Seminar Serantau Peradaban Islam 2018 Institut Islam Hadhari, UKM: 14-15 November 2018 338 Perbincangan tentang beberapa pokok persoalan mempunyai hubungkait dengan amalan kaunseling seperti dalam ehwal tentang pengurusan diri, keluarga, kerjaya, dan kemasyarakatan. Ini kerana hal ehwal berkenaan adalah merupakan elemen utama dalam amalan kaunseling yang banyak dipraktikkan. Oleh itu,matlamat utama amalan kaunseling Islam perlu melihat kepentingan konsep ad daruriat, al hajiah dan at tahsinat. Merujuk kepada matlamat utama hukum Islam adalah bagi memelihara kemaslahatan (kepentingan) masyarakat yang terbahagi kepada tiga bentuk kepentingan: Seperti dinyatakan oleh Mahmood Zuhdi dan Paizah (2004): 1. Maslahah asas (Daruriyyah) yang melibatkan pemeliharaan lima perkara iaitu agama, jiwa, akal, kehormatan dan harta. Kesemua kepentingan ini dapat dianggap sebagai keperluan asasi yang tidak dapat tidak amat diperlukan oleh setiap manusia, didalam kehidupan bermasyarakat. Seandainya salahsatu daripada keperluan ini tidak dipenuhi, kehidupan manusia sudah tiada ertinya lagi. Sebarang perkara dan tindakan yang mencabul kelima- lima perkara ini akan dianggap sebagai mafsadah (kerosakan). 2. Maslahah yang diperlukan (Hajiyyah) yang melibatkan semua yang diperlukan oleh manusia untuk mewujudkan kemudahan dan kelapangan dalam menjalankan tugas dalam kehidupan. Walaupun ianya tidak sampai kepada tahap keperluan asasi yang boleh menyebabkan kebinasaan hidup manusia, tetapi ianya diperlukan bagi mengelakkan kesusahan hidup di dalam masyarakat. 3. Maslahah yang diperlukan untuk menjaga kehormatan hidup manusia (Tahsiniyyah) yang melibatkan kemuliaan akhlak dan adat yang baik. Semuanya diperlukan bagi menjamin kelancaran hidup manusia dalam masyarakat. Syariat Islam telah membawa hukum hakamnya bagi memelihara perkara-perkara ad daruriat, al hajiah dan at tahsinat. Dengan ini akan terpelihara segala maslahah dan kepentingan umat Islam. Menurut Mohd Hapiz (2017), maslahah daruriyyat diutamakan daripada hajiyyat dan kemudiannya tahsiniyyat. Begitu juga dalam kategori daruriyyat, maslahah agama perlu diutamakan daripada nyawa, akal, keturunan dan harta, dan begitulah seterusnya mengikut urutan kepentingan setiap tahap dan komponen hukum di dalamnya. Objektif Penurunan Syariat Islam Maqasid al-Shari‘ah 1. Membawa rahmat Maksud firman Allah dalam ayat 107, surah al-Anbia’: “Kami tidak mengutus engkau Ya Muhammad melainkan rahmat seluruh alam” Penurunan Syariat Islam membawa rahmat kepada
50
Embed
Seminar Serantau Peradaban Islam 2018 Institut Islam ...
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Seminar Serantau Peradaban Islam 2018 Institut Islam Hadhari, UKM: 14-15 November 2018
338
Perbincangan tentang beberapa pokok persoalan mempunyai hubungkait dengan amalan
kaunseling seperti dalam ehwal tentang pengurusan diri, keluarga, kerjaya, dan kemasyarakatan.
Ini kerana hal ehwal berkenaan adalah merupakan elemen utama dalam amalan kaunseling yang
banyak dipraktikkan. Oleh itu,matlamat utama amalan kaunseling Islam perlu melihat kepentingan
konsep ad daruriat, al hajiah dan at tahsinat.
Merujuk kepada matlamat utama hukum Islam adalah bagi memelihara kemaslahatan
(kepentingan) masyarakat yang terbahagi kepada tiga bentuk kepentingan: Seperti dinyatakan oleh
Mahmood Zuhdi dan Paizah (2004):
1. Maslahah asas (Daruriyyah) yang melibatkan pemeliharaan lima perkara iaitu agama, jiwa,
akal, kehormatan dan harta. Kesemua kepentingan ini dapat dianggap sebagai keperluan
asasi yang tidak dapat tidak amat diperlukan oleh setiap manusia, didalam kehidupan
bermasyarakat. Seandainya salahsatu daripada keperluan ini tidak dipenuhi, kehidupan
manusia sudah tiada ertinya lagi. Sebarang perkara dan tindakan yang mencabul kelima-
lima perkara ini akan dianggap sebagai mafsadah (kerosakan).
2. Maslahah yang diperlukan (Hajiyyah) yang melibatkan semua yang diperlukan oleh
manusia untuk mewujudkan kemudahan dan kelapangan dalam menjalankan tugas dalam
kehidupan. Walaupun ianya tidak sampai kepada tahap keperluan asasi yang boleh
menyebabkan kebinasaan hidup manusia, tetapi ianya diperlukan bagi mengelakkan
kesusahan hidup di dalam masyarakat.
3. Maslahah yang diperlukan untuk menjaga kehormatan hidup manusia (Tahsiniyyah) yang
melibatkan kemuliaan akhlak dan adat yang baik. Semuanya diperlukan bagi menjamin
kelancaran hidup manusia dalam masyarakat.
Syariat Islam telah membawa hukum hakamnya bagi memelihara perkara-perkara ad
daruriat, al hajiah dan at tahsinat. Dengan ini akan terpelihara segala maslahah dan kepentingan
umat Islam.
Menurut Mohd Hapiz (2017), maslahah daruriyyat diutamakan daripada hajiyyat dan
kemudiannya tahsiniyyat. Begitu juga dalam kategori daruriyyat, maslahah agama perlu
diutamakan daripada nyawa, akal, keturunan dan harta, dan begitulah seterusnya mengikut urutan
kepentingan setiap tahap dan komponen hukum di dalamnya.
Objektif Penurunan Syariat Islam
Maqasid al-Shari‘ah
1. Membawa rahmat
Maksud firman Allah dalam ayat 107, surah al-Anbia’: “Kami tidak mengutus engkau Ya
Muhammad melainkan rahmat seluruh alam” Penurunan Syariat Islam membawa rahmat kepada
Seminar Serantau Peradaban Islam 2018 Institut Islam Hadhari, UKM: 14-15 November 2018
339
seluruh umat manusia. Menurut Ibn al-Qayyim, (1994), Syariat Islam itu semuanya adalah adil,
membawa rahmat, mengandungi maslahah dan membawa hikmah. Memandangkan maksud
rahmat memberi pengertian yang luas, maka dalam konteks terapi kaunseling, kaunselor
berperanan membimbing klien dengan membincangkan unsur rahmat yang dianugerahkan oleh
Allah keatas manusia.
2. Melahirkan kemaslahatan
Allah SWT yang bersifat Maha Bijaksana, pencipta semua manusia dan makhluk lain di dunia ini
adalah untuk tujuan yang sangat bermakna. Setiap satu syariat yang di perintahkan kepada
hambanya mengandungi sesuatu kemaslahatan dan kebaikan. Dalam konteks terapi kaunseling
Islam peranan kaunselor ialah membimbing klien dengan membincangkan sesuatu yang
melahirkan maslahah atau kebaikan kepada diri dan selainnya.
3. Menolak kemudharatan
Menurut al-Shatibi, pemeliharaan terhadap maslahah atau maqāsid al-shari’ah adalah menerusi
dua cara iaitu secara positif dan juga secara negatif. Secara positif adalah dengan menentukan
hukum yang boleh mewujudkan serta mengekalkan kewujudannya. Secara negatif pula adalah
dengan menghalang apa-apa yang boleh menghapus, merosak atau mengganggu kepentingan
tersebut. Maka, menolak kemudharatan adalah perlu bagi melahirkan kemaslahatan, bahkan ianya
termasuk dalam kaedah pemeliharaan maslahah iaitu dari sudut menolak kemudharatan serta
menghapuskan apa-apa yang boleh menghalang tercapainya maslahah tersebut. Dalam konteks
terapi kaunseling Islam, peranan kaunselor adalah membimbing klien dengan membincangkan
sesuatu yang dapat mernghindar diri, atau keluarga serta masyarakat dari terjebak atau menimpa
kemudaratan keatas dirinya.
Peranan Ahli Teraputik / kaunselor
Kefahaman kaunselor dan ahli terapi Muslim terhadap amalan kaunseling yang berasaskan kepada
penyelesaian ad dini adalah satu cara yang terbaik dan lebih berkesan kearah memahami matlamat
hidup sebagai seorang mukmin yang sejati. Peranan Kaunselor Muslim perlu melihat konsep Islam
dari permulaan tugas sehingga ke matlamat atau natijah akhir sesi teraputik iaitu Maqāsid al-
shari’ah iatu mengekal maslahah dan mengelak mafsadah.
Secara ringkasnya peranan kaunselor Muslim dinyatakan dalam jadual 1 dibawah:
Seminar Serantau Peradaban Islam 2018 Institut Islam Hadhari, UKM: 14-15 November 2018
340
Jadual 1 Peranan Kaunselor Muslim
Konsep Islam Iman, Islam, Ihsan
Sifat Kaunselor Beriman & bertakwa kepada Allah, Berani. Adil, Pemurah, Sabar,
Secara amnya, aktiviti keusahawanan dapat meningkatkan kualiti kehidupan dengan mencipta
penemuan-penemuan inovasi terkini. Secara tidak langsung, ia dapat membantu masyarakat
umumnya untuk memperolehi alternatif dan memudahkan para pengguna untuk membuat pilihan.
Seminar Serantau Peradaban Islam 2018 Institut Islam Hadhari, UKM: 14-15 November 2018
344
Justeru itu, bidang keusahawanan mempunyai potensi untuk menggembleng sumber asas ekonomi
untuk kelangsungan kehidupan manusia yang lebih produktif dan berkualiti.
Tidak dinafikan lagi, aktiviti keusahawanan turut menyumbang kepada pengembalian
sejumlah pendatan kepada negara sama ada ia bersifat wajib ataupun sukarela. Penekanan kepada
aktiviti keusahawanan sekurang-kurangnya meringankan beban kerajaan untuk bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap aktiviti pembangunan negara. Sekurang-kurang golongan usahawan yang
pada mulanya dibantu oleh pihak kerajaan berjaya berdikari untuk menjalankan aktiviti yang telah
dirancangnya dan menyumbang semula dalam bentuk idea, kewangan, inovasi dan sebagainya
untuk kepentingan masyarakat dan negara amnya.
Namun begitu, perlu juga ditegaskan di sini aktiviti keusahawanan bukan satu kerjaya yang
mudah sebagaimana yang diungkapkan oleh lisan atau ditulis di atas kertas. Meskipun perniagaan
merupakan sebahagian daripada aktiviti keusahawanan yang mempunyai potensi untuk mendapat
keuntungan yang lebih tinggi berbanding bekerja makan gaji namun ia tidak memberi jaminan
bahawa setiap pengusaha tersebut akan berjaya. Tidak ada istilah tongkat sakti bagi seseorang
usahawan untuk berjaya dalam tempoh yang singkat. Menurut satu kajian yang dijalankan
dianggarkan 90 peratus daripada perniagaan yang dibangunkan akan jatuh dalam tempoh 3 tahun
kerana pelbagai faktor seperti kekurangan pengalaman, pengurusan yang tidak baik, tidak cukup
modal pusingan dan sebagainya (Oswalid Timothy Edward, 2018).
Definisi Usahawan Berjayau
Usahawan berjaya lazimnya boleh didefinisikan sebagai individu yang berjaya dalam aktiviti
keusahawanan melaksanakan sepenuhnya tuntutan agama dengan penuh ketaatan dan ketaqwaan.
Selain itu, tidak dinafikan juga usahawan perlu menguasai ilmu, kemahiran, kompetensi yang
tinggi dan penguasaan teknologi selari dengan keperluan semasa (AbulHasan Muhammad Sadek,
1991). Dalam pada itu, usahawan yang masih lagi terikat dengan pendekatan tradisional dan tidak
bersifat terbuka dalam menerima perubahan dan pendekatan terkini sudah pasti akan ketinggalan
dan tidak mempunyai keupayaan untuk berdaya saing dengan individu lain di pentas global. Sifat
statik dan jumud yang ada pada usahawan tersebut sudah tentulah bertentangan dengan semangat
kemajuan yang dituntut oleh mua`malah Islam.
Dalam mu`amalah Islam, ukuran untuk mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan
ialah dengan memenuhi ketentuan konsep al-falah. Umumnya, konsep al-falah dalam aspek
keusahawanan diprojekkan kepada keseluruhan aspek kehidupan manusia yang merangkumi
elemen spiritual, akhlak dan semua aspek keusahawanan bukan hanya terbatas kepada kejayaan di
dunia semata-mata tetapi juga merentasi alam akhirat. Manifestasi kepada kehidupan yang baik
dan sejahtera serta sentiasa mendapat keampunan dan keredaan Allah S.W.T sebagaimana yang
dinukilkan dalam al-Qur’an yang bermaksud:
Seminar Serantau Peradaban Islam 2018 Institut Islam Hadhari, UKM: 14-15 November 2018
345
”Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan)
negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan habuanmu dari (kenikmatan dunia)
(al-Qasas: 77)
Sarjana Barat seperti Peter Drucker (1985) menukilkan bahawa usahawan berjaya ialah
individu yang mempunyai keupayaan untuk mengaktifkan sumber ekonomi dari sektor yang
kurang berdaya kepada sektor yang lebih berproduktif. Usaha yang dilakukan tersebut dilakukan
secara konsisten dan bersistematik. Idea ini juga turut disokong oleh Joel Arthur Baker (2003)
dengan mengemukakan pandangan bahawa usahawan cemerlang adalah golongan yang berjaya
mewujudkan peluang dan nilai tambah dalam pasaran.
Menurut Timmon dan Spinelli (2007), Kuratko dan Hodgets(2004) mengemukakan
pandangan bahawa usahawan berjaya disifatkan memilik daya saing yang tinggi, bijak
memanfaatkan peluang yang ada, bertindak dan merangka strategi berdasarkan keperluan dan
realiti semasa. Usahawan berjaya juga bijak menguruskan masa yang terhad untuk aktiviti yang
bermanfaat. Mereka begitu peka dan sensitif dengan persekitaran dan sebarang bentuk keperluan
untuk menyesuaikan dengan strategi dan perancangan yang konkrit untuk memaju dan
mengembangkan sebarang bentuk empayar perdagangan yang diusahakan. Usahawan berjaya juga
dilihat mempunyai disiplin diri yang tinggi dan mengaplikasikan kod etika seperti amanah, jujur
dan yakin kepada diri sendiri dalam amalan keusahawanan. Pandangan yang dikemukakan oleh
Peggy A. Lambing dan Charles R. Kuehl (2000) pula menyatakan bahawa usahawan berjaya
memiliki sifat seperti berkebolehan, keberanian, keteguhan hati dan mempunyai kreativiti yang
tinggi.
Meskipun para sarjana Barat lebih menekankan usahawan yang berjaya adalah seorang
yang memiliki sifat seperti kreatif, inovatif dan berani mengambil risiko namun ia hanyalah
bersifat kemahiran kognitif yang perlu ada individu usahawan. Ini kerana pada dasarnya jiwa
usahawan itu diekspresikan melalui sikap dan tindakannya yang menonjolkan nilai-nilai kreatif
dan inovatif dalam melakukan aktiviti keusahawanan (Eman Suherman, 2008). Tuntasnya, huraian
para sarjana Barat tidak memberi tumpuan kepada elemen kerohanian yang merupakan asas
kefahaman usahawan berjaya secara holistik.
Sehubungan dengan itu, Islam mempunyai asasnya yang tersendiri dalam mengupas
persoalan konsep kejayaan ataupun konsep al-falah. Legitimasi konsep ini digarap berasaskan
petunjuk yang telah dirakamkan dalam al-Qur’an. Di antaranya, ayat-ayat yang berkaitan dengan
konsep tersebut seperti firman Allah S.W.T
Maksudnya: “Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. Iaitu mereka yang
khusyuk dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan
dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya
Seminar Serantau Peradaban Islam 2018 Institut Islam Hadhari, UKM: 14-15 November 2018
346
dengan menunaikan zakat harta itu. Dan mereka yang menjaga kehormatannya.
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak
tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka
merekalah orang yang melampaui batas. Dan mereka yang menjaga amanah dan
janjinya. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang
yang berhak mewarisi. yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di
dalamnya.
(al-Mu’minun:1-11)
Dalam ayat-ayat tersebut, Ibn Kathir (1980) telah menggariskan ciri-ciri atau sifat-sifat
yang menjadi keperluan asas kepada setiap individu Muslim untuk mencapai kejayaan
sebagaimana yang diperihalkan oleh wahyu. Justeru itu, individu muslim yang dapat
mengadaptasikan sifat-sifat terpuji tersebut dalam jiwa mereka adalah golongan yang mendapat
rahmat dan petunjuk serta memperolehi kejayaan sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah
S.W.T. Sebagai ganjarannya golongan yang bersifat sedemikian akan menjadi pewaris kepada
Syurga Firdaus dan akan tinggal kekal abadi di dalamnya.
Berasaskan peruntukan ayat-ayat al-Qur’an tersebut, kejayaan ataupun diistilah sebagai al-
falah yang dislogankan oleh Islam adalah sinonim dengan mafhum mencari keredaan Allah S.W.T.
