Top Banner
20

Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · (a) menjual, menggadaikan, menggadai janji, menukar, ataupun dengan cara lain melepaskan milik mana-mana harta alih atau harta

Dec 25, 2019

Download

Documents

dariahiddleston
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · (a) menjual, menggadaikan, menggadai janji, menukar, ataupun dengan cara lain melepaskan milik mana-mana harta alih atau harta
Page 2: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · (a) menjual, menggadaikan, menggadai janji, menukar, ataupun dengan cara lain melepaskan milik mana-mana harta alih atau harta

DICETAK OLEH PENCETAK KERAJAAN,POLITIN @ WENEN BIN MOBIJI, A.S.D.K., A.D.K., B.S.K., JABATAN CETAK KERAJAAN,

SABAH, MALAYSIA.2019.

Kehadiran Ustaz Abdul Somad buat kali ke-2 ke negeri Sabah telah mewarnai akitivi dakwah di negeri ini. Ceramah yang santai dan mudah difahami sangat menarik perhatian orang ramai dari awal hingga akhir. Jadualnya yang padat selama 4 hari beliau berada di sini tidak menampakan kelelahan atau rasa kurang senang beliau terhadap jadual yang telah diaturkan. Ke mana dan di mana saja beliau memberi ceramah pasti akan dipenuhi oleh orang ramai yang setia menunggu 1 atau 2 jam sebelum kehadiran beliau.

Mengapa beliau cukup diminati? Atau mengapa setiap kali ceramah beliau akan dibanjiri oleh ribuan orang? Mengikut pandangan kebanyakan penulis di Indonesia, ustaz Abdul Somad adalah salah satu pendakwah paling popular di Indonesia ketika ini. Kepopularannya dianggap sudah melebihi penceramah-penceramah senior sebelum ini seperti Abdullah Gymnastiar (Aa Gym) dan Zainuddin MZ. Ustaz Abdul Somad juga mendapat jolokan sebagai "Dai Sejuta View", yang rakaman ceramah di akaun YouTubenya mencecah lebih dari 50 juta kali tontonan. Jumlah pengikutnya di Facebook mencapai lebih dari 1 juta orang, sementara di Instagram mencapai lebih dari 2 juta orang.

Pandangan seorang penulis lagi, ustaz Abdul Somad adalah pendakwah yang berhasil memanfaatkan perkembangan teknologi untuk menaikkan popularitinya, ini kerana kecenderungan masyarakat kini yang mengunakan internet sebagai media tatapan harian.

Ustaz Abdul Somad juga adalah penceramah yang berkebolehan dalam menarik perhatian penonton. Salah satu ciri khas beliau ialah sifat humornya untuk menyampaikan nasihatnya kepada khalayak secara bersahaja. Beliau juga sering kali berinteraktif dengan orang ramai melalui ruang soal jawab yang disediakan olehnya. Komunikasi dua hala ini mampu mendekatkan penceramah dengan khalayaknya.

Dalam hal ini, beliau bukan hanya mempunyai penguasaan yang baik dalam semua bidang ilmu keislaman dan dalil-dalil tetapi juga sebagai ahli komunikasi yang terbaik dalam menyampaikan ceramahnya kepada khalayaknya. Semoga akan ada penceramah seperti ustaz Abdul Somad di negeri ini.

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)PENASIHAT

YBhg. Ustaz Haji Saifulzaman bin SangulPengarah

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahKETUA EDITOR

Ustaz Mohamad Sidik Haji Awang AdiTimbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Abd. Razak Hamdin

EDITOR/KETUA PENYELARASUstaz Asmuni Ali

([email protected])SIDANG PENGARANG

Adi Pitang([email protected])

Ustaz Asmuni Ali([email protected])

Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)([email protected])

Ustaz Abdillah Haji Nanun([email protected])

Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])Tuan Haji Nordin Lossin

([email protected])Encik Abdu Khalil bin Hassan

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriEncik Mohammad Syafiq Ismail

Encik Mohd Azrul Nizam bin JunaidiUstaz Amiruddin Mohd Rosdi

Puan Rashiqah Mardhiyyah binti JasriCik Ning Amirah Malinda binti Jominal

Cik Nursyuhada Aspar

PENGURUSANEncik Daut Haji Insun

GRAFIKEncik Azmi bin Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahBeg Berkunci 103, Tingkat 9, Blok B, Wisma MUIS

88737 KOTA KINABALUTel.: 088-522222

Faks: 088-253449

WADAH HIDAYAH

Wadah hidayah initunas tulus suara jiwakita semai bersamamoga mencambah aroma wangi bungamengharum di taman ukhuwah.

Pada ladang nurani inijuga tumbuh seloka gurindamselawat dan kewajiban insanakur akan titah perintah-Nyaamanah luhur penyeri alam.

Jangan ada sesawangmengaburi pandanganmeracuni penderiaanmengundang dukakelam berpanjangan.

Akrab pupuklah perpaduan ummahnegarakan tetap bermaruahdalam lindungan keredhaanAllah 'Azza Wa Jalla.

Oleh:Duliam SuariBadan Bahasa dan Sastera SabahKota Kinabalu

227 Muharam 1441H/27 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 27 Muharam 1441H/27 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 19

Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam

Page 3: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · (a) menjual, menggadaikan, menggadai janji, menukar, ataupun dengan cara lain melepaskan milik mana-mana harta alih atau harta

“Ustaz, saya nampak kelibat Pesakit Pertama hitam semasa saya mencuci piring ustaz.”

Pesakit Kedua “Ustaz, saya nampak lembaga hitam duduk di meja makan.”

“ustaz, saya berbaring, ada Pesakit Ketiga lembaga hitam ikut berbaring sama saya ustaz.”

“Ustaz, saya naik motosikal.. Pesakit Keempat ada lembaga putih membonceng motosikal saya ustaz.”

“Ustaz, saya asyik diperhati Pesakit kelima sahaja oleh lembaga hitam di rumah saya ustaz.”

KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARANOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

HAD KUASA BAGI PENJAGA YANG DILANTIKOLEH MAHKAMAH

Oleh:Puan Siti Imrah bte Lenas

Setelah hal penjaga bagi anak-anak telah ditentukan mahkamah, maka hal mengenai kuasa penjaga yang telah dilantik mahkamah juga ditetapkan sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 97 Enakmen Undang- Undang Keluarga Islam Negeri Sabah Tahun 2004 iaitu:

(1) Seseorang penjaga bagi harta seseorang kanak-kanak yang dilantik oleh Mahkamah tidak boleh, tanpa kebenaran Mahkamah- (a) menjual, menggadaikan, menggadai janji, menukar, ataupun dengan cara lain melepaskan milik

mana-mana harta alih atau harta tak alih kanak-kanak itu; atau

(b) memajakkan mana-mana tanah kepunyaan kanak-kanak itu selama tempoh lebih daripada satu tahun.

(2) Apa-apa pelupusan harta seseorang kanak-kanak yang dilakukan bersalahan dengan seksyen ini boleh ditetapkan sebagai tak sah, dan atas penetapan itu Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang pada pendapatnya perlu untuk mengembalikan harta yang dilupuskan itu kepada kanak-kanak itu.

(3) Mahkamah tidak boleh membuat apa-apa perintah di bawah subseksyen (2) melainkan jika perlu atau baik bagi kepentingan kanak-kanak itu.

Islam menggalakkan umatnya, terutama kaum kerabat anak yang kematian ibu bapa, dapat menjaga dan mengurus harta mereka yang diperolehnya melalui proses pewarisan. Pengurusan harta anak yatim ini terus berlangsung sampai usia anak ini menjadi dewasa sebagaimana dijelaskan dalam ayat 6 surah An-Nisa yang bermaksud:

“Dan ujilah anak yatim itu sampai mereka cukup umur untuk menikah (dewasa). Kemudian jika menurut pendapatmu mereka telah cerdas (pandai memelihara harta), maka serahkanlah kepada mereka harta- hartanya. Dan janganlah kamu memakan harta anak yatim lebih dari batas kepatutan dan (janganlah kamu) tergesa-gesa (membelanjakannya) sebelum mereka dewasa. Siapa saja (di antara pemelihara itu) mampu, maka hendaklah ia menahan diri (dari memakan harta anak yatim) dan siapa saja yang miskin, maka bolehlah ia memakan harta itu menurut yang patut. Kemudian apabila kamu menyerahkan harta kepada mereka, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (tentang penyerahan itu) bagi mereka. Dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (atas persaksian itu)."

Kemudian dalam ayat 2 surah An-Nisa memperjelaskan tentang larangan memakan harta anak yatim iaitu:

“Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu akan harta mereka, dan janganlah kamu tukar gantikan yang baik dengan yang buruk, dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) kepada harta kamu, kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar.”

Hukum orang yang memakan harta anak yatim dinyatakan dalam ayat 10 surah An-Nisa yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim dengan zalim, pada hakikatnya mereka itu hanya memakan api dalam perutnya, kelak mereka akan masuk ke neraka sair.”

Oleh yang demikian, pihak penjaga yang diamanahkan untuk menjaga kebajikan anak yatim hendaklah jujur dengan tanggungjawabnya dan tidak sewenangnya menggunakan harta anak tersebut sehingga mereka teraniaya dari menerima hak mereka.

Wallahu a'lam.

Maksudnya: “Sesungguhnya syaitan dan kaumnya itu dapat melihat kamu dari tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka.” (Surah Al-A’raf ayat 27). Syaitan dan kaumnya daripada bangsa jin semuanya dapat melihat manusia kerana manusia itu jisimnya kasar, sedang manusia pula tidak dapat melihat syaitan dan jin kerana jisim mereka halus dan tidak pula ada warnanya. Mereka bolehlah diumpamakan seperti angin. Kita mengetahui angin dan dapat menentukannya tetapi kita tidak dapat melihatnya.Begitulah halnya syaitan dan jin itu, manusia tidak dapat melihat bagaimana bentuknya yang asal tetapi manusia dapat melihat kalau syaitan itu menjelma berupa manusia atau haiwan.Allah menjadikan suatu jenis pancaindera dalam mata jin yang dengannya jin itu dapat melihat manusia, sedang dalam mata manusia pula Allah SWT tidak menjadikan yang seperti itu, maka tidak dapatlah melihat jin. Adapun jin sesama jin dapat melihat antara satu sama lain kerana Allah SWT memperkuatkan sinaran mata masing-masing. Kalaulah misalnya mata manusia itu dilengkapkan dengan tenaga dan kekuatan seperti yang terdapat pada mata jin, nescaya dapatlah manusia melihat jin tetapi Allah SWT tidak menjadikan yang demikian.Kenapa manusia nampak jin?

Itulah beberapa rintihan pesakit yang mendatangi pusat rawatan saya. Semuanya nampak kelibat

KELIBATOleh:

Tuan Haji Nordin Lossin

lembaga hitam atau putih. Semuanya dalam keadaan panik, tidak boleh tidur memikirkan perkara tersebut yang terus menghantui kotak pemikiran mereka. Mereka itu, mereka yang menjaga solat dan pandai membaca al-Quran.

Dalam hubungan ini, Ibnu Abbas mengatakan bahawa Nabi (SAW) telah bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya syaitan itu menyerap ke dalam anak Adam melalui saluran darahnya. Dan dada anak-anak Adam itu menjadi tempat tinggal mereka. Melainkan orang yang dipelihara Allah (tidak dapat dimasuki).”

Maksudnya: “Yang membisikkan fikiran jahat di dalam dada (hati) manusia.” (Surah An-Nas ayat 5).

Adakah kelibat wujud?Apa yang diperkatakan oleh kesemua pesakit tersebut yang mengatakan melihat kelibat, lembaga hitam atau putih, sebenarnya benda tersebut tidak wujud.

Apa yang terjadi ialah syaitan melalui dari dalaman badan pesakit atau empunya tubuh, memancarkan melalui mata pesakit tersebut agar mereka melihat apa yang disebut kelibat. Ini sebenarnya yang terjadi. Ini bolehlah diterjemahkan seperti projektor yang memancarkan cahaya atau output ke skrin. Ianya berlaku bukan di sana tetapi dari dalam badan pesakit itu sendiri.

Jika pesakit menghuni rumah sewa dan di dalam rumah tersebut ia melihat kelibat, sebenarnya bukan di dalam rumah tersebut tetapi ianya dari dalam badan pesakit yang dipancarkan oleh syaitan melalui mata pesakit. Ini yang menyebabkan pesakit tersebut berpindah dari satu rumah sewa ke satu rumah sewa.

RUJUKAN:● Tafsir Al-Quran, Ahmad Sonhadji Mohamad, muka surat 152 -

153.● Mengenali Makhluk Allah bergelar Jin, Hakikat & Pengubatan,

Dato Hj. Ismail Kamus, muka surat 73.

