamu itu di perpustakaan, jangan ambil ada sahaja, kata Cikgu Ahmad kepada murid-muridnya.

47. Ambil AnginMaksud: Bersiar-siar mengambil udara bersih.Contoh Ayat: Keluarga Arsyad ambil angin di tepi pantai pada setiap petang.

Page 5: Simpulan Bahasa

48. Ambil BahagianMaksud: Menyertai.Contoh Ayat: Asnida ambil bahagian dalam pertandingan pidato peringkat daerah.

49. Ambil BeratMaksud: Beri perhatian.Contoh Ayat: Ibu dan ayah sangat ambil berat terhadap prestasi pelajaran kami.

50. Ambil Haluan = Mengambil HaluanMaksud: Membuat keputusan dalam sesuatu perkara.Contoh Ayat: Berhati-hati ketika ambil haluan supaya rancangan kita nanti akan memberikan hasil yang lumayan.

51. Ambil HatiMaksud: Berasa tersinggung.Contoh Ayat: Jangan ambil hati akan kata-katanya kerana dia menasihati untuk kebaikan.

52. Ambil IbaratMaksud: Menjadikan sesuatu sebagai teladan.Contoh Ayat: Kita patut ambil ibarat daripada kejadian yang berlaku pada tahun lepas.

53. Ambil IngatanMaksud: Dimasukkan ke dalam ingatan; memberi perhatian.Contoh Ayat: Para pelajar perlu ambil ingatan akan nasihat guru besar dalam perhimpunan pagi tadi.

54. Ambil Muka = Mengambil MukaMaksud: Membuat sesuatu supaya disukai.Contoh Ayat: Syarif pandai ambil muka apabila berada bersama-sama kaum keluarganya, sebab itulah dia disukai.

55. Ambil Sumpah = Mengambil SumpahMaksud: Disuruh bersumpah; melakukan sumpah.Contoh Ayat: Azhar ambil sumpah bahawa dia menyaksikan kejadian itu.

56. Ambil Tahu = Mengambil TahuMaksud: Memberi perhatian tentang sesuatu perkara.Contoh Ayat: Dia sentiasa ambil tahu tentang aktiviti surau di kawasannya.

57. Anak AdamMaksud: Umat manusia.Contoh Ayat: Penyakit AIDS akan memusnahkan semua anak Adam jika langkah-langkah pencegahannya tidak diambil.

58. Anak AirMaksud: Sungai kecil.Contoh Ayat: Di dalam kebun ayah saya ada sebatang anak air yang digunakan untuk mengairi tanaman.

59. Anak AngkatMaksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.

Page 6: Simpulan Bahasa

Contoh Ayat: Raju merupakan anak angkat kepada Encik Muthu dan Puan Selvi.

60. Anak BajuMaksud: Baju dalam.Contoh Ayat: Ibu sering menasihati saya supaya sentiasa memakai anak baju.

61. Anak BuahMaksud: a)Anak saudara. b) Pekerja di bawah jagaan kita.Contoh Ayat: a) Halim memikul tanggungjawab menjaga anak buahnya semasa kakaknya pergi menunaikan haji ke Makkah.Contoh Ayat: b) Kerja-kerja itu telah disiapkan oleh anak buah saya siang tadi.

62. Anak bukitMaksud: Bukit kecil.Contoh Ayat: Rumah Asma terletak berhampiran anak bukit itu.

63. Anak DidikMaksud: Orang di bawah jagaan kita.Contoh Ayat: Guru besar sedang memberikan taklimat kepada anak didiknya.

64. Anak EmasMaksud: Orang yang sangat disayangi.Contoh Ayat: Encik Karupan menjadi anak emas syarikat itu kerana kejujuran dan kesetiaannya.

65. Anak GaharaMaksud: Anak raja yang berbondakan keturunan bangsawan.Contoh Ayat: Tengku Ahmad ialah anak gahara Sultan Sulaiman dengan Tengku Puteri Halijah.

66. Anak HaramMaksud: Anak yang lahir di luar perkahwinan yang sah dari segi hukum agama.Contoh Ayat: Nadia melahirkan anak haram hasil hubungan sulitnya dengan Karim.

67. Anak JantanMaksud: Lelaki yang berani.Contoh Ayat: Anwar memang anak jantan kerana sanggup berjuang menegakkan kebenaran demi maruah keluarganya.

68. Anak KandungMaksud: Anak sendiri.Contoh Ayat: Zainab merupakan anak kandung Pak Ali dengan isteri pertamanya.

69. Anak KapalMaksud: Orang yang bekerja dalam sesebuah kapal.Contoh Ayat: Ketika bekerja sebagai anak kapal, saya berpeluang menjejakkan kaki di benua Eropah.

70. Anak NegeriMaksud: Penduduk di sesebuah negeri.Contoh Ayat: Anak negeri Selangor digalakkan menceburkan diri dalam perusahaan desa.

71. Anak PerahuMaksud: Orang yang bekerja dalam sesebuah kapal.

Page 7: Simpulan Bahasa

72. Anak PiatuMaksud: Anak yang telah kematian ayah dan ibu.Contoh Ayat: Setelah menjadi anak piatu Husin terpaksa tinggal di Asrama Bakti.

73. Anak PungutMaksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.

74. Anak TunggalMaksud: Anak yang tidak mempunyai adik beradik lain.Contoh Ayat: Esah merupakan anak tunggal dan menjadi kesayangan ibu bapanya.

75. Anak TutMaksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.

76. Angkat Alis = Mengangkat AlisMaksud: Kehairanan.Contoh Ayat: Era mengangkat alis apabila melihat hadiah misteri yang dimenanginya.

77. Angkat BahuMaksud: Tidak tahu atau tidak bertanggungjawab.Contoh Ayat: Mei Lan hanya angkat bahu apabila ditanya tentang kucing yang mati itu.

78. Angkat DiriMaksud: Sombong.Contoh Ayat: Jangan suka angkat diri, nanti orang lain tidak mahu berkawan dengan kamu, kata Cikgu Karim kepada Khalid.

79. Angkat KakiMaksud: Pergi meninggalkan.Contoh Ayat: Syamsul angkat kaki apabila Ali mengusiknya.

80. Angkat KeningMaksud: Kehairanan.

81. Angkat MataMaksud: Menentang sesuatu tindakan.Contoh Ayat: Zaleha tidak berani angkat mata ketika dileter ibunya.

82. Angkat MukaMaksud: Dimanja-manjakan.Contoh Ayat: Apabila ibunya pulang, barulah dia berani angkat muka.

83. Angkat NamaMaksud: Terkenal.Contoh Ayat: Awie sudah angkat nama dalam bidang nyanyian.

84.Angkat SenjataMaksud: Berperang.Contoh Ayat: Apabila tiba masanya kerajaan Daha pun angkat senjata menyerang musuh.

85. Angkat Suara

Page 8: Simpulan Bahasa

Maksud: Meninggikan suara.Contoh Ayat: Hormatilah orang tua-tua, jangan angkat suara apabila bercakap dengan mereka.

86. Angkat SumpahMaksud: Disuruh bersumpah; melakukan sumpah.

87. Anjing HitamMaksud: Orang jahat yang selalu menunjuk-nunjukkan keburukannya.Contoh Ayat: Seng Hai telah lama menjadi anjing hitam yang sering memeras ugut masyarakat pelombong di situ.

88. Anjing KurapMaksud: Orang yang dipandang hina kerana kemiskinannya.Contoh Ayat: Hidup Rama seperti anjing kurap yang melarat ke sana ke mari.

89. Api PeperanganMaksud: Perselisihan antara negara yang biasanya boleh memulakan peperangan.Contoh Ayat: Pulau yang menjadi rebutan kedua-dua buah negara itu boleh menyebabkan tercetusnya api peperangan.

90. Api PercintaanMaksud: Perasaan cinta yang meluap-luap.Contoh Ayat: Api percintaan sedang membara dijiwa Syakila dan Farid.

91. Arang Di DahiMaksud: Mendapat malu.Contoh Ayat: Terhapuslah arang di dahi Encik Roslan setelah pihak mahkamah membuktikan dia tidak bersalah.

92. Arang Di KeningMaksud: Mendapat malu.

93. Maksud: Arang di mukaMendapat malu.

94. Asam GaramMaksud: Pengalaman.Contoh Ayat: Terlalu banyak asam garam kehidupan yang telah dilalui oleh Pak Dollah.

95. Atas AnginMaksud: Negeri-negeri di Timur Tengah dan Eropah.Contoh Ayat: Pada musim cuti ini, kami sekeluarga bercadang untuk melawat negara-negara atas angin.

96. Atas NamaMaksud: Menjadi wakil seseorang atau pertubuhan.Contoh Ayat: Saya menghadiri mesyuarat ini atas nama Tuk Penghulu Kampung Jenerak.

97. Atas Pagar:Maksud: Tidak menyebelahi mana-mana pihak.Contoh Ayat: Dalam pertandingan ini, saya hanya penonton atas pagar kerana meminati kedua-dua pasukan itu.

Page 9: Simpulan Bahasa

98. Ayam Jalak:Maksud: Orang yang berani.Contoh Ayat: Sudin digelar ayam jalak Kampung Pegaga kerana telah berjaya menangkap buaya yang telah membaham dua orang penduduk kampung tersebut.

99. Ayam Tambatan:Maksud: Orang yang banyak pengalaman dan menjadi harapan (biasanya dalam pasukan permainan).Contoh Ayat: Abdullah menjadi ayam tambatan pasukan bola sepak negeri Johor kerana kehandalannya menjaringkan gol.

1. Babi Buta = Membabi Buta Maksud: Berbuat sesuatu tanpa banyak berfikir. Contoh Ayat: Serangan yang membabi buta itu telah menyebabkan ramai orang awam terkorban. 

2. Bahasa Ibunda Maksud: Bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kaum. Contoh Ayat: Bahasa ibunda Mei Lin ialah bahasa Mandarin. 

3. Bahasa Kasar = Berbahasa Kasar Maksud: Bahasa yang tidak sopan untuk digunakan. Contoh Ayat: Ratna mengeluarkan bahasa kasar semasa bergaduh dengan kakaknya. 

4. Bahasa Pasar Maksud: Bahasa Melayu yang tidak betul tatabahasanya. Contoh Ayat: Jangan menggunakan bahasa pasar apabila membuat karangan. 

5. Baik Budi Maksud: Baik hati. Contoh Ayat: Hafiz seorang pemuda yang baik budi dan menghormati orang tua. 

6. Baik Hati Maksud: Bersikap baik dan penyayang (suka menolong). Contoh Ayat: Nenek memang baik hati. Dia sering menghulurkan derma kepada rumah anak-anak yatim. 

7. Baik Sangka Maksud: Berpendapat yang orang lain baik.

Page 10: Simpulan Bahasa

Contoh Ayat: Kita hendaklah sentiasa bersikap baik sangka terhadap semua orang. 

8. Balas Budi = Membalas Budi Maksud: Balas jasa dan berterima kasih. Contoh Ayat: Jiman menyara kos perubatan ibu angkatnya sebagai membalas budi keluarga angkatnya itu. 

9. Balas Guna Maksud: Balas jasa dan berterima kasih. 

10. Balik Gagang = Berbalik Gagang Maksud: Berpihak kepada musuh. Contoh Ayat: Akibat rasa tidak puas hati terhadap ketuanya, Ahmad telah berbalik gagang dengan membocorkan rahsia syarikatnya. 

11. Balik Hati = Berbalik Hati Maksud: Berubah pendirian. Contoh Ayat: Dia telah berbalik hati dan tidak jadi meninggalkan kampungnya. 

12. Bangkai Bernyawa Maksud: Orang yang tidak berguna. Contoh Ayat: Kehidupan seorang penagih dadah ibarat bangkai bernyawa. 

13. Bantal Lengan = Berbantal Lengan Maksud: Kehidupan yang terlalu miskin. Contoh Ayat: Kehidupannya yang berbantal lengan menyebabkan dia jarang bergaul dengan jiran tetangganya. 

14. Banting Tulang = Membanting Tulang Maksud: Bekerja bermati-matian. Contoh Ayat: Ayah membanting tulang mencari rezeki untuk menyara kami sekeluarga. 

15. Banyak Akal Maksud: Banyak helah. Contoh Ayat: Leman banyak akal apabila diminta membayar hutangnya. 

16. Banyak Cakap Maksud: Orang yang suka berleter. Contoh Ayat: Halijah banyak cakap sehingga pening kepala saya mendengarnya. 

17. Banyak Mulut Maksud: Orang yang suka berleter. 

18. Bapa Angkat Maksud: Orang yang mengaku sebagai bapa dan memelihara kita, walaupun tiada pertalian darah.Contoh Ayat: Bapa angkat saya memelihara saya seperti anaknya sendiri kata Salmah kepada Karim. 

19. Bapa Kandung Maksud: Bapa sebenar. Contoh Ayat: Bapa kandung saya tinggal di Perak. 

Page 11: Simpulan Bahasa

20. Basuh Mulut = Pembasuh Mulut Maksud: Sajian manis atau buah-buahan yang dijadikan hidangan selepas makan. Contoh Ayat: Selepas makan tengah hari saya makan buah tembikai sebagai pembasuh mulut. 

21. Batu Api Maksud: Orang yang suka menghasut.Contoh Ayat: Dalam pergaduhan itu Si Mamatlah batu apinya. 

22. Batu Loncatan Maksud: Sesuatu yang dijadikan permulaan untuk mencapai hajat yang lebih besar. Contoh Ayat: Kursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan. 

23. Bau-Bau Bacang Maksud: Persaudaraan yang jauh. Contoh Ayat: Saya mesti melawat Zainon apabila ke Terengganu kerana kami memang ada bau-bau bacang. 

24. Bawa Alamat Maksud: Memberi tanda. Contoh Ayat: Langit gelap bawa alamat hari akan hujan. 

25. Bawa Diri = Membawa Diri 

26. Bawa Hati Maksud: Merajuk. Contoh Ayat: Setelah pinangannya ditolak, Amar bawa hati dan belayar ke negeri orang. 

27. Bawa Hidup Maksud: Merantau mencari penghidupan. Contoh Ayat: Rahul bawa hidup ke Malaysia untuk mencari pendapatan yang halal. 

28. Bawa Mati Maksud: Menyebabkan mati. Contoh Ayat: Penyakit kanser boleh bawa mati jika tidak diubati di peringkat awal. 

29. Bawa Mulut Maksud: Bercerita tentang keburukan orang lain. Contoh Ayat: Haris sering bawa mulut tentang kelakuan bekas kekasihnya. 

30. Bawa Nasib Maksud: Merantau mencari penghidupan. 

31. Bawa Nyawa Maksud: Menyelamatkan diri. Contoh Ayat: Masing-masing bawa nyawa dengan lari bertempiaran ketika gempa bumi berlaku. 

32. Bawa Sial = Membawa Sial Maksud: Mendatangkan malang. Contoh Ayat: Tiada siapa yang membawa sial. Semuanya telah ditakdirkan Allah. 

33. Bawa Tempurung 

Page 12: Simpulan Bahasa

Maksud: Minta sedekah. Contoh Ayat: Kita masih gagah dan kuat. Kita tidak perlu bawa tempurung. 

34. Bawa Tuah = Membawa Tuah Maksud: Mendatangkan keuntungan. Contoh Ayat: Tindakan Ahmad membeli anak syarikat itu membawa tuah kepada perniagaannya. 

35. Bawah Angin Maksud: Negeri-negeri di sebelah Timur. Contoh Ayat: Kapal itu belayar ke negeri bawah angin. 

36. Bawah Bendera Maksud: Berada dalam perlindungan sesuatu kuasa. Contoh Ayat: Pada suatu masa dahulu negeri-negeri di Tanah Melayu berada bawah bendera Inggeris. 

37. Bawah Tanah Maksud: Pergerakan rahsia atau pergerakan gelap. Contoh Ayat: Ketika zaman darurat, tentera komunis menjalankan pergerakan bawah tanah. 

38. Bayang Kata = Dibayang Kata Maksud: Dikias. Contoh Ayat: Semasa makan malam, Mak Long telah dibayang kata oleh ayah tentang sikap cemburunya itu. 

39. Bayar Nyawa Maksud: Mengorbankan diri. Contoh Ayat: Mak Melur sanggup bayar nyawa untuk mendapatkan hak penjagaan anak lelakinya daripada bekas suaminya. 

40. Bekas Tangan Maksud: Sesuatu yang diusahakan. Contoh Ayat: "Terendak yang cantik ini adalah bekas tangan Syamsiah," kata Pak Mail memuji menantunya. 

41. Belah Bumi = Membelah Bumi Maksud: Bunyi yang sangat kuat. Contoh Ayat: Petir yang membelah bumi petang tadi amat menakutkan saya. 

42. Belah Hati = Berbelah Hati Maksud: Tidak tetap pendirian dalam mengambil sesuatu keputusan. Contoh Ayat: Usahlah berbelah hati untuk meninggalkan keluarga demi mencari masa depan yang lebih baik. 

43. Belahan Hati Maksud: Orang yang sangat dikasihi. Contoh Ayat: Anak bongsunya itulah belahan hatinya. 

44. Belahan Jiwa Maksud: Orang yang sangat dikasihi. 

45. Belahan Nyawa 

Page 13: Simpulan Bahasa

Maksud: Orang yang sangat dikasihi. 

46. Belakang Hari Maksud: Kemudian hari. Contoh Ayat: "Berusahalah dengan bersungguh-sungguh, supaya hidup kamu senang belakang hari," nasihat ayah kepada abang. 

47. Bendera Putih Maksud: Mengaku kalah. Contoh Ayat: Tentera Siam terpaksa mengibarkan bendera putih kerana tidak sanggup menentang serangan kerajaan Melaka yang hebat itu. 

48. Bengkak Perut Maksud: Berasa dengki atau sakit hati kerana sesuatu. Contoh Ayat: Rajan bengkak perut apabila ibunya menghadiahkan abangnya sebuah rumah. 

49. Berat Lalat Maksud: Pura-pura berani. Contoh Ayat: Dia berani lalat sahaja apabila mengaku akan menjaga dusun durian pada waktu malam. 

50. Berani Mati Maksud: Tidak takut mati. Contoh Ayat: Angkatan Tentera Malaysia berani mati dalam mempertahankan tanah air tercinta.

51. Berat Bibir Maksud: Orang yang pendiam. Contoh Ayat: Menantu saya berat bibir tetapi rajin ke dapur. 

52. Berat Hati Maksud: Kurang senang. Contoh Ayat: Berat hati saya melepaskan dia pergi seorang diri. 

53. Berat Kaki Maksud: Malas. Contoh Ayat: Dia berat kaki untuk ke pesta hari jadi temannya. 

54. Berat Lidah Maksud: Tidak dapat berkata-kata. Contoh Ayat: Berat lidah Jimah hendak menceritakan hal sebenar kepada ibunya. 

55. Berat Mata Maksud: Mengantuk. Contoh Ayat: Baru pukul sembilan malam adik sudah berat mata. 

56. Berat Mulut Maksud: Orang yang pendiam. 

57. Berat Sebelah Maksud: Tidak adil. Contoh Ayat: Sikapnya yang berat sebelah mengecewakan saya. 

Page 14: Simpulan Bahasa

58. Berat Tangan Maksud: Pemalas. Contoh Ayat: Saedah memang berat tangan. Dia hanya tidur dan tidak mahu menolong kakaknya di dapur. 