Oleh itu, mana-mana perlakuan individu yang berkontradiksi ataupun mengatasi peraturan-
peraturan yang telah digariskan oleh syara` maka sudah tentulah tindakan tersebut terkeluar
daripada objektif kejayaan yang diiktiraf oleh Islam. Ini kerana, kejayaan yang dicapai oleh
manusia bukan sahaja bersifat kejayaan atau kesejahteraan di dunia tetapi juga kesejahteraan yang
meliputi alam akhirat. Penegasan ini menunjukkan bahawa apa sahaja bentuk aktiviti manusia
objektif muktamadnya bukan sahaja berakhir di alam dunia ini tetapi secara implisitnya ialah
mendapat tempat, rahmat dan keuntungan di hari pembalasan kelak (Muhammad Nejatullah
Siddiqi, 1979).
Tuntutan untuk mencapai al-falah dalam urusan kehidupan dapat dicerakinkan melalui
firman Allah S.W.T dalam al-Qur’an:
Maksudnya: “Sesungguhnya berjayalah orang yang berusaha membersihkan
dirinya (dengan amal yang salih). Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya
akan nama Tuhannya, serta mengerjakan sembahyang.”
(al-A`la:14-15)
Ayat al-Qur’an tersebut mengisyaratkan bahawa manusia yang berusaha memajukan dirinya
mengikut pedoman wahyu akan mencapai status kejayaan. Termasuklah juga golongan yang
sentiasa melazimi diri mereka mengingati Allah S.W.T sepanjang masa dan yang mendirikan
sembahyang secara sempurna. Kejayaan yang digariskan oleh al-Qur’an inilah menjadi simbol
kesempurnaan kehidupan di dunia dan akhirat. Dalam pada itu, Ibn Kathir (1980) menjelaskan
Seminar Serantau Peradaban Islam 2018 Institut Islam Hadhari, UKM: 14-15 November 2018
347
maksud ayat tersebut memetik pandangan yang telah dibentangkan oleh Jabir ibn `Abd Allah R.A
berkata:
merujuk kepada orang yang mengakui bahawa tidak ada Tuhan "قد أفلح من تزكى"
melainkan Allah dan meninggalkan semua unsur-unsur syirik dan mengakui
bahawa Nabi Muhammad S.A.W adalah utusan Allah.”
Oleh yang demikian, jalan-jalan menuju kejayaan adalah melaksanakan segala yang
dituntut oleh syara’ secara kolektif dan menjauhkan diri daripada terlibat dengan perkara-perkara
yang ditegah oleh syara`. Pengabsahan al-Qur’an berhubung dengan kejayaan hidup manusia iaitu
kejayaan yang meliputi zahir dan juga batin. Kejayaan yang diistilahkan sebagai zahir dan batin
merangkumi nikmat yang diperolehi itu bukan sahaja terbatas pada tempoh masa kehidupan
manusia di dunia sahaja tetapi juga kenikmatan tersebut merentasi hingga ke alam akhirat iaitu
kerahmatan Allah S.W.T yang menjanjikan dengan balasan syurga.
Konsep kejayaan juga banyak disentuh dalam al-Sunnah. Di antaranya dalam sebuah
hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A telah berkata maksudnya:
“Rasulullah S.A.W bersabda: yang disebut kaya, bukanlah kaya harta benda
duniawi, tetapi yang dikatakan kaya ialah kaya jiwa.”
(Muslim)
Berasaskan kepada hadith yang telah dipaparkan tersebut, Nabi Muhammad S.A.W telah
mengisyaratkan bahawa tindakan manusia yang merangkumi jiwa, pemikiran dan perlakuan yang
memberi keutamaan kepada pertimbangan syari`at akan memandu mereka ke jalan yang diredai
oleh Allah S.W.T. Atas landasan tersebut, tindak-tanduk manusia yang berdiri di atas manhaj Ilahi
tersebut akan memberi kesan yang positif terhadap pembangunan spiritual, intelektual dan fizikal
manusia. Dampaknya, individu tersebut akan merasai ketenangan, keamanan, ketenteraman,
kebahagiaan dan yang lebih utama ialah memperolehi kejayaan yang sama di akhirat kelak.
Ironinya, kejayaan yang hakiki itu tidak akan tercapai melainkan dengan mematuhi peraturan-
peraturan dan nilai-nilai terpuji yang diperakukan oleh agama Islam. Ganjaran yang diperolehi
oleh setiap individu yang mematuhi sepenuhnya tuntutan syara` bukan sahaja dinikmati di alam
dunia sahaja tetapi juga mendapat ganjaran nikmat yang melimpah ruah di alam akhirat yang kekal
abadi. Inilah kejayaan yang disimpulkan oleh syaria`t Islam sebagai kejayaan hakiki yang
merentasi alam dunia dan akhirat.
Konsep Usahawan al-Falah
Dalam konteks keusahawanan pula, konsep usahawan yang menepati konsep al-falah yang ditaja
oleh Islam perlu memenuhi keperluan yang telah digariskan oleh kaca mata Islam. Berpandukan
kepada petunjuk al-Qur’an dan al-Sunnah, acuan usahawan berjaya perlu diadun dengan nilai-nilai
yang diharmonikan dengan kerangka mu`amalah Islam yang menjadi tunjang kepada
Seminar Serantau Peradaban Islam 2018 Institut Islam Hadhari, UKM: 14-15 November 2018
348
pembentukan falsafahnya. Apabila ia berjaya diintegrasikankan di antara keperluan manusia dan
tuntutan syara` secara tidak langsung ia dapat menjana satu konsep usahawan berjaya yang
komprehensif dan holistik sifatnya. Ini kerana, keperluan di dunia dan juga keperluan akhirat perlu
mempunyai kesinambungan yang kukuh berdasarkan kepada petunjuk wahyu yang menjadi
perlembagaan kepada kehidupan manusia. Tanpanya akan berlaku ketempangan dan kecacatan
yang boleh mendorong manusia khususnya golongan usahawan untuk bertindak menyalahi
tatacara moraliti dan prinsip mu`amalah Islam.
Sehubungan dengan itu, usahawan dari sudut dimensi Islam adalah tertakluk kepada dua
fungsi yang utama. Atas sifatnya sebagai insan, usahawan terikat kepada konsep hamba dalam
konteks `ubudiyyah156 dan konsep khilafah.157 Berasaskan fungsi tersebut, sebagai usahawan ia
perlu mengekalkan status qounya sebagai khalifah al-ard ataupun sebagai pemegang amanah yang
bertanggungjawab melaksanakan segala tuntutan yang telah diamanahkan kepadanya menurut
kehendak wahyu. Usahawan yang berteraskan kepada kedua-dua konsep ini sentiasa menginsafi
bahawa dalam memenuhi obligasi tersebut, ia sentiasa mengingati Allah, mempercayai kepada
ganjaran dan balasan di atas perlakuannya (pahala/dosa), nikmat dan azab (syurga/neraka) serta
sebagainya (Muhammad ̀ Abd al-Mun`im al-Jamal, 1980). Kepercayaan yang bersifat deduksi dan
pegangan yang kuat terhadap kedua-dua konsep tersebut akan memberi impak yang positif
terhadap sebarang aktiviti keusahawanan yang diusahakannya supaya tidak menyalahi prinsip-
prinsip yang telah dinaskan oleh syara`.
Pemahaman usahawan dalam skop `ubudiyyah pula bermaksud individu tersebut
bertanggungjawab sepenuhnya melaksanakan amal ibadah dan dalam masa yang sama juga ia
perlu menjauhi perkara-perkara atau segala unsur yang ditegah oleh syara`. Dalam memenuhi
perlaksanaan tersebut, sebagai usahawan muslim, individu tersebut dituntut untuk memenuhi
keperluan fardu `ain dan juga fardu kifayah sebagai pelengkap kesempurnaan terhadap amalan
yang dilakukan. Dari skop fardu `ain misalnya, usahawan muslim berkewajipan melaksanakannya
seperti sembahyang lima waktu, berpuasa, menunaikan zakat, mengerjakan haji, menuntut ilmu
dan sebagainya yang diklasifikasikan sebagai tanggungjawab individu. Begitu juga dalam aspek
perlaksanaan fardu kifayah ia menjadi tanggungjawab bersama dan tidak diwajibkan ke atas
individu tersebut. Namun begitu, jika ia tidak dilaksanakan oleh sesuatu komuniti masyarakat
tersebut maka keseluruhannya tidak terlepas daripada tanggungjawab tersebut. Sebagai contoh,
menunaikan sembahyang jenazah, sembahyang berjemaah di masjid dan pelbagai amalan lain
yang memberi faedah kepada agama dan kepentingan umum masyarakat.
156 Dalam konteks `ubudiyyah, objektif utama penciptaan manusia di alam bumi ini adalah untuk mengabdikan diri
dan tunduk secara mutlak kepada Allah S.W.T. Kenyataan ini jelas digambarkan oleh Allah S.W.T dalam al-Qur’an
yang bermaksud: “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah-Ku.” (al-
Dhariyat:56) 157 Atas kapasitinya sebagai khalifah, manusia berkewajiban mentadbir dan menguruskan alam ini secara bijak
seperti yang dituntut oleh al-Qur’an. Sepertimana firman Allah S.W.T dalam al-Qur’an maksudnya: “…..Dialah
yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta mengkehendaki kamu memakmurkannya..” (Hud:61)
Seminar Serantau Peradaban Islam 2018 Institut Islam Hadhari, UKM: 14-15 November 2018
349
Dalam pada itu, jika dilihat usahawan dari skop khilafah pula, individu tersebut perlu
melaksanakan tugas tersebut dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Ini kerana, usahawan
yang dianalogikan sebagai pemegang amanah bukan sahaja melaksanakan tugas tersebut untuk
mencari keuntungan dunia semata-mata tetapi juga akan bertanggungjawab di hari akhirat kelak.
Segala tindakan dan aktiviti yang diusahakan atas muka bumi ini akan dipersoalkan di hadapan
Allah S.W.T kelak. Penegasan ini dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam al-Qur’an iaitu:
Maksudnya: “Pada hari itu Kami tutup mulut mereka; kedua tangan mereka
memberitahu Kami, dan kaki mereka menjadi saksi terhadap apa yang mereka
telah usahakan.”
(Yasin:65)
Berasaskan ayat tersebut, Ibn Kathir (1980) mentafsirkan bahawa pada hari kiamat kelak
Allah S.W.T akan menutup mulut orang-orang kafir dan munafiq serta seluruh anggota akan
memberi keterangan terhadap perbuatan yang diusahakan di alam dunia.
Pada asasnya, jika dilihat usahawan dari skala konsep khilafah, sudah tentulah golongan
ini tertakluk kepada tuntutan fardu `ain dan juga fardu kifayah. Dalam memenuhi kehendak fardu
`ain, usahawan perlu berusaha untuk mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah S.W.T dengan
melaksanakan hak-hak yang perlu ditunaikan sebagaimana yang terangkum dalam konsep ibadah
sama ada yang wajib atau sunat. Ia perlu dilakukan dengan penuh pengharapan yang tinggi kepada
Allah S.W.T supaya dirinya sentiasa dirahmati dan diredai oleh PenciptaNya. Keimanan dan
keyakinan serta mempraktikkan apa yang dituntut oleh Allah S.W.T akan memberi implikasi yang
positif terhadap pembangunan jiwa, akal dan ruh para usahawan untuk menjadi individu muslim
dan mu’min yang menepati ajaran Islam yang syumul. Oleh yang demikian, apabila kesedaran ini
wujud dalam diri usahawan sudah pastilah setiap amalan dan tingkah lakunya akan terarah kepada
perkara kebajikan dan sentiasa menjauhkan diri dari perkara yang ditegah oleh Allah dan Rasul.
Menurut Fazlur Rahman (1974), dalam situasi inilah usahawan dapat membentuk satu
keperibadian yang terpuji hingga boleh dilabelkan sebagai ”insan yang mulia dan tertinggi”
sebagaimana yang diperihalkan oleh Islam.
Dalam urusan fardu kifayah pula, penglibatan individu utuk menjadi usahawan adalah
dianggap sebahagian daripada memenuhi tuntutan kefarduan tersebut.158 Keperluan fardu kifayah
yang dikategorikan sebagai tanggungjawab kolektif perlu dilaksanakan oleh umat Islam untuk
memelihara kepentingan dan kebajikan umat Islam. Tambahan lagi memperkasakan hal ehwal
perekonomian untuk kepentingan umat Islam adalah satu perkara yang penting. Justeru itu,
158 Lihat Mohd Farid Md Alias beliau memberi ulasan bahawa kusahawanan adalah aktiviti yang dapat memberi
faedah kepada masyarakat adalah sebahagian daripada tuntutan fardu kifayah. Lihat utusan online http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0612&pub=utusan_malaysia&sec=bicara_agama&pg=ba
_01.htm&arc=hive, bertarikh 20 Februari 2009. Capaian pada 20 Februari 2009.
Seminar Serantau Peradaban Islam 2018 Institut Islam Hadhari, UKM: 14-15 November 2018
350
individu yang memilih untuk menceburi bidang keusahawanan bertanggungjawab menguruskan
sumber alam ini untuk kesejahteraan masyarakat umum. Sebagai contoh, para usahawan muslim
perlu menjana idea secara kreatif dan berinovasi untuk merencana dan mengembangkan aktiviti
perekonomian umat Islam supaya ianya berkembang maju serta menjadi model kepada masyarakat
yang lain. Bertitik-tolak daripada kepentingan inilah usahawan yang berjaya sentiasa memikirkan
kebaikan dan kebajikan yang boleh disumbangkan kepada masyarakat. Ia sentiasa berusaha
mengatasi kelemahan masyarakat Islam khususnya dalam penguasaan bidang.ekonomi dan juga
penguasaan perdagangan umat Islam.
Sehubungan dengan itu, usahawan yang menepati konsep al-falah ialah individu yang
mengaplikasikan amalan keusahawanan berasaskan kepada kesedaran beragama159 yang
merangkumi komponen-komponen penting seperti akidah, syariah dan akhlak. Ketiga-tiga asas ini
menjadi paksi kepada proses operasi dan aktiviti keusahawanan yang diusahakan mereka. Apa
sahaja amalan atau pekerjaan yang diusahakan tidak boleh dijuzukkan secara berasingan160 dengan
keperluan asas tersebut. Atas kesedaran dan keyakinan kepada asas-asas yang dinyatakan ini maka
wujudnya konsep halal dan haram serta dosa dan pahala yang menjadi garis panduan yang jelas
kepada para usahawan berkaitan dengan perkara yang diharuskan dan juga ditegah. Asas
pertimbangan ini dilihat sebagai keperluan penting kepada golongan usahawan supaya tidak
terlibat dengan sebarang bentuk aktiviti yang berpotensi mendatangkan kesan kefasadan dan juga
bertentangan dengan objektif syara`. Dengan kata lain, segala urusan yang dilakukan oleh setiap
manusia perlu menjauhi unsur-unsur yang boleh merosakkan fungsi akal, jiwa dan ruh manusia
kerana perbuatan tersebut boleh mengundang dan membuka pintu-pintu kesyirikan dan kekufuran.
Oleh yang demikian, setiap tindakan usahawan yang bersandarkan kepada kesedaran
beragama akan meninggalkan kesan yang cukup mendalam terhadap diri mereka. Kesedaran ini
tercetus disebabkan apa sahaja bentuk tindakan, pemikiran dan perancangan yang bertentangan
dengan ketentuan agama maka sudah tentulah berlakunya pelanggaran terhadap tuntutan syara`.
Justeru itu, usahawan yang berjaya sentiasa berhati-hati dalam sebarang urusan yang dilakukan
disebabkan keyakinannya mematuhi tuntutan ajaran agama yang melibatkan pahala dan dosa serta
159 Petunjuk kepada keperluan kesedaran agama ini diperlihatkan contoh oleh Nabi Muhammad S.A.W sebagai
seorang utusan Allah dan juga dalam contoh yang lain sebagai seorang pengusaha yang berjaya. Baginda telah
meletakkan asas keagamaan sebagai intipati kepada aktiviti keusahawanan baginda. Baginda S.A.W juga telah
berjaya meletakkan aspek ketuhanan sebagai tunjang kepada kekuatan aktiviti yang dilakukan di samping
menunjukkan contoh usahawan berjaya yang menepati konsep al-falah. Lihat Muhammad Syafi`i Antonio (2008)
Muhammad The Super Leader Super Manager, h: 77-95. Lihat Ismail Noor (1999) Prophet Muhammad’s Leadership
The Paragon of Excellence Altruistic Management: A Cross Application to Modern Management and Leadership
Practice, h: 32-50. 160 Untuk memahaminya lihat keterangan al-Imam Abu Zahrah, beliau menyatakan bahawa syari`at Islam tidak boleh
dilihat sebagai satu sistem yang terpisah dengan keperluan manusia. Sesiapa yang melihat sebaliknya jelaslah ia tidak
memahaminya sebagaimana yang dikehendaki oleh syara`. Lihat Muhammad Abu Zahrah (1960) Fi Tarikh al-
Madhahib al-Fiqhiah, h: 25.
Seminar Serantau Peradaban Islam 2018 Institut Islam Hadhari, UKM: 14-15 November 2018
351
halal dan haram. Ia bukan sahaja memastikan dirinya mematuhi peraturan tersebut tetapi juga
mempengaruhi pihak lain juga seperti keluarga dan juga para pekerjanya serta pengguna lain
umumnya untuk menghayati sepenuhnya perintah agama. Dengan kata lain, usahawan yang
berjaya lazimnya mempengaruhi persekitaran sekelilingnya dengan nilai-nilai yang dianjurkan
oleh Islam. Komitmen yang ditunjukkan oleh usahawan tersebut berasaskan kepada kesedaran dan
keyakinan yang tinggi terhadap ketentuan syari`at dan ketaqwaan terhadap Allah S.W.T. Para
usahawan yang mempunyai sifat sedemikian sentiasa berusaha, berbakti, dan membangunkan
institusi masyarakat sebagai wasilahnya untuk mendekatkan diri kepada Pencipta.
Natijahnya, cerminan usahawan berjaya dalam Islam adalah individu muslim yang berjaya
memenuhi tanggungjawabnya sebagai pemegang amanah sama ada tanggungjawabnya dengan
Allah sesama manusia dan juga makhluk ciptaan Allah yang lain. Ini kerana objektif kejayaan,
kebahagian dan keuntungan pada kerangka pemikiran usahawan muslim bukan hanya melihat
kepada ganjaran material secara tunggal semata-mata. Sebaliknya hasil usaha yang dilakukan
tersebut perlu mengikut lunas-lunas yang diizinkan oleh syara`. Ini kerana, setiap perlakuan yang
selari dengan tuntutan tersebut dihitung sebagai ibadah dan secara tidak langsung ia menjadi
bekalan yang bermanfaat untuk dibawa pada hari akhirat kelak. Memahami pengertian tersebut,
dapat dirumuskan bahawa keredaan dan kerahmatan daripada Allah S.W.T adalah matlamat
unggul yang perlu dicapai dan perlu dicari oleh setiap individu usahawan muslim. Pada
kemuncaknya, disitulah letaknya keberkatan yang menjanjikan kedamaian, ketenangan dan
kejayaan hakiki yang perlu dikejar oleh para usahawan. Kejayaan usahawan yang merangkumi
pengertian inilah disifatkan sebagai bersepadu dan menyeluruh kerana ianya diimbangi dengan
keuntungan yang dinikmati di dunia dan juga kejayaan yang bakal dikecapi di hari akhirat kelak.
Malah Islam memberi kebebasan sepenuhnya kepada manusia untuk membangunkan sistem
keusahawanan selagimana tindakan tersebut tidak mendatangkan kemusanahan, kerugian dan
penindasan sesama manusia (Yusuf al-Qaradawi, 1980).
Perkara ini telah dipersetujui oleh Barjoyai Bardai (2000) dengan menyatakan bahawa
usahawan berjaya adalah individu yang cemerlang dan mempunyai kebolehan yang istimewa
(Sudin Haron, 1990). Dengan kata lain, individu tersebut mempunyai keupayaan untuk
mengenalpasti peluang perniagaan dan mempunyai motivasi yang tinggi untuk mengeksploitasi
peluang ini mencipta sesuatu yang berdaya maju. Di samping itu, individu tersebut berjaya
menguruskan semua harta yang dimiliki Allah S.W.T dengan cara yang paling efektif. Ia perlu
disalur dan diuruskan dalam bentuk nilai tambah dalam pasaran untuk kepentingan umum
manusia. Atas kapasiti inilah usahawan digambarkan sebagai pemegang amanah ataupun
diistilahkan sebagai khalifah al-ard.
Seminar Serantau Peradaban Islam 2018 Institut Islam Hadhari, UKM: 14-15 November 2018
352
Refleksi Diri Usahawan dan Relevannya Dalam Institusi Masyarakat
Pada hakikatnya, Islam tidak bersifat pasif terhadap aktiviti keusahawanan yang berorientasikan
kepada keuntungan. Secara prinsipnya, aktiviti penjanaan harta itu sesuatu yang dituntut oleh
Islam kerana ia mempunyai nilai dari aspek ekonomi yang menjadi pra syarat kepada
pembangunan Negara. Meskipun begitu, dalam memenuhi usaha tersebut ia perlu dilaksanakan
dalam suasana order yang sihat dan tidak bercanggah dengan kepentingan umum. Atas keperluan
inilah, umat Islam dituntut untuk memenuhi kelompangan dari aspek fardhu kifayah, di mana
setiap usaha yang dilaksanakan dengan penuh komitmen adalah satu usaha yang terpuji dalam
mengangkat martabat umat Islam. Bahkan perkara tersebut merupakan sumbangan yang dianggap
sebagai ibadah.
Berdasarkan kepada ketentuan tersebut, Islam menyeru kepada umatnya untuk
menggembeleng daya usaha yang berkualiti dan berproduktif untuk merencanakan aktiviti
perekonomian. Dengan kata lain, amal usaha untuk mencapai al-falah dan menolak simptom al-
fasad adalah dituntut kepada setiap individu termasuk juga dalam aspek keusahawanan. Islam
memberi memberi penghargaan yang tinggi kepada usahawan al-falah. Golongan ini bukan hanya
berjaya dalam bidang yang diceburi tetapi juga merupakan individu yang berjaya di hari akhirat
kelak kerana kepatuhan mereka yang tinggi dalam urusan agama.
Setiap tindak-tanduk usahawan al-falah perlu diharmonisasikan dengan tuntutan
keagamaan. Atas keinsafan inilah, usahawan al-falah sentiasa memastikan setiap aktiviti yang
diusahakan bebas daripada unsur-unsur yang boleh memudaratkan pengguna. Prinsip ini dikenali
sebagai no injury principle ataupun dalam legal maxim perundangan Islam dikenali “la dara wala
dirar”. Pematuhan kepada prinsip ini adalah bertujuan untuk menghalang sebarang tindakan
menurut hawa nafsu dan bercanggah dengan faedah umum manusia. Sebagai contoh, seorang
pengusaha mendirikan sebuah kilang. Dalam usahanya memajukan kilang tersebut, beliau bukan
sahaja perlu mengambilkira keuntungan yang bakal diperolehi tetapi perlu juga memikirkan impak
kepada masyarakat sekeliling, alam sekitar dan sebagainya. Impak ini perlu dianalisis merentasi
sempadan kewilayahan, nasional, pekerjaan sosial dan sumbangan terhadap aktiviti keagamaan.
Umumnya, kejayaan hakiki yang diimpikan oleh setiap individu usahawan muslim iaitu
kejayaan, kebahagian, kerahmatan dan keredaan Allah S.W.T. Kejayaan yang dikecapi oleh
usahawan bukanlah dianggap sebagai nokhtah penamat dan kemuncak pencapaian dalam hidup.
Sebaliknya, sebagai individu usahawan al-falah, golongan ini perlu memikirkan obligasi-obligasi
lain yang perlu dilaksanakan atas kapasitinya sebagai seorang Muslim, mukmin dan muhsin.
Sebagai contoh, keperluan obligasi yang perlu dilaksanakan seperti obligasi terhadap tuntutan
agama, negara, kebajikan pekerja, keluarga dan masyarakat amnya.
Seminar Serantau Peradaban Islam 2018 Institut Islam Hadhari, UKM: 14-15 November 2018
353
Oleh yang demikian, indikasi kejayaan usahawan bukan hanya terletak kepada keuntungan
material semata-mata. Meskipun prestasi keuntungan dilihat antara sebagai matlamat utama dalam
sesuatu aktiviti yang diusahakan namun kealpaan dan pengabaian kepada unsur-unsur yang tidak
bersifat keuntungan material seperti nilai-nuilai kerohanian dan akhlak akan memberi impak
negatif terhadap personaliti usahawan yang bersifat holistik. Keghairahan usahawan
mengembangkan aktiviti perniagaannya yang tidak berteraskan kepada pertimbangan agama boleh
menimbulkan keburukan dalam institusi sosial dan boleh mencipta ketidakseimbangan dalam
pasaran ekonomi. Kesannya, sudah pasti terhadap pengguna. Tegasnya, amalan keusahawanan
yang dinspirasikan dengan nilai-nilai keagamaan akan melahirkan usahawan al-falah yang
beriman dan bertaqwa, berdaya saing, berinovasi dan kreatif serta memiliki semangat juang yang
tinggi untuk bersaing di peringkat global.
Kesimpulan
Secara prinsipnya, usahawan al-falah sentiasa bertaqwa kepada Allah S.W.T dan Rasul,
melaksanakan aktiviti muamalah pada sektor yang dihalalkan oleh syara` dan memenuhi
tanggungjawab secara berhemah sebagai khalifah al-ard. Malah usahawan Muslim juga perlu
menguasai ilmu-ilmu keusahawanan dan kemahiran-kemahiran yan berkaitan dengannya. Dengan
kata lain, setiap individu usahawan Muslim sentiasa berhat-hati dalam memelihara jaringannya
dengan Allah, sesama manusia dan alam sekitar. Asas-asas ini menjadi keunikan kepada usahawan
Muslim yang sentiasa beriltizam dengan ajaran Islam secara sempurna yang menjadi panduan
untuk mencapai kejayaan bukan sahaja di dunia tetapi juga berkesinambungan pada hari akhirat
kelak.
Keuntungan dan kejayaan yang dikecapi oleh usahawan bukanlah satu jaminan yang boleh
perlindungan keselamatan kepadanya pada hari akhirat kelak. Kejayaan yang menjadi matlamat
utama setiap individu Muslim bukanlah terletak terhadap peningkatan keuntungan angka yang
mengembirakan hatinya, sebaliknya ia terletak kepada nilai-nilai kebaikan yang jana dan
dikambangkan dan diterima sebagai amal solah di sisi Allah S.W.T. Golongan usahawan yang
dididik dengan kesedaran beragama, berakhlak dan berilmu akan menjadi golongan usahawan al-
falah yang bersifat professional seperti yang dituntut oleh Islam.
Rujukan
Abu Zahrah, Muhammad (1960). Fi Tarikh Al-Madhahib al-Fiqhiah. Kaherah: Matbaah al-
Madani.
Abul Hasan Muhammad Sadek (1991). Economic Growth in an Islamic Economy, dlm
Development & Finance in Islam. Selangor: Universiti Islam Malaysia.
Backer, Joel Arthur (2003., Paradigm: The Business of Discovering the Future. United States:
Harper Business.
Seminar Serantau Peradaban Islam 2018 Institut Islam Hadhari, UKM: 14-15 November 2018
354
Barjoyai Bardai (2000). Keusahawanan dan Perniagaan. Bahagian 1 & 2. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Drucker, Peter Ferdinand (1985). Innovation and Entrepreneurship: Practice and Principles.
London: Heinemann.
Eman Suherman (2008). Business Entrepreneur. Bandung: Alfabeta.
Fazlur Rahman (1974), Islam and Problem of Economic Justice. Pakistan: Islamic Research
Institue.
Ibn Kathir, `Imad al-Din Abi Fada’ Ismail ibn `Umar (1980). Tafsir Ibn Kathir. Beirut: Dar al-
Fikr.
Jamal, Muhammad `Abd Mun`im (1986), Mausu`ah al-Iqtisad al-Islami wa Dirasat al-
Muqaranah, jil. 1. Kaherah; Dar al-Kitab al-Misr.
Kuratko, Donald F. dan Hodgetts, Richard M. (2004). Entrepreneurship: Theory, Process,
Practice. Mason, Ohio: Thomson/South-Western.
Lambing, Peggy, A. dan Kuehl, Charles, R (2000). Entrepreneurship. Upper Saddle River, N.J:
Prentice Hall Inc.
Muhammad Nejatullah Siddiqi (1987). “Islamic Economic Thought: Foudations, Evaluation and
Needed Direction”, dalam AbulHasan M.Sadek, Ataul Huq Pramanik dan Nik Mustapha Hj
Nik Hassan (eds.), (Seminar Antarabangsa Ekonomi Islam pada 7-9 Julai 1987). Kuala
Lumpur: Universiti Islam Antarabangsa.
Muslim bin al-Hajjaj al-Qusyairi al-Nisaburi Abi al-Husayn (1981). Sahih Muslim. Istanbul: Cagri
Yayinlari.
Oswalid Timothy Edward (2018). Usahawan Belia Dalam Arus IR 4.0, dalam Sinar Harian
bertarikh 4.9.2018.
Qaradawi, Yusuf, al- (1980). Al-Halal wa al-Haram fi al-Islam. Kaherah: Maktabah Wahbah.
Sudin Haron (1990). Ke Arah Menjadi Usahawan Berjaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Timmon, Jeffery A. dan Spinelli, Stephen (2007). New Venture Creation, Entrepreneurship for
the 21st Century. Boston, Mass: McGraw-Hill.
Seminar Serantau Peradaban Islam 2018 Institut Islam Hadhari, UKM: 14-15 November 2018
355
Gerakan di Dunia Islam dan Kesannya Terhadap Masyarakat Melayu di Malaysia,
1957-2000
Siti Ruzana Ab Ghani*, Rahilah Omar, Azlizan Mat Enh & Russli Kamaruddin