Top Banner
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagai pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya SITI ZALIHA BINTI MAT ISA HURUF BESAR mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana /Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) Disahkan oleh __________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO. 168 KAMPUNG TELAGA 21700 KUALA BERANG TERENGGANU Tarikh: 14April 2009 Tarikh: 14April 2009 SULIT TERHAD TIDAK TERHAD PROF. MADYA DR. MOHAMMAD YUSOF B. HJ. ARSHAD
19

SESI PENGAJIAN: 2008/2009 - fp.utm.my pemahaman tentang pembentukkan zarah bagi sesuatu keadaan tindak ... students’ understanding only at the macroscopic level and not at microscopic

Mar 16, 2018

Download

Documents

phamtuong
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: SESI PENGAJIAN: 2008/2009 - fp.utm.my pemahaman tentang pembentukkan zarah bagi sesuatu keadaan tindak ... students’ understanding only at the macroscopic level and not at microscopic

i

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

♦ CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagai pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya SITI ZALIHA BINTI MAT ISA HURUF BESAR

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

Disahkan oleh __________________________ ___________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: NO. 168 KAMPUNG TELAGA 21700 KUALA BERANG TERENGGANU Tarikh: 14April 2009 Tarikh: 14April 2009

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

PROF. MADYA DR. MOHAMMAD YUSOF B. HJ. ARSHAD

Page 2: SESI PENGAJIAN: 2008/2009 - fp.utm.my pemahaman tentang pembentukkan zarah bagi sesuatu keadaan tindak ... students’ understanding only at the macroscopic level and not at microscopic

i

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)”

Tandangan : …………………………………………..

Nama Penyelia: PROF. MADYA DR. MOHAMMAD YUSOF B. HJ. ARSHAD

Tarikh : ………………………………………….

Page 3: SESI PENGAJIAN: 2008/2009 - fp.utm.my pemahaman tentang pembentukkan zarah bagi sesuatu keadaan tindak ... students’ understanding only at the macroscopic level and not at microscopic

VISUALISASI PELAJAR MENGENAI PERSAMAAN KIMIA

SITI ZALIHA BINTI MAT ISA

Laporan projek ini dikemukan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan ( Kimia)

Fakulti pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2009

Page 4: SESI PENGAJIAN: 2008/2009 - fp.utm.my pemahaman tentang pembentukkan zarah bagi sesuatu keadaan tindak ... students’ understanding only at the macroscopic level and not at microscopic

ii

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap- tiap satunya saya telah jelaskan sumbernya.

Tandatangan : ……….…………………………

Nama Penulis: SITI ZALIHA BINTI MAT ISA

Tarikh : 14 APR 2009

Page 5: SESI PENGAJIAN: 2008/2009 - fp.utm.my pemahaman tentang pembentukkan zarah bagi sesuatu keadaan tindak ... students’ understanding only at the macroscopic level and not at microscopic

iii

Untuk

Ayahanda, bonda

MAT ISA BIN DAUD

ZUBARIAH BINTI MUDA

ABD. JALIL BIN MOHD

ZABIDAH BINTI C. HASSAN

Pengorbanan kalian akan tetapku ingati hingga ke akhirnya.

Suami tercinta

CHE MOHD AZAM BIN ABD. JALIL

Dikaulah sumber inspirasi k untuk terus berjaya

Page 6: SESI PENGAJIAN: 2008/2009 - fp.utm.my pemahaman tentang pembentukkan zarah bagi sesuatu keadaan tindak ... students’ understanding only at the macroscopic level and not at microscopic

iv

PENGHARGAAN

Dipanjatkan syukur kehadrat Ilahi di atas kurniaanNya membolehkan saya

menyiapkan Laporan Sarjana Muda ini mengikut tarikh yang telah ditetapkan.saya

juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia iaitu PM DR.

Mohammad Yusof bin Arshad di atas bimbingan, nasihat dan perbincangan yang

diberikan serta kesabaran beliau di sepanjang tempoh penyelidikan ini.

Ucapan terima kasih juga kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu,

Pengetua- pengetua sekolah menengah di daerah Kuala Terengganu di atas

kerjasama yang telah diberikan.

