SENI BINA GEREJA PADA ZAMAN PERTENGAHAN. Seni bina mempunyai pengertian dan konteks yang luas, kerana seni bina bukan diklasifikasikan kepada seni bangunan sahaja, kerana seni bina ini telah wujud sejak zaman prasejarah lagi iaitu sebelum adanya tulisan dan bahasa hal ini dapat dibuktikan oleh Marrian Moffet beliau mengatakan permulaan kepada seni bina ialah sebahagian daripada zaman prasejarah 1 . Sejarah seni bina ialah rentetan peristiwa tentang reka bentuk dan peradaban manusia yang dikaitkan dengan bangunan 2 . Sebelum mengupas dengan lebih lanjut lagi mengenai sejarah seni bina gereja pada zaman pertengahan, ada baiknya kita mengetahui maksud dan definisi seni itu sendiri. Dalam penafsiran maksud seni bina, ahli akedemik, pemikir dan profesional di dalam bidang tersebut telah memberikanpelbagai tafsiran mengenainya. Ada di antara mereka yang mengatakan bahawa seni bina tersebut sekadar bangunan sahaja, ada juga yang menyatakan bahawa seni bina tersebut merupakan suatu ciri ajaib yang mampu menaikkan nilai sesebuah bangunan daripada biasa kepada sesuatu yang istimewa, ada juga yang menyatakan bahawa ianya merupakan ‘jiwa’ bangunan dan tidak kurang pula yang menganggap bahawa seni bina tersebut hanya sekadar gaya rupa saja. Walaubagaimanapun kita akan melihat pandangan pendapat penulis dan tokoh-tokoh seni bina mengenai maksud dan definisi sebenar seni bina. Menurut Marian Moffet, 1 Moffet, Marian. Fazio, Micheal. Wodehouse, Lawrence. 2003. A World History Of Architecture. Lawrence King Publishing: United Kingdom.Hlm.1 2 Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi.2008. Seni Bina Sejarah,Teori dan Kritikan.Universiti Teknologi Malaysia: Selangor Darul Ehasan. Hlm.2.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
SENI BINA GEREJA PADA ZAMAN PERTENGAHAN.
Seni bina mempunyai pengertian dan konteks yang luas, kerana seni bina bukan
diklasifikasikan kepada seni bangunan sahaja, kerana seni bina ini telah wujud sejak zaman
prasejarah lagi iaitu sebelum adanya tulisan dan bahasa hal ini dapat dibuktikan oleh Marrian
Moffet beliau mengatakan permulaan kepada seni bina ialah sebahagian daripada zaman
prasejarah1. Sejarah seni bina ialah rentetan peristiwa tentang reka bentuk dan peradaban
manusia yang dikaitkan dengan bangunan2. Sebelum mengupas dengan lebih lanjut lagi
mengenai sejarah seni bina gereja pada zaman pertengahan, ada baiknya kita mengetahui maksud
dan definisi seni itu sendiri. Dalam penafsiran maksud seni bina, ahli akedemik, pemikir dan
profesional di dalam bidang tersebut telah memberikanpelbagai tafsiran mengenainya. Ada di
antara mereka yang mengatakan bahawa seni bina tersebut sekadar bangunan sahaja, ada juga
yang menyatakan bahawa seni bina tersebut merupakan suatu ciri ajaib yang mampu menaikkan
nilai sesebuah bangunan daripada biasa kepada sesuatu yang istimewa, ada juga yang
menyatakan bahawa ianya merupakan ‘jiwa’ bangunan dan tidak kurang pula yang menganggap
bahawa seni bina tersebut hanya sekadar gaya rupa saja. Walaubagaimanapun kita akan melihat
pandangan pendapat penulis dan tokoh-tokoh seni bina mengenai maksud dan definisi sebenar
seni bina. Menurut Marian Moffet, Seni bina ialah tempat perlindungan tetapi ia juga boleh
diertikan lebih daripada tempat perlindungan, malah seni bina juga boleh dikatakan sebagai satu
unsur nilai estetika3. Manakala bagi Nikolaus Pevsner dalam bukunya yang bertajuk ‘Outline of
European Architecture”(1943), beliau menyatakan bahawa istilah seni bina hanya layak
diberikan kepada bangunan yang mempunyai ‘status yang tinggi’:
“A bicycle shed is a building; Lincoln Cathedral is a piece of architecture.
