-
SETIAUSAHA KERAJAAN,NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN,TINGKAT
19,BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SIJAIJ,40503
SHAHALAM'SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel
Fax
:03-5514 2134 (Terus): 03-5544 7042 (Am): 03-5510 3062
..KEJUJURAN DAN KETEKUNAN'' Ruj. Tuan
Ruj. Kami
Tarikh
( 7 )dlm.lPK.SEL.BK.20684t135
J6 uaczoog.
SENARAI EDARAN SEPERTI DI LAMPIRAN
Semua Ketua Jabatan Kerajaan Negeri Selangor
Semua Ketua Badan Berkanun Negeri Selangor
Semua Pegawai Daerah Negeri Selangor
Semua Datuk Bandar / Yang DipertuaPihak Berkuasa Tempatan Negeri
Selangor.
Semua Anak Syarikatdi bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri
Selangor
YB Dato' / YAD Dato' Setia /YBhg Dato'/ Datin Paduka / Tuan /
Puan,
PEKELILING SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGORBILANGAN 2 TAHUN
2OO9
PENETAPAN SYARAT UTAMA BAGIPENGANJURAN PROGRAM RASMI JABATAN DI
HOTEL(LUAR KAWASAN PEJABAT)
Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara tersebutdi
atas.
2. Berikut dilampirkan Pekeliling Setiausaha Kerajaan
NegeriSelangor Bilangan 2 Tahun 2009 berkenaan perkara di
atas.Sebagai tambahan, salinan lembut (softcopy) Pekeliling ini
bolehdimuat turun di Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Selangormulai
daripada tarikh surat ini dikeluarkan.
-
3. Justeru, YB Dato' / YAD Dato' Setia / YBhg Dato'/ DatinPaduka
/ Tuan / Puan adalah dipohon untuk mengambil perhatiantentang
butiran keseluruhan yang terkandung pada Pekelilingtersebut.
Sekian. terima kasih.
..BERKHIDMAT UNTUK NEGARA''
Saya yang menurut perintah,
s.k.
YAB Dato' Menteri Besar Selangor
Semua YB EXCO Kerajaan Negeri Selangor.(Senarai edaran seperti
di Lampiran)
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan).
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan).
Fai l Timbul.
DATq RAnu11 BIN MAHMUD)
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
-
IPK.SEL.BK.20684/135 ( 7 )
KERAJAAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
___________________________________________________
PEKELILING SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR
BILANGAN 2 TAHUN 2009
___________________________________________________
PENETAPAN SYARAT UTAMA BAGI PENGANJURAN PROGRAM
RASMI JABATAN DI HOTEL (LUAR KAWASAN PEJABAT) TUJUAN 1.
Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ini bertujuan
melaksanakan penetapan syarat utama bagi penganjuran program rasmi
di luar kawasan pejabat yang menggunakan perkhidmatan hotel.
TAFSIRAN 2. Bagi tujuan Pekeliling ini,
a. “program rasmi” bermaksud semua acara/bengkel/kursus/ seminar
yang dianjurkan oleh Jabatan, yang menggunakan peruntukan Kerajaan
Negeri dan/atau lain-lain peruntukan yang diterima daripada
sumber-sumber lain;
b. “hotel” bermaksud bangunan rumah penginapan di Selangor
yang menyediakan perkhidmatan makan dan minum, dan kemudahan
yang bersesuaian untuk penganjuran sebarang acara program rasmi
dan/atau tidak rasmi, secara pakej dan/atau bukan pakej;
1
-
c. “Sijil Pengesahan Halal” bermaksud dokumen rasmi pengesahan
status halal bagi perkhidmatan makan dan minum yang dikeluarkan
kepada hotel yang telah memohon dan masih sah laku kelulusannya,
yang dikeluarkan oleh sekurang-kurangnya salah satu daripada pihak
yang berikut, iaitu: -
i. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS); ii. Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM);
iii. Halal Industry Development Corporation (HDC).
LATAR BELAKANG 3. Pematuhan penyediaan makanan dan minuman halal
oleh pengusaha-pengusaha hotel adalah penting, memandangkan masih
terdapat lambakan bahan-bahan mentah di pasaran yang digunakan
secara tidak terkawal dalam masakan (di mana status halal atau
haram bahan-bahan mentah tersebut masih diragui), walaupun pihak
pengusaha menyedari bahawa sebahagian besar daripada pelanggan
hotel mereka terdiri daripada pelanggan yang beragama Islam. 4.