Penghargaan juga ditujukan kepada keluarga saya khasnya, guru- guru

sekolah menengah di daerah Kuala Terengganu, rakan- rakan seperjuangan

Hifzan,Husna, Florina, Wane, Sarifah Nor dan sesiapa yang sama ada terlibat secara

langsung atau tidak langsung memberi semangat, dorongan serta bantuan kepada

saya sepanjang penyelidikan projek ini.

Page 7: SESI PENGAJIAN: 2008/2009 - fp.utm.my pemahaman tentang pembentukkan zarah bagi sesuatu keadaan tindak ... students’ understanding only at the macroscopic level and not at microscopic

v

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti visualisasi pelajar mengenai

tajuk persamaan kimia. Kajian ini dijalankan di dua buah sekolah menengah di

daerah Kuala Terengganu. Seramai 110 orang pelajar tingkatan 5 dijadikan sebagai

sampel. Instrumen kajian ini ialah soal selidik yang mana ia mengandungi 7 soalan.

Data yang diperolehi dianalisis secara manual berdasarkan peratus. Dapatan kajian

menunjukkan bahawa pelajar gagal menvisualisasikan persamaan kimia kerana

kurangnya pemahaman tentang pembentukkan zarah bagi sesuatu keadaan tindak

balas dan mempunyai kekeliruan dalam membezakan antara subskrip dan pekali.

Hasil kajian juga mendapati pengetahuan pelajar hanya tertumpu pada tahap

makroskopik manakala tiada pada tahap mikroskopik. Beberapa cadangan dan

implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran turut dibincangkan.

Page 8: SESI PENGAJIAN: 2008/2009 - fp.utm.my pemahaman tentang pembentukkan zarah bagi sesuatu keadaan tindak ... students’ understanding only at the macroscopic level and not at microscopic

vi

ABSTRACT

The purpose of this research was to identify students’ visualization of

chemical equations. The research was conducted in several secondary schools in

Kuala Terengganu, Terengganu. The sample was comprised of 110 form five

students. The instrument used in this research was a set of questionnaire which

contains seven questions. Data was analyzed manually based on the percentage. The

findings showed that students are unable to visualize the chemical equations because

the lack of understanding in the particle formation and they had confused to

differentiate between subscripts and coefficients. The finding also showed that

students’ understanding only at the macroscopic level and not at microscopic level.

Some suggestions and implications towards teaching and learning were discussed.

Page 9: SESI PENGAJIAN: 2008/2009 - fp.utm.my pemahaman tentang pembentukkan zarah bagi sesuatu keadaan tindak ... students’ understanding only at the macroscopic level and not at microscopic

vii

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI LAMPIRAN xii

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kaian 4

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 5

1.6.1 Pelajar 5

1.6.2 Guru 6

1.6.3 Kementerian Pelajaran Malaysia 6

1.7 Skop Kajian 6

Page 10: SESI PENGAJIAN: 2008/2009 - fp.utm.my pemahaman tentang pembentukkan zarah bagi sesuatu keadaan tindak ... students’ understanding only at the macroscopic level and not at microscopic

viii

1.8 Batasan Kajian 7

1.9 Terminologi 7

a) Persamaan Kimia 7

b) Visualisasi 8

2 SOROTAN KAJIAN 9

2.1 Pengenalan 9

2.2 Kelemahan Memahami Sesuatu Hukum Atau

Konsep 9

2.3 Pengetahuan Asas Sains dan Matematik 10

2.4 Kesukaran Pelajar Dalam Membezakan

Subskrip dan Pekali 11

2.5 Kajian Luar Negara Tentang Visualisasi Pelajar

Dalam Persamaan Kimia 12

2.6 Kaedah Pengajaran Guru 13

3 METODOLOGI KAJIAN 15

3.1 Pengenalan 15

3.2 Reka Bentuk Kajian 15

3.3 Lokasi Kajian 16

3.4 Sampel Kajian 16

3.5 Instrumen Kajian 17

3.6 Kajian Rintis 17

3.7 Prosedur Pengumpulan Data 18

3.8 Analisis Data 18

Page 11: SESI PENGAJIAN: 2008/2009 - fp.utm.my pemahaman tentang pembentukkan zarah bagi sesuatu keadaan tindak ... students’ understanding only at the macroscopic level and not at microscopic

