1.0 PENGENALAN Tugasan ini merupakan salah satu refleksi pengajaran sepanjang tempoh praktikum dan pengalaman sepanjang musim tersebut. Terlebih dahulu kita berkenalan dengan definisi refleksi. Refleksi merupakan aktiviti mengkaji semula proses keberkesanan pengajaran yang telah dilakukan melalui renungan pengalaman dengan tujuan mempertingkatkan kemahiran guru. Refleksi ini dilakukan bagi mengetahui kekuatan dan kelemahan bagi pengajaran sepanjang tempoh praktikum. Oleh itu, tugasan ini mengaitkan pengalaman pengajaran dengan mencungkil isu isu yang sering timbul dalam proses pengajaran dengan – menambahbaikkan proses pengajarn dengan mencadangkan kaedah penyelesaian. Kaedah penyelesaian bagi isu isu yang timbul daripada – pengalaman mengajar akan melibatkan beberapa model dan teknik – teknik yang berkaitan. Dalam tugasan ini, refleksi yang dilakukan adalah berdasarkan beberapa aspek yang ditumpukan iaitu: i. Permulaan pengajaran ii. Perkembangan pengajaran iii. Pelaksanaan strategi/ kaedah dan kemahiran lain iv. Pengurusan bilik darjah. Seterusnya kita berkenalan dengan sepintas lalu tentang latar belakang sekolah dan juga bilangan, jenis kelas serta subjek yang saya peroleh dalam tempoh pengajaran sepanjang musim praktikum. Sekolah tersebut diberi nama Sekolah Menengah Kebangsaan Syahbandar Raya yang bertempat di daerah Klang, Selangor. Sekitar kawasan sekolah ini merupakan tempat penumpuan pendidikan kerana terdapat banyak sekolah di kawasan ini. Sekolah ini adalah sekolah baru yang ditubuhkan pada tahun 2003 dan menampung pelajar daripada tingkatan satu hingga tingkatan enam. Sekolah ini melibatkan dua sesi persekolahan iaitu sesi pagi bagi tingkatan tiga hingga enam dan sesi petang bagi tingkatan satu dan dua. Pihak pengurusan sekolah yang menguruskan kedatangan praktikum kami terdiri daripada Pengetua Sekolah iaitu Puan Hajjah Nor Akmal Binti Ismail, Penolong Kanan Sekolah iaitu Puan Hajjah Norhazian Binti Yusof, Penolong Kanan Hal Ehwal Muid iaitu Puan Hajjah Junaidah serta Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Tuan Haji Md Sehaimi. Hari pertama di sekolah kami melaporkan diri kepada individu individu ini dengan – 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1.0 PENGENALAN
Tugasan ini merupakan salah satu refleksi pengajaran sepanjang tempoh praktikum dan
pengalaman sepanjang musim tersebut. Terlebih dahulu kita berkenalan dengan definisi
refleksi. Refleksi merupakan aktiviti mengkaji semula proses keberkesanan pengajaran yang
telah dilakukan melalui renungan pengalaman dengan tujuan mempertingkatkan kemahiran
guru. Refleksi ini dilakukan bagi mengetahui kekuatan dan kelemahan bagi pengajaran
sepanjang tempoh praktikum.
Oleh itu, tugasan ini mengaitkan pengalaman pengajaran dengan mencungkil isu – isu
yang sering timbul dalam proses pengajaran dengan menambahbaikkan proses pengajarn
dengan mencadangkan kaedah penyelesaian. Kaedah penyelesaian bagi isu – isu yang timbul
daripada pengalaman mengajar akan melibatkan beberapa model dan teknik – teknik yang
berkaitan. Dalam tugasan ini, refleksi yang dilakukan adalah berdasarkan beberapa aspek
yang ditumpukan iaitu:
i. Permulaan pengajaran
ii. Perkembangan pengajaran
iii. Pelaksanaan strategi/ kaedah dan kemahiran lain
iv. Pengurusan bilik darjah.
