1 1. Abu Jahal Makna Orang yang menjadi penghalang bagi orang yang hendak membuat kebajikan untuk kepentingan orang ramai. Ayat Biarlah mereka mendirikan rumah anak yatim, jangan pula kamu jadi Abu Jahal. 2. Abu Nawas Makna Orang yang bijak membuat helah supaya dirinya terlepas daripada kesusahan. Ayat Memang Roni Abu Nawas kerana sudah banyak kali dia bebas daripada masalahnya. 600 Simpulan Bahasa
9
Embed
Simpulan Bahasa - prestasicemerlang.my€¦ · 93 600 SIMPULAN BAHASA 320. Jual kepala Makna Sanggup menanggung kerugian untuk faedah orang lain. Ayat Sukar untuk mencari orang jual
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
1. Abu Jahal
Makna Orang yang menjadi penghalang bagi orang yang hendak membuat kebajikan untuk kepentingan orang ramai.
Ayat Biarlah mereka mendirikan rumah anak yatim, jangan pula kamu jadi Abu Jahal.
2. Abu Nawas
Makna Orang yang bijak membuat helah supaya dirinya terlepas daripada kesusahan.
Ayat Memang Roni Abu Nawas kerana sudah banyak kali dia bebas daripada masalahnya.
600Simpulan Bahasa
600 Simpulan bahasa 2016.indd 1 8/9/2015 10:59:54 PM
2 PENERBITAN PRESTASI CEMERLANG SDN BHD
3. Ada angin
Makna Mempunyai perangai yang selalu berubah-ubah.
Ayat Ramai orang yang tidak mahu melayan pemuda itu kerana dia ada angin.
4. Ada bakat
Makna Memiliki kebolehan dalam sesuatu bidang.
Ayat Mereka yang ada bakat akan dilatih dalam bidang-bidang yang diminati.
5. Ada gaya
Makna Kebolehan untuk menandingi seseorang.
Ayat Pasti akan menang dalam pertandingan kerana dia ada gaya.
6. Ada hajat
Makna Mempunyai niat.
Ayat “Saya datang ke mari ada hajat,” kata wanita itu kepada tok ketua.
7. Ada harapan
Makna Mungkin mendapat sesuatu atau mencapai kejayaan.
600 Simpulan bahasa 2016.indd 2 8/9/2015 10:59:55 PM
30 PENERBITAN PRESTASI CEMERLANG SDN BHD
98. Bawa diri
Makna Pergi merantau kerana merajuk.
Ayat Aminah bawa diri ke Kuala Lumpur setelah difitnahorangkampung.
99. Bawa mulut
Makna Suka menceritakan hal keburukan seseorang.
Ayat Gadis itu dipulaukan kerana dia bawa mulut.
100. Bekal mati
Makna Membuat amal ibadat sebagai persediaan setelah meninggal dunia.
Ayat Mereka sentiasa bersedekah untuk bekal mati.
101. Belayar dulu
Makna Meninggal dunia.
Ayat Dia belayar dulu meninggal kata yang bakal menyusul kemudian.
600 Simpulan bahasa 2016.indd 30 8/9/2015 10:59:58 PM
31
600 SIMPULAN BAHASA
102. Berani mati
Makna Sanggup mati dan sanggup melakukan apa-apa saja asalkan tercapai tujuan.
Ayat Pemuda-pemuda yang berani mati itu memulakan pendakian.
103. Berat badan
Makna Orang yang malas bekerja.
Ayat Oleh sebab berat badan dia hidup susah sampai tua.
600 Simpulan bahasa 2016.indd 31 8/9/2015 10:59:58 PM
92 PENERBITAN PRESTASI CEMERLANG SDN BHD
317. Jiwa hamba
Makna Bersikap merendah diri.
Ayat Jangan jadi jiwa hamba kelak dipergunakan orang.
318. Jiwa merana
Makna Bersusah hati kerana hajatnya tidak sampai.
Ayat Akibat jiwa merana dia pun merantau ke bandar.
319. Jiwa seni
Makna Berminat kepada kesenian.
Ayat Pertunjukan itu diadakan untuk mereka yang jiwa seni.
600 Simpulan bahasa 2016.indd 92 8/9/2015 11:00:06 PM
93
600 SIMPULAN BAHASA
320. Jual kepala
Makna Sanggup menanggung kerugian untuk faedah orang lain.
Ayat Sukar untuk mencari orang jual kepala kerana ramai orang mencari keuntungan diri.
321. Jual mahal
Makna Tidak mudah atau tidak segera menerima atau menyetujui sesuatu
Ayat Jika hendak berunding dengan Suhaimi, pandai-pandailah memujuk kerana dia jenis suka jual mahal.
322. Jual muka
Makna Mencari nafkah dengan menunjukkan rupa kepada orang ramai.
Ayat Menjadi pelayan restoran antara pekerjaan yang jual muka.
323. Jual nama
Makna Mempengaruhi seseorang dengan meng-gunakan nama orang terkenal.
Ayat Dia sanggup jual nama menteri besar untuk faedah dirinya.
600 Simpulan bahasa 2016.indd 93 8/9/2015 11:00:06 PM
148 PENERBITAN PRESTASI CEMERLANG SDN BHD
517. Pukul curi
Makna Menyerang secara sembunyi.
Ayat “Kalau benar anak jantan, jangan suka pukul curi,” kata pemuda itu.
518. Puteri lilin
Makna Orang yang tidak tahan berpanas
Ayat “Kita orang susah. Bekerjalah dan jangan jadi puteri lilin,” kata Mek Som kepada anak-anaknya.
600 Simpulan bahasa 2016.indd 148 8/9/2015 11:00:13 PM
149
600 SIMPULAN BAHASA
519. Putih hati
Makna Ikhlas dan jujur
Ayat Bekerjalah dengan putih hati supaya rezeki kita diberkati.
520. Putih mata
Makna Kecewa.
Ayat Pasukan bola Anak Rimau Malaysia putih mata apabila kalah kepada pasukan Anak Kambing Malaysia.
521. Putih tapak kaki
Makna Lari sekuat-kuat hati.
Ayat Mereka yang menyaksi perlawanan laga ayam putih tapak kaki apabila diserbu polis.
522. Putih tulang
Makna Meninggal dunia.
Ayat Biar putih tulang jangan putih mata adalah cogan kata pasukan tentera.
600 Simpulan bahasa 2016.indd 149 8/9/2015 11:00:13 PM