1.0 LUKISAN 1.1 Pengenalan Lukisan ialah salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus. Lukisan menyediakan landasan asas untuk berkomunikasi dalam pelbagai cara dan bidang. Biasanya lukisan menggunakan media kering untuk menghasilkan karya.Penghasilan lukisan bertujuan untuk mengkaji struktur bentuk subjek atau imej yang dilukis secara teliti. Lukisan akan mengikatkan kita dengan emosi, keintelektualan dan juga spiritual. Lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi, intelektual dan spiritual manusia. Lukisan dapat mengembangkan kedua-dua minda dan semangat (spirit). Justeru, lukisan dilakukan sebagai satu cara menghargai penglihatan dan pemikiran manusia. Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba. Lukisan tersebut berkisar tentang aktiviti kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan. Di Malaysia lukisan gua telah dijumpai di Gua Niah, Sarawak dan Gua tambun, Perak. Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama, iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai
sejarah dan sedikit input mengenai seni lukis pelbagai tamadun, seperti tamandun barat, islam, china, jepun, india, dan melayu..
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1.0 LUKISAN
1.1 Pengenalan
Lukisan ialah salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni
halus. Lukisan menyediakan landasan asas untuk berkomunikasi
dalam pelbagai cara dan bidang. Biasanya lukisan menggunakan
media kering untuk menghasilkan karya.Penghasilan lukisan bertujuan
untuk mengkaji struktur bentuk subjek atau imej yang dilukis secara
teliti. Lukisan akan mengikatkan kita dengan emosi, keintelektualan
dan juga spiritual.
Lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi, intelektual dan spiritual
manusia. Lukisan dapat mengembangkan kedua-dua minda dan
semangat (spirit). Justeru, lukisan dilakukan sebagai satu cara
menghargai penglihatan dan pemikiran manusia.
Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh
manusia purba. Lukisan tersebut berkisar tentang aktiviti kehidupan
seharian seperti perburuan dan pengembaraan. Di Malaysia lukisan
gua telah dijumpai di Gua Niah, Sarawak dan Gua tambun, Perak.
Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang
sama, iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan
ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan
berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin
menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dulu.
Media
• Media dominan ialah media kering seperti pensel dan arang untuk
mendapatkan kesan rupa dan bentuk ilusi pada sesuatu permukaan.
• Penghasilan mestilah memperlihatkan struktur sesuatu benda. Lukisan
juga boleh dihasilkan melalui campuran media kering dan media
basah. Contohnya, warna pensel dan warna air.
• Penggunaan media basah seperti warna air juga boleh digunakan
tetapi penggunaannya adalah secara terhad dan minimum.
• Lukisan menitikberatkan kepada penghasilan struktur bentuk sesuatu
benda dengan penggunaan pelbagai jenis garisan.
Tujuan Penghasilan
• Mengkaji struktur sesuatu benda dengan lebih terperinci menggunakan
aplikasi unsur dan prinsip seni reka. Contohnya, memasukkan jalinan
dan imbangan pada bentuk yang dilukis.
• Gambaran awal atau gambaran ringkas sebelum penghasilan imej
akhir. Contohnya, lukisan sesuatu imej dihasilkan sebelum penghasilan
imej sebenar pada catan.
• Menerusi lukisan juga boleh dijadikan sebagai sindiran atau komentar
sosial dalam sesebuah masyarakat dan ia dapat mempengaruhi
psikologi manusia. Contohnya, lukisan kartun yang menyindir sistem
sosial dalam sesebuah masyarakat.
• Lukisan juga dapat dijadikan sebagai luahan emosi dan ekspresi
pengkarya melalui tema yang disampaikan melalui imej-mej tertentu.
