Top Banner

of 10

SENI GOTIK

Jul 09, 2015

Download

Documents

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

BAB 10 : SENI ZAMAN PERTENGAHAN

Gaya Seni Gotik bermula pada awal abad ke-12 menggantikan gaya Romanesque. Kehebatan sistem feudal dengan aspirasi gereja dalam menggunakan seni sebagai penyampai dakwah sampai ke kemuncaknya. Zaman ini merupakan zaman tertinggi pencapaian pihak gereja dalam menaung kegiatan seni. Seperti yang dijelaskan sebelum ini tentang kewujudan golongan pedagang, peniaga, saudagar dan bangsawan sekular, kegiatan seni mula diambil alih oleh golongan ini.

Kehidupan zaman Gotik ini tidak lagi tertumpu kepada keagamaan. Rahib dan golongan gereja mula tercabar dengan kewujudan golongan bangsawan sekular. Bangsawan sekular ini, yang kebanyakannya saudagar mula mengalih tumpuan masyarakat kepada aktiviti perniagaan.Aktiviti perniagaan menjadi lebih penting. Minat terhadap subjek keagamaan beransur pudar. Walaubagaimanapun, kepudaran terhadap keagamaan tidak memuncak dalam zaman ini. Hanya dalam zaman Renaissans akan menyaksikan bagaimana subjek lain akan mengimbangi subjek agama dalam kegiatan seni lukis.

Seni bina Gotik adalah satu gaya yang wujud dari pelbagai ciri binaan yang dicuba dalam gaya Romanesque. Bentuk atau gaya seni bina Gotik ini bermula dengan pembinaan gereja St, Dennis antara tahun 1140 hingga 1144 Masihi. Bangunan ini telah memperlihatkan ciri-ciri besar, mewah dan megah dan tidak pula diabaikan ciri-ciri religiusnya. Bangunan gereja ini dijadikan rujukan untuk pembinaan lain-lain bangunan gereja di Eropah.

Terdapat dua jenis bangunan yang dibina dalam zaman ini. Pertama ialah gereja atau biara atau bangunan berkonsepkan agama.Bangunan ini merupakan bangunan terpenting dalam zaman ini.Pembangunan binaan ini dibiayai oleh pedagang dan saudagar, manakala ilham dan idea dinukil oleh pihak gereja.

Biara Bourges, PerancisB

Kedua pula ialah bangunan sekular. Bangunan ini termasuklah Dewan bandaran, pusat pentadbiran, istana, kota berkubu dan sebagainya. Bangunan ini penting sebagai tempat mesyuarat, persidangan perbicaraan, perniagaan dan sebagainya.

Pelbagai jenis batu termasuk batu pasir, batu kapur, marmar dan batu batan digunakan dalam pembinaan. Batu batan digunakan sebagai asas bangunan, lantai, dinding dan siling. Konkrit juga digunakan terutama sebagai plaster dinding. Bagi bumbung pula, kepingan besi dan genting digunakan. Dalam membina, balak digunakan sebagai penyokong bangunan. Balak kurang digunakan dalam seni bina zaman Gotik ini. Ia banyak digunakan dal proses pembinaan sahaja. Tingkap kaca atau stained-glass windows terus berkembang digunakan. Selain sebagai hiasan gereja, ia berfungsi untuk pencahayaan gereja dan hiasan gambarnya memaparkan kisah agama sebagai pendidikan dan pedoman masyarakat.

Zaman ini juga menampakkan relung tajam atau pointed archs digunakan secara berleluasa. Tidak dinafikan ciri ini ialah ciri binaan Islam, namun, perkembangannya pada bangunan gereja dan biara seluruh Eropah amat mengkagumkan.

Terdapat beberapa ciri yang mengkategorikan sesebuah bangunan itu bergaya Gotik. Pertamanya, kebanyakan bangunan zaman ini dibina tinggi untuk melambangkan betapa besarnya kuasa tuhan. Tiang-tiang atau kolum gereja ini dibina tinggi dan tajam mencapai awan bagi menunjukkan kearah itulah tujuan kehidupan manusia, iaitu tuhan di langit. Bangunan yang dipenuhi dengan tiang tingg berceracak di sekeliling bangunan itu memperlihatkan bangunan itu berciri kasar dan ganas yang memulakan istilah Gothic itu.

Pembinaan lengkungan yang bermula dalam zaman Romanesque lalu sampai kemuncaknya dalam