-
SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: 258,951.88 HEKTAR KAWASAN
TADAHAN
AIR DI PAHANG
KUANTAN, 20 NOVEMBER 2020: Jumlah kawasan yang telah diwartakan
sebagai
Kawasan Tadahan Air di Negeri Pahang adalah seluas 258,951.88
hektar iaitu kira-
kira 7.2 peratus daripada keluasan tanah negeri.
Menteri Besar Pahang, YAB. Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail
berkata, bagi
Kawasan Tadahan Air di Dewan Negeri (DN) Tanah pula adalah
melibatkan Hutan
Simpan Gunung Ais iaitu seluas 15,515 hektar.
"Kerajaan Negeri sememangnya sentiasa memikirkan dan mengambil
berat hutan
simpan di Pahang sebab itu kita ingin pertahankan kawasan hutan
yang sehingga
kini berkeluasan 57 peratus daripada keluasan tanah negeri,"
katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri
(ADN) Tahan,
YB. Encik Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin (PAS) mengenai kawasan
yang
diwartakan sebagai kawasan tadahan air pada sesi
pertanyaan-pertanyaan lisan
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di
Wisma Sri
Pahang di sini hari ini.
Menjawab soalan tambahan daripada YB. Encik Mohd Zakhwan Ahmad,
beliau
berkata, untuk tujuan itu juga, dalam Belanjawan 2021 Negeri
Pahang pihaknya ada
mengumumkan untuk mewartakan Lubuk Yu di Maran sebagai kawasan
Taman
Negeri.
"Insya-Allah akan ada tempat-tempat lain yang kita akan
wartawakan tetapi untuk
melaksanakan ia akan mengambil masa.
"Tetapi usaha untuk tingkatkan tadahan air ini akan terus
ditingkatkan lagi dari
semasa ke semasa," katanya. – PAHANGMEDIA
Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)
#MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh:
Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib Foto: Muhammad Muslimi Abd
Rahim
-
(LIPUTAN BERGAMBAR)
-
SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: KILANG MEMPROSES DURIAN RPDP-
PKPP TIDAK TERTAKLUK PENYEDIAAN EIA
KUANTAN, 20 NOVEMBER 2020: Kilang memperoses durian Royal Pahang
Durian
Produce-PKPP Sdn. Bhd. (RPDP-PKPP) di kawasan Tras, Raub tidak
tertakluk
kepada keperluan penyediaan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar
(EIA).
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan
Bioteknologi, YB. Dato'
Sri Ir. Haji Mohd. Soffi Tan Sri Abd. Razak berkata, ini kerana
penyediaan laporan
EIA hanya melibatkan projek pembangunan yang membabitkan kawasan
tanah lebih
20 hektar.
"Projek itu tidak tertakluk kepada keperluan EIA mengikut
Perintah Kualiti Alam
Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kepada Kesan
Alam Sekeliling) 2015
kerana kawasan yang terlibat hanya 10.52 hektar (26 ekar)
manakala untuk
pembinaan kilang seluas 4.04 hektar (10 ekar).
"Malah cerun di kilang berkenaan pula hanya 30 darjah. Justeru
untuk pembinaan
kilang berkenaan adalah tidak memerlukan Laporan EIA,"
katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri
(ADN) Tras,
YB. Encik Chow Yu Hui (DAP) mengenai keperluan laporan EIA untuk
pembinaan
kilang memproses durian RPDP-PKPP pada sesi
pertanyaan-pertanyaan lisan
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di
Wisma Sri
Pahang di sini hari ini.
Menjawab soalan tambahan daripada ADN Tras, beliau berkata,
tiada isu
pembayaran pampasan kepada mana-mana pekebun durian kerana
kilang
berkenaan dibina di atas tanah kerajaan.
"Soal kita kena bayar pampasan atau sebaliknya tidak timbul
kerana kita bina kilang
ini di atas tanah kerajaan. Jadi tidak ada isu sebenarnya,"
jelasnya. –
PAHANGMEDIA
Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)
#MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh:
Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib Foto: Muhammad Muslimi Abd
Rahim
-
(LIPUTAN BERGAMBAR)
-
PAHANG AKAN ADAKAN HARI MENDAKI PAHANG 23 JANUARI INI
KUANTAN, 20 NOVEMBER 2020: Kerajaan Pahang akan mengadakan
Hari
Mendaki Pahang (PHD) pada 23 Januari ini sebagai langkah
mempromosikan
tempat menarik di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar,
Perladangan
dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Haji
Shamsudin
berkata, hari mendaki ini akan dijadikan acara tahunan
pelancongan selepas ini.
