Top Banner
BMK 3043 SENI MENGARANG KUMPULAN B Karangan Tidak Berformat : Kadar Jenayah dan Gejala Sosial ______________________________________________________________________ MOHAMAD RASHIDI BIN SHA’ARI D20111047574 ______________________________________________________________________ PENSYARAH Dr. Siti Saniah binti Abu Bakar IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN BAHASA MELAYU JABATAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS SEMESTER 2 SESI 2013/2014
20

Seni Mengarang

Mar 27, 2023

Download

Documents

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Seni Mengarang

BMK 3043 SENI MENGARANG

KUMPULAN B

Karangan Tidak Berformat : Kadar Jenayah dan Gejala Sosial

______________________________________________________________________

MOHAMAD RASHIDI BIN SHA’ARI D20111047574

______________________________________________________________________

PENSYARAH

Dr. Siti Saniah binti Abu Bakar

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

JABATAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU

FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SEMESTER 2 SESI 2013/2014

Page 2: Seni Mengarang

Isi Kandungan

Topik Muka Surat

1.0 Karangan 1 - 4

2.0 Analisis Perenggan 4

3.0 Bentuk Pemerengganan 4 - 5 3.1 Perenggan Deduktif 5 - 6

3.2 Perenggan Induktif 6

3.3 Perenggan Gabungan Deduktif – Induktif 6 - 7

4.0 Strategi Pemerengganan 7- 8 4.1 Teknik Percontohan 8

4.2 Teknik Pentakrifan 8 - 9

4.3 Teknik Kontras Masa 9

4.4 Teknik Penglibatan Pembaca 9

5.0 Gaya Bahasa 10 5.1 Retorika 10

5.1.1 Retorika Rendedahan 10

5.1.2 Retorika Penghujahan 11

5.1.3 Retorika Penerangan 11

5.2 Stilistika 12 5.2.1 Anafora 12

5.2.2 Poliptoton 12

5.2.3 Khusus – Umum 13

5.3 Laras Bahasa 13 5.3.1 Laras Bahasa Umum 13 - 14

5.3.2 Laras Bahasa Himbauan 14

6.0 Mekanisme Penulisan/Tanda Baca 15 6.1 Tanda Titik/Noktah 15

6.1.1 Melengkapkan Ayat 15

6.2 Tanda Koma 15

Page 3: Seni Mengarang

6.3 Tanda Sempang/Sengkang 16 6.3.1 Kata Gandaan 16

6.4 Penulisan Huruf Besar 16 6.4.1 Huruf Pertama Awal Ayat 16

6.4.2 Huruf Pertama Nama Khas 16

Bibliografi 17

Page 4: Seni Mengarang

1

1.0 Karangan

Kadar Jenayah dan Gejala Sosial

Sejak akhir-akhir ini dilihat kadar jenayah dan gejala sosial berada ditahap yang

membimbangkan. Berdasarkan statistik kadar jenayah yang berlaku di Malaysia pada tahun 2012

dan 2013 menunjukkan bahawa jumlah kadar jenayah secara keseluruhan berjumlah 153, 669

kes pada tahun 2012 dan 147,062 kes pada tahun 2013. Walaupun terdapat penurunan kes pada

tahun 2013 namun berdasarkan jumlah kes yang dilaporkan tersebut, jelas menunjukkan bahawa

kadar jenayah di Malaysia masih membimbangkan. Kadar jenayah ini berkait rapat dengan

gejala sosial yang berlaku. Hal ini demikian kerana, gejala sosial merupakan barah awal yang

mendorong kepada jenayah. Gejala sosial ini melibatkan kebanyakan golongan remaja yang

berumur sekitar 14 hingga 21 tahun seperti vandalisme, pembuangan bayi, rogol, buli,

gangsterisme, dan penagihan dadah akan mendorong kepada jenayah seperti rompak, bunuh dan

sebagainya. Gejala sosial merupakan suatu ketidaksesuaian antara unsur-unsur kebudayaan atau

masyarakat, yang membahayakan kehidupan kelompok sosial. Jika masalah ini terus tidak

dibanteras maka masalah ini akan menjadi duri dalam masyarakat Malaysia. Terdapat banyak

punca berlakunya masalah ini dan kesannya kepada masyarakat.