Seterusnya kita berkenalan dengan sepintas lalu tentang latar belakang sekolah dan juga
bilangan, jenis kelas serta subjek yang saya peroleh dalam tempoh pengajaran sepanjang
musim praktikum. Sekolah tersebut diberi nama Sekolah Menengah Kebangsaan Syahbandar
Raya yang bertempat di daerah Klang, Selangor. Sekitar kawasan sekolah ini merupakan
tempat penumpuan pendidikan kerana terdapat banyak sekolah di kawasan ini. Sekolah ini
adalah sekolah baru yang ditubuhkan pada tahun 2003 dan menampung pelajar daripada
tingkatan satu hingga tingkatan enam. Sekolah ini melibatkan dua sesi persekolahan iaitu sesi
pagi bagi tingkatan tiga hingga enam dan sesi petang bagi tingkatan satu dan dua.
Pihak pengurusan sekolah yang menguruskan kedatangan praktikum kami terdiri daripada
Pengetua Sekolah iaitu Puan Hajjah Nor Akmal Binti Ismail, Penolong Kanan Sekolah iaitu
Puan Hajjah Norhazian Binti Yusof, Penolong Kanan Hal Ehwal Muid iaitu Puan Hajjah
Junaidah serta Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Tuan Haji Md Sehaimi. Hari pertama di
sekolah kami melaporkan diri kepada individu – individu ini dengan memperkenalkan diri
dan memohon kebenaran untuk menjalankan praktikum di sekolah ini.
1
Sepanjang di sekolah ini, pada permulaan tempoh praktikum saya diberi tanggungjawab
untuk mengajar tingkatan enam iaitu subjek Pengajian Perniagaan selama empat minggu.
Tetapi disebabkan masalah modul yang baru ditukarkan, saya diarahkan untuk mengajar
tingkatan empat iaitu subjek Perdagangan (4Rigel) dan Prinsip Perakaunan (4Bumi). Kelas
yang saya peroleh merupakan kelas yang kedua daripada sepuluh kelas bagi subjek
perakaunan dan kelas yang terakhir bagi subjek perdagangan. Terdapat pelbagai pengalaman
pahit manis yang saya dapat alami sepanjang di sini. Jadual yang diberi ini adalah jadual yang
disusun oleh penolong kanan sekolah iaitu Puan Hajjah Norhazian.
Dalam tempoh pengajaran pelajar tingkatan enam saya memperoleh guru pembimbing
daripada kalangan guru tingkatan enam iaitu Mrs Gelcheter Kaur A/P Jaswant Singh. Namun
setelah tukar ke aliran tingkatan empat saya diberi guru pembimbing yang baru dari kalangan
guru arus tingkatan empat. Guru pembimbing saya juga merupakan bekas graduan Universiti
Pendidikan Sultan Idris dan telah mempunyai pengalaman mengajar selama dua tahun di
Sekolah Menengah Syahbandaraya ini. Guru pembimbing saya ialah Mrs Ilaweni A/P
Romsamy.
Kita berkenalan pula dengan pensyarah yang menyelia praktikum saya, beliau merupakan
pensyarah Fakulti Pengurusan dan Ekonomi iaitu Dr Abdul Raheem Bin Mohamad Yusof.
Beliau merupakan pensyarah yang menyelia sepanjang prakrikum saya bersama kawan saya.
Sepanjang pratikum, penyelia datang menyelia sebanyak tiga kali iaitu pada awal praktikum,
pertengahan dan akhir praktikum. Kali pertama beliau datang melawat sekolah beliau
mengadakan sesi proses penyeliaan klinikal dan perbincangan iaitu beliau menerangkan
perkara yang akan dinilai dalam seliaan praktikum beliau. Kami turut diberi tip bagi
menjalankan proses pengajaran secara berkesan dan menarik. Seliaan seterusnya adalah
pencerapan proses pengajaran di dalam kelas.
Berikut adalah serba sedikit tentang pengenalan kepada sekolah, pengurusan sekolah,
guru pembimbing dan juga pengenalan kepada tugasan. Tugasan ini merupakan satu
penulisan ilmiah bagi menreflek kembali pengalaman pengajaran dengan mencari isu dan
masalah dalam empat aspek yang diberi. Isu ini akan dibincangkan dalam tugasan ini, serta
jalan penyelesaian bagi memperbaiki proses pengajaran kelak akan dihuraikan dengan
mengaplikasikan teori – teori yang berkait serta dapat membantu dalam mencapai objektif
pengajaran serta menjadikan pengajaran sebagai pengajaran yang berkesan.