1827 Muharam 1441H/27 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 27 Muharam 1441H/27 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 3

Islam dan Perubatan Enakmen Kita

Page 4: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · (a) menjual, menggadaikan, menggadai janji, menukar, ataupun dengan cara lain melepaskan milik mana-mana harta alih atau harta

Ribuan orang membanjiri ceramahustaz Abdul Somad

di perkarangan Masjid Negeri Sabah

MEMAKNAI PERSAHABATANUSTAZ ABDUL SOMAD BATU BARA

Oleh:Adi Pitang

“Cuba ustaz lihat sosok wajah ustaz Somad itu… nampak keletihan” Pinta Iqbah Ahmed Sauki Pulungan kepadaku, pemuda 45 tahun yang menjadi pengiring ustaz Abdul Somad ketika berada di bilik Madani setelah selesai ceramah ustaz Abdul Somad di dewan Madani, Wisma MUIS, pagi itu. Ceramah yang bertajuk “Mereka yang Dikasihi oleh Allah dan Rasul-Nya” cukup memberi kesan yang mendalam. Aku hanya mengiyakan, dan tahu ke arah mana tujuan soalan itu diajukan kepadaku yang bertindak sebagai Ketua Penyelaras Program Bicara Dakwah Ustaz Abdul Somad di Negeri Sabah. “Kalau boleh biar ustaz Somad bergerak ke Papar pukul 4.30 petang”, Pintanya penuh pengertian. Kelihatannya ustaz Abdul Somad duduk bersandar di atas kerusi di bilik itu dengan sebaiknya, seolah merehatkan dirinya. Walau masih perlu melayan perbualan tetamu-tetamu lain di meja jamuan VIP yang diketuai oleh Datuk Haji Ag. Matusin Awang Damit, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).“In sha Allah, nanti saya akan maklumkan YB Menteri pengerakan baru ini”, Jawabku pada Iqbah yang masih berbunga senyum memandangku. Memang jadual ketat ustaz Abdul Somad dalam program ini seolah tidak memberi ruang untuknya berehat. Siapa yang buat jadual ne? Tanya seorang kawan, hahaha. Kadang-kadang terlupa bahawa ustaz Abdul Somad pun manusia biasa yang perlu ruang untuk memanjakan dirinya. Tapi kerana kehadirannya ke Sabah bukan suatu yang mudah, ditambah personaliti dan ceramahnya cukup dinanti dan dimintai oleh khalayak, termaktublah jadual itu. Hmmm…Ceramah akhirnya di perkarangan Masjid Negeri Sabah sangat berbuah makna dan pengajaran. Tajuk “Mengambil Iktibar Dari Hijrah Rasulullah SAW” disampaikan dengan bahasa yang mudah difahami. Kelebihan ustaz Somad ini ialah kepetahannya menjawab soalan-soalan spontan (bertulis) dari khalayak yang hadir, ditambah cara penyampaiannya yang diselitkan dengan unsur jenaka yang sopan.Ustaz Abdul Somad telah mengupas hijrah Rasulullah SAW ke kota Madinah dengan pengorbanan seorang sahabat. Menurutnya hijrah Nabi SAW bukan sahaja mengenang perpindahan Nabi ke kota Madinah tetapi juga mengenang jasa seorang sahabat nabi bernama Saidina Abu Bakar As-Sidiq yang sanggup berhijrah bersama Baginda. Orang-orang musyrik Quraisy telah mengejar Rasulullah SAW sehingga Gua Tsur, tempat persembunyian mereka.Abu Bakar melihat kaki-kaki mereka, sehingga beliau berbisik kepada Nabi: “Wahai Rasulullah, sekiranya mereka melihat ke bawah telapak kakinya, pasti akan melihat kita”. Nabi Menjawab: “Wahai Abu Bakar apa yang kamu kira bahawa kita ini hanya berdua? Ketahuilah, yang ketiganya adalah Allah yang melindungi kita.” Peristiwa itu diabadikan di dalam al-Quran yang bermaksud:“Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekkah) mengeluarkannya (dari Mekkah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya: "Janganlah kamu berdukacita, sesungguhnya Allah beserta kami." Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan menjadikan kalimat orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (surah al-Taubah, ayat 40).Persahabatan yang dijalin kerana Allah SWT adalah sebuah persahabatan yang membawa kita ke jalan-jalan syurga-Nya. Insya-Allah.

RUFAIDA AL-ASLAMIA ( JURURAWAT PERTAMA DUNIA)Oleh:

Syuhada AsparAkademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Samarahan II

Kita mungkin terfikir bahawa Florence Nightingale merupakan pengasas kepada kejururawatan moden. Tetapi, Rufaida Al-Aslamia telah membawakan kemunculan jururawat kira-kira 1,200 tahun sebelum ini. Beliau merupakan antara orang pertama di Madina untuk menerima Islam, Rufaida Al-Aslamia atau Rufaidah binti Sa’ad dilahirkan ke dalam puak Bani Aslam dari gabungan puak Khazraj di Madinah, dilahirkan dalam keluarga yang mahir dalam bidang perubatan, bapa Rufaida iaitu Sa'ad Al Aslamy, adalah seorang doktor dan mentor dalam bidang perubatan. Secara sukarela beliau merawat dan menjaga orang sakit, Rufaida Al-Aslamia menjadi pakar kesihatan. Pada mulanya mendapat kemasyhuran untuk sumbangan beliau dengan wanita lain Ansar yang mengalu-alukan Nabi Muhammad SAW, pada ketibaan di Madinah. Rufaida Al-Aslamia digambarkan sebagai seorang, jururawat empaestetik dan penganjur yang baik. Dengan kemahiran perubatan beliau, beliau melatih wanita lain, menjadi jururawat dan bekerja dalam bidang penjagaan kesihatan.

Rufaidah telah mewakafkan dirinya untuk membantu para mujahidin. Ketika Kota Madinah dalam proses perkembangan kemajuan, Rufaidah mengabdikan diri merawat kaum muslimin yang sakit. Sebuah khemah dibina di luar Masjid Nabawi ketika suasana damai. Dan ketika Perang Badar, Uhud, Khandaq dan Khaibar, Rufaidah sentiasa bersedia di barisan belakang sebagai sukarelawan dan merawat tentera Islam yang tercedera. Nabi Muhammad SAW sendiri memerintahkan perajurit yang cedera dirawat oleh Rufaidah. Contohnya sewaktu Perang Khandaq, Sa'ad bin Mu'adz yang cedera telah dihantar ke khemah perubatan yang telah dibina. Pahlawan berani itu telah dirawat oleh Rufaidah. Dengan kepakaran yang dimiliki, Rufaidah telah berjaya mencabut anak panah yang terpacak di lengan Sa'ad. Rasulullah SAW pernah melawat Sa'ad beberapa kali ketika sedang menjalani rawatan di khemah pesakit itu. Namun hayat Sa'ad tidak lama. Beliau meninggal dunia ketika Perang Bani Quraizah berlaku. Rufaidah telah melatih sekumpulan sahabiah sebagai jururawat yang sentiasa bersedia untuk menghadapi peperangan. Apabila Rasulullah SAW sedang sedia menuju ke lokasi Perang Khaibar, Rufaidah dan rakan-rakannya pergi bertemu Rasulullah SAW. Mereka meminta kebenaran untuk turut serta menyertai rombongan para mujahidin itu ke medan perang. Lalu Rasulullah SAW pun memperkenankan permintaan mereka. Dengan penuh semangat dan keazaman yang tinggi, kumpulan jururawat tersebut telah menjalankan tugas dengan baik sehinggakan Rasulullah SAW mengurniakan sebahagian harta rampasan kepada mereka. Bahagian yang diterima oleh Rufaidah sama banyak jumlahnya dengan seorang mujahid yang turun berjihad ke medan perang.

Kisah Rufaidah ini mengajar kita bahawa Islam tidak pernah menindas wanita malahan mengangkat martabat wanita. Seperti yang kita dapat lihat Rufaidah memainkan peranan yang sangat besar dalam memperjuangkan agamanya. Peranan seumpama dengannya mungkin sukar dilihat di mana-mana kawasan lain. Malahan perkara ini terjadi di sebuah wilayah di mana tidak lama sebelum Rufaidah dilahirkan, wilayah tersebut masih mengamalkan adat menanam bayi perempuan hidup-hidup.

Oleh itu, jelaslah bahawa Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW benar-benar mengangkat martabat kaum wanita. Justeru itu, kaum wanita haruslah mencontohi keperibadian srikandi Rufaidah dan menjaga martabat serta maruah seorang wanita yang tidak mudah diperlekehkan.

427 Muharam 1441H/27 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 27 Muharam 1441H/27 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17

Iktibar Kisah Bicara Kita

Page 5: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · (a) menjual, menggadaikan, menggadai janji, menukar, ataupun dengan cara lain melepaskan milik mana-mana harta alih atau harta

Sahibus Samahah Tuan Haji Said bin Haji Ibrahim ialah mantan Mufti Kerajaan Negeri Sabah. Beliau dilahirkan di Kampung Kedai Lalat, Kelantan pada tahun 1923.

Beliau pada awalnya mendapat pendidikan di Indonesia setelah belayar ke Jambi untuk menuntut ilmu secara rasmi di Pesantren Jambi, Sumatera sebelum kembara ilmu di Mekah selama 10 tahun. Selain fasih berbahasa Arab, beliau juga terkenal mahir dalam perundangan Islam, akidah, perbandingan agama dan fikah.

Selepas tamat pengajian, Tuan Haji Said telah memulakan khidmat untuk menabur bakti dalam bidang pendidikan dengan menjadi guru seawal tahun 1947 di sekolah-sekolah Arab di Kelantan. Pada tahun 1954, beliau bertukar mengajar ke Madrasah al-Hidayah di Singapura. Semasa di Singapura, beliau telah dipilih menjadi Yang Dipertua Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (PERGAS) dari tahun 1963 sehingga tahun 1968. Pada tahun 1968, beliau meninggalkan Singapura untuk berkhidmat di Brunei. Di Brunei, selain mengajar di sekolah menengah Arab, beliau dilantik menjadi penyusun sukatan pelajaran Maktab Perguruan Agama Brunei.

Pada tahun 1971, beliau berhijrah ke Sabah dan bertugas menjadi Pegawai Agama dan pada tahun 1972, beliau kembali ke Semenanjung kerana dilantik menjadi Imam Masjid Negara sehingga tahun 1975. Sebagai seorang yang berpengetahuan luas dalam ilmu agama, beliau telah dilantik menjadi Mufti Kerajaan Negeri Sabah selama dua penggal iaitu pada tahun 1975 - 1978 dan 1985 - 1989. Sekitar tahun 1978 sehingga 1985, beliau diberi penghormatan sebagai pakar rujuk di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Sumbangan beliau dalam bidang penulisan terutama yang berkaitan dengan agama Islam tidak dapat dinafikan. Beliau telah mengarang lebih daripada 20 buah buku agama. Antara buku-buku karangannya: i) Sinaran Fiqh ii) Mengenal al-Quran iii) Manasik Haji dan Umrah iv) Qanun Jenayah Syariah v) Sistem Kehakiman dalam Perundangan Islam vi) Soal Jawab Nikah Kahwin vii) Fiqh Mazhab Syafie dan Pendapat Imam-Imam Mazhab viii) Perbandingan Aqidah dan Fahaman Umat Islam ix) Minhaj Ilmu Fiqh

Atas ketokohan dan sumbangan yang telah diberikan, beliau telah dianugerahi Ijazah Kehormat Sarjana Pengajian Islam oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Tokoh Maal Hijrah Wilayah Persekutuan pada tahun 1991.

Sahibus Samahah Tuan Haji Said Haji Ibrahim telah menghembuskan nafas yang terakhir pada 22 Disember 2001 pada usia 78 tahun. Allahyarham disemadikan di tanah perkuburan Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur.

SAHIBUS SAMAHAH TUAN HAJI SAID HAJI IBRAHIMOleh:

Ustaz Amiruddin Mohd RosdiGuru, SK Tombovo, Penampang

TARIAN SUFISTIK AR-RUMIMENGGAPAI CINTA ILAHISECARA ALAMIOleh: Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Seorang sufi yang terkenal di kedua-dua belahan dunia timur dan barat, Maulana Jalaluddin Ar-Rumi pernah menyebut, “Tanpa Cinta, semua Ibadah hanya beban, semua tarian hanya tugas dan semua muzik hanya bising.”

Kalam indah ini mengungkapkan tentang makna sebuah cinta Ilahi. Tanpa cinta, semua yang ada menjadi sia-sia.

Maka dengan sebuah makna cinta inilah yang sebenarnya menghidupkan sanubari dan memeriahkan suasana alam ini untuk terus tunduk kepada Sang Pencipta yakni Allah SWT.

Kerana cinta, konsep peribadatan kepada Allah SWT berlaku. Disebabkan cinta, konsep Ittibak kepada Rasulullah SAW berlangsung.

Dikeranakan cinta konsep kepatuhan kepada Sheikh terjadi. Disebabkan cinta, konsep ketaatan kepada Ibu Bapa berlaku.

Dikeranakan cinta, konsep menghormati kepada orang lebih tua berlangsung. Disebabkan cinta, konsep menyayangi kepada orang yang lebih muda terjadi.

Kerana cinta, kelestarian manusia itu terus menerus terjadi. Demikian juga terhadap alam haiwan dan tumbuh- tumbuhan yang melingkari alam ini. Kesemua ini adalah peribadatan tunduk patuh kepada Sunnatullah.

Ini selaras dengan firman Allah SWT:

“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” (Adz-Dzariyat: 56).

Tafsir Sufi menyatakan bahawa untuk mencapai peribadatan yang hakiki mesti melalui makrifat (mengenal Allah SWT) agar tercapai makna cinta kepada Ilahi.

Tarian Ar-Rumi yang terkenal yang dipanggil sebagai "The Whirling Darwish" merupakan kesan daripada manifestasi sebuah cinta dan kerinduan kepada Ilahi.

Jikalau dilihat dengan lebih jauh, gerak Tari Ar-Rumi ini mempunyai penjelasan saintifik dan mempunyai hukum fizik dunia ilmiah pada hari ini.

Tarian Ar-Rumi yang berputar-putar melawan arah jam (Anti-Clockwise) menandakan pergerakan alami dan tabiie semua zarah yang ada di atas muka bumi ini.

Jika kita lihat lebih jauh, kita akan mendapati kesemua gerakan sesuatu yang sekecil-kecilnya seperti atom dan sebesar-besarnya seperti planet dan galaksi kesemuanya berputar di atas orbitnya.

Gerakan putaran Anti Clockwise setiap atom, zarah dan molekul sehinggalah ke sebesar-besar penciptaan seperti bumi, bulan, bintang, planet, galaksi dan sekaliannya. Kesemuanya terkait dengan zikir makhluk kepada Sang Khaliq iaitu Allah SWT.

Hatta dengan putaran tersebut, ia melahirkan sebuah gelombang dan energi, turut boleh diertikan sebagai cahaya dan nur, yakni yang berasal dan bersumberkan dari nur Nabi yang dicintai.

Malah putaran dan gerak tawaf di Kaabah pula menghasilkan energi gelombang elektro magnet dan nur yang seterusnya diangkat ke atas (langit) seperti dalam Hukum Fizik "The Lorentz Law".

Demikian juga, para malaikat, turut melaksanakan tawaf dan putaran di Baitul Makmur yang suci dan tertinggi sebagai ibadah dan tanda kehambaan pada Sang Pencipta.

Maka disebabkan kerana putaran tersebut, doa di kawasan Masjidil Haram menjadi makbul dan sangat afdhal.

Hal ini kerana kawasan putaran tawaf amat sarat dengan energi bahkan turut diangkat terus hingga ke langit (langit yang sesuai dengan tempat atau dimensi para malaikat).

Demikian yang terlimpah pada Maulana Jalaluddin Ar-Rumi sehinggalah terlahirnya sebuah geraktari yang berbentuk putaran Anti Clockwise yang berpaksikan kepada tauhid, cinta, asyik dan rindu yang mendalam kepada Allah SWT.

Gerakan Tari Ar-Rumi yang berputar merupakan sebuah gerak yang berdiri pada kalimah Alif pada batang tubuh jasad dan rohani. Ia bergerak dan berputar dengan pantulan Asma'-Asma' Allah SWT pada diri seorang hamba yang pasrah.

