Senarai Racun
1. Racun Tikus BUTIK S BUTIK S (bahan aktif Chlorophacinone) dan
BUTIK G2, (bahan aktif Bromadialone) sangat berkesan membasmi semua
jenis tikus perosak tanaman. Produk kawalan tikus ini menjimatkan
kos dan tenaga kerja. Amalan meracun yang baik dengan menggunakan
produk ini akan menjamin hasil yang tinggi dari ladang.
Bahan Aktif Chlorophacinone % a.i : 0.005% Berat : 15kg/kotak
Kuantiti : 600 ketul / kotak (meliputi hingga 4.4ha)
2. Racun Rumpai Roundup
Racun dari kumpulan yang mengandungi bahan aktif Glyphosate
(active ingredient) adalah paling luas digunakan dan dijual dengan
banyak jenama dipasaran. Bahan aktif yang digunakan adalah seperti
(a) Glyphosate dimethylamine dan (b) Glyphosate isoprophylamine.
Racun jenis sistemik, berfungsi dengan bertindak menghalang
biosintesis protin apabila disembur pada rumpai.
3. Racun Rumpai DIURON
Racun yang mengandungi bahan aktif Diuron menjadi pilihan utama
petani dan banyak dipasaran. Racun ini merupakan racun sistemik
yang mampu menghalang proses fotosintesis rumpai. Digunakan secara
meluas untuk kawalan selaput tunggul dengan kadar kepekatan antara
0.5-0.45 kg sehektar. Racun ini didakwa sangat berkesan walaupun
selaput tunggul itu tebal.
4. Racun Serapan GARLON
Untuk membunuh pokok renek dan pokok menjalar seperti senduduk,
mempelas, ubi gajah, pokok kapal terbang, timun padang, semalu,
asytasia dan lain-lain. Selain itu, Garlon juga digunakan untuk
kawasan yang tidak boleh dimasuki jentolak atau menebang secara
manual sukar dilakukan, oleh itu musnahkan pokok dengan racun
pokok. Campuran 1 bahagian Garlon 250 dengan 8 bahagian diesel
disapu pada keliling pangkal pokok selebar 40 sm. Ulangi meracun
bagi pokok yang tidak mati.
5. Racun Serapan ALLY (CANYON)
Merupakan racun herba serapan bukan hormone yang sesuai
digunakan untuk beberapa jenis daun lebar dan daun lebar berkayu.
Racun Ally perlu dicampur dengan racun lain atau lain-lain pembasuh
(surfactant). Bahan aktifnya ialah metsulfuron-methyl. Sesuai
dicampur dengan round-up dan juga paraquat.
6. Racun Serangga FURADAN
Racun serangga Furadan 3G (bahan aktif: Carbofuran) merupakan
sejenis racun jenis sistemik yang sangat popular digunakan
dikawasan tanaman sawit, sayur-sayuran, dan sebagainya terutama
untuk mengawal jenis perosak dalaman. Furadan (nama pasaran untuk
CARBOFURAN) merupakan racun sintetik sentuh dan sistemik (diserap
melalui akar hingga ke bahagian tumbuhan yang lain). Banyak
diapliaksikan untuk membunuh serangga perosak dalam bentuk larva
dan dewasa, nematod, semut serta perosak yang lain.
7. Racun Rumpai BASTA
Racun Basta termasuk di dalam kumpulan kelas racun rumpai
Glufosinate Ammonium yang merupakan racun sentuh yang bertindak
dengan menghalang sintesis glutamine. Berkesan bagi rumpai jenis
daun lebar dan rumpai jenis daun lebar berkayu. Kadar penggunaan
yang disyorkan adalah 132 ml bagi setiap pam manakala untuk
sehektar memerlukan sebanyak 3.3 liter.
8. Racun Serangga NURELLE
Racun serangga Nurelle ini amat berekesan bagi seranggan perosak
pengorek batang seperti Koya, anai-anai, kumbang dan lain-lain
serangga. Ramuan aktif: Nurelle D505 racun serangga adalah gabungan
dua bahan-bahan aktif, chlorpyrifos dan cypermethrin.