59. Berat Tulang Maksud: Pemalas. 

60. Beri Jalan Maksud: Beri pendapat atau fikiran dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Contoh Ayat: "Beri jalan untuk menyelesaikan masalah adik kamu ini," kata ibu kepada abang. 

61. Beri Muka Maksud: Memanjakan. Contoh Ayat: Kalau kerap diberi muka, mereka akan menjadi malas. 

62. Berita Hangat Maksud: Berita baharu yang menjadi perbualan. Contoh Ayat: Kisah seorang kanak-kanak berumur lapan tahun yang bijak Matematik menjadi berita hangat dalam semua akhbar tempatan. 

63. Besar Cakap Maksud: Orang yang suka bercakap sombong. Contoh Ayat: Akmal besar cakap sahaja tetapi dia sebenarnya bukanlah orang yang berharta. 

64. Besar Hati = Berbesar Hati Maksud: Gembira. Contoh Ayat: Datuk Kamarudin berbesar hati kerana diberikan sambutan meriah oleh orang bawahannya. 

65. Besar Kepala Maksud: Tidak mahu mendengar nasihat, degil. Contoh Ayat: Lijah menjadi besar kepala semenjak kematian ayahnya. 

66. Besar Mulut Maksud: Suka bercakap besar. Contoh Ayat: "Jangan suka besar mulut menceritakan kekayaan keluarga kita yang tak seberapa," kata kakak. 

67. Besar Perut Maksud: Hamil. Contoh Ayat: Kami bakal mendapat anak saudara kerana kakak sudah besar perut. 

68. Betul Bendul Maksud: Orang yang lurus dan ada kalanya bodoh. Contoh Ayat: Jamil memang betul bendul, sebab itulah orang suka mempermain-mainkannya. 

69. Biang Keladi Maksud: Orang atau hal yang menjadi punca kejahatan. Contoh Ayat: Rajoolah yang menjadi biang keladinya dalam kes kecurian lembu baru-baru ini. 

70. Bidan Tarik 

Page 15: Simpulan Bahasa

Maksud: Membuat sesuatu secara tiba-tiba. Contoh Ayat: Majlis keraian itu diadakan secara bidan tarik menyebabkan ramai yang tidak hadir. 

71. Bidan Terjun Maksud: Membuat sesuatu secara tiba-tiba. 

72. Bintang Gelap Maksud: Bernasib malang. Contoh Ayat: Kehidupannya umpama bintang gelap setelah kakinya dipotong akibat kecederaan serius yang dialaminya dalam kemalangan tempoh hari. 

73. Bintang Hati Maksud: Orang kesayangan kekasih. Contoh Ayat: Zahid berasa gelisah kerana bintang hatinya akan ke luar negara. 

74. Bintang Terang Maksud: Nasib baik. Contoh Ayat: Sejak tamat pelajaran, dia berbintang terang kerana mendapat pekerjaan yang baik. 

75. Bongkar Sauh 

76. Bongkok Sabut Maksud: Bongkok sedikit. Contoh Ayat: Pemuda yang bongkok sabut itulah suami saya. 

77. Bongkok Udang Maksud: Terlalu bongkok kerana tua. Contoh Ayat: Nenek yang bongkok udang itu masih kuat membuat kerja-kerja di kebunnya. 

78. Buah Bibir Maksud: Perkara yang menjadi perbualan ramai. Contoh Ayat: Kisah pendakian Gunung Everest itu masih menjadi buah bibir rakyat Malaysia. 

79. Buah Cakap Maksud: Perkara yang menjadi perbualan ramai. 

80. Buah Fikiran Maksud: Pendapat. Contoh Ayat: Dalam mesyuarat, buah fikiran ahli yang hadir perlu diambil kira. 

81. Buah Hati Maksud: Orang kesayangan kekasih. 

82.Buah Helah Maksud: Mencari helah. 

83. Buah Kalam Maksud: Hasil tulisan atau karya. Contoh Ayat: Novel itu adalah buah kalam Hamid yang pertama. 

84. Buah Mulut Maksud: Perkara yang menjadi perbualan ramai. 

Page 16: Simpulan Bahasa

85. Buah Pena Maksud: Hasil tulisan atau karya. 

86. Buah Tangan Maksud: Hadiah. Contoh Ayat: Kami membawa buah tangan semasa melawat Zaini di hospital. 

87. Bual Kosong Maksud: Bercakap tentang perkara yang tidak penting. Contoh Ayat: Zalina dan Badariah suka berbual kosong di serambi rumah. 

88. Buang Adat Maksud: Tidak menggunakan sesuatu adat lagi. Contoh Ayat: Kita perlu buang adat yang menyalahi hukum agama. 

89. Buang Air Besar Maksud: Berak. Contoh Ayat: Hari ini sudah tiga kali dia buang air besar. 

90. Buang Air Kecil Maksud: Kencing. Contoh Ayat: Penyakit batu karang menyebabkan penghidapnya berasa sakit ketika membuang air kecil. 

91. Buang Anak = Membuang Anak Maksud: Menggugurkan anak. Contoh Ayat: Membuang anak merupakan perbuatan yang dikeji oleh Tuhan. 

92. Buang Arang Di Muka Maksud: Menghilangkan malu. Contoh Ayat: Pak Lah menjelaskan perkara yang sebenarnya kepada jemaah masjid di kampung itu bagi membuang arang di mukanya. 

93. Buang Diri = Membuang Diri Maksud: Merantau. Contoh Ayat: Dia membuang diri setelah difitnah mengganggu anak dara orang. 

94. Buang Lelah Maksud: Berehat untuk meredakan kepenatan. Contoh Ayat: Beberapa buah wakaf telah dibina dalam taman rekreasi itu sebagai tempat buang lelah. 

95. Buang Malu Maksud: Menghilangkan malu. 

96. Buang Muka = Membuang Muka Maksud: Tidak suka. Contoh Ayat: Dia membuang muka apabila bertemu dengan pemuda yang mengganggunya. 

97. Buang Negeri = Dibuang Negeri Maksud: Diperintah keluar dari sesebuah negeri. 

Page 17: Simpulan Bahasa

Contoh Ayat: Ken Long dijatuhi hukuman buang negeri, setelah didapati bersalah kerana menyertai kongsi gelap. 

98. Buang Sauh Maksud: Berlabuh. Contoh Ayat: Kapal itu buang sauh di pelabuhan yang berhampiran setelah sebulan belayar tanpa henti. 

99. Buang Sial Maksud: Berbuat sesuatu untuk menghilangkan malang. Contoh Ayat: Kebiasaan penduduk di situ akan mengadakan adat mandi bunga sebagai usaha buang sial. 

100. Buang Tabiat Berkelakuan atau bercakap yang aneh, biasanya sewaktu sebelum meninggal dunia.

101. Buang ubat Maksud: Tembakan yang tidak kena pada sasarannya. Contoh Ayat: Buang ubat sahaja, kerana gagak yang ditembak tidak pun kena. 

102. Buat Akal Maksud: Mencari helah. Contoh Ayat: Dia buat akal apabila disuruh membuat kerja sekolah. 

103. Buat Bodoh Maksud: Pura-pura tidak tahu akan sesuatu. Contoh Ayat: Uyob buat bodoh apabila orang lain heboh tentang kehilangan motosikal yang diletakkan di depan rumahnya. 

104. Buat Jahat = Berbuat Jahat Maksud: Melakukan kejahatan, biasanya berkenaan hubungan lelaki dan perempuan. Contoh Ayat: Dia dituduh berbuat jahat dengan anak gadis Tuk Penghulu. 

105. Buat Perkara Maksud: Berbuat sesuatu, biasanya perkara yang tidak baik. Contoh Ayat: Salina terpaksa berhenti kerja kerana suaminya buat perkara. 

106. Buaya Darat Maksud: Orang yang suka memperdaya perempuan. Contoh Ayat: Perangai Pak Ya yang buaya darat itu telah dimaklumi jiran tetangganya. 

107. Bujur Sirih Maksud: Bentuk muka seolah-olah bentuk sirih. Contoh Ayat: Mukanya yang bujur sirih itu bertambah ayu apabila dia memakai selendang sutera putih. 

108. Buka Langkah Seribu Maksud: Lari kerana takut disebabkan sesuatu. Contoh Ayat: Fuad buka langkah seribu apabila dikejar oleh Pak Mat. 

109. Buka Mata Maksud: a) Melihat dan meluaskan pandangan. b) Menyedarkan atau menginsafkan orang lain. 

Page 18: Simpulan Bahasa

Contoh Ayat: a) Kunjungan ke Kashmir telah membuka mata saya tentang keindahan alam semula jadinya. b) Setelah Adi berjaya memperoleh Ijazah Sarjana barulah saudara-maranya buka mata. 

110. Buka Mulut Maksud: a) Berkata-kata. b) Mengadu untuk mendapatkan pertolongan. Contoh Ayat: a) Semua yang ada tidak berani buka mulut apabila melihat Pak Busu Berang. b) Saya terpaksa buka mulut untuk meminjam wang daripadanya. 

111. Buka Pintu Maksud: Memberi peluang. Contoh Ayat: Bantuan modal itu telah membuka pintu kepada peniaga kecil untuk memulakan perniagaan mereka. 

112. Buka Tanah = Membuka Tanah Maksud: Mengusahakan tanaman atau membina kawasan kediaman di atas hutan atau tanah yang terbiar. Contoh Ayat: Peneroka Felda telah buka tanah untuk mengusahakan tanaman kelapa sawit. 

113. Buka Telinga Maksud: Mendengar baik-baik. Contoh Ayat: Bala sentiasa buka telinga dan menerima nasihat orang yang telah lama bertugas di syarikat itu. 

114. Buka Tembelang Maksud: Membocorkan rahsia. Contoh Ayat: Si Hamid telah membuka tembelang dengan mengatakan Si Guna yang mencuri kambing Kurupaya. 

115.Buku Lima Maksud: Penumbuk. Contoh Ayat: Yunus naik marah lalu menunjukkan buku limanya ke arah Amran. 

116. Bulan Kesiangan Maksud: Berwajah pucat. Contoh Ayat: Mukanya seperti bulan kesiangan apabila dia tidak bersolek. 

117. Bulan Madu Maksud: Pergi ke sesuatu tempat untuk berhibur sesudah berkahwin. Contoh Ayat: Pengantin baru itu bercadang untuk berbulan madu di Langkawi. 

118. Bulan penuh Maksud: Cantik. Contoh Ayat: Mukamu bagai bulan penuh. Saya suka menatapnya. 

119. Bulat Fikiran Maksud: Mengambil keputusan yang tetap. Contoh Ayat: Dia telah bulat fikiran untuk meneruskan pelajarannya ke luar negeri. 

120. Bulat Kata Maksud: Keazaman yang bersungguh-sungguh. 

Page 19: Simpulan Bahasa

Contoh Ayat: Keluarga Khadijah telah bulat kata hendak mewakafkan tanah pusaka mereka untuk dijadikan tapak sekolah agama. 

121. Bunga Bangsa Maksud: Orang yang berjasa kepada negara. Contoh Ayat: Jasa perajurit yang gugur di perbatasan akan sentiasa dikenang sebagai bunga bangsa. 

122. Bunga Bibir Maksud: Kata-kata yang manis. Contoh Ayat: Jangan mudah terpengaruh dengan bunga bibirnya. 

123. Bunga Dedap Maksud: Orang yang cantik tetapi tidak berbudi bahasa. Contoh Ayat: Tina laksana bunga dedap, harapkan rupanya sahaja cantik tetapi tidak tahu menghormati jiran tetangga. 

124. Buru Hutang = Diburu Hutang Maksud: Terdesak kerana berhutang. Contoh Ayat: Hidup Chee An sentiasa diburu hutang kerana dia suka berjudi. 

125. Buru Nafsu = Terburu Nafsu Maksud: Melakukan sesuatu secara terburu-buru. Contoh Ayat: Jangan terburu nafsu dalam mengambil keputusan, fikirlah baik buruknya.

126. Buru Pangkat = Memburu Pangkat Maksud: Berusaha mencari pangkat. Contoh Ayat: Walaupun mahu memburu pangkat, tetapi janganlah melakukan perkara yang menyalahi undang-undang. 

127. Buru Pelajaran = Memburu Pelajaran Maksud: Berusaha mencari ilmu pengetahuan. Contoh Ayat: Encik Azlan masih terus memburu pelajaran pada usia enam puluhan. 

128. Buruk Hati Maksud: Orang yang jahat. Contoh Ayat: Perempuan yang buruk hati itu tidak membenarkan anak saudaranya menumpang di rumahnya. 

129. Buruk Laku Maksud: Kelakuan tidak senonoh. Contoh Ayat: Perangai Ahmad yang buruk laku menyebabkan dia tersisih daripada masyarakat. 

130. Buruk Makan Maksud: Pelahap. Contoh Ayat: Budak yang buruk makan itu, membedal semua kuih-muih yang dihidang di atas meja. 

131. Buruk Mulut Maksud: Percakapan yang kasar. Contoh Ayat: Sejak pulang daripada menunaikan haji, perangai buruk mulutnya telah tiada, sebaliknya dia bercakap dengan lemah lembut. 

Page 20: Simpulan Bahasa

132. Buruk Perut Maksud: Kuat makan. Contoh Ayat: Orang yang buruk perut mudah mendapat penyakit. 

133. Buruk sSngka Maksud: Menaruh curiga. Contoh Ayat: "Jangan buruk sangka kepada kata-kata Zalina, entahkan dia berniat baik," kata Fairuz kepada Azri. 

134. Buruk Selera Maksud: Makan apa sahaja. Contoh Ayat: Jauhkan amalan buruk selera dan makanlah makanan yang seimbang. 

135. Buruk Siku Maksud: Meminta barang yang telah diberikan. Contoh Ayat: Agus buruk siku kerana meminta semula motosikal buruk yang telah diberikan kepada adiknya. 

136. Busuk Budi Maksud: Perangai yang jahat. Contoh Ayat: Sikapnya yang busuk budi itu tidak disukai oleh saudara-maranya. 

137. Busuk Hati Maksud: Orang yang berhati jahat. Contoh Ayat: Dia busuk hati walaupun dengan kakaknya sendiri. 

138. Busung Dada Maksud: Sombong. Contoh Ayat: Azri bersikap busung dada sejak ayahnya dilantik menjadi wakil rakyat di daerah itu. 

139. Buta Ayam = Rabun Ayam Maksud: Mata yang rabun menjelang senja. Contoh Ayat: Dia tidak boleh memandu kereta pada waktu senja kerana dia buta ayam. 

140. Buta Hati Maksud: Bersikap kejam. Contoh Ayat: Pencuri itu buta hati kerana sanggup membunuh orang tua yang tidak berdaya itu. 

141. Buta Huruf Maksud: Tidak tahu membaca dan menulis. Contoh Ayat: Walaupun Ah Seng buta huruf, dia sentiasa memastikan anak-anaknya cemerlang dalam pelajaran. 

142. Buta Kayu Maksud: Tidak tahu membaca dan menulis. 

143. Buta Malam Maksud: Rabun pada waktu malam. Contoh Ayat: Dia tidak dapat hadir dalam aktiviti rukun tetangga pada waktu malam kerana dia buta malam. 

Page 21: Simpulan Bahasa

144. Buta Perut Maksud: Tidak bertimbang rasa. Contoh Ayat: Kita janganlah jadi orang yang buta perut, perlulah fikirkan nasib mereka yang malang. 

145. Buta Warna Maksud: Tidak dapat membezakan warna. Contoh Ayat: Satu daripada syarat untuk mengikuti program "Memandu Kapal Terbang" ialah peserta tidak buta warna

c

1. Cabut Nyawa Maksud: Membunuh. Contoh Ayat: "Janganlah kau cabut nyawaku," pinta Rashidah. 

2. Cacing Gila Maksud: Meronta-ronta. Contoh Ayat: Kesakitan yang dialaminya menyebabkan dia seperti cacing gila. 

3. Cacing Kepanasan Maksud: Gelisah. Contoh Ayat: Dia seperti cacing kepanasan apabila disoal polis. 

4. Cacing Naik Ke Mata Maksud: Kelakuan atau perbuatan yang melampau. Contoh Ayat: "Nampaknya perbuatan pegawai Inggeris itu seperti cacing naik ke mata," kata Tuk Penghulu. 

5. Cahaya Mata Maksud: Anak. Contoh Ayat: Puan Hayati baru sahaja melahirkan cahaya mata yang kedua. 

6. Cakap Angin Maksud: Cakap-cakap yang tidak berfaedah. Contoh Ayat: Daripada bercakap angin dan melepak di gerai baiklah kita ke perpustakaan. 

7. Cakap Besar Maksud: Meninggi diri. Contoh Ayat: Uyub suka bercakap besar tentang kekayaannya. 

8. Cakap Mulut Maksud: Bahasa yang digunakan dalam percakapan harian. Contoh Ayat: Terdapat perbezaan antara bahasa tulisan dengan cakap mulut. 

9. Cakap Tinggi 

Page 22: Simpulan Bahasa

Maksud: Meninggi diri. 

10. Cakar Awan = Pencakar Awan Maksud: Bangunan-bangunan yang tinggi. Contoh Ayat: Di kota besar banyak bangunan pencakar awan. 

11. Cakar Ayam Maksud: Tulisan yang buruk. Contoh Ayat: Tulisannya seperti cakar ayam dan sukar dibaca. 

12. Cakar Langit = Pencakar Langit Maksud: Bangunan-bangunan yang tinggi. 

13. Campur Cakap Maksud: Melibatkan diri dalam urusan orang lain. Contoh Ayat: "Kamu jangan campur cakap kalau kamu tidak tahu perkara yang sebenarnya," kata ayah. 

14. Campur Mulut Maksud: Melibatkan diri dalam urusan orang lain. 

15. Campur Tangan Maksud: Melibatkan diri dalam urusan orang lain. 

16. Cangkul Angin Maksud: Melakukan perbuatan yang sia-sia. Contoh Ayat: Ah Lau cangkul angin sahaja kerana perniagaannya tidak membawa keuntungan. 

17. Cari Akal = Mencari Akal Maksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara. Contoh Ayat: Puan Ramlah mencari akal untuk menyelesaikan masalah perbelanjaan persekolahan anak-anaknya. 

18. Cari Bala Maksud: Membuat sesuatu yang akhirnya menyusahkan diri sendiri. Contoh Ayat: Jangan cari bala dengan memberi perlindungan kepada pendatang asing. 

19. Cari Fasal Maksud: Mencari sebab untuk memulakan pergaduhan. Contoh Ayat: Ketua kumpulan samseng itu cari fasal dengan menendang kasut Kasim. 

20. Cari Fikiran Maksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara. 

21. Cari Ikhtiar Maksud: Berusaha bersungguh-sungguh. Contoh Ayat: Limah sedang mencari ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit anaknya. 

22. Cari jalan Maksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara. 

23. Cari Makan 

Page 23: Simpulan Bahasa

Maksud: Bekerja atau mencari rezeki. Contoh Ayat: Kebanyakan para nelayan menghadapi kesukaran untuk mencari makan kerana masalah pencemaran pantai yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. 