Nearly everything that encloses space on scale sufficient for human being to move
in is a building; the term architecture applies only to buildings designed with a
view to aesthetic appeal” 4
1 Moffet, Marian. Fazio, Micheal. Wodehouse, Lawrence. 2003. A World History Of Architecture. Lawrence King Publishing: United Kingdom.Hlm.12 Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi.2008. Seni Bina Sejarah,Teori dan Kritikan.Universiti Teknologi Malaysia: Selangor Darul Ehasan. Hlm.2.3 Moffet Marian, Fazio Micheal, Wodehouse Lawrence. 2003. A World History Of Architecture. Lawrence King Publishing: United Kingdom.Hlm.14 Ballantyne, Andrew .2002. What is Architecture ?. Routlenge. Hlmn 10 – 11.
seorang lagi pengkaji sejarah seni bina yang terkemuka iaitu Spiro Kostof Menurut
Kostof, definisi seni bina merujuk kepada semua jenis binaan yang merangkumi bangunan
‘biasa’ dan juga bangunan ‘istimewa’. Walaupun semua jenis binaan adalah seni bina, namun
menurut Kostof lagi terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira dalam penilaian binaan
tersebut sebelum ianya layak dikategorikan sebagai sebuah hasil seni bina. Menurut beliau faktor
yang paling penting dalam penilaian maksud seni bina sama ada ianya dikenali atau sebaliknya
ialah wujudnya aspek kepentingan atau makna budaya hidup masyarakat pada binaan tersebut.
Menurut beliau lagi, seni bina bukanlah sesuatu yang wujud secara semulajadi di dalam sesebuah
bangunan sebaliknya aspek budaya hidup yang disadurkan dalam program reka bentuk bangunan
tersebut yang melayakkan bangunan tersebut dipanggil seni bina5. Setiap individu mempunyai
pendirian dan pandangan tertentu mengenai seni bina, namun yang pasti sejarah struktur dan
keindahan seni bina sesebuah bangunan bermula sejak zaman prasejarah lagi contohnya
mengalitik (megalith), selain itu Stonhenge yang terdapat di Salisbury plain England (2900-1400
BCE) merupakan salah satu contoh seni bina awal dalam sejarah. Walaubagaimanapun imbasan
sejarah awal ini merupakan satu mukadimah kepada pengenalan seni bina gereja pada zaman
pertengahan. Pada zaman pertengahan gereja merupakan seni bina yang benilai dan beerti, hal ini
kerana dasar dan prinsip pembinaanya memberi kesan yang luar biasa6, malah selain itu seni bina
gereja pada zaman pertengahan ini juga mempunyai srtukur seni bina yang tersendiri mengikut
daerah, walaubagaimanapun pada sekitar tahun 1170 dan akhir abad ke 13 seni bina gereja
dibina mengikut rupa bentuk seni bina Ferancis7.Perkembangan seni zaman ini rata-rata
berkonsepkan agama kristian8. Pada zaman ini orang Eropah mula menghasilkan kesenian dan
kesusasteraan baru. Pada kurun ke-13 Perancis telah menampakkan perkembangan dalam bidang
seni bina apabila bangunan-bangunan yang besar-besar yang dibina pada kurun ke-11 telah
digantikan dengan pembinaan dewan yang indah dan hebat. Begitu juga dengan penghasilan
lukisan kaca dan ukiran serambi yang rumit. Gereja yang besar-besar juga dibina seperti di
Chartres, Bourges, Rheims dan Amiens.Penghasilan karya oleh golongan humanis pada zaman
Renaisans telah berjaya memulihkan semula kesenian Yunani dan Rom. Seni bina pada zaman
pertengahan lebih mementingkan ciri-ciri agama dan kerohanian. Pelukis-pelukis pada awal
6 Coldstream, Nicola. 2002. Medieval Architecture. Oxford University Press: New York. Hlm.31.7 Coldstream, Nicola. 2002. Medieval Architecture. Oxford University Press: New York. Hlm.32.8 Ahamad Rashidi Hassan.2001. Sejarah Seni Lukis Sepintas lalu.Karisama Publcation: Selangor Darul Ehsan.Hlm.87.
kurun ke-15 mula melukis dan mengukir mengikut pemikiran mereka secara bebas. Hasil-hasil
lukisan mereka adalah berbentuk benda-benda hidup. Tumpuan mereka adalah kepada bentuk
badan manusia. Pada zaman Renaisans, bandar Florence menjadi pusat seni bina yang pertama.
Pakar seni bina yang pertama di Florence ialah Fillipo Brunelleschi. Beliau berjaya membina
bangunan yang mempunyai ciri-ciri zaman Renaisans yang pertama di Rom. Brunelleschi
dianggap sebagai pengasas pembinaan bangunan zaman Renaisans. Bangunan tersebut dikenali
sebagai ‘Innocent Hospital’. Pengukir-pengukir Florence yang mengikut jejak langkah beliau
ialah Lorenzo Ghiberti dan Donatello. Pada kurun ke-16 Rom telah muncul sebagai pusat
kesenian dan pembinaan.