Jenis Lukisan
i. Lukisan Figuratif
Lukisan figuratif adalah sejenis lukisan yang memberi penumpuan
kepada tubuh badan dan anatomi manusia.
ii. Lukisan Fantasi
Lukisan imaginasi di alam nyata atau khayalan.
iii. Lukisan Ilustrasi
Lukisan yang mempunyai tema atau keterangan tertentu yang ingin
disampaikan kepada audiens.
iv. Lukisan Kajian
Merakamkan ketelitian pada subjek yang dikaji.
Contoh,memasukkan unsur jalinan, cahaya dan struktur bentuk yang
terperinci.
v. Lukisan Kontour
vi. Lukisan Gesture
a.Menggunakan seluruh pergerakan tangan dan tidak terhad pada
pergelangan tangan.
b.Dihasilkan sebelum penghasilan catan, arca atau seni grafik.
c.Dihasilkan dalam masa yang singkat dan digunakan untuk
menyelaras antara kerja mata, minda dan tangan pada objek yang
dilukis.
vii. Lukisan Teknikal
Menggunakan skala tertentu untuk memastikan sudut pandangan dan
kadar banding yang tepat.
viii. Lukisan Kartun
a. Menggunakan pelbagai kualiti garisan dan garisan ringkas untuk
menggambarkan watak-watak kartun
b. b. Digambarkan melalui tema jenaka
Bahan dan Media
Penggunaan bahan dan media adalah penting dalam menghasilkan
lukisan. Tetapi ini tidak bermakna bahan dan media yang mahal sahaja
mampu menghasilkan lukisan yang bermutu dan menarik. Lukisan yang
bermutu dan kreatif boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan yang
biasa sahaja. Tidak dinafikan juga, penggunaan bahan yang mahal dan
berkualiti merupakan satu rangsangan dalam penghasilkan lukisan.
Bahan dan media yang digunakan untuk menghasilkan sebuah lukisan ;
i. pensel
ii. pen dakwat
iii. pen mata bola
iv. arang
v. pastel
vi. krayon
1.2 Lukisan Tamadun Melayu
Seni tampak atau seni visual telah lama berkembang di Malaysia. Adalah
dipercayai lebih dari 200 tahun dulu. Namun kewujudan seni ini hanya
menjadi satu kepentingan pada negara mulai tahun 1930-an saja.
Dunia Seni Lukis di Malaysia
Di negara ini terdapat sekolah senilukis peringkat tinggi yang menawarkan
ijazah seni halus kepada sesiapa yang layak untuk mengikuti pengajarannya.
Melalui institusi inilah ramai pelukis berkelulusan tinggi dihasilkan dari tahun
ke setahun. Ianya menyumbang kepada perkembangan dunia senilukis
Malaysia.
Di samping itu ramai juga pelukis yang tidak mempunyai pendidikan formal.
Mereka ini samada belajar sendiri ataupun belajar melalui individu yang
berpengalaman. Kelompok ini juga turut sama menyumbang kepada
perkembangan dunia senilukis Malaysia.
Dalam aliran senilukis formal di Malaysia, kita mengambil sukatan pelajaran
daripada barat kerana kita tidak mempunyai sukatan pelajaran sendiri. Oleh
kerana itu aliran senilukis formal di Malaysia dianggap sebagai ranting
daripada aliran dari barat. Walaupun terdapat aliran daripada Asia seperti
aliran senilukis Cina, India dan Islam, biasanya ia hanya diamalkan oleh
kelompok etnik tertentu atau pengamal sesuatu fahaman. Tiada pendidikan
formal untuk aliran sebegini yang diiktiraf berbanding aliran senilukis barat.
Bagi kelompok pelukis tanpa pendidikan formal pula pendidikan senilukis
mereka lebih kepada pemerhatian, minat mendalam dan bakat semulajadi.
Terdapat juga individu yang berpengalaman menurunkan pengalaman dan
kebolehan mereka kepada generasi baru yang belajar daripadanya. Maka
kebanyakkan pelukis tanpa pendidikan formal berkarya tanpa dibelengu oleh
mana-mana aliran dan penghasilan karya mereka bercampur-baur dengan
pelbagai gaya dan aliran.