24. Cari Muka Maksud: Mengusahakan sesuatu untuk mendapatkan pujian atau ganjaran. Contoh Ayat: Dia sengaja cari muka ketika pengurus ada. 

25. Cari Nama = Mencari Nama Maksud: Berusaha untuk menjadikan namanya dikenali ramai. Contoh Ayat: Siti Nurhaliza mencari nama dengan melibatkan diri dalam bidang nyanyian.

26. Cari Rezeki Maksud: Bekerja atau mencari rezeki. 

27. Cari Salah Maksud: Berusaha untuk mengetahui kesalahan orang. Contoh Ayat: Omar cuba mencari salah Zainal dengan membuka semula laporan peribadi kawannya itu. 

28. Cari Seteru Maksud: Mencari sebab untuk memulakan pergaduhan. 

29. Cari Susah Maksud: Membuat sesuatu yang akhirnya menyusahkan diri sendiri. 

30. Cecah Bahu = Mencecah Bahu Maksud: Sampai ke paras bahu. Contoh Ayat: Rambut anak gadisnya dibiarkan panjang hingga mencecah bahu. 

31. Cecah Bumi = Mencecah Bumi Maksud: Jejak ke bumi. Contoh Ayat: Pohon teratai tumbuh di air dan akarnya tidak mencecah bumi. 

32. Cepat Lidah Maksud: Orang yang suka bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu. Contoh Ayat: Sikap pengerusi mesyuarat yang cepat lidah menyebabkan kami berasa tersinggung. 

33. Cepat Mulut Maksud: Orang yang tidak tahan menyimpan rahsianya. Contoh Ayat: Sikap Murni yang cepat mulut menyebabkan rakan-rakan menjauhinya. 

34. Cepat Tangan Maksud: Orang yang suka mencuri. Contoh Ayat: Akibat perangainya yang cepat tangan, dia ditangkap polis. 

35. Cerai Hidup Maksud: Suami isteri yang bercerai ketika hidup. Contoh Ayat: Kamisah bercerai hidup dengan suaminya sejak sepuluh tahun lalu. 

36. Cerai Kasih = Bercerai Kasih 

Page 24: Simpulan Bahasa

Maksud: Putus percintaan. Contoh Ayat: Akibat bercerai kasih dengan tunangannya, dia membawa diri ke ibu kota. 

37. Cerai Mata = Bercerai Mata Maksud: Berpisah. Contoh Ayat: Sejak bercerai mata dengan ibunya, anak kecil itu sering menangis. 

38. Cerai Mati = Bercerai Mati Maksud: Suami isteri yang bercerai kerana salah seorang daripadanya meninggal dunia. Contoh Ayat: Kalsom bercerai mati dengan suami pertamanya yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. 

39. Cerai Susu = Bercerai Susu Maksud: Bayi yang telah berhenti menghisap susu. Contoh Ayat: Bayi itu telah diberikan makanan pejal sejak bercerai susu. 

40. Cerita Burung Maksud: Berita yang tidak berasas. Contoh Ayat: Jangan percaya dengan berita yang dikhabarkan oleh Si Husin kerana itu semua cerita burung belaka. 

41. Cermin Bangkai = Bercermin Bangkai Maksud: Menanggung malu akibat sesuatu kejadian. Contoh Ayat: Lebih baik mati daripada hidup bercermin bangkai. 

42. Cuci Mata Maksud: a) Melihat pemandangan yang cantik. b) Melihat perempuan yang cantik-cantik. Contoh Ayat: a) Semasa bercuti di Air Terjun Lasir dapatlah kami mencuci mata melihat keindahan alam semula jadi di sekitarnya. b) Kasim suka duduk-duduk di serambi rumahnya sambil mencuci mata melihat gadis yang lalu di hadapan rumahnya. 

43. Cuci Perut Maksud: Membersihkan perut dengan julap dan lain-lain. Contoh Ayat: Doktor menyuruh saya cuci perut sebelum pembedahan dilakukan. 

44. Cuci Tangan Maksud: Tidak bertanggungjawab atas sesuatu yang telah dilakukan. Contoh Ayat: Dia cuci tangan setelah melanggar kambing kepunyaan Mutusamy. 

45. Cucur Keringat Maksud: Bekerja keras. Contoh Ayat: Nasir terpaksa cucur keringat untuk mengisi perut anaknya yang lima orang itu. 

46. Cucur Peluh Maksud: Bekerja keras. 

47. Cupak Hanyut Maksud: Lenggang yang lembut. 

Page 25: Simpulan Bahasa

Contoh Ayat: Gaya berjalan Mak Long bagai cupak hanyut. 

48. Curi Hati = Mencuri Hati Maksud: Memikat hati. Contoh Ayat: Tingkah laku Ayu yang lemah lembut telah mencuri hati Hasyim. 

49. Curi Tulang Maksud: Pemalas. Contoh Ayat: Orang lain sibuk bekerja di dapur tetapi dia curi tulang dengan berbual-bual di serambi.

1. Dabik Dada = Mendabik DadaMaksud: Menunjuk-nunjukkan keberanian atau kebanggaan.Contoh Ayat: Dia mendabik dada dan mencabar sesiapa sahaja yang berani menentangnya.

2. Dagang PiatuMaksud: Orang asing yang tidak mempunyai saudara-mara.Contoh Ayat: Ameer berasal dari Bangladesh dan dia dagang piatu di Malaysia.

3. Daki DuniaMaksud: Harta dunia.Contoh Ayat: Hidup mesti amanah, jangan mudah terpengaruh dengan daki dunia.

4. Dakwat TumpahMaksud: Rambut yang hitam lebat.Contoh Ayat: Rambut Rozita yang bagai dakwat tumpah itu sungguh cantik dipandang.

5. Dalam KekeringanMaksud: Sewaktu seseorang itu tidak mempunyai wang.Contoh Ayat: Saya dalam kekeringan bulan ini kerana terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk membaiki kereta saya yang rosak.

6. Dalam TanganMaksud: Sesuatu yang pasti akan dimiliki.

Page 26: Simpulan Bahasa

Contoh Ayat: Pasukan Selangor berjaya ke perlawanan akhir bola sepak Piala Diraja, sekurang-kurangnya untuk menjadi naib juara sudah dalam tangan.

7. Dapat HatiMaksud: Beroleh cinta, cinta yang berbalas.Contoh Ayat: Sejak dapat hati daripada gadis sebelah rumah, Jusoh sering kelihatan tersenyum sendirian.

8. Dapat Khabar = Mendapat KhabarMaksud: Menerima berita.Contoh Ayat: Pak Leman mendapat khabar anaknya menjadi pelajar terbaik di United Kingdom.

9. Dapat Malu = Mendapat MaluMaksud: Menanggung malu.Contoh Ayat: Ah Hok mendapat malu apabila dia ditangkap kerana mengedar dadah.

10. Dapat Nama = Mendapat NamaMaksud: Menjadi terkenal.Contoh Ayat: Anisa mendapat nama setelah memenangi hadiah pertama peraduan mengarang cerpen.

11. Dapat TerpijakMaksud: Mendapat sesuatu dengan mudah atau tidak disangka-sangka.Contoh Ayat: Zainon dapat terpijak hadiah bonus yang bernilai RM5000.

12. Darah Daru Setampuk PinangMaksud: Masih muda.Contoh Ayat: Walaupun Sira seperti darah baru setampuk pinang dia berani berhadapan dengan musuh di perbatasan.

13. Darah DagingMaksud: Anak dan saudara-mara dari keturunan sendiri.Contoh Ayat: Anak abang saya adalah darah daging saya.

14. Darah GemuruhMaksud: Mudah gugup.Contoh Ayat: Swee King tewas dalam pertandingan syarahan itu kerana dia darah gemuruh.

15. Darah ManisMaksud: Mudah mendapat bahaya atau kecederaan.Contoh Ayat: Orang yang sedang bertunang dikatakan berdarah manis dan perlu sentiasa berhati-hati apabila melakukan sesuatu kerja.

16. Darah PanasMaksud: Cepat marah.Contoh Ayat: Berhati-hati apabila bercakap dengannya kerana dia darah panas.

17. Darah PutihMaksud: Keturunan bangsawan.Contoh Ayat: Kassim sebenarnya berdarah putih dan nama sebenarnya ialah Raja Kassim bin Raja Alauddin.

Page 27: Simpulan Bahasa

18. Datuk NenekMaksud: Leluhur.Contoh Ayat: Petua datuk nenek tidak harus dilupakan.

19. Delima MerekahMaksud: Warna bibir yang cantik.Contoh Ayat: Bibirnya yang bagai delima merekah itu sentiasa mengukir senyuman.

20. Depan Hidung = Di Depan HidungMaksud: Terlalu dekat.Contoh Ayat: Bakul besar yang di depan hidung pun dia tidak nampak, apalagi kalau disuruh mencari jarum.

21. Detak HatiMaksud: Perasaan, kata hati.Contoh Ayat: Detak hatinya mengatakan bahawa adiknya masih hidup.

22. Detik JantungMaksud: Bunyi degup jantung.Contoh Ayat: Seakan terhenti detik jantung Ayu apabila mendengar berita kematian sahabat baiknya.

23. Diam Diri = Berdiam DiriMaksud: Tidak berkata-kata.Contoh Ayat: Dia hanya berdiam diri dalam mesyuarat itu.

24. Diam PenggaliMaksud: Orang yang diam dan memudaratkan dirinya.Contoh Ayat: Kalau tidak faham hendaklah bertanya, jangan jadi diam penggali.

25. Diam-Diam LepuMaksud: Pada zahirnya nampak baik tetapi sebenarnya jahat dan berbahaya sekali.Contoh Ayat: Jangan percayakan Azhar itu kerana dia diam-diam lepu.

26. Diam-Diam UbiMaksud: Orang yang diam tetapi pandai dan rajin.Contoh Ayat: Lisa diam-diam ubi, nampak pendiam tetapi keputusan peperiksaannya sangat cemerlang.

27. Dingin HatiMaksud: Tidak riang.Contoh Ayat: Dila dingin hati di majlis hari jadinya kerana ayahnya telah tiada lagi.

28. Dingin KepalaMaksud: Berfikiran tenang dan waras.Contoh Ayat: Membuat sesuatu keputusan, biarlah ketika dingin kepala.

29. Dingin TanganMaksud: Orang yang pekerjaannya selalu berjaya.Contoh Ayat: Puan Lim dingin tangan kerana sayur-sayuran yang ditanamnya menjadi belaka.

30. Duduk Perut

Page 28: Simpulan Bahasa

Maksud: Hamil.

31. Duit KopiMaksud: Bayaran tidak rasmi kepada seseorang sebagai upah.Contoh Ayat: Zali memberi RM50 sebagai duit kopi kepada Abu.

32. Durian RuntuhMaksud: Mendapat sesuatu dengan mudah atau tidak disangka-sangka.

Simpulan Bahasa E

1. Ekor BelangkasMaksud: Pedang atau golok yang berbentuk ekor belangkas.Contoh Ayat: Ekor belangkas yang dipamerkan di muzium itu adalah hasil ukiran anak Kelantan.

2. Ekor LipasMaksud: Rambut pada lubang tengkuk.Contoh Ayat: Anak remaja sekarang gemar dengan fesyen rambut ekor lipas.

3. Ekor MataMaksud: Sudut mata.Contoh Ayat: Dia memandang saya dengan ekor mata yang tajam.

4. Ekor PulauMaksud: Hujung pulau.Contoh Ayat: Tanah di bahagian ekor pulau itu sangat subur.

5. Elok BudiMaksud: Berkelakuan baik, bersopan dan pemurah.Contoh Ayat: Jalilah yang sentiasa elok budinya merupakan menantu kesayangan Mak Cik Puteh.

6. Emas PutihMaksud: Campuran emas berwarna putih.Contoh Ayat: Cincin perkahwinannya yang diperbuat daripada emas putih itu berharga beribu-ribu ringgit.

7. Emas TempawanMaksud: Orang yang dikasihi.Contoh Ayat: Anak tunggalnya Si Melati itulah emas tempawan baginya.

8. Embun BetinaMaksud: Titis embun yang kecil-kecil.Contoh Ayat: Embun betina yang turun mendinginkan lagi suasana malam itu.

Page 29: Simpulan Bahasa

9. Embun JantanMaksud: Titis embun yang besar-besar.

Simpulan Bahasa F

1. Faham Kiri = Berfahaman KiriMaksud: Berfikiran politik yang radikal.Contoh Ayat: Dia berfahaman kiri dan suka menentang kerajaan.

2. Fajar MenyingsingMaksud: Awal pagi.Contoh Ayat: Kami akan memulakan ekspedisi mendaki Gunung Ledang sebelum fajar menyingsing.

1.Gadai Bergolok = Bergadai BergolokMaksud: Berbelanja sehingga berhabis.Contoh Ayat: Arfah bergadai bergolok untuk mengadakan kenduri kahwin anak tunggalnya.

2. Gadai Nyawa = Bergadai NyawaMaksud: Meletakkan diri dalam keadaan yang boleh membawa maut.Contoh Ayat: Mei Kee bergadai nyawa untuk menyelamatkan anaknya dalam kebakaran itu.

3. Gadis SuntiMaksud: Anak perempuan yang belum baligh.Contoh Ayat: Gadis sunti itu sudah biasa membuat kerja-kerja di dapur apabila ibunya tiada di rumah.

4. Gaji ButaMaksud: Mendapat gaji tanpa perlu bekerja bersungguh-sungguh.Contoh Ayat: Saya mesti menjalankan tugas dan tanggungjawab ini bersungguh-sungguh supaya tidak makan gaji buta sahaja.

5. Gaji PokokMaksud: Gaji tanpa bayaran yang lain.Contoh Ayat: Walaupun gaji pokok saya kecil tetapi elaunnya lumayan.

6. Gambaran HidupMaksud: Teladan.Contoh Ayat: Kita patut menjadikan kejadian tanah runtuh itu sebagai gambaran hidup.

7. Ganti TikarMaksud: Berkahwin dengan adik isteri setelah isteri meninggal dunia.Contoh Ayat: Arif rela ganti tikar daripada mengahwini perempuan lain tambahan pula anak-anaknya amat manja dengan adik iparnya itu.

8. Garam HidupMaksud: Pengalaman.Contoh Ayat: Semasa berada di rantau orang sudah tentu banyak garam hidup yang kita tempuhi.

9. Gatal MulutMaksud: Suka bercerita keburukan orang.

Page 30: Simpulan Bahasa

Contoh Ayat: Tidak salah berbual-bual dengan jiran tetangga asalkan tidak gatal mulut.

10. Gatal TanganMaksud: Suka membuat yang bukan-bukan.Contoh Ayat: Saya tidak mahu membawa Halizah ke rumah Mak Busu kerana dia suka gatal tangan sehingga habis bunga Mak Busu dirosakkan.

11. Gelap ButaMaksud: Sangat gelap.Contoh Ayat: "Salmah, jangan berjalan dalam gelap buta seorang diri, takut terjadi sesuatu yang tidak diingini," nasihat Pak Mat kepada anaknya.

12. Gelap FikiranMaksud: Tidak dapat berfikir lagi kerana terlalu marah.Contoh Ayat: Tamam mengamuk kerana dia menjadi gelap fikiran apabila melihat rumahnya dibakar.

13. Gelap HatiMaksud: Sukar memahami pelajaran.Contoh Ayat: Murid yang gelap hati dalam mata pelajaran Matematik akan diberikan bimbingan khusus.

14. Gelap MataMaksud:A) Tidak dapat berfikir lagi kerana terlalu marah.B) Pitam.Contoh Ayat: Jabu terjatuh sebaik saja kakinya mencecah di garisan penamat dalam perlumbaan 500 meter itu kerana gelap mata.

15. Gelap PemandanganMaksud: Pitam.

16. Gelap Wang = Menggelapkan WangMaksud: Menggunakan wang yang bukan hak.Contoh Ayat: Pekerja yang menggelapkan wang syarikat itu sekarang berada dalam tahanan polis.

17. Gelegar BuluhMaksud: Bercakap besar tetapi kosong.Contoh Ayat: Saya tidak berminat mendengar ceramahnya kerana cakapnya lebih berbunyi gelegar buluh daripada tindakan sebenarnya.

18. Geli HatiMaksud: Rasa lucu hendak tertawa.Contoh Ayat: Geli hati saya melihat telatah badut dalam persembahan sarkas itu.

19. Gelora HatiMaksud: Perasaan yang tidak tenang.Contoh Ayat: Dia tidak dapat menahan gelora hati untuk bertemu dengan sahabat penanya dari Kashmir.

20. Gelora SemangatMaksud: Perasaan berkobar-kobar.

Page 31: Simpulan Bahasa

Contoh Ayat: Bergelora semangatnya untuk mempertahankan rekod dunianya di Sukan Olimpik kali ini.

21. Gencatan SenjataMaksud: Memberhentikan peperangan.Contoh Ayat: Kedua-dua belah pihak yang berjuang telah bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata.

22. Gendang Paha = Bergendang PahaMaksud: Bersuka ria kerana orang lain ditimpa kesusahan.Contoh Ayat: Musuh politiknya bergendang paha apabila tersebar berita dia dijatuhi hukuman penjara.

23. Gerak BadanMaksud: Bersenam.Contoh Ayat: Setiap pagi pasukan kadet itu berkawad dan melakukan gerak badan di padang kem tentera tersebut.

24. Gerak HatiMaksud: Perasaan.Contoh Ayat: Gerak hatiku mengatakan aku akan berjaya dalam peperiksaan SPM kali ini.

25. Gerak JalanMaksud: Latihan berjalan sebagai satu pasukan.Contoh Ayat: Rumah Biru mengadakan latihan gerak jalan pada setiap hari Sabtu.

26. Gerakan GelapMaksud: Gerakan tidak sah yang dirahsiakan.Contoh Ayat: Pasukan polis yakin bahawa penyeludupan itu dilakukan oleh gerakan gelap yang bergiat di bahagian sempadan.

27. Gigi AirMaksud: Tepi air laut.Contoh Ayat: Indah sungguh pemandangan di gigi air pada waktu senja.

28. Gigi HutanMaksud: Tepi hutan.Contoh Ayat: Arsyad mencari kerbaunya yang hilang hingga ke gigi hutan.

29. Gila AngauMaksud: Sangat kasih akan seseorang sehingga tidak menghiraukan hal-hal lain.Contoh Ayat: Jasiman gila angau kepada Jeha.

30. Gila BabiMaksud: Penyakit sawan babi.Contoh Ayat: Apabila penyakit gila babinya menyerang, kelam-kabut kami dibuatnya.

31. Gila BayangMaksud: Cinta kepada seseorang yang tidak tahu dia dicintai.Contoh Ayat: "Beritahulah perasaan kamu kepadanya supaya kamu tidak dikatakan gila bayang," nasihat Zakir kepada Daud.

Page 32: Simpulan Bahasa

32. Gila Bayang-BayangMaksud: Berhajatkan sesuatu yang mustahil.Contoh Ayat: Usah gila bayang-bayang, bersyukurlah pada apa yang telah diperoleh.

33. Gila HartaMaksud: Sentiasa mementingkan harta kekayaan.Contoh Ayat: Ibunya gila harta, pinangan orang miskin tidak akan diterima.

34. Gila IsimMaksud: Gila kerana tersalah menuntut ilmu batin.Contoh Ayat: Kasim gila isim sekembalinya daripada menuntut ilmu di Indonesia.