Seni Bina Carolingian
Setelah perkembangan gereja St.Vitale di Ravenna pada pertengahan VI pada ketika ini
perkembangan seni bina di negera-negara barat selama 500 tahun seakan-akan
terhenti.Walaubagaimanapun keadaan seperti ini tidak berlaku di Itali perkara sebaliknya berlaku
di Itali. Sungguhpun keaadaan politik dan negara pada ketika itu tidak stabil tetapi mereka tetap
membangungkan gereja-geraja baru dengan gaya seni bina yang mirip dan sama dengan gaya
seni bina basilica kristian lama. Antara individu yang banyak menyumbangkan kepada
keagungan seni bina pada zaman ini ialah Charles the great atau juga dikenali sebagai
Charlemangne iaitu anak kepda Charles de Matel. Charlemange banyak memberikan inspirasi
perkembangan renaissance Rom pada waktu itu termasuk,dalam aspek seni bina. Beliau bnayak
memberikan sumbangan dalam aspek seni bina dengan memberikan tanah dan wang dan modal
kepada pembinaan gereja pada abad itu. Oleh sebab beliau merupakan pemimpin yang sangat
disengani, berwibawa dan berpengaruh menyebabkan gaya seni bina pada masa ini dinamakan
sebagai seni bina Carolingian sempena dengan namanya Charlemagne9. Semua bangunan yang
dibina pada zaman ini dibina mengikut rekaan dan seni bina Carolingian meskipun ciri dan gaya
seni bina tersebut bukan seni bina yang baru. Gereja St.Maria de Naranco yang terletak
berdekatan dengan Oviedo,Spanyol dilihat lebih menonjol mempunyai gaya seni bina
Romawi,ini dapat dilihat daripada pilar-pilarnya yang melekat pada dinding.Tetapi pada
interiornya lebih menunujukan gaya seni bina Islam. Secara ringkasnya seni bina Carolingian ini
masig kuat dipengaruhi oleh seni bina lama walaubagaimanapun seni bina denahnya sudah 9 MA. Endang Boediono. 1997. Sejarah Arsitektur 1. Pika Semarang: Yogyakarta.Hlm.44.
mengalami banyak perubahan dan mempunyai perkembangan dan pengaruh daripada basilica.
Antara perubahan seni bina pada bangunan Carolingian ialah bentuk denahnya yang menyerupai
bentuk salib gaya latin yang memanjang,terdapat dua altar,mempunyai tempat khusus untuk
krypta (makam dibawah tanah) dan bangunan menaranya menyatu dengan bangunan
utama,dibahagian depan bangunan terdapat menara,dan pada bahagian bangunan yang terbuka
dikelilingi oleh tiang (Pada bangunan basilica bahagian ini dinamakan sebagai Atrium). Melalui
struktur bangunan pada zaman ini mempunyai perubahan yang ketara hal ini kerana
perkembangan dan pertambahan penganut agama kristian. Secara keseluruhannya di zaman
Carolingian ini pembinaan biara dan gereja sangat menonjol.Biara dibina untuk tempat-tempat
tinggal rahib dan juga sebagai tempat beribadat, pertemuan dan mesyuarat.Sebagai sebuah
kerajaan beragama,rahib memainkan peranan penting dalam membantu pentadbiran kerajaan.
Pembinaan zaman ini sudah mula menggunakan teknik lengkungan atau vault selain dari
meneruskan teknik relung romawi atau Roman Arch.
Seni Bina Romanesque.
Selain daripada seni bina Carolingian,terdapat satu lagi seni bina yang terkenal pada zaman
pertengahan iaitu seni bina Romanesque, Perkataan Romanesque ini berasal daripada kata
terbitan Roman atau Romawi, atau jika dikaitan dengan seni bina Romanesque bermaksud seni
bina yang mempunyai cirri-ciri Romawi. Tempoh masa Seni bina yang bercirikan Romawi ini
dianggarkan wujud pada tahun masihi 1000 hingga 1150 masihi10.
