Top Banner
SEKOLAH KEBANGSAAN PALU-PALU KUALA PENYU KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2014 PENDAHULUAN Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah adalah merupakan salah satu program tahunan sekolah. Kejohanan ini dirancang bagi mengisi program kokurikulum Sekolah Kebangsaan Palu-palu Kuala Penyu bagi Tahun 2014 MATLAMAT Pelaksanaan program seumpama ini adalah untuk mengembangkan potensi dan minat pelajar ke arah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Melalui penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti permainan dan olahraga di peringkat sekolah dan melalui pertandingan-pertandingan yang diadakan, membolehkan murid-murid mengimbangkan antara emosi, jasmani, intelek dan rohani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. OBJEKTIF : Adalah diharapkan program ini akan dapat : 2.1 Memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan bakat mereka ke tahap yang lebih optimum. 2.2 Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid-murid dalam gerakerja yang diceburi. 2.3 Melahirkan pelajar yang aktif dan berpotensi di dalam bidang kokurikulum. 2.4 Melahirkan pelajar yang berkeyakinan dan memantapkan diri untuk lebih berjaya dengan lebih cemerlang. 2.5 Pelajar yang aktif dan berpotensi akan dipilih dan dihantar mewakili sekolah ke kejohanan olahraga peringkat daerah. PELAKSANAAN :
13

SEKOLAH KEBANGSAAN PALU-PALU KUALA PENYU

Feb 21, 2023

Download

Documents

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: SEKOLAH KEBANGSAAN PALU-PALU KUALA PENYU

SEKOLAH KEBANGSAAN PALU-PALU KUALA PENYU

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2014

PENDAHULUAN

Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah adalah merupakan salah satuprogram tahunan sekolah. Kejohanan ini dirancang bagimengisi program kokurikulum Sekolah Kebangsaan Palu-paluKuala Penyu bagi Tahun 2014

MATLAMAT

Pelaksanaan program seumpama ini adalah untuk mengembangkanpotensi dan minat pelajar ke arah melahirkan insan yangseimbang dan harmonis. Melalui penglibatan pelajar dalamaktiviti-aktiviti permainan dan olahraga di peringkatsekolah dan melalui pertandingan-pertandingan yang diadakan,membolehkan murid-murid mengimbangkan antara emosi, jasmani,intelek dan rohani selaras dengan hasrat Falsafah PendidikanNegara.

OBJEKTIF :

Adalah diharapkan program ini akan dapat :

2.1 Memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkanbakat mereka ke tahap yang lebih optimum.

2.2 Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalanganmurid-murid dalam gerakerja yang diceburi.

2.3 Melahirkan pelajar yang aktif dan berpotensi di dalambidang kokurikulum.

2.4 Melahirkan pelajar yang berkeyakinan dan memantapkandiri untuk lebih berjaya dengan lebih cemerlang.

2.5 Pelajar yang aktif dan berpotensi akan dipilih dandihantar mewakili sekolah ke kejohanan olahragaperingkat daerah.

PELAKSANAAN :

Page 2: SEKOLAH KEBANGSAAN PALU-PALU KUALA PENYU

Kejohanan kali ini akan dilaksanakan bagi mempertandingkankategori antara rumah-rumah sukan. Sekolah akan mengadakanKejohanan Sukan Tahunan Tahun 2014 pada tarikh, masa danlokasi seperti di bawah ;

Tarikh : 13hb – 14hb November 2014

Masa : 8.00 pagi

Tempat : Padang Kampung Kitang Kuala Penyu

ACARA YANG DIPERTANDINGKAN :

1. Kategori rumah sukan yang dipertandingkan :

Kejohanan Sukan Tahunan ini disertai oleh 4 pasukan yangterdiri daripada semua murid-murid SK Palu-palu Kuala Penyu

Rumah Kuning Rumah Merah Rumah Biru

2. Acara sukan

Bil Acara Kategori1 Lari 50m (Individu) Lelaki2 Lari 50m (Individu) Perempuan3 Lari 75m (Individu) Lelaki4 Lari 75m (Individu) Perempuan5 Lari 80m (Individu) Lelaki6 Lari 80m (Individu) Perempuan7 Lari 80m (Individu) Berpagar Lelaki8 Lari 80m (Individu) Berpagar Perempuan9 Lari 100m (Individu) Lelaki10 Lari 100m (Individu) Perempuan11 Lari 100m (Individu) Lelaki12 Lari 100m (Individu) Perempuan13 Lompat Jauh (Individu) Lelaki14 Lompat Jauh (Individu) Perempuan15 Lompat Tinggi (Individu) Lelaki16 Lompat Tinggi (Individu) Perempuan

Page 3: SEKOLAH KEBANGSAAN PALU-PALU KUALA PENYU

17 Lontar Peluru (Individu) Lelaki18 Lontar Peluru (Individu) Perempuan

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA KUANTIT

I HARGA/UNIT JUMLAH(RM)

1. Kanopi 3 RM 30 x 3 = RM90 90.00

2. Hadiah / Medal Medal : Hadiah :RM482.60 482.60

3. Buku Program 120 RM 0.20 x 120 = RM24 24.00

4. Minuman Murid 50 RM 3 x 50 = RM150 150.00

5. Cenderamata Pasukan 3 RM 50 x 3

= RM150 150.00

6. Cenderamata VIP 1 RM 50 x 1

= RM50 50.00

7. Makan dan minum 25 RM 7 x 25 175.00

  Jumlah Keseluruhan

  1121.60

SUMBER KEWANGAN

1. Bantuan sukan sekolah RM257.602. Bantuan Sukan Tahunan Sekolah RM864

PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN

Pertandingan ini dianjurkan berdasarkan Undang-undangK.O.A.M dan Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-SekolahPerak. Walau bagaimanapun Jawatankuasa penganjur telahmenyesuaikannya mengikut keadaan, suasana danpersekitaran sekolah.