Manifestasi cinta yang penuh sarat dengan energi dan limpahan nur yang mengalir, melimpah dan mencurah kepada jari-jemari tangan kanan sang hamba yang diangkat ke atas. Hinggalah diri dan rohani sang hamba tadi, lebur dan larut dalam Asma' Wa Sifat Allah jua. Sebuah manifestasi suatu kepasrahan yang jauh, tawakkal yang tinggi dan cinta yang terdalam kerana Allah SWT.

Maulana Jalaludin Ar-Rumi menyatakan:"Seperti gelombang di atas putaran kepala ku,Maka dalam tarian suci Kau dan Aku pun berputar,Menarilah, Oh Pujaan Hati, jadilah lingkaran putaran,Terbakarlah dalam nyala api bukan dalam nyala lilin-Nya"

1627 Muharam 1441H/27 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 27 Muharam 1441H/27 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5

Jejak UlamaTasawwur

Page 6: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · (a) menjual, menggadaikan, menggadai janji, menukar, ataupun dengan cara lain melepaskan milik mana-mana harta alih atau harta

MIMPI BAIK, MIMPI BURUKOleh:

Ustaz Abdillah bin Haji Nanun

SOALANUstaz, saya sering bermimpi pada waktu tidur, adakalanya mimpi itu baik yakni yang menyenangkan hati, tetapi kebanyakannya buruk yakni tidak menyenangkan hati. Saya ingin tahu apa sebenarnya mimpi itu dan apa yang patut kita baca kalau bermimpi yang tidak menyenangkan hati itu?

JAWAPANTerima kasih di atas pertanyaan ini. Sebenarnya menurut dari sumber yang pernah saya baca bahawa mimpi itu memang ada dua macam iaitu, ada mimpi yang menyenangkan hati itulah mimpi baik. Mimpi yang baik itu datangnya dari Allah SWT. Dan satu lagi mimpi yang tidak menyenangkan hati, itulah mimpi buruk. Dalam sebuah hadis ada diterangkan cara menghadapi mimpi itu, sabda Nabi SAW:

Maksudnya: “Dari Qatadah dari Nabi SAW sesungguhnya baginda bersabda: Mimpi yang baik itu dari Allah SWT dan mimpi yang buruk itu dari syaitan. Maka apabila seseorang kamu melihat sesuatu yang dibencinya (dalam mimipi), maka hendaklah ia meludah ke kirinya tiga kali dan hendaklah ia berlindung dengan Allah dari kejahatannya, sesungguhnya syaitan itu tidak dapat memudaratkannya." (HR: At-Tirmizi dan ia berkata: Hadis ini Hasan lagi shahih).

Difahamkan dari hadis ini bahawa mimpi yang baik itu datangnya dari Allah SWT sebagai suatu petunjuk yang baik dan sebaliknya mimpi yang buruk itu datangnya dari syaitan, yakni syaitan itulah yang mengkhayalkannya kepada manusia perkara yang tidak disenangi itu dan pada ketika itu jika tersedar dari tidurnya itu maka sunat ia membaca:

Maksudnya: “aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam dan dari keburukan apa yang telah aku lihat (dalam mimpi).”

Semoga keterangan ini memberikan kefahaman dan panduan yang baik kepada kita semua.

Wallahu a’lam.

WAHAI PEMUDA, BEKERJALAH!Oleh:

Mohd Azrul Nizam bin JunaidiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Jika seseorang duduk di masjid menyibukkan diri dalam urusan agama, menuntut ilmu agama atau beribadah namun menelantarkan orang yang menjadi tanggungannya, ia adalah seorang pendosa. Ia tidak faham bahawa bekerja untuk menjaga iffah dirinya, isterinya dan anak-anaknya adalah ibadah. Terdapat hadith shahih dari Rasulullah .

“Petugas pengantar shadaqah untuk janda dan orang miskin bagaikan mujahid di jalan Allah.”

Al-Baihaqi dalam kitabnya, Syu’abul Iman, membawakan sebuah riwayat dari Umar radhiyallahu ‘anhu:

“Wahai para pembaca Quran (yaitu ahli ibadah), angkatlah kepada kalian, sehingga teranglah jalan. Lalu berlumbalah dalam kebaikan. Dan janganlah menjadi beban bagi kaum muslimin.”

Muhammad bin Tsaur menceritakan, suatu ketika Sufyan Ats-Tsauri melewati kami yang sedang berbincang di Masjidil Haram. Ia bertanya: ‘Kalian sedang membicarakan apa?’ Kami berkata: “Kami sedang berbincang tentang mengapa kita perlu bekerja?” Beliau berkata:

“Carilah rezeki dari Allah dan janganlah menjadi beban bagi kaum muslimin.”

Pada kesempatan lain, Sufyan Ats-Tsauri sedang sibuk mengurus hartanya. Lalu datanglah seorang penuntut ilmu menanyakan sebuah permasalahan kepadanya, padahal beliau sedang sibuk berjual-beli. Orang tadi pun lalu memaparkan pertanyaannya. Sufyan Ats- Tsauri lalu berkata: “Tolong diam, kerana konsentrasiku sedang tertuju pada dirhamku, dan ia boleh saja hilang (rugi)”. Beliau pun mengatakan,

“Jika dirham-dirham ini hilang, sungguh para raja akan memanjakan diriku.”

Agama kita tidak mengajak untuk miskin. Maka wajib bagi setiap muslim untuk bekerja, berusaha, bersungguh-sungguh dan tidak menelantarkan orang yang menjadi tanggungannya. Orang yang hanya duduk diam, ia bukanlah mutawakkil (orang yang tawakal), melainkan ia adalah mutawaakil (orang yang pura-pura tawakkal). Ini adalah kemalasan.

Manusia diciptakan di dunia agar mereka dapat bekerja, berusaha dan bersungguh-sungguh. Para nabi pun bekerja, Abu Bakar radhiallahu ‘anhu pun berdagang. Orang yang berpendirian bahawa duduk diam tanpa bekerja adalah tawakkal, kemungkinan pertama ia memiliki pemahaman agama yang salah, atau kemungkinan kedua ia adalah orang malas yang gemar mempercayakan urusannya pada orang lain.

627 Muharam 1441H/27 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 27 Muharam 1441H/27 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15

Remaja Kemusykilan Agama

Page 7: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · (a) menjual, menggadaikan, menggadai janji, menukar, ataupun dengan cara lain melepaskan milik mana-mana harta alih atau harta

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)”.Imam Ahmad meriwayatkan sebuah hadis yang bersumber daripada Sauban, bahawasanya Nabi SAW bersabda: “Janganlah kalian menyakiti hamba-hamba Allah dan jangan pula mencela mereka, serta janganlah mencari-cari keaiban mereka. Kerana sesungguhnya barang siapa yang mencari-cari keaiban saudaranya yang muslim, maka Allah akan membukakan aibnya hingga mempermalukannya di dalam rumahnya.Allah SWT menegur mereka yang berkata dengan mulut sesuatu perkara yang tiada sandaran pengetahuan dan bukti. Ini merupakan satu kesalahan bahkan boleh membawa kepada dosa. Bayangkan kalau kita tularkan perkara yang kita tidak tahu sejauh mana kebenarannya itu pun sudah dikira berdosa.Ada kalanya Allah SWT menegur mereka yang menyebarkan keburukan orang dengan ‘lidah’ dan terkadang dengan ‘mulut’. Ianya memberi isyarat fitnah pada peringkat awalnya sedikit sahaja orang yang mengetahuinya, tetapi kalau bercakap dengan ‘mulut’, itu bermakna ianya sudah tersebar luas dan sukar untuk dibendung.Bertambah buruk lagi pada zaman sekarang, dosa begitu mudah terhasil bukan sahaja dengan mulut tetapi dengan cara penulisan. Belum pasti akan kebenaran sesuatu perkara tetapi begitu berani ‘forward’ sahaja mesej yang mereka terima tanpa berfikir panjang.Ramai manusia menyangka apa yang mereka katakan itu perkara kecil, sedangkan bagi Allah SWT ia adalah perkara yang amat besar sekali. Kita tidak tahu kesan dari kata-kata kita itu mungkin maruah seseorang akan tercalar, boleh menyebabkan perceraian, pembunuhan atau keruntuhan sebuah negara bangsa.Seharusnya setiap berita yang diterima hendaklah dihalusi terlebih dahulu, dengan mengambil kira maruah dan aib orang lain, jangan kerana ghairah menceritakan keburukan orang kita sebenarnya kita sedang menadah luas buku amal dengan catatan dosa. Ingatlah amaran Nabi SAW: “Cukuplah seseorang dikira pendusta apabila menceritakan setiap yang dia dengar.” (Riwayat Muslim). Dalam sebuah hadis lain “Sesungguhnya seorang lelaki benar-benar mengucapkan suatu kalimat yang dimurkai oleh Allah SWT tanpa disedarinya akan menyebabkan dirinya tercampak ke neraka lebih dalam dari jarak antara bumi dan langit.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).Perkara terbaik dalam mengawal diri dari menjadi penyebar berita yang berbaur fitnah lagi tidak pasti adalah dengan memenuhi dada dengan cahaya iman dan ketakwaan. Basahilah lidah dengan zikrullah, perbanyakkan ibadat puasa dengannya mampu mentarbiah lidah, mulut dan minda kita untuk tidak disibukkan ke arah perbuatan yang boleh menjerumuskan diri ke lembah dosa. Lihatlah bagaimana ulama-ulama dan para daie yang mukhlisin menggunakan ilmu, lidah dan fikrah mereka untuk mengajak manusia kepada Robbul Jalil bukannya menggunakan pengaruh dan kebijaksanaan mereka untuk menjatuhkan orang lain.Lantaran itu jauhilah sikap iri hati, hasad dengki, dendam kesumat dan suka mencari silap dan salah orang lain sedangkan dalam masa yang sama kita lupa diri kita sendiri perlu untuk diislahkan setiap masa dan keadaan. Gunakanlah sebaik-baik kurniaan nikmat sepasang mata, satu untuk sentiasa melihat kebaikan orang lain dan satu lagi untuk melihat kelemahan diri.

AYAT AL-QURAN SURAH AN-NUR : 19“HINDARI SIKAP MENJATUHKAN KAWAN DENGAN

JALAN FITNAH”Oleh:

Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJATIslam adalah agama kemurnian. Ia murni dan memurnikan penganutnya. Kemurnian ini, apabila dirasakan kewujudannya oleh setiap manusia; menimbulkan rasa kagum kepadanya, yakin dengan kebenarannya, tenang kudus dengan mengamalkannya, serta berasa mulia dan bangga menganutinya.Sekiranya diteliti, kemurnian ini kembali kepada Maqasid Rukun Islam itu sendiri, yang berupa: Kesucian Zahir dan Batin, Keberkatan Hidup dan Keredhaan Ilahi.Mari kita lihat, bagaimanakah Rukun Islam itu berpaksikan kemurnian ini.Maqasid Dua Kalimah Syahadah: Kemurnian Tauhid, akidah yang suci daripada Syirik dan segenap unsur- unsurnya.Nabi Sallallah Alaihi Wasallam bersabda: "Barangsiapa yang meninggal dunia, dalam keadaan dia tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu apapun, dia pasti masuk syurga. Barangsiapa yang meninggal dunia, dalam keadaan dia mensyirikkan Allah dengan sesuatu apapun, dia pasti masuk neraka." (HR Muslim).Begitu juga, baginda bersabda: "Barangsiapa yang meninggal dunia, dalam keadaan dia mengetahui makna 'Tiada Tuhan selain Allah', dia pasti masuk syurga." (HR Muslim).Sekiranya al-Quran dihayati sepenuhnya, kita akan dapati, setiap baris ayatnya adalah penegasan makna Tauhid ini; sama ada mengajak kita mengiktiraf dan mengakui Keesaan Allah SWT, ataupun mengajak kita melakukan amalan yang dilakukan hanyalah demi Allah SWT.Atas sebab itulah, dalam mazhab Syafi’ie misalnya, ta’yin/menetapkan niat untuk apapun ibadat wajiblah menyertakan ‘demi Allah Ta’ala’, untuk mengingatkan semula kepada pengabdi bahawa segala ibadatnya itu, dilakukan demi Allah, bukannya demi riyak dan perhatian manusia. Begitu indahnya mazhab ini dalam ketegasannya menjaga Tauhid.Maqasid Solat: Kemurnian Diri Zahir dengan Taharah (Bersuci), dan Diri Batin daripada Dosa.Baginda bersabda kepada para sahabat: "Bagaimanakah pendapat kalian, kalau ada sebatang sungai di pintu salah seorang daripada kalian, lalu dia mandi di situ sebanyak lima kali. Adakah berbaki lagi kotoran padanya?" Mereka (Para Sahabat) menjawab, 'Tidak berbaki satu apapun kotoran padanya.' Baginda bersabda, "Demikianlah solat yang lima, Allah ampunkan dosa-dosa kerana (pelaksanaan)nya." (HR al-Bukhari & Muslim).Maqasid Zakat: Kemurnian Mukallaf daripada penyakit hati (tamak dan takabur), dan menambah keberkatan harta dan mendapat doa kebaikan daripada Nabi Sallallah Alaihi Wasallam.Allah SWT berfirman: "Ambillah satu bahagian daripada harta mereka sebagai sedekah (zakat), yang menjadikan mereka bersih dan murni kerananya, dan berdoalah (Wahai Muhammad) buat mereka.." (Taubah, 103).Maqasid Puasa: Kemurniaan Diri Batin dengan latihan Taqwa, yang mengajaknya berhati-hati agar tidak berdosa.Allah SWT berfirman, "Telah diwajibkan puasa buat kalian, sepertimana ia telah diwajibkan buat umat sebelum kalian, agar kalian bertaqwa." (al-Baqarah, 183).Maqasid Haji: Kemurnian Diri daripada Dosa, sekiranya Haji dilaksanakan dengan terbaik dan tidak bercampur aduk dengan dosa.Baginda bersabda: "Barangsiapa yang melakukan haji, dia tidak berjimak padanya, dan tidak melakukan apa saja perbuatan jahat, nescaya dia akan balik (suci daripada dosa) sepertimana hari dia dilahirkan ibunya." (HR al-Bukhari & Muslim)***Kerana semakin murni seseorang itu, semakinlah dia dekat kepada Allah Ta’ala. Semakin murni seseorang itu, semakin jauhlah dia daripada kekotoran dunia dan ketergantungan kepadanya.Semakin murni seseorang itu, semakinlah akhlaknya akan menjadi halus dan baik. Semakin murni seseorang itu, semakinlah dia disayangi oleh Allah SWT dan disayangi juga oleh makhluk-Nya samada di langit mahupun di bumi.Kesemua ini hanyalah didapati dan dijamin, pada rukun Islam yang lima ini, dan tidak akan diperolehi melalui selainnya.