Seni bina Romanesque awal ini bermula di Selatan, pembinaan gereja (bangunan
keagamaan) tersebar luas daripada Selatan Italy sehingga selatan Gaul ke Catalonia11. .Secara
tidak lansung, seni bina gereja pada zaman ini menunjukan perkembangan pesat, hal ini kerana
pembinaan gereja pada ketika ini tertaluk dan bergantung kepada sistem feudal dan diaspirasikan
oleh pihak gereja. Oleh iu lebih banyak gereja dan biara berdasarkan kehendak dan keperluan
sesuatu kawasan. Akibatnya seni bina gereja pada zaman Romanes ini menampkan kepelbagaian
ciri mengikut kawasan. Seni bina Romanesque ini dapat dilihat pada katederal Santa Maria di La
10 Ahmad Rashidi bin Hasan.2001. Sejarah Seni Lukis Sepintas Lalu. Kuala Lumpur: Karisma Publication Sdn.Bhd. Hlm.91. 11 Altet, Barral Xavier. 1998. The Romanesque: Town, Catedrals and Monasteries. Italy: Taschen Verlag Gmbh. Hlm. 24.
Saeu D’Urgell yang dibina sebelum 1131, hal ini kerana bentuk dan seni bina yang ada pada
katederal Santa Maria ini mempunyai cirri-ciri yang hampir sama dengan cirri-ciri seni bina
Romanesque12. Pada ketika ini terdapat perbezaan dalam pembinaan gereja dan biara, di Perancis
dan England, Sepanyol dan Jerman.
Penyebaran Seni Bina Bangunan Romanik.
Penyebaran seni bina Romanesque ini bermula dan tercetus daripada cetusan-cetusan idea baru
yang dikemukankan dan diilhamkan oleh para biara-biara. Cetusan dan idea para biara ini
disebarkan ke seluruh Eropah melalui cabang-cabang biara yang terdapat di semua wilayah
Eropah. Secara tidak lasnung penyebaran seni bina Romanesque juga tersebar sehingga ke
seluruh dunia menyebabkan seni bina Romanesque ini terkenal di seluruh dunia. Sebab lain yang
menyebabkan seni bina bangunan Romanesque ini tersebar luas melalui sikap-sikap bangsa
daripada seluruh wilayah pada masa itu melakukan ziarah ke kota-kota suci. Tempat ziarah yang
paling sering dikunjungi orang adalah Santiago De Compostela di Sepanyol Barat laut, dan di
sepanjang jalan menunju ke tempat ziarah ini juga dibangun banyak biara, gereja, dan rumah
sakit. Perkembangan seni Bangunan Romanik dapat dilihat daripada beberap aspek, contoh
aspek yang pertama ialah Denah. Susunan Denah gereja gaya Romanik sebetulnya bukanlah
baru, kerana susunan denah pada masa ini masih mengikuti susunan denah Basilika yang terdiri
daripada tiga bahagian bagunan, juga bahagian bagunan melintang dan apsis yang ditempatkan
disebelah Timur ( di Jerman selainan bangunan melintang dan apsis yang terletak di sebelah
Timur, dibangun juga bagunan melintang dengan apisi di sebelah Barat). Hal baru pada gaya
Romanik adalah perkembangan bentuk dan susunan apisis. Apsis bukan lagi hanya dibuat satu
buah, melainkan berupa kelompok beberapa Apsis. Ada yang disusun dalam posisi skuadron, ada
pula yang berupa ruang altar melingkar dengan dengan deratan-deratan kapel-kapel yang
dibangun searah dengan jari-jari lingkarannya. Dengan demikian penonjolan keindahan terpusat
pada bahagian ini. Sering susuan ruang altar di ulangi lagi pada kedua ujung bangunan melintang
sehingga denah keseluruhan bahagian ini membentuk seperti daun semanggi.
Perkembangan seni bina Romanesque yang seterusnya ialah daripada aspek susunan
dinding. Bentu kubah gaya Romawi yang sangat indah pada zaman kuno, kerana pengunaan
12 Altet, Barral Xavier. 1998. The Romanesque: Town, Catedrals and Monasteries. Italy: Taschen Verlag Gmbh. Hlm. 159.
kayu yang mudah terbakar. Pada seni binam Romanesque ini bangunan-bangunan baru
kebanyakkannya dibuat dengan atap melengkung pada kedua sisnya saja, sebab kontruksinya
sangat mudah. Kawasan-kawasan seperti di Provence dan Burgundy, kontruksinya bahagian
atasnya dibina menyudut dan konstruksinya di buat dengan tambahan balok melintang. Seni
bina Romanesque lengkungan balok ini tidka terlalu besar kerana bahagian atasnya menyudut,
maka penempatan konstruksi penyangga lengkungan dinding batu yang berupa kasau
melengkung ini telah menghasilkan ilham baru dalam perkembangan seni bina yang seterunya
iaitu seni bina gotik.