2
2.0 KEJAYAAN SEMASA LATIHAN MENGAJAR
Sepanjang berada disekolah ini bersama beberapa guru praktikal lain, antara kejayaan yang
dapat dicapai sepanjang tempoh ini adalah:
2.1 Projek Sekolah Penciptaan Mural
Penciptaan mural oleh guru praktikal iaitu seramai empat orang termasuk saya sendiri
mencapai hasil yang sangat membanggakan. Mural ini direka dan dirancang oleh kami
sendiri dan tidak melibatkan penglibatan murid. Kejayaan penciptaan ini mendapat
penghargaan daripada sekolah kerana dapat menjayakan hasil mural yang sangat
membanggakan.
Penciptaan mural ini dibantu oleh guru penolong kanan kokurikulum dengan
mendapatkan khidmat nasihat dan juga cadangan daripada beliau. Kami diberi tembok atau
dinding yang sangat besar untuk mencurahkan idea kreatif kami dalam penghasilan mural ini.
Ternyata pengorbanan kami tidak sia – sia kerana kami diberi sijil penghargaan daripada
pihak sekolah dan juga penghasilan mural kami membantu sekolah mendapat naib johan bagi
pertandingan Lorong PPDa (Pendidikan Pencegahan Dadah).
Lorong PPDa merupakan sub induk PPDa dalam merancang dan membuat tindakan.
Ianya juga bertindak sebagai laluan atau lorong yang menyampaikan maklumat dan
memberikan kesedaran anti dadah dan rokok. Lorong ini dipenuhi dengan mural dan poster
serta bahan lain yang dipamerkan sepanjang lorong sekolah bagi memberi kesedaran kepada
orang ramai tentang bahayanya dadah. Oleh itu, ianya menyediakan pelbagai rujukan dan
maklumat PPDa yang lengkap berbentuk kempen kepada para pelajar, guru, ibu bapa dan
agensi luar serta komuniti setempat.
Dalam usaha membantu penghasilan
mural ini, kami juga diberi cenderahati daripada
pihak sekolah kerana menyumbangkan tenaga
dalam menghasilkan mural ini. Projek ini
merupakan salah satu kejayaan yang bermakna
bagi kami sebagai guru praktikal di sekolah ini.
Kami turut terasa terharu kerana kerja kami
dihargai oleh pihak sekolah.
3
Projek ini mengambil masa yang lama iaitu selama tiga minggu berturut – turut. Hal
ini kerana kami tidak dibenarkan meminta pertolongan pelajar disebabkan pelajar terlibat
dengan peperiksaan pertengahan. Namun penat dan juga pegorbanan kami mendatangkan
hasil yang sangat membanggakan.
Peringkat permulaan penciptaan mural
melibatkan proses memilih gambar yang
sesuai, mengukur tembok atau dinding
dan melakar gambar tersebut. Seterusnya
proses mewarna mural, proses ini
mengambil masa yang agak lama kerana
proses ini melibatkan pewarnaan yang
berlapik dengan melibatkan tona warna
yang berbeza bagi mendapatkan hasil gambaran mural seperti gambaran sebenar.
Kami tumpukan kepada gambar
utama dahulu, seterusnya kami
mewarnakan latar belakang mural kami.
Akhir sekali kami tumpukan kepada
menyampaian kata – kata yang
bermakna dan membawa maksud supaya
dapat memotivasikan serta dapat
mewujudkan kesedaran dalam kalangan
pelajar dengan menyelitkan sajak ‘ Guru Oh Guru’ yang dipetik dari sajak yang dicipta oleh
Osman Awang. Di sini saya sertakan beberapa gambar yang membuktikan kejayaan kami ini.