Kerajaan Selangor menyedari masalah yang timbul dan berpendapat
bahawa kawalan ke atas penyediaan makan dan minum yang menggunakan
bahan-bahan mentah ini (yang masih diragui status halal atau
haramnya) perlu diperkemas, bagi menjamin hak-hak dan kepentingan
umat Islam khususnya di Selangor. 5. Justeru, melalui keputusan
Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Bil. 33/2008 pada
19 November 2008, semua program rasmi Jabatan yang ingin dianjurkan
di hotel (iaitu luar kawasan pejabat) hendaklah menggunakan hotel
yang telah memperoleh Sijil Pengesahan Halal yang sah. SKOP
PENGESAHAN HALAL 6. Sijil Pengesahan Halal yang dikeluarkan
hanyalah terhad kepada dapur penyediaan makanan yang tertentu
sahaja di hotel berkenaan dan tidak meliputi mana-mana restoran
yang terdapat di hotel tersebut, mahupun secara keseluruhannya.
2
-
7. Status pengesahan halal yang dikeluarkan adalah bersifat
tidak kekal sepanjang masa iaitu mempunyai tempoh sah yang tertentu
(dengan merujuk kepada Sijil Pengesahan Halal yang telah
dikeluarkan). Status ini boleh dibatalkan pada bila-bila masa,
tertakluk kepada kuasa dan pertimbangan oleh pihak yang mengawal
dan menguruskan Sijil Pengesahan Halal tersebut. PELAKSANAAN 8.
Ketua Jabatan hendaklah memastikan bahawa salinan terkini Sijil
Pengesahan Halal yang sah dan lengkap diperoleh daripada pengusaha
hotel berkenaan, sebelum sebarang komitmen penganjuran program
rasmi tersebut disahkan dan hendaklah dikemukakan semasa prosedur
permohonan perolehan dibuat. Pemilihan menu makan dan minum juga
hendaklah dibuat berdasarkan kelulusan yang dinyatakan pada Sijil
Pengesahan Halal tersebut. 9. Ketua Jabatan juga disarankan untuk
menyemak kelulusan dan status pengesahan halal yang terkini, yang
dikeluarkan secara bertulis atau dipaparkan pada Laman Web Rasmi
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) http://www.jais.gov.my dari
semasa ke semasa. Penjelasan secara terus juga boleh diperoleh
daripada pihak JAIS (Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan – Unit
Halal) dengan menghubungi talian 03 – 5514 3508 / 3707 / 3678 /
3684 / 3419. 10. Pihak JAIS juga diarahkan untuk mengemas kini
senarai hotel yang memiliki Sijil Pengesahan Halal dari semasa ke
semasa melalui Laman Web Rasmi JAIS atau secara edaran bertulis
kepada semua Ketua Jabatan. TARIKH BERKUAT KUASA 11. Pekeliling ini
berkuat kuasa serta-merta mulai pada tarikh ia dikeluarkan.
3
http://www.jais.gov.my/
-
PEMAKAIAN 12. Semua Jabatan Kerajaan Negeri, Pejabat-pejabat
Daerah dan Tanah, Badan-badan Berkanun Negeri, Pihak-pihak Berkuasa
Tempatan Negeri dan Anak-anak Syarikat di bawah Pentadbiran
Kerajaan Negeri hendaklah melaksanakan arahan seperti yang
tertakluk pada Pekeliling ini. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” (DATO’
RAMLI BIN MAHMUD) Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor 25 Mac 2009.
Dikelilingkan kepada: - Semua Ketua Jabatan Kerajaan Negeri
Selangor. Semua Ketua Badan Berkanun Negeri Selangor Semua Pegawai
Daerah Negeri Selangor. Semua Datuk Bandar / Yang Dipertua Pihak
Berkuasa Tempatan Negeri Selangor. Semua Anak Syarikat di bawah
Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Salinan kepada: - YAB Dato’
Menteri Besar Selangor Semua YB EXCO Kerajaan Negeri Selangor
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Timbalan
Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan)
4
Surat Edaran - Pekeliling SUK 2-2009.PDFPekeliling SUK Bil.
2-2009.pdf