"Kita (Kerajaan Negeri) mahu promosikan aktiviti mendaki kerana
kita di Pahang ada
banyak tempat menarik. Pada peringkat permulaan, pada 23 Januari
nanti, kita akan
melakukan aktiviti pendakian secara serentak di bukit-bukit yang
dipilih di semua
daerah di negeri ini.
"Kita rancang akan buat siaran langsung melalui Facebook atau
saluran yang akan
dikenal pasti kelak,” katanya dalam satu sidang media selepas
menyaksikan Majlis
Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Asia
Brotherhood
Centre dan Tourism Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini hari
ini.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri memilih aktiviti mendaki ini
sebagai satu cara
mempromosikan pelancongan di negeri ini berdasarkan beberapa
faktor.
"Pertama, aktiviti mendaki ini satu aktiviti lasak yang tidak
mahal jika dibandingkan
dengan aktiviti sukan lain seperti berbasikal. Pendaki hanya
perlukan kasut yang
bersesuaian dan pakaian mendaki yang lengkap.
"Kedua, kita memfokuskan orang dari luar Pahang, atau dari
kawasan yang dipilih
untuk mendaki itu untuk menginap di kawasan tersebut kerana
kebiasaannya orang
mula mendaki pada awal pagi.
"Jadi ini secara tidak langsung dapat membantu industri
pelancongan di kawasan
tersebut dan kawasan yang dilalui untuk sampai ke kawasan
mendaki tersebut,"
katanya.
-
Beliau juga turut berharap untuk menjadikan Negeri Pahang
sebagai hab pendakian
di negara ini selepas ini.
Menurut beliau lagi, berdasarkan kajian berkaitan Pelancongan
Domestik di
Malaysia Fasa 2, sebanyak 30.4 peratus respondan memilih Pahang
sebagai
destinasi percutian mereka. -PAHANGMEDIA
Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)
#MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo
Oleh: Ain Nadhirah Basha Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi
-
(LIPUTAN BERGAMBAR)
-
PAHANG TANDATANGANI MOU BERSAMA ASIA BROTHERHOOD CENTRE
BAGI PROMOSI PELANCONGAN
KUANTAN, 20 NOVEMBER 2020: Pahang menandatangani Memorandum
Persefahaman (MoU) bersama Asia Brotherhood Centre (ABC)
bagi
mempromosikan produk pelancongan di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar,
Perladangan
dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Haji
Shamsudin
berkata, negeri ini merupakan negeri pertama menjalin kerjasama
dengan ABC
selepas Thailand dan Indonesia.
"Melalui perjanjian ini, ABC bersetuju untuk membantu
mempromosikan produk-
produk pelancongan di Negeri Pahang dan antara lainnya ABC
akan
mengemukakan permohonan rasmi untuk mereka menjadikan beberapa
tempat di
negeri Pahang ini sebagai hentian (pit stop)," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis
Menandatangani Memorandum
Persefahaman (MoU) Antara Asia Brotherhood Centre dan Tourism
Pahang di
Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.
Pihak Tourism Pahang diwakili oleh Pengurus Besarnya, YH. Dato’
Ishak Mokhtar
manakala Asia Brotherhood Centre diwakili Pengerusinya, YBhg.
Dato’ Seri Azmi
Razil Razak dan turut dihadiri Pengarah Pejabat Kementerian
Pelancongan, Seni
dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Pahang, YBhg. Dato’ Haji Idros
Yahya.
Beliau berkata, laluan ini akan melibatkan laluan-laluan kampung
di mana ia secara
tidak langsung ABC ini bertindak sebagai rakan kongsi dapat
mempromosikan
industri pelancongan setempat.
"Hentian ini akan disenaraikan oleh Malaysia Local Route (MLR)
iaitu sebuah
jaringan laluan dan platform baharu yang mempromosikan tarikan
pelancongan
melalui beberapa cabang seperti industri desa, produk
kraftangan, restoran, rumah
tamu, chalet, kebudayaan dan kesenian dan banyak lagi di kawasan
laluan mereka.