ISLAM DAN MAQASID KEMURNIANOleh:MohammadSyafiqIsmail Exco Penyelidikan ABIM Sabah

1427 Muharam 1441H/27 September 2019M ShoutulIslam(SuaraIslam) 27 Muharam 1441H/27 September 2019M ShoutulIslam(SuaraIslam) 7

Inti Sari Ayat Al-QuranTinta Ilmiah

Page 8: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · (a) menjual, menggadaikan, menggadai janji, menukar, ataupun dengan cara lain melepaskan milik mana-mana harta alih atau harta

NIKAH SYIGHAROleh:

Rashiqah Mardhiyyah binti Jasri

Pernahkah kita mendengar mengenai nikah syighar atau mungkin ini merupakan kali pertama kita mendengarnya? Lalu, apakah itu nikah syighar?

Nikah syighar adalah merupakan suatu bentuk pernikahan dimana seorang lelaki itu menikahkan anak gadisnya atau saudara perempuannya kepada lelaki lain dengan syarat lelaki itu turut menikahkan anak gadisnya atau saudara perempuannya kepada lelaki tersebut. Sebagai contoh ringkas bagi memahami maksud nikah syighar ialah apabila lelaki A yang berjanji untuk menikahkan anaknya dengan lelaki B dengan syarat lelaki B perlu menikahkan anak perempuannya dengan lelaki A.

Pernikahan sebegini adalah dilarang di sisi syarak. Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Saidina Abdullah Ibn Umar yang berkata:

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang perbuatan al-Syighar. Dan al-Syighar adalah seseorang lelaki itu mengahwinkan anak perempuannya kepada seorang lelaki lain dengan syarat lelaki tersebut mengahwinkan anak perempuannya juga kepadanya tanpa sebarang mahar diantara keduanya.” (HR: al-Bukhari).

Larangan di atas menunjukkan kepada haramnya melakukan nikah syighar. Ini berpegang kepada kaedah fiqh yang mengatakan:

Maksudnya: “Larangan itu membawa hukum haram.”

Larangan ini diturunkan sejak zaman dahulu lagi yang membuktikan pernah terjadinya pernikahan sebegini di zaman Rasulullah SAW. Ini dinyatakan di dalam sebuah riwayat daripada Abd al-Rahman bin Hurmuz al-A’raj, beliau berkata:

Maksudnya: “Sesungguhnya al-Abbas bin Abdullah Ibn Abbas telah mengahwinkan anak perempuannya kepada Abd Rahman bin al-Hakam. Manakala Abd Rahman mengahwinkan anak perempuannya kepada al-Abbas dan mereka berdua menyediakan mahar. Maka, Mu’awiyah menulis surat kepada Marwan mengarahkannya supaya memisahkan diantara keduanya. Kata Mu’awiyah di dalam suratnya: Ini adalah al-Syighar yang dilarang oleh Rasulullah SAW.” (HR: Abu Daud).

Di antara hikmah larangan yang dinyatakan oleh mufti adalah seperti berikut:● Perkahwinan tersebut membawa kepada paksaan ke atas wanita untuk mengahwini lelaki yang tidak disukai.

● Perkahwinan ini menghalang wanita mendapatkan mahar misil yang berhak keatas mereka.

● Ia memberikan kelebihan dan memberatkan maslahah wali keatas maslahah orang perempuan. Yang demikian ini merupakan suatu yang mungkar dan menzalimi kaum wanita.

Secara kesimpulannya, pernikahan sebegini adalah salah satu pernikahan yang batil dan dilarang oleh syarak sama ada dengan mahar ataupun tidak. Dan sekiranya sudah bernikah, maka akadnya itu fasid (rosak), ini berdasarkan pendapat Imam as-Syafie dan Imam an-Nawawi.

Wallahu a’lam.

AMALAN KE SYURGA DAN PINTU-PINTU KEBAIKANOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji Bakri PensyarahInstitutTahfizAl-QuranNegeriSabah(ITQAS)

MAKSUD HADISDaripada Muaz bin Jabal RA katanya: "Wahai Rasulullah, beritahulah kepadaku tentang suatu amal yang dapat memasukkanku ke dalam syurga dan menjauhkanku daripada neraka. Nabi SAW menjawab: "Engkau bertanya tentang pekara yang besar namun sesungguhnya ia adalah mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah SWT. Sembahlah Allah dan jangan menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun, kerjakanlah solat, keluarkanlah zakat, berpuasalah pada bulan Ramadhan dan kerjakanlah ibadah Haji ke Baitullah."Kemudian Baginda bersabda: "Inginkah engkau kuberi petunjuk akan pintu- pintu kebaikan? Puasa itu adalah sebagai perisai, sedekah adalah amal yang menghapuskan kesalahan sebagaimana air memadamkan api dan solatnya seseorang di tengah malam." Kemudian Baginda membaca ayat pada surah Al-Sajadah, ayat 16 - 17: “Mereka merenggangkan diri daripada tempat tidur (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat tahajud dan amal-amal soleh) mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan murka-Nya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredhaan-Nya) dan mereka selalu menderma sebahagian daripada apa yang kami beri kepada mereka. Maka tidak ada seorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (daripada segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.”Kemudian Baginda bersabda: "Mahukah engkau ku beritahu tentang pokok amal, tiang dan puncaknya?" Saya menjawab: Mahu, wahai Rasulullah!. Rasulullah SAW bersabda: "Pokok amal adalah Islam, tiangnya adalah solat dan puncaknya adalah jihad." Kemudian baginda bersabda: "Mahukah engkau ku beritahu tentang kunci daripada semua perkara itu?" Saya menjawab: Mahu, wahai Rasulullah. Baginda lalu memegang lidahnya dan bersabda: "Jagalah ini!" Saya berkata: Wahai Nabi Allah, adakah kita dihisab atas apa yang kita katakan? Baginda bersabda: "Semoga ibumu kehilanganmu! (ungkapan hairan). Tidak ada yang menjerumuskan orang ke dalam neraka melainkan hasil daripada ucapannya (yang berbentuk maksiat)." (Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis sahih).HURAIAN HADISHadis ini menerangkan kepada kita berkenaan amalan yang boleh memasukkan seseorang hamba ke dalam syurga dan menjauhkan daripada api neraka ialah menunaikan rukun-rukun lslam, iaitu benar-benar beriman kepada Allah SWT tanpa syirik dan beriman kepada Rasulullah SAW, solat, zakat, puasa Ramadhan dan ibadat haji. Selain itu terdapat juga amalan-amalan soleh sebagai amalan tambahan iaitu puasa sunat, sedekah dan solat malam. Kemudian hadis ini menjelaskan berkenaan tunggak segala perkara ialah lslam, tiangnya ialah solat dan kemuncaknya ialah jihad. Seterusnya pesanan agar sentiasa menjaga lidah daripada maksiat. PENGAJARAN HADIS1. Ibadat kepada Allah SWT dan tidak menyekutukan-Nya serta melaksanakan rukun Islam merupakan perkara

yang terpenting dalam kehidupan.2. lbadat pada waktu tengah malam sangat afdhal dan amat dituntut ke atas setiap individu muslim.3. Jihad dapat memelihara Islam dan meninggikan kalimah Allah SWT.4. Kunci segala perkara ialah menjaga lidah.

RUJUKAN:● Al-Kafi Syarah 40 Hadis, Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd, Cetakan Pertama, 2016.● Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi, Dr Mustafa Al-Bugha, Muhyiddin Misto, Al-Hidayah Publication, 2016.

827 Muharam 1441H/27 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 27 Muharam 1441H/27 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13

Sentuhan HadisFiqh Wanita

Page 9: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · (a) menjual, menggadaikan, menggadai janji, menukar, ataupun dengan cara lain melepaskan milik mana-mana harta alih atau harta

RELEVANSI AKIDAH AHLUS SUNNAH WAL JAMAAHDALAM MENONGKAH ARUS ZAMAN

(BAHAGIAN 1)Oleh:

Abdu Khalil bin Hassan

Ahli Sunnah Wal jama’ah merupakan sebuah aliran teologi yang muncul pada era Islam mencapai puncak kemajuan dari segi kepelbagaian dan dimensi pemikiran. Aliran ini digagas dan dibangun oleh seorang ilmuan tersohor yang pernah dimiliki oleh dunia Islam. Kehebatan tokoh ini terbukti melihat jumlah majoriti umat Islam di dunia termasuk di Alam Melayu adalah penganut Ahli Sunnah Wal jama’ah terutama yang bermazhab Shafi’e. Imam Abu Hassan Al-Ash’ari pada mulanya adalah seorang tokoh penting di kalangan Muktazilah. Ia mendapat asuhan intelektual di bawah seorang tokoh Muktazilah di zamannya iaitu Abu Ali al-Juba’I bahkan kualitinya sebagai penyambung legasi Muktazilah telah jelas dan menonjol di antaranya menjadi kepercayaan oleh al-Juba’i untuk mewakilinya berdebat dan berhujah.

Imam Abu al-Hasan al-Ash’ari pada mulanya belajar membaca, menulis dan menghafal al-Quran di bawah asuhan kedua orang tuanya. Selanjutnya dia belajar kepada ulama hadis, fiqh, tafsir dan bahasa antara lain kepada al-Saji, Abu Khalifah al-Jumhi, Sahl Ibn Nuh, Muhammad Ibn Ya’qub, Abd al-Rahman Ibn Khayr dan lain-lain. Demikian juga ia belajar fiqh Shafi’e dengan Abu Ishaq al-Mawardi iaitu seorang tokoh Muktazilah di Basrah. (al-Ash’ari, al-lbanah ‘an usul al-diyanah).

Dalam lipatan sejarah, kaum Muktazilah pernah mengalami dua kali masa kejayaan, iaitu pada masa dinasti ‘Abbasiyyah (198 - 232H) dan pada masa dinasti Buwayh (334 - 447H) kerana adanya dukungan daripada pihak pemerintah. Namun setelah dukungan politik tidak diperolehi lagi dan Muktazilah semakin terdesak oleh kaum Ahlus Sunnah Wal Jama’ah maka Muktazilah terpaksa menjalin ikatan dengan kaum Syiah. Pada masa-masa terakhir, ajaran-ajaran Muktazilah hanya dikenal melalui ajaran-ajaran Syiah yang memang banyak menduplikasi doktrin-doktrinnya, terutama di kalangan Syiah Zaydiyyah.

Meskipun metodologi rasional sangat dominan dikalangan Muktazilah, namun sebagai pakar teologi Islam, para tokoh-tokohnya juga tidak melupakan teks-teks wahyu al-Quran dan Hadis, dalam mengeluarkan pendapat-pendapatnya. Al-Quran dan Hadis adalah sumber utama dari pokok dan sumber kepercayaan yang mereka yakini kebenarannya. Hanya sahaja, sesuai dengan metodologi rasional lojik yang mereka berpegang teguh yang sangat menjunjung tinggi kemampuan akli maka ayat-ayat al-Quran yang sesuai dan dapat diterima akal mereka jadikan sebagai dukungan kepada pendapat-pendapat mereka (Ibn Hazm, al-Fisal fi al-milal wa al-nihal).

Begitulah juga dengan hadis-hadis yang sesuai dengan pendapat akal diterima, tetapi yang dianggap tidak sesuai maka mereka takwilkan bahkan ditolak sebahagian hadis meskipun dianggap hadis sahih oleh pakar hadis. Jadi, metodologi rasional yang dipergunakan oleh Muktazilah ini adalah metodologi yang menganggap rasional akal sebagai alat yang dominan sehingga teks-teks wahyu harus diterima secara rasional dan keyakinan insani terhadap kebenaran akidah mesti didasarkan melalui pertimbangan rasional semata-mata. (lbrahim Madkur, Fi al-falsafah al-Islamiyyah).

NILAI AKHLAK KITAOleh:

Ning Amirah Malinda binti JominalFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Seorang muslim hendaklah terus melakukan penilaian terhadap akhlak dan adabnya. Apa lagi di zaman ini, akhlak buruk, adab jelek, syahwat dan syubhat menerjang dengan mudah melalui internet dan social media. Banyak contoh yang buruk pada manusia dan generasi muda telah mempengaruhi orang yang melihatnya secara perlahan-lahan.

Salah satu visi dan tujuan diutusnya Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah untuk memperbaiki akhlak dan adab manusia. Sepatutnya kita tidak lupa dengan tujuan mulia ini.

Rasulullah Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

“Aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” (HR Al-Hakim, disahihkan oleh adz-Dzahabi dan al-Albani).

Secara umum, ada 3 hal dalam akhlak mulia sebagaimana dijelaskan Hasan Al-Bashri:

1. Tidak Mengganggu Jika memang tidak boleh memberikan bantuan dan memberi manfaat, maka jangan mengganggu

atau membuat orang lain susah.

2. Suka Menolong Membantu saudara kita dengan tenaga, harta atau pikiran, kerana kita yakin jika membantu saudara

di dunia maka akan ada cara Allah membantu kita dunia akhirat dengan cara yang tidak kita sangka.

3. Berwajah Ceria Membuat orang sekitar kita bahagia hanya kerana berjumpa dengan kita, ertinya kita dapat membuat

mereka bahagia hanya dengan sekadar dalam suatu pertemuan saja, terlebih lagi setelah kita berbicara yang menyenangkan mereka kemudian dapat membantu mereka.

Semoga Allah SWT memberikan kita kemampuan untuk memperbaiki akhlak dan adab kita kerana dari sekian amalan dalam Islam, yang paling banyak memasukkan kita ke syurga adalah akhlak yang mulia.

Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

“Yang paling banyak memasukkan ke syurga adalah taqwa kepada Allah dan akhlak yang mulia.” (HR At-Tirmidzi).