ix

4 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN 20

4.1 Pengenalan 20

4.2 Visualisasi pelajar dalam persamaan kimia 20

4.2.1 Visualisasi pelajar mengenai tindak balas

antara dua unsur 21

4.2.1.1 Kesimpulan 26

4.2.2 Visualisasi pelajar mengenai tindak balas

antara gas klorin dan gas florin 26

4.2.2.1 Kesimpulan 30

4.2.3 Visualisasi pelajar mengenai tindak balas

logam dan asid 31

4.2.3.1 Sebelum tindak balas 35

4.2.3.2 Semasa tindak balas 35

4.2.3.3 Selepas tindak balas 36

4.2.3.4 Kesimpulan 36

4.2.4 Visualisasi pelajar mengenai tindak balas

logam dan gas 37

4.2.4.1 Sebelum tindak balas 42

4.2.4.2 Semasa tindak balas 42

4.2.4.3 Selepas tindak balas 43

4.2.4.4 Kesimpulan 43

4.2.5 Visualisasi pelajar mengenai tindak balas

asid dan alkali 44

4.2.5.1 Kesimpulan 48

4.2.6 Visualisasi pelajar mengenai tindak balas

elektrolisis 49

4.2.6.1 Sebelum tindak balas 53

4.2.6.2 Semasa tindak balas 53

4.2.6.3 Selepas tindak balas 54

4.2.6.4 Kesimpulan 55

4.3 Modul Pengajaran Bagi Mengatasi Masalah

Visualisasi Pelajar Mengenai Persamaan Kimia 55

Page 12: SESI PENGAJIAN: 2008/2009 - fp.utm.my pemahaman tentang pembentukkan zarah bagi sesuatu keadaan tindak ... students’ understanding only at the macroscopic level and not at microscopic

x

4.3.1 Modul I : Pembinaan Konsep Asas

Persamaan Kimia 56

4.3.2 Modul II: Simulasi Tindak Balas Kimia 57

4.3.3 Modul III : Ujian Kefahaman 57

5 RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN 58

5.1 Pengenalan 58

5.2 Rumusan 58

5.3 Implikasi 59

5.4 Cadangan 60

5.5 Penutup 61

RUJUKAN 62

LAMPIRAN 65

Page 13: SESI PENGAJIAN: 2008/2009 - fp.utm.my pemahaman tentang pembentukkan zarah bagi sesuatu keadaan tindak ... students’ understanding only at the macroscopic level and not at microscopic

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.1 Taburan dan peratus jawapan pelajar

bagi tinda balas unsur X dan Y 22

4.2 Taburan dan peratus jawapan pelajar

bagi tindak balas Sulfur dan Oksigen 24

4.3 Taburan dan peratus jawapan pelajar

bagi persamaan tindak balas gas klorin dan

gas florin 28

4.4 Taburan dan peratus jawapan pelajar

Bagi visualisasi tindak balas gas klorin dan

gas florin 29

4.5 Taburan dan peratus jawapan pelajar

bagi persamaan tindak balas logam dan asid 32

4.6 Taburan dan peratus jawapan pelajar

bagi visualisasi tindak balas logam dan asid 33

4.7 Taburan dan peratus jawapan pelajar

bagi persamaan tindak balas logam dan gas 34

4.8 Taburan dan peratus jawapan pelajar

bagi visualisasi tindak balas logam dan gas 41

4.9 Taburan dan peratus jawapan pelajar

bagi persamaan tindak balas asid dan bes 46

4.10 Taburan dan peratus jawapan pelajar

bagi visualisasi tindak balas asid dan bes 47

4.11 Taburan dan peratus jawapan pelajar

bagi persamaan tindak balas elektrolisis 51

Page 14: SESI PENGAJIAN: 2008/2009 - fp.utm.my pemahaman tentang pembentukkan zarah bagi sesuatu keadaan tindak ... students’ understanding only at the macroscopic level and not at microscopic

xii

4.12 Taburan dan peratus jawapan pelajar

Bagi visualisasi tindak balas elektrolisis 52

Page 15: SESI PENGAJIAN: 2008/2009 - fp.utm.my pemahaman tentang pembentukkan zarah bagi sesuatu keadaan tindak ... students’ understanding only at the macroscopic level and not at microscopic