-
"Contohnya di Temerloh kita promosikan ikan patin, Maran (kuih
tradisional), Rompin
(udang galah dan Taman Negeri Rompin), Raub (durian Musang
King), Kuantan
(bandar) dan banyak lagi,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi ABC, YBhg. Dato’ Seri Azmi Razil Razak
berkata pihak
ABC akan mengadakan Sempadan Ride Pahang pada 25 sehingga 27
Disember ini.
"Saya anggarkan minima 65 motosikal akan mengelilingi semua
daerah di Pahang
yang diadakan selama tiga hari dua malam dan kalau tiada apa-apa
halangan,
kawasan Titik Tengah Semenanjung di Temerloh akan menjadi tempat
permulaan
program ini," katanya. – PAHANGMEDIA
Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)
#MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo
Oleh: Ain Nadhirah Basha Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi
-
(LIPUTAN BERGAMBAR)
-
SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: KERAJAAN NEGERI WUJUD DATA
KEMISKINAN NEGERI PAHANG
KUANTAN, 20 NOVEMBER 2020: Kerajaan Pahang sedang dalam proses
untuk
mengemaskini dan menyatukan data-data kemiskinan yang ada dalam
beberapa
senarai seperti sistem e-Kasih dan Majlis Ugama Islam dan Adat
Resam Melayu
Pahang (MUIP).
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat,
Pembangunan Wanita
dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Hajah Shahaniza
Shamsuddin berkata,
proses ini sedang berlangsung dan beberapa mesyuarat teknikal
telah diadakan.
"Insya-Allah kita jangka dalam tahun 2021 kita dapat kemaskini
dan satukan data-
data ini. Ia akan dikenali sebagai Data Kemiskinan Negeri
Pahang.
"Dengan adanya data ini nanti akan memudahkan Kerajaan Pahang
untuk
menyalurkan bantuan kepada penerima yang betul-betul layak,"
katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli
Dewan Negeri
(ADN) Tanah Rata, YB. Encik Chiong Yoke Kong (DAP) pada sesi
pertanyaan-
pertanyaan lisan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri
Pahang Ke-14 di
Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Sementara itu, YB. Dato' Sri Hajah Shahaniza berkata, sehingga
16 Oktober lalu,
seramai 50,737 peserta e-Kasih Negeri Pahang menerima
bantuan.
"Daripada jumlah itu, kaum Melayu adalah seramai 44,033 orang,
kaum Cina (2,527
orang), kaum India (3,332) dan lain-lain seramai 875 penerima,"
katanya.
Katanya lagi, jenis-jenis bantuan pula adalah bantuan am,
bantuan kanak-kanak,
bantuan pesakit terlantar, bantuan anak pelihara, elaun
pekerjaan cacat dan
bantuan OKU tidak bekerja. – PAHANGMEDIA
Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)
#MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh:
Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib Foto: Muhammad Muslimi Abd
Rahim
-
(LIPUTAN BERGAMBAR)
-
SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: 85,929 PREMIS DIPERIKSA SEJAK
PKP
DILAKSANAKAN
KUANTAN, 20 NOVEMBER 2020: Pihak berkuasa telah melakukan
sebanyak
85,929 pemeriksaan ke atas premis-premis di negeri ini bagi
memastikan mereka
mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP).
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan
Negeri Pahang,
YB. Dato' Sri Norolazali Sulaiman berkata, daripada jumlah itu
sebanyak 1,668
kesalahan ditemui dan 713 bilangan kompaun telah
dikeluarkan.
"Pihak berkuasa juga telah mengarahkan 60 premis ditutup kerana
melanggar SOP
yang ditetapkan," katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan
Negeri (ADN)
Kemayan, YB. Dato' Mohd Fadil Osman (BN) pada sesi
pertanyaan-pertanyaan lisan
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di
Wisma Sri
Pahang di sini hari ini.
YB. Dato' Sri Norolazali menjelaskan, pelanggaran SOP PKP dan
arahan kuarantin
merupakan kesalahan yang boleh dikompaun bawah
Peraturan-Peraturan
Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengkompaunan
Kesalahan-
Kesalahan) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit
Berjangkit 1988.