Selain perkembangan seni bina Romanesque ini dapat dilihat melalui aspek dasar dan
bentuk lengkungan. Ruang dalam basilica gereja purba mempunyai cirri khas seperti deretan
pilar yang memisahakan ruang tengah dan bangunan samping ( sayap bangunan). Tetapi seni
bina Romanik ini skema dasar yang ada pada gereja purba mengalami beberapa perubahan. Seni
bina pilar pada zaman Romanesque ini tiang-tiang pendukung dibuat berselang-seli anatar pilar
pendukung lengkungan langit-langit dan tiang persegi penyangga terletak dibahagian bawah
dinding di ruang tengah, yang menghubungkan ruang tersebut dengan sayap samping bangunan.
Selain itu dinding di bina dengan lengkungan bersusun sehingga dinding tersebut kelihatan
seperti tiga bahagian untuk menampakan lagi keindahan seni bangunan tersebut. Seni bina dan
susunan lengkungan yang berlapis pada dinding secara tidak lansung berfungsi menambah
keindahan dan menyerlahkan seni bina bagunan gaya Romanik pada ketika itu.
Secara asasnya seni bina pada zaman Romanes ini rata-rata mengunakan Romawi yang
berasaskan geometri empat segi.Asas kepada binaanya ialah dewan untuk orang ramai yang
berbentuk segi empat bujur, kemudian bangunan ini ditambah dengan menara, tempat
bersembayang dan transepte. Oleh itu seni bina gereja pada zaman ini mempunyai cirri-ciri yang
besar, berat, dan berkelompok, pada zaman ini gereja dibina dengan luas dan besar untuk
menampung orang yang lebih ramai, oleh itu reka bentuk pelan dan tiang yang direka untuk
memaksimumkan isi bagi sesebuah gereja.
Senibina gereja pada zaman ini juga bercirikan dan berkonsepkan keselamatan. Rekaan
zaman ini mengantikan pengunaan kayu dengan batu supaya gereja tidak mudah terbakar. Oleh
sebab itu bumbung mula diperbuat daripada tanah liat yang dibakar atau teknik jubin sebagai
bumbung. Secara tidak lansung ciri-ciri keselamatan diutamakan dalam pembinaan geraja
dengan mengantikan kayu yang mudah terbakar kepada tanah liat dan jubin.
Antara cirri-ciri senibina Romanques ialah pembinaan jendela, untuk memudahkan
kemasukan cahaya, banyak tingkap-tingkap kecil dibuat pada dinding bangunan. Hal ini untuk
memudahkan kemasukan cahaya ke ruangan gereja. Malah masalah pencahayaan di dalam gereja
dapat diatasi kerana teknik yang mengambil kira peredaran matahari dan perubahan musim
diambil kira dalam pembinaan gereja supaya keadaan di dalam gereja dapat sentiasa bercahaya.
Oleh itu reka bentuk tingkap ditingkatkan dan pengunaan tingkap kaca berlukis atau stained-
glass berkembang. Pembinaan gereja pada masa ini juga hendaklah mengambil kira soal
suara,kelantangan, gema dan jarak hal ini kerana untuk meningkatkan sistem bunyi agar suara
rahib semasa berkhutbah boleh didengar dengan jelas dan lantang.
Seni bina Romanesue dari Inggeris
Penjajahan terhadap bangsa Inggeris oleh bangsa Normandi sejak tahun 1066 kaut meninggalkan
kesan dan pengaruh kepada gaya ukiran dan seni bina di tanah suku kaum Anglo Saxson. Seni
bina dapat dikelompokan kepada beberapa bahagian seperti Seni bina Anglo-saxson, Seni bina
Norman, dan seni bina Tudor. Setelah bangsa Inggeris pada tahun 1066 dikalahkan oleh bangsa
Normandia, kemampuan bangsa Inggeris dalam pembuatan bangunan-bangunan baru maju
sangat pesat. Salah satu bangunan yang megah dan terkenal dan menarik di bina pada ketika itu
ialah katederal Durham. Pembangunan biara dan gereja batu yang pertama pada ketika ini ialah
pada tahun 1091. Bangunan bersayap gaya basilica gereja purba yang terdiri daripada tiga
bahagian bangunan ini mempunyai 8 deret tiang yang menyangga dengan langit-langit
melengkung bersilang bangunan melintang yang menyambung dengan bagunan tambahan di
bahagian Timur. Sekitar tahun 1242 bahagian altar mengalami beberapa perubahan dalam seni
bina Romanesque ini, iaitu ruangan altar mempunyai lima deret tiang penyangga langit-langit
melengkung bersilang. Seni bina ini jelas dapat dilihat pada katederal Durham. Malah kerangka
yang ada pada seni bina ini juga dibentuk dan dibina daripada batu dan lebih berfungsi sebagai