Dunia:Tumbuh-Tumbuhan Semula Jadi
UNIT 12: TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR
Hutan di Malaysia memang kaya dengan pelbagai spesis tumbuhan semula jadi
dan hidupan liar. Suhu yang tinggi kira-kira 27oC serta hujan lebat kira-kira 2
600mm yang turun sepanjang tahun di Negara kita sungguh sesuai untuk
pertumbuhan pelbagais sepsis tumbuhan dan haiwan. Bagi tumbuhan semula
jadi, kira-kira 15 000 spesis tumbuhan dapat ditemukan di hutan kita.
Dalam unit ini kita akan mengenal pelbagai jenis tumbuhan semula jadi
serta pelbagai jenis hidupan liar yang terdapat di hutan Negara kita
12.1 Jenis dan Taburan Tumbuhan Semula Jadi di Malaysia
Taburan tumbuhan semula jadi meliputi beberapa kawasan hutan seperti yang
ditunjukkan dalam Peta 12.1 ini.Hutan hujan tropika, hutan paya, hutan
pantai, dan hutan gunung kebanyakkannya diliputi tumbuhan semula jadi yang
malar hijau.
Hutan Hujan Tropika
Hutan hujan tropika merupakan hutan yang paling luas di Malaysia. Hutan
ini meliputi kira-kira 19 juta hektar kawasan Malaysia. Kira-kira 46% daripada
keluasan hutan in terdapat di Sarawak, 31% di Semanjung Malaysia, dan 23%
di Sabah.
Pokok-pokok hutan hujan tropika tumbuh dengan ketinggian yang
berbeza dan kelihatan berlapis-lapis. Pada umumnya ahli botani membahagikan
hutan ini kepada empat lapisan iaitu lapisan renjong (emergen), kanopi
(silara), lapisan tengah dan lantai hutan. Disini terdapat ciri yang
membezakan lapisan tersebut.
Hutan ini padat dan banyak sepsis tumbuhannya. Tumbuh-tumbuhan di hutan ini adalah
malar hijau kerana tiada musim luruh yang nyata. Daunnya lebar, berbulu, berlilin dan
liat. Hujung daun berbentuk tirus untuk membolehkan air hujan mengalir turun dengan
cepat dan mudah. Kebanyakkan pokok di lapisan renjong (ketinggian antara 40 hingga
50 meter) berkayu keras dan tumbuh rapat-rapat. Batangnya lurus dan tinggi untuk
mendapatkan cahaya matahari. Keadaan pokok yang demikian memerlukan akar yang
kuat. Oleh itu, pokok-pokok begini berakar banir sebagai sokongan. Antara pokok yang
berakir banir termasuklah pokok cengal, kapur, kempas, senduduk, tualang, mersawa
dan meranti. Pokok-pokok hutan ini tumbuh bercampur aduk (banyak spesis yang
tumbuh di satu-satu kawasan yang kecil) dan bukan berdirian tulen.
Di lapisan kanopi (ketinggian antara 20 hingga 40 meter),ranting dan daun-daunnya
merimbun dan membentuk lapisan pelindung cahaya matahari. Antara beberapa contoh
pokok di lapisan ini termasuklah kedondong , kandis, penarahan, dan kelat.
Tumbuhan yang mecapai lapisan tengah (ketinggian antara 10 hingga 20 meter) adalah
pokok-pokok kecil. Terdapat juga tumbuhan jenis epifit seperti paki langsuyar dan paku
tanduk rusa yang hidup menumpang di atas pokok lain. Liana pula sejenis tumbuhan
yang memanjat pokok lain bagi mendapatkan cahaya matahari. Contohnya ialah
rotan. Ada juga herba dan orkid yang memanjat pokok lain untuk mendapatkan air,
garam dan mineral daripada kulit pokok tersebut. Tumbuhan ini dikenali
sebagai parasit.
Oleh kerana pokok tumbuh rapat-rapat, cahaya matahari terhalang daripada sampai ke
lantai hutan. Keadaan ini menyebabkan lantai hutan (ketinggian kurang daripada 10
meter) mempunyai tumbuhan yang jarang. Bahagian hutan ini adalah gelap dan
lembap. Lapisan ini diliputi oleh daun kering dan bahan reput yang tebal. Keadaan ini
sesuai untuk tumbuhan saprofit yang hidup memakan bahan reput. Contohnya ialah
kulat dan cendawan.
Hutan hujan tropika mnjadi habitat (kediaman) bagi pelbagai jenis hidupan liar.
Rajah 12.2 menunjukkan hidupan yang berbeza-beza di keempat-empat lapisan hutan hujan tropika.
Hutan Paya
Hutan paya meliputi kawasan tumbuh-tumbuhan yang sering ditenggelami air.
Terdapat dua jenis hutan paya, iaitu hutan paya air masin dan hutan paya ait tawar.
Hutan Paya Air Masin
Hutan paya air masin banyak terdapat di kawasan pinggir laut yang berlumpur dan terlindung tetapi
ditenggelami air laut semasa air pasang. Antara beberapa kawasan hutan paya air masin termasuklah Larut
Matang di Perak (kawasan pantai sepanjang 50 kilometer), sebahagian pantai Kuala Selangor, pantai
Samarahan – Sadong di Sarawak, dan bahagian Delta Labuk – Sungut di Sabah.
Hutan paya air masin ditumbuhi pokok bakau, nipah, lenggadai, tumu merah, paku-pakis, gelam, ramin,
jongkong dan nibung. Hutan ini adalah malar hijau. Spesies tumbuhan utama yang terdapat di hutan paya air
masin ialah pokok bakau. Antaranya termasuklah pokok bakau api-api, bakau kurap, dan bakau
minyak. Batang pokok bakau tumbuh lurus. Ranting dan daun-daun pokok merimbun dan membentuk
lapisan kanopi uang sekata. Hutan unu tidak mempunyai tumbuhan bawah yang banyak.
Pokok bakau mempunyai daun yang lebar dan liat. Daunnya mempunya kelenjar yang mengeluarkan
garam yang berlebihan dalam pokok ke permukaan daun. Terdapat juga pokok-pokok yang menyimpan garam
berlebihan ini dalam daun-daun tua. Daun-daun ini akan kering dan gugur. Garam dikeluarkan juga melalui
akarya.
Bahagian pokok bakau yang ditenggelami air masin mengalami kekurangan oksigen. Spesies bakau
mempunyai sistem akar yang terdiri daripada akar ceracak, akar jangkang, dan akar banir. Akar
ceracak adalah akar penafasan. Akar ini tumbuh secara menegak keluar dari permukaan tanah lumpur.
Contohnya pokok bakau yang mempunyai akar sebegini alah bakau api-api dan perepat. Pokok bakau kurap
dan bakau minyak mempunyai akar jankang. Akar-akar ini tumbuh di bahagian bawah
Tumbuhan ini berbeza-beza mengikut jarakdari laut. Jauh ke darat terdapat
pokok nibung dan paku pakis laut. Di kawasan yang semakin hamper ke laut
terdapat pokok nipah. Di sepanjang pinggir laut terdapat pokok bakau.
Kawasan ini sering ditenggelami air laut.
Hutan Paya Air Tawar
Hutan paya air tawar terdapat di kawasan pedalaman yang bersaliran buruk (bertakung
air). Kawasan ini sering ditenggelami air khususnya air sungai dan tasik. Pokok-pokok
tumbuh di atas tanih aluvium, tanih gambut dan tanih liat. antara beberapa kawasan
hutan paya air tawar termasuklah disekitar Tasik Chini dan Tasik Bera di negeri
Pahang, sebahagian Sabak Bernam di Selangor, kawasan Tenggara Pahang dan Delta
Rajang di Sarawak.
Di semenanjung Malaysia, antara jenis pokok yang tumbuh di hutan ini ialah
mengkuang, mersawa paya, meranti paya dan kapur paya. Pokok-pokok ini adalah
jenis pokok kayu keras. Pokok-pokok tumbuh bercampur aduk. Batangnya besar, lurus
dan tinggi. Pokok tumbuh rapat-rapat dan tidak mempunyai dahan di bahagian
bawahnya. Pokok nipah tumbuh dengan banyaknya di kawasan hutan paya air tawar.
Terdapat juga pokok paku-pakis, periuk kera, dan rotan. Daun pokoknya adalah lebar,
berkilat, berbulu, dan berlilin. Hujung daunya berbentuk tirus untuk memudahkan air
hujan mengalir melaluinya. Manakala, daun pokok nipah pula adalah besar dan
panjang.
Pokok-pokok dihutan ini mempunyai akar yang sesuai untuk tumbuh dalam
keadaan air yang bertakung. Pokok bintagur mempunyai akar udara. Pokok perupuk
mempunyai akar pneumatofor (knee). Pokok kelat dan merbulan mempunyai akar
jangkang. Pokok meranti mempunyai akar banir. Akar udara dan akar pneumatofor
membantu pokok menyerap oksigen daripada udara. Akar jangkang dan akar banir
pula dapat menyokong pokok daripada mudah tumbang dikawasan yang menakung air.
Hutan paya air tawar mempunyai profail yang berlapis-lapis. Terdapat tiga lapisan
yang nyata dihutan ini, iaitu kanopi (silara), lapisan tengah, dan lapisan pokok renek.
Di hutan paya air masin dan hutan paya air tawar banyak terdapat ikan,
udang, kerang dan ketam. Selain itu, terdapat juga monyet,kera belanda, memerang,
ular, buaya, burung helang dan serangga seperti kelip-kelip.
Hutan Pantai
Hutan pantai banyak terdapatdi kawasan pantai yang berpasir. Antara kawasan itu
termasuklah kawasan di sepanjangPantai Cahaya Bulan di Kelantan,
Pantai Tanjung Rhu di Pulau Langkawi, Desaru di Johor,
Batu Feringghi di Pulau Pinang, Pulau Sipadan di Sabah, dan
Pulau Talang di Sarawak.
Di hutan ini terdapat pokok-pokok seperti ru, bintagor laut, jemerlang laut, bebaru,
kelat jambu laut, mengkuang, pokok kelapa dan pokok renek.
