1 SERTAI KAMI DAN JADILAH SEBAHAGIAN DARIPADA PELAKSANA TRANSFORMASI PENGURUSAN HARTA INTELEK DI MALAYSIA Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang bertanggungjawab kepada pendaftaran dan pentadbiran sistem harta intelek seperti paten, cap dagangan, reka bentuk perindustrian, hakcipta dan susun atur litar bersepadu di Malaysia. Misi kami ialah membangun dan mempertingkatkan infrastruktur serta menambahbaik perundangan harta intelek dengan sistem pentadbiran yang cekap melalui eksploitasi harta intelek. Seiring dengan pencapaian MyIPO yang dinamik, kami mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang mempunyai kebolehan serta memenuhi kelayakan dengan penghasilan kerja berprestasi tinggi bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut di Ibu Pejabat MyIPO, Kuala Lumpur. SYARAT-SYARAT ASAS • Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik. Kebolehan menguasai bahasa lain adalah diberi keutamaan; • Berkebolehan mengendalikan komputer di dalam word processing, spreadsheet dan powerpoint serta berpengalaman menggunakan sistem/ aplikasi yang melibatkan perniagaan korporat; • Mempunyai sikap positif, kreatif, inovatif dan berkeyakinan tinggi; • Boleh bekerja sebagai satu pasukan serta boleh melakukan kerja- kerja di bawah penyeliaan yang minimum;
14
Embed
SERTAI KAMI DAN JADILAH SEBAHAGIAN DARIPADA · PDF file• Memberi khidmat sokongan teknikal dan latihan dalam ... 1 KEKOSONGAN (KONTRAK) ... Nama Sekolah Tahun Darjah/Tingkatan tertinggi
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
SERTAI KAMI DAN JADILAH SEBAHAGIAN DARIPADA
PELAKSANA TRANSFORMASI PENGURUSAN HARTA INTELEK
DI MALAYSIA
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) adalah sebuah agensi di
bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) yang bertanggungjawab kepada pendaftaran
dan pentadbiran sistem harta intelek seperti paten, cap dagangan, reka
bentuk perindustrian, hakcipta dan susun atur litar bersepadu di
Malaysia.
Misi kami ialah membangun dan mempertingkatkan infrastruktur serta
menambahbaik perundangan harta intelek dengan sistem pentadbiran
yang cekap melalui eksploitasi harta intelek.
Seiring dengan pencapaian MyIPO yang dinamik, kami mempelawa
calon-calon warganegara Malaysia yang mempunyai kebolehan serta
memenuhi kelayakan dengan penghasilan kerja berprestasi tinggi bagi
mengisi kekosongan jawatan seperti berikut di Ibu Pejabat MyIPO,
Kuala Lumpur.
SYARAT-SYARAT ASAS
• Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris dengan baik. Kebolehan menguasai bahasa lain
adalah diberi keutamaan;
• Berkebolehan mengendalikan komputer di dalam word processing,
spreadsheet dan powerpoint serta berpengalaman menggunakan
sistem/ aplikasi yang melibatkan perniagaan korporat;
• Mempunyai sikap positif, kreatif, inovatif dan berkeyakinan tinggi;
• Boleh bekerja sebagai satu pasukan serta boleh melakukan kerja-
kerja di bawah penyeliaan yang minimum;
2
• Berkemampuan melakukan pelbagai tugas dalam masa yang
ditetapkan dan boleh bekerja tanpa mengira masa;
• Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (termasuk
lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan;
• Warganegara Malaysia;
• Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup iklan; dan
• Kemahiran berkomunikasi di semua peringkat.
3
1. PEGAWAI KOMUNIKASI KORPORAT – 1 KEKOSONGAN
(KONTRAK)
Klasifikasi : Perkhidmatan Harta Intelek
Kumpulan Perkhidmatan : Eksekutif
Gred : IP8
Gaji Permulaan : RM2,688.00
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB:
• Bertugas di Bahagian Komunikasi Korporat;
• Merancang dan melaksana pelan komunikasi media dan penjenamaan termasuk menyediakan strategi, sasaran dan bajet;
• Menguruskan sidang media, temubual media dan sebarang pertanyaan media;
• Menyediakan kandungan kenyataan media, artikel, rencana, berita serta teks ucapan;
• Mendapatkan ruang di media cetak, elektronik serta media sosial untuk siaran artikel dan berita berkaitan organisasi;
• Mengetuai team kreatif dalam penyediaan video, infografik untuk bahan penerbitan termasuk media sosial;
• Membina dan mengukuhkan hubungan organisasi bersama editor dan wartawan;
• Membantu menguruskan acara dan majlis korporat; dan
• Tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
KELAYAKAN:
• Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa pengkhususan dalam bidang kewartawanan/ penyiaran/ pengiklanan/ perhubungan awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
• Ijazah Sarjana Muda dalam bidang komunikasi yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
• Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus
Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
4
• Pengalaman bekerja sekurang-kurangnya lima (5) tahun
dalam bidang media dan perhubungan awam;
• Mahir menggunakan platform media sosial seperti
Facebook, Twitter, Instagram, Google, Blog dan lain-lain;
dan
• Mahir menulis berita dan artikel serta teks ucapan.