Banyak faktor yang dilihat mendorong kepada gejala sosial dan seterusnya masalah

jenayah. Faktor utama yang mendorong gejala sosial ini merupakan pengaruh daripada rakan-

rakan yang rapat kepada pelaku gejala sosial. Bagi kebanyakan remaja, rakan-rakan merupakan

orang kedua yang rapat dengan kehidupan mereka selain daripada ibu bapa. Pengaruh rakan-

rakan amat kuat kepada mereka terutama bagi pelaku yang menganggap rakan mereka adalah

segalanya. Jika rakan yang baik, sudah pasti boleh membimbing mereka kepada kebaikan,

namun jika tersilap memilih rakan, hal ini akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara

yang buruk. Selain itu, sikap pelaku itu sendiri turut menyumbang kepada gejala sosial.

Kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai kata-kata rakan sendiri. Misalnya, jika

mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka

akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Dalam keadaan ini ramai remaja boleh

terjerumus ke dalam gejala sosial.

Page 5: Seni Mengarang

2

Jika dahulu, dalam televisyen tidak ada cerita yang banyak pengaruh daripada budaya

yang tidak elok, tetapi pada masa ini, banyak program-program dan drama-drama televisyen

seperti program realiti, cerita KL Gangster, Juvana yang memaparkan pelbagai nilai-nilai buruk

yang mudah dipengaruhi oleh remaja. Cerita yang bernilai negatif seperti itu mudah

mempengaruhi golongan remaja sehingga menyebabkan diikuti oleh mereka kerana berdasarkan

cerita yang ditayangkan, orang yang jahat dilihat sebagai hebat dan hero. Hal ini menyebabkan

golongan remaja ini ingin mengikut seperti dalam cerita tersebut dan mengaplikasikannya dalam

kehidupan mereka. Perkara ini secara tidak langsung menyebabkan wujudnya masalah gejala

sosial dan penularan gejala seperti gengsterisme, buli, vandalisme dan sebagainya. Malah, di

media Massa seperti internet pula, terdapat banyak laman siber yang berunsur keganasan dan

lucah. Pendedahan internet yang begitu ekstrim kepada golongan remaja menyebabkan mereka

menyalahgunakan kemudahan berinternet ini dengan menonton perkara yang memberi kesan

negatif kepada mereka.

Dalam hal ini keluarga juga ada kalanya menjadi pendorong kepada gejala sosial dalam

kalangan remaja. Keluarga yang mengamalkan sikap terlalu mengongkong atau terlalu

memberikan kebebasan kepada para remaja boleh menjadi penyumpang kepada wujudnya

masalah ini. Mereka menjadi ahli keluarga yang hanya hidup tapi tidak dipeduli dan tidak diberi

input kerohanian, kesedaran, nilai-nilai mulia dan keagamaan yang cukup. Keluarga yang terlalu

mengongkong boleh menyebabkan jiwa remaja memberontak dan jika berpeluang keluar dari

keadaan itu mereka akan melakukan apa sahaja yang terlintas difikiran tanpa berfikir panjang.

Namun, keluarga yang terlalu memberikan kebebasan pula mnyebabkan kehidupan remaja

menjadi terumbang-ambing dan boleh menyebabkan mereka terjerumus dalam masalah sosial

kerana tiada suatu peraturan atau ketetapan khusus yang ditetapkan kepada mereka. Keadaan ini

juga tidak baik kerana remaja memerlukan sesuatu yang boleh dijadikan panduan untuk

menjalani kehidupan mereka.Tanpa panduan, belum tentu mereka dapat melalui kehidupan ini

dengan sebaik mungkin mengakibatkan mudah terjerumus ke arah gejala sosial yang pelbagai

kini.

Gejala sosial jika dibiarkan terus akan mengakibatkan kesan seperti jenayah rompak,

gensterisme, rogol dan juga masalah lain yang lebih buruk. Jika dilihat secara teliti, kesan gejala

Page 6: Seni Mengarang

3

sosial ini memberi kesan kepada semua pihak sama ada kepada individu, masyarakat dan

Negara. Kepada inidividu, kesan masalah sosial ini kepada mereka menyebabkan mereka

dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Semua pihak seakan-akan menolak

mereka dan terus membiarkan hanyut dengan dunia mereka. Hal ini kemudiannya akan memberi

kesan mendalam kepada mereka. Jika kesan tersebut membawa kesedaran maka ia adalah suatu

perkara yang baik. Namun, jika kesan tersebut memberi hasil negatif, maka mereka mungkin

akan terlibat lebih dalam sehingga melakukan jenayah ataupun mengalami trauma yang teruk

sehingga mendorong kepada tekanan jiwa.