4
2.2 Kendalikan Senamrobik 1 Malaysia
Dalam pengendalian senamrobik 1Murid 1Sukan ini kami menjadi instruktur atau
penunjuk cara kepada pelajar – pelajar di atas pentas. Senamrobik ini diadakan sempena
menyambut pelancaran 1Murid 1Sukan yang diadakan serentak seluruh negara. Senamrobik
ini dijalankan serentak seluruh negara pada 10 julai 2012. Kita berkenalan dengan latar
belakang Senamrobik 1Murid 1Sukan secara ringkasnya. YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin
Bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia telah
menyempurnakan pelancaran dasar 1Murid 1Sukan pada 02 Julai 2011.
Dasar 1Murid 1Sukan ini
diwujudkan supaya kegiatan
sukan di sekolah disemarak dan
diperkasakan. Sehubungan itu,
pelbagai program telah dan
sedang dilaksanakan untuk merealisasikan dasar tersebut bermula di peringkat sekolah hingga
ke peringkat kebangsaan.Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia sebagai
kesinambungan kepada pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Senamrobik serentak ini dijangka
akan mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai “Largest
Simultaneous Participation of School Students In An Aerobic Session”. Secara keseluruhan
senamrobik akan disertai oleh sekurang-kurangnya 4.5 juta murid, guru dan warga KPM.
Berikut merupakan serba sedikit informasi tentang program yang dijalankan. Dalam
penglibatan kami dalam
mengendalikan senamrobik ini,
sebagai instruktur kami mengambil
masa selama beberapa minggu
untuk berlatih bagi
menyempurnakan tugas kami
5
sebagi tunjuk cara kepada pelajar. Kami berjaya mengendalikan senamrobik ini dengan
latihan yang konsisten dan dapat menjalankan tugas dengan baik dalam penglibatan kami ini.
Kami turut diberi sijil perghargaan kerana telah terlibat dan menjayakan program Senamrobik
1Murid 1Sukan tersebut. Kami sangat berbangga kerana berjaya mengendalikan program ini
dengan jayanya.
3.0 ISU DAN PENYELESAIAN
Dalam sub topik ini, isu – isu yang dapat dicungkil daripada pengalaman mengajar sepanjang
tempoh praktikum yang dapat dicungkil akan dibincangkan. Ini merupakan langkah refleksi
dan memberi jalan penyelesaian terhadap isu – isu yang timbul sepanjang pengalaman
praktikum ini.
3.1 Permulaan Pengajaran
Menurut Mook Soon Sang (1992) pemulaan pengajaran atau set induksi merupakan
permulaan sesuatu proses pengajaran yang bertujuan untuk membina aliran fikiran serta
menimbulkan minat murid. Bagi Moore (1989) pula, permulaan pengajaran merupakan satu
kreativiti yang dilakukan pada permulaan pengajaran untuk membangkitkan minat pelajar.
Dapat kita ringkaskan di sini bahawa, permulaan pengajaran merupakan apa jua idea yang
mendorong pelajar, menarik minat pelajar untuk memberi perhatian dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
Dalam perbincangan permulaan pengajaran ini terdapat dua isu yang sering dihadapai
oleh guru dan juga turut dihadapi oleh saya semasa musim praktikum. Seterusnya jalan
penyelesaian atau kaedah bagi mengatasi isu tersebut. Dari segi definisinya, permulaan
pengajaran dilihat mudah untuk dilaksanankan. Namun bak kata pepatah ‘Rata di Luar,
Runcing di Dalam’ iaitu nampak mudah luarannya tetapi sukar pada kenyataanya bagi
melaksanakan permulaan pengajaran yang berkesan dan mampu menarik perhatian semua
pelajar untuk belajar di dalam kelas. Antara isu yang dihadapi dalam permulaan pengajaran
semasa tempoh praktikum adalah:
i. Permulaan Pengajaran Tidak Berkesan
Isu yang wujud:
Isu ini wujud kerana beberapa faktor yang menyebabkan permulaan pengajaran atau
set induksi menjadi tidak berkesan. Antaranya ialah aktiviti yang dijalankan tidak
6
menarik, masa yang tidak mencukupi dan bahan yang digunakan tidak menarik. Dalam
tempoh praktikum, faktor utama yang meyumbang kepada kegagalan permulaan
pengajaran ialah aktiviti dan bahan yang tidak menarik. Kebiasaannya guru di sekolah
akan melakukan set induksi berbentuk mengingat semula tajuk yang dipelajari minggu
lalu.