Di sepanjang pantai terdapat pokok-pokok yang mempunyai ketinggian yang berbeza-
beza. Pokok ru tumbuh tinggi sehingga 40 meter. Pokok kelat jambu laut yang
sederhana besar, tumbuh antara 25 hingga 30 meter tinggi. Pokok ambong-ambong
adalah tumbuhan renek yang mencapai ketinggian 6 meter sahaja. Kebanyakkan
pokok hutan pantai mempunyai rimbunan daun yang tebal dan lebar, manakala pokok
ru pula berbentuk silinder. Batang pokok ru lurus dan tinggi. Kulit batang pokok ru
agak berbeza sedikit kerana mempunyai dahan-dahan kecil yang berwarna hijau yang
berfungsi sebagai daun sisik.
Tumbuhan menjalar seperti tapak kuda sesuai hidup di kawasan pantai
yang berpasir. Tumbuha ini mempunyai akar yang dapat merebak dan menjalar jauh
ke dalam tanah untuk mendapatkan air tawar. Akar yang demikian juga
menguatkan cengkaman pokok di pasir yang longgar.
Profil hutan pantai menunjukkan perbezaan tumbuhan semulajadi mengikut
jarak dari laut. Pokok tapak kuda tumbuh paling hampir dengan laut. Pokok ru tumbuh
dikawasan yang agak jauh sedikit dari kawasan pokok tapak kuda. Di kawasan ini
terdapat juga rumput-rumput kasar jenis menjalar. Pokok renek tumbuh di belakang
pokok ru serta diikuti pokok mengkuang dan pokok kelapa.
Di hutan pantai terdapat juga pelbagai hidupan liar seperti kera, ular, biawak ,
tupai, burung dan serangga. Lihat Foto ini.
12.5 Hutan Gunung
Hutan gunung banyak terdapat di kawasan tanah tinggi yang melebihi 1200 meter.
Antara beberapa kawasan yang diliputi hutan gunung termasuklah kawasan Gunung
Kinabalu di Sabah, Gunung Tahan, Bukit Fraser, Tanah Tinggi Cameron di Pahang, dan
Gunung Jerai di kedah. Hutan gunung mempunyai pelbagai tumbuhan, contohnya
pokok daun luruh seperti oak dan pokok daun tirus seperti pokok renek, contohnya
orkid.
Tumbuhan semulajadi dikawasan gunung berbeza-beza mengikut ketinggian
kawasan. Rajah 12.7 menunjukan profil hutan gunung di Gunung Kinabalu Sabah. Di
kawasan gunung yang tingginya antara 1200 hingga 1800 meter terdapat hutan
montane bawah. Hutan ini dikenali juga sebagai hutan luruh kerana mempunyai pokok
oak dan laurel. Ketinggian pokok adalah di antara 15 hingga 33 meter. Terdapat banyak
tumbuhan epifit, misalnya orkid dan paku langsuyar yang tumbuh dilapisan ini.
Di kawasan yang tingginya antara 1800 hingga 2900 meter terdapat hutan montane
atas. Jenis hutan ini adalah seperti terdapat di Bukit Fraser dan Tanah Tinggi Cameron.
Di hutan ini, terdapat pokok-pokok daun tirus seperti seperti pokok pain, sprus, dan
gelam gunung. Keadaan suhu yang lebih rendah dan tiupan angin yang kencang
menyebabkan kebyakkan pokok rendah-rendah. Ketinggian pokok-pokok adalah
diantara 1.5 hingga 18 meter.
Hutan ini terdiri daripada satu lapisan sahaja. Epifit seperti liken dan lumut
tumbuh di dahan-dahan pokok. Terdapat juga Rafflesia, periuk kera, dan pokok
rhododenron di hutan ini. Lantai hutan yang lenbab pula ditumbuhi lumut.
Kawasan yang tingginya antara 2900 hingga 3500 meter
ditumbuhi tumbuhan hampir alpain. Di sini terdapat hutan campur jenis pokok kerdil
dan rumput. Terdapat pokok renek konifer, rumput jenis Low’s Buttercup, Borneo
eyebright, red sanicle dan periuk kera. Kawasan ini yang tingginya melebihi 3500 meter
ditumbuhi tumbuhan alpain. Di kawasan ini jarang terdapat tumbuhan. Ada kawasan
yang tidak mempunyai pokok kecuali semak samun renek seperti rhododendron,
rumput, dan orkid. Tumbuhan hampir alpain dan tumbuhan alpain hanya terdapat d
Gunung Kinabalu.
Jenis fauna yang hidup di hutan gunung berbeza-beza juha mengikut
ketinggian. Di hutan montane bawah terdapat harimau dahan, kucing batu, ungka,
binturong, musang, katak, burung dan serangga. Di hutan montane atas terdapat
burung, ferretbadger, tikus, burung, dan serangga.
Bunga Rafflesia, bunga terbesar di dunia. Bunga ini dapat tumbuh sehingga setebal 1.9
cm, selebar 91cm dan seberat 7kg. Rafflesia ditemukan di Gunung Kinabalu, Sabah.
Fauna yang terdapat di hutan gunung
Terima
Kasih