Kepelbagaian etnik di Malaysia juga telah memecahkan dunia senilukis
Malaysia kepada beberapa kelompok:
Kelompok pertama adalah senilukis aliran dunia yang diiktiraf yang mana
kebanyakkan pengamalnya terdiri daripada mereka yang diiktiraf oleh
sekolah-sekolah senilukis kebangsaan dan mempunyai jaringan dengan
pendidikan tinggi peringkat antarabangsa. Pengamalnya terdiri daripada
semua etnik di Malaysia.
Kelompok kedua ialah senilukis aliran Asia, antaranya aliran Cina yang mana
mereka mempunyai system pendidikan sendiri dan diamalkan oleh kaum Cina
sahaja. Namun begitu terdapat juga kaum-kaum lain yang belajar seterusnya
menjadi pengamal. Bagi kaum India terdapat juga pengamal aliran senilukis
kuno mereka tetapi jumlahnya terlalu sedikit dan biasanya tertumpu kepada
senilukis yang bersifat ritual.
Terdapat juga kaum Melayu yang beragama Islam mempelajari aliran
senilukis Islam. Walaupun mendapat sokongan penuh pemerintah,
perkembangannya amat perlahan dan agak terpencil. Kekurangan pengamal
dan popularity menjadikan aliran ini tidak berkembang dengan pesat serta
tidak banyak perubahan yang ketara sejak dahulu lagi. Akibatnya aliran ini
terkurung dalam lingkungan agama dan kepercayaan sahaja.
Kelompok ketiga adalah pengamal yang tidak melalui pendidikan formal.
Kelompok ini biasanya menumpukan kepada penguasaan kemahiran semata-
mata. Kebanyakkan daripada mereka menumpukan kepada perkhidmatan
senilukis seperti melukis potret atau tempahan lukisan hiasan. Mereka tidak
ghairah mengambil tahu perkembangan dan gaya semasa senilukis
antarabangsa. Ada juga yang kekal dalam gaya senilukis yang tipikal untuk
satu tempoh yang panjang.
Kesemua kelompok pengiat ini telah mewujudkan dunia senilukis di Malaysia
dan berkembang dengan pesat mengikut arus dunia. Walaupun masih dalam
proses pembinaan dan perubahan senilukis di Malaysia telah menempatkan
dirinya sebagai salah satu ikon budaya negara. Penglibatan pemerintah
dalam menyediakan infrastruktur, sokongan dan galakkan banyak membantu
pertumbuhan bidang ini.
Perkembangan Seni Halus di malaysia
Perkembangan Seni Lukis Tahun 1930-an
Minat pelukis dipengaruhi oleh aliran naturalis dari barat dengan cara
mengamati alam sekeliling melalui karya-karya landskap, alam benda dan
potret. Pada peringkat awal, karya-karya yang dihasilkan lebih condong
kepada gambaran bersifat sentimental terhadap perkara yang indah dan
permai. Pendidikan seni mula dimasukkan dalam kursus perguruan di Maktab
Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Maktab ini melatih guru-guru sekolah
rendah yang mengajar lukisan dan kerja tangan. Pelukis semasa seperti
Abdullah Ariff dan Yong Mun Seng yang dikaitkan dengan seni halus
menumpukan pada karya bertemakan tempatan.
Perkembangan Seni Lukis Tahun 1950-an
Peter Harris menubuhkan Wednesday Art Group pada tahun 1952 dengan
ahli yang terdiri daripada berbilang kaum dan berpendidikan Inggeris. Aktiviti
kumpulan ini dijalankan pada hari rabu dan sabtu. Antara ahlinya ialah Patrick
Ng, Cheong Lai Tong dan Ho Kai Peng. Penang Art Teachers Council
ditubuhkan pada tahun 1952 oleh Tay Hooi Keat. Antara ahlinya ialah Tan Tin
Kok, Abdullah Ariff dan Chee Wee Sun. majlis kesenian Melayu diasaskan
oleh Mohd Hoessein Enas dan Idris Salam pada tahun 1956, tetapi kemudian
diubah namanya kepada Angkatan Pelukis semenanjung pada tahun 1957.