35. Gila JudiMaksud: Orang yang suka bermain judi.Contoh Ayat: Tabiat gila judi akan menyebabkan orang menjadi papa.

36. Gila KuasaMaksud: Sangat ingin mendapat kuasa.Contoh Ayat: Temenggung yang gila kuasa itu sanggup memfitnah Raja Tengah.

37. Gila PangkatMaksud: Sentiasa ingin mendapat pangkat.Contoh Ayat: Dia bekerja keras bukan kerana gila pangkat tetapi ingin meningkatkan prestasi cemerlang jabatannya.

38. Gila PerempuanMaksud: Sangat berkeinginan kepada seseorang perempuan.Contoh Ayat: Dia memang gila perempuan sampai lupa akan anak isteri di rumah.

39.Gila TalakMaksud: Teringat-ingat akan bekas isteri atau suami setelah bercerai.Contoh Ayat: Pak Leh gila talak setelah bercerai dengan Mak Leha.

40. Gila UratMaksud: Sangat ingin kepada lelaki atau perempuan yang dicintainya.Contoh Ayat: Hamid gila urat akan Asma sehingga sanggup mengekori Asma ke mana sahaja dia pergi.

41. Gila-Gila AirMaksud: Kurang sihat ingatan (fikiran).Contoh Ayat: Dia gila-gila air kerana ingatannya kadang-kadang tidak menentu.

42. Gila-Gila BahasaMaksud: Kurang sihat atau tidak panjang fikiran (cepat marah, pemberani, tidak malu).Contoh Ayat: Apabila dia mula gila-gila bahasa, orang sukar untuk mempercayai cakapnya.

43. Golok KayuMaksud: Orang bodoh yang berlagak pandai.Contoh Ayat: Dia seperti golok kayu, kononnya dia tahu segala-galanya tentang perkembangan politik negara.

44. Gulung Tikar

Page 33: Simpulan Bahasa

Maksud: Muflis.Contoh Ayat: Dalam keadaan ekonomi negara yang gawat, perniagaannya merosot dan dia akhirnya terpaksa gulung tikar.

45. Gunting Hati = Menggunting HatiMaksud: Melukai perasaan.Contoh Ayat: Perbuatan anak gadisnya yang lari dari rumah itu telah menggunting hatinya.

46. Gunung Hati = Menggunung HatiMaksud: Tersangat ingin.Contoh Ayat: Menggunung hati kami hendak bertemu ibu yang telah terpisah sejak kami kecil lagi.

47. Gunung PayungMaksud: Orang kesayangan.Contoh Ayat: Dialah cucu tunggal yang menjadi gunung payung kepada nenek.

48. Gunung RuntuhMaksud: Bunyi bergemuruh.Contoh Ayat: Bunyi letupan dari kuari batu kapur yang berhampiran dengan kampung itu seperti gunung runtuh.

Page 34: Simpulan Bahasa

1. Habis AkalMaksud: Bingung setelah berusaha sedaya upaya.Contoh Ayat: Saya seolah-olah habis akal untuk mendapakan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke universiti pada tahun depan.

2. Habis BulanMaksud: Hujung bulan.Contoh Ayat: Habis bulan Mac ini, dia akan berpindah ke Sarawak.

3. Habis Jadi AbuMaksud: Musnah.Contoh Ayat: Pasukan Selangor gagal ke pertandingan akhir dan impian untuk bergelar juara habis jadi abu.

4. Habis JodohMaksud: Bercerai.Contoh Ayat: Ramlan dan Ramlah telah habis jodoh setelah sepuluh tahun berkahwin.

5. Habis ModalMaksud:A) Tidak ada lagi modal yang tinggal.B) Tidak ada lagi perkara yang hendak dicakapkan.Contoh Ayat:A) Saya sudah habis modal untuk meneruskan perniagaan ini.B) Cukuplah setakat sini, saya pun telah habis modal untuk bercakap.

6. Habis Nyawa = Menghabiskan NyawaMaksud:A) Mati.B) Menebus dengan nyawa.Contoh Ayat:A) Ayam yang dilanggar oleh motosikal tadi sudah habis nyawa ketika saya menghampirinya.B) Dia sanggup menghabiskan nyawa untuk memerangkap harimau yang telah membaham ayahnya.

7. Habis PerkaraMaksud: Selesai.Contoh Ayat: Pertelingkahan semalam dianggap sudah habis perkara dan jangan dibangkitkan lagi.

8. Habis TahunMaksud: Penghujung tahun.Contoh Ayat: Habis tahun ini saya akan berpindah ke luar negeri kerana ayah telah dilantik sebagai duta negara.

9. Halwa MataMaksud: Persembahan yang mengasyikkan.Contoh Ayat: Persembahan tarian tradisional pada malam meraikan ahli sukan negara itu telah menjadi halwa mata para penonton.

Page 35: Simpulan Bahasa

10. Halwa TelingaMaksud: Sesuatu yang baik untuk didengar.Contoh Ayat: Rancangan "Senandung Malam" yang sering ke udara di radio itu akan menjadi halwa telinga apabila saya bersendirian di rumah.

11. Hampa TanganMaksud: Tidak mendapat apa-apa.Contoh Ayat: Dia pulang dengan hampa tangan apabila kalah dalam pertandingan bahas itu.

12. Hancur HatiMaksud: Sangat sedih.Contoh Ayat: Hancur hati ibunya apabila menerima berita anaknya terlibat dalam kemalangan itu.

13. Hangat HatiMaksud: Sangat marah.Contoh Ayat: Hangat hati saya melihat dia memijak-mijak batas sayur itu.

14. Hangat-Hangat KukuMaksud: Suam-suam.Contoh Ayat: Setiap pagi saya terpaksa menyediakan air yang hangat-hangat kuku untuk mandian adik.

15. Hangat-Hangat Tahi AyamMaksud: Minat atau usaha yang tidak berpanjangan.Contoh Ayat: Kalau berniaga atau mengusahakan apa jua biarlah bersungguh-sungguh jangan hangat-hangat tahi ayam.

16. Hangus HatiContoh Ayat: Maksud: Sangat marah.

17. Harga DiriMaksud: Maruah.Contoh Ayat: Harga diri mesti dijaga walau di mana pun kamu berada.

18. Harga MatiMaksud: Harga tetap.Contoh Ayat: Semua barang di pasar raya itu dijual dengan harga mati.

19. Harga PokokMaksud: Harga yang belum dicampur dengan belanja lain.Contoh Ayat: Harga pokok sebutir berlian ini RM5000, tetapi apabila dicampur dengan emas dan upah tukang menjadikan harganya bertambah mahal.

20. Hati BatuMaksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat.Contoh Ayat: Zarina memang hati batu kerana dia tetap menyertai ekspedisi berkayak itu walaupun telah dilarang oleh ibunya.

21. Hati Berlian = Berhati BerlianMaksud: Sangat baik hati.Contoh Ayat: Ibu tiriku berhati berlian. Dia menjaga kami adik-beradik bagai anaknya sendiri.

Page 36: Simpulan Bahasa

22. Hati KecilMaksud: Perasaan dalam batin.Contoh Ayat: Hati kecil saya sering berkata bahawa suatu hari nanti saya pasti akan bertemu dengannya.

23. Hati MudaMaksud: Rasa muda dalam hati.Contoh Ayat: Saya tidak suka berkawan dengannya. Walaupun sudah tua tetapi tetap berhati muda.

24. Hati NuraniMaksud:A) Hati yang telah mendapat petunjuk Tuhan.B) Perasaan hati yang murni.Contoh Ayat:A) Pendidikan agama dapat membentuk hati nurani manusia untuk menjadi insan yang sentiasa bersyukur.B) Jangan mengecewakan hati nurani anak kecil yang tidak berdosa.

25. Hati TawajuhMaksud: Hati yang semata-mata dihadapkan kepada Tuhan.Contoh Ayat: Dia berhati tawajuh, kemewahan dunia tidak lagi dihiraukan.

26. Hati TerbukaMaksud: Ikhlas.Contoh Ayat: Kami menerima kedatangannya dengan hati terbuka.

27. Hati Tungau = Berhati TungauMaksud: Penakut.Contoh Ayat: Lingkau nampak sahaja berani tapi sebenarnya berhati tungau.

28. Hati WajaMaksud: Terus berusaha dan tidak mudah putus asa.Contoh Ayat: Berkat semangatnya yang berhati waja, akhirnya Salma menjadi seorang pengusaha yang berjaya.

29. Hentam KromoMaksud: Melakukan sesuatu tanpa pertimbangan.Contoh Ayat: Semasa menjawab soalan peperiksaan fikir dahulu jangan hentam kromo sahaja.

30. Hidung BelangMaksud: Lelaki yang suka mengganggu perempuan.Contoh Ayat: Perangai Ghabi yang hidung belang menyebabkan dia dimarahi oleh bapanya.

31. Hidung TinggiMaksud: Orang yang sombong.Contoh Ayat: Kalau kita bersikap hidung tinggi kita tidak disenangi oleh kawan-kawan.

32. Hidup TerbuangMaksud: Tersia-sia diri.Contoh Ayat: Sudahlah nasib dirinya hidup terbuang, selalu pula diserang penyakit.

Page 37: Simpulan Bahasa

33. Hilang AkalMaksud: Gila.Contoh Ayat: Sejak berlakunya kemalangan yang mengorbankan anak dan isterinya, dia telah hilang akal.

34. Hilang Di Mata Jangan Hilang Di HatiMaksud: Walaupun tinggal berjauhan tetapi selalu dalam ingatan.Contoh Ayat: Meskipun kakak menetap di London, tetapi kami sering berutus surat, agar yang hilang di mata jangan hilang di hati pula.

35. Hilang HarapanMaksud: Tiada mempunyai harapan lagi.Contoh Ayat: Hilang harapan Sameon untuk memulakan perniagaannya kerana semua harta bendanya musnah dalam kebakaran itu.

36. Hilang IngatanMaksud: Gila.

37. Hilang LenyapMaksud: Hilang tanpa berita.Contoh Ayat: Badrun hilang lenyap setelah berlakunya kejadian amuk di kampung itu.

38. Hilang NyawaMaksud: Mati.Contoh Ayat: Beberapa pekerja telah hilang nyawa dalam kemalangan itu.

39.Hilang SemangatMaksud: Terkejut.Contoh Ayat: Hilang semangat saya apabila disergah begitu.

40. Hilang-Hilang TimbulMaksud: Sekejap ada sekejap tiada.Contoh Ayat: Perangainya yang hilang-hilang timbul semasa latihan drama diadakan menaikkan darah pelakon-pelakon lain.

41. Hilir MudikMaksud: Berjalan ke sana ke mari.Contoh Ayat: Janganlah hilir mudik sahaja, lebih baik tolong ayah kamu berniaga, kata ibu.

42. Hina BudiMaksud: Berkelakuan buruk.Contoh Ayat: Biar rupa kita buruk tetapi jangan hina budi, nasihat emak kepada kakak.

43. Hisap DarahMaksud: Memeras atau menindas orang.Contoh Ayat: Sejak ditubuhkan syarikat koperasi, orang tengah tidak dapat hisap darah petani lagi.

44. Hisap JariMaksud: Kecewa.Contoh Ayat: Razlan terlambat menghantar borang permohonan untuk memasuki universiti tahun ini, menyebabkan dia terpaksa hisap jari.

Page 38: Simpulan Bahasa

45. Hujung PangkalMaksud: Asal mula.Contoh Ayat: Cuba ceritakan kepada saya masalah itu supaya saya tahu hujung pangkalnya, kata Ah Seng kepada Ah Siew.

46. Hukum AlamMaksud: Sesuatu yang berkenaan kejadian alam.Contoh Ayat: Kemarau panjang tahun ini tidak dapat dielakkan kerana sudah menjadi hukum alam.

47. Hukum AllahMaksud: Takdir Tuhan.Contoh Ayat: Hukum Allah telah menentukan kapal terbang itu meletup di angkasa.

48. Hutang DarahMaksud: Menuntut bela atas sesuatu kejadian.Contoh Ayat: Ismail berhutang darah denganku, kerana dia telah menyebabkan kematian adikku, kata Ehsan.

49. Hutang LapukMaksud: Hutang yang sudah lama tidak dibayar.Contoh Ayat: Hutang lapuk syarikat itu berjumlah RM0.8 juta.

50. Hutang NyawaMaksud: Nyawa seseorang yang diselamatkan oleh orang lain.Contoh Ayat: Rina berhutang nyawa dengan Rini kerana Rini telah menyelamatkan Rina daripada lemas tempoh hari.

1. Ibu AngkatMaksud: Perempuan yang memelihara seseorang seperti anaknya sendiri.Contoh Ayat: Ibu angkat saya memelihara saya semenjak saya berumur tiga tahun.

2. Ibu AyamMaksud: Perempuan yang memperdagangkan pelacur.Contoh Ayat: Menjadi ibu ayam adalah pekerjaan yang dikutuk oleh Allah.

3. Ibu KandungMaksud: Perempuan yang melahirkan seseorang; ibu sendiri.Contoh Ayat: Ibu kandung saya meninggal dunia ketika melahirkan saya.

Page 39: Simpulan Bahasa

4. Ibu KeladiMaksud: Orang tua yang berkelakuan seperti orang muda.Contoh Ayat: Che Yan, si ibu keladi itu memakai baju dan seluar berwarna oren.

5. Ibu PertiwiMaksud: Tanah tempat kelahiran.Contoh Ayat: Malaysia merupakan ibu pertiwiku yang dicintai.

6. Ikat Diri = Mengikat DiriMaksud: Terlalu berat.Contoh Ayat: Latihan di pusat itu terlalu mengikat diri para peserta sehingga saya tidak ada masa untuk bersantai.

7. Ikat Hati = Mengikat HatiMaksud: Menawan.Contoh Ayat: Senyumannya telah mengikat hati saya.

8. Ikat Janji = Mengikat JanjiMaksud: Membuat perjanjian.Contoh Ayat: Teruna telah mengikat janji dengan Dara untuk hidup bersama.

9. Ikat Kata = Mengikat KataMaksud: Menggubah kata.Contoh Ayat: Penulis lirik lagu itu sangat pandai mengikat kata dalam lirik lagu yang ditulisnya.

10. Ikat PerutMaksud: Mengurangkan makan kerana kemiskinan.Contoh Ayat: Setiap hari saya terpaksa ikat perut kerana ayah uzur dan tidak dapat bekerja menangkap ikan di laut.

11. Intan BaiduriMaksud: Orang yang dikasihi.

12. Iri HatiMaksud: Dengki.Contoh Ayat: Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum.

13. Isi DadaMaksud: Sesuatu yang terfikir dalam hati.Contoh Ayat: Setelah lama mendiamkan diri, dia mengeluarkan isi dada yang terpendam selama ini.

14. Isi HatiMaksud: Sesuatu yang terfikir dalam hati.

15. Isi PerutMaksud: Sesuatu yang terfikir dalam hati.

16. Isi RumahMaksud: Keluarga; orang yang tinggal di rumah berkenaan.Contoh Ayat: Seluruh isi rumah itu masih berkabung atas kematian salah seorang ahlinya.

Page 40: Simpulan Bahasa

1. Jadi Abu ArangMaksud: Barang yang telah rosak. Contoh Ayat: Basikal saya yang dipinjamnya telah menjadi abu arang.

2. Jadi Bapa KudaMaksud: Orang lelaki yang berkahwin di sana sini dan tidak bertanggungjawab. Contoh Ayat: Menjadi bapa kuda memang mudah tetapi fikirkanlah masa depan anak-anak yang dilahirkan itu.

3. Jadi Bumi LangitMaksud: Orang yang sangat diharapkan. Contoh Ayat: Dia anak piatu, sayalah yang menjadi bumi langit kepadanya.

4. Jadi Fikiran = Menjadi FikiranMaksud: Masalah yang harus difikirkan. Contoh Ayat: Kenaikan harga barang-barang makanan menjadi fikiran kepada suri-suri rumah.

5. Jadi Umang-UmangMaksud: Suka menggunakan hak orang lain. Contoh Ayat: Kemeja yang saya pakai ini milik Murad, jadi umang-umanglah saya hari ini.

Page 41: Simpulan Bahasa

6. Jaga Hati = Menjaga HatiMaksud: Bertolak ansur dan saling menghormati. Contoh Ayat: Apabila bersahabat hendaklah saling menjaga hati masing-masing.

7. Jaga MulutMaksud: Berhati-hati bila bercakap. Contoh Ayat: Jaga mulut apabila bercakap supaya tidak menyinggung hati kawan-kawan.

8. Jalan BelakangMaksud: Menggunakan cara yang tidak sah. Contoh Ayat: Ahmad memperoleh lesen perniagaannya melalui jalan belakang.

9. Jalan BuntuMaksud: Sesuatu yang tiada penyelesaian. Contoh Ayat: Penyelidikan ke atas penyakit berjangkit itu menemui jalan buntu kerana sehingga ke hari ini masih belum diketahui punca penyakit tersebut.

10. Jalan DamaiMaksud: Menyelesaikan sesuatu menggunakan cara rundingan. Contoh Ayat: Perselisihan antara Arief dan Haqeemie akhirnya menemui jalan damai apabila masing-masing telah memohon maaf dan mengaku kesilapan.

11. Jalan FikiranMaksud: Cara berfikir. Contoh Ayat: Jalan fikiran kamu biarlah dapat membantu kita menyelesaikan masalah ini.

12. Jalan KakiMaksud: Berjalan tanpa kenderaan. Contoh Ayat: Latif berjalan kaki ke sekolah setiap pagi kerana jarak sekolah dari rumahnya tidak jauh.

13. Jalan TengahMaksud: Mengambil keputusan yang tidak berat sebelah. Contoh Ayat: Saya mengambil jalan tengah supaya kedua-dua pihak yang bertelingkah dapat didamaikan.

14. Jarum HalusMaksud: Tipu muslihat. Contoh Ayat: Amin menggunakan jarum halus sehingga Hamidah terpedaya dan menyerahkan semua wang simpanannya kepada Amin.

15. Jatuh Air MukaMaksud: Menjadi malu. Contoh Ayat: Jatuh air muka Tuk Penghulu kerana kelakuan anaknya yang biadab itu.

16. Jatuh BangunMaksud: Maju mundur. Contoh Ayat: Jatuh bangun sesebuah syarikat terletak di atas kebijaksanaan pengurusnya.

17. Jatuh CintaMaksud: Menaruh cinta (kasih). 

Page 42: Simpulan Bahasa

Contoh Ayat: Harith jatuh cinta kepada anak gadis Mak Gayah.

18. Jatuh Dari LangitMaksud: Mendapat sesuatu dengan mudah atau tidak disangka-sangka.

19. Jatuh Harga DiriMaksud: Jatuh maruah. Contoh Ayat: Walaupun Shamsul berjawatan tinggi dan anak orang ternama tetapi perlakuan sumbangnya telah menyebabkan jatuh harga dirinya.

20. Jatuh HatiMaksud: Menaruh cinta (kasih).

21. Jatuh MelaratMaksud: Menjadi miskin. Contoh Ayat: Dia jatuh melarat dan ditinggalkan oleh kekasihnya setelah semua perniagaannya mengalami kerugian.

