Senarai surah dalam al-Quran al- Karim "al-Quran" tu apa? al-Quran kitab suci yg diturunkan oleh Allah kpd Nabi Muhammad SAW utk menjadi panduan hidup manusia (utk dunia dan akhirat) : membaca dan menghafaz ~; Antara nama-nama lain al-Quran: al-Furqan nama lain bagi al-Quran. al-Kitab Ar al-Quran, Kitabullah. kalamullah Ar (al-Quran) kalimah Allah atau kitab Allah. kitab Allah al-Quran; Kitabullah Ar al-Quran, al-Kitab. "surah" tu apa? surah Ar
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Senarai surah dalam al-Quran al-Karim"al-Quran" tu apa?
al-Qurankitab suci yg diturunkan oleh Allah kpd Nabi Muhammad SAW utk menjadi panduan hidup manusia (utk dunia dan akhirat) : membaca dan menghafaz ~;
Antara nama-nama lain al-Quran:
al-Furqannama lain bagi al-Quran.
al-KitabAr
al-Quran, Kitabullah.
kalamullahAr
(al-Quran) kalimah Allah atau kitab Allah.
kitab Allahal-Quran;
KitabullahAr
al-Quran, al-Kitab.
"surah" tu apa?
surahAr
bahagian atau bab (yg mengesahkan sesuatu) dr Quran; ®surat II.
"surah Makkiyyah" tu apa? "surah Madaniyyah" tu apa?Soalan: Assalamualaikum. Apakah maksud "surah Makkiyyah" dan "surah Madaniyyah"? Terima kasih.
Jawapan: Surah Mak[k]iyyah surah yang diturunkan di Mekah, iaitu sebelum hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah dan Surah Madaniyyah ialah surah yang diturunkan di Madinah selepas penghijrahan baginda.
Senarai surah dalam al-Quran:
1.
الفاتحة سورة[Transliterasi] Su·ro·tul·fa·ti·hah
Surah al-Fatihah[BM] Pembuka al-Quran[BI] The Opening
Bilangan ayat: 7
Tajuk: SURAH AL-FATIHAH
Sinopsis: Surah al-Fatihah ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang pertama mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi tujuh ayat.
Surah ini dinamakan al-Fatihah (pembuka) kerana surah ini menjadi pembuka kitab al-Quran dan terletak di awal kitab dari segi susunannya, bukan berdasarkan masa turunnya dari langit.
Ia juga dikenali dengan nama Umm al-Kitab, Sab al-Mathaniy, al-Shafiyah, al-Wafiyah, al-Kafiyah, al-Asas[,] dan al-Hamd.
Sinopsis: Surah al-Baqarah ialah salah satu daripada surah-surahMadaniyyah, surah yang kedua mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 286 ayat.
Surah ini dinamakan al-Baqarah (lembu betina) untuk mengingati mukjizat terbesar yang berlaku pada zaman Nabi Musa a.s.
Ia mengandungi kisah seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah dibunuh. Pembunuhnya tidak dapat diketahui. Mereka mengemukakan perkara ini kepada Nabi Musa a.s. dengan harapan baginda dapat mengetahui siapa si pembunuhnya. Lalu Allah S.W.T. mewahyukan kepada Nabi Musa a.s. supaya memerintahkan mereka menyembelih seekor lembu betina dan memukul si mati dengan sebahagian dagingnya. Maka, dengan izin Allah S.W.T. si mati itu hidup semula dan memberitahu mereka siapa pembunuhnya.
Peristiwa ini menjadi bukti kekuasaan Allah S.W.T. yang dapat menghidupkan makhluk sesudah ia mati.
Takrif: (héifer) (Tani) lembu betina muda, terutamanya yg belum lagi melahirkan anak.
Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat[Kamus Bahasa Melayu] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=heifer+kamus+dewan+edisi+keempatDicapai: 3 Rabiulawal 1435H, Ahad / 5 Januari 2014M, Ahad.
3.
عمران آل سورة[Transliterasi] Su·ro·tu a·li ‘Im·ron
Surah aali ‘Imran[BM] Keluarga ‘Imran[BI] The Family of ‘Imran
Bilangan ayat: 200
Tajuk: SURAH ALI IMRAN
Sinopsis: Surah Ali Imran ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ketiga mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 200 ayat.
Surah ini dinamakan Ali Imran kerana terdapat kisah sebuah keluarga, iaitu keluarga Imran, [di mana Imran ialah] bapa Maryam, [dan Maryam ialah] ibu Nabi Isa a.s.
Surah ini memperlihatkan kekuasaan Allah S.W.T. dengan kelahiran Maryam[,] dan kelahiran anaknya Isa a.s.
Sinopsis: Surah al-Nisa ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang keempat mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 176 ayat.
Ia dinamakan al-Nisa (wanita) kerana di dalam surah ini terdapat banyak hukum yang berkaitan dengan wanita sedangkan hukum-hukum sebegini tidak terdapat dalam surah-surah lain.
Surah al-Nisa juga disebut surah al-Nisa al-Kubra[,] berbeza dengan surah al-Nisa al-Sughra yang juga dikenali dalam al-Quran sebagai surah al-Talaq [lihat #65].
Surah al-Nisa ini seperti juga surah-surah Madaniyyah lain, membahaskan secara terperinci mengenai hukum-hukum syariah yang mengatur kehidupan dalaman serta luaran kaum Muslimin iaitu
tanggungjawab, hukum-hukum syariah, menceritakan mengenai asas-asas penting yang bersangkutan dengan kaum wanita, rumah tangga, keluarga, negara[,] dan masyarakat.
Sinopsis: Surah al-Maidah ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang kelima mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 120 ayat.
Surah ini dinamakan al-Maidah (hidangan) berdasarkan perkataan itu yang disebut di dalamnya [rujuk ayat 112 dan 114].
Surah al-Maidah menceritakan tuntutan golongan Hawari kepada Nabi Isa a.s. sebagai bukti kebenaran kenabiannya. Penyempurnaan tuntutan itu menjadi hiburan bagi mereka.
Kisah al-Maidah ini sangat mengagumkan dan terkandung di dalam banyak ayat al-Quran dengan gambaran yang halus daripada Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.
