1 ( THE WORTH OF CHARACTER ) Ketinggian peribadi mencerminkan harga diri seseorang. Antara petunjuk adalah tutur kata yang sopan dan tingkah laku yang menyenangkan mata memandang. Keikhlasannya juga nyata, bukan dibuat-buat. Sekalipun dia menduduki tempat sebagai ketua dalam sesuatu organisasi, dia tidak angkuh; boleh menegur dan ditegur. Maruah orang bawahannya sentiasa dipelihara. SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK TINGKAHLAKU YANG KURANG SOPAN KEIKHLASAN DAN TIDAK ANGKUH
19
Embed
SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING ... - …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2224/Ketinggian... · 2 Setiap manusia mempunyai karakter, sifat dan keperibadian yang berbeza.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
( THE WORTH OF CHARACTER )
Ketinggian peribadi mencerminkan harga diri seseorang. Antara petunjuk
adalah tutur kata yang sopan dan tingkah laku yang menyenangkan mata
memandang. Keikhlasannya juga nyata, bukan dibuat-buat. Sekalipun dia
menduduki tempat sebagai ketua dalam sesuatu organisasi, dia tidak
angkuh; boleh menegur dan ditegur. Maruah orang bawahannya sentiasa
dipelihara.
SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
TINGKAHLAKU YANG KURANG SOPAN KEIKHLASAN DAN TIDAK ANGKUH
2
Setiap manusia mempunyai karakter, sifat dan keperibadian yang berbeza.
Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Anak yang lahir kembar
“identical” pun pasti memiliki sifat dan “character” yang tidak sama.
Walaupun dengan keperibadian, sikap dan watak berbeza, kita dituntut
menghiasi diri dengan sifat serta keperibadian terpuji agar dengan itu kita
dapat bergaul dengan orang lain dalam pelbagai situasi.
“Your beliefs become your thoughts,
Your thoughts become your words,
Your words become your actions,
Your actions become your habits,
Your habits become your values,
Your values become your destiny.”
Mahatma Gandhi
3
TONGGAK 12 TONGGAK NOMBOR 5 : KETINGGIAN PERIBADI
Amalan Positif (OK) Amalan Negatif (KO) o Teguh beriman dan bertakwa dalam setiap
tindakan
o Menyempurnakan tugas dengan amanah
o Bersifat ikhlas dalam menjalankan
tanggungjawab
o Berilmu dan berpengetahuan luas
o Mengutamakan keadilan dalam setiap
perbuatan
o Sedia berkorban
o Berlumba-lumba membuat kebajikan
o Kemas dalam pakaian, pemikiran dan tindakan
o Bersifat penyayang
o Bersifat sabar dan teguh menghadapi cabaran
o Bertimbang rasa tetapi tegas
o Bersopan santun serta sederhana dalam
kelakuan
o Taat setia dan patuh kepada arahan
o Bersyukur dan menghargai kebaikan
o Bersih daripada sifat dengki
o Berani dan berpendirian teguh
o Bertanggungjawab dan sedia berbakti
o Jimat cermat dalam segala aspek
o Tertib dan baik budi bicara
o Cergas dan cekap dalam menjalankan tugas
o Cekal menghadapi cabaran
o Bekerjasama dan saling hormat-menghormati
o Selalu berpura-pura dalam tindakan
o Bersikap sombong dan suka menunjuk-tunjuk
o Sukar untuk membuat kebajikan
o Suka mengumpat dan menfitnah rakan sejawat
o Tamak dalam mengejar pangkat dan
kedudukan
o Gopoh dalam setiap tindakan
o Mengampu untuk mendapat pujian
o Mungkir janji
o Suka menghina dan meremehkan usaha orang
lain
o Pemarah dan tidak sabar
o Khianat dalam menjalankan tugas
o Berdendam serta hasad dengki
o Bersungguh-sungguh mempertahankan
kelemahan dan keburukan diri
o Suka membangkang tanpa cadangan untuk
memperbaikinya
o Mementingkan diri sendiri
o Lembab dan malas berusaha
o Pengotor dan selekeh dalam kehidupan
o Tidak boleh dipercayai dan tidak amanah
o Tidak bertimbang rasa dan mementingkan diri
o Suka membuat janji palsu
o Bersikap birokratik dan autokratik dalam
membuat keputusan
o Percaya pada perkara tidak masuk akal
o Menfitnah orang lain
o Suka mengintip salah silap orang
o Tidak ada pendirian tetap
o Tidak berdisiplin
4
SIFAT KETINGGIAN PERIBADI
Antara sifat ketinggian peribadi seseorang ialah:
(i) Bersopan santun
(ii) Amanah
(iii) Saling hormat-menghormati
(iv) Sedia membantu.
Sebaliknya, kerendahan peribadi dapat diukur, antara lainnya, dari
perbuatan suka mencari kesalahan orang lain, tidak amanah,
menyalahgunakan kedudukan dan tidak ikhlas dalam segala
tindak-tanduknya.
Values aren't buses... They're not supposed to get
you anywhere. They're supposed
to define who you are.
Jennifer Crusie
5
Peribadi seseorang ialah “the total personility” – wataknya, sikapnya,
perilakunya dan gaya dia membawa diri dalam pergaulan sesama manusia,
baik di rumahnya sendiri, di dalam organisasinya dan di dalam masyarakat
umum.
Pengalaman hidup biasanya membina watak. Namun watak sahaja tidak
cukup untuk membentuk satu peribadi yang baik. Sikap yang positif dan
terbuka membantu seseorang meningkatkan peribadinya ke tahap yang
lebih tinggi. Perilaku atau pekerti yang penuh adab dan sopan santun turut
mewarnakan peribadi.
6
Selain itu, gaya yang segak, kemas dan bersih menambahkan lagi hiasan
luaran peribadi. Sifat dalaman seseorang itu perlu tenang, bercakap belas
kasihan tetapi tegas beramah mesra, berdisiplin dan pemaaf terhadap
kesalahan orang lain. Ketinggian peribadinya akan dilihat sebagai contoh
seseorang yang berjiwa besar dan berakhlak tinggi.
Extend to each person, no matter how trivial the
contact, all the care and kindness and
understanding and love that you can muster, and do