Top Banner
1. Pengenalan Permainan Bola Jaring Permainan bola jaring merupakan sukan yang dimainkan dikalangan wanita. Perkembangan dan pembangunannya yang pesat telah meletakkannya sebagai salah satu sukan bertaraf antarabangsa yang diminati khasnya di negara-negara Komanwel. Dr. James Naismith, seorang berbangsa Kanada, telah memperkenalkan sukan dalaman untuk penuntut Bahagian Latihan Fizikal, Kolej Springfield, Massachusetts, Amerika Syarikat dalam tahun 1891. Beliau menggunakan bola yang cukup besar untuk mudah diterima dan dihantar serta tidak boleh berlari dengan bola. Gol yang digunakan diperbuat daripada bakul yang diletak di tempat tinggi sebagai satu cabaran yang dapat memberi tumpuan kepada kemahiran. Selain daripada kekuatan, Dr. James Naismith menetapkan tiga belas (13) undang-undang bagi permainan ini. Permainan ini bertambah popular apabila jaring diperkenalkan dan undang-undang serta aspek kemudahan dimurnikan dan Bola Jaring tercipta. Bola Jaring (atau asalnya dikenali sebagai bola bakul/basket ball) dibawa ke England dari Amerika Syarikat oleh Dr. Toles semasa beliau melawat Kolej P.T. Osterberg dalam tahun 1895. Beliau memperkenalkan permainan di mana bola dijaringkan ke dalam bakul sampah. Pasukan Madam Osterberg mendapat reputasi antarabangsa melalui Kolej Dartford. Pada tahun 1897, bola jaring dimainkan atas padang rumput di seluruh United Kingdom. Setelah permainan bertambah canggih, kawasan/zon permainan baru, yang menggambarkan gelanggang terbahagi kepada tiga kawasan diperkenalkan. Dalam tahun 1957, di 1
20

Set 2 bola jaring

Feb 07, 2023

Download

Documents

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Set 2 bola jaring

1. Pengenalan Permainan Bola Jaring

Permainan bola jaring merupakan sukan yang dimainkan

dikalangan wanita. Perkembangan dan pembangunannya yang pesat

telah meletakkannya sebagai salah satu sukan bertaraf

antarabangsa yang diminati khasnya di negara-negara Komanwel. Dr.

James Naismith, seorang berbangsa Kanada, telah memperkenalkan

sukan dalaman untuk penuntut Bahagian Latihan Fizikal, Kolej

Springfield, Massachusetts, Amerika Syarikat dalam tahun 1891.

Beliau menggunakan bola yang cukup besar untuk mudah diterima dan

dihantar serta tidak boleh berlari dengan bola. Gol yang

digunakan diperbuat daripada bakul yang diletak di tempat tinggi

sebagai satu cabaran yang dapat memberi tumpuan kepada kemahiran.

Selain daripada kekuatan, Dr. James Naismith menetapkan tiga

belas (13) undang-undang bagi permainan ini. Permainan ini

bertambah popular apabila jaring diperkenalkan dan undang-undang

serta aspek kemudahan dimurnikan dan Bola Jaring tercipta. Bola

Jaring (atau asalnya dikenali sebagai bola bakul/basket ball)

dibawa ke England dari Amerika Syarikat oleh Dr. Toles semasa

beliau melawat Kolej P.T. Osterberg dalam tahun 1895. Beliau

memperkenalkan permainan di mana bola dijaringkan ke dalam bakul

sampah. Pasukan Madam Osterberg mendapat reputasi antarabangsa

melalui Kolej Dartford.

Pada tahun 1897, bola jaring dimainkan atas padang rumput di

seluruh United Kingdom. Setelah permainan bertambah canggih,

kawasan/zon permainan baru, yang menggambarkan gelanggang

terbahagi kepada tiga kawasan diperkenalkan. Dalam tahun 1957, di

1

Page 2: Set 2 bola jaring

suatu mesyuarat yang diadakan di London, persetujuan mengenai

penggunaan undang-undang telah dicapai bersama oleh England,

Australia, New Zealand, Northern Ireland, Afrika Selatan, Amerika

Syarikat dan Wales. Persekutuan antarabangsa telah ditubuhkan

dalam mesyuarat yang diadakan di Ceylon pada Ogos 1960. Mesyuarat

telah dihadiri oleh wakil-wakil dari England, Australia, New

Zealand, Afrika Selatan, Ceylon dan Indies Barat. Perlembagaan

dan etika undang-undang permainan antarabangsa telah dipersetujui

bersama semasa mesyuarat.

Pada asalnya, bola jaring telah diperkenalkan di Tanah

Melayu oleh mubalighmubaligh Kristian dari England kepada

pelajar-pelajar sekolah rendah Inggeris di negeri-negeri Selat

pada zaman pemerintahan British. Pada lewat 1960an, Majlis Sukan

Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) ditubuhkan dan di bawah

kepimpinan Pengerusi Teknik Puan Teh Gin Sooi, bola jaring mula

berkembang dengan meluas. Dari 1970an hingga lewat 1980an, bola

jaring di Malaysia telah dimainkan di kalangan pelajar wanita di

sekolah, kolej, universiti serta jabatan kerajaan dan kelab.

Persatuan Bola Jaring Selangor adalah merupakan persatuan pertama

yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftar pada awal 1970an. Ini

diikuti oleh beberapa negeri lain seperti Pulau Pinang, Perak,

Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang. Kesemua persatuan-

persatuan negeri ini bergabung dengan Persatuan Bola Jaring

Malaysia (PBJM) Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) telah

ditubuhkan pada 21 Mac 1978 di bawah naungan Almarhumah Ke bawah

DYMM Tengku Ampuan Pahang. Sehingga tahun 1990 bila Persatuan

2

Page 3: Set 2 bola jaring

Bola Jaring Negeri Sabah diterima menjadi Ahli Gabungan

menjadikannya Ahli Gabungan negeri yang terakhir ditubuhkan, PBJM

mempunyai 16 ahli gabungan yang terdiri daripada 13 Ahli Gabungan

dari

negeri-negeri dan 3 Ahli Gabungan dari bukan negeri iaitu Polis

Diraja Malaysia, angkatan Tentera Malaysia dan Lembaga Letrik

Negara. Pada tahun 1990 juga Lembaga Letrik Negara menjadi Tenaga

Nasional Berhad. Kini PBJM mempunyai 17 Ahli Gabungan iaitu

terdiri daripada semua 14 buah negeri di seluruh Malaysia dan 3

Ahli Gabungan bukan negeri. PBJM telah bergabung dengan Majlis

Olimpik Malaysia (MOM) sejak tahun 1980 dan dengan Persekutuan

Bola Jaring Antarabangsa (IFNA) bermula dari tahun 1982. Apabila

Persekutuan Bola Jaring Asia ditubuhkan dalam tahun 1985,

Malaysia menjadi salah satu ahli pengasas.

Salah satu daripada aktiviti utama PBJM ialah menganjurkan

kejohanan bola jarring di peringkat kebangsaan. Dua kejohanan

tahunan yang diadakan di peringkat kebangsaan ialah Kejohanan

Bola Jaring Kebangsaan dan Kejohanan Bola Jaring Bawah 21 Tahun.

Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan (KBJK) telah diadakan sejak

tahun 1979. Ia terbuka kepada semua Ahli Gabungan. Kejohanan Bola

Jaring Bawah 21 Tahun bermula pada tahun 1984. Kejohanan di

peringkat kebangsaan merupakan medan bagi pemilihan pemain ke

peringkat antarabangsa.

3

Page 4: Set 2 bola jaring

2. Senarai kemahiran asas yang perlu dikuasai

Terdapat beberapa kemahiran asas yang utama dalam permainan bola

jaring seperti ditunjukkan di bawah:

2.1 HANTARAN

Terdapat pelbagai teknik hantaran dalam sukan bola jaring seperti

hantaran aras dada, bahu, lantun, sisi dan seumpamanya. Pemain

perlu cekap semasa membuat hantaran dan menerima hantaran

4

Empatkemahiran asas

2.1 Hantaran

2.2 Gerak kaki

2.3 Menghadang

2.4 Menjaring

Page 5: Set 2 bola jaring

tersebut agar pihak lawan sukar untuk menepis dan merebut

hantaran bola anda. Paparan di bawah akan menunjukkan taknik

kemahiran hantaran dada, bahu dan lantun

2.1.1 Hantaran Aras Dada

Hantaran aras dada dilakukan secara menolak bola dari paras

dadadan menuju terus ke penerima rakan sepasukan. Ia merupakan

hantaran yang kuat, cepat dan pantas kerana pemain perlu

menghantar bola bersesuaian dengan jarak antara penerima.

Langkah 1:

Kedudukan bola dan

badan semasa posisi

bersedia.

Langkah 2:

Kedudukan badan

selepas bola

Langkah 3:

Pandangan hadapan

semasa bola

dilepaskan (ikut

lajak)

Prosedur/ ansur maju latihan kemahiran asas yang dicadangkan

Aktiviti Prosedur Gambar Rajah

5

Page 6: Set 2 bola jaring

Aktiviti 1

Organisasi:• 6 murid.• Bola.

1) Hantaran dada mengikut arah jam.

2) Menerima bola, pivot dan menghantar bola kepada rakan.

3) Lakuan sehingga habis pusingan dan ulang mengikut arahlawan jam.

Aktiviti 2

Organisasi:• 6 murid.• Bola.

1) X membaling kepada X1, X1 menerima danmembaling semula kepada X.

2) Pelakuan diteruskansehingga X5.

3) X akan bertukar tempat dengan X1 sebagai pembaling.

4) Ulangan diteruskan sehingga X5 menjadipembaling.

Aktiviti 3

Organisasi:• 6 murid.• Bola.

1) X baling pada X1, X1 baling semula kepada X, X1 lari ke belakang X, X akan membaling bolakepada X2, lakuan diteruskan sehinggake X5.

2) X5 akan mengambil tempat X, X akan mengantikan tempat X1.

3) Pelakuan akan diulang sehingga X5mengambil tempat X.

6

Page 7: Set 2 bola jaring

Aktiviti 4

Organisasi:• 8 murid.• Bola.

1) Pasangan pertama bergerak dengan membuat hantaran paras dada sehinggamelepasi garisan.

2) Setelah melepasi garisan, pemain perlu bergerak secara sisi dan berlari anak semulake tempat permulaan.

3) Perlakuan akan diteruskan oleh pasangan berikut sehingga setiap pasangan tamat tigaulangan.

2.1.2 Hantaran Aras Bahu

Semasa ingin membuat hantaran ini, kaki perlu dibuka seluas bahu

dan semasa membuat balingan, tangan kanan dihanyun ke belakang.

Tolak bola dengan menggunakan pergelangan tangan dalam masa yang

sama tukar berat badan dari kaki belakang ke kaki hadapan.

Langkah 1: Langkah 2: Langkah 3:

7

Page 8: Set 2 bola jaring

Cara memegang bola Pergerakan awal

sebelum melakukan

hantaran.

Kedudukan badan

selepas melakukan

hantaran.

Prosedur/ ansur maju latihan kemahiran asas yang dicadangkan

Aktiviti Prosedur: Gambar RajahAktiviti 1: Zig Zag

Organisasi:• 5 orang murid (berdiri bentuk zig zag).• bola.

1) X1 menghantar bola aras bahu kepada X2, X2 kepada X3 dan seterusnya kepada X5.

2) X5 akan menghantar bola semula kepada X4, X4 kepada X3 dan seterunya kepada X1.

Aktiviti 2: Ketepatan Hantaran

Organisasi• 3 murid (berdiri dalam satu barisan).• Bola, Gelung.

1) X2 memegang gelung.2) X1 menghantar bola

kepada X3.3) X3 menerima dan

menghantar semula kepada X1.

4) Aras ketinggian gelung dipelbagaikan.

5) Jarak pembaling boleh dipelbagaikan

Aktiviti 3: Daimond

Organisasi• 5 orang murid.

1) X1 berlari 45° dan menerima hantaran daripada X, dan menghantar semula kepada X2, kemudianberlari mengambil

8

Page 9: Set 2 bola jaring

• Kon.• 2 biji bola.

tempat X.2) X akan berlari 45°

dan menerima hantaran daripada X2 dan menghantar semula kepada X1, kemudian berlari mengambil tempat dibelakang X4.

3) Pelakuan diteruskansehingga X4 menggantikan tempatX3.

Aktiviti 4:Tulang Ikan

Organisasi:• 5 Murid.• Bola.

1) X1 akan berlari ke hadapan untuk menerima bola daripada X dan hantar semula kepada X.

2) X3 akan berlari ke hadapan untuk menerima bola daripada X dan hantar semula kepada X.

3) lakuan akan diteruskan oleh X2 dan X4.

4) Ulangan akan dibuatdengan X1 menggantikan tempatX sebagai pembaling.

5) Aktiviti selesai apabila X4 bertindak sebagai pembaling.

9

Page 10: Set 2 bola jaring

2.1.3 Hantaran Lantun

Hantaran lantun sering digunakan apabila terdapat remain pemain

berkumpul di satu-satu kawasan gelanggang, terutamanya berdekatan

dengan kawasan jaring. Hantaran ini rendah sahaja dan dilakukan

apabila pemain lawan lebih tinggi daripada pemain yang membuat

atau menerima hantaran.

Cara memegang bola

dan kedudukan badan

(Posisi bersedia)

Kedudukan badan

selepas hantaran

lantun

Prosedur/ ansur maju latihan kemahiran asas yang dicadangkan

Aktiviti Prosedur Gambar RajahAktiviti 1:Lantun Bertiga

Organisasi:• 3 orang murid

1) X1 melantun bola kepada X2, X2 menerima dan melantun bola kepada X3, X3 menerima dan melantun bola

10

Page 11: Set 2 bola jaring

• Bola kepada X1.2) Ulang langkah 1

sebanyak 5 kali

Aktiviti 2:Lantun Kiri Kanan

Organisasi• 4 orang murid.• 1 bola.

1) X1 lantun bola kepada X3 dengan menggunakan tangan kanan, X3 terima dan melantun semuladengan menggunakan tangan kanan.

2) Ulang sehingga limalantunan dan tukar menggunakan tangan kiri dengan lima ulangan.

3) Lakuan diteruskan oleh X2 dan X4 seperti di sebelah

Aktiviti 3:Lantun DalamGelung

Organisasi:• 6 - 8 orang murid.• 1 bola.• 2 gelung.

1) X1 akan lantun bolake dalam gelung di hadapan X4, X4 akanmenerima bola dan melantung semula kepada X2, X1 akan berlari ke belakangX3 dan X4 akan belari ke belakang X6.

2) Lakuan akan diulangsehingga X3 dan X6 berada di hadapan.

2.2 Gerak Kaki

11

Page 12: Set 2 bola jaring

Pemain bola jaring banyak menggunakan pergerakan kaki untuk

membuat hantaran atau menerima bola, kebolehan untuk berhenti,

menukar arah pergerakan, membebaskan diri daripada kawalan pihak

lawan, membuat halangan, pelbagai gerakan pertahanan dan teknik

membuat jaringan.

.Langkah 1:

Posisi bersedia

Langkah 2:

Menerima bola dan

mendarat dengan

sebelah kaki.

Langkah 3:

Pivot selepas

mendarat.

Prosedur/ ansur maju latihan kemahiran asas yang dicadangkan

Aktiviti Prosedur Gambar RajahAktiviti 1:Berlari dan terima bola

Organisasi:• 7 orang murid• 2 bola• X sebagai penghantar

1) X1 hantar bola aras bahu kepada X dan X terima serta hantar semula kepada X1

2) X1 akan lari ke hadapan bermula dengan kaki kanan-kiri-kanan dan terima bola aras bahu dari X dan mendarat sebelah kaki. X1 pivot

12

Page 13: Set 2 bola jaring

mengadap X3 dan lob bola kepada X3.

3) X2 hantar bola aras bahu kepada X dan X terima serta hantar semula kepada X2

4) X2 akan lari ke hadapan bermula dengan kaki kiri-kanan-kiri dan terima bola aras bahu dari X dan mendarat sebelah kaki. X2 pivot mengadap X4 dan lob bola kepada X4.

5) Aktiviti diteruskan oleh X3-X4-X5-X6

6) Lakuan diteruskan sehingga X6 menjadi penghantar

2.3 Menghadang

Apabila menyerang, pemain mestilah pantas mengatasi lawannya dan

bergerak mencari ruang kosong untuk menerima hantaran. Pemain

boleh melepaskan diri daripada kawalan pasukan lawan dengan

mengelak, melompat, atau menukar haluan semasa berlari. Manakala

pemain hendaklah menghalang pasukan lawan membuat hantaran atau

jaringan sewaktu bertahan. Lazimnya, kawalan dilakukan secara

satu lawan satu di mana setiap pemain akan mengawal lawannya

sepanjang permainan.

13

Page 14: Set 2 bola jaring

Langkah 1:

Kedudukan sedia

Langkah 2:

Pergerakan awal

sebelum melakukan

hadangan hantaran

Langkah 3:

Kedudukan badan

selepas melakukan

hadangan

Prosedur/ ansur maju latihan kemahiran asas yang dicadangkan

Aktiviti Prosedur Gambar RajahAktiviti 1:Mengadang Bertiga

Organisasi:• 3 orang murid• 1 bola• Bib (defend/attack)

1) X1 memegang bola2) X2 berdiri di

hadapan dalam jaraktiga kaki

3) X1 cuba menghantar bola kepada X3

4) X2 mengadang dan cuba mendapatkan bola

5) Lakuan diteruskan sehingga X2 membuat10 kali percubaan dan diganti oleh X3sebagai pengadang

6) Aktiviti selesai apabila X1 menjadi pengadang

14

Page 15: Set 2 bola jaring

2.4 Menjaring

Teknik menjaring pada asasnya memerlukan penjaring berdiri stabil

dengan kaki dominan di hadapan. Kemudian, bola diletakkan di atas

bebola tapak tangan dan buka jemari. Bola diangkat tinggi dari

aras kepala dengan ditampung sebelah tangan lagi dan bawa ke

hadapan sedikit. Manakala badan direndahkan serta lutut dan siku

dibengkokkan. Akhirnya, bola dilepaskan dari tangan dengan

pergelangan tangan kea rah sasaran.

Cara memegang pandangan sisi dan melambung bola

Cara memengang padangan hadapan danmelambung bola

Prosedur/ ansur maju latihan kemahiran asas yang dicadangkan

Aktiviti Prosedur Gambar RajahAktiviti 1: Menjaring Berpasangan

Organisasi:• 6 orang dalam satu kumpulan• 1 biji bola

1) X1 akan melakukan hantaran menjaring kepada Y1.

2) Y1 menerima dan menghantar semula kepada X1 secara menjaring

3) lakuan diteruskan sehingga lima

15

Page 16: Set 2 bola jaring

4) Ulangan

Aktiviti 2:Menjaring Sudut

Organisasi:• lima orang satu kumpulan• satu biji bola• tiang gol bola jaring

1) X1, X2, X3, X4, X5 menghadap tiang goldengan X1 memegang bola.

2) X1 akan menjaring, X2 akan mendapatkanbola dari jaringan X1.

3) X2 menjaring, X3 akan mendapatkan bola jaringan X2 dan menjaring

4) Lakuan akan diteruskan sehinggaX5 membuat jaringan

5) Ulangan akan diteruskan dengan penambahan jarak jaringan selangkah kebelakang

6) Ulangan diteruskan lagi dengan pertukaran kedudukan.

Aktiviti 3:Gerakan Menjaring

Organisasi:• 4 orang (2 orang satu pasukan)• 1 biji bola• tiang gol• bib berlainan

1) X1 akan hantar menggunakan hantaran dada/bahu kepada X2.

2) X2 akan pivot menghadap ke tiang gol dan cuba membuat jaringan

3) X1 akan berlari ke sisi X2,X1 akan menyambut bola darijaringan X2 dan

16

Page 17: Set 2 bola jaring

warna hantar kepada X34) X3 akan menerima

bola dari X1 dan membuat jaringan, X2 akan lari ke belakang X3

3. Gelanggang dan Peralatan

3.1 Ukuran Gelanggang

Ukuran gelanggang bola jaring yang dibahagikan kepada tiga

kawasan

adalah seperti gambarajah di bawah ini;

3.1.1. Jenis-jenis gelanggang bola jaring

Gelanggang bola jaring terdiri daripada kawasan padang yang

berumput ataupun kawasan yang bersimen atau berlantai parkey.

17

Page 18: Set 2 bola jaring

a. Gelanggang rumput – Permukaan gelanggang rumput hendaklah rata

dan bersih. Pastikan tiada batu, pasir, kaca dan sebagainya pada

permukaan tersebut.

b. Gelanggang ‘indoor‘ – Pemasangan lampu yang cukup terang

diperlukan untuk gelanggang tertutup.

3.2 Tiang Gol

Tiang gol hendaklah tegak dan tingginya 3.05 meter (10 kaki)

untuk sekolah menengah/ dewasa dan diletakkan di tengah garisan

gol. Satu gegelang logam dengan bahagian dalamnya berdiameter

380mm (15 inci) hendaklah dipasang terkeluar 150 mm (6 inci) dari

hujung tiang.

3.3. Pakaian dan kasut

Satu pasukan perlu memakai pakaian yang seragam. Pakaian yang

dipakai dalam permainan bola jaring terdiri daripada baju-T,

seluar sukan atau skirt khas, kasut dan stoking. Pemain juga

dikehendaki memakai pakaian (bib) berhuruf yang menunjukkan

posisi setiap pemain. Huruf- huruf ini hendaklah jelas pada

18

Page 19: Set 2 bola jaring

bahagian hadapan dan belakang dengan ukuran setebal 15cm menegak.

Dua set bibs/tampalan berhuruf menunjukkan posisi permainan

seperti berikut:

GK - Goal Keeper

GD - Goal Defence

WD - Wing Defence

C - Centre

WA - Wing Attack

GA - Goal Attack

GS - Goal Shooter

3.4 Bola

Bola yang digunapakai mestilah diperakui oleh Persatuan Bola

Jaring Antarabangsa. Bola yang digunakan umumnya mempunyai ukuran

seperti berikut, berat 400g hingga 450g, lilitan 690mm sehingga

710mm dan bersaiz 5.

4. Rumusan

Setiap pemain bola jaring haruslah menguasai setiap teknik

kemahiran dengan baik demi menjamin kemenangan permainan yang

dipertandingnya. Selain itu, pemahaman tentang peraturan serta

19

Page 20: Set 2 bola jaring

undang- undang permainan juga perlu dititikberatkan agar

kesalahan dapat dielakkan. Maklumat- maklumat yang diberikan

diharapkan dapat membantu pelajar memahami asas sukan bola

jaring.

5. Rujukan

20