1227 Muharam 1441H/27 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 27 Muharam 1441H/27 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9

Akidah Artikel Pilihan

Page 10: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · (a) menjual, menggadaikan, menggadai janji, menukar, ataupun dengan cara lain melepaskan milik mana-mana harta alih atau harta

Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Pelaksana Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-QuranPeringkat Kebangsaan (MTHQK) yang dipengerusikan oleh Yang BerhormatDatuk Seri Panglima Hashim bin Paijan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabahdi Bilik Mesyuarat Utama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Tingkat 28,

Pusat Pentadbiran Negeri (PPNS) Likas, Kota Kinabalu pada 10 September 2019

Lawatan Kerja Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul, Pengarah JHEAINSmeninjau Masjid-masjid dan Sekolah-sekolah Agama Negeri (SAN)

di Daerah Tenom, Sook dan Nabawan pada 17 dan 18 September 2019

Peristiwa

1027 Muharam 1441H/27 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 27 Muharam 1441H/27 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11

Peristiwa

Page 11: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · (a) menjual, menggadaikan, menggadai janji, menukar, ataupun dengan cara lain melepaskan milik mana-mana harta alih atau harta

Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Pelaksana Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-QuranPeringkat Kebangsaan (MTHQK) yang dipengerusikan oleh Yang BerhormatDatuk Seri Panglima Hashim bin Paijan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabahdi Bilik Mesyuarat Utama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Tingkat 28,

Pusat Pentadbiran Negeri (PPNS) Likas, Kota Kinabalu pada 10 September 2019

Lawatan Kerja Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul, Pengarah JHEAINSmeninjau Masjid-masjid dan Sekolah-sekolah Agama Negeri (SAN)

di Daerah Tenom, Sook dan Nabawan pada 17 dan 18 September 2019

Peristiwa

1027 Muharam 1441H/27 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 27 Muharam 1441H/27 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11

Peristiwa

Page 12: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · (a) menjual, menggadaikan, menggadai janji, menukar, ataupun dengan cara lain melepaskan milik mana-mana harta alih atau harta

RELEVANSI AKIDAH AHLUS SUNNAH WAL JAMAAHDALAM MENONGKAH ARUS ZAMAN

(BAHAGIAN 1)Oleh:

Abdu Khalil bin Hassan

Ahli Sunnah Wal jama’ah merupakan sebuah aliran teologi yang muncul pada era Islam mencapai puncak kemajuan dari segi kepelbagaian dan dimensi pemikiran. Aliran ini digagas dan dibangun oleh seorang ilmuan tersohor yang pernah dimiliki oleh dunia Islam. Kehebatan tokoh ini terbukti melihat jumlah majoriti umat Islam di dunia termasuk di Alam Melayu adalah penganut Ahli Sunnah Wal jama’ah terutama yang bermazhab Shafi’e. Imam Abu Hassan Al-Ash’ari pada mulanya adalah seorang tokoh penting di kalangan Muktazilah. Ia mendapat asuhan intelektual di bawah seorang tokoh Muktazilah di zamannya iaitu Abu Ali al-Juba’I bahkan kualitinya sebagai penyambung legasi Muktazilah telah jelas dan menonjol di antaranya menjadi kepercayaan oleh al-Juba’i untuk mewakilinya berdebat dan berhujah.

Imam Abu al-Hasan al-Ash’ari pada mulanya belajar membaca, menulis dan menghafal al-Quran di bawah asuhan kedua orang tuanya. Selanjutnya dia belajar kepada ulama hadis, fiqh, tafsir dan bahasa antara lain kepada al-Saji, Abu Khalifah al-Jumhi, Sahl Ibn Nuh, Muhammad Ibn Ya’qub, Abd al-Rahman Ibn Khayr dan lain-lain. Demikian juga ia belajar fiqh Shafi’e dengan Abu Ishaq al-Mawardi iaitu seorang tokoh Muktazilah di Basrah. (al-Ash’ari, al-lbanah ‘an usul al-diyanah).

Dalam lipatan sejarah, kaum Muktazilah pernah mengalami dua kali masa kejayaan, iaitu pada masa dinasti ‘Abbasiyyah (198 - 232H) dan pada masa dinasti Buwayh (334 - 447H) kerana adanya dukungan daripada pihak pemerintah. Namun setelah dukungan politik tidak diperolehi lagi dan Muktazilah semakin terdesak oleh kaum Ahlus Sunnah Wal Jama’ah maka Muktazilah terpaksa menjalin ikatan dengan kaum Syiah. Pada masa-masa terakhir, ajaran-ajaran Muktazilah hanya dikenal melalui ajaran-ajaran Syiah yang memang banyak menduplikasi doktrin-doktrinnya, terutama di kalangan Syiah Zaydiyyah.

Meskipun metodologi rasional sangat dominan dikalangan Muktazilah, namun sebagai pakar teologi Islam, para tokoh-tokohnya juga tidak melupakan teks-teks wahyu al-Quran dan Hadis, dalam mengeluarkan pendapat-pendapatnya. Al-Quran dan Hadis adalah sumber utama dari pokok dan sumber kepercayaan yang mereka yakini kebenarannya. Hanya sahaja, sesuai dengan metodologi rasional lojik yang mereka berpegang teguh yang sangat menjunjung tinggi kemampuan akli maka ayat-ayat al-Quran yang sesuai dan dapat diterima akal mereka jadikan sebagai dukungan kepada pendapat-pendapat mereka (Ibn Hazm, al-Fisal fi al-milal wa al-nihal).

Begitulah juga dengan hadis-hadis yang sesuai dengan pendapat akal diterima, tetapi yang dianggap tidak sesuai maka mereka takwilkan bahkan ditolak sebahagian hadis meskipun dianggap hadis sahih oleh pakar hadis. Jadi, metodologi rasional yang dipergunakan oleh Muktazilah ini adalah metodologi yang menganggap rasional akal sebagai alat yang dominan sehingga teks-teks wahyu harus diterima secara rasional dan keyakinan insani terhadap kebenaran akidah mesti didasarkan melalui pertimbangan rasional semata-mata. (lbrahim Madkur, Fi al-falsafah al-Islamiyyah).

NILAI AKHLAK KITAOleh:

Ning Amirah Malinda binti JominalFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Seorang muslim hendaklah terus melakukan penilaian terhadap akhlak dan adabnya. Apa lagi di zaman ini, akhlak buruk, adab jelek, syahwat dan syubhat menerjang dengan mudah melalui internet dan social media. Banyak contoh yang buruk pada manusia dan generasi muda telah mempengaruhi orang yang melihatnya secara perlahan-lahan.

Salah satu visi dan tujuan diutusnya Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah untuk memperbaiki akhlak dan adab manusia. Sepatutnya kita tidak lupa dengan tujuan mulia ini.

Rasulullah Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

“Aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” (HR Al-Hakim, disahihkan oleh adz-Dzahabi dan al-Albani).

Secara umum, ada 3 hal dalam akhlak mulia sebagaimana dijelaskan Hasan Al-Bashri:

1. Tidak Mengganggu Jika memang tidak boleh memberikan bantuan dan memberi manfaat, maka jangan mengganggu

atau membuat orang lain susah.

2. Suka Menolong Membantu saudara kita dengan tenaga, harta atau pikiran, kerana kita yakin jika membantu saudara

di dunia maka akan ada cara Allah membantu kita dunia akhirat dengan cara yang tidak kita sangka.

3. Berwajah Ceria Membuat orang sekitar kita bahagia hanya kerana berjumpa dengan kita, ertinya kita dapat membuat

mereka bahagia hanya dengan sekadar dalam suatu pertemuan saja, terlebih lagi setelah kita berbicara yang menyenangkan mereka kemudian dapat membantu mereka.

Semoga Allah SWT memberikan kita kemampuan untuk memperbaiki akhlak dan adab kita kerana dari sekian amalan dalam Islam, yang paling banyak memasukkan kita ke syurga adalah akhlak yang mulia.

Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

“Yang paling banyak memasukkan ke syurga adalah taqwa kepada Allah dan akhlak yang mulia.” (HR At-Tirmidzi).

1227 Muharam 1441H/27 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 27 Muharam 1441H/27 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9

Akidah Artikel Pilihan

Page 13: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · (a) menjual, menggadaikan, menggadai janji, menukar, ataupun dengan cara lain melepaskan milik mana-mana harta alih atau harta

NIKAH SYIGHAROleh:

Rashiqah Mardhiyyah binti Jasri

Pernahkah kita mendengar mengenai nikah syighar atau mungkin ini merupakan kali pertama kita mendengarnya? Lalu, apakah itu nikah syighar?

Nikah syighar adalah merupakan suatu bentuk pernikahan dimana seorang lelaki itu menikahkan anak gadisnya atau saudara perempuannya kepada lelaki lain dengan syarat lelaki itu turut menikahkan anak gadisnya atau saudara perempuannya kepada lelaki tersebut. Sebagai contoh ringkas bagi memahami maksud nikah syighar ialah apabila lelaki A yang berjanji untuk menikahkan anaknya dengan lelaki B dengan syarat lelaki B perlu menikahkan anak perempuannya dengan lelaki A.

Pernikahan sebegini adalah dilarang di sisi syarak. Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Saidina Abdullah Ibn Umar yang berkata:

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang perbuatan al-Syighar. Dan al-Syighar adalah seseorang lelaki itu mengahwinkan anak perempuannya kepada seorang lelaki lain dengan syarat lelaki tersebut mengahwinkan anak perempuannya juga kepadanya tanpa sebarang mahar diantara keduanya.” (HR: al-Bukhari).

Larangan di atas menunjukkan kepada haramnya melakukan nikah syighar. Ini berpegang kepada kaedah fiqh yang mengatakan:

Maksudnya: “Larangan itu membawa hukum haram.”

Larangan ini diturunkan sejak zaman dahulu lagi yang membuktikan pernah terjadinya pernikahan sebegini di zaman Rasulullah SAW. Ini dinyatakan di dalam sebuah riwayat daripada Abd al-Rahman bin Hurmuz al-A’raj, beliau berkata:

Maksudnya: “Sesungguhnya al-Abbas bin Abdullah Ibn Abbas telah mengahwinkan anak perempuannya kepada Abd Rahman bin al-Hakam. Manakala Abd Rahman mengahwinkan anak perempuannya kepada al-Abbas dan mereka berdua menyediakan mahar. Maka, Mu’awiyah menulis surat kepada Marwan mengarahkannya supaya memisahkan diantara keduanya. Kata Mu’awiyah di dalam suratnya: Ini adalah al-Syighar yang dilarang oleh Rasulullah SAW.” (HR: Abu Daud).

Di antara hikmah larangan yang dinyatakan oleh mufti adalah seperti berikut:● Perkahwinan tersebut membawa kepada paksaan ke atas wanita untuk mengahwini lelaki yang tidak disukai.

● Perkahwinan ini menghalang wanita mendapatkan mahar misil yang berhak keatas mereka.

● Ia memberikan kelebihan dan memberatkan maslahah wali keatas maslahah orang perempuan. Yang demikian ini merupakan suatu yang mungkar dan menzalimi kaum wanita.

Secara kesimpulannya, pernikahan sebegini adalah salah satu pernikahan yang batil dan dilarang oleh syarak sama ada dengan mahar ataupun tidak. Dan sekiranya sudah bernikah, maka akadnya itu fasid (rosak), ini berdasarkan pendapat Imam as-Syafie dan Imam an-Nawawi.

Wallahu a’lam.

AMALAN KE SYURGA DAN PINTU-PINTU KEBAIKANOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji Bakri PensyarahInstitutTahfizAl-QuranNegeriSabah(ITQAS)

MAKSUD HADISDaripada Muaz bin Jabal RA katanya: "Wahai Rasulullah, beritahulah kepadaku tentang suatu amal yang dapat memasukkanku ke dalam syurga dan menjauhkanku daripada neraka. Nabi SAW menjawab: "Engkau bertanya tentang pekara yang besar namun sesungguhnya ia adalah mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah SWT. Sembahlah Allah dan jangan menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun, kerjakanlah solat, keluarkanlah zakat, berpuasalah pada bulan Ramadhan dan kerjakanlah ibadah Haji ke Baitullah."Kemudian Baginda bersabda: "Inginkah engkau kuberi petunjuk akan pintu- pintu kebaikan? Puasa itu adalah sebagai perisai, sedekah adalah amal yang menghapuskan kesalahan sebagaimana air memadamkan api dan solatnya seseorang di tengah malam." Kemudian Baginda membaca ayat pada surah Al-Sajadah, ayat 16 - 17: “Mereka merenggangkan diri daripada tempat tidur (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat tahajud dan amal-amal soleh) mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan murka-Nya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredhaan-Nya) dan mereka selalu menderma sebahagian daripada apa yang kami beri kepada mereka. Maka tidak ada seorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (daripada segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.”Kemudian Baginda bersabda: "Mahukah engkau ku beritahu tentang pokok amal, tiang dan puncaknya?" Saya menjawab: Mahu, wahai Rasulullah!. Rasulullah SAW bersabda: "Pokok amal adalah Islam, tiangnya adalah solat dan puncaknya adalah jihad." Kemudian baginda bersabda: "Mahukah engkau ku beritahu tentang kunci daripada semua perkara itu?" Saya menjawab: Mahu, wahai Rasulullah. Baginda lalu memegang lidahnya dan bersabda: "Jagalah ini!" Saya berkata: Wahai Nabi Allah, adakah kita dihisab atas apa yang kita katakan? Baginda bersabda: "Semoga ibumu kehilanganmu! (ungkapan hairan). Tidak ada yang menjerumuskan orang ke dalam neraka melainkan hasil daripada ucapannya (yang berbentuk maksiat)." (Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis sahih).HURAIAN HADISHadis ini menerangkan kepada kita berkenaan amalan yang boleh memasukkan seseorang hamba ke dalam syurga dan menjauhkan daripada api neraka ialah menunaikan rukun-rukun lslam, iaitu benar-benar beriman kepada Allah SWT tanpa syirik dan beriman kepada Rasulullah SAW, solat, zakat, puasa Ramadhan dan ibadat haji. Selain itu terdapat juga amalan-amalan soleh sebagai amalan tambahan iaitu puasa sunat, sedekah dan solat malam. Kemudian hadis ini menjelaskan berkenaan tunggak segala perkara ialah lslam, tiangnya ialah solat dan kemuncaknya ialah jihad. Seterusnya pesanan agar sentiasa menjaga lidah daripada maksiat. PENGAJARAN HADIS1. Ibadat kepada Allah SWT dan tidak menyekutukan-Nya serta melaksanakan rukun Islam merupakan perkara

yang terpenting dalam kehidupan.2. lbadat pada waktu tengah malam sangat afdhal dan amat dituntut ke atas setiap individu muslim.3. Jihad dapat memelihara Islam dan meninggikan kalimah Allah SWT.4. Kunci segala perkara ialah menjaga lidah.

RUJUKAN:● Al-Kafi Syarah 40 Hadis, Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd, Cetakan Pertama, 2016.● Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi, Dr Mustafa Al-Bugha, Muhyiddin Misto, Al-Hidayah Publication, 2016.

827 Muharam 1441H/27 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 27 Muharam 1441H/27 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13

Sentuhan HadisFiqh Wanita

Page 14: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · (a) menjual, menggadaikan, menggadai janji, menukar, ataupun dengan cara lain melepaskan milik mana-mana harta alih atau harta

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)”.Imam Ahmad meriwayatkan sebuah hadis yang bersumber daripada Sauban, bahawasanya Nabi SAW bersabda: “Janganlah kalian menyakiti hamba-hamba Allah dan jangan pula mencela mereka, serta janganlah mencari-cari keaiban mereka. Kerana sesungguhnya barang siapa yang mencari-cari keaiban saudaranya yang muslim, maka Allah akan membukakan aibnya hingga mempermalukannya di dalam rumahnya.Allah SWT menegur mereka yang berkata dengan mulut sesuatu perkara yang tiada sandaran pengetahuan dan bukti. Ini merupakan satu kesalahan bahkan boleh membawa kepada dosa. Bayangkan kalau kita tularkan perkara yang kita tidak tahu sejauh mana kebenarannya itu pun sudah dikira berdosa.Ada kalanya Allah SWT menegur mereka yang menyebarkan keburukan orang dengan ‘lidah’ dan terkadang dengan ‘mulut’. Ianya memberi isyarat fitnah pada peringkat awalnya sedikit sahaja orang yang mengetahuinya, tetapi kalau bercakap dengan ‘mulut’, itu bermakna ianya sudah tersebar luas dan sukar untuk dibendung.Bertambah buruk lagi pada zaman sekarang, dosa begitu mudah terhasil bukan sahaja dengan mulut tetapi dengan cara penulisan. Belum pasti akan kebenaran sesuatu perkara tetapi begitu berani ‘forward’ sahaja mesej yang mereka terima tanpa berfikir panjang.Ramai manusia menyangka apa yang mereka katakan itu perkara kecil, sedangkan bagi Allah SWT ia adalah perkara yang amat besar sekali. Kita tidak tahu kesan dari kata-kata kita itu mungkin maruah seseorang akan tercalar, boleh menyebabkan perceraian, pembunuhan atau keruntuhan sebuah negara bangsa.Seharusnya setiap berita yang diterima hendaklah dihalusi terlebih dahulu, dengan mengambil kira maruah dan aib orang lain, jangan kerana ghairah menceritakan keburukan orang kita sebenarnya kita sedang menadah luas buku amal dengan catatan dosa. Ingatlah amaran Nabi SAW: “Cukuplah seseorang dikira pendusta apabila menceritakan setiap yang dia dengar.” (Riwayat Muslim). Dalam sebuah hadis lain “Sesungguhnya seorang lelaki benar-benar mengucapkan suatu kalimat yang dimurkai oleh Allah SWT tanpa disedarinya akan menyebabkan dirinya tercampak ke neraka lebih dalam dari jarak antara bumi dan langit.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).Perkara terbaik dalam mengawal diri dari menjadi penyebar berita yang berbaur fitnah lagi tidak pasti adalah dengan memenuhi dada dengan cahaya iman dan ketakwaan. Basahilah lidah dengan zikrullah, perbanyakkan ibadat puasa dengannya mampu mentarbiah lidah, mulut dan minda kita untuk tidak disibukkan ke arah perbuatan yang boleh menjerumuskan diri ke lembah dosa. Lihatlah bagaimana ulama-ulama dan para daie yang mukhlisin menggunakan ilmu, lidah dan fikrah mereka untuk mengajak manusia kepada Robbul Jalil bukannya menggunakan pengaruh dan kebijaksanaan mereka untuk menjatuhkan orang lain.Lantaran itu jauhilah sikap iri hati, hasad dengki, dendam kesumat dan suka mencari silap dan salah orang lain sedangkan dalam masa yang sama kita lupa diri kita sendiri perlu untuk diislahkan setiap masa dan keadaan. Gunakanlah sebaik-baik kurniaan nikmat sepasang mata, satu untuk sentiasa melihat kebaikan orang lain dan satu lagi untuk melihat kelemahan diri.

AYAT AL-QURAN SURAH AN-NUR : 19“HINDARI SIKAP MENJATUHKAN KAWAN DENGAN

JALAN FITNAH”Oleh:

Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJATIslam adalah agama kemurnian. Ia murni dan memurnikan penganutnya. Kemurnian ini, apabila dirasakan kewujudannya oleh setiap manusia; menimbulkan rasa kagum kepadanya, yakin dengan kebenarannya, tenang kudus dengan mengamalkannya, serta berasa mulia dan bangga menganutinya.Sekiranya diteliti, kemurnian ini kembali kepada Maqasid Rukun Islam itu sendiri, yang berupa: Kesucian Zahir dan Batin, Keberkatan Hidup dan Keredhaan Ilahi.Mari kita lihat, bagaimanakah Rukun Islam itu berpaksikan kemurnian ini.Maqasid Dua Kalimah Syahadah: Kemurnian Tauhid, akidah yang suci daripada Syirik dan segenap unsur- unsurnya.Nabi Sallallah Alaihi Wasallam bersabda: "Barangsiapa yang meninggal dunia, dalam keadaan dia tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu apapun, dia pasti masuk syurga. Barangsiapa yang meninggal dunia, dalam keadaan dia mensyirikkan Allah dengan sesuatu apapun, dia pasti masuk neraka." (HR Muslim).Begitu juga, baginda bersabda: "Barangsiapa yang meninggal dunia, dalam keadaan dia mengetahui makna 'Tiada Tuhan selain Allah', dia pasti masuk syurga." (HR Muslim).Sekiranya al-Quran dihayati sepenuhnya, kita akan dapati, setiap baris ayatnya adalah penegasan makna Tauhid ini; sama ada mengajak kita mengiktiraf dan mengakui Keesaan Allah SWT, ataupun mengajak kita melakukan amalan yang dilakukan hanyalah demi Allah SWT.Atas sebab itulah, dalam mazhab Syafi’ie misalnya, ta’yin/menetapkan niat untuk apapun ibadat wajiblah menyertakan ‘demi Allah Ta’ala’, untuk mengingatkan semula kepada pengabdi bahawa segala ibadatnya itu, dilakukan demi Allah, bukannya demi riyak dan perhatian manusia. Begitu indahnya mazhab ini dalam ketegasannya menjaga Tauhid.Maqasid Solat: Kemurnian Diri Zahir dengan Taharah (Bersuci), dan Diri Batin daripada Dosa.Baginda bersabda kepada para sahabat: "Bagaimanakah pendapat kalian, kalau ada sebatang sungai di pintu salah seorang daripada kalian, lalu dia mandi di situ sebanyak lima kali. Adakah berbaki lagi kotoran padanya?" Mereka (Para Sahabat) menjawab, 'Tidak berbaki satu apapun kotoran padanya.' Baginda bersabda, "Demikianlah solat yang lima, Allah ampunkan dosa-dosa kerana (pelaksanaan)nya." (HR al-Bukhari & Muslim).Maqasid Zakat: Kemurnian Mukallaf daripada penyakit hati (tamak dan takabur), dan menambah keberkatan harta dan mendapat doa kebaikan daripada Nabi Sallallah Alaihi Wasallam.Allah SWT berfirman: "Ambillah satu bahagian daripada harta mereka sebagai sedekah (zakat), yang menjadikan mereka bersih dan murni kerananya, dan berdoalah (Wahai Muhammad) buat mereka.." (Taubah, 103).Maqasid Puasa: Kemurniaan Diri Batin dengan latihan Taqwa, yang mengajaknya berhati-hati agar tidak berdosa.Allah SWT berfirman, "Telah diwajibkan puasa buat kalian, sepertimana ia telah diwajibkan buat umat sebelum kalian, agar kalian bertaqwa." (al-Baqarah, 183).Maqasid Haji: Kemurnian Diri daripada Dosa, sekiranya Haji dilaksanakan dengan terbaik dan tidak bercampur aduk dengan dosa.Baginda bersabda: "Barangsiapa yang melakukan haji, dia tidak berjimak padanya, dan tidak melakukan apa saja perbuatan jahat, nescaya dia akan balik (suci daripada dosa) sepertimana hari dia dilahirkan ibunya." (HR al-Bukhari & Muslim)***Kerana semakin murni seseorang itu, semakinlah dia dekat kepada Allah Ta’ala. Semakin murni seseorang itu, semakin jauhlah dia daripada kekotoran dunia dan ketergantungan kepadanya.Semakin murni seseorang itu, semakinlah akhlaknya akan menjadi halus dan baik. Semakin murni seseorang itu, semakinlah dia disayangi oleh Allah SWT dan disayangi juga oleh makhluk-Nya samada di langit mahupun di bumi.Kesemua ini hanyalah didapati dan dijamin, pada rukun Islam yang lima ini, dan tidak akan diperolehi melalui selainnya.

ISLAM DAN MAQASID KEMURNIANOleh:MohammadSyafiqIsmail Exco Penyelidikan ABIM Sabah

1427 Muharam 1441H/27 September 2019M ShoutulIslam(SuaraIslam) 27 Muharam 1441H/27 September 2019M ShoutulIslam(SuaraIslam) 7

Inti Sari Ayat Al-QuranTinta Ilmiah

Page 15: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · (a) menjual, menggadaikan, menggadai janji, menukar, ataupun dengan cara lain melepaskan milik mana-mana harta alih atau harta

MIMPI BAIK, MIMPI BURUKOleh:

Ustaz Abdillah bin Haji Nanun

SOALANUstaz, saya sering bermimpi pada waktu tidur, adakalanya mimpi itu baik yakni yang menyenangkan hati, tetapi kebanyakannya buruk yakni tidak menyenangkan hati. Saya ingin tahu apa sebenarnya mimpi itu dan apa yang patut kita baca kalau bermimpi yang tidak menyenangkan hati itu?

JAWAPANTerima kasih di atas pertanyaan ini. Sebenarnya menurut dari sumber yang pernah saya baca bahawa mimpi itu memang ada dua macam iaitu, ada mimpi yang menyenangkan hati itulah mimpi baik. Mimpi yang baik itu datangnya dari Allah SWT. Dan satu lagi mimpi yang tidak menyenangkan hati, itulah mimpi buruk. Dalam sebuah hadis ada diterangkan cara menghadapi mimpi itu, sabda Nabi SAW:

Maksudnya: “Dari Qatadah dari Nabi SAW sesungguhnya baginda bersabda: Mimpi yang baik itu dari Allah SWT dan mimpi yang buruk itu dari syaitan. Maka apabila seseorang kamu melihat sesuatu yang dibencinya (dalam mimipi), maka hendaklah ia meludah ke kirinya tiga kali dan hendaklah ia berlindung dengan Allah dari kejahatannya, sesungguhnya syaitan itu tidak dapat memudaratkannya." (HR: At-Tirmizi dan ia berkata: Hadis ini Hasan lagi shahih).

Difahamkan dari hadis ini bahawa mimpi yang baik itu datangnya dari Allah SWT sebagai suatu petunjuk yang baik dan sebaliknya mimpi yang buruk itu datangnya dari syaitan, yakni syaitan itulah yang mengkhayalkannya kepada manusia perkara yang tidak disenangi itu dan pada ketika itu jika tersedar dari tidurnya itu maka sunat ia membaca:

Maksudnya: “aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam dan dari keburukan apa yang telah aku lihat (dalam mimpi).”

Semoga keterangan ini memberikan kefahaman dan panduan yang baik kepada kita semua.

Wallahu a’lam.

WAHAI PEMUDA, BEKERJALAH!Oleh:

Mohd Azrul Nizam bin JunaidiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Jika seseorang duduk di masjid menyibukkan diri dalam urusan agama, menuntut ilmu agama atau beribadah namun menelantarkan orang yang menjadi tanggungannya, ia adalah seorang pendosa. Ia tidak faham bahawa bekerja untuk menjaga iffah dirinya, isterinya dan anak-anaknya adalah ibadah. Terdapat hadith shahih dari Rasulullah .

“Petugas pengantar shadaqah untuk janda dan orang miskin bagaikan mujahid di jalan Allah.”

Al-Baihaqi dalam kitabnya, Syu’abul Iman, membawakan sebuah riwayat dari Umar radhiyallahu ‘anhu:

“Wahai para pembaca Quran (yaitu ahli ibadah), angkatlah kepada kalian, sehingga teranglah jalan. Lalu berlumbalah dalam kebaikan. Dan janganlah menjadi beban bagi kaum muslimin.”

Muhammad bin Tsaur menceritakan, suatu ketika Sufyan Ats-Tsauri melewati kami yang sedang berbincang di Masjidil Haram. Ia bertanya: ‘Kalian sedang membicarakan apa?’ Kami berkata: “Kami sedang berbincang tentang mengapa kita perlu bekerja?” Beliau berkata:

“Carilah rezeki dari Allah dan janganlah menjadi beban bagi kaum muslimin.”

Pada kesempatan lain, Sufyan Ats-Tsauri sedang sibuk mengurus hartanya. Lalu datanglah seorang penuntut ilmu menanyakan sebuah permasalahan kepadanya, padahal beliau sedang sibuk berjual-beli. Orang tadi pun lalu memaparkan pertanyaannya. Sufyan Ats- Tsauri lalu berkata: “Tolong diam, kerana konsentrasiku sedang tertuju pada dirhamku, dan ia boleh saja hilang (rugi)”. Beliau pun mengatakan,

“Jika dirham-dirham ini hilang, sungguh para raja akan memanjakan diriku.”

Agama kita tidak mengajak untuk miskin. Maka wajib bagi setiap muslim untuk bekerja, berusaha, bersungguh-sungguh dan tidak menelantarkan orang yang menjadi tanggungannya. Orang yang hanya duduk diam, ia bukanlah mutawakkil (orang yang tawakal), melainkan ia adalah mutawaakil (orang yang pura-pura tawakkal). Ini adalah kemalasan.

Manusia diciptakan di dunia agar mereka dapat bekerja, berusaha dan bersungguh-sungguh. Para nabi pun bekerja, Abu Bakar radhiallahu ‘anhu pun berdagang. Orang yang berpendirian bahawa duduk diam tanpa bekerja adalah tawakkal, kemungkinan pertama ia memiliki pemahaman agama yang salah, atau kemungkinan kedua ia adalah orang malas yang gemar mempercayakan urusannya pada orang lain.

627 Muharam 1441H/27 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 27 Muharam 1441H/27 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15

Remaja Kemusykilan Agama

Page 16: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · (a) menjual, menggadaikan, menggadai janji, menukar, ataupun dengan cara lain melepaskan milik mana-mana harta alih atau harta

Sahibus Samahah Tuan Haji Said bin Haji Ibrahim ialah mantan Mufti Kerajaan Negeri Sabah. Beliau dilahirkan di Kampung Kedai Lalat, Kelantan pada tahun 1923.

Beliau pada awalnya mendapat pendidikan di Indonesia setelah belayar ke Jambi untuk menuntut ilmu secara rasmi di Pesantren Jambi, Sumatera sebelum kembara ilmu di Mekah selama 10 tahun. Selain fasih berbahasa Arab, beliau juga terkenal mahir dalam perundangan Islam, akidah, perbandingan agama dan fikah.

Selepas tamat pengajian, Tuan Haji Said telah memulakan khidmat untuk menabur bakti dalam bidang pendidikan dengan menjadi guru seawal tahun 1947 di sekolah-sekolah Arab di Kelantan. Pada tahun 1954, beliau bertukar mengajar ke Madrasah al-Hidayah di Singapura. Semasa di Singapura, beliau telah dipilih menjadi Yang Dipertua Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (PERGAS) dari tahun 1963 sehingga tahun 1968. Pada tahun 1968, beliau meninggalkan Singapura untuk berkhidmat di Brunei. Di Brunei, selain mengajar di sekolah menengah Arab, beliau dilantik menjadi penyusun sukatan pelajaran Maktab Perguruan Agama Brunei.

Pada tahun 1971, beliau berhijrah ke Sabah dan bertugas menjadi Pegawai Agama dan pada tahun 1972, beliau kembali ke Semenanjung kerana dilantik menjadi Imam Masjid Negara sehingga tahun 1975. Sebagai seorang yang berpengetahuan luas dalam ilmu agama, beliau telah dilantik menjadi Mufti Kerajaan Negeri Sabah selama dua penggal iaitu pada tahun 1975 - 1978 dan 1985 - 1989. Sekitar tahun 1978 sehingga 1985, beliau diberi penghormatan sebagai pakar rujuk di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Sumbangan beliau dalam bidang penulisan terutama yang berkaitan dengan agama Islam tidak dapat dinafikan. Beliau telah mengarang lebih daripada 20 buah buku agama. Antara buku-buku karangannya: i) Sinaran Fiqh ii) Mengenal al-Quran iii) Manasik Haji dan Umrah iv) Qanun Jenayah Syariah v) Sistem Kehakiman dalam Perundangan Islam vi) Soal Jawab Nikah Kahwin vii) Fiqh Mazhab Syafie dan Pendapat Imam-Imam Mazhab viii) Perbandingan Aqidah dan Fahaman Umat Islam ix) Minhaj Ilmu Fiqh

Atas ketokohan dan sumbangan yang telah diberikan, beliau telah dianugerahi Ijazah Kehormat Sarjana Pengajian Islam oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Tokoh Maal Hijrah Wilayah Persekutuan pada tahun 1991.

Sahibus Samahah Tuan Haji Said Haji Ibrahim telah menghembuskan nafas yang terakhir pada 22 Disember 2001 pada usia 78 tahun. Allahyarham disemadikan di tanah perkuburan Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur.

SAHIBUS SAMAHAH TUAN HAJI SAID HAJI IBRAHIMOleh:

Ustaz Amiruddin Mohd RosdiGuru, SK Tombovo, Penampang

TARIAN SUFISTIK AR-RUMIMENGGAPAI CINTA ILAHISECARA ALAMIOleh: Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Seorang sufi yang terkenal di kedua-dua belahan dunia timur dan barat, Maulana Jalaluddin Ar-Rumi pernah menyebut, “Tanpa Cinta, semua Ibadah hanya beban, semua tarian hanya tugas dan semua muzik hanya bising.”

Kalam indah ini mengungkapkan tentang makna sebuah cinta Ilahi. Tanpa cinta, semua yang ada menjadi sia-sia.

Maka dengan sebuah makna cinta inilah yang sebenarnya menghidupkan sanubari dan memeriahkan suasana alam ini untuk terus tunduk kepada Sang Pencipta yakni Allah SWT.

Kerana cinta, konsep peribadatan kepada Allah SWT berlaku. Disebabkan cinta, konsep Ittibak kepada Rasulullah SAW berlangsung.

Dikeranakan cinta konsep kepatuhan kepada Sheikh terjadi. Disebabkan cinta, konsep ketaatan kepada Ibu Bapa berlaku.

Dikeranakan cinta, konsep menghormati kepada orang lebih tua berlangsung. Disebabkan cinta, konsep menyayangi kepada orang yang lebih muda terjadi.

Kerana cinta, kelestarian manusia itu terus menerus terjadi. Demikian juga terhadap alam haiwan dan tumbuh- tumbuhan yang melingkari alam ini. Kesemua ini adalah peribadatan tunduk patuh kepada Sunnatullah.

Ini selaras dengan firman Allah SWT:

“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” (Adz-Dzariyat: 56).

Tafsir Sufi menyatakan bahawa untuk mencapai peribadatan yang hakiki mesti melalui makrifat (mengenal Allah SWT) agar tercapai makna cinta kepada Ilahi.

Tarian Ar-Rumi yang terkenal yang dipanggil sebagai "The Whirling Darwish" merupakan kesan daripada manifestasi sebuah cinta dan kerinduan kepada Ilahi.

Jikalau dilihat dengan lebih jauh, gerak Tari Ar-Rumi ini mempunyai penjelasan saintifik dan mempunyai hukum fizik dunia ilmiah pada hari ini.

Tarian Ar-Rumi yang berputar-putar melawan arah jam (Anti-Clockwise) menandakan pergerakan alami dan tabiie semua zarah yang ada di atas muka bumi ini.

Jika kita lihat lebih jauh, kita akan mendapati kesemua gerakan sesuatu yang sekecil-kecilnya seperti atom dan sebesar-besarnya seperti planet dan galaksi kesemuanya berputar di atas orbitnya.

Gerakan putaran Anti Clockwise setiap atom, zarah dan molekul sehinggalah ke sebesar-besar penciptaan seperti bumi, bulan, bintang, planet, galaksi dan sekaliannya. Kesemuanya terkait dengan zikir makhluk kepada Sang Khaliq iaitu Allah SWT.

Hatta dengan putaran tersebut, ia melahirkan sebuah gelombang dan energi, turut boleh diertikan sebagai cahaya dan nur, yakni yang berasal dan bersumberkan dari nur Nabi yang dicintai.

Malah putaran dan gerak tawaf di Kaabah pula menghasilkan energi gelombang elektro magnet dan nur yang seterusnya diangkat ke atas (langit) seperti dalam Hukum Fizik "The Lorentz Law".

Demikian juga, para malaikat, turut melaksanakan tawaf dan putaran di Baitul Makmur yang suci dan tertinggi sebagai ibadah dan tanda kehambaan pada Sang Pencipta.

Maka disebabkan kerana putaran tersebut, doa di kawasan Masjidil Haram menjadi makbul dan sangat afdhal.

Hal ini kerana kawasan putaran tawaf amat sarat dengan energi bahkan turut diangkat terus hingga ke langit (langit yang sesuai dengan tempat atau dimensi para malaikat).

Demikian yang terlimpah pada Maulana Jalaluddin Ar-Rumi sehinggalah terlahirnya sebuah geraktari yang berbentuk putaran Anti Clockwise yang berpaksikan kepada tauhid, cinta, asyik dan rindu yang mendalam kepada Allah SWT.

Gerakan Tari Ar-Rumi yang berputar merupakan sebuah gerak yang berdiri pada kalimah Alif pada batang tubuh jasad dan rohani. Ia bergerak dan berputar dengan pantulan Asma'-Asma' Allah SWT pada diri seorang hamba yang pasrah.

Manifestasi cinta yang penuh sarat dengan energi dan limpahan nur yang mengalir, melimpah dan mencurah kepada jari-jemari tangan kanan sang hamba yang diangkat ke atas. Hinggalah diri dan rohani sang hamba tadi, lebur dan larut dalam Asma' Wa Sifat Allah jua. Sebuah manifestasi suatu kepasrahan yang jauh, tawakkal yang tinggi dan cinta yang terdalam kerana Allah SWT.

Maulana Jalaludin Ar-Rumi menyatakan:"Seperti gelombang di atas putaran kepala ku,Maka dalam tarian suci Kau dan Aku pun berputar,Menarilah, Oh Pujaan Hati, jadilah lingkaran putaran,Terbakarlah dalam nyala api bukan dalam nyala lilin-Nya"

1627 Muharam 1441H/27 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 27 Muharam 1441H/27 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5

Jejak UlamaTasawwur

Page 17: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · (a) menjual, menggadaikan, menggadai janji, menukar, ataupun dengan cara lain melepaskan milik mana-mana harta alih atau harta

Ribuan orang membanjiri ceramahustaz Abdul Somad

di perkarangan Masjid Negeri Sabah

MEMAKNAI PERSAHABATANUSTAZ ABDUL SOMAD BATU BARA

Oleh:Adi Pitang

“Cuba ustaz lihat sosok wajah ustaz Somad itu… nampak keletihan” Pinta Iqbah Ahmed Sauki Pulungan kepadaku, pemuda 45 tahun yang menjadi pengiring ustaz Abdul Somad ketika berada di bilik Madani setelah selesai ceramah ustaz Abdul Somad di dewan Madani, Wisma MUIS, pagi itu. Ceramah yang bertajuk “Mereka yang Dikasihi oleh Allah dan Rasul-Nya” cukup memberi kesan yang mendalam. Aku hanya mengiyakan, dan tahu ke arah mana tujuan soalan itu diajukan kepadaku yang bertindak sebagai Ketua Penyelaras Program Bicara Dakwah Ustaz Abdul Somad di Negeri Sabah. “Kalau boleh biar ustaz Somad bergerak ke Papar pukul 4.30 petang”, Pintanya penuh pengertian. Kelihatannya ustaz Abdul Somad duduk bersandar di atas kerusi di bilik itu dengan sebaiknya, seolah merehatkan dirinya. Walau masih perlu melayan perbualan tetamu-tetamu lain di meja jamuan VIP yang diketuai oleh Datuk Haji Ag. Matusin Awang Damit, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).“In sha Allah, nanti saya akan maklumkan YB Menteri pengerakan baru ini”, Jawabku pada Iqbah yang masih berbunga senyum memandangku. Memang jadual ketat ustaz Abdul Somad dalam program ini seolah tidak memberi ruang untuknya berehat. Siapa yang buat jadual ne? Tanya seorang kawan, hahaha. Kadang-kadang terlupa bahawa ustaz Abdul Somad pun manusia biasa yang perlu ruang untuk memanjakan dirinya. Tapi kerana kehadirannya ke Sabah bukan suatu yang mudah, ditambah personaliti dan ceramahnya cukup dinanti dan dimintai oleh khalayak, termaktublah jadual itu. Hmmm…Ceramah akhirnya di perkarangan Masjid Negeri Sabah sangat berbuah makna dan pengajaran. Tajuk “Mengambil Iktibar Dari Hijrah Rasulullah SAW” disampaikan dengan bahasa yang mudah difahami. Kelebihan ustaz Somad ini ialah kepetahannya menjawab soalan-soalan spontan (bertulis) dari khalayak yang hadir, ditambah cara penyampaiannya yang diselitkan dengan unsur jenaka yang sopan.Ustaz Abdul Somad telah mengupas hijrah Rasulullah SAW ke kota Madinah dengan pengorbanan seorang sahabat. Menurutnya hijrah Nabi SAW bukan sahaja mengenang perpindahan Nabi ke kota Madinah tetapi juga mengenang jasa seorang sahabat nabi bernama Saidina Abu Bakar As-Sidiq yang sanggup berhijrah bersama Baginda. Orang-orang musyrik Quraisy telah mengejar Rasulullah SAW sehingga Gua Tsur, tempat persembunyian mereka.Abu Bakar melihat kaki-kaki mereka, sehingga beliau berbisik kepada Nabi: “Wahai Rasulullah, sekiranya mereka melihat ke bawah telapak kakinya, pasti akan melihat kita”. Nabi Menjawab: “Wahai Abu Bakar apa yang kamu kira bahawa kita ini hanya berdua? Ketahuilah, yang ketiganya adalah Allah yang melindungi kita.” Peristiwa itu diabadikan di dalam al-Quran yang bermaksud:“Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekkah) mengeluarkannya (dari Mekkah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya: "Janganlah kamu berdukacita, sesungguhnya Allah beserta kami." Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan menjadikan kalimat orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (surah al-Taubah, ayat 40).Persahabatan yang dijalin kerana Allah SWT adalah sebuah persahabatan yang membawa kita ke jalan-jalan syurga-Nya. Insya-Allah.

RUFAIDA AL-ASLAMIA ( JURURAWAT PERTAMA DUNIA)Oleh:

Syuhada AsparAkademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Samarahan II

Kita mungkin terfikir bahawa Florence Nightingale merupakan pengasas kepada kejururawatan moden. Tetapi, Rufaida Al-Aslamia telah membawakan kemunculan jururawat kira-kira 1,200 tahun sebelum ini. Beliau merupakan antara orang pertama di Madina untuk menerima Islam, Rufaida Al-Aslamia atau Rufaidah binti Sa’ad dilahirkan ke dalam puak Bani Aslam dari gabungan puak Khazraj di Madinah, dilahirkan dalam keluarga yang mahir dalam bidang perubatan, bapa Rufaida iaitu Sa'ad Al Aslamy, adalah seorang doktor dan mentor dalam bidang perubatan. Secara sukarela beliau merawat dan menjaga orang sakit, Rufaida Al-Aslamia menjadi pakar kesihatan. Pada mulanya mendapat kemasyhuran untuk sumbangan beliau dengan wanita lain Ansar yang mengalu-alukan Nabi Muhammad SAW, pada ketibaan di Madinah. Rufaida Al-Aslamia digambarkan sebagai seorang, jururawat empaestetik dan penganjur yang baik. Dengan kemahiran perubatan beliau, beliau melatih wanita lain, menjadi jururawat dan bekerja dalam bidang penjagaan kesihatan.

Rufaidah telah mewakafkan dirinya untuk membantu para mujahidin. Ketika Kota Madinah dalam proses perkembangan kemajuan, Rufaidah mengabdikan diri merawat kaum muslimin yang sakit. Sebuah khemah dibina di luar Masjid Nabawi ketika suasana damai. Dan ketika Perang Badar, Uhud, Khandaq dan Khaibar, Rufaidah sentiasa bersedia di barisan belakang sebagai sukarelawan dan merawat tentera Islam yang tercedera. Nabi Muhammad SAW sendiri memerintahkan perajurit yang cedera dirawat oleh Rufaidah. Contohnya sewaktu Perang Khandaq, Sa'ad bin Mu'adz yang cedera telah dihantar ke khemah perubatan yang telah dibina. Pahlawan berani itu telah dirawat oleh Rufaidah. Dengan kepakaran yang dimiliki, Rufaidah telah berjaya mencabut anak panah yang terpacak di lengan Sa'ad. Rasulullah SAW pernah melawat Sa'ad beberapa kali ketika sedang menjalani rawatan di khemah pesakit itu. Namun hayat Sa'ad tidak lama. Beliau meninggal dunia ketika Perang Bani Quraizah berlaku. Rufaidah telah melatih sekumpulan sahabiah sebagai jururawat yang sentiasa bersedia untuk menghadapi peperangan. Apabila Rasulullah SAW sedang sedia menuju ke lokasi Perang Khaibar, Rufaidah dan rakan-rakannya pergi bertemu Rasulullah SAW. Mereka meminta kebenaran untuk turut serta menyertai rombongan para mujahidin itu ke medan perang. Lalu Rasulullah SAW pun memperkenankan permintaan mereka. Dengan penuh semangat dan keazaman yang tinggi, kumpulan jururawat tersebut telah menjalankan tugas dengan baik sehinggakan Rasulullah SAW mengurniakan sebahagian harta rampasan kepada mereka. Bahagian yang diterima oleh Rufaidah sama banyak jumlahnya dengan seorang mujahid yang turun berjihad ke medan perang.

Kisah Rufaidah ini mengajar kita bahawa Islam tidak pernah menindas wanita malahan mengangkat martabat wanita. Seperti yang kita dapat lihat Rufaidah memainkan peranan yang sangat besar dalam memperjuangkan agamanya. Peranan seumpama dengannya mungkin sukar dilihat di mana-mana kawasan lain. Malahan perkara ini terjadi di sebuah wilayah di mana tidak lama sebelum Rufaidah dilahirkan, wilayah tersebut masih mengamalkan adat menanam bayi perempuan hidup-hidup.

Oleh itu, jelaslah bahawa Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW benar-benar mengangkat martabat kaum wanita. Justeru itu, kaum wanita haruslah mencontohi keperibadian srikandi Rufaidah dan menjaga martabat serta maruah seorang wanita yang tidak mudah diperlekehkan.

427 Muharam 1441H/27 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 27 Muharam 1441H/27 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17

Iktibar Kisah Bicara Kita

Page 18: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · (a) menjual, menggadaikan, menggadai janji, menukar, ataupun dengan cara lain melepaskan milik mana-mana harta alih atau harta

“Ustaz, saya nampak kelibat Pesakit Pertama hitam semasa saya mencuci piring ustaz.”

Pesakit Kedua “Ustaz, saya nampak lembaga hitam duduk di meja makan.”

“ustaz, saya berbaring, ada Pesakit Ketiga lembaga hitam ikut berbaring sama saya ustaz.”

“Ustaz, saya naik motosikal.. Pesakit Keempat ada lembaga putih membonceng motosikal saya ustaz.”

“Ustaz, saya asyik diperhati Pesakit kelima sahaja oleh lembaga hitam di rumah saya ustaz.”

KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARANOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

HAD KUASA BAGI PENJAGA YANG DILANTIKOLEH MAHKAMAH

Oleh:Puan Siti Imrah bte Lenas

Setelah hal penjaga bagi anak-anak telah ditentukan mahkamah, maka hal mengenai kuasa penjaga yang telah dilantik mahkamah juga ditetapkan sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 97 Enakmen Undang- Undang Keluarga Islam Negeri Sabah Tahun 2004 iaitu:

(1) Seseorang penjaga bagi harta seseorang kanak-kanak yang dilantik oleh Mahkamah tidak boleh, tanpa kebenaran Mahkamah- (a) menjual, menggadaikan, menggadai janji, menukar, ataupun dengan cara lain melepaskan milik

mana-mana harta alih atau harta tak alih kanak-kanak itu; atau

(b) memajakkan mana-mana tanah kepunyaan kanak-kanak itu selama tempoh lebih daripada satu tahun.

(2) Apa-apa pelupusan harta seseorang kanak-kanak yang dilakukan bersalahan dengan seksyen ini boleh ditetapkan sebagai tak sah, dan atas penetapan itu Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang pada pendapatnya perlu untuk mengembalikan harta yang dilupuskan itu kepada kanak-kanak itu.

(3) Mahkamah tidak boleh membuat apa-apa perintah di bawah subseksyen (2) melainkan jika perlu atau baik bagi kepentingan kanak-kanak itu.

Islam menggalakkan umatnya, terutama kaum kerabat anak yang kematian ibu bapa, dapat menjaga dan mengurus harta mereka yang diperolehnya melalui proses pewarisan. Pengurusan harta anak yatim ini terus berlangsung sampai usia anak ini menjadi dewasa sebagaimana dijelaskan dalam ayat 6 surah An-Nisa yang bermaksud:

“Dan ujilah anak yatim itu sampai mereka cukup umur untuk menikah (dewasa). Kemudian jika menurut pendapatmu mereka telah cerdas (pandai memelihara harta), maka serahkanlah kepada mereka harta- hartanya. Dan janganlah kamu memakan harta anak yatim lebih dari batas kepatutan dan (janganlah kamu) tergesa-gesa (membelanjakannya) sebelum mereka dewasa. Siapa saja (di antara pemelihara itu) mampu, maka hendaklah ia menahan diri (dari memakan harta anak yatim) dan siapa saja yang miskin, maka bolehlah ia memakan harta itu menurut yang patut. Kemudian apabila kamu menyerahkan harta kepada mereka, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (tentang penyerahan itu) bagi mereka. Dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (atas persaksian itu)."

Kemudian dalam ayat 2 surah An-Nisa memperjelaskan tentang larangan memakan harta anak yatim iaitu:

“Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu akan harta mereka, dan janganlah kamu tukar gantikan yang baik dengan yang buruk, dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) kepada harta kamu, kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar.”

Hukum orang yang memakan harta anak yatim dinyatakan dalam ayat 10 surah An-Nisa yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim dengan zalim, pada hakikatnya mereka itu hanya memakan api dalam perutnya, kelak mereka akan masuk ke neraka sair.”

Oleh yang demikian, pihak penjaga yang diamanahkan untuk menjaga kebajikan anak yatim hendaklah jujur dengan tanggungjawabnya dan tidak sewenangnya menggunakan harta anak tersebut sehingga mereka teraniaya dari menerima hak mereka.

Wallahu a'lam.

Maksudnya: “Sesungguhnya syaitan dan kaumnya itu dapat melihat kamu dari tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka.” (Surah Al-A’raf ayat 27). Syaitan dan kaumnya daripada bangsa jin semuanya dapat melihat manusia kerana manusia itu jisimnya kasar, sedang manusia pula tidak dapat melihat syaitan dan jin kerana jisim mereka halus dan tidak pula ada warnanya. Mereka bolehlah diumpamakan seperti angin. Kita mengetahui angin dan dapat menentukannya tetapi kita tidak dapat melihatnya.Begitulah halnya syaitan dan jin itu, manusia tidak dapat melihat bagaimana bentuknya yang asal tetapi manusia dapat melihat kalau syaitan itu menjelma berupa manusia atau haiwan.Allah menjadikan suatu jenis pancaindera dalam mata jin yang dengannya jin itu dapat melihat manusia, sedang dalam mata manusia pula Allah SWT tidak menjadikan yang seperti itu, maka tidak dapatlah melihat jin. Adapun jin sesama jin dapat melihat antara satu sama lain kerana Allah SWT memperkuatkan sinaran mata masing-masing. Kalaulah misalnya mata manusia itu dilengkapkan dengan tenaga dan kekuatan seperti yang terdapat pada mata jin, nescaya dapatlah manusia melihat jin tetapi Allah SWT tidak menjadikan yang demikian.Kenapa manusia nampak jin?

Itulah beberapa rintihan pesakit yang mendatangi pusat rawatan saya. Semuanya nampak kelibat

KELIBATOleh:

Tuan Haji Nordin Lossin

lembaga hitam atau putih. Semuanya dalam keadaan panik, tidak boleh tidur memikirkan perkara tersebut yang terus menghantui kotak pemikiran mereka. Mereka itu, mereka yang menjaga solat dan pandai membaca al-Quran.

Dalam hubungan ini, Ibnu Abbas mengatakan bahawa Nabi (SAW) telah bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya syaitan itu menyerap ke dalam anak Adam melalui saluran darahnya. Dan dada anak-anak Adam itu menjadi tempat tinggal mereka. Melainkan orang yang dipelihara Allah (tidak dapat dimasuki).”

Maksudnya: “Yang membisikkan fikiran jahat di dalam dada (hati) manusia.” (Surah An-Nas ayat 5).

Adakah kelibat wujud?Apa yang diperkatakan oleh kesemua pesakit tersebut yang mengatakan melihat kelibat, lembaga hitam atau putih, sebenarnya benda tersebut tidak wujud.

Apa yang terjadi ialah syaitan melalui dari dalaman badan pesakit atau empunya tubuh, memancarkan melalui mata pesakit tersebut agar mereka melihat apa yang disebut kelibat. Ini sebenarnya yang terjadi. Ini bolehlah diterjemahkan seperti projektor yang memancarkan cahaya atau output ke skrin. Ianya berlaku bukan di sana tetapi dari dalam badan pesakit itu sendiri.

Jika pesakit menghuni rumah sewa dan di dalam rumah tersebut ia melihat kelibat, sebenarnya bukan di dalam rumah tersebut tetapi ianya dari dalam badan pesakit yang dipancarkan oleh syaitan melalui mata pesakit. Ini yang menyebabkan pesakit tersebut berpindah dari satu rumah sewa ke satu rumah sewa.

RUJUKAN:● Tafsir Al-Quran, Ahmad Sonhadji Mohamad, muka surat 152 -

153.● Mengenali Makhluk Allah bergelar Jin, Hakikat & Pengubatan,

Dato Hj. Ismail Kamus, muka surat 73.

1827 Muharam 1441H/27 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 27 Muharam 1441H/27 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 3

Islam dan Perubatan Enakmen Kita

Page 19: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · (a) menjual, menggadaikan, menggadai janji, menukar, ataupun dengan cara lain melepaskan milik mana-mana harta alih atau harta

DICETAK OLEH PENCETAK KERAJAAN,POLITIN @ WENEN BIN MOBIJI, A.S.D.K., A.D.K., B.S.K., JABATAN CETAK KERAJAAN,

SABAH, MALAYSIA.2019.

Kehadiran Ustaz Abdul Somad buat kali ke-2 ke negeri Sabah telah mewarnai akitivi dakwah di negeri ini. Ceramah yang santai dan mudah difahami sangat menarik perhatian orang ramai dari awal hingga akhir. Jadualnya yang padat selama 4 hari beliau berada di sini tidak menampakan kelelahan atau rasa kurang senang beliau terhadap jadual yang telah diaturkan. Ke mana dan di mana saja beliau memberi ceramah pasti akan dipenuhi oleh orang ramai yang setia menunggu 1 atau 2 jam sebelum kehadiran beliau.

Mengapa beliau cukup diminati? Atau mengapa setiap kali ceramah beliau akan dibanjiri oleh ribuan orang? Mengikut pandangan kebanyakan penulis di Indonesia, ustaz Abdul Somad adalah salah satu pendakwah paling popular di Indonesia ketika ini. Kepopularannya dianggap sudah melebihi penceramah-penceramah senior sebelum ini seperti Abdullah Gymnastiar (Aa Gym) dan Zainuddin MZ. Ustaz Abdul Somad juga mendapat jolokan sebagai "Dai Sejuta View", yang rakaman ceramah di akaun YouTubenya mencecah lebih dari 50 juta kali tontonan. Jumlah pengikutnya di Facebook mencapai lebih dari 1 juta orang, sementara di Instagram mencapai lebih dari 2 juta orang.

Pandangan seorang penulis lagi, ustaz Abdul Somad adalah pendakwah yang berhasil memanfaatkan perkembangan teknologi untuk menaikkan popularitinya, ini kerana kecenderungan masyarakat kini yang mengunakan internet sebagai media tatapan harian.

Ustaz Abdul Somad juga adalah penceramah yang berkebolehan dalam menarik perhatian penonton. Salah satu ciri khas beliau ialah sifat humornya untuk menyampaikan nasihatnya kepada khalayak secara bersahaja. Beliau juga sering kali berinteraktif dengan orang ramai melalui ruang soal jawab yang disediakan olehnya. Komunikasi dua hala ini mampu mendekatkan penceramah dengan khalayaknya.

Dalam hal ini, beliau bukan hanya mempunyai penguasaan yang baik dalam semua bidang ilmu keislaman dan dalil-dalil tetapi juga sebagai ahli komunikasi yang terbaik dalam menyampaikan ceramahnya kepada khalayaknya. Semoga akan ada penceramah seperti ustaz Abdul Somad di negeri ini.

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)PENASIHAT

YBhg. Ustaz Haji Saifulzaman bin SangulPengarah

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahKETUA EDITOR

Ustaz Mohamad Sidik Haji Awang AdiTimbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Abd. Razak Hamdin

EDITOR/KETUA PENYELARASUstaz Asmuni Ali

([email protected])SIDANG PENGARANG

Adi Pitang([email protected])

Ustaz Asmuni Ali([email protected])

Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)([email protected])

Ustaz Abdillah Haji Nanun([email protected])

Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])Tuan Haji Nordin Lossin

([email protected])Encik Abdu Khalil bin Hassan

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriEncik Mohammad Syafiq Ismail

Encik Mohd Azrul Nizam bin JunaidiUstaz Amiruddin Mohd Rosdi

Puan Rashiqah Mardhiyyah binti JasriCik Ning Amirah Malinda binti Jominal

Cik Nursyuhada Aspar

PENGURUSANEncik Daut Haji Insun

GRAFIKEncik Azmi bin Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahBeg Berkunci 103, Tingkat 9, Blok B, Wisma MUIS

88737 KOTA KINABALUTel.: 088-522222

Faks: 088-253449

WADAH HIDAYAH

Wadah hidayah initunas tulus suara jiwakita semai bersamamoga mencambah aroma wangi bungamengharum di taman ukhuwah.

Pada ladang nurani inijuga tumbuh seloka gurindamselawat dan kewajiban insanakur akan titah perintah-Nyaamanah luhur penyeri alam.

Jangan ada sesawangmengaburi pandanganmeracuni penderiaanmengundang dukakelam berpanjangan.

Akrab pupuklah perpaduan ummahnegarakan tetap bermaruahdalam lindungan keredhaanAllah 'Azza Wa Jalla.

Oleh:Duliam SuariBadan Bahasa dan Sastera SabahKota Kinabalu

227 Muharam 1441H/27 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 27 Muharam 1441H/27 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 19

Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam

Page 20: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · (a) menjual, menggadaikan, menggadai janji, menukar, ataupun dengan cara lain melepaskan milik mana-mana harta alih atau harta