Selain itu, kesan gejala sosial ini juga tidak terlepas terhadap masyarakat. Jatuh

bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa pada masa ini ialah dengan melihat akhlak dan

moral sesuatu masyarakat. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan

masyarakat. Sekiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak–pihak yang bertanggungjawab, maka

tidak hairanlah suatu hari nanti, akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak

remaja yang rosak dan binasa. Namun begitu, terdapat kesan yang paling ketara yang akan

dilihat sekiranya akhlak remaja pada hari ini tidak dibendung dengan segera, masyarakat di

negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu. Akibatnya

perasaan buruk dan prasangka akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling mencurigai akan

bertakhta di hati masyarakat. Hal ini memberi kesan apabila berlaku pergaduhan dalam

masyarakat. Isu-isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua

kaum. Sekaligus kadar jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan meningkat di mana hal ini

cuma disebabkan oleh kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin meningkat.

Sesungguhnya masalah sosial ini amatlah berat dan begitu memberi kesan kepada

sesebuah negara. Golongan remaja terutamanya perlu dibimbing dan dididik dengan sebaiknya

supaya tidak terjebak dengan gejala yang boleh menjerumus mereka ke arah itu. Perhatian dan

pemantauan yang cukup perlu diberikan kepada golongan remaja ini supaya mereka selalu berasa

diberi perhatian dan juga untuk mengelakkan mereka daripada terjebak dengan gejala yang tidak

berfaedah ini. Pihak-pihak bertanggungjawab seperti pihak kerajaan dan juga badan bukan

kerajaan perlulah bersama-sama berganding bahu dalam menangani masalah ini. Jika terus

dibiarkan, masalah ini akan menjadi barah dalam negara dan seterusnya mendatangkan kesan

Page 7: Seni Mengarang

4

yang akan merosakkan bukan sahaja ke atas individu yang terlibat tetapi juga kepada keluarga,

masyarakat dan juga negara.

2.0 Analisis Perenggan

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, (2010) analisis bermaksud penyelidikan atau

penghuraian sesuatu seperti keadaan, masalah, persoalan dan sebagainya. Berdasarkan konteks

ini, analisis melibatkan proses mengkaji sesuatu bahan dari segi kualitinya, keutuhannya

formatnya atau susunannya. Analisis yang akan dijalankan merupakan analisis untuk mengkaji

bentuk perenggan pemerengganan dalam karangan, strategi pemerengganan, gaya bahasa dan

juga mekanisme penulisan. Tujuan analisis ini dijalankan kerana ingin melihat sama ada

karangan yang dikaji itu berkualiti, mempunyai maklumat ataupun sebaliknya.

3.0 Bentuk Pemerengganan

Pemerengganan bermaksud sebagai bahagian daripada muka atau bab dalam buku, rencana yang

terdiri daripada beberapa baris (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010). Menurut Jo Ray McCuen

dan Anthony Winkler (2006) pula, perenggan berasal daripada perkataan Latin, iaitu

paragraphus yang bermaksud suatu lambang yang menandakan pembentukan bahagian baharu.

Tujuan pemerengganan adalah untuk menyusun isi supaya dilihat mempunyai kesinambungan

dan lebih teratur.

Dalam seseuah perenggan semestinya mempuyai tiga elemen yang penting iaitu isi

penting, huraian isi, dan juga contoh. Berdasarkan tiga elemen perenggan ini, dapat dilihat

bahawa urutan elemen ini boleh berbeza dan menghasilkan tiga bentuk perenggan iaitu

perenggan deduktif, induktif dan juga gabungan deduktif-induktif. Deduktif mengutamakan isi

penting dahulu diikuti huraian dan contoh sedangkan induktif mengutamakan huraian dahulu dan

kemudiannya barulah isi dan contoh. Bentuk perenggan gabungan deduktif-induktif pula

mengutamakan isi penting dan kemudiannya huraian isi, contoh dan pengulangan isi dengan

menggunakan frasa yang berlainan.

Page 8: Seni Mengarang

5

Berdasarkan karangan yang bertajuk „Kadar Jenayah dan Gejala Sosial’ ini dapat dilihat

bahawa ianya mempunyai perenggan yang berbentuk deduktif, induktif dan juga gabungan

deduktif-induktif.