Surah al-An‘am[BM] Binatang ternakan[BI] The Cattle
Bilangan ayat: 165
Tajuk: SURAH AL-ANAM
Sinopsis: Surah al-Anam ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang keenam mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 165 ayat.
Surah ini dinamakan al-Anam (binatang ternakan) kerana di dalamnya terdapat perkataan itu, sebagaimana firman Allah S.W.T. yang bermaksud:Dan mereka (orang musyrik) menguntukkan daripada hasil tanaman dan binatang-binatang ternakan yang dijadikan oleh Allah itu, sebahagian bagi Allah (dan sebahagian untuk berhala mereka)....
Surah al-A‘raf[BM] Tempat tinggi di antara syurga dan neraka[BI] The Heights
Bilangan ayat: 206
Tajuk: SURAH AL-ARAF
Sinopsis: Surah al-Araf ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ketujuh mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 206 ayat.
Surah ini dinamakan al-Araf (tembok yang tinggi) kerana terdapat lafaz ini di dalamnya [rujuk ayat 46 dan 48], iaitu dinding yang terletak di antara syurga dengan neraka yang memisahkan ahli kedua-duanya.
Surah al-Anfal[BM] Harta rampasan perang[BI] The Spoils of War
Bilangan ayat: 75
Tajuk: SURAH AL-ANFAL
Sinopsis: Surah al-Anfal ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang kelapan mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 75 ayat.
Surah ini dinamakan al-Anfal (harta rampasan perang) kerana ayatnya dimulai dengan firman Allah S.W.T. yang bermaksud:Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang harta al-Anfal (rampasan perang). [...]
Sinopsis: Surah al-Rad ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah ke-13 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 43 ayat.
Surah ini dinamakan al-Rad (bunyi guruh) kerana disebut kejadian alam (bunyi guruh) yang ajaib itu di dalam surah ini untuk menunjukkan kehebatan dan kekuasaan Allah S.W.T.
Allah S.W.T. menjadikan air sebagai sumber kehidupan yang diturunkan dari awan. Di sebalik kejadian awan itu, tersirat pula dua perkara iaitu rahmat dan bencana kerana ia membawa hujan dan juga petir. Melalui air, wujudnya kehidupan dan melalui petir, wujudnya kebinasaan.
Sinopsis: Surah Ibrahim ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-14 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 52 ayat.
Surah ini dinamakan Ibrahim untuk mengenang kesan peninggalan bapa para nabi dan imam golongan hanif, iaitu Nabi Ibrahim a.s.
Nabi Ibrahim a.s. menghancurkan lapan buah berhala, membawa panji-panji tauhid dan menyebarkan agama yang sebenar, iaitu agama Islam, yang juga dibawa oleh pengakhir para nabi dan rasul.
Surah al-Hijr[BM] Lembah Hijr di antara Syam dan Madinah[BI] -
Bilangan ayat: 99
Tajuk: SURAH AL-HIJR
Sinopsis: Surah al-Hijr ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-15 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 99 ayat.
Surah ini dinamakan dengan al-Hijr kerana Allah S.W.T. menyebut tentang apa yang berlaku terhadap kaum Salih, iaitu kabilah Thamud, serta rumah mereka yang terletak di Hijr, iaitu antara Madinah dan Syam.
Mereka ini adalah orang yang gagah, dan mampu mengukir gunung sehingga boleh dijadikan rumah kediaman. Mereka merasakan seolah-olah akan terus hidup kekal, tanpa ditimpa kebinasaan dan kematian. Ketika mereka berada dalam keadaan aman dan tenang, tiba-tiba mereka ditimpa azab yang dahsyat di waktu hening pagi.
Sinopsis: Surah al-Kahfi ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-18 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 110 ayat.
Surah ini dinamakan al-Kahf (Ashab al-Kahf) kerana kandungannya menceritakan mengenai mukjizat Tuhan dalam sebuah kisah yang aneh dan ajaib, iaitu kisah Ashab al-Kahf.
Surah ini adalah surah Makkiyyah, yang bertujuan memperbaik akidah dan tauhid. Ia juga adalah salah satu daripada lima surah yang bermula dengan perkataan (alhamdulillah). Lima surah yang bermula dengan (alhamdulillah) ialah surah al-Fatihah [lihat #1], al-Anam [lihat #6], Saba [lihat #34], dan Fatir[lihat #35].
Surah al-Kahfi bermula dengan pujian kepada Allah S.W.T., memuliakan-Nya, pengiktirafan keagungan dan kebesaran serta kesempurnaan-Nya.
Surah Maryam[BM] Maryam binti ‘Imran; ibunda Nabi ‘Isa a.s.[BI] Mary
Bilangan ayat: 98
Tajuk: SURAH MARYAM
Sinopsis: Surah Maryam ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-19 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 98 ayat.
Surah ini dinamakan Maryam sebagai memperingati peristiwa mukjizat kejadian bayi yang lahir tanpa bapa, dan kekuasaan Allah S.W.T. yang menjadikan bayi yang masih kecil itu boleh bertutur serta peristiwa-peristiwa luar biasa lain yang mengiringi kelahiran Isa a.s.
Sinopsis: Surah Taha ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-20 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 135 ayat.
Terdapat pelbagai pendapat mengenai sebab nama surah ini diberikan.
Pendapat pertama mengatakan bahawa ia seperti surah yang lain yang pada permulaannya terdapat ungkapan Ha Mim atau Lam Mim dan lain-lain.
Pendapat kedua mengatakan bahawa suatu ketika Rasulullah s.a.w. sembahyang dengan mengangkat sebelah kakinya dan menetapkan yang sebelah lagi, maka Allah S.W.T. menurunkan ayat, Taha, bermakna Rendahkanlah dirimu ke bumi dengan kedua belah kakimu.
Pendapat ketiga mengatakan Taha adalah perkataan daripada bahasa ajam(bukan Arab) yang bermaksud Wahai lelaki.
Pendapat yang akhir mengatakan bahawa Taha merupakan salah satu daripada nama-nama Nabi s.a.w.
Sinopsis: Surah al-Anbiya ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-21 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 112 ayat.