22. Jatuh NamaMaksud: Menanggung malu.

23. Jatuh SakitMaksud: Mendapat sakit. Contoh Ayat: Dia jatuh sakit selepas memakan makanan yang dijual di gerai tepi jalan itu.

24. Jatuh SemangatMaksud: Hilang keberanian. Contoh Ayat: Dalam peperangan itu tentera Jawa telah jatuh semangat apabila ketua mereka dibunuh oleh musuh.

25. Jejak BahuMaksud: Sampai ke paras bahu.

26. Jejak BaraMaksud: Sesuatu yang tergantung hampir mencecah tanah. Contoh Ayat: Semasa saya duduk di kerusi empuk itu kaki saya jejak bara kerana kerusi itu tinggi dan besar.

27. Jejak KeruhMaksud: Perbuatan yang kurang baik. Contoh Ayat: Hindari diri kamu daripada berkawan dengannya, kerana dia suka berbuat jejak keruh.

28. Jejak LangkahMaksud: Mencontohi. Contoh Ayat: Dia mengikut jejak langkah ayahnya menjadi seorang perajurit.

29. Jejak Orang TuaMaksud: Mengikut kelakuan orang tuanya. Contoh Ayat: Perangai Jamiah mengikut jejak orang tuanya yang berbudi pekerti dan suka menolong orang.

Page 43: Simpulan Bahasa

30. Jinak-Jinak LalatMaksud: Persahabatan yang tidak mesra. Contoh Ayat: Saya hanya jinak-jinak lalat dengannya walaupun kami sekelas, kata Suzy.

31. Jinak-Jinak MerpatiMaksud: Orang yang pada zahirnya lembut tetapi hakikatnya tidak. Contoh Ayat: Zaidah jinak-jinak merpati dan tidak mudah dipengaruhi.

32. Juling AirMaksud: Juling sedikit. Contoh Ayat: Walaupun dia juling air, wajahnya sentiasa berseri-seri.

33. Juling ItikMaksud: Apabila memandang sesuatu, kepala disengetkan. Contoh Ayat: Murni juling itik semasa memandang kerana lehernya pernah mengalami kecederaan semasa kecil.

1. Kacang HantuMaksud: Orang jahat.Contoh Ayat: Pemuda-pemuda kacang hantu di kampung itu suka berkumpul di tepi jambatan dan mengganggu setiap gadis yang lalu di situ.

2. Kaki ArakMaksud: Orang yang suka minum arak.Contoh Ayat: Sejak Ah Cheong menjadi kaki arak, semua wangnya digunakan untuk membeli arak.

3. Kaki Ayam = Berkaki AyamMaksud: Tidak memakai kasut.Contoh Ayat: Hafeezhat terpaksa berkaki ayam ketika pulang dari masjid kerana kasutnya telah hilang.

4. Kaki BangkuMaksud: Tidak pandai bermain bola.Contoh Ayat: Ilham kaki bangku kerana dia tidak pernah bermain bola sepak.

5. Kaki BotolMaksud: Orang yang suka minum arak.

6. Kaki BuliMaksud: Orang yang suka menyakiti dan menganiaya orang yang lemah.Contoh Ayat: Zainal sering diganggu oleh kumpulan kaki buli di sekolahnya yang diketuai oleh Hamzah.

7. Kaki Gaduh

Page 44: Simpulan Bahasa

Maksud: Orang yang suka bergaduh.Contoh Ayat: Ikram seorang kaki gaduh dan sering menimbulkan masalah di kampungnya.

8. Kaki GunungMaksud: Di bahagian permulaan gunung.Contoh Ayat: Saya dan rakan-rakan berkhemah di kaki gunung sebelum memulakan pendakian ke puncak.

9. Kaki HutanMaksud: Tepi hutan.

10. Kaki JudiMaksud: Orang yang suka bermain judi.Contoh Ayat: Arman seorang kaki judi dan telah banyak menghabiskan harta ayahnya di meja judi.

11. Kaki LangitMaksud: Langit di bahagian bawah.Contoh Ayat: Pemandangan yang indah di kaki langit dapat dilihat pada waktu senja.

12. Kaki LimaMaksud: Bahagian lantai di hadapan kedai atau rumah.Contoh Ayat: Aishah berteduh di kaki lima kedai makan sementara menunggu hujan berhenti.

13. Kaki PerempuanMaksud: Lelaki yang suka mengganggu perempuan.

14. Kaki RambuMaksud: Orang yang suka merayau.Contoh Ayat: Sejak dipukul orang kampung kerana disangkakan pencuri ketika sedang merayau, Faisal tidak lagi menjadi kaki rambu.

15. Kaki SeribuMaksud: Cabut lari.

16. Kaki UmpatMaksud: Orang yang suka mengumpat orang.Contoh Ayat: Jauhi tabiat menjadi kaki umpat yang hanya menceritakan keburukan orang sahaja.

17. Kaki WayangMaksud: Orang yang suka menonton wayang.Contoh Ayat: Fadzil kaki wayang. Dia akan menonton setiap filem baru yang ditayangkan di panggung itu.

18. Kaku LidahMaksud: Tidak dapat bercakap dengan lancar.Contoh Ayat: Ahmad menjadi kaku lidah apabila disoal tentang penglibatannya dalam kes rasuah.

19. Kambing HitamMaksud: Orang yang dipersalahkan.Contoh Ayat: Dia menjadi kambing hitam apabila berlaku kecurian di kawasan perumahan itu.

Page 45: Simpulan Bahasa

20. Kampung HalamanMaksud: Kampung tempat dilahirkan.Contoh Ayat: Setelah lama belajar di luar negeri dia rindu hendak kembali ke kampung halamannya.

21. Kata DuaMaksud: Pernyataan terakhir oleh sesuatu pihak yang mengemukakan tuntutan yang mesti diterima oleh pihak lain yang terlibat dalam perundingan.Contoh Ayat: Aman diberi kata dua iaitu berhenti daripada membuat kekacauan atau dipindahkan ke daerah lain.

22. Kata HatiMaksud: Perasaan.

23. Kata PujanggaMaksud: Perkataan orang bijak pandai.Contoh Ayat: Orang tua-tua sering menggunakan kata pujangga ketika memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada orang muda.

24. Kata PutusMaksud: Ketentuan yang terakhir.Contoh Ayat: Mesyuarat yang diadakan gagal mencapai kata putus kerana ahli-ahlinya bertelagah.

25. Kaya AnakMaksud: Banyak anak.Contoh Ayat: Walaupun keluarga Ahmad hidup dalam kemiskinan tetapi dia kaya anak dan hidup bahagia.

26. Kaya HatiMaksud: Pemurah.Contoh Ayat: Dia seorang yang kaya hati kerana sering menghulurkan derma.

27. Kaya HutangMaksud: Orang yang banyak hutang.Contoh Ayat: Jali kaya hutang kerana mengikutkan kehendak isterinya yang gemar membeli baju berjenama.

28. Kecil HatiMaksud: Berasa tersinggung.

29. Kecut HatiMaksud: Takut.Contoh Ayat: Semasa perahu kami dilanda ombak besar, terasa kecut hati saya.

30. Kelas KambingMaksud: Tempat duduk (wayang atau kenderaan) yang paling murah harganya.Contoh Ayat: Kami membeli tiket kelas kambing semasa menonton wayang.

31. Keliling PinggangMaksud: Sangat banyak.Contoh Ayat: Hutangnya keliling pinggang kerana dia boros berbelanja.

Page 46: Simpulan Bahasa

32. Ke Luar NegeriMaksud: Pergi ke negeri lain.Contoh Ayat: Zaki ke luar negeri untuk melanjutkan pelajaran.

33. Kembang HatiMaksud: Gembira.Contoh Ayat: Kembang hati Noraini kerana anaknya dapat masuk ke sekolah berasrama penuh.

34. Kembang Sayap = Mengembangkan SayapMaksud: Meluaskan usaha.Contoh Ayat: Syarikat itu mengembangkan sayap dengan menceburi industri berat pula.

35. Kena TanganMaksud: Dipukul.Contoh Ayat: Pencuri itu kena tangan penduduk kampung ketika cuba mencuri di salah sebuah rumah di kampung itu.

36. Kepala AnginMaksud: Orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu.

37. Kepala BatuMaksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat.

38. Kepala BeratMaksud: Bodoh.Contoh Ayat: Ikram perlu diajar perlahan-lahan dan sedikit-sedikit kerana dia kepala berat.

39. Kepala BeritaMaksud: Tajuk sesuatu berita.Contoh Ayat: Kemalangan ngeri yang berlaku di lebuh raya itu telah menjadi kepala berita di hampir semua akhbar tempatan terbitan hari ini.

40. Kepala DinginMaksud: Penyabar.Contoh Ayat: Dia kepala dingin, walaupun dimarah tetapi tetap tenang.

41. Kepala DuaMaksud: Orang yang tidak setia.Contoh Ayat: Bedul bersikap kepala dua kerana dia telah memberitahu maklumat sulit syarikat ini kepada syarikat lawan.

42. Kepala KainMaksud: Bahagian kain (biasa kain batik) yang coraknya berlainan.Contoh Ayat: Kepala kain itu bercorak pucuk rebung.

43. Kepala UdangMaksud: Bodoh.

44. Kera SumbangMaksud: Tidak suka bergaul dengan orang lain.Contoh Ayat: Susi menjadi seperti kera sumbang dalam majlis makan malam itu kerana dia seorang yang pemalu.

Page 47: Simpulan Bahasa

45. Kerang BusukMaksud: Tersengih-sengih tanpa sebab.Contoh Ayat: Dia diam dan hanya tersengih bak kerang busuk.

46. Keras HatiMaksud: Terus berusaha dan tidak mudah putus asa.

47. Keras kepalaMaksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat.

48. Keras LidahMaksud: Tidak pandai bercakap.Contoh Ayat: Ah Lin keras lidah apabila bertutur dalam Bahasa Inggeris kerana dia kurang mahir.

49. Keras MulutMaksud: Tidak mahu kalah dalam perdebatan.Contoh Ayat: Jamil tetap keras mulut dalam perbincangan itu walaupun pendapatnya tidak diterima oleh orang lain.

50. Kerat Rotan = Berkerat RotanMaksud: Memutuskan perhubungan.Contoh Ayat: Keluarga Dewi telah berkerat rotan dengan keluarga Saroja kerana tidak puas hati dengan pembahagian harta pusaka.

51. Kering DarahMaksud: Terkejut.

52. Kering HatiMaksud: Tiada rasa belas kasihan.Contoh Ayat: Dia menerima berita kemalangan itu tanpa rasa sedih kerana dia seorang yang kering hati.

53. Keringat DinginMaksud: Takut.

54. Kerja TanganMaksud: Pertukangan tangan.Contoh Ayat: Kerja tangan pelajar-pelajar sekolah vokasional dipamerkan dalam pameran kraf tangan itu.

55. Ketam BatuMaksud: Sangat kedekut.Contoh Ayat: Raju tidak pernah menghulurkan derma kepada yang memerlukan kerana sikapnya seperti ketam batu.

56. Ketawa RajaMaksud: Ketawa tetapi dalam kesedihan.Contoh Ayat: Rosna ketawa raja di hadapan tetamu untuk menyembunyikan kesedihan yang sedang dialaminya.

57. Khabar Angin

Page 48: Simpulan Bahasa

Maksud: Berita yang belum sah.Contoh Ayat: Khabar angin mengatakan dia mati dibunuh.

58. Khabar BurungMaksud: Berita yang belum sah.

59. Kucing BertandukMaksud: Mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin berlaku.Contoh Ayat: Walaupun ditunggu sampai kucing bertanduk, dia pasti tidak akan mengerjakannya.

60. Kucing KurapMaksud: Orang yang tidak berguna.

61. Kuku BesiMaksud: Memerintah dengan kejam.Contoh Ayat: Pemerintah yang mengamalkan kuku besi akan dibenci dan digulingkan oleh rakyat.

62. Kuku KambingMaksud: Alat yang digunakan untuk menanam padi.Contoh Ayat: Suatu masa dahulu kuku kambing digunakan untuk menanam padi.

63. Kunci Diri = Mengunci DiriMaksud: Mengurung diri.Contoh Ayat: Dia mengunci diri di dalam bilik sejak pagi tadi.

64. Kunci HatiMaksud: Rahsia.Contoh Ayat: Peristiwa itu tetap menjadi kunci hatinya dan tidak akan diceritakan kepada sesiapa pun.

65. Kunci MulutMaksud: Tidak dapat berkata-kata kerana terkejut.Contoh Ayat: Terkunci mulut Pak Ngah apabila diberitahu anaknya yang bersalah.

66. Kurang AdabMaksud: Tidak sopan.Contoh Ayat: Bercakap dengan meninggikan suara kepada orang tua, kurang adab namanya.

67. Kurang AdatMaksud: Tidak sopan.

68. Kurang AjarMaksud: Tidak sopan.

69. Kurang AkalMaksud: Tidak pandai.Contoh Ayat: Kalau bercakap dengan Senah perlu menggunakan bahasa yang mudah kerana dia kurang akal.

70. Kurang AsamMaksud: Tidak sopan.

Page 49: Simpulan Bahasa

71. Kurang BahasaMaksud: Tidak halus budi bahasanya.Contoh Ayat: Roslina dikatakan kurang bahasa kerana dia suka bercakap dengan suara yang kuat dan menggunakan bahasa yang kasar.

72. Kurang FikirMaksud: Tidak berhati-hati.Contoh Ayat: Melakukan sesuatu pekerjaan dengan kurang fikir akan membawa kerugian.

73. Kurang HatiMaksud: Tidak berminat.Contoh Ayat: Saya kurang hati dalam seni tekat-menekat kerana agak rumit untuk melakukannya.

74. Kurang ImanMaksud: Mudah terpedaya.Contoh Ayat: Mujurlah Riduwan tidak kurang iman dan menolak apabila ditawarkan wang yang lumayan untuk mengedar dadah.

75. Kurang IngatMaksud: Pelupa.Contoh Ayat: Jabu yang kurang ingat itu jangan dipesan apa-apa.

76. Kurang Jadi = Kurang MenjadiMaksud: Tidak mendatangkan hasil atau tuaian yang banyak.Contoh Ayat: Saya mengalami kerugian kerana kebun langsat saya kurang menjadi tahun ini.

77. Kusut FikiranMaksud: Susah hati.Contoh Ayat: Kusut fikiran Haji Lamin memikirkan anaknya yang belum mendapat kerja di Kuala Lumpur.

78. Kutu EmbunMaksud: Orang yang suka merayau pada malam hari.Contoh Ayat: Rusli kutu embun dan hanya pulang ke rumah pada pukul 3 pagi.

79. Kutu JalanMaksud: Orang yang suka merayau.

Page 50: Simpulan Bahasa

1. Langit HijauMaksud: Sangat jauh.Contoh Ayat: Saya akan mencari adik kandung saya itu, walaupun sampai ke langit hijau.

2. Langkah BaikMaksud: Waktu yang paling sesuai untuk memulakan sesuatu pekerjaan; permulaan yang baik. Contoh Ayat: Pada pendapat saya, hari Jumaat merupakan langkah baik bagi kita melangsungkan perkahwinan antara Zarina dan Amran.

3. Langkah BendulMaksud: Adik berkahwin lebih dahulu dari kakaknya.Contoh Ayat: Oleh sebab Suraya langkah bendul, pengantin lelaki memberikan hadiah kepada kakak Suraya.

4. Langkah KananMaksud: Bernasib baik; bertuah.Contoh Ayat: Hari ini, Suzana langkah kanan kerana ketika dia tiba di rumah abangnya, mereka sedang menikmati buah durian.

5. Langkah KiriMaksud: Malang.Contoh Ayat: Kami langkah kiri hari ini kerana kereta kami rosak dalam perjalanan.

6. Langkah seribuMaksud: Cabut lari.Contoh Ayat: Kami membuka langkah seribu apabila dikejar oleh orang gila itu.

7. Langkah SumbangMaksud: Cara atau perbuatan yang tidak betul.Contoh Ayat: Pelajar baru itu perlu berlatih lagi kerana banyak langkah sumbang yang telah dilakukannya semasa bersilat tadi.

8. Lapang DadaMaksud: Perasaan lega.Contoh Ayat: Puan Rashidah berasa lapang dada setelah selesai menguruskan kemasukan anak sulungnya ke universiti.

9. Lapang HatiMaksud: Perasaan lega.

10. Lapik PerutMaksud: Makan Sedikit.

11. Lari SemangatMaksud: Terkejut.

12. Laut LepasMaksud: Tengah laut.

Page 51: Simpulan Bahasa

Contoh Ayat: Ikan paus itu berada di laut lepas.

13. Lebai MalangMaksud: Orang yang selalu mengalami nasib malang.Contoh Ayat: Nasibnya umpama lebai malang, sudahlah keretanya rosak, duitnya pula dicuri orang.

14. Lembut Gigi Daripada LidahMaksud: Pandai berkata-kata; memujuk rayu.Contoh Ayat: Salmah terpedaya dengan kata-kata suaminya yang lembut gigi daripada lidah.

15. Lembut HatiMaksud: Penyayang.Contoh Ayat: Anak muridnya sayang dan hormat kepadanya kerana dia seorang yang lembut hati.

16. Lena AyamMaksud: Belum tidur betul.Contoh Ayat: Semasa anaknya menjerit ketakutan, dia baru lena ayam.

17. Lepas Angan-AnganMaksud: Membuat sesuatu yang diingini.Contoh Ayat: Apabila ayahnya bertolak ke luar negeri, Hamdan lepas angan-angan untuk membeli kereta baru.

18. Lepas DiriMaksud: Tidak melibatkan diri dalam sesuatu hal.Contoh Ayat: Darwis lepas diri daripada kes rasuah itu kerana dia tidak tahu tentang hal itu.

19. Lepas TanganMaksud: Tidak bertanggungjawab atas sesuatu yang telah dilakukan.

20. Lidah BercabangMaksud: Percakapan yang tidak boleh dipercayai kerana selalu berubah-ubah.Contoh Ayat: Lamin lidah bercabang dan cakapnya tidak boleh dipercayai.

21. Lidah BiawakMaksud: Percakapan yang tidak boleh dipercayai kerana selalu berubah-ubah.

22. Lidah KerasMaksud: Tidak dapat menyebut perkataan dengan betul.Contoh Ayat: Oleh sebab Rafiq lidah keras, dia gagal dalam ujian lisan yang diadakan.

23. Lidah PanjangMaksud: Suka menghasut.Contoh Ayat: Sikap Joyah yang lidah panjang itu menyebabkan rumah tangga Milah porak-peranda.

24. Lidah Tak BertulangMaksud: Mudah berjanji tetapi tidak ditepati; tidak jujur.Contoh Ayat: Hassan berhati-hati memilih kawan kerana dia takut terkena orang yang lidah tak bertulang.

Page 52: Simpulan Bahasa

25. Lintah DaratMaksud: Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.Contoh Ayat: Gara-gara aktiviti lintah darat, kehidupan penduduk di kampung itu masih lagi dalam kemiskinan.

26. Lipas KudungMaksud: Membuat sesuatu kerja dengan pantas.Contoh Ayat: Hidangan tengah hari dapat disiapkannya dalam masa setengah jam kerana dia membuatnya seperti lipas kudung.