3.1 Perenggan Deduktif

Perenggan deduktif dapat dilihat dalam karangan tersebut iaitu:

“Banyak punca dilihat yang mendorong kepada gejala sosial dan seterusnya masalah

jenayah. Faktor utama yang mendorong gejala sosial ini merupakan pengaruh

daripada rakan-rakan yang rapat kepada pelaku gejala sosial. Bagi kebanyakan

remaja, rakan-rakan merupakan orang kedua yang rapat dengan kehidupan mereka

selain daripada ibu bapa. Pengaruh rakan-rakan amat kuat kepada mereka terutama

bagi pelaku yang menganggap rakan mereka adalah segalanya. Jika rakan yang baik,

sudah pasti boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih

rakan, hal ini akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain

itu, sikap pelaku itu sendiri turut menyumbang kepada gejala sosial. Kadangkala mereka

ini terlalu mudah mempercayai kata-kata rakan sendiri. Misalnya, jika mereka

merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka

akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Dalam keadaan ini ramai remaja

boleh terjerumus ke dalam gejala sosial.”

Berdasarkan perenggan di atas, dapat dilihat bahawa perenggan ini berbentuk deduktif iaitu

mengutamakan isi penting dahulu dan kemudiannya baru huraian dan juga contoh. Isi penting

dalam perenggan tersebut iaitu ayat “Faktor utama yang mendorong gejala sosial ini

merupakan pengaruh daripada rakan-rakan yang rapat kepada pelaku gejala sosial.” yang

merupakan isi penting kepada perenggan tersebut yang menerangkan mengenai faktor gejala

sosial. Ayat-ayat seterusnya dalam perenggan tersebut mendokong kepada isi utama yang

merupakan huraian kepada isi utama. Ayat “Misalnya, jika mereka merasakan rakan-rakan

mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang

dilakukan oleh rakan-rakan.” pula merupakan contoh kepada isi utama dan ayat ini berada

Page 9: Seni Mengarang

6

dibahagian bawah perenggan. Jadi dapatlah dinyatakan bahawa perenggan tersebut merupakan

perenggan berbentuk deduktif.

3.2 Perenggan Induktif

Perenggan berbentuk induktif pula dapat dilihat dalam perenggan berikut iaitu:

“Jika dahulu, dalam televisyen tidak ada cerita yang banyak pengaruh daripada

budaya yang tidak elok, tetapi pada masa ini, banyak program-program dan drama-

drama televisyen seperti program realiti, cerita KL Gangster, Juvana yang memaparkan

pelbagai nilai-nilai buruk yang mudah dipengaruhi oleh remaja. Cerita yang bernilai

negatif seperti itu mudah mempengaruhi golongan remaja sehingga menyebabkan diikuti

oleh mereka kerana berdasarkan cerita yang ditayangkan, orang yang jahat dilihat

sebagai hebat dan hero. Hal ini menyebabkan golongan remaja ini ingin mengikut

seperti dalam cerita tersebut dan mengaplikasikannya dalam kehidupan mereka. Perkara

ini secara tidak langsung menyebabkan wujudnya masalah gejala sosial dan penularan

gejala seperti gengsterisme, buli, vandalisme dan sebagainya. Malah, di Media Massa

seperti internet pula, terdapat banyak laman siber yang berunsur keganasan dan lucah.

Pendedahan internet yang begitu ekstrim kepada golongan remaja menyebabkan mereka

menyalahgunakan kemudahan berinternet ini dengan menonton perkara yang memberi

kesan negatif kepada mereka.”

Berdasarkan perenggan di atas, dapat dilihat bahawa elemen perenggan itu dimulai dengan

huraian berkenaan dengan faktor gejala sosial dan barulah diikuti dengan isi utama iaitu ayat

“Perkara ini secara tidak langsung menyebabkan wujudnya masalah gejala sosial” dan

seterusnya diikuti dengan contoh. Hal ini menunjukkan bahawa perenggan tersebut merupakan

perenggan yang berbentuk induktif.

Page 10: Seni Mengarang

7

3.3 Perenggan Gabungan Deduktif-Induktif

Perenggan berbentuk ini pula dapat dilihat pada perenggan berikut iaitu:

”Dalam hal ini keluarga juga ada kalanya menjadi pendorong kepada gejala sosial

dalam kalangan remaja. Keluarga yang mengamalkan sikap terlalu mengongkong atau

terlalu memberikan kebebasan kepada para remaja boleh menjadi penyumpang kepada

wujudnya masalah ini. Mereka menjadi ahli keluarga yang hanya hidup tapi tidak

dipeduli dan tidak diberi input kerohanian, kesedaran, nilai-nilai mulia dan keagamaan

yang cukup. Keluarga yang terlalu mengongkong boleh menyebabkan jiwa remaja

memberontak dan jika berpeluang keluar dari keadaan itu mereka akan melakukan apa

sahaja yang terlintas difikiran tanpa berfikir panjang. Namun, keluarga yang terlalu

memberikan kebebasan pula mnyebabkan kehidupan remaja menjadi terumbang-

ambing dan boleh menyebabkan mereka terjerumus dalam masalah sosial kerana tiada

suatu peraturan atau ketetapan khusus yang ditetapkan kepada mereka. Keadaan ini juga

tidak baik kerana remaja memerlukan sesuatu yang boleh dijadikan panduan untuk

menjalani kehidupan mereka.Tanpa panduan, belum tentu mereka dapat melalui

kehidupan ini dengan sebaik mungkin mengakibatkan mudah terjerumus ke arah gejala

sosial yang pelbagai kini.”