Surah ini dinamakan Surah al-Anbiya kerana di dalamnya Allah S.W.T. menyebut kisah beberapa orang nabi yang mulia. Kadang-kadang kisah para nabi ini diceritakan dengan panjang lebar dan kadang-kadang ringkas sahaja.
Surah al-Mukminun[BM] Orang yang beriman[BI] The Believers
Bilangan ayat: 118
Tajuk: SURAH AL-MU'MINUN
Sinopsis: Surah al-Mu[’]minun ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-23 mengikut susunannya surah-surah al-Quran dan mengandungi 118 ayat.
Surah ini dinamakan al-Mu[’]minun sempena pujian terhadap amalan kebaikan dan kemuliaan orang-orang mukmin yang melayakkan mereka menduduki syurga yang tertinggi, iaitu syurga Firdaus.
Sinopsis: Surah al-Nur ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-24 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 64 ayat.
Ia dinamakan surah al-Nur (cahaya) kerana terdapat dalamnya pancaran-pancaran sinar ketuhanan (al-Nur Rabbani), iaitu dengan mensyariatkan hukum-hakam dan adab-adab serta kelebihan-kelebihan kemanusiaan yang merupakan sumber daripada cahaya Allah S.W.T. terhadap hamba-Nya dan daripada limpahan-limpahan rahmat dan kemurahan-Nya.
Sinopsis: Surah al-Furqan ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-25 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 77 ayat.
Surah ini dinamakan al-Furqan kerana Allah S.W.T. menyebut tentang al-Quran melalui ayat-ayat surah ini dengan menyatakan bahawa ia adalah kitab yang diturunkan kepada hamba-Nya, Muhammad s.a.w.
Al-Quran adalah suatu nikmat yang terbesar kepada seluruh manusia kerana ia umpama cahaya terang dan gemilang yang dijadikan oleh Allah S.W.T. sebagai pembeza antara kebenaran dengan kebatilan, antara cahaya dengan kegelapan serta antara kekufuran dengan keimanan. Lantaran itu al-Quran selayaknya diberi nama al-Furqan atau pemisah.
Surah asy-Syu‘ara’[BM] Penyair-penyair[BI] The Poets
Bilangan ayat: 227
Tajuk: SURAH AL-SYU'ARA'
Sinopsis: Surah al-Syuara ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-26 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi [2]27 ayat.
Surah ini dinamakan al-Syuara (para penyair) kerana Allah S.W.T. menyebut di dalamnya perihal para penyair. Ia bertujuan untuk menolak anggapan musyrikin yang mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. seorang penyair dan semua yang dibacakan olehnya ialah syair-syair. Oleh itu, Allah S.W.T. menolak anggapan tersebut melalui surah ini.
Sinopsis: Surah al-Naml ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-27 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 93 ayat.
Ia dinamakan al-Naml (semut) kerana Allah S.W.T. menyebut di dalamnya cerita seekor semut yang telah memberi peringatan kepada kaum sejenisnya, dan mengingatkan serta meminta maaf kepada Nabi Sulayman a.s. dan para tenteranya. Nabi Sulayman a.s. tersenyum kerana dia memahami kata-kata semut itu dan bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana dikurniakan kelebihan dan nikmat tersebut.
Sinopsis: Surah al-Qasas ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-28 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 88 ayat.
Surah ini dinamakan al-Qasas (kisah-kisah) kerana Allah S.W.T. menyebut di dalamnya kisah Nabi Musa a.s. secara terperinci dan jelas dari mula kelahirannya sehinggalah waktu pelantikannya sebagai rasul.
Di dalam surah ini juga terdapat peristiwa-peristiwa pelik dan ajaib yang menggambarkan dengan jelas pemeliharaan dan pembelaan Allah S.W.T. terhadap wali-wali-Nya (kekasih-Nya) dan mengecewakan musuh-musuh-Nya.
Sinopsis: Surah al-Ankabut ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-29 mengikut susunan surah dalam al-Quran dan mengandungi 69 ayat.
Ia dinamakan Surah al-Ankabut (Labah[-]labah) kerana Allah S.W.T. membuat perbandingan penyembahan kepada berhala yang dipahat dan sangkaan berbilang tuhan dengan labah-labah, sebagaimana yang disebutkan dalam ayat 41 yang bermaksud:Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain daripada Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya)....
Sinopsis: Surah al-Rum ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-30 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 60 ayat.
Surah ini bernama al-Rum sebagai satu mukjizat untuk menunjukkan kebenaran berita dalam al-Quran. Firman Allah S.W.T. dalam al-Quran yang bermaksud:Alif, Lam, Mim. Orang-orang Rom telah dikalahkan. Di negeri yang dekat sekali dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya. Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun....
Sinopsis: Surah Luqman ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-31 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 34 ayat.
Surah ini dinamakan Luqman kerana mengandungi wasiat Luqman yang berhikmah, rahsia tentang Allah S.W.T. dan sifat-Nya, mencela kesyirikan, menyuruh berakhlak mulia dan menegah kekejian dan kemungkaran serta wasiat bernilai yang diwahyukan oleh Allah S.W.T. tentang hikmah dan petunjuk.
Diriwayatkan bahawa Al-Nadhar ibn al-Harith telah mempengaruhi penyanyi perempuan untuk menyesatkan orang mukmin, maka turun ayat tentangnya yang bermaksud:... dan di kalangan daripada manusia ada orang yang membeli kata-kata kosong untuk menyesatkan orang lain daripada Allah S.W.T....
Sinopsis: Surah al-Sajdah ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-32 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 30 ayat.
Surah ini dinamakan al-Sajdah (sujud) kerana Allah S.W.T. menyebut di dalamnya ciri-ciri orang mukmin yang baik, iaitu orang yang apabila mendengar ayat al-Quran yang mulia, dia menyahut panggilannya.
Surah al-Ahzab[BM] Kesatuan kumpulan[BI] The Confederates
Bilangan ayat: 73
Tajuk: SURAH AL-AHZAB
Sinopsis: Surah al-Ahzab ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-33 dalam susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 73 ayat.