kumpulan ini dikaitkan dengan identiti dan imej figura melayu. Thursday Art
Group ditubuhkan pada tahun 1957 di Pulau Pinang dan menhjalankan aktiviti
pada hari khamis. Ahli-ahlinya terdiri daripada Abdullah Ariff, Tay Hooi Keat,
Lee Joo For dan Willian K.K. Lau. Pada tahun 1958, Balai Seni Lukis Negara
ditubuhkan sebagai pengiktirafan rasmi pihak kerajaan terhadap bidang seni
lukis. Dua orang pelukis iaitu Tay Hooi Keat dan Syed Ahmad Jamal telah
mendapat latihan formal di London. Mereka pulang dengan membawa
pendekatan dan aliran seni dari barat. Gaya karya mereka telah menjadi
ikutan dan meluaskan pandangan artis tempatan terhadap perkembangan-
perkembangan seni di Barat.
Perkembangan Seni Lukis Tahun 1960-an
Maktab Perguruan Ilmu Khas di Kuala Lumpur yang ditubuhkan pada tahun
1960 menawarkan kursus dalam bidang pendidikan seni. Ini memberi peluang
kepada guru-guru untuk menambah pengalaman dalam bidang seni secara
sepenuh masa selama setahun. Kursus seni lukis dan Seni Reka di institut
Teknlogi Mara telah diperkenalkan pada tahun 1967. kursus ini telah dapat
melahirkan golongan bumiputra sebagai pendidik, pelukis dan pereka bentuk
yang lebih peka serta terlatih dalam bidang dan cabang tertentu pendidikan
seni di negara ini. Pelukis-pelukis abstrak mula mendapat tempat untuk
mempamerkan karya-karya mereka di luar negara. Munculnya pelukis-pelukis
New Scene pada tahun 1969 yang mempunyai manifesto asas menyarankan
new habit of seeing (kebiasaan-kebiasaan yang baharu apabila melihat),
berkreatif dan pendekatan yang perlu bersifat intelektual, impersonal, dan
non-symbolic.
Perkembangan Seni Lukis Tahun 1970-an
Penubuhan Kogres Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971 yang
membincangkan isu-isu berhubung dengan masyarakat mula mempengaruhi
pemikiran dalam bidang seni secara terus. Kumpulan Anak Alam telah
ditubuhkan oleh Latiff Mohidin pada tahun 1974. kumpulan Utara ditubuhkan
pada tahun 1977, yang terdiri daripada pelukis-pelukis yang berasal dari utara
semenanjung Malaysia.
Perkembangan Seni Lukis Tahun 1980-an
Penubuhan persatuan Pelukis Malaysia pada tahun 1980 telah memberikan
sumbangan kepada perkembangan seni lukis dan kerjasama yang lebih erat
dengan kerajaan dalam hal-hal seni lukis. Pusat seni di Universiti Sains
Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1984 bagi melahirkan guru-guru
sebagai tenaga pengajar yang mahir dalam bidang seni halus. Penubuhan
institusi dan akademi seni swasta seperti Malaysian Institute of Art (MIA) telah
melahirkan generasi muda pelukis berbangsa cina yang lebih muda.
1.3 Lukisan Tamadun Islam
Dalam budaya islam, penghasilan hasil seni yang bermotifkan haiwan atau
sebarang motif lain adalah dibenarkan. Tetapi hasil seni yang bermotifkan
agama adalah amat dilarang. Gambaran yang melibatkan penghasilan
lakaran berunsur geometri yang abstrak atau motif bunga-bungaan sering
digunakan. Penghasilan motif ini digunakan dalam bidang pembinaan dan
kaligrafi yang terdapat pada binaan masjid dan buku-buku agama termasuk
kitab suci al-Quran. Lakaran-lakaran abstrak ini bukanlah suatu yang
dianggap baru, tetapi ianya sudah lama digunapakai sejak zaman Pra-Klasik
dan juga zaman Barbarian. Seorang illustrator, M. C. Escher telah
memperkenalkan lukisan geogmetri islam ini ke dalam dunia barat yang
bermotifkan bunga-bungaan.