Beredasarkan perenggan ini pula, dapat dilihat bahawa ianya karangan yang berbentuk gabungan

deduktif-induktif. Hal ini demikian kerana perenggan tersebut mengulang semula isi yang asal

dalam bentuk frasa yang lain. Sebagai contoh, isi utama atau isi penting perenggan tersebut iaitu

“keluarga juga ada kalanya menjadi pendorong kepada gejala sosial dalam kalangan

remaja.” diulang semula pada ayat kelima dalam perenggan tersebut iaitu “keluarga yang

terlalu memberikan kebebasan pula mnyebabkan kehidupan remaja menjadi terumbang-

ambing dan boleh menyebabkan mereka terjerumus dalam masalah sosial” yang mengulang

semula isi utama di mana keluarga menjadi punca kepada masalah sosial.

Page 11: Seni Mengarang

8

4.0 Strategi Pemerengganan

Strategi pemerengganan merupakan jenis-jenis bentuk yang terdapat dalam sesebuah perenggan.

strategi pemerengganan ini boleh dilihat memnpunyai dua bentuk perenggan iaitu perenggan

umum atau utama dan juga perenggan khusus. Perenggan umum atau utama merupakan jenis

perenggan yang mempunyai pengenalan, pengembang dan penutup manakala perenggan

berbentuk lebih khusus pula dilihat mempunyai beberapa teknik penulisan seperti teknik

penyenaraian, teknik percontohan, teknik perbandingan dan sebagainya. Kesemua teknik-teknik

ini bergantung kepada motif dan jenis karangan (Abu Hassan Abdul, 2013).

4.1 Teknik Percontohan

Teknik percontohan merupakan teknik yang digunakan untuk memberi contoh kepada isi utama.

Dalam karangan „Kadar Jenayah dan Gejala Sosial’ ini dilihat mempunyai perenggan yang

menggunakan teknik percontohan iaitu:

“Jika dilihat pada masa ini, banyak program-program dan drama-drama televisyen

seperti program realiti, cerita KL Gangster, Juvana yang memaparkan pelbagai nilai-

nilai buruk yang mudah dipengaruhi oleh remaja. Cerita yang bernilai negatif seperti itu

mudah mempengaruhi golongan remaja sehingga menyebabkan diikuti oleh mereka

kerana berdasarkan cerita yang ditayangkan, orang yang jahat dilihat sebagai hebat dan

hero. Hal ini menyebabkan golongan…”

Berdasarkan petikan dalam perenggan karangan „Kadar Jenayah dan Gejala Sosial’ ini dapat

dilihat bahawa perenggan tersebut mempunyai teknik percontohan iaitu contoh kepada isi utama.

4.2 Teknik Pentakrifan

Teknik pentakrifan pula merupakan teknik yang digunakan untuk menghuraikan atau

mendefinisikan sesuatu istilah. Dalam karangan di atas juga terdapat teknik pentakrifan dalam

perenggannya iaitu:

Page 12: Seni Mengarang

9

“Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, (2010) analisis bermaksud penyelidikan atau

penghuraian sesuatu seperti keadaan, masalah, persoalan dan sebagainya. Berdasarkan

konteks ini, analisis melibatkan proses mengkaji……”

Berdasarkan petikan dalam perenggan tersebut, ayat “Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat,

(2010) analisis bermaksud penyelidikan….” dikenali sebagai teknik pentakrifan kerana ayat ini

menjelaskan atau mendefinisikan maksud perkataan „analisis‟.

4.3 Teknik Kontras Masa

Teknik ini pula memperlihatkan unsur bandingan masa sama ada masa dahulu dengan masa kini

atau sebagainya. Dapat dilihat bahawa dalam karangan di atas terdapat unsur bandingan masa

iaitu:

“Jika dahulu, dalam televisyen tidak ada cerita yang banyak pengaruh daripada budaya

yang tidak elok, tetapi pada masa ini, banyak program-program dan….”