Surah ini dinamakan dengan al-Ahzab (pasukan-pasukan tentera yang bergabung) kerana orang musyrikin mengepung orang Islam dari setiap penjuru Madinah. Orang-orang kafir Makkah bergabung dengan Bani Ghatfan, Bani Qurayzah dan golongan penghasut Arab untuk memerangi orang Islam. Akan tetapi, Allah S.W.T. menghalau mereka secara hina. Oleh sebab itu, orang-orang Islam memenangi peperangan tersebut dengan mukjizat yang diturunkan oleh Allah S.W.T. yang penuh gemilang.
Sinopsis: Surah Saba ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-34 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 54 ayat.
Surah ini dinamakan Saba kerana Allah S.W.T. ada menyebut dalam al-Quran cerita negeri Saba, iaitu cerita tentang raja-raja Yaman. Penduduk di negara tersebut hidup dalam kenikmatan dan kemewahan,
kegembiraan dan ketenangan. Tempat tinggal mereka dipenuhi dengan kebun-kebun dan taman-taman. Apabila mereka mengkufuri nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T., mereka dihancurkan dengan banjir besar. Kisah ini menjadi pengajaran kepada orang yang mahu mengambil iktibar.
Surah Fatir[BM] Pencipta[BI] The Originator of Creation
Bilangan ayat: 45
Tajuk: SURAH FATIR
Sinopsis: Surah Fatir ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-35 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 45 ayat.
Surah ini di namakan Fatir kerana disebut dalam satu ayat dalam surah ini [rujuk ayat 1]. Ia adalah satu sifat yang menggambarkan keindahan dan keanggunan ciptaan Allah S.W.T. serta reka bentuk yang tiada tandingan. Malah secara tidak langsung menunjukkan keunggulan dan kehebatan kuasa Allah S.W.T. serta keelokan ciptaan alam-Nya.
Sinopsis: Surah Yasin ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-36 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 83 ayat.
Surah ini dinamakan Yasin kerana Allah S.W.T. telah memulakan surah yang mulia ini dengan huruf tersebut. Permulaan dengan dua huruf ini juga menjadi tanda kemukjizatan al-Quran al-Karim.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda ketika menyatakan kelebihan surah ini di dalam hadithnya yang bermaksud:Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah surah Yasin. Oleh itu, aku suka sekiranya ia berada dalam hati tiap-tiap insan di kalangan umatku.
Surah as-Soffat[BM] Rombongan yang berbaris[BI] Those Ranged in Ranks
Bilangan ayat: 182
Tajuk: SURAH AL-SAFFAT
Sinopsis: Surah al-Saffat ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-37 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 182 ayat.
Surah ini dinamakan al-Saffat (Makhluk-makhluk yang berbaris) yakni para malaikat penduduk langit yang tidak putus-putus beribadat kepada Allah S.W.T.. Firman Allah S.W.T.:
Mereka bertasbih (kepada Allah) malam dan siang tanpa henti-henti.
Sinopsis: Surah Sad ialah salah satu dari surah Makkiyyah, surah yang ke-38 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 88 ayat.
Sad adalah salah satu daripada huruf-huruf abjad Arab.
Surah ini dinamakan Sad sebagai isyarat kepada satu daripada huruf-hurufhijaiyyah untuk memuji mukjizat al-Quran yang mencabar seluruh manusia untuk mendatangkan sebuah kitab sepertinya yang tersusun daripada huruf-huruf tunggal.
Sinopsis: Surah al-Zumar ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-39 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 75 ayat.
Surah ini dinamakan al-Zumar (kumpulan) kerana Allah S.W.T. menyebut di dalam surah ini sekumpulan ahli syurga yang hidup bahagia bersama golongan mulia dan dihormati serta sekumpulan ahli neraka yang hidup menderita bersama golongan hina dan rendah darjat di sisi Allah S.W.T.
Sinopsis: Surah Ghafir ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-40 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 85 ayat.
Surah ini dinamakan Ghafir (Maha Pengampun) kerana adalah satu sifat daripada sifat-sifat Allah S.W.T. yang disebutkan di awal surah ini sebagaimana firman[N]ya yang bermaksud:Yang mengampunkan dosa, dan Yang menerima taubat; Yang keras seksanya; Yang melimpah-limpah kurnianya; tiada Tuhan melainkan Dia; kepada-Nyalah tempat kembali.
Sinopsis: Surah al-Syura ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-42 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 53 ayat.
Namanya diambil bersempena dengan kepentingan syura (mesyuarat) dalam pentadbiran Islam[,] dan kaum muslimin digesa agar mengikuti metodologisyura dalam mengatur urusan hidup mereka.
Surah az-Zukhruf[BM] Perhiasan[BI] The Gold Adornments
Bilangan ayat: 89
Tajuk: SURAH AL-ZUKHRUF
Sinopsis: Surah al-Zukhruf ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-43 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 89 ayat.
Surah ini dinamakan al-Zukhruf [yang] bermaksud perhiasan kerana terdapat perkataan itu di dalam firman Allah S.W.T. yang bermaksud:Serta pelbagai barang perhiasan (keemasan). Dan (ingatlah), segala yang tersebut itu tidak lain hanyalah merupakan kesenangan hidup di dunia; dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi hukum Tuhanmu adalah khas bagi orang yang bertakwa.
Sinopsis: Surah al-Dukhan ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-44 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 5[9] ayat.
Surah ini dinamakan al-Dukhan (asap) kerana Allah S.W.T. menurunkan ayat ini untuk menakutkan (menggerunkan) orang-orang kafir dengan mengazabkan mereka dengan kemarau dan kelaparan disebabkan pendustaan mereka terhadap rasul. Allah S.W.T. telah mengutuskan mereka asap tebal yang menyebabkan mereka hampir binasa tetapi Nabi Muhammad s.a.w. telah menyelamatkan mereka dengan berkat doanya.
Surah al-Jathiyah[BM] Yang berlutut[BI] The Kneeling Down
Bilangan ayat: 37
Tajuk: SURAH AL-JATHIYAH
Sinopsis: Surah al-Jathiyah ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-45 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 37 ayat.