27. Lubuk Akal Lautan BudiMaksud: Mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat luas dan banyak.Contoh Ayat: Penduduk kampung akan merujuk kepada Tuk Sidang jika menghadapi sebarang kemusykilan kerana beliau seorang yang lubuk akal lautan budi.

28. Lubuk Akal lautan ilmuMaksud: Mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat luas dan banyak.

29. Lubuk HatiMaksud: Dalam hati.Contoh Ayat: Jauh di lubuk hatiku terpendam rasa ingin maju bersama mereka.

30. Luka HatiMaksud: Pilu.Contoh Ayat: Luka hati Isma apabila mengetahui sahabat yang dipercayai telah membohonginya.

31. Lupa DaratanMaksud: Berbuat sesuatu yang melampaui batas; hilang pertimbangan.Contoh Ayat: Amir menjadi lupa daratan apabila sudah kaya.

32. Lurus AkalMaksud: Jujur.Contoh Ayat: Jalal seorang yang lurus akal kerana dia telah menjaga harta anak-anak yatim dengan sebaik-baiknya.

1. Mabuk DarahMaksud:A) Pening kerana melihat darah yang banyak.B) Pengsan kerana terlalu banyak mengeluarkan darah.C) Mengamuk seolah-olah hilang ingatan kerana melihat darah.

Page 53: Simpulan Bahasa

Contoh Ayat:A) Salmi mabuk darah apabila melihat keadaan adiknya.B) Salman mabuk darah kerana luka di dadanya mengeluarkan banyak darah.C) Tentera itu mabuk darah lalu melepaskan tembakan rambang.

2. Mabuk GunungMaksud: Mabuk ketika berada di tempat yang tinggi.Contoh Ayat: Rahmah mabuk gunung semasa mendaki Gunung Kinabalu.

3. Mabuk KecubungMaksud: Sangat kasih akan seseorang sehingga tidak menghiraukan hal-hal lain.

4. Mabuk KepayangMaksud: Sangat kasih akan seseorang sehingga tidak menghiraukan hal-hal lain.

5. Mabuk LautMaksud: Pening dan muntah semasa belayar.Contoh Ayat: Si Tanggang telah seminggu mabuk laut dan terlantar di geladak kapal.

6. Mabuk SelasihMaksud: Sangat kasih akan seseorang sehingga tidak menghiraukan hal-hal lain.

7. Mahkota HatiMaksud: Orang kesayangan; kekasih.

8. Mahkota NegeriContoh Ayat: Raja Nazrin telah ditabalkan menjadi mahkota negeri Perak Darul Ridzuan.

9. Main Mata = Bermain MataMaksud: Memberikan isyarat dengan mata.Contoh Ayat: Pemuda itu bermain mata untuk mendapatkan perhatian daripada Kak Leha.

10. Makan AnginMaksud: Berehat atau bersiar-siar.Contoh Ayat: Pada hujung minggu lepas kami sekeluarga makan angin ke Kota Bharu.

11. Makan AngkatMaksud: Orang yang suka dipuji.Contoh Ayat: Pembantu rumah saya makan angkat, kalau dipuji semakin rajin dia bekerja.

12. Makan BeradapMaksud: Makan bersama-sama buat pertama kali (pasangan pengantin).Contoh Ayat: Mak Andak menemankan pengantin semasa makan beradap.

13. Makan BerdamaiMaksud: Makan bersama-sama buat pertama kali (pasangan pengantin).

14. Makan BesarMaksud: Mengadakan jamuan.Contoh Ayat: Jemputlah ke rumah kerana ada makan besar petang ini.

15. Makan Budi = Termakan Budi

Page 54: Simpulan Bahasa

Maksud: Menerima pertolongan orang.Contoh Ayat: Akibat termakan budi pak ciknya, Zali dipaksa berkahwin dengan sepupunya.

16. Makan BungaMaksud: Mengambil keuntungan daripada wang yang dipinjamkan.Contoh Ayat: Ceti itu makan bunga dengan mengenakan kadar faedah 20% daripada jumlah wang yang dipinjam.

17. Makan DarahMaksud: Sesuatu yang dijual dengan harga yang sangat mahal.Contoh Ayat: Penjaja di kampung itu makan darah kerana kain yang dijualnya sangat mahal berbanding dengan harga di bandar.

18. Makan DiriMaksud: Berasa sedih yang teramat sangat sehingga merosakkan diri sendiri.Contoh Ayat: Semenjak ditinggalkan oleh suaminya, dia makan diri sehingga menjadi kurus kering.

19. Makan DuitMaksud: Mengambil wang secara haram; rasuah.Contoh Ayat: Pekerja yang makan duit syarikat telah dikenakan tindakan undang-undang.

20. Makan GajiMaksud: Bekerja untuk mendapatkan upah.Contoh Ayat: Hasrom bekerja makan gaji dengan abangnya.

21. Makan GaramMaksud: Mempunyai banyak pengalaman dalam hidup.Contoh Ayat: Dengarlah nasihat orang tua kerana mereka telah lama makan garam.

22. Makan HatiMaksud: Berasa sedih yang teramat sangat sehingga merosakkan diri sendiri.

23. Makan KawanMaksud: Mencelakakan kawan sendiri.Contoh Ayat: Jabir makan kawan sendiri apabila dia memfitnah Jamil.

24. Makan SuapMaksud: Mengambil wang secara haram; rasuah.

25. Makan SumpahMaksud: Mendapat kesusahan setelah mengingkari sumpah.Contoh Ayat: Akibat dimakan sumpah, hidupnya menjadi miskin dan melarat.

26. Makan TanggungMaksud: Hidup di bawah jagaan orang lain.Contoh Ayat: Rasida makan tanggung di rumah ibu saudaranya.

27. Malu-Malu BahasaMaksud: Berasa segan.Contoh Ayat: Semasa bersua muka dengan pemuda itu, Zainab malu-malu bahasa.

Page 55: Simpulan Bahasa

28. Malu-Malu KucingMaksud: Pura-pura malu.Contoh Ayat: Roslan malu-malu kucing apabila bersua muka dengan Rokiah.

29. Mandi Biar BasahMaksud: Kalau membuat sesuatu kerja biar bersungguh-sungguh.Contoh Ayat: Kalau kau mahu menjadi petani yang berjaya, bekerjalah bersungguh-sungguh, bak kata orang kalau mandi biar basah, nasihat Adi kepada Rahman.

30. Mandi BungaMaksud: Mandi air perahan limau dan bunga-bungaan dengan tujuan tertentu.Contoh Ayat: Dia mandi bunga setelah sembuh daripada penyakitnya.

31. Mandi DarahMaksud: Berlumuran darah.Contoh Ayat: Perajurit itu mandi darah kerana cedera terkena tembakan musuh.

32. Mandi EmbunMaksud: Membiarkan diri dibasahi embun.Contoh Ayat: Kami bermandi embun kerana berkawal di tapak perkhemahan sehingga dinihari.

33. Mandi KerbauMaksud: Mandi yang tidak bersih.Contoh Ayat: Semasa mengikuti Kursus Bina Semangat, peserta terpaksa mandi kerbau kerana kekurangan air.

34. Mandi Keringat = Bermandi KeringatMaksud: Bekerja dengan sepenuh tenaga.Contoh Ayat: Penduduk di kampung itu bermandi keringat untuk membina sebuah sekolah agama.

35. Mandi Ombak = Bermandi OmbakMaksud: Basah kena ombak.Contoh Ayat: Nelayan itu sudah biasa bermandi ombak.

36. Mandi PeluhMaksud: Bekerja dengan sepenuh tenaga.

37. Masin LidahMaksud: Apa yang dikata menjadi kebenaran.Contoh Ayat: Atikah menjadi guru dan masin lidah Mak Long yang selalu memanggilnya 'cikgu'.

38. Masin MulutMaksud: Apa yang dikata menjadi kebenaran.

39. Masuk AjarMaksud: Mendengar nasihat.Contoh Ayat: Jamilah cepat masuk ajar apabila kelakuannya ditegur oleh guru.

40. Masuk AkalMaksud: Dapat diterima akal.Contoh Ayat: Berita yang disampaikan itu masuk akal kerana ada kesahihannya.

Page 56: Simpulan Bahasa

41. Masuk Angin Keluar AsapMaksud: Tidak mencapai apa yang dikehendaki.Contoh Ayat: Samad diisytiharkan bankrap akibat perniagaannya yang masuk angin keluar asap.

42. Masuk AnginMaksud: Sakit kerana kesejukan atau sebagainya.Contoh Ayat: Perutnya masuk angin kerana tidak makan semalaman.

43. Masuk Bakul SampahMaksud: Ditolak.Contoh Ayat: Rayuan penduduk kampung untuk membina jambatan baru telah masuk bakul sampah.

44. Masuk BukuMaksud: Dicatatkan ke dalam buku.Contoh Ayat: Segala hutang-piutangnya masuk buku.

45. Masuk DaunMaksud: Memperoleh peluang yang baik.Contoh Ayat: Nampaknya perniagaan kita sudah masuk daun dan kita bakal menjadi orang kaya.

46. Mat JeninMaksud: Orang yang suka berangan-angan. Contoh Ayat: Berusahalah kalau mahu berjaya dan jangan menjadi seperti Mat Jenin. 

47. Mata AirMaksud:A) Orang kesayangan; kekasih. B) Tempat air keluar dari tanah. Contoh Ayat: Mata air yang terdapat di lereng bukit itu digali untuk dijadikan telaga. 

48. Mata DuitanMaksud: Orang yang tamakkan wang. Contoh Ayat: Zainon mata duitan sebab itulah suaminya terpaksa bekerja bertungkus-lumus untuk mencari wang yang lebih. 

49. Mata HatiMaksud: Perasaan dalam hati. Contoh Ayat: Walaupun dia buta tetapi mata hatinya celik. 

50. Mata KeranjangMaksud: Sangat berkeinginan kepada seseorang perempuan.

51. Mata LembuMaksud: Telur yang digoreng bulat-bulat. Contoh Ayat: Saya makan nasi lemak berlaukkan telur mata lembu. 

52. Mata PetaiMaksud: Tidak dapat melihat dengan betul. Contoh Ayat: Oleh sebab Halim mata petai permohonannya untuk menjadi tentera ditolak. 

Page 57: Simpulan Bahasa

53. Mata TelingaMaksud: Kakitangan yang diharapkan. Contoh Ayat: Semua penduduk kampung itu menjadi mata telinga pihak polis untuk menangani masalah penyeludupan.

54. Mati AkalMaksud: Buntu fikiran. Contoh Ayat: Fitri menjadi bingung dan mati akal untuk menyelesaikan masalah rumah tangga yang sedang dihadapinya. 

55. Mati AnginTidak berkuasa. Contoh Ayat: Pihak polis mati angin kerana penyeludup itu telah lari ke negara jiran. 

56. Mati AyamMaksud: Mati dengan sia-sia. Contoh Ayat: Semenjak rakannya mati ayam dalam perlumbaan haram itu, dia tidak lagi bergaul dengan budak-budak nakal. 

57. Mati Balik HidupMaksud: Selamat setelah mengalami bahaya besar. Contoh Ayat: Saya rasa seperti mati balik hidup kerana terselamat setelah terjatuh dari tingkat lima bangunan tersebut. 

58. Mati BeraganMaksud: Kelihatan seperti mati tetapi sebenarnya masih hidup. Contoh Ayat: Pak Ali mati beragan semenjak kematian isteri yang amat disayanginya. 

59. Mati KatakMaksud: Mati dengan sia-sia. 

60. Mati KutuMaksud: Tidak melawan. Contoh Ayat: Dia mati kutu apabila dimarahi oleh ayahnya kerana gagal dalam peperiksaan. 

61. Minta DiriMaksud: Memohon diizinkan pergi. Contoh Ayat: Razif minta diri dari majlis itu kerana dia terpaksa menghadiri mesyuarat di pejabatnya. 

62. Minta JalanMaksud: Meminta diberi jalan untuk lalu. Contoh Ayat: Kami terpaksa minta jalan untuk berjumpa pasangan pengantin yang diraikan kerana dewan itu telah penuh sesak dengan para jemputan. 

63. Minta NyawaMaksud: Memohon supaya tidak dibunuh; meminta belas ihsan. Contoh Ayat: Pencuri itu minta nyawa daripada ahli rukun tetangga yang menangkapnya ketika sedang memecah masuk rumah Pak Jamal. 

64. Muka BaruMaksud: Orang atau pemain yang baru melibatkan diri dalam sesuatu bidang. 

Page 58: Simpulan Bahasa

Contoh Ayat: Hadiah utama peraduan mengarang cerpen anjuran akhbar tempatan telah dimenangi oleh penulis muka baru. 

65. Muka DuaMaksud: Tidak jujur. Contoh Ayat: Hamzah bermuka dua kerana sekejap dia menyokong kita dan sekejap dia menyokong pihak lawan. 

66. Muka LamaMaksud: Orang atau pemain lama yang sudah berpenglaman. Contoh Ayat: Azean Irdawaty muka lama dalam bidang lakonan. 

67. Muka LautMaksud: Permukaan laut. Contoh Ayat: Serambi rumah Zaki berhadapan dengan muka laut. 

68. Muka ManisMaksud: Menunjukkan muka yang gembira dan tersenyum. Contoh Ayat: Dia bercakap dengan muka manis kepada tetamu yang hadir. 

69. Muka MasamMaksud: Menunjukkan muka yang muram atau benci. Contoh Ayat: Dia bercakap dengan muka masam seolah-olah dia sedang menghadapi masalah. 

70. Muka PapanMaksud: Orang yang tidak tahu malu; tidak menghiraukan teguran. Contoh Ayat: Dia memang muka papan kerana sering meminta duit daripada isterinya. 

71. Muka TebalMaksud: Orang yang tidak tahu malu; tidak menghiraukan teguran. 

72. Muka TembokMaksud: Orang yang tidak tahu malu; tidak menghiraukan teguran. 

73. Mulut BisaMaksud: Orang yang selalu mengeluarkan kata-kata pedas. Contoh Ayat: Akibat mulut bisa Mak Limah, jiran tetangga memulaukannya. 

74. Mulut GatalMaksud: Suka bercakap apa sahaja. Contoh Ayat: Idham dikatakan mulut gatal kerana suka bercerita hal yang tidak senonoh. 

75. Mulut KotorMaksud: Suka bercakap apa sahaja.

76. Mulut ManisMaksud: Lemah lembut dan baik tutur katanya. Contoh Ayat: Fatima bukan sahaja jelita tetapi bermulut manis. 

77. Mulut MuraiMaksud: Orang yang suka bercakap banyak. Contoh Ayat: Akibat mulut murai Kak Timah, rumah tangganya porak-peranda. 

Page 59: Simpulan Bahasa

78. Mulut TajamMaksud: Orang yang selalu mengeluarkan kata-kata pedas. 

79. Mulut TempayanMaksud: Orang yang tidak tahan menyimpan rahsianya. 

80. Murah HatiMaksud: Pemurah. 

81. Murah MulutMaksud: Ramah. Contoh Ayat: Jiran yang baru pindah itu murah mulut. 

82. Murah RezekiMaksud: Mudah memperoleh rezeki. Contoh Ayat: Murah rezeki ayah kali ini kerana dia telah memenangi peraduan teka kata yang dianjurkan oleh sebuah syarikat penerbangan. 

83. Murah TanganMaksud: Pemurah. 

84. Musuh Dalam SelimutMaksud: Musuh yang sangat dekat atau yang berada dalam lingkungan sendiri. Contoh Ayat: Rupa-rupanya Kim Seng adalah musuh dalam selimut pasukan tentera. Dia telah memberitahu semua rancangan kerajaan kepada pihak musuh.

1. Naik AnginMaksud: Terlalu marah.Contoh Ayat: Dia naik angin apabila kawan-kawan mengusiknya.

2. Naik DarahMaksud: Terlalu marah.

3. Naik GeramMaksud: Menyampah.Contoh Ayat: Naik geram saya melihat tingkah lakunya yang mengada-ada itu.

4. Naik KepalaMaksud: Berbuat sesuatu yang melampaui batasContoh Ayat: Anak manja itu naik kepala apabila ayahnya ada di rumah.

5. Naik MinyakMaksud: Menjadi marah dan mengganas.Contoh Ayat: Semasa Ali naik minyak, semua barang-barang yang ada di dalam rumahnya dibaling dan dipecahkannya.

6. Naik PitamMaksud: Pening.Contoh Ayat: Nenek naik pitam dan hampir pengsan kerana cuaca terlalu panas.

Page 60: Simpulan Bahasa

7. Naik SaksiMaksud: Menjadi saksi.Contoh Ayat: Datuk Ali naik saksi dalam perbicaraan itu.

8. Naik SemangatMaksud: Bertambah berani.Contoh Ayat: Dali naik semangat apabila lawannya jatuh setelah ditumbuknya.

9. Nama BaikMaksud: Maruah.Contoh Ayat: Nama baik keluarga hendaklah dijaga, walau di mana pun kita berada.

10. Nasi DamaiMaksud: Nasi yang dihidangkan kepada pengantin sebagai tanda mesra setelah bersatu. Contoh Ayat: Pengantin baru dihidangkan nasi damai selepas mereka bersanding.

11. Nujum Pak BelalangMaksud: Tukang tilik palsu.Contoh Ayat: Usah percaya cakapnya, dia sebenarnya Nujum Pak Belalang.

12. Nyawa-Nyawa IkanMaksud: Hampir mati.Contoh Ayat: Burung itu nyawa-nyawa ikan semasa ditemui Ali.

13. Nyiur GadingMaksud: Pokok kelapa kuning.Contoh Ayat: Halaman rumahnya dihiasi dengan pokok nyiur gading.

1. Oleh-OlehMaksud: Hadiah.Contoh Ayat: Ibu membawa beberapa helai kain batik dan pasu berukir sebagai oleh-oleh dari Indonesia.

2. Omong KosongMaksud: Cakap-cakap yang tidak berfaedah.

3. Orang AsingMaksud: Orang dari negeri lain yang datang ke sesebuah negeri.Contoh Ayat: Orang asing yang tinggal di negeri ini diberikan layanan yang baik.

4. Orang AsliMaksud: Penduduk asal sesebuah negeri.Contoh Ayat: Kebajikan orang asli di negara ini dikendalikan oleh Jabatan Orang Asli.

5. Orang AtasanMaksud: Orang yang berpangkat tinggi; pembesar.Contoh Ayat: Majlis itu akan dihadiri oleh orang atasan sahaja.

6. Orang BeradaMaksud: Orang yang berharta.Contoh Ayat: Jamiah orang berada dan disegani di kampung ini.

Page 61: Simpulan Bahasa

7. Orang BesarMaksud: Orang yang berpangkat tinggi; pembesar.

8. Orang BiasaMaksud: Rakyat biasa.Contoh Ayat: Walaupun Tengku Kamal kerabat diraja dia tidak kekok bergaul dengan orang biasa.

9. Orang BuanganMaksud: Orang yang dihukum buang negeri.Contoh Ayat: Dia menjadi orang buangan dan tidak dibenarkan balik ke negerinya untuk jangka masa sepuluh tahun.

10. Orang BuruanMaksud: Orang yang dicari kerana kesalahan jenayah.Contoh Ayat: Pihak polis berjaya menangkap orang buruan itu ketika mereka cuba melarikan diri ke negara jiran.