Petikan ini menunjukkan bahawa ayat ini mempunyai bandingan masa antara perkataan „dahulu‟

dan juga „pada masa ini‟.

4.4 Teknik Penglibatan Pembaca

Teknik ini digunakan dengan tujuan untuk melibatkan sekali pembaca supaya memahami

maksud yang cuba disampaikan. Sebagai contoh:

“Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan masyarakat.

Sekiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak–pihak yang bertanggungjawab, maka tidak

hairanlah suatu hari nanti, akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan

akhlak remaja yang rosak dan binasa.”

Dalam petikan di atas dapat dilihat bahawa mempunyai teknik penglibatan pembaca kerana kata

ganti nama pertama „kita‟ digunakan dalam ayat tersebut.

Page 13: Seni Mengarang

10

5.0 Gaya Bahasa

Gaya bahasa merupaka cara penulisan dengan menggunakan bahasa sebagai alat untuk

menyampaikan pemikiran dan pandangan terhadap sesuatu tema atau persoalan melalui karya

mereka.

5.1 Retorika

Retorika merupakan asas pemujukan sebagai elemen penting bagi sesuatu penulisan. Tujuannya

untuk membantu pembaca memahami dan menghayati apa yang hendak disampaikan oleh

penulis sekaligus memberikan kesan yang mendalam terhadap emosi dan tindakan pembaca.

Terdapat enam jenis retorika iaitu pemerian, pemujukan, pendedahan, penghujahan, penceritaan

dan penerangan (Abu Hassan Abdul, 2013).

5.1.1 Retorika Pendedahan

Retorika pendedah bertujuan untuk memberi pemahaman kepada khalayak iaitu pembaca..

Seperti dalam karangan di atas, dapat dilihat bahawa terdapat retorika pendedahan iaitu pada

petikan berikut:

“Berdasarkan statistik kadar jenayah yang berlaku di Malaysia pada tahun 2012 dan

2013 menunjukkan bahawa jumlah kadar jenayah secara keseluruhan berjumlah 153,

669 kes pada tahun 2012 dan 147,062 kes pada tahun 2013. Walaupun terdapat

penurunan kes pada tahun 2013 namun berdasarkan jumlah kes yang dilaporkan

tersebut, jelas menunjukkan bahawa kadar jenayah di Malaysia masih….”

Berdasarkan petikatan di atas dilihat bahawa retorika pendedahan digunakan untuk memberikan

pemahaman kepada pembaca mengenai kes jenayah yang telah terjadi di negara Malaysia.

Page 14: Seni Mengarang

11

5.1.2 Retorika Penghujahan

Retorika penghujahan mempunyai unsur pemujukan, namun berdasarkan bukti dan alasan yang

kukuh untuk meyakinkan khalayak. Sebagai contoh dalam petikan di atas iaitu:

“Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan masyarakat.

Sekiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak–pihak yang bertanggungjawab, maka

tidak hairanlah suatu hari nanti, akan datang masyarakat kita akan hancur dan

keruntuhan akhlak remaja yang rosak dan binasa.”

Berdasarkan petikan ini, retorika penghujahan dengan cara memujuk pembaca supaya

menyokong cadangan yang nyatakan bagi membendung masalah gejala sosial tersebut dengan

bukti daripada statistik jenayah pada perenggan pertama karangan.

5.1.3 Retorika Penerangan

Retorika ini pula bertujuan untuk memberi maklumat kepada pembaca. Oleh itu, retorika ini

bersifat informatif. Dalam karangan di atas dengan nyata memberikan maklumat kepada

pembaca seperti dalam petikan:

“Sejak akhir-akhir ini dilihat kadar jenayah dan gejala sosial berada ditahap yang

membimbangkan. Berdasarkan statistik kadar jenayah yang berlaku di Malaysia pada

tahun 2012 dan 2013 menunjukkan bahawa jumlah kadar jenayah secara keseluruhan

berjumlah 153, 669 kes pada tahun 2012 dan 147,062 kes pada tahun 2013. Walaupun

terdapat penurunan kes pada tahun 2013 namun berdasarkan jumlah kes yang

dilaporkan tersebut, jelas menunjukkan bahawa kadar jenayah di Malaysia masih

membimbangkan.”

Dalam petikan di atas, dapat dilihat bahawa terdapat retorika penerangan yang mempunyai

maklumat iaitu pembaca diterangkan mengenai statistik jenayah yang telah terjadi dalam negara

Malaysia.