Seni lukis pada zaman ini turut dikenali sebagai seni halus. Seni lukis bermula
pada zaman Khalifah Muawiyah di Damsyik dan ia biasanya tertera pada
helaian safhah al-Quran ygn dihisai dgn corak lukisan bunga dan gambar
berbentuk Arabesque dgn pilihan warna emas. Dalam seni islam, pelukis
diharamkan membentuk dan melukis makhluk yang bernyawa, namun lukisan
ini dibolehkan hanya dengan bertujuan kerana keperluan yang diiktiraf seperti
untuk kegunaan pendidikan. Seni lukis ula bermula pada zaman khalifah
Muawiyah di Damsyik dan ia biasnya tertera pada helaian-helaian safhah a-
Quran yang dihiasi dengan corak lukisan bunga dan gambar berbentuk
araesque dengan pilihan warna emas, buku-buku sejarah yang dihiasi
dengan gambar-gambar warna yang cantik seperti kitab al-Tarikh Syahnama
dan buku hikayat alfun alLaial dan buku-buku cerita. Seni lukis Islam biasanya
terhad kepada lukisan keindahan alam dan tidak termasuk benda-benda
bernyawa yan boleh menjadi pujaan seperti haiwan, dewa atau patung.
Di tengah pro dan kontra itu seni lukis berkembang di dunia Islam. Meski
begitu, para arkeolog dan sejarawan tak menemukan adanya bukti adanya
sisa peninggalan lukisan Islam asli di atas kanvas serta panel kayu. Hasil
penggalian yang dilakukan arkeolog justru menemukan adanya lukisan
dinding, lukisan kecil di atas kertas yang berfungsi sebagai gambar ilustrasi
pada buku.
Salah satu bukti bahwa umat Islam mulai terbiasa dengan gambar makhluk
hidup paling tidak terjadi pada masa pemerintahan Dinasti Umayyah (661 M -
750 M) di Damaskus, Suriah. Hal itu dapat disaksikan dalam lukisan yang
terdapat pada Istana keci Qusair Amrah yang dibangun pada 724 M hingga
748 M.
Selain itu, serambi istana Musyatta yang dibangun penguasa Umayyah di
akhir kekuasaannya tahun 750 M, juga dipenuhi lukisan manusia dan
binatang. Pada era kekuasaan Abbasiyah, penggunaan gambar makhluk
hidup dalam lukisan dinding juga digunakan pada istana Juasaq Al-Kharqani
yang dibangun oleh Khalifah Al-Mu'tasim pada 836 M-839 M.
Makhluk hidup juga menjadi objek lukisan di istana Dinasti Abbasiyah di era
pemerintahan Al-Muqtadir (908 M-932 M). Dalam dinding istana itu,
tergambar lima belas penunggang kuda. Lukisan ini dipengaruhi gaya
Mesopotamia. Lukisan manusia juga terdapat dalam dinding istana Sultan
Mahmud Gazna (wafat 1030 M).
Gambar prajurit serta perburuan gajah yang terlukis di dinding istana Sultan
itu lebih banyak dipengaruhi seni dari India. Lukisan manusia dan makhluk
hidup mulai berkembang pesat di era Dinasti Fatimiyah dan Seljuk antara
abad ke-12 dan 13 M. Seabad kemudian, seni lukis miniatur berkembang
pesat di era kekuasaan Dinasti Il-Khans--dinasti keturunan Hulagu Khan yang
sudah masuk Islam.