Surah ini dinamakan dengan al-Jathiyah (yang berlutut) berdasarkan firman Allah yang bermaksud:Dan (pada Hari Kiamat) engkau akan melihat tiap-tiap umat berlutut (dalam keadaan cemas dan menunggu panggilan); tiap-tiap umat diseru untuk menerima kitab suratan amalnya (serta dikatakan kepada mereka): Pada hari ini kamu akan dibalas menurut apa-apa yang kamu telah kerjakan.
Sinopsis: Surah al-Ahqaf ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-46 mengikut susunan surah-surah al-Quran al-Karim dan mengandungi 35 ayat.
Surah ini dinamakan dengan al-Ahqaf kerana ia merupakan tempat tinggal kaum Ad yang dibinasakan oleh Allah S.W.T. disebabkan kezaliman dan keangkuhan mereka. Tempat tinggal mereka di al-Ahqaf ini terletak di Yaman. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:Dan ingatlah peristiwa (Nabi Hud) saudara kaum Ad, tatkala dia memberi peringatan kepada kaumnya yang tinggal di lembah al-Ahqaf [...].
Surah Muhammad[BM] Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam[BI] -
Bilangan ayat: 38
Tajuk: SURAH MUHAMMAD
Sinopsis: Surah Muhammad ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-47 mengikut susunan surah-surah al-Quran al-Karim dan mengandungi 38 ayat.
Surah ini dinamakan demikian kerana memfokuskan keadaan orang yang beriman dengan Nabi Muhammad s.a.w. dan juga orang yang mendustai kerasulannya.
Sinopsis: Surah al-Hujurat ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-49 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi [1]8 ayat.
Surah ini dinamakan al-Hujurat (bilik-bilik) kerana Allah S.W.T. menyebut tentang kemuliaan rumah Nabi Muhammad s.a.w., di dalamnya terdapat bilik-bilik yang telah diduduki oleh isteri-isteri Rasulullah s.a.w. yang suci.
[BM] Angin yang menerbangkan[BI] The Winds That Scatter
Bilangan ayat: 60
Tajuk: SURAH AL-DHARIYAT
Sinopsis: Surah al-Dhariyat ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-51 mengikut susunan surah-surah dalam al-Quran dan mengandungi 60 ayat.
Surah ini dinamakan al-Dhariyat kerana Allah S.W.T. bersumpah dengan namaal-Dhariyat yang bermaksud angin kencang yang menerbangkan semua benda.
Seperti surah Makkiyyah yang lain, Surah al-Dhariyat juga menekankan aspek-aspek keimanan kepada kekuasaan Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa dan pembinaan akidah yang kukuh yang berasaskan ketakwaan dan keimanan.
Sinopsis: Surah al-Tur ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-52 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 49 ayat.
Surah ini dinamakan al-Tur kerana Allah S.W.T. memulakan surah ini dengan bersumpah dengan nama Bukit Tur, tempat Nabi Musa a.s. berbicara dengan Allah S.W.T. Peristiwa itu menjadikan Bukit Tur diliputi dengan cahaya dan kebesaran serta limpahan rahmat Ilahi yang menjadikannya tempat serta permukaan bumi yang dimuliakan.
Sinopsis: Surah al-Qamar ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-54 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 55 ayat.
Surah ini dinamakan dengan al-Qamar kerana diambil dari firman Allah S.W.T. yang bermaksud:Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan.
Surah ar-Rahman[BM] Yang Maha Pemurah[BI] The Most Gracious
Bilangan ayat: 78
Tajuk: SURAH AL-RAHMAN
Sinopsis: Surah al-Rahman ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah ke-55 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 78 ayat.
Surah ini dinamakan al-Rahman (Yang Maha Pemurah), kerana permulaannya menerangkan hakikat perkataan al-Rahman, sebagai jawapan kepada sendaan orang kafir Makkah ketika diturunkan ayat berikut yang bermaksud:Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang musyrik itu): Sujudlah kamu kepada al-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah)! Mereka bertanya: Dan siapakah al-Rahman itu? [...].
Surah al-Waqi‘ah[BM] Hari Kiamat[BI] The Inevitable
Bilangan ayat: 96
Tajuk: SURAH AL-WAQIAH
Sinopsis: Surah al-Waqiah ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-56 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 96 ayat.
Surah ini dinamakan al-Waqiah (hari kiamat) kerana ia dimulakan dengan tanda-tanda berlakunya hari kiamat dan kedahsyatannya.
Surah ini membicarakan tentang keadaan hari kiamat dan kesengsaraan hari tersebut. Pada hari itu, manusia terbahagi kepada tiga golongan, iaitu golongan kanan, golongan kiri dan golongan yang berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan di dunia.
Sinopsis: Surah al-Hadid ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-57 mengikut susunan surah-surah Al-Quran dan mengandungi 29 ayat.
Surah ini dinamakan al-Hadid (besi) kerana kandungannya menceritakan tentang besi.
Besi merupakan sumber kekuatan manusia dalam peperangan dan simbol pendamaian. Besi juga digunakan untuk membina bangunan. Selain itu, besi boleh digunakan untuk membina jambatan besar, membuat alat perisai, pedang dan panah, kereta kebal, kapal selam, kereta perisai yang berat dan barang-barang lain yang berfaedah.
Surah al-Mujadilah[BM] Wanita yang membantah[BI] The Woman Who Pleads
Bilangan ayat: 22
Tajuk: SURAH AL-MUJADALAH
Sinopsis: Surah al-Mujadalah ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-58 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 22 ayat.
Surah ini dinamakan al-Mujadalah (bersoal jawab) bersempena kisah seorang wanita yang datang berjumpa Rasulullah s.a.w. dan mengadu kepadanya tentang suaminya yang telah menziharkannya.
Sinopsis: Surah al-Hashr ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-59 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 24 ayat.
Surah ini dinamakan al-Hashr (perhimpunan musuh) kerana firman Allah S.W.T. yang bermaksud:Dialah yang telah mengeluarkan orang kafir antara golongan Ahl al-Kitab dari kampung halaman mereka pada julung kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah. [...]
Surah al-Mumtahinah[BM] Wanita yang diuji[BI] That Which Examines
Bilangan ayat: 13
Tajuk: SURAH AL-MUMTAHANAH
Sinopsis: Surah al-Mumtahanah ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-60 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 13 ayat.
