Berita & Makluman Al-fatihah. Takziah diucapkan kepada PM. Dr. Robiah Adnan di atas pemergian ayahanda beliau pada 15 Mei 2016. Semoga roh allah- yarham ditempatkan di kalangan roh para solihin. Cahaya mata. Tahniah diucapkan kepada Dr. Nur Arina Bazilah Aziz di atas kelahiran cahaya- mata lelaki yang merupakan anak ke-5 beliau pada 5 Jun 2016. Turut dikurniakan cahayamata ialah Dr. Zaiton Mat Isa yang telah selamat me- lahirkan seorang bayi lelaki pada 8 Jun 2016. Mabrouk! Kemasukan Markah Peperiksaan Akhir Se- mester II 2015/2016. Tarikh akhir kemasukan markah bagi Kursus Sarjana Muda ke dalam sistem AIMS adalah pada 27 Jun 2016 manakala tarikh akhir kema- sukan markah bagi Postgraduate ke dalam sistem GSMS adalah pada 2 Julai 2016. Selamat menan- da! Slide In Staf. Pihak pengurusan Universiti memandang serius rekod kehadiran staf utk kepentingan dan keper- luan berikut: 1. Pengesahan jawatan 2. Kenaikan pangkat 3. Markah prestasi e-LPPT/e-LNPT Mulai 1 Jun 2016, sekiranya rekod kehadiran staf berstatus DLTA (Datang Lambat Tanpa Alasan), staf diwajibkan mengisi borang penjelasan hadir lewat. Diwajibkan kepada staf bukan akademik. Kepada staf akademik, rekod kehadiran yang berstatus tiada rekod mulai 1 Jun 2016 akan dipanjangkan kepada Dekan. Perhimpunan Bulanan (Jun) Bersama NC akan diadakan pada 13 Jun 2016 di Dewan Senat & Dewan Bankuet UTMJB pada jam 8.00 pagi. Lantikan Ahli Task Force. Task force Program Jamuan Raya 1437H JSM. Tarikh kuatkuasa: 31 Mei 2016. Staf terlibat: Dr. Mohd Ariff Admon (Pengerusi), PM. Dr. Shari- dan Shafie (Pen. Pengerusi), Dr. Nor Muhainiah Mohd Ali, Dr. Shazirawati Mohd Puzi, Pn. Wan Rukaida Wan Abdullah, En. Wan Rohaizad Wan Ibrahim, En. Mohd Fauzi Md. Arif dan Pn. Zari- na Mohamed. Geran Penyelidikan. Geran Dana Pem- bangunan Pengajaran (GUP DPP) 2016 telah dibuka bermula 30 Mei 2016 sehingga 15 Jun 2016. Permohonan perlu dibuat secara online melalui sistem RADIS (https://radis.utm.my) selewat-lewatnya pada 15 Jun 2016. GUP DPP adalah dana yang membiayai staf akademik melakukan aktiviti penyelidikan dan pem- bangunan yang menyumbang kepada kreativiti dan inovasi, keberkesanan dan peningkatan kuali- ti proses Pengajaran & Pembelajaran (P&P) di UTM. FM16.06 12 Jun 2016 JABATAN SAINS MATEMATIK, FAKULTI SAINS Shazirawati (Ketua Editor) Tok Itam Taufiq Khairi Anati Mohd Fauzi Zarina Sidang Redaksi We’re on the web! hp://science.utm.my/ mathemacs/fm SIRI 20/97/724 Program Pembiayaan Kos Jamuan Berbuka Puasa 1437H Masjid UTM. Seperti biasa, Pusat Islam UTM akan mengada- kan Majlis Berbuka Puasa sepanjang bulan Ramadan 1437H, bertempat di MSI untuk seramai 1000-1500 orang jemaah yang terdiri daripada mahasiswa, staf UTM dan masyarakat setempat. Oleh itu, kepada sesiapa yang ingin me- nyumbang, bolehlah berbuat demikian dengan memberikan sumbangan tersebut kepada wakil JSM seperti berikut: 1. En. Muhammad Fauzee Hamdan 2. Dr. Mohd Ariff Admon 3. Pn. Wan Rukaida Wan Abdullah Jika anda mempunyai sebarang berita atau heba- han yang ingin dikongsikan, sila emelkan kepada: [email protected] [email protected] Terima kasih. Sidang redaksi FM mengucapkan.. kepada semua staf dan mahasiswa.. Majlis Anugerah Kecemerlangan & Penghargaan UTM 2016 Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Kecemerlangan & Penghargaan UTM yang berlangsung pada 31 Mei 2016 di Dewan Sultan Iskandar, UTM JB. Staf yang menerima anugerah adalah: Prof. Dato’ Dr. Mohd Ismail Abd Aziz, Dr. Arifah Bahar, Dr. Fong Wan Heng, PM Dr. Sharidan Shafie, Dr. Shazirawati Mohd Puzi, Dr. Syarifah Zyurina Nordin, Dr. Mohd Ariff Admon dan En. Zulfauzi Zakaria. Liga Ilmu Ramadan Pusat Islam UTM. Di sepanjang bulan Ramadan, semua Program Membudayakan Al-Quran akan digantikan dengan Program Liga Ilmu Ramadan anjuran Pusat Islam UTM. Berikut merupakan senarai program sepan- jang bulan: 9 Jun 2016: Ramadan Bulan Keberkatan. Penceramah: Dr. Abd. Rahman Hamzah (Timb. Pengarah PIUTM) 16 Jun 2016: Produktiviti Berkualiti, Keluarga Lestari. Ahli Panel: PM. Dr. Syarifah Hayaati Syed Ismail (Pensyarah UM), PM. Dr. Ajmain Safar (Pensyarah FTI UTM), PM. Dr. Karim De- raman (Pensyarah FS UTM) dan PM. Dr. Aminuddin Ruskam (UTM) sebagai moderator. 23 Jun 2016: Meraih Berkat Dengan Berzakat. Penceramah: Ustaz Hj. Yosree Ikhsan (MAINJ). 30 Jun 2016: Lailatul Qadar Satu Pencarian. Penceramah: PM. Dr. Hj. Mohd Ismail Mustari (Pensyarah FTI UTM). Tadarus Al-Quran JSM. Program Tadarus Al-Quran di JSM berlangsung di sepanjang bulan Ramadan bermula 9 Jun 2016 dan dijadualkan berakhir pada 26 Jun 2016. Pada tahun ini, kita mendapat penyertaan daripada beberapa orang staf lelaki. Program diketuai oleh PM. Hazimah.