Penguasa Il-Khans, seperti Mahmud Ghazan (1295 M-1304 M), Muhammad
Khodabandeh (Oljeitu) (1304 M-1316 M), dan Abu Sa'id Bahadur (1316 M-
1335 M) sangat menaruh perhatian pada perkembangan seni. Mereka
memperbaiki kerusakan-kerusakan yang diakibatkan oleh invasi yang
dilakukan leluhurnya terhadap dunia Islam.
Dinasti ini pun memperkenalkan gaya lukis Cina terhadap seni lukis miniatur
Persia di zaman itu. Seni lukis miniatur Persia berkembang makin pesat di era
kekuasaan Dinasti Timurid di wilayah Iran. Dipengaruhi gaya lukis Cina dan
India, seni lukis miniatur Persia itu tampil dengan gaya yang unik. Seni lukis
tradisi berkualitas tinggi juga berlangsung di era kekuasaan Dinasti
Safawiyah.
Lantaran negara-negara Islam saat itu berbentuk monarki, seni lukis di setiap
kota Islam sangat ditentukan pemimpinnya. Para penguasa Dinasti Safawiyah
sebenarnya sangat mendukung para seniman. Salah seorang pemimpin
Safawiyah yang mendukung kegiatan para seniman itu adalah Shah Ismail I
Safav. Bahkan, dia mengangkat Kamaludin Behzad--pelukis kenamaan
Persia--sebagai direktur studio lukis istana.
Lukisan Persia memiliki ciri khas tersendiri. Kebanyakan berisi sanjungan
kepada raja dan penguasa. Selain itu, ada pula lukisan keagamaan yang
menggambarkan interpretasi orang Persia terhadap Islam-- agama yang
mereka anut. Lukisan Persia pun sangat termasyhur dengan penggunaan
geometri dan warna-warna penuh semangat.
Yang lebih penting lagi, lukisan Persia dikenal mata ilustratif. Lukisannya
mampu memadukan antara puisi dengan seni lukis. Bila kita melihat lukisan
Persia, seakan-akan kita diajak untuk membaca sebuah kisah puitis yang
mampu menumbuhkan rasa kepahlawanan. Hal itu terjadi, karena lukisan-
lukisan itu diciptakan dan terinspirasi oleh syair-syair yang begitu luar biasa.
Penguasa Safawiyah mulai mencabut dukungannya kepada para seniman di
era kekuasaan Shah Tahmasp I tahun 1540-an. Akibatnya, para seniman
yang bekerja di istana Shah pergi meninggalkan Tabriz, Iran. Mereka ada
yang hijrah ke Bukhara kawasan utara India. Tak heran, jika seni lukis
berkembang di Kesultanan Mughal, India. Di wilayah ini, seni lukis
dikembangkan oleh para seniman imigran.
Salah satu ciri khas seni lukis Mughal adalah lebih bernilai humanistik
dibandingkan hiasan. Gambar yang dilukiskan lebih ke dalam bentuk realistik,
dibandingkan dalam bentuk fantasi. Pada era kekuasaan Turki Usmani, seni
lukis juga berkembang pesat dengan sokongan dari istana Sultan. Para
penguasa Usmani memerintahkan para senimannya menggambar beragam
bentuk peristiwa tentang kiprah Sultan, seperti pertempuran dan festival.
Di era kepemimpinan Sultan Sulaeman Al-Qanuni ada pelukis miniatur
terkemuka bernama Nasuh Al-Matraki. Hampir semua karya lukis pada
zaman ini tersimpan di Perpustakaan Istana di Istanbul. Begitulah seni lukis
berkembang dari masa ke masa di era kejayaan Islam. Seni lukis yang khas
dari setiap dinasti membuktikan bahwa umat Islam pada waktu itu mampu
mencapai peradaban yang sangat tinggi di dunia.
.
Mehmet II, from the Sarai Albums of Istanbul, Turkey, 15th century AD.