Surah ini dinamakan al-Mumtahanah (perempuan yang diuji imannya) kerana berdasarkan firman Allah S.W.T. dalam surah ini yang bermaksud:Wahai orang-orang yang beriman! Apabila orang-orang perempuan yang mengaku beriman datang berhijrah kepada kamu, maka ujilah (iman) mereka, Allah lebih mengetahui akan iman mereka; dengan yang demikian sekiranya kamu mengetahui bahawa mereka beriman, maka janganlah kamu mengembalikan mereka kepada orang-orang yang kafir. [...]
Sinopsis: Surah al-Saff ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-61 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 14 ayat.
Surah ini diberi nama al-Saff (barisan) kerana ia memperkatakan tentang peperangan sebagaimana firman Allah S.W.T. yang bermaksud:Sesungguhnya Allah S.W.T. menyukai orang-orang yang berperang di atas jalan-Nya dengan tersusun rapi seolah-olah mereka itu bangunan yang utuh.
Surah al-Munafiqun[BM] Orang munafik[BI] The Hypocrites
Bilangan ayat: 11
Tajuk: SURAH AL-MUNAFIQUN
Sinopsis: Surah al-Munafiqun ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-63 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 11 ayat.
Surah ini dinamakan al-Munafiqun (orang-orang munafik) kerana ia menceritakan dengan jelas mengenai orang munafik, iaitu satu nama hina, yang berpura-pura bagi menyembunyikan sifat nifak.
Surah at-Taghabun[BM] Hari didedahkan[BI] The Mutual Loss and Gain
Bilangan ayat: 18
Tajuk: SURAH AL-TAGHABUN
Sinopsis: Surah al-Taghabun ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-64 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 18 ayat.
Surah ini dinamakan al-Taghabun (tipu[-]menipu) berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud:Pada hari Allah S.W.T. menghimpunkan kamu pada hari berkumpul (kiamat), itulah hari al-Taghabun (tipu-menipu)....
Sinopsis: Surah al-Talaq ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-65 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 12 ayat.
Surah ini dinamakan al-Talaq (talak) kerana perbicaraannya menumpukan kepada bab talak.
Diriwayatkan bahawa Ibn Umar r.a. menceraikan isterinya dalam keadaan haid, berita itu kemudiannya sampai ke pengetahuan Rasulullah s.a.w. yang menyebabkan kemarahan Baginda. Rasulullah s.a.w. mengarahkan Ibn Umar r.a. supaya merujuk semula kepada isterinya dan menunggu sehingga isterinya tamat tempoh haid. Apabila Ibn Umar r.a. hendak menceraikan isterinya setelah suci dari haid, maka turunlah ayat mengenainya di dalam surah ini.
Sinopsis: Surah al-Tahrim ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-66 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 12 ayat.
Surah ini dikenali dengan al-Tahrim, kerana perkataan ini telah datang di permulaan surah al-Tahrim yang bermaksud:Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu) [...].
Sinopsis: Surah al-Mulk ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-67 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 30 ayat.
Nama surah al-Mulk (kuasa pemerintahan) diambil berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud:Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat) dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap[-]tiap sesuatu.
Sinopsis: Surah al-Qalam ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-68 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 52 ayat.
Surah ini dinamakan dengan al-Qalam kerana pada awal surah ini Allah S.W.T. bersumpah dengan al-Qalam dalam firman-Nya yang bermaksud:Nun. Demi al-Quran dan sesuatu yang mereka tulis.
Surah al-Ma‘arij[BM] Tempat-tempat naik[BI] The Ways of Ascent
Bilangan ayat: 44
Tajuk: SURAH AL-MAARIJ
Sinopsis: Surah al-Maarij ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-70 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 44 ayat.
Surah ini dinamakan al-Maarij (tempat-tempat turun naik) berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud:Salah seorang (dari kalangan orang-orang kafir Makkah, secara mengejek-ejek) meminta kedatangan azab yang (dijanjikan) akan berlaku, azab yang disediakan untuk orang-orang yang kafir, yang tidak ada sesiapa pun dapat menolak kedatangannya dari Allah yang menguasai tempat-tempat turun naik.
Sinopsis: Surah Nuh ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-71 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 28 ayat.
Surah ini dinamakan Nuh kerana ia membincangkan dengan terperinci kisah Nabi Nuh a.s., semenjak bermula dakwahnya sehingga berakhir dengan peristiwa taufan. Allah S.W.T. menenggelamkan orang-orang yang mendustakan Nuh a.s. dari kalangan kaumnya.
Surah al-Muzzammil[BM] Orang yang berselimut[BI] The Enfolded One
Bilangan ayat: 20
Tajuk: SURAH AL-MUZZAMMIL
Sinopsis: Surah al-Muzzammil ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-73 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 20 ayat.
Surah ini dinamakan al-Muzzammil (orang yang berselimut) kerana Allah S.W.T. menggunakan perkataan itu ketika menyeru Rasulullah s.a.w. seperti firman Allah S.W.T. yang bermaksud:Wahai orang yang berselimut, (Muhammad).
Surah al-Muddaththir[BM] Orang yang berselimut[BI] The One Wrapped Up
Bilangan ayat: 56
75.
القيامة سورة[Transliterasi] Su·ro·tul·qi·ya·mah
Surah al-Qiyamah[BM] Hari Kiamat[BI] The Resurrection
Bilangan ayat: 40
Tajuk: SURAH AL-QIYAMAH
Sinopsis: Surah al-Qiyamah ialah salah satu daripada surah-surah Makkiyyah, surah yang ke-75 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 40 ayat.
Surah ini dinamakan al-Qiyamah kerana gambaran hari kiamat dan perkara-perkara dahsyat yang berlaku pada hari tersebut. Firman Allah S.W.T. bermaksud:Maka apabila pemandangan menjadi bingung (kerana ketakutan). Dan bulan menjadi gelap. Dan dikumpulkan matahari dan bulan.
Sinopsis: Surah al-Insan ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-76 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 31 ayat.
Surah ini dinamakan al-Insan kerana isi kandungannya menerangkan tentang tahap perkembangan kejadian manusia sebagai makhluk dan garis-garis tanggungjawabnya.
