Contoh 1.5 (Jenis pinjaman pertama/ SPPI / Single loan / Membeli rumah kedai ) Senarai dokumen yang diperlukan untuk membuat Pinjaman Perumahan Perbendaharaan bagi Membeli rumah atau petak rumah yang telah siap. No Senarai Dokumen 1 Surat iringan dari Ketua Jabatan. 2 Wang proses mengikut harga pinjaman iaitu: i) RM 1.00 untuk setiap RM 1,000.00 bagi pinjaman pertama (Contoh : RM 100 bagi pinjaman sebanyak RM 100, 000.00). ii) RM 2.00 untuk setiap RM 1,000.00 bagi pinjaman kedua (Contoh : RM 200 bagi pinjaman sebanyak RM 100,000.00). 3 Borang permohonan pinjaman perumahan perbendaharaan (SPP 10/08, 3 muka surat). 4 Borang akuan pemilihan insurans / takaful. 5 Borang 2 - Surat persetujuan penyelesaian hutang. 6 Salinan kad pengenalan awam @ tentera @ polis yang telah disahkan oleh ketua jabatan. 7 Penyata gaji asal terkini yang telah disahkan oleh ketua jabatan. 8 Surat tawaran perlantikan @ pengesahan perlantikan @ pengesahan dalam perlantikan. 9 Perakuan firma guaman/ pengakuan pemegang pertaruhan 10 Borang 3a @ 3b @ 3c @ 3d – Akujanji pemegang pertaruhan 11 Borang 1- Borang penilaian harta mestilah dihantar bersama-sama salinan S&P dan salinan geran ke JPPH yang berdekatan dengan lokasi harta anda. 12 Borang 5EK, 5BK, 5DK, 11BK - Salinan geran yang telah disahkan 13 Pelan Lantai 14 Pelan Tanah 15 Salinan perjanjian jual beli (S&P) - setem hasil perlulah dimatikan. 16 Lampiran A hingga Lampiran D Nota/ Panduan: i) S&P - Sales & Purchase Aggrement (Perjanjian jual beli). ii) JPPH - Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta iii) Borang 3b - Borang 3B : Dokumen tambahan jika membeli hartanah yang mempunyai Hakmilik Individu/Strata (Gadaian) @ jika membeli Hartanah Lelongan. Borang 3A – Akujanji Peguam (Kes Assignment) Borang 3B – Akujanji Peguam (Kes Gadaian) Borang 3C – Akujanji Peguam (Ubahsuai Assignment) Borang 3D – Akujanji Peguam (Ubahsuai Gadaian) Untuk maklumat tuan/puan contoh-contoh dokumen diatas adalah dokumen yang kerap dihantar ke Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan (BPPP). Diharapkan maklumat yang diberi dapat membantu dan memudahkan urusan pinjaman tuan/puan. Untuk mengetahui maklumat lanjut dan mendapatkan dokumen- dokumen yang lengkap anda boleh layari laman web BPPP di http://bpp.treasury.gov.my/web/index.php?option=com_content&view=article&id=55&Itemid=152&lang=ms . Jika ada sebarang kemusykilan sila hubungi di talian Careline kami 019 - 669 2728. Updated : 28 Aug 2012 / Nur Arddila bt Arbaie / KUIM