"Saman atau kompaun merupakan salah satu tindakan penguatkuasaan
yang telah
digazetkan di bawah peraturan dan akta tersebut.
"Tindakan ini sendiri dapat memberikan pengajaran dan
meningkatkan kesedaran
dalam kalangan rakyat kerana nilai kompaun yang dikenakan adalah
tinggi iaitu
RM1,000 dan tiada pengurangan dibenarkan," katanya.
Katanya lagi, selain kompaun, tindakan undang-undang lain adalah
penutupan
premis sekurang-kurangnya tiga hari boleh dikenakan ke atas
semua premis yang
tidak mematuhi SOP.
"Tindakan ini juga boleh memberikan pengajaran kerana
menyebabkan kerugian
kepada pemilik premis. Tindakan pendakwaan di mahkamah akan
dilaksanakan di
mana nilai denda yang lebih tinggi," katanya. – PAHANGMEDIA
Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)
#MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh:
Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib Foto: Muhammad Muslimi Abd
Rahim
-
(LIPUTAN BERGAMBAR)
-
SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: 185,385 PELAJAR DAPAT MANFAAT
GERAN PENDIDIKAN
KUANTAN, 20 NOVEMBER 2020: Seramai 185,385 pelajar telah
mendapat
manfaat daripada Geran Pendidikan kepada anak-anak Pahang yang
berjaya
melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang
disalurkan oleh
Yayasan Pahang.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan
Negeri Pahang,
YB. Dato' Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, pemberian bermula
di peringkat
sijil sehingga ke peringkat kedoktoran (PhD) dan sehingga kini
membabitkan jumlah
perbelanjaan sebanyak RM93.8 juta.
"Tawaran yang melibatkan peringkat sijil hingga Ijazah Sarjana
Muda dikenali
sebagai Geran Pra Siswazah manakala peringkat Sarjana dan
Kedoktoran dikenali
sebagai Geran Pasca Siswazah.
"Bagi Geran Pasca Siswazah akan menerima RM1,000 manakala Geran
Pra
Siswazah menerima RM500. Penerima hanya boleh memohon sekali
sahaja bagi
setiap kategori," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri
(ADN) Bukit
Ibam, YB. Datin Hajah Samsiah Haji Arshad (BN) pada sesi
pertanyaan-pertanyaan
lisan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14
di Wisma Sri
Pahang di sini hari ini.
Beliau berkata, pemberian Geran Bantuan Pelajar ke IPT ini
adalah inisiatif dan rasa
terima kasih Kerajaan Pahang melalui Yayasan Pahang kepada
anak-anak Pahang
yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi yang
diluluskan.
"Antara syarat ialah pemohon, ibu atau bapa dilahirkan di negeri
Pahang atau
sekiranya pemohon serta ibu bapa tidak dilahirkan di negeri ini,
pemohon hendaklah
bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun.
"Bagi pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia adalah
tidak layak
memohon," jelasnya. – PAHANGMEDIA
Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)
#MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh:
Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib Foto: Muhammad Muslimi Abd
Rahim
-
(LIPUTAN BERGAMBAR)
-
SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: 135,052 MUAT TURUN APLIKASI
PAHANGGO
KUANTAN, 20 NOVEMBER 2020: Aplikasi PahangGo yang telah
dibangunkan oleh
Pahang Go Sdn. Bhd. sejak Oktober 2019 merupakan antara
inisiatif Kerajaan
Pahang bagi memudahkan rakyat membuat urusan pembayaran bil,
pembayaran
cukai, parkir dan pelbagai lagi yang membabitkan dengan urusan
kerajaan secara
digital.
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan
Multimedia
Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff
berkata, sehingga
12 November 2020, setelah beroperasi hampir 13 bulan, jumlah
muat turun aplikasi
PahangGo adalah sebanyak 135,052 dengan peningkatan kira-kira
7,000 muat turun
setiap bulan.
Beliau berkata, jumlah pengguna aktif pula kira-kira 70,000
orang dengan purata
transaksi yang telah dilakukan melalui perkhidmatan aplikasi
PahangGo ialah
sebanyak 90,000 transaksi sebulan dengan jumlah nilainya
mencecah RM 800,000
sebulan.