Surah al-Mursalat[BM] Sesuatu yang dikirim[BI] Those Sent Forth
Bilangan ayat: 50
Tajuk: SURAH AL-MURSALAT
Sinopsis: Surah al-Mursalat ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-77 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 50 ayat.
Surah ini dinamakan al-Mursalat kerana Allah S.W.T. bersumpah pada awal surah ini dengan perkataan itu sebagaimana berikut Wal Mursalati Urfa yang bermaksud:Demi (makhluk-makhluk) yang dihantarkan berturut-turut (menjalankan tugasnya).
Sinopsis: Surah Abasa ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-80 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 42 ayat.
Surah ini dinamakan Abasa (memasamkan muka) berdasarkan kisah Abdullah ibn Maktum yang menemui Rasulullah s.a.w. dan bertanyakan soalan kepada Baginda, tetapi Baginda enggan melayannya kerana pada masa itu Baginda sedang menerangkan tentang Islam kepada para bangsawan Quraisy. Lalu Allah S.W.T. menurunkan ayat yang berbunyi abasa wa tawalla [rujuk ayat 1].
Sinopsis: Surah al-Infitar ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-82 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 1[9] ayat.
Surah ini dinamakan al-Infitar (terbelah) kerana dimulai dengan peristiwa langit terbelah dan keadaan alam yang akan hancur.
Surah al-Mutaffifin[BM] Orang yang curang[BI] The Dealers in Fraud
Bilangan ayat: 36
Tajuk: SURAH AL-MUTAFFIFIN
Sinopsis: Surah al-Mutaffifin ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-83 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 36 ayat.
Ia dinamakan al-Mutaffifin (orang-orang yang tidak berlaku adil dalam timbangan dan sukatan) kerana pokok perbincangan surah ini ialah tentang manusia yang tidak berlaku adil dalam perniagaan iaitu daripada segi timbangan dan sukatan.
Surah al-Insyiqaq[BM] Terbelahnya langit[BI] The Rending Asunder
Bilangan ayat: 25
Tajuk: SURAH AL-INSHIQAQ
Sinopsis: Surah al-Inshiqaq ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-84 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 2[5] ayat.
Surah ini dinamakan al-Inshiqaq (terbelah) kerana pada awal surah ini Allah S.W.T. menggambarkan sebahagian daripada huru-hara pada hari kiamat dengan keadaan langit yang terbelah.
Surah al-Buruj[BM] Gugusan bintang[BI] The Constellations
Bilangan ayat: 22
Tajuk: SURAH AL-BURUJ
Sinopsis: Surah al-Buruj ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-85 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 2[2] ayat.
Surah ini dinamakan al-Buruj (bintang-bintang) kerana ia dimulai dengan sumpah menggunakan perkataan tersebut.
Surah ini mengemukakan tentang hakikat akidah Islam. Perkara pokok yang dibincangkan oleh surah ini ialah mengenai peristiwa Ashab al-Ukhdud, iaitu kisah pengorbanan diri demi mempertahankan akidah dan iman.
Surah at-Tariq[BM] Yang dapat dilihat pada malam hari[BI] The Night Star
Bilangan ayat: 17
Tajuk: SURAH AL-TARIQ
Sinopsis: Surah al-Tariq ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-86 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 17 ayat.
Surah ini dinamakan al-Tariq (bintang yang menembus sinaran cahayanya) kerana di permulaan surah ini Allah S.W.T. bersumpah dengan perkataan itu.
Surah ini menangani beberapa masalah berkaitan dengan akidah Islam. Perbahasan surah ini berkaitan keimanan dengan hari kebangkitan semula manusia di akhirat.
Surah al-Ghasyiyah[BM] Hari Pembalasan[BI] The Overwhelming Event
Bilangan ayat: 26
Tajuk: SURAH AL-GHASHIYAH
Sinopsis: Surah al-Ghashiyah ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-88 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 26 ayat.
Surah ini dinamakan al-Ghashiyah (hari kiamat yang huru-hara) kerana ada disebutkan di dalam ayat yang pertama sebagaimana dalam firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
Sudah[k]ah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?
Sinopsis: Surah al-Fajr ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-89 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 30 ayat.
Surah ini dinamakan al-Fajr (Fajar) kerana Allah S.W.T. bersumpah dengan cahaya fajar ketika ia menyingsing di akhir kegelapan malam.
Begitu juga Allah S.W.T. membawa lafaz sumpah dengan 10 malam yang berkat pada akhir bulan Zulhijah, dengan malam yang bilangannya genap dan ganjil seperti mana dalam firman Allah S.W.T. yang bermaksud:Demi fajar, dan malam yang sepuluh dan yang genap dan yang ganjil.
Sinopsis: Surah al-Balad ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-90 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 20 ayat.
Surah ini dinamakan al-Balad (negeri) kerana ia disebut di permulaan surah ini.
Surah ini menekankan pemantapan akidah dan iman dengan penumpuan kepada kepercayaan kepada hisab Allah S.W.T. dan balasan-Nya serta perbezaan antara orang yang melakukan kebaikan dengan orang yang melakukan kejahatan.
Sinopsis: Surah al-Duha ialah salah satu daripada surah Makkiyyah. Surah ini ialah surah yang ke-93 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 11 ayat.
Surah ini dinamakan al-Duha sempena ayat sumpah yang terdapat di dalamnya, iaitu ayat 1 dan 2 bermaksud:Demi waktu duha dan malam apabila ia sunyi sepi.
Surah asy-Syarh[BM] Lapang dada[BI] The Expansion of the Breast
Atau;
Surah al-Inshirah
Bilangan ayat: 8
Tajuk: SURAH AL-INSHIRAH
Sinopsis: Surah al-Inshirah ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-94 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi lapan ayat.
Surah ini dinamakan al-Inshirah (perihal melapangkan dada Nabi) kerana dalam ayat pertamanya Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
Bukankah Kami telah lapangkan dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?
Surah al-Qadr[BM] Kemuliaan[BI] The Night of Power or Honour
Bilangan ayat: 5
Tajuk: SURAH AL-QADR
Sinopsis: Surah al-Qadr ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-97 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi lima ayat.
