Program Kelestarian Masa Depan 2014 Mac 2014 KERTAS KERJA PROGRAM KELESTARIAN MASA DEPAN SESI 2013/2014 TARIKH 13-15 MAC 2014 TEMPAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI BALIK PULAU ANJURAN PERSATUAN MAHASISWA PULAU PINANG ( PMPP) DENGAN KERJASAMA PERSATUAN MAHASISWA PERLIS DARUL SUNNAH (PERSADA) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TEMA "PERMUAFAKATAN SATU SEJAGAT"
22
Embed
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI BALIK PULAU · PDF file3.7 Melatih pelajar secara amali melaksanakan tugas mendidik dan berbakti kepada pelajar-pelajar di sekolah bagi mengasah daya
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Program Kelestarian Masa Depan 2014
Mac 2014
KERTAS KERJA
PROGRAM KELESTARIAN MASA DEPAN
SESI 2013/2014
TARIKH
13-15 MAC 2014
TEMPAT
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI BALIK PULAU
ANJURAN
PERSATUAN MAHASISWA PULAU PINANG ( PMPP) DENGAN KERJASAMA
PERSATUAN MAHASISWA PERLIS DARUL SUNNAH (PERSADA)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
TEMA
"PERMUAFAKATAN SATU SEJAGAT"
Program Kelestarian Masa Depan 2014
Mac 2014
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
KERTAS KERJA
KEM KELESTARIAN MASA DEPAN 2014
PERSATUAN MAHASISWA PULAU PINANG [PMPP] DENGAN KERJASAMA
PERSATUAN MAHASISWA PERLIS DARUL SUNNAH (PERSADA)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan
kewangan dari Pihak Jabatan Perkhimatan Pelajar (JPPel) bagi Kem Kelestarian Masa
Depan yang akan diadakan pada Mac 2014 anjuran Persatuan Mahasiswa Pulau Pinang
[PMPP] dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Perlis Darul Sunnah (PERSADA) Universiti
Kebangsaan Malaysia. Program berbentuk khidmat masyarakat ini di harap dapat mencapai
objektif yang dikehendaki dengan sokongan daripada Pihak Jabatan Perkhimatan Pelajar
(JPPel).
2.0 PENGENALAN
Persatuan Mahasiswa Pulau Pinang dan Persatuan Mahasiswa Perlis Darul Sunnah
merupakan antara persatuan yang berada di bawah naungan Persatuan Anak Negeri
Universiti Kebangsaan Malaysia. Kedua-dua persatuan anak negeri ini telah bekerjasama
untuk mengadakan satu program yang dinamakan Program Kelestarian Masa Depan 2014.
Program ini dijalankan untuk para pelajar di sekolah menengah bagi menyuntik
semangat dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar. Program ini juga betujuan
untuk melahirkan generasi belia yang berwawasan, seterusnya melahirkan bakal pelajar yang
berjaya dengan menerapkan nilai-nilai disiplin dan moral sahsiah untuk pembangunan
kendiri.
Program ini juga dianjurkan bagi meneruskan tradisi program yang menerapkan
nilai-nilai seorang pemimpin dan memberi pengalaman yang berguna kepada pelajar-pelajar
baru khususnya ahli jawatankuasa yang terlibat secara langsung dalam program ini. Selain itu
Program Kelestarian Masa Depan 2014
Mac 2014
program ini juga dijalankan bagi membantu pelajar terutamanya dalam membuat persediaan
akhir bagi menghadapi peperiksaan disamping memotivasikan diri mereka dengan memberi
kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan pelajaran masa ini serta memotivasikan
mereka supaya meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi selepas tamat pelajaran.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Memperkukuhkan tali persaudaraan dan menyemai nilai silaturrahim yang erat
dan tinggi dalam kalangan mahasiswa dan generasi baru/belia.
3.2 Mewujudkan kerjasama antara ahli Persatuan Mahasiswa Pulau Pinang
[PMPP] dan ahli Persatuan Mahasiswa Perlis Darul Sunnah [PERSADA].
3.3 Mendedahkan pelajar di sekolah kepada strategi pembelajaran yang lebih
efektif dan efisien seterusnya lebih menyeronokkan.
3.4 Memberi peluang kepada pelajar membina kemahiran interpersonal dan
berkomunikasi melalui Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dianjurkan
bersama.
3.5 Mendedahkan pelajar kepada strategi dalam menghadapi perubahan corak
kehidupan.
