4/12/2018 USM News Portal - NAIB CANSELOR SUNTIK SEMANGAT JURURAWAT SEMPENA SAMBUTAN HARI JURURAWAT PERINGKAT H… https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4971-naib-canselor-suntik-semangat-jururawat-sempena-sambutan-hari-jururawat-peringkat-hospital-usm-2017 KUBANG KERIAN, 14 Mei 2017 – Setiap tahun jururawat akan diraikan bagi menghargai jasa dan bakti mereka dalam menggerakkan sasuatu organisasi terutamanya dalam bidang kesihatan. Tanggal 12 Mei dipilih sebagai Hari Jururawat Sedunia dan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) meraikannya pada hari ini bertemakan “Nurses: A Voice to Lead, Achieving the Sustainable Development Goals” bertempat di Auditorium Blok Pentadbiran Hospital USM. Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail berkata, seorang jururawat yang berjaya di sisinya ada seorang suami atau isteri yang memahami dan menjadi pendorong utama. (https://news.usm.my) Berita Mutakhir search... NAIB CANSELOR SUNTIK SEMANGAT JURURAWAT SEMPENA SAMBUTAN HARI JURURAWAT PERINGKAT HOSPITAL USM 2017 15 MAY
5
Embed
SEMPENA SAMBUTAN HARI JURURAWAT PERINGKAT · 4/12/2018 usm news portal - naib canselor suntik semangat jururawat sempena sambutan hari jururawat peringkat h ...
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
4/12/2018 USM News Portal - NAIB CANSELOR SUNTIK SEMANGAT JURURAWAT SEMPENA SAMBUTAN HARI JURURAWAT PERINGKAT H…
KUBANG KERIAN, 14 Mei 2017 – Setiap tahun jururawat akan diraikan bagi menghargai jasa dan baktimereka dalam menggerakkan sasuatu organisasi terutamanya dalam bidang kesihatan.
Tanggal 12 Mei dipilih sebagai Hari Jururawat Sedunia dan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM)meraikannya pada hari ini bertemakan “Nurses: A Voice to Lead, Achieving the SustainableDevelopment Goals” bertempat di Auditorium Blok Pentadbiran Hospital USM.
Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail berkata, seorang jururawat yang berjaya di sisinyaada seorang suami atau isteri yang memahami dan menjadi pendorong utama.
“Saya yakin bahawa penganjuran sambutan sebegini bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi dalamkesibukan kita mengendalikan operasi sebuah hospital sebesar ini dan ia patut mendapat pujian.
“Jika kita ingin membina sebuah negara yang berjaya, kualiti kesihatan dan kejururawatan harus kitajaga dan tingkatkan, bukan bermakna kita harus mempunyai ramai jururawat tetapi perlu mempunyaikualiti dan kompeten di dalam penawaran tahap penjagaan kesihatan yang terbaik,” katanya ketikaberucap dalam majlis perasmian Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa Peringkat Hospital USM 2017.
4/12/2018 USM News Portal - NAIB CANSELOR SUNTIK SEMANGAT JURURAWAT SEMPENA SAMBUTAN HARI JURURAWAT PERINGKAT H…
Menurut Ketua Penolong Pengarah Unit Kejururawatan merangkap Pengerusi Program Sambutan HariJururawat Antarabangsa Peringkat Hospital USM 2017, Raudzah Hj. Mohamed Ariffin pula,International Council of Nurses (ICN) memilih tema tersebut untuk tahun ini supaya ia lebih memberiimpak kepada semua jururawat secara global.
“Memandangkan jururawat adalah orang yang paling dekat dengan pesakit, maka jururawatseharusnya mempunyai ‘critical thinking’ semasa memberi perawatan dan bukan membuat kerja secaramembuta tuli,” katanya ketika memberi ucapan aluan.
Seramai 250 orang jururawat hadir di majlis tersebut.
4/12/2018 USM News Portal - NAIB CANSELOR SUNTIK SEMANGAT JURURAWAT SEMPENA SAMBUTAN HARI JURURAWAT PERINGKAT H…
Yang turut hadir, Pengarah Kampus Kesihatan merangkap Pengarah Hospital USM, Profesor Dr. AhmadSukari Halim; Timbalan Pengarah Kanan Klinikal, Dr. Nik Min Ahmad; Timbalan Pendaftar PengurusanHospital, Mohd Saberi Mohd Yusoff; Mantan Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Dato’ Dr. AhmadZakaria serta pegawai-pegawai utama universiti.
Untuk rekod, USM mempunyai kira-kira 1,600 orang jururawat yang merupakan 17% daripada jumlahkeseluruhan staf USM.
Teks: Muhd Zulkifli Zakaria/Foto: Mohd Rizuwan Ramly
Share This
Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre
Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia