SENI DALAM PENDIDIKAN Pendekatan bertema seringkali digunakan untuk memenuhi keperluan pendidikan asas dalam perkembangan kanak-kanak. Pendekatan ini sesuai dengan gaya pembelajaran, mencerminkan budaya dan minat pelajar dan guru. Tema memberi makna dan tujuan untuk pembelajaran. Anda telah melakukan satu lawatan bersama-sama murid-murid anda. (a) Berdasarkan lawatan tersebut, jelaskan cara menjalankan pendekatan bertema yang dapat digunakan dalam proses mengaktifkan pembelajaran dan pemindahan pembelajaran. (8 markah) (b) Bincang tentang tajuk-tajuk tema dan soalan-soalan yang boleh menjadi panduan bagi anda memilih tema tersebut (10 markah) (c) Berikan pandangan anda mengenai jumlah mata pelajaran yang boleh dilibatkan berdasarkan tema yang anda pilih. Huraikan perlaksanaan tema yang dipilih bagi setiap mata pelajaran tersebut dalam bentuk PowerPoint bagi menunjukkan penggabungjalinan tersebut. (12 markah) 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
SENI DALAM PENDIDIKAN
Pendekatan bertema seringkali digunakan untuk memenuhi keperluan pendidikan asas dalam
perkembangan kanak-kanak. Pendekatan ini sesuai dengan gaya pembelajaran, mencerminkan
budaya dan minat pelajar dan guru. Tema memberi makna dan tujuan untuk pembelajaran.
Anda telah melakukan satu lawatan bersama-sama murid-murid anda.
(a) Berdasarkan lawatan tersebut, jelaskan cara menjalankan pendekatan bertema yang dapat
digunakan dalam proses mengaktifkan pembelajaran dan pemindahan pembelajaran.
(8 markah)
(b) Bincang tentang tajuk-tajuk tema dan soalan-soalan yang boleh menjadi panduan bagi
anda memilih tema tersebut
(10 markah)
(c) Berikan pandangan anda mengenai jumlah mata pelajaran yang boleh dilibatkan
berdasarkan tema yang anda pilih. Huraikan perlaksanaan tema yang dipilih bagi setiap
mata pelajaran tersebut dalam bentuk PowerPoint bagi menunjukkan penggabungjalinan
tersebut.
(12 markah)
1
SENI DALAM PENDIDIKAN
PENDAHULUAN
Pendekatan tema atau bertema menekankan tema pembelajaran. Strategi pengajaran bertema
ataupun unit menyediakan isi kandungan dan rangka untuk menyusun aktiviti pembelajaran dan
mengintegrasikan pelbagai bidang kurikulum. Kanak-kanak dapat membina kemahiran dan
mempelajari topik-topik tertentu dalam ruang lingkup yang lebih luas. Kemahiran dan konsep
yang akan dikuasai oleh kanak-kanak disesuaikan dengan tema pembelajaran. Pendekatan tema
menyediakan kandungan dan kerangka kerja untuk susun aktiviti pembelajaran dan merentasi
pelbagai bidang. Pengajaran kemahiran yang disampaikan adalah secara berperingkat-peringkat
mengikut tahap umur kanak-kanak.
Di dalam lawatan sambil belajar, kanak-kanak didedahkan dengan keadaan persekitaran ,
beberapa persoalan boleh dibangkitkan kepada minda kanak-kanak, antaranya adalah tentang
alam dan kaitannya dengan manusia, kaitan alam dengan haiwan, kaitan manusia dan haiwan dan
sebagainya.
Pengaktifan pembelajaran dan pemindahan pembelajaran dilakukan melalui pengamatan kanak-
kanak dan interaksi mereka dengan guru, guru perlu menunjukkan secara teliti apa yang mereka
lihat dan menerangkan kepada mereka.
2
SENI DALAM PENDIDIKAN
PENDEKATAN BERTEMA MELALUI LAWATAN LUAR KELAS
Tema Persekitaran
Persekitaran fizikal yakni pelbagai bahan, ruang untuk bermain dan cukup masa mampu
memberi kesan ke atas perkembangan kanak-kanak bermain. Persekitaran sosial dipengaruhi
oleh gaya penjagaan ibu bapa, interaksi dengan rakan sebaya serta sokongan. Tema persekitaran
Pula terbahagi kepada 3 jenis:
1. Alam semula jadi
2. Buatan manusia
3. Teknologi
Alam Semulajadi
Peranan dan kefahaman tentang persekitaran alam semula jadi yang meliputi segala aspek yang
berada dipersekitarannya, tempat dan habitat semua hidupan tingal dan berinteraksi antara satu
sama lain dalam ekosistem yang seimbang. Alam semula jadi yang stabil dari semua segi akan
memberikan kesan kepada minda murid-murid. Didalam lawatan sambil belajar , pendekatan
bertema persekitaran kita akan menyentuh alam serangga.
Lawatan akan dijalankan ke Taman Rama- Rama, lawatan tersebut dipilih adalah untuk
menerapkan pendekatan bertema dengan menggabung jalinkan subjek-subjek lain.