Surah ini dinamakan al-Qadr kerana perkara yang dibincangkan dalam surah ini ialah Laylatul Qadr, iaitu malam yang penuh keberkatan kerana al-Quran al-Karim diturunkan pada malam tersebut.
Surah al-Qadr, seperti juga dengan surah-surah lain yang diturunkan di Makkah, menyentuh prinsip-prinsip akidah Islam dan aspek yang disentuh dalam surah ini ialah turunnya mukjizat Rasulullah s.a.w. yang terbesar, iaitu al-Quran al-Karim.
Surah al-Bayyinah[BM] Bukti yang nyata[BI] The Clear Evidence
Bilangan ayat: 8
Tajuk: SURAH AL-BAYYINAH
Sinopsis: Surah al-Bayyinah ialah salah satu daripada surah-surahMadaniyyah, surah yang ke-98 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi lapan ayat.
Surah ini dinamakan al-Bayyinah (keterangan) berdasarkan firman Allah S.W.T., yang bermaksud:Dan tidaklah berpecah-belah orang-orang yang didatangkan al-kitab (kepada mereka) melainkan sesudah datang kepada mereka keterangan yang nyata.
Surah az-Zalzalah[BM] Goncangan[BI] The Earthquake
Bilangan ayat: 8
Tajuk: SURAH AL-ZALZALAH
Sinopsis: Surah al-Zalzalah ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-99 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi lapan ayat.
Surah ini dinamakan al-Zalzalah (gegaran) bersempena peristiwa gegaran yang amat dahsyat, yang akan berlaku pada hari kiamat dan menjadi pembukaan bagi surah ini.
Surah al-Qari‘ah[BM] Hari Kiamat[BI] The Great Calamity
Bilangan ayat: 11
Tajuk: SURAH AL-QARIAH
Sinopsis: Surah al-Qariah ialah salah satu surah daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-101 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 11 ayat.
Surah ini dinamakan dengan al-Qariah (hari yang menggemparkan) kerana perkara-perkara yang menggerunkan yang diceritakan di dalam surah ini boleh menggoncang hati pendengarnya.
Surah at-Takathur[BM] Bermegah-megah[BI] The Piling Up
Bilangan ayat: 8
Tajuk: SURAH AL-TAKATHUR
Sinopsis: Surah al-Takathur ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-102 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi lapan ayat.
Surah ini dinamakan al-Takathur (memperbanyak) kerana firman Allah S.W.T .yang bermaksud:Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perlumbaan (memperbanyak harta-benda dan anak-pinak, pangkat dan pengaruh).
Sinopsis: Surah al-Asr ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-103 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi tiga ayat.
Surah ini dinamakan al-Asr (masa) kerana pada awal surah ini Allah taala bersumpah dengan masa.
Surah al-Asr sangat ringkas dan terang. Inti sari kandungannya menerangkan sebab kebahagiaan dan kecelakaan manusia, kejayaan dan kerugian atau kehancuran dalam hidupnya semasa di dunia.
Surah al-Humazah[BM] Pengumpat[BI] The Scandalmonger
Bilangan ayat: 9
Tajuk: SURAH AL-HUMAZAH
Sinopsis: Surah al-Humazah ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-104 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi sembilan ayat.
Surah ini dinamakan al-Humazah (pencaci) kerana ia mencela orang yang bersifat dengan sifat yang membawa kebinasaan.
Sinopsis: Surah al-Fil ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-105 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi lima ayat.
Surah ini dinamakan al-Fil (gajah) kerana inti pati perbincangan utama dalam surah ini adalah berkaitan dengan gajah yang digunakan untuk meruntuhkan Kaabah.
Surah al-Ma‘un[BM] Kebajikan atau Bantuan[BI] The Neighbourly Assistance
Bilangan ayat: 7
Tajuk: SURAH AL-MAUN
Sinopsis: Surah al-Maun ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-107 mengikut susunan susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi tujuh ayat.
Surah ini dinamakan al-Maun berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud:Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatkannya.
Surah al-Kauthar[BM] Nikmat yang banyak[BI] The Abundance
Bilangan ayat: 3
Tajuk: SURAH AL-KAWTHAR
Sinopsis: Surah al-Kawthar ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-108 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi tiga ayat.
Ia dinamakan surah al-Kawthar (kebaikan yang banyak) berdasarkan firman Allah S.W.T. di dalam surah tersebut yang bermaksud:Sesungguhnya kami telah berikan kepadamu nikmat yang banyak (al-Kawthar).
Sinopsis: Surah al-Nasr ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-110 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi tiga ayat.
Surah ini dinamakan al-Nasr (kemenangan) kerana isi kandungannya menceritakan mengenai kemenangan yang gemilang bagi umat Islam, iaitu kemenangan besar ketika pembukaan kota Makkah.
Pada hari kemenangan ini jugalah Rasulullah s.a.w. menggambarkan tanda kesempurnaan risalahnya, maka dengan sebab itulah surah ini juga dinamakan surah al-Tawdi (selamat tinggal).
Surah al-Ikhlas[BM] Kemurniaan Keesaan Allah[BI] The Purity of Faith
Bilangan ayat: 4
Tajuk: SURAH AL-IKHLAS
Sinopsis: Surah al-Ikhlas adalah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-112 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi empat ayat.
Surah ini dinamakan dengan al-Ikhlas (ikhlas) kerana ia menceritakan tentang kebenaran iman yang tidak diselit oleh sifat riya.
Diriwayatkan bahawa golongan musyrikin datang bertemu Rasulullah s.a.w., lantas berkata: Wahai Muhammad, gambarkan kepada kami tentang Tuhan kamu. Adakah ia daripada emas ataupun perak, atau batu delima ataupun batu jed? Maka turunlah ayat yang bermaksud:Katakanlah (wahai Muhammad) bahawa Allah itu Maha Esa. Allah tempat bergantung.
Sinopsis: Surah al-Nas ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-114 mengikut susunan surah-surah al-Quran, iaitu surah terakhir dan mengandungi enam ayat.
Surah ini dinamakan al-Nas (manusia) untuk memuliakan manusia di mana perkataan Rabb yang
bermakna Tuhan disandarkan kepada kalimah tersebut.