"Pihak PahangGo juga sentiasa menerima maklum balas melalui
media sosial untuk
menambah baik aplikasi berkenaan. Sehingga kini kira-kira 2,000
maklum balas
yang merangkumi aduan, pandangan dan cadangan diterima pihak
PahangGo,"
katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli
Dewan Negeri
(ADN) Teruntum, YB. Encik Sim Chon Siang pada sesi
pertanyaan-pertanyaan lisan
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di
Wisma Sri
Pahang di sini hari ini.
Beliau berkata, aplikasi PahangGo juga dibangunkan sepenuhnya
oleh kakitangan
dalam syarikat PahangGo Sdn. Bhd. yang menerima modal permulaan
sebanyak
RM1 juta.
"Tiada sebarang suntikan modal daripada Kerajaan Pahang yang
digunakan oleh
PahangGo Sdn. Bhd.," katanya. – PAHANGMEDIA
Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)
#MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh:
Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib Foto: Muhammad Muslimi Abd
Rahim
-
(LIPUTAN BERGAMBAR)
-
SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: KERAJAAN PAHANG SEDIA HADAPI
BENCANA BANJIR
KUANTAN, 20 NOVEMBER 2020: Kerajaan Pahang sudah bersiap
siaga
menghadapi sebarang kemungkinan dilanda bencana banjir dengan
persiapan awal
yang telah dilakukan sejak bulan lalu.
Menteri Besar Pahang, YAB. Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail
berkata,
sebanyak 98 tan bekalan barangan telah dihantar ke 118 pangkalan
hadapan
seluruh negeri bermula dengan Pulau Tioman pada 28 hingga 30
Oktober lalu.
"Saya gembira kerana persiapan awal telah dilakukan dengan
penghantaran
bekalan makanan dan sehingga kini, sebanyak 98 tan bekalan
tersebut telah
dihantar. Jika hendak dianalogikan, beratnya ialah bersamaan
kira-kira 33 buah trak
askar, setiap satunya seberat tiga tan!
"Bekalan tersebut akan diagih-agihkan ke 647 buah Pusat
Pemindahan Sementara
yang boleh memuatkan sehingga kira-kira 153,020 mangsa banjir
dalam satu masa,"
katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi penangguhan pada Mesyuarat
Ketiga Penggal
Ketiga Dewan Negeri (DN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di
sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata semua yang terlibat juga perlu
mematuhi segala
Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan usaha membendung
penularan wabak
pandemik COVID-19.
"Saya amat berharap, semua pihak dapat akur kepada SOP ini agar
jangan nanti
dengan berlakunya banjir dan berlakunya pemindahan ke
pusat-pusat pemindahan
tersebut, wabak pandemik COVID-19 semakin menjadi-jadi pula,"
katanya.
Mengakhiri ucapan sesi penangguhan Sidang Dewan Negeri kali ini,
YAB. Dato' Sri
Haji Wan Rosdy menyampaikan penghargaan kepada Yang Berhormat,
Tuan Yang
-
Dipertua dan Yang Berhormat, Tuan Timbalan Yang Dipertua serta
semua pihak
kerana berjaya mengemudi dan melancarkan perjalanan persidangan
selama lima
hari bermula Isnin lalu.
"Penghargaan turut diberikan kepada penjawat awam negeri,
pasukan-pasukan
keselamatan khususnya Polis DiRaja Malaysia (PDRM), petugas
Jabatan Kesihatan,
petugas belakang tabir, petugas-petugas kebersihan seperti
‘kakak-kakak cleaner’,
juga kepada penyedia dan pengendali-pengendali makan dan
minum.
"Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada para wartawan, sama
ada dalam
kalangan mereka daripada entiti berita media sosial milik
Kerajaan Negeri, mahupun
daripada arus perdana," katanya. -PAHANGMEDIA
Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)
#MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh:
Fairus Mohd & Fansurina Abdullah Foto: Muhammad Muslimi Abd
Rahim & Putera Falliq Hakim Suhairi
-
(LIPUTAN BERGAMBAR)
-
DEWAN NEGERI PAHANG LULUS CADANGAN WUJUDKAN LIMA AHLI
DEWAN NEGERI SECARA LANTIKAN
KUANTAN, 20 NOVEMBER 2020: Dewan Negeri Pahang meluluskan
cadangan
untuk mewujudkan Ahli-ahli Dewan Negeri (Dilantik) tanpa melalui
proses
pilihanraya, bagi menduduki dan menyertai Dewan Negeri sebagai
Ahli Yang
Berhormat.