11. Orang DagangMaksud: Orang dari negeri lain yang datang ke sesebuah negeri.

12. Orang DalamMaksud: Orang yang bekerja dalam sesuatu jabatan.Contoh Ayat: Orang dalam disyaki terlibat dalam kecurian itu.

13. Orang DapurMaksud: Orang perempuan.Contoh Ayat: Hidangan ini disediakan oleh orang dapur saya, kata ayah kepada tetamu yang datang.

14. Orang DaratMaksud: Penduduk asal sesebuah negeri.

15. Orang GajiMaksud: Pembantu rumah.Contoh Ayat: Orang gaji saya berasal dari Filipina.

16. Orang GalangMaksud: Orang yang menjadi pelindung kepada orang lain.Contoh Ayat: Ahmad sedia menjadi orang galang demi keselamatan majikannya.

17. Orang HalusMaksud: Roh, jin atau orang bunian.Contoh Ayat: Seorang bomoh telah dipanggil untuk menghalau orang halus yang dikatakan telah mengganggu penduduk kampung.

18. Orang HarapanMaksud: Orang yang dipertanggungjawabkan dengan sesuatu tugas.Contoh Ayat: Sarjan Haris menjadi orang harapan dalam misi yang berbahaya itu.

19. Orang KananMaksud: Orang yang diharapkan.

Page 62: Simpulan Bahasa

Contoh Ayat: Haliza menjadi orang kanan di syarikat itu setelah Pengurus Besarnya meletakkan jawatannya secara tiba-tiba.

20. Orang Tua-TuaMaksud: Orang bijak dan berpengalaman.Contoh Ayat: Dengarlah nasihat orang tua-tua kerana mereka lebih berpengalaman dalam hidup.

21. Orang UpahanMaksud: Orang yang dibayar untuk membuat sesuatu kerja biasanya yang tidak baik.Contoh Ayat: Jaiman menjadi orang upahan dalam kes pembunuhan itu.

22. Otak BekuMaksud: Bodoh.Contoh Ayat: Ajarlah dia secara berperingkat-peringkat kerana dia otak beku.

23. Otak CairMaksud: Pandai.Contoh Ayat: Habsah otak cair dan dia dapat menjawab semua soalan dengan tepat.

24. Otak UdangBodoh.

Page 63: Simpulan Bahasa

1. Pacat KenyangMaksud: Pulang segera sesudah makan.Contoh Ayat: Rafeah seperti pacat kenyang kerana setelah dia makan segera hendak pulang.

2. Padang Jarak Padang TekukurMaksud: Musnah.Contoh Ayat: Mengikut legenda, Pulau Langkawi telah disumpah menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.

3. Pak SanggupMaksud: Orang yang menyanggupi sebarang kerja yang diberikan.Contoh Ayat: Rahmat menjadi pak sanggup dengan mengahwini Aishah demi menjaga nama baik gadis itu.

4. Pak TurutMaksud: Orang yang mengikut sahaja.Contoh Ayat: Sikap Hamdan yang pak turut menyebabkan dia terjebak dalam sindiket penyeludupan.

5. Paku BelandaMaksud: Harga tetap.Contoh Ayat: Barang-barang di situ semuanya paku belanda dan tidak boleh ditawar lagi.

6. Paling Hati = Berpaling HatiMaksud: Tidak setia.Contoh Ayat: Akibat tidak menepati janji, para penyokongnya telah berpaling hati.

7. Paling TadahMaksud: Tidak setia.

8. Panas RezekiMaksud: Sukar mendapat rezeki.Contoh Ayat: Zahari panas rezeki dan sudah tiga bulan dia menganggur.

9. Panjang AkalMaksud: Cerdik.Contoh Ayat: Walaupun miskin tetapi dia panjang akal. Akhirnya dia berjaya menjadi seorang jutawan.

10. Panjang EkorMaksud: Berani berbuat jahat.Contoh Ayat: Dia memang panjang ekor kerana murid lain ke sekolah tetapi dia berjalan-jalan di pasar raya.

11. Panjang FikiranMaksud: Cerdik.

12. Panjang LidahMaksud: Suka mengadu atau menyampai-nyampaikan cakap.Contoh Ayat: Jangan panjang lidah nanti terjadi pergaduhan di kalangan teman-teman sekerja.

13. Panjang Tangan

Page 64: Simpulan Bahasa

Maksud: Orang yang suka mencuri.

14. Pasang BadanMaksud: Berhias diri untuk memikat.Contoh Ayat: Beberapa bulan selepas kematian isterinya, Pak Mail mula pasang badan.

15. Pasang KakiMaksud: Mengadakan pengintip.Contoh Ayat: Pihak berkuasa terpaksa pasang kaki di pelabuhan-pelabuhan untuk membanteras kegiatan penyeludupan.

16. Pasang MataMaksud: Memerhatikan baik-baik; waspada.Contoh Ayat: Pengawal keselamatan itu terpaksa pasang mata kerana barang kemas yang dipamerkan mahal-mahal belaka.

17. Pasang TelingaMaksud: Mengintip atau mencuri dengar perbualan.Contoh Ayat: Ah Mun pasang telinga semasa abangnya berbual di telefon.

18. Pasar GelapMaksud: Tempat jual beli yang tidak sah.Contoh Ayat: Peniaga pasar gelap itu telah ditangkap kerana menjual barangan curi.

19. Patah Arang = Berpatah ArangMaksud: Perselisihan yang tidak dapat didamaikan lagi.Contoh Ayat: Sulaiman telah berpatah arang dengan keluarga Salimah setelah pinangannya ditolak.

20. Patah HatiMaksud: Kecewa.Contoh Ayat: Sudin tidak patah hati walaupun telah dua kali gagal dalam pertandingan itu.

21. Patah KandarMaksud: Sesuatu yang bertambah sukar; hilang tempat bergantung.Contoh Ayat: Hidup Salmi patah kandar sejak suaminya tidak bekerja.

22. Patah LaguMaksud: Getaran suara apabila menyanyi.Contoh Ayat: Dendangan lagu Siti Nurhaliza menarik perhatian saya. Patah lagunya sungguh mengasyikkan.

23. Patah LidahMaksud: Tidak dapat berkata-kata dengan lancar.Contoh Ayat: Semasa perdebatan itu saya seperti patah lidah apabila hendak mengemukakan pendapat.

24. Patah PerangMaksud: Kalah perang.Contoh Ayat: Dalam pertempuran di sempadan Thailand, pihak komunis telah patah perang dengan tentera Malaysia.

Page 65: Simpulan Bahasa

25. Patah SemangatMaksud: Hilang kemahuan untuk berusaha.Contoh Ayat: Setelah berumah tangga Mas Anizan patah semangat untuk bergiat dalam bidang seni.

26. Patung BernyawaMaksud: Hidup yang tidak mempunyai cita-cita.Contoh Ayat: Keadaannya bagai patung bernyawa selepas ditinggalkan Rosli.

27. Pecah AmanahMaksud: Melanggar amanah.Contoh Ayat: Saidin dituduh pecah amanah apabila dia didapati menggunakan duit daripada tabung kebajikan untuk perbelanjaan peribadinya.

28. Pecah KhabarMaksud: Tersiar berita.Contoh Ayat: Telah pecah khabar bahawa Puteri Nila Kesuma masih hidup.

29. Pedih HatiMaksud: Pilu.Contoh Ayat: Pedih hati Azimah mendengar kata-kata tuan rumah yang menghinanya.

30. Pekak BadakMaksud: Pura-pura tidak mendengar.Contoh Ayat: Sukar menasihati Si Kasim kerana dia pekak badak.

31. Pekak BatuMaksud: Pura-pura tidak mendengar.

32. Peluk Lutut = Berpeluk LututMaksud: Tidak bekerja.Contoh Ayat: Dia hanya berpeluk lutut dan berehat di rumah sementara isterinya sibuk bekerja.

33. Peluk Tangan = Berpeluk TanganMaksud: Tidak bekerja.

34. Peluk TubuhMaksud: Tidak bekerja.

35. Pembasuh MulutMaksud: Manisan yang dihidangkan selepas makan.Contoh Ayat: Dia makan pengat pisang sebagai pembasuh mulut selepas makan tengah hari.

36. Pendekar KataMaksud: Orang yang pandai berpidato.Contoh Ayat: Para penonton terpesona mendengar ucapan pendekar kata itu.

37. Pendekar LidahMaksud: Orang yang pandai berpidato.

38. Pendekar penaMaksud: Orang yang pandai menulis rencana di surat khabar.

Page 66: Simpulan Bahasa

Contoh Ayat: Ruangan 'Lidah Pengarang' di akhbar-akhbar biasanya dikendalikan oleh pendekar pena.

39. Pendekar SambalMaksud: Pendekar yang pengecut dan mudah ditumbangkan.Contoh Ayat: Pendekar sambal itu lari lintang-pukang apabila dikejar anjing.

40. Pening-Pening LalatMaksud: Berasa pening sedikit.Contoh Ayat: Ibu pening-pening lalat semasa memandu menaiki Bukit Fraser.

41. Perang DinginMaksud: Bergaduh atau berperang secara takut-menakuti (menggertak); perang secara senyap-senyap.Contoh Ayat: Masalah kewangan adalah punca utama terjadinya perang dingin antara pasangan suami isteri.

42. Perang GerilaMaksud: Perang secara bersembunyi.Contoh Ayat: Selama tiga tahun rakyat di negara itu hidup dalam kesengsaraan akibat berlakunya perang gerila antara pihak tentera dengan para pemberontak.

43. Perang MulutMaksud: Bertengkar.Contoh Ayat: Daun pokok rambutan menjadi punca perang mulut antara Mak Siput dan Mak Siti.

44. Perang PenaMaksud: Pertengkaran melalui tulisan di akhbar.Contoh Ayat: Perang pena antara parti-parti politik di negara kita sering berlaku di akhbar-akhbar.

45. Perang SaudaraMaksud: Perang antara orang sebangsa.Contoh Ayat: Perang saudara yang berlaku di Afghanistan menyebabkan kerugian besar kepada negara itu.

46. Perang TerbukaMaksud: Perang secara besar-besaran.Contoh Ayat: Perang terbuka antara Iraq dan Iran menyebabkan banyak nyawa terkorban.

47. Peras Otak = Memeras OtakMaksud: Belajar bersungguh-sungguh.Contoh Ayat: Farid memeras otak untuk menghadapi peperiksaan UPSR.

48. Peras Tenaga Orang = Memeras Tenaga OrangMaksud: Membuat orang bekerja untuk keuntungan dirinya.Contoh Ayat: Dia memeras tenaga orang untuk mengerjakan ladangnya tetapi upah yang diberikan terlalu sedikit.

49. Peras tenagaMaksud: Bekerja bermati-matian.

50. Perigi Buta

Page 67: Simpulan Bahasa

Maksud: Perigi yang tidak berair.Contoh Ayat: Perigi buta itu dijadikan tempat membuang sampah.

51. Perut KapalMaksud: Bahagian kapal yang di tengah-tengah.Contoh Ayat: Perut kapal itu sangat luas dan boleh mengisi banyak barang.

52. Perut KosongMaksud: Lapar.Contoh Ayat: Ibu melarang kami pergi ke sekolah dengan perut kosong.

53. Perut lautMaksud: Bahagian laut yang dalam.Contoh Ayat: Di perut laut terdapat pelbagai khazanah semula jadi.

54. Pilih Bulu = Memilih BuluMaksud: Memandang kedudukan, bangsa dan keturunan.Contoh Ayat: Walaupun berjawatan tinggi, Roslan tidak memilih bulu untuk berkawan.

55. Pilih KasihMaksud: Berat sebelah.Contoh Ayat: Ketika membesarkan anak-anaknya ayah tidak pernah mengamalkan sikap pilih kasih.

56. Pindah Tangan = Berpindah TanganMaksud: Bertukar milik.Contoh Ayat: Tanah di hujung kampung itu telah berpindah tangan kepada Ah Chong.

57. Pinggang KerenggaMaksud: Ramping.Contoh Ayat: Wanita yang berpinggang kerengga sesuai memakai baju kebaya pendek.

58. Pintu RezekiMaksud: Jalan untuk mendapat rezeki.Contoh Ayat: Pintu rezeki penduduk di sini terbuka apabila kilang kain itu memulakan operasinya.

59. Pintu TerbukaMaksud: Sedia menerima tetamu.Contoh Ayat: Salamah, seorang wakil rakyat yang mengamalkan sikap pintu terbuka sebab itulah rumahnya sering didatangi tetamu.

60. Pisau CukurMaksud: Perempuan yang suka mengikis kekayaan lelaki.Contoh Ayat: Jangan dekati perempuan pisau cukur itu nanti habis semua wang kamu dikikisnya.

61. Potong JalanMaksud: Mendahului sehingga menyebabkan orang yang sepatutnya mendapat sesuatu tidak berpeluang.Contoh Ayat: Aku yang sepatutnya mendapat gerai berniaga di situ tetapi Si Bujal telah potong jalan.62. Putera MahkotaMaksud: Anak raja yang bakal naik takhta.

Page 68: Simpulan Bahasa

Contoh Ayat: Putera sulung Raja Di Hilir telah ditabal menjadi putera mahkota negeri Pinang Sebatang setelah kemangkatan sultannya.

63. Puteri LilinMaksud: Orang yang tidak tahan lasak atau panas.Contoh Ayat: Engkau ni seperti puteri lilin, berpanas sekejap pun sudah merungut, kata ayah kepada kakak.

64. Putih HatiMaksud: Ikhlas dan jujur.Contoh Ayat: Semenjak kecil Arief telah dididik dengan sikap putih hati.

65. Putih MataMaksud: Terlepas peluang.Contoh Ayat: Nadiera berputih mata untuk melanjutkan pelajaran ke universiti kerana kelewatannya menghantar borang permohonan.

66. Putih Tapak KakiMaksud: Lari sekuat-kuatnya.Contoh Ayat: Putih tapak kakinya ketika melarikan diri apabia dikejar oleh anjing liar itu.

67. Putih Tulang = Berputih TulangMaksud: Mati.Contoh Ayat: Daripada menanggung malu kerana negara dijajah orang, baiklah berputih tulang di medan perang.

68. Putus AkalMaksud: Buntu fikiran.

69. Putus Arang = Berputus ArangMaksud: Persahabatan yang putus sama sekali.Contoh Ayat: Peristiwa itu menjadikan mereka berputus arang.

70. Putus KataMaksud: Mendapat kata sepakat.Contoh Ayat: Kedua-dua keluarga telah putus kata untuk melangsungkan perkahwinan antara Sabarudin dengan Sabariah pada bulan Ogos tahun ini.

71. Putus RezekiMaksud: Hilang mata pencarian.Contoh Ayat: Pencemaran minyak di pantai ini menyebabkan nelayan di sini putus rezeki.

72. Putus UbatMaksud: Upacara menamatkan ubat selepas sembuh.Contoh Ayat: Keluarga Jehan mengadakan kenduri putus ubat setelah Jehan sembuh daripada sakitnya.

1. Rabun AyamMaksud: Tidak dapat melihat dengan jelas ketika gelap atau pada waktu malam.

Page 69: Simpulan Bahasa

Contoh Ayat: Ishak rabun ayam, sebab itulah dia tidak keluar pada waktu malam.

2. Rabun SenjaMaksud: Tidak dapat melihat dengan jelas ketika gelap atau pada waktu malam.

3. Raja BolaMaksud: Pemain bola yang handal.Contoh Ayat: Mokhtar Dahari pernah menjadi raja bola pasukan Selangor.

4. Raja SehariMaksud: Pengantin.Contoh Ayat: Saya akan menjadi raja sehari dua hari lagi.

5. Rambang MataMaksud: Tidak tahu mana yang hendak dipilih.Contoh Ayat: Saya menjadi rambang mata apabila melihat baju yang cantik-cantik itu.

6. Rangkai HatiMaksud: Orang kesayangan; Kekasih.

7. Retak TanganMaksud: Nasib.Contoh Ayat: Sudah retak tangan Kim Moi yang kehilangan ibu bapa pada usia yang begitu muda.

8. Rezeki HarimauMaksud: Makanan yang banyak dan berjenis-jenis.Contoh Ayat: Tetamu yang datang ke majlis keraian itu dihidangkan dengan juadah bak rezeki harimau.

9. Rezeki MahalMaksud: Sukar mendapat rezeki.

10. Rezeki MurahMaksud: Selalu mendapat keuntungan.Contoh Ayat: Rahman rezeki murah kerana baru dua hari di bandar dia telah mendapat pekerjaan tetap.

11. Ringan KakiMaksud: Suka melawat atau berkunjung.Contoh Ayat: Aku suka berkawan dengan Anis kerana dia ringan kaki dan mudah diajak berbincang.

12. Ringan KepalaMaksud: Mudah memahami.Contoh Ayat: Izyan memang bijak dan ringan kepala. Semua formula yang diajar oleh guru dapat difahaminya.

13. Ringan MulutMaksud: Peramah dan fasih.Contoh Ayat: Izati seorang gadis yang ringan mulut dan berbudi bahasa, sebab itulah dia disenangi oleh rakan-rakannya.

Page 70: Simpulan Bahasa

14. Ringan TanganMaksud: Suka menolong.Contoh Ayat: Zahira menjadi kesayangan mentuanya kerana dia rajin dan ringan tangan.

15. Ringan Tulang Berat PerutMaksud: Orang yang rajin bekerja dan memperoleh kesenangan.Contoh Ayat: Hasil usahanya yang ringan tulang berat perut dia hidup senang di waktu tua.

16. Ringan TulangMaksud: Suka menolong.

17. Rosak HatiMaksud: Menderita.Contoh Ayat: Rosak hati Zaiton kerana ditinggalkan suaminya.

18. Rosak NamaMaksud: Mendapat malu.

19. Rusuh HatiMaksud: Gelisah.Contoh Ayat: Tuan Puteri Lelasari berasa rusuh hati kerana ayahandanya pergi berperang.

1. Sagu HatiMaksud: Wang atau pemberian yang diberikan sebagai ganti rugi.Contoh Ayat: Sagu hati akan diberikan kepada semua penghuni setinggan apabila rumah mereka dirobohkan.

2. Sakit AkalMaksud: Gila.

3. Sakit AngauMaksud: Sangat kasih akan seseorang sehingga tidak menghiraukan hal-hal lain.

4. Sakit HatiMaksud: Marah kerana ditipu atau dihina.Contoh Ayat: Sakit hati saya apabila mendapat tahu dia telah menipu saya.

5. Sakit OtakMaksud: Gila.

6. Salah CakapMaksud: Maklumat yang disampaikan tidak tepat.Contoh Ayat: Jangan cepat percaya pada cerita Salmi kerana dia selalu salah cakap.

7. Salah Jalan = Tersalah JalanMaksud: Tersesat.Contoh Ayat: Kami terlewat untuk menyaksikan persandingan Kamil kerana sewaktu kami hendak ke rumahnya, kami telah tersalah jalan.

8. Salah Kata = Tersalah KataMaksud: Maklumat yang disampaikan tidak tepat.

Page 71: Simpulan Bahasa

9. Salah LangkahMaksud: Memulakan sesuatu usaha tanpa rancangan yang teliti.Contoh Ayat: Disebabkan salah langkah hasil keluaran syarikatnya tidak mendapat pasaran yang baik.