Hal ini menyebabkan pelajar menjadi tidak tertarik dengan proses pengajaran dan
pembelajaran tersebut. Oleh kerana guru sering menggunakan set induksi yang sama
setiap hari, matlamat set induksi tidak akan dapat dicapai. Pelajar akan menjadi bosan,
enggan mendengar dan enggan memberi perhatian serta tidak dapat memahami
pengajaran yang dilakukan pada waktu tersebut. Hal ini sangat bertentangan dengan
tujuan dan matlamat permulaan pengajaran yang dilakukan. Oleh itu, kaedah
penyelesaian sangat diperlukan bagi memperbaiki proses permulaan pengajaran ini.
Kaedah penyelesaian:
Dalam menyelesaikan isu permulaan pengajaran yang tidak berkesan disebabkan
aktiviti dan bahan pengajaran yang tidak menarik, terdapat dua strategi permulaan
pengajaran yang dapat digunakan iaitu ‘strategi untuk memotivasikan atau menfokuskan
pelajar’ serta ‘strategi yang membantu pelajar melihat hubungan antara pembelajaran
dengan pengetahuan dan kemahiran baru’. Namun begitu, strategi pertama adalah lebih
menarik dan lebih berkesan iaitu strategi untuk memotivasikan atau menfokuskan pelajar.
Antara idea dalam strategi ini, adalah menggunakan idea dan aktiviti yang kreatif dalam
set pemerolehan perhatian yang berkait dengan pengajaran untuk mengumpan minat
pelajar dalam mendengar dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Contohnya,
jenaka, cerita, muzik, video, gambar dan lain – lain.
Dalam penyelesaian isu ini, saya menggunakan idea yang kreatif dalam membentuk
aktiviti bagi set induksi. Aktiviti yang saya jalankan melibatkan aktiviti jenaka dengan
menggunakan lukisan. Hal ini untuk menarik perhatian pelajar dan secara langsung
memupuk minat pelajar dan mewujudkan rasa ingin tahu dalam diri pelajar. Aktiviti
induksi saya melibatkan lukisan yang dilukis dan teka – teki jenaka dalam pelbagai
bentuk yang dapat menarik minat pelajar. Idea kreatif ini iaitu aktiviti teka – teki jenaka
berbekalkan bahan lukisan, dapat mewujudkan minat dan menggalakkan pelajar untuk
berfikir di luar kotak ataupun berfikiran secara kreatif.
7
Seterusnya turut memupuk nilai dalam diri pelajar. Seperti yang telah dibincangkan,
penggunaan aktiviti yang sama iaitu aktiviti mengingat kembali pembelajaran lalu oleh
guru bagi set induksi merupakan punca kegagalan mencapai matlamat set induksi.
Aktiviti seperti ini merupakan aktiviti yang berasaskan hafalan dengan menggunakan otak
kiri sahaja. Pembelajaran yang berkesan adalah pembelajaran yang melibatkan
keseimbangan pemikiran dari otak kiri dan otak kanan.
Ornstein (1997) mendapati jika otak kanan dan otak kiri berkerjasama, maka hasilnya
akan memberikan prestasi pemikiran yang lebih baik. Dalam pengajaran dan
pembelajaran, guru digalakkan untuk menyeimbangkan aktiviti otak kiri dan otak kanan
bagi membantu keberkesanan pengajaran. Berbincang tentang otak dan pemikiran otak
kiri dan kanan, Teori Otak Hoka Hoki dapat membantu menjelaskan tentang pemikiran
otak ini. Menurut Dr. Roger Sperry dalam Teori Hoka Hoki yang diciptanya, otak
manusia terbahagi kepada dua hamisfera iaitu otak kanan dan otak kiri dan mempunyai
pemikiran yang berbeza seperti dalam rajah berikut.
Oleh itu, penggunaan idea dan aktiviti yang kreatif dalam induksi dapat
menyeimbangkan pemikiran otak kiri dan kanan. Pemikiran kreatif ini perlu diterapkan
dalam permulaan pengajaran supaya dapat meningkatkan prestasi pemikiran pelajar.
Secara tidak langsung dapat memupuk minat pelajar dan dapat menarik perhatian pelajar