Cadangan berkenaan dibawa oleh Menteri Besar Pahang, YAB. Dato'
Sri Haji Wan
Rosdy Wan Ismail menerusi Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan
Pahang
(Bahagian Kedua) (Pindaan) 2020.
Berdasarkan cadangan itu, jumlah yang dicadangkan tidak lebih
lima orang,
menjadikan keseluruhan Ahli Dewan Negeri tidak lebih 47 orang,
termasuk 42 Ahli
Dewan Negeri sedia ada, yang dipilih menerusi proses
pilihanraya.
“Pindaan yang dicadang bagi pelantikan ini bukanlah sesuatu luar
biasa atau
‘abnormal’. Sebelum ini kerajaan Sabah dan Terengganu telah
melaksanakannya
dan ia dapat menjadi daya saling melengkapi dan bukan
pertindihan, kepada
perkhidmatan Ahli Dewan Negeri sedia ada.
“Pelantikan Ahli Dewan Negeri (Dilantik) dipercayai akan dapat
meluaskan
perkhidmatan Kerajaan Negeri kepada rakyat jelata, terutamanya
dalam situasi
politik dan sosio-ekonomi yang mencabar akibat penularan wabak
pandemik
COVID-19 yang belum pasti kesudahannya,” katanya.
Dalam pada itu, YAB. Dato' Sri Haji Wan Rosdy berkata Ahli Dewan
Negeri (Dilantik)
tentunya akan dibuat dalam kalangan mereka yang berkaliber dan
berkemahiran
tertentu.
“Mereka akan dapat berganding bahu bersama Ahli Dewan Negeri
sedia ada untuk
menyumbangkan perkhidmatan terbaik demi kesejahteraan rakyat
jelata.
-
“Pelantikan tambahan melibatkan Ahli Dewan Negeri (Dilantik) ini
juga mampu
mengurangkan kadar atau ‘ratio’ secara keseluruhan seorang Ahli
Dewan Negeri
kepada jumlah penduduk yang diwakilinya,” katanya.
Cadang berkenaan mendapat tentangan daripada Ahli Dewan Negeri
pembangkang
yang kemudiannya bertindak keluar dewan selepas ia mendapat
sokongan majoriti
Ahli Dewan Negeri yang lain termasuklah Ahli Dewan Negeri
daripada PAS.-
PAHANGMEDIA
Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)
#MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo
Oleh: Fairus Mohd & Fansurina Abdullah
Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim & Mahathir Ali
-
(LIPUTAN BERGAMBAR)
-
SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: KEDUDUKAN KEWANGAN SEMAKIN
KUKUH
KUANTAN, 20 NOVEMBER 2020 : Kedudukan kewangan negeri Pahang
yang
kukuh membolehkan kerajaan negeri mengumumkan belanjawan 2019
bernilai
RM703.8 juta dan merekodkan kejayaan pencapaian sehingga 120
peratus.
Walau bagaimanapun, Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji
Wan Rosdy Wan
Ismail berkata, kutipan hasil sebenar sehingga akhir 2019
mempunyai lebihan
sebanyak RM143.5 juta bersamaan dengan 20 peratus.
Manakala, Belanjawan Negeri 2020 pula bernilai RM744.02 juta
yang dibentang
pada 18 November 2019 juga dijangka bakal melepasi paras 100
peratus menjelang
31 Disember 2020.
“Dengan ini, tentu lebih banyak yang dapat Kerajaan Negeri
lakukan termasuk
memulangkannya semula kepada rakyat menerusi Bantuan Prihatin
Pahang
(BPP) yang baru diperkenalkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membuat ucapan penggulungan pada
Mesyuarat
Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri
Pahang, di sini,
hari ini.
Pada Sidang Dewan Negeri kali ini juga, seramai 14 ahli daripada
parti Barisan
Nasional (BN) dan lapan ahli daripada PAS telah bersetuju
membuat potongan 10
peratus daripada elaun selama tiga bulan bermula November 2020
hingga Januari
2021.