3.6 Membantu negara dan pihak universiti dalam membentuk sahsiah dan peribadi
mulia dalam kalangan mahasiswa khususnya dalam aktiviti kesukarelawanan
dan kebajikan.
3.7 Melatih pelajar secara amali melaksanakan tugas mendidik dan berbakti
kepada pelajar-pelajar di sekolah bagi mengasah daya kepimpinan
mahasiswa/i.
3.8 Melahirkan bakal-bakal graduan yang bukan sahaja cemerlang dari segi
sebaliknya pembangunan sahsiah yang tinggi.
3.9 Dapat menyempurnakan jam kredit bagi sistem kokurikulum pelajar
berdasarkan kontak pembelajaran.
4.0 TEMA
" PERMUAFAKATAN SATU SEJAGAT ''
Program Kelestarian Masa Depan 2014
Mac 2014
5.0 ANJURAN
Persatuan Mahasiswa Pulau Pinang [PMPP] dengan Kerjasama Persatuan Mahasiswa Perlis
Darul Sunnah [PERSADA] Universiti Kebangsaan Malaysia.
6.0 TARIKH
Program ini akan diadakan pada:
Tarikh : 13-15 Mac 2014
Hari : Khamis,Jumaat dan Sabtu
Masa : 3 hari 2 malam
6.0 TEMPAT
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Balik Pulau, Pulau Pinang
7.0 PENYERTAAN
Program ini melibatkan 36 orang peserta termasuklah ahli jawatankuasa program yang terdiri
daripada ahli-ahli dalam Persatuan Mahasiswa Pulau Pinang dan Persatuan Mahasiswa Perlis
Darul Sunnah.
Program Kelestarian Masa Depan 2014
Mac 2014
8.0 PERINCIAN PROGRAM
8.1 MOTIVASI DIRI : PERANAN MAHASISWA
Program ini akan membincangkan peranan pelajar di IPT supaya pelajar di situ
memahami maksud sebenar peranan dan bebanan seorang pelajar. Mereka akan
melakukan perbincangan dalam kumpulan, ditayangkan dengan persembahan
media dan melakukan aktiviti dalam kumpulan. Setiap aktiviti ini akan
dikendalikan oleh fasilitator yang terdiri daripada mahasiswa UKM.
8.2 MOTIVASI DIRI : ICE BREAKING, EKSPLORASI
Dalam aktiviti ice breaking dan ekplorasi, pelajar-pelajar ini akan dibahagikan
kepada beberapa kumpulan yang telah ditetapkan bersama fasilitator, kemudian
akan diberikan tugasan khas yang membina kerjasama antara ahli kumpulan
dalam meningkatkan kemahiran diri dan peningkatan ilmu pengetahuan.
8.3 MOTIVASI DIRI : MEMBINA KEYAKINAN INSAN
Aktiviti ini akan dijalankan secara berkumpulan di mana setiap mahasiswa dari
UKM akan bertindak sebagai fasilitator bagi setiap kumpulan. Setiap kumpulan
akan diminta untuk melakukan pembentangan yang akan menguji tahap
keberanian mereka dalam berkomunikasi di hadapan orang ramai. Kemahiran ini
amat penting untuk meningkatkan keyakinan dan keberanian mereka dalam
berhadapan dengan segala hal.
8.4 MOTIVASI DIRI : MEMBINA NILAI KREATIVITI DAN INOVASI
Dalam aktiviti ini, pembinaan dan pencetusan kepada nilai kreativiti akan diuji
dalam membantu mereka meningkatkan kreativiti dan inovatif dalam
menghasilkan sesuatu yang unik dan memberi manfaat kepada mereka misalnya
pada suatu hari nanti. Penjanaan idea sebegini amat penting supaya mereka
Program Kelestarian Masa Depan 2014
Mac 2014
mempunyai keyakinan diri untuk sentiasa maju kehadapan dan berfikir dengan
lebih kritis dalam memajukan diri dan masyarakat sekeliling pada suatu masa
nanti.
8.5 SOLAT HAJAT
Solat hajat akan diadakan bersama pelajar dan juga terdapat tazkirah untk
pengisian rohani para pelajar.
9.0 STRUKTUR ORGANISASI PROGAM
RUJUK LAMPIRAN A
10.0 TENTATIF PROGRAM
RUJUK LAMPIRAN B
11.0 BELANJAWAN
RUJUK LAMPIRAN C
12.0 PEJABAT URUSAN
Program Kelestarian Masa Depan 2014
Mac 2014
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat mengenai