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soalan soal selidik pelajar 65

B Surat Kebenaran Bahagian

Perancangan dan penyelidikan 77

C Surat Memohon Kebenaran

menjalankan penyelidikan 79

D Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan

Negeri Terengganu 81

Page 16: SESI PENGAJIAN: 2008/2009 - fp.utm.my pemahaman tentang pembentukkan zarah bagi sesuatu keadaan tindak ... students’ understanding only at the macroscopic level and not at microscopic

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia dewasa ini dalam era perubahan mengikut keperluan

semasa selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Begitu juga dengan mata

pelajaran sains. Ianya dirancang dengan hasrat untuk menyumbang ke arah

melahirkan masyarakat Malaysia yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi,

dan juga intelek.

Sains merupakan satu bidang ilmu yang membekalkan konsep yang

membolehkan kanak-kanak memahami alam sekeliling mereka. Ilmu pengetahuan

tentang sains akan menjadi lebih bermakna sekiranya mereka dibantu dengan

menyumbang fakta dan konsep membuat pengitlakkan dan mengaitkan pembelajaran

baru dengan ilmu yang sedia ada. Ini membolehkan mereka memahami situasi dan

maklumat baru.

Seperti yang kita sedia maklum, kimia juga merupakan salah satu disiplin

dalam bidang sains selain daripada fizik dan biologi. Ia merupakan satu mata

pelajaran yang mengkaji jirim secara makroskopik dan mikroskopik, interaksi antara

bahan dan hasilnya serta penggunaan bahan tersebut. Ia juga merupakan satu

Page 17: SESI PENGAJIAN: 2008/2009 - fp.utm.my pemahaman tentang pembentukkan zarah bagi sesuatu keadaan tindak ... students’ understanding only at the macroscopic level and not at microscopic

2

program yang telah dilaksanakan dalam tempoh 2 tahun untuk pelajar-pelajar

tingkatan empat dan tingkatan lima dengan tujuan untuk melahirkan pelajar yang

mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kimia di samping untuk

menyediakan mereka bagi menceburi bidang kimia dan teknologi di peringkat yang

lebih tiggi.

Justeru itulah, pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran telah

diperkenalkan dan digunakan bagi meningkatkan pemahaman pelajar tentang apa

yang telah dipelajari mereka. Tidak dapat dinafikan bahawa pemahaman konsep

sains amat memberi kesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains.

1.2 Latar Belakang Masalah

Mata pelajaran kimia merupakan satu mata pelajaran yang memerlukan

pelajar berfikir secara kreatif dan imaginasi yang tinggi serta minat. Apa yang

diharapkan ialah seseorang pelajar itu perlulah mempunyai kemampuan untuk

mengaitkan sesuatu konsep yang diketahui secara dalaman dan bukannya secara

luaran sahaja. Dengan adanya sikap ini, pemahaman pelajar mengenai sesuatu

konsep tentunya menjadi mudah.

Ben-Zvi, Eylon dan Silbertein (1987) menyatakan bahawa seolah-olah

terdapatnya satu persetujuan antara guru kimia dan juga penyelidik yang mana kimia

adalah salah satu mata pelajaran yang sukar terutamanya bagi pelajar- pelajar muda.

Terdapat banyak alasan yang menyatakan bahawa kimia melibatkan konsep yang

abstrak, pengiraan stoikiometrik yang sukar, sebarang masalah dalam kimia biasanya

melibatkan pelbagai pembolehubah dan memerlukan pelajar mengingat secara

berlebihan serta bahasa yang sukar bagi pelajar baru.