Page 15: Seni Mengarang

12

5.2 Stilistika

Stilistik berkait rapat dengan gaya bahasa dan teknik mengindahkan bahasa supaya tampak

menarik bahkan maknanya akan lebih mudah difahami dan lebih memberi kesan kepada

pembaca. Berdasarkan teori stilistik terdapat dua strategi iaitu aspek skema dan majaz (Abu

Hassan Abdul, 2013).

5.2.1 Anafora

Merupakan perkataan yang sama atau sekumpulan perkataan pada permulaan klausa atau ayat

berurutan pada bahagian awal. Sebagai contoh dalam petikan karangan di atas iaitu:

“Gejala sosial ini melibatkan kebanyakan golongan remaja yang berumur sekitar 14

hingga 21 tahun seperti vandalisme, pembuangan bayi, rogol, buli, gangsterisme,

penagihan dadah akan mendorong kepada jenayah seperti rompak, bunuh dan

sebagainya. Gejala sosial merupakan suatu ketidaksesuaian antara unsur-unsur

kebudayaan atau masyarakat, yang membahayakan kehidupan kelompok.”

Berdasarkan petikan ini, frasa „gejala sosial‟ diulang dalam ayat pertama dan kedua.

5.2.2 Poliptoton

Poliptoton pula merupakan pengulangan perkataan yang berasal daripada kata akar yang sama.

Sebagai contoh dalam petikan di atas:

“Pendedahan internet yang begitu ekstrim kepada golongan remaja menyebabkan

mereka menyalahgunakan kemudahan berinternet ini dengan menonton perkara yang

memberi kesan negatif kepada mereka.”

Petikan ini menunjukkan hadirnya unsur poliptoton iaitu kata akar „internet‟ diulang semula

dengan penambahan imbuhan awalan dan menjadi perkataan „berinternet‟.

Page 16: Seni Mengarang

13

5.2.3 Khusus – Umum

Khusus – umum ini merupakan strategi meletakkan kata atau frasa yang membawa makna

khusus pada awal ayat sebelum bergerak kepada kata atau frasa yang membawa makna umum

pada pertengahan atau akhir ayat. Dalam karangan „Kadar Jenayah dan Gejala Sosial‟ dilihat

mempunyai strategi ini iaitu:

“….drama-drama televisyen seperti program realiti, cerita KL Gangster, Juvana yang

memaparkan pelbagai nilai-nilai buruk yang mudah dipengaruhi oleh remaja. Cerita

yang bernilai negatif seperti itu mudah mempengaruhi…”

Berdasarkan petikan di atas, dapat dilihat bahawa penerangan secara khusus diletakkan dahulu

iaitu frasa „cerita KL Gangster, Juvana’ dan kemudiannya barulah diikuti dengan pernyataan

yang umum iaitu „Cerita yang bernilai negatif ‟.

5.3 Laras Bahasa

Laras bahasa merupakan gaya atau cara dalam menggunakan bahasa dalam sesuatu situasi. Laras

bahasa ini sentiasa berubah mengikut fungsi dan keadaan (Abu Hassan Abdul, 2013). Terdapat

beberapa jenis laras bahasa yang mempunyai fungsinya yang tersendiri. Antaranya ialah laras

bahasa umum, undang-undang, teknikal, agama, himbauan, klasik, kreatif dan kanak-kanak.

Dalam karangan „Kadar Jenayah dan Gejala Sosial’ di atas, mempunyai dua laras iaitu laras

bahasa umum dan laras bahasa himbauan.

5.3.1 Laras Bahasa Umum

Merupakan laras yang mudah difahami, jelas dan ringkas serta bersifat sebagai penyataan.

Sebagai contoh, dalam karangan di atas terdapat perenggan yang mempunyai laras bahasa umum

iaitu:

“Sejak akhir-akhir ini dilihat kadar jenayah dan gejala sosial berada ditahap yang

membimbangkan. Berdasarkan statistik kadar jenayah yang berlaku di Malaysia pada

Page 17: Seni Mengarang

14

tahun 2012 dan 2013 menunjukkan bahawa jumlah kadar jenayah secara keseluruhan

berjumlah 153, 669 kes pada tahun 2012 dan 147,062 kes pada tahun 2013. Walaupun

terdapat penurunan kes pada tahun 2013 namun berdasarkan jumlah kes yang

dilaporkan tersebut, jelas menunjukkan bahawa kadar jenayah di Malaysia masih

membimbangkan. Kadar jenayah ini berkait rapat…..”

Dapat dilihat bahawa perenggan ini menerangkan secara umum dengan menggunakan bahasa

yang mudah untuk difahami dan tidak mempunyai istilah atau perkataan yang susah untuk

ditafsirkan.

5.3.2 Laras Bahasa Himbauan

Laras bahasa jenis ini berfungsi untuk mendorong atau menarik perhatian pembaca supaya

melakukan sesuatu perbuatan yang mungkin berbentuk positif atau negatif. Ciri-ciri laras bahasa

ini ialah seperti banyak menggunakan perkataan yang membawa makna „ajak‟ atau „tegah‟.

Berdasarkan karangan di atas, dapat dinyatakan bahawa terdapatnya laras bahasa ini iaitu:

“Sekiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak–pihak yang bertanggungjawab, maka

tidak hairanlah suatu hari nanti, akan datang masyarakat kita akan hancur dan

keruntuhan akhlak remaja yang rosak dan binasa. Namun begitu, terdapat kesan yang

paling ketara yang akan dilihat sekiranya akhlak remaja pada hari ini tidak dibendung

dengan segera, masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah

dan tidak bersatu-padu.”

Berdasarkan petikan di atas, jelas menunjukkan bahawa terdapat unsur penarik perhatian kepada

pembaca supaya melakukan sesuatu seperti frasa „hal ini tidak dibendung dengan segera” yang

seolah-olah mengajak pembaca supaya membantu bagi membendung masalah gejala sosial.

Page 18: Seni Mengarang

15

6.0 Mekanisme Penulisan/Tanda Baca

Mekanisme penulisan atau tanda baca berperanan sebagai tatacara atau peraturan untuk mebantu

penulis menyusun frasa dan klausa bersesuaian dengan idea yang hendak disampaikan dengan

betul (Abu Hassan Abdul, 2013). Ia juga dapat berfungsi sebagai alat untuk membantu

menyampaikan perasaan penulis kepada pembaca selain menentukan kejelasan, ketepatan dan

penegasan.

6.1 Tanda Titik/Noktah ( . )

6.1.1 Melengkapkan ayat

Tanda titik berfungsi untuk melengkapkan ayat. Sebagai contoh:

“Faktor utama yang mendorong gejala sosial ini merupakan pengaruh daripada rakan-

rakan yang rapat kepada pelaku gejala sosial.”

6.2 Tanda Koma ( , )

Tujuannya untuk menyenaraikan tiga unsur atau lebih. Sebagai contoh dalam karangan di atas

iaitu:

“....melibatkan kebanyakan golongan remaja yang berumur sekitar 14 hingga 21 tahun

seperti vandalisme, pembuangan bayi, rogol, buli, gangsterisme, dan penagihan dadah

akan mendorong…”

Petikan bagi bagi karangan di atas dilihat memunyai tanda baca koma yang digunakan untuk

menyenaraikan enam unsur yang merupakan contoh kepada masalah sosial.

Page 19: Seni Mengarang

16

6.3 Tanda Sempang/Sengkang ( - )

6.3.1 Kata Gandaan

Berfungsi untuk menunjukkan bahawa perkataan tersebut adalah kata gandaan. Sebagai contoh:

“…banyak program-program dan drama-drama televisyen seperti program realiti,

cerita KL Gangster, Juvana yang memaparkan pelbagai nilai-nilai buruk…”

Petikan di atas menunjukkan penggandaan bagi perkataan „program-program‟ dan „drama-

drama‟ untuk menunjukkan maksud yang banyak.

6.4 Penulisan Huruf Besar

6.4.1 Huruf pertama awal ayat

Huruf pertama awal ayat mestilah huruf besar. Sebagai contoh:

“Banyak faktor yang dilihat mendorong kepada gejala sosial dan seterusnya masalah

jenayah.”

Dalam ayat ini, huruf pertama iaitu „Banyak‟ ditulis dengan huruf besar.

6.4.2 Huruf pertama nama khas

Huruf pertama bagi nama khas mestilah huruf besar. Sebagai contoh:

“Berdasarkan statistik kadar jenayah yang berlaku di Malaysia pada tahun 2012 dan

2013 menunjukkan bahawa jumlah kadar jenayah secara keseluruhan…”

Perkataan „Malaysia‟ ditulis dengan huruf besar kerana ia merupakan kata nama khas bagi

negara.

Page 20: Seni Mengarang

17

Bibliografi

Abu Hassan Abdul (2013). Seni Mengarang BMK 3043. Tanjung Malim: Penerbit

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Jo Ray McCuen & Anthony C. Winkler (2006). From Idea To Essay: A Rhetoric, Reader

& Handbook (Elevent Edition). US: Perason Edu. Inc.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.