PENTING: Pemohon hendaklah menyertakan Surat Akuan
Pengiktirafan Ijazah daripada Kementerian Pengajian Tinggi
dan semakan pengiktirafan boleh dibuat di alamat web
• Melaksanakan kajian kesesuaian sistem maklumat sedia ada dan seterusnya menganalisa, mereka bentuk, membangun, melaksana dan menyelenggara sistem aplikasi di MyIPO;
• Mentadbir, menyelenggara pangkalan data dan memastikan keselamatan, kebolehcapaian serta integriti data terjamin;
• Mengenal pasti, menguji dan menilai kesesuaian perisian/ tools yang terdapat di pasaran untuk kegunaan di dalam pembangunan sistem;
• Menyediakan spesifikasi program untuk tindakan pengaturcara komputer dan memastikan teknik, piawaian pengaturcaraan dan tatacara keselamatan dipatuhi;
• Menyesuaikan program yang sedia ada untuk memenuhi keperluan pengguna;
• Menyelaras sebarang bentuk penyediaan dokumentasi di setiap peringkat pembangunan sistem dari aspek panduan penggunaan dan dokumentasi teknikal;
• Mengurus dan merancang pelaksanaan back-up dan recovery bagi sistem dan pangkalan data;
• Menganalisa dan mengenalpasti tindakan penyelesaian terhadap masalah yang berkaitan dengan operasi server dan sistem yang berkaitan;
• Memberi khidmat sokongan teknikal dan latihan dalam penggunaan peralatan dan aplikasi ICT kepada pengguna;
• Bertanggungjawab dalam membangunkan website, sistem dan pengaturcaraan menggunakan PHP/ HTML/ Javascript/ jQuery/ Ajax;
• Berpengetahuan dalam pengaturcaraan berorientasikan objek; dan
• Tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
6
KELAYAKAN:
• Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains komputer
yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya; dan
• Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus
Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PENTING: Pemohon hendaklah menyertakan Surat Akuan
Pengiktirafan Ijazah daripada Kementerian Pengajian Tinggi
dan semakan pengiktirafan boleh dibuat di alamat web
• Bertugas di Bahagian Teknikal dan Pengurusan Fasiliti;
• Menjalankan kerja-kerja penilaian hartanah serta pengurusan hartanah;
• Mengurus proses penyewaan dan penjualan hartanah;
• Merancang dan menguruskan pelbagai aktiviti penyewaan dan penjualan hartanah;
• Berurusan dengan pemaju, peguam, agen hartanah, penyewa, Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan persatuan penyewa berkaitan dengan hal-hal penyewaan dan penjualan hartanah;
• Mengutip bayaran sewa/ yuran penyelenggaraan daripada penyewa;
• Menerima dan menyelesaikan aduan penghuni berkenaan kerosakan unit;
• Menguruskan aset yang merangkumi penyelenggaraan dan penilaian aset mudah alih/ aset tak alih dari semasa ke semasa;
• Menguruskan pemeriksaan harta modal, aset alih bernilai rendah, pelupusan aset/ stok dan hapuskira kehilangan aset/ stok;
• Menyemak dan meluluskan permohonan stok inventori oleh staf;
• Memantau dan menguruskan stor utama;
• Menyediakan laporan yang berkaitan; dan
• Tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
8
KELAYAKAN:
• Ijazah Sarjana Muda dalam bidang penilaian/ pengurusan
hartanah/ real estate/ bangunan yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
• Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus
Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
• Pengalaman bekerja selama dua (2) tahun dalam bidang
Penilaian dan Perundingan Hartanah;
• Mahir dengan Akta Hakmilik Strata serta Akta Bangunan dan
Harta Bersama (penyelenggaraan dan pengurusan);
• Berkeupayaan untuk merancang dan menguruskan pelbagai
aktiviti mengikut keutamaan dengan berkesan;
• Berpengalaman menguruskan hartanah termasuk
penyewaan dan penjualan;
• Mempunyai kemahiran analitikal yang tinggi, kemahiran
komunikasi dan perundingan yang baik, daya kepimpinan
serta daya menyelesaikan masalah;
• Jujur, amanah, berintegriti dan bertanggungjawab dalam
tugasan yang diberikan; dan
• Mahir dalam menggunakan Microsoft Word, Excel, dan
Power Point.