Phosphorothioate merupakan kumpulan racun perosak organophosphorus
yang memberi kesan kepada kedua-dua axonic dan penghantaran
sinaptik kepada denyutan saraf di dalam sistem saraf serangga.
9. Racun Rumpai HEXTAR PARAQUAT
Racun rumpai Hextar Paraquat sangat berkesan bagi membasmi
masalah anak poko sawit liar dan rumput anak kayu, ini adalah
disebabkan oleh tindakannya merencatkan sistem fotosintesis
terhadap rumpai. Selepas disemburkan kepada tanah atau rumpai,
paraquat akan terikat dengan cepat dan kuat terhadap butir-butir
tanah kepada bentuk tidak aktif, terutamanya pada tanah berjenis
liat. Ini bermakna racun paraquat tidak lagi merbahaya kepada
tanaman ataupun mamalia setelah ia terdedah pada tanah.
10. Racun Serengga ORY-X
ORY-X ialah produk hasil penyelidikan bersama secara intensif
oleh Malaysian Palm Oil Board (MPOB) dan Felda Agricultural
Services Sdn Bhd (FAS).Produk ini mengandungi spora Metarhizium
yang telah terbukti berkesan untuk menghapuskan kumbang badak,
Oryctes rhinoceros. Spora Metarhizium yang aktif ini melekat kepada
kutikal kumbang badak dan seterusnya membiak dan menembusi kutikel.
Spora ini akan merebak di dalam badan kumbang badak dan menyebabkan
kematian. Fungus ini menyerang semua peringkat kumbang badak samada
larva, pupa dan kumbang dewasa. Pendekatan ini mengurangkan
penggunaan produk kimia lalu mengurangkan kesan kepada alam
sekitar.
11. Pelekat Racun SAPOL SURFOCTONT (@KENPO)
Konsep asas pelengkap racun ini adalah untuk membantu
mengurangkan ketegangan permukaan air di daun ketika semburan kabus
racun dijalankan. Dapat meningkatkan penyebaran dan penyerapan
bahan kimia pertanian dengan berkesan. SAPOL SURFOCTONT dapat
membantu larutan semburan tidak jatuh ke bawah bagi tujuan mencegah
pembaziran larutan semburan.
12. Racun Serangga METAXORB
METAXORB merupakan racun kawalan serangga mesra alam yang
mengandungi campuran Metathizium Anisopliae untuk mengendalikan
masalah kumbang badak (Oryctes Rhinoceros) didalam penanaman sawit.
Racun ini mampu mengawal serangan kumbang badak bermula dari
peringkat larva lagi. Kitar keberkesanan racun ini juga tinggi
(mampu bertahan lebih dari 100 hari pada setiap sekali
semburan).
Jenis-jenis Racun(1) Racun Pracambah digunakan dikawasan kebun
yang akan disembur semasa kerja-kerja penyediaan tanah selesai
untuk menghalang anak benih rumpai tumbuh sebelum penanaman. Racun
jenis ini berkesan untuk elakkan kawalan rumpai pada peringkat
paling awal. Antara racun jenis ini seperti Atrazine dan lain-lain
jenama.
(2) Racun Sentuh bertindak dengan sentuhan kepada bahagian
tanaman (daun dan batang) dan akan matikan rumpai. Kesan racun
sentuh adalah cepat dan dapat dilihat tumbuhan layu dalam beberapa
jam penyemburan dijalankan.
(3) Racun Sistemik bertindak dengan diserap kedalam seluruh
bahagian tumbuhan dam rumpai akan mati perlahan-lahan. Lazimnya
proses racun ini lambat dilihat. Selepas 2-3 hari pun kesan racun
jenis ini tidak dapat dikesan lagi. Keberkesanan racun ini agak
lama berbanding dengan racun sentuh.