“Ini menunjukkan keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat ketika
negeri melalui
tempoh yang sukar akibat penularan wabak pandemik COVID-19 yang
masih belum
reda di peringkat negara ketika ini,” katanya.
Menyentuh isu pengurusan hutan, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy
berkata, keluasan
Hutan Simpan Kekal (HSK) di negeri ini kira-kira 1.55 juta
hektar dan angka ini kekal
-
stabil kerana kerajaan mempraktikkan amalan pengurusan hutan
secara
berkekalan agar kawasan hutan tetap terpelihara.
“Daripada 1.55 juta hektar Hutan Simpanan Kekal (HSK) tersebut,
seluas 999,158
hektar atau 64.43 peratus boleh dijalankan pembalakan manakala
bakinya seluas
551,528 hektar atau 35.57 peratus ialah hutan yang tidak boleh
dijalankan
pembalakan atas sebab-sebab tertentu termasuk sebagai kawasan
tadahan air yang
sangat sensitif,” katanya.
Dalam perkembangan lain, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy turut
menjelaskan
tentang peruntukan RM92.5 juta melibatkan enam projek iaitu
bekalan air Raub
sebanyak RM12 juta, bekalan Air Kuantan Fasa 3 sebanyak RM10.5
juta, bekalan
Air Karak sebanyak RM10 juta, bekalan Air Lipis sebanyak RM8
juta, bekalan Air
Nenasi sebanyak RM5 juta dan projek pemindahan Air Kemaman,
Terengganu ke
Gebeng, Kuantan sebanyak RM47 juta.
Beliau turut menyentuh isu hutang Kerajaan Negeri dengan
Kerajaan Pusat bernilai
RM1 billion yang akan dilupuskan susulan langkah penstrukturan
semula air di
seluruh negara.
“Kerajaan Negeri juga tidak perlu menyuntik modal kepada
Pengurusan Air Pahang
Bhd. (PAIP) bagi Perbelanjaan Modal (CAPEX) baharu, memandangkan
PAIP boleh
memohon pinjaman baharu terus kepada Pengurusan Aset Air Bhd.
(PAAB),”
katanya.
Dalam pada itu, kerajaan negeri menerusi Perbadanan Kemajuan
Negeri Pahang
(PKNP) akan mempercepatkan kerja pembangunan di kawasan Taman
Industri
Minyak dan Gas dan Maritim Tanjung Agas, Pekan.
Beliau mengakui, hampir kesemua prasarana asas telah lengkap di
kawasan seluas
1,710 hektar itu.
PKNP dan syarikat pemaju TGA Solutions Sdn. Bhd. kini sedang
memuktamadkan
terma dan syarat bersama beberapa pelabur asing sebelum
pembangunan semula
dapat dimulakan.
-
Berhubung Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus,
beliau
berkata, ia akan berfungsi sebagai pemantau kepada pelaksanaan
strategi jangka
pendek dan panjang seperti terkandung dalam Pelan Pembangunan
Wilayah
Ekonomi Pahang Barat.
“Kajian Pelan Pembangunan ini akan dirangka oleh Kerajaan Negeri
dengan
bantuan pihak perunding yang dilantik dengan mengambil kira tiga
aspek utama
iaitu pelaburan, infrastruktur, pembangunan modal insan.
Beliau turut mengulas cadangan untuk mewujudkan semula
Lembaga-lembaga
Kemajuan Wilayah Pahang Tenggara (DARA) dan Jengka atau LKWJ
yang telah
dibubarkan pada 1997 dan gesaan terhadap Kerajaan Pusat mengenai
royalti
minyak sebanyak RM100 juta yang dijanjikan kepada Pahang.
Selain itu, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy turut mengumumkan
sumbangan
berjumlah RM752,700 kepada 15,054 pelajar yang akan menduduki
Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) sebagai pesediaan menghadapi peperiksaan tersebut
tahun
hadapan. – PAHANGMEDIA
Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)
#MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo
Oleh : Fansurina Abdullah dan Fairus Mohd Foto : Muhammad
Muslimi Abd Rahim
-
(LIPUTAN BERGAMBAR)