PENTING: Pemohon hendaklah menyertakan Surat Akuan
Pengiktirafan Ijazah daripada Kementerian Pengajian Tinggi
dan semakan pengiktirafan boleh dibuat di alamat web
Permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN
JAWATAN KOSONG MyIPO yang boleh diperolehi dengan memuat
turun di laman web kami bersama-sama sesalinan sijil-sijil dan gambar
berukuran pasport terkini.
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam
sampul surat dan ditulis nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas
sampul surat dan menyerahkan borang tersebut selewat-lewatnya
pada 27 November 2017 kepada:
PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA
UNIT B-18-1, MENARA UOA BANGSAR
NO. 5 JALAN BANGSAR UTAMA 1
59000 KUALA LUMPUR
(u.p.: Bahagian Sumber Manusia)
Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi
untuk ditemuduga.
1
PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA
http://www.myipo.gov.my
Calon – calon yang tidak mengisi maklumat dengan terang dalam semua ruang di tiap-tiap halaman borang ini mungkin tidak akan dipertimbangkan
Sila lekatkan gambar terbaru (tidak dikembalikan) berukuran pasport di
ruangan ini.
SILA BACA KETERANGAN BERIKUT SEBELUM MENGISI BORANG 1. Satu salinan borang ini sahaja yang dikehendaki dikemukakan kepada MyIPO. 2. Permohonan lebih dari satu jawatan hendaklah dibuat dalam borang yang berasingan
bagi tiap-tiap jawatan. 3. MyIPO tidak akan membiayai segala perbelanjaan yang berhubung dengan
permohonan dan temuduga. 4. Pemohon yang memiliki syarat yang dikehendaki sahaja akan dipertimbangkan. 5. Tuliskan TIADA pada ruang yang tidak berkenaan. 6. Pemohon yang dipilih untuk ditemuduga akan diberitahu kemudian dan dikehendaki
membawa sijil asal apabila menghadiri temuduga. 7. Sila kembalikan borang yang telah lengkap diisi kepada Perbadanan Harta Intelek
Malaysia (MyIPO), Aras 18, Menara B, Menara UOA Bangsar, No. 5 Jalan Bangsar Utama 1, 59000 Kuala Lumpur (u.p.: Bahagian Sumber Manusia)
JAWATAN YANG DIPOHON/ GRED
NAMA PENUH : (dengan huruf besar)
NAMA LAIN (JIKA ADA) :
ALAMAT TETAP:
ALAMAT SURAT MENYURAT :
E-MEL :
NO. K.P. (baru) : UMUR PADA TARIKH IKLAN DITUTUP : NO. TEL. RUMAH : LAIN-LAIN NO. TEL. YANG BOLEH DIHUBUNGI : TARIKH LAHIR : TEMPAT LAHIR :
JANTINA*: LELAKI / PEREMPUAN KETURUNAN :
TARAF PERKAHWINAN* : BELUM KAHWIN / BERKAHWIN
KEWARGANEGARAAN* : WARGANEGARA / BUKAN WARGANEGARA
PEMEGANG BIASISWA/PINJAMAN Penaja Biasiswa/Pinjaman*: (sila tandakan √ ) Masih Terikat Tidak Terikat
BAGI JAWATAN PROFESIONAL YANG MEMERLUKAN PENDAFTARAN BADAN/ LEMBAGA BERKENAAN (sila sertakan salinan pendaftaran terkini)
NAMA BADAN/ LEMBAGA TARIKH MENJADI AHLI NO. SIJIL PENDAFTARAN
Adakah anda mempunyai pertalian persaudaraan atau kenalan dengan kakitangan Perbadanan
ini?
YA TIDAK
Jika YA, sila nyatakan : ________________________________________________________________
5
RUJUKAN PERIBADI (Kakitangan Perbadanan ini dan ahli keluarga tidak boleh dijadikan sebagai rujukan)
Nama : Alamat : Pekerjaan : No.Tel : Tempoh Kenal :
Nama : Alamat : Pekerjaan : No.Tel : Tempoh Kenal :
PERAKUAN PEMOHON
Saya sesungguhnya mengaku bahawa semua keterangan yang telah saya berikan dalam borang permohonan ini adalah benar dan betul menurut pengetahuan saya. Saya memahami bahawa sekiranya ada di antara maklumat-maklumat itu di dapati palsu, maka permohonan saya akan terbatal dan sekiranya saya telah diberi tawaran maka perkhidmatan saya akan ditamatkan serta merta. Saya juga mengaku bahawa saya tidak pernah terlibat/ disabitkan : i) Atas tuduhan jenayah, pengisytiharan bankrap atau dihukum oleh mana-mana Mahkamah; ii) Sebagai penagih dadah/ bekas penagih dadah. Tarikh : ……………………………….. Tandatangan Pemohon : ……………………………..