Menurut Nakhleh (1992), ramai pelajar di sekolah tinggi dan kolej belajar

bersungguh-sungguh untuk belajar kimia tetapi tidak ramai yang berjaya. Ini

Page 18: SESI PENGAJIAN: 2008/2009 - fp.utm.my pemahaman tentang pembentukkan zarah bagi sesuatu keadaan tindak ... students’ understanding only at the macroscopic level and not at microscopic

3

disebabkan oleh kurangnya pemahaman yang mendalam sesuatu topik kimia. Dalam

kajian yang dilakukan oleh Gabel, Samuel dan Hunn (1987), mereka menyatakan

bahawa daripada pendedahan pertama pelajar terhadap kimia, terdapat ramai di

antara mereka tidak memahami konsep asas kimia dan ini boleh menyebabkan

pelajar salah konsep. Apabila berlakunya salah konsep dalam kalangan pelajar, maka

penafsiran pelajar terhadap kimia adalah berlainan dengan apa yang ingin

disampaikan oleh guru dan juga saintis.

Selain itu, Yarroch (1985) turut menyatakan bahawa kurangnya pengetahuan

pelajar dalam penggunaan persamaan kimia telah dibuktikan dengan ketidakbolehan

pelajar melukis persamaan tersebut dalam bentuk zarah. Sejajar dengan kelemahan

pelajar dalam menguasai konsep subskrip, pekali serta kurangnya pemahaman

mereka dalam hukum empirik. Dalam hasil kajian beliau juga, beliau mendapati

bahawa daripada 14 orang pelajar yang telah ditemuramah oleh beliau, hanya

separuh pelajar sahaja yang dapat menunjukkan rantaian atom dalam molekul dengan

betul. Sebagai contoh, dalam persamaan kimia N2+3H2 2NH3, pelajar

tidak dapat membezakan antara 3H2 sebagai OOOOOO dan OO OO OO. Bagi

pelajar yang dapat membina rajah dengan betul bagi persamaan berikut menunjukkan

mereka mempunyai kefahaman yang tinggi tentang konsep dan peraturan yang

diperlukan bagi membina persamaan tersebut begitu juga bagi di sebaliknya bagi

pelajar yang lemah.

Pelajar biasanya tahu untuk menghafal dan meluahkan persamaan kimia

tanpa kefahaman yang mencukupi tentang perubahan yang didapati pada tahap

penghuraian yang khusus. Tambahan pula, mereka selalu gagal untuk mengenalpasti

makna simbol dan juga formula yang digunakan untuk mewakili dalam tindak balas

kimia (Chandrasegaran, Treagust dan Mocerino, 2007). Lucille Lee (1999),

mendapati bahawa ramai pelajar tidak mampu untuk melukis makna persamaan

kimia yang seimbang dalam bentuk atom dan molekul.

Walaupun terdapat banyak kajian yang melibatkan persamaan kimia, tetapi

tidak banyak yang mengkaji tentang kefahaman pelajar penggunaan subskrip, pekali

dalam persamaan kimia dan juga kefahaman pelajar dalam menterjemahkan

persamaan berikut dalam bentuk lukisan. Kebanyakkan kajian lepas hanya

Page 19: SESI PENGAJIAN: 2008/2009 - fp.utm.my pemahaman tentang pembentukkan zarah bagi sesuatu keadaan tindak ... students’ understanding only at the macroscopic level and not at microscopic

4

memfokuskan kepada masalah-masalah yang dihadapi pelajar dalam mempelajari

persamaan kimia seperti pengiraan dan bagaimana hendak menyeimbangkan

persamaan kimia berdasarkan konsep mol dan tahap kefahaman pelajar terhadap

persamaan kimia.

1.3 Peryataan Masalah

Berdasarkan apa yang telah dibincangkan di atas, didapati bahawa pelajar

tidak meminati mata pelajaran kimia kerana ia adalah satu mata pelajaran yang

abstrak. Apabila kurangnya minat ditambah dengan kurangnya pengetahuan asas

dalam kimia, maka pelajar menganggap kimia adalah satu mata pelajaran yang sukar.

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kebolehan pelajar dalam

menvisualisasikan persamaan kimia bagi mata pelajaran kimia tingkatan 4 aliran

sains.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kefahaman pelajar sekolah

menengah dalam mata pelajaran kimia yang berfokuskan kepada persamaan kimia

iaitu:

i. Mengkaji visualisasi pelajar dalam persamaan kimia berdasarkan:

a. Tindak balas antara dua unsur

b. Tindak balas dua jenis gas

c. Tindak balas logam dan asid

d. Tindak balas logam dan gas

e. Tindak balas asid dan alkali

f. Tindak balas elektrolisis