10. Salah MulutMaksud: Terlajak kata.Contoh Ayat: Akibat salah mulut, Suzi telah dimarahi oleh ibunya.

11. Salah UratMaksud: Terseliuh atau terpelecok.Contoh Ayat: Dia salah urat semasa mengadakan latihan lompat tinggi semalam.

12. Sampah DuniaMaksud: Orang yang tidak berguna.

13. Sampah MasyarakatMaksud: Orang yang tidak berguna.

14. Sampai AjalMaksud: Meninggal dunia.Contoh Ayat: Sekian lama dia menderita sakit dan kini telah sampai ajalnya.

15.Sampai AkalMaksud: Dapat diterima akal.

16. Sampai HatiMaksud: Tergamak melakukan sesuatu.Contoh Ayat: Tidak sampai hati Tuk Ya hendak menembak rusa itu.

17. Saudara AngkatMaksud:A) Orang yang dipelihara oleh ibu bapa kita.B) Seseorang yang diakui sebagai saudara sendiri.Contoh Ayat:A) Jamil menjadi saudara angkat saya semenjak dia masih kecil.B) Semenjak Jamil tinggal bersama kami setelah kematian orang tuanya, kami menganggapnya sebagai saudara angkat kami.

18. Saudara AnjingMaksud: Adik-beradik seibu berlainan ayah.Contoh Ayat: Setelah ibunya berkahwin lain, Mariah memperoleh seorang saudara anjing bernama Mariana.

19. Saudara BaruMaksud: Orang yang baru memeluk agama Islam.Contoh Ayat: Salmiah Abdullah merupakan saudara baru dan kita perlu membimbingnya mendalami ilmu agama.

20. Saudara DekatMaksud: Saudara-mara yang masih dekat pertaliannya.Contoh Ayat: Kami saudara dekat kerana ibu kami adik-beradik.

Page 72: Simpulan Bahasa

21. Saudara JauhMaksud: Persaudaraan yang jauh.

22. Saudara KandungMaksud: Saudara seibu sebapa.Contoh Ayat: Ibu terpaksa menyerahkan saudara kandung saya kepada Mak Piah kerana kesempitan hidup.

23. Saudara PungutMaksud: Orang yang dipelihara oleh ibu bapa kita.

24. Saudara Susu = Saudara SusuanMaksud: Menjadi saudara atau adik-beradik kerana menyusu daripada perempuan yang sama.Contoh Ayat: Dia menjadi saudara susuan saya kerana ibu telah menyusuinya sejak dia masih bayi lagi.

25. Sehelai SepinggangMaksud: Pakaian yang ada pada tubuh.Contoh Ayat: Mangsa kebakaran itu tinggal sehelai sepinggang kerana semua harta benda mereka telah musnah.

26. Sejuk HatiMaksud: Perasaan tenang setelah dinasihat atau dipujuk.Contoh Ayat: Amir berasa sejuk hati setelah dinasihati oleh bapanya.

27. Sekangkang KeraMaksud: Kecil.Contoh Ayat: Hanya tanah sekangkang kera itulah hartanya.

28. Sekapur SirihMaksud: Sekejap.Contoh Ayat: Dia singgah tidak lama sekadar sekapur sirih sahaja.

29. Senang CakapMaksud: Mudah memperkatakan sesuatu tetapi sukar membuatnya.Contoh Ayat: Kau senang cakap tetapi apabila disuruh, batang hidung kau pun aku tidak nampak, kata Lily kepada Ahmad.

30. Senang HatiMaksud: Gembira kerana sesuatu.Contoh Ayat: Senang hati Mak Tijah kerana anaknya telah lulus dan menjadi seorang doktor yang bertauliah.

31. Sengkang Mata = Bersengkang MataMaksud: Tidak tidur semalaman.Contoh Ayat: Mak Cik Ananti terpaksa bersengkang mata untuk menjaga anaknya yang sakit.

32. Senyum KambingMaksud: Senyum mengejek.Contoh Ayat: Kami hanya senyum kambing apabila melihat gelagat Mona yang mengada-ada itu.

Page 73: Simpulan Bahasa

33. Senyum KucingMaksud: Senyum yang ada muslihat.Contoh Ayat: Tali barut Jepun itu senyum kucing apabila memandang Salmah.

34. Senyum ManisMaksud: Senyum yang menarik.Contoh Ayat: Suzana tersenyum manis ketika diperkenalkan kepada keluarga bakal mentuanya.

35. Senyum MesraMaksud: Senyum yang menunjukkan kemesraan.Contoh Ayat: Asha tersenyum mesra menyambut kepulangan anaknya.

36. Senyum RajaMaksud: Senyum yang dibuat-buat.Contoh Ayat: Dia tidak berkata apa-apa hanya tersenyum raja apabila diminta memberikan pendapat.

37. Senyum SimpulMaksud: Senyum sedikit.Contoh Ayat: Salina tersenyum simpul dan tersipu-sipu malu apabila dipuji oleh bakal mentuanya.

38. Senyum SumbingMaksud: Senyum sedikit.

39. Senyum TawarMaksud: Senyum yang dibuat-buat ketika berdukacita.Contoh Ayat: Salmah yang dalam kesedihan hanya tersenyum tawar apabila disapa oleh rakan-rakannya.

40. Senyum-Senyum SiputMaksud: Senyum sedikit.

41. Sepak KertasMaksud: Tidak mempunyai pekerjaan.Contoh Ayat: Sudah dua bulan saya sepak kertas selepas syarikat tempat saya bekerja ditutup.

42. Separuh MatiMaksud: Terlalu penat.Contoh Ayat: Separuh mati Zaharah membersihkan rumah yang telah dua bulan ditinggalkan itu.

43. Seri MukaMaksud: Cahaya muka.Contoh Ayat: Seri muka Fadhilah masih kelihatan, maklumlah baru mejadi raja sehari.

44. Seri PanggungMaksud: Bintang bangsawan.Contoh Ayat: Mistijah digilai ramai pemuda semenjak menjadi seri panggung.

45. Serkap JarangMaksud: Menuduh sembarangan.Contoh Ayat: Kalau menuduh orang biarlah dengan buktinya jangan pakai serkap jarang sahaja.

Page 74: Simpulan Bahasa

46. Setengah TiangMaksud: Gila-gila.Contoh Ayat: Jangan percaya cakapnya kerana dia setengah tiang.

47. Singkat AkalMaksud: Tidak bijak.Contoh Ayat: Sikap Devi yang singkat akal telah merugikannya apabila dia menjual tanahnya dengan harga yang murah dan kini tanah itu bernilai berjuta-juta ringgit.

48. Singkat UmurMaksud: Umur pendek.Contoh Ayat: Danial singkat umur kerana dia meninggal dunia ketika berumur 30 tahun.

49. Suara HatiMaksud: Perasaan.

50. Suara Sumbang = Suara-Suara SumbangMaksud: Pendapat yang bertentangan dengan pendapat umum.Contoh Ayat: Banyak suara-suara sumbang yang didengari Zaki selepas dia mengambil keputusan untuk membuka kolam ternakan udang di kampungnya.

51. Suntuk AkalMaksud: Buntu fikiran.

52. Suntuk fikiranMaksud: Cetek pengetahuan.Contoh Ayat: Jika kamu tidak suka membaca buku, kamu akan menjadi suntuk fikiran.

1. Tahan HatiMaksud: Cekal.Contoh Ayat: Dia tahan hati menghadapi semua cabaran yang menimpa dirinya.

2. Tahi AirMaksud: Sampah yang mengapung di atas air.Contoh Ayat: Kolam itu dipenuhi dengan tahi air yang dibuang oleh penduduk di kawasan sekitar.

3. Tahi ArakMaksud: Orang yang suka minum arak.

4. Tahi KetamMaksud: Sisa kayu yang diketam.Contoh Ayat: Tahi ketam boleh digunakan untuk menanam pokok orkid.

5. Tahi LalatMaksud: Titik atau tumbuhan kecil di kulit.Contoh Ayat: Mukanya bujur sirih dan bertahi lalat di tepi hidung.

6. Tahi MinyakMaksud: Cerewet.

Page 75: Simpulan Bahasa

Contoh Ayat: Linggam memang tahi minyak, ada sahaja yang tidak kena pada pandangannya.

7. Tahu AdabMaksud: Berbudi bahasa.Contoh Ayat: Dia seorang yang tahu adab dan penghulu memandang tinggi kepadanya.

8. Tahu AdaMaksud: Mahukan sesuatu itu siap sedia.Contoh Ayat: Kita hendaklah berusaha memperoleh sesuatu yang dihajati, jangan tahu ada sahaja.

9. Tahu AdatMaksud: Sopan santun.Contoh Ayat: Gadis yang tahu adat itu telah dipinang orang.

10. Tahu BahasaMaksud: Berbudi bahasa.

11. Tahu DiuntungMaksud: Sedar akan kedudukan diri.Contoh Ayat: Husin tahu diuntung akan dirinya kerana itu dia tidak membangga diri.

12. Tajam AkalMaksud: Pintar.Contoh Ayat: Kanak-kanak yang tajam akal akan mendapat kemudahan menggunakan komputer secara percuma selama enam bulan di sekolah itu.

13. Tajam FikiranMaksud: Pintar.

14. Tajam IngatanMaksud: Tidak pelupa.Contoh Ayat: Nenek yang berumur seratus tahun itu masih tajam ingatan tentang sejarah hidupnya.

15. Tajam LidahMaksud: Orang yang selalu mengeluarkan kata-kata pedas.

16. Tajam MulutMaksud: Orang yang selalu mengeluarkan kata-kata pedas.

17. Tajam PendengaranMaksud: Lekas dapat mendengar.Contoh Ayat: Walaupun sudah tua tetapi dia masih tajam pendengaran.

18. Tajuk MahkotaMaksud: Orang kesayangan; kekasih.

19. Tali BarutMaksud: Orang yang membuat pekerjaan tidak baik untuk orang lain.Contoh Ayat: Si Hamzah menjadi tali barut Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua.

Page 76: Simpulan Bahasa

20. Tangan KananMaksud: Orang yang diharapkan.

21. Tangan KosongMaksud: Hampa.Contoh Ayat: Zainab pulang dari bandar dengan tangan kosong kerana dia masih gagal mendapat sebarang pekerjaan.

22. Tangan PanasMaksud: Selalu gagal.Contoh Ayat: Dia tangan panas kerana semua rancangannya tidak menjadi.

23. Tangan TerbukaMaksud: Suka menolong orang; murah hati.Contoh Ayat: Kasmini menerima tanggunggjawab membiayai pelajaran anak yatim itu dengan tangan terbuka.

24. Tangkai HatiMaksud: Orang kesayangan; kekasih.

25. Tangkai JeringMaksud: Sangat kedekut.

26. Tangkai KalbuMaksud: Orang kesayangan; kekasih.

27. Tangkap Basah = Ditangkap BasahMaksud: Ditangkap ketika melakukan kesalahan.Contoh Ayat: Jabu ditangkap basah ketika menyeludup beras dari negara jiran.

28. Tangkap ButaMaksud: Menuduh sembarangan.Contoh Ayat: Kita perlu menyelidiki dahulu tentang hal yang berlaku. Jangan tangkap buta sahaja, kata Pak Mail.

29. Tangkap MuatMaksud: Membuat sesuatu pekerjaan asalkan siap sahaja.Contoh Ayat: Jangan tangkap muat sahaja semasa membuat projek itu, Encik Haidir mengingatkan para pekerjanya.

30. Tangkap TanganMaksud: Ditangkap ketika melakukan kesalahan.

31. Tangkap WapMaksud: Perbuatan yang sia-sia.Contoh Ayat: Usahanya seperti tangkap wap kerana tidak mendatangkan sebarang hasil.

32. Tarik KesimpulanMaksud: Membuat kesimpulan.Contoh Ayat: Daripada cerita saksi, kita boleh tarik kesimpulan bahawa dia tidak bersalah.

33. Tarik Langkah Seribu

Page 77: Simpulan Bahasa

Maksud: Cabut lari.

34. Tarik Modal = Menarik ModalMaksud: Membawa masuk modal.Contoh Ayat: Kerajaan berusaha menarik modal para pelabur asing untuk melabur di Malaysia.

35. Tarik Muka Dua BelasMaksud: Bermuka masam.Contoh Ayat: Seman tarik muka dua belas apabila Abu menuntut hutangnya.

36. Taruh Hati = Menaruh HatiMaksud: Suka.Contoh Ayat: Dalam diam-diam Mamat menaruh hati kepada Minah.

37. Taruh MataMaksud: Melihat.Contoh Ayat: Khairul asyik taruh mata kepada Latifah yang sedang menyiram pokok bunga di halaman rumahnya.

38. Tawar HatiMaksud: Sudah hilang kepercayaan.Contoh Ayat: Sejak kejadian kehilangan wang itu, Zakiah telah tawar hati kepada orang gajinya yang disangka jujur.

39. Tegar HatiMaksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat.

40. Telinga KualiMaksud: Orang yang tahan hati walaupun dimarahi.Contoh Ayat: Dia tidak menjawab dan hanya mendiamkan diri apabila dimarahi kerana dia telinga kuali.

41. Telinga LintahMaksud: Lekas dapat mendengar.

42. Telinga NipisMaksud: Cepat marah.

43. Teman HidupMaksud: Suami atau isteri.Contoh Ayat: Syamsiah hendak mencari teman hidup yang bertugas sebagai imam masjid.

44. Teman SejawatMaksud: Rakan tempat bekerja.Contoh Ayat: Teman sejawat saya saling memahami masalah kerja masing-masing.

45. Terang HatiMaksud: Lekas pandai.Contoh Ayat: Mudah sungguh mengajar Rafeah menganyam tikar kerana dia terang hati.

46. Terang TanahMaksud: Waktu hampir-hampir siang.

Page 78: Simpulan Bahasa

Contoh Ayat: Sebelum terang tanah lagi Pak Jalal telah pergi ke kebunnya.

47. Tidur MatiMaksud: Tidur yang sangat nyenyak.Contoh Ayat: Jamilah tidur mati dan langsung tidak sedar semasa pencuri memasuki rumahnya.

48. Tidur-Tidur AyamMaksud: Tidur yang tidak nyenyak.Contoh Ayat: Rubiah tidur-tidur ayam sahaja kerana menunggu anaknya yang belum balik.

49. Tikam Lidah = Bertikam LidahMaksud: Berbantah atau bertengkar.Contoh Ayat: Ramlah bertikam lidah dengan Hazwani mengenai tugas mereka.

50. Tin KosongMaksud: Orang yang banyak cakap tetapi tidak berilmu.Contoh Ayat: Janganlah terpengaruh dengan kata-katanya kerana dia tin kosong.

51. Tinggi HariMaksud: Waktu matahari sudah tinggi.Contoh Ayat: Biasakan diri bangun awal dan elakkan bangun di waktu tinggi hari.

52. Tinggi HatiMaksud: Megah dan sombong.Contoh Ayat: Banyak orang tidak suka kepada Tumina kerana dia tinggi hati.

53. Tinggi RezekiMaksud: Mudah memperoleh rezeki.

54. Titi Buih = Meniti BuihMaksud: Melakukan pekerjaan yang sangat sukar.Contoh Ayat: Pekerjaan menyelamatkan mangsa kebakaran dari bangunan yang tinggi sama seperti meniti buih.

55. Titik PeluhMaksud: Hasil usaha sendiri.Contoh Ayat: Dia amat menyayangi rumah pusaka yang didudukinya sekarang kerana ia didirikan dengan titik peluh ayahnya.

56. Tua-Tua KeladiMaksud: Orang tua yang berperangai buruk.Contoh Ayat: Dia tua-tua keladi walaupun sudah tua tetapi masih suka mengganggu perempuan.

57. Tua-Tua KelapaMaksud: Orang yang semakin tua semakin baik perangainya.Contoh Ayat: Selepas bersara sikap Encik Salman bagai tua-tua kelapa kerana dia sering membuat kerja-kerja amal dan kebajikan.

58. Tua-Tua Terung MasamMaksud: Orang tua yang berperangai muda.Contoh Ayat: Pak Ali bersikap seperti tua-tua terung masam, walaupun sudah tua dia masih suka ke kelab dangdut.

Page 79: Simpulan Bahasa

59. Tulang BelakangMaksud: Punca kekuatan.Contoh Ayat: Pasukan penyunting yang baik menjadi tulang belakang kepada penerbitan majalah itu.

60. Tulang HitamMaksud: Sumsum.Contoh Ayat: Ketika kami berada di kemuncak Gunung Kinabalu, sejuknya terasa hingga ke tulang hitam.

61. Tulang ItikMaksud: Orang yang tidak kuat bekerja.Contoh Ayat: Dia lebih banyak berehat daripada bekerja kerana dia tulang itik.

62. Tulang KeringMaksud: Tulang dari lutut hingga pergelangan kaki.Contoh Ayat: Tulang keringnya sakit kerana terpukul kayu hoki.

63. Turun MinyakMaksud: Menjadi berang atau ganas.Contoh Ayat: Gajah itu turun minyak dan memusnahkan banyak tanaman penduduk kampung.

64. Turun TakhtaMaksud: Melepaskan jawatan raja.Contoh Ayat: Baginda dengan rela hati akan turun takhta memandangkan kesihatan baginda yang semakin tidak memuaskan.

Simpulan Bahasa U

1. Ubat Hati = Pengubat HatiMaksud: Penghibur hati.Contoh Ayat: Setelah Zaiton meninggal dunia, hanya Rokiahlah yang menjadi pengubat hati Mak Tijah.

2. Ubat JerihMaksud: Upah.Contoh Ayat: Tersenyum lebar Zakiah apabila menerima enam ratus ringgit sebagai ubat jerih menyulam baju-baju itu.

3. Ubat LelahMaksud: Upah.

4. Untung BatuMaksud: Nasib yang buruk.Contoh Ayat: Nakhoda itu mengalami untung batu kerana kapalnya telah diserang lanun.

5. Untung SabutMaksud: Nasib yang baik.Contoh Ayat: Nakhoda Tanggang untung sabut kerana perniagaannya sangat menguntungkan.

Page 80: Simpulan Bahasa

Simpulan Bahasa W

1. Wang DukaMaksud: Wang yang diberikan kepada waris yang meninggal dunia.Contoh Ayat: Ismadi mendapat wang duka hasil daripada kutipan derma kakitangan pejabat ayahnya setelah ayahnya meninggal dunia.

2. Wang HantaranMaksud: Wang yang diberikan kepada keluarga pengantin perempuan.Contoh Ayat: Wang hantaran perkahwinan kakak berjumlah sepuluh ribu ringgit.

3. Wang KopiMaksud: Bayaran tidak rasmi kepada seseorang sebagai upah.

4. Wang SuapMaksud: Bayaran yang diberikan kerana melakukan sesuatu pekerjaan, biasanya secara tidak sah.Contoh Ayat: Saya enggan membayar wang suap kepada pegawai yang berkenaan kerana perkara tersebut menyalahi undang-undang.

Simpulan Bahasa Z

1. Zaman BahariMaksud: Zaman purbakala.Contoh Ayat: Barang-barang yang ditemui itu merupakan barang-barang zaman bahari yang mempunyai nilai sejarah yang tinggi.

2. Zaman Puntung BerasapMaksud: Zaman kuno.Contoh Ayat: Manusia di zaman puntung berasap kebanyakannya bekerja sebagai petani dan nelayan.