Page 4: SEKOLAH KEBANGSAAN PALU-PALU KUALA PENYU

Setiap pelajar hanya dibenarkan menyertai maksimum 3( tiga ) acara iaitu 2 ( dua ) acara individu dan 1( satu ) acara berkumpulan.

Semua peserta mestilah cukup sihat. JawatankuasaPenganjur tidak akan bertanggungjawab atas kemalanganatau kecederaan yang disebabkan oleh kesihatan yangkurang baik.

Jawatankuasa Penganjur tidak akan bertanggungjawab jikaberlaku kemalangan, kecederaan atau kehilangan hartabenda semasa pertandingan dijalankan.

Pembatalan :

Pelajar yang melanggar peraturan penyertaan akandibatalkan.

Peserta tidak harus mendapat sebarang pertolongan disepanjang penyertaan di dalam acara-acara yangdipertandingkan.

Peserta yang didapati mengganggu atau memintas denganmaksud melengahkan kederasan lawan, akan dibatalkanhaknya dari pertandingan ini, walaupun ia mendapattempat kedudukan.

Hadiah-hadiah :

Peserta yang mendapat kedudukan Johan, Naib Johan danTempat Ketiga akan mendapat hadiah yang berbentuk medaldi dalam setiap acara yang dipertandingkan.

Peserta yang menyertai acara sukaneka dan mendapatkedudukan Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga akanmendapat hadiah di dalam setiap acara yangdipertandingkan.

Olahragawan dan Olahragawati akan dipilih berdasarkanpencapaian keseluruhan individu dan berpasukan.Olahragawan dan Olahragawati akan menerima hadiahberbentuk cup dan hadiah iringan.

Johan keseluruhan bagi pertandingan kategori rumah-rumah sukan ialah berbentuk piala pusingan.

Bantahan :

Page 5: SEKOLAH KEBANGSAAN PALU-PALU KUALA PENYU

Semua bantahan hendaklah dikemukakan kepada Jemaah JuriRayuan secara bertulis dan hendaklah disertakan selepas15 minit keputusan diumumkan.

Keputusan Jemaah Juri Rayuan adalah muktamad.

PENUTUP

Adalah diharapkan program ini dapat memberi manfaat yangbesar sebagai satu persiapan bagi memantapkan daya kesukanandi kalangan pelajar sejajar matlamat dalam Pelan IndukPembangunan Pendidikan. Untuk melahirkan modal insanseimbang dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelek.Justeru itu, program ini akan dapat merintis jalan dalammenjayakan misi dan matlamat yang diharapkan.

“ MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Disediakan Oleh;

……………………………………HARUN BIN NASIRSetiausaha Sukan SK Palu-palu Kuala Penyu

Disemak oleh :

……………………………………………..PETER B. ATANGPenolong Kanan Kokurikulum SK Palu-palu Kuala Penyu

Disahkan Oleh;

………………………………………………MOHD SUHAIK BIN SIREH

Page 6: SEKOLAH KEBANGSAAN PALU-PALU KUALA PENYU

Guru Besar SK Palu-palu Kuala Penyu

AHLI JAWATANKUASA INDUK SUKAN SEKOLAH 2014

Penasihat :Guru Besar

En. Mohd Suhaik Bin Sireh

Pengerusi :Penolong Kanan Kokurikulum

En Peter B. Atang

Naib Pengerusi I : Penolong Kanan Pentadbiran

Pn. Isnani

Naib Pengerusi II :Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En Misti Dagang

Setiausaha :Harun Bin Nasir

Bendahari :

Page 7: SEKOLAH KEBANGSAAN PALU-PALU KUALA PENYU

Ketua Rumah Hijau:

Ketua Rumah Biru:

Ketua Rumah Kuning:

Ketua Rumah Merah:

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA SUKAN SEKOLAH 2014

Hakim Lontar Peluru:1.2.3.

Hakim Lompat Jauh:1.2.3.

Hakim Lompat Tinggi:1.2.3.

Penjaga Masa:1.2.3

Page 8: SEKOLAH KEBANGSAAN PALU-PALU KUALA PENYU

Pegawai pelepas:1.2.

Penangkap Pemenang:1.2.3.4.

Penyambut Tetamu:1.2.

Juri Bantahan:1.2.

Pencatat Papan Markah:1.2.

Urusetia / Pendaftaran / Sijil / Hadiah:1.2.3.4.

AJK Jamuan:

1.2.3.

AJK Peralatan:

1.

Page 9: SEKOLAH KEBANGSAAN PALU-PALU KUALA PENYU

2.3.4.

AJK Siaraya Dan P.A Sistem

1.2.

AJK Keselamatan / Disiplin/ Kebersihan / Kebajikan

1.2.

Juru Acara

1.2.

SEKOLAH KEBANGSAAN PALU-PALU,

PETI SURAT 88,89727 KUALA PENYU,

SABAH.

Page 10: SEKOLAH KEBANGSAAN PALU-PALU KUALA PENYU

Rujukan : XBA6317/800-1(37)Tarikh : 16HB OKTOBER 2014

Kepada:

Guru Besar,SK Palu-palu, Peti Surat 88,89727 Kuala Penyu,SABAH.

Tuan / puan,

PERMOHONAN PENGELUARAN DUIT KOKURIKULUM

Perkara di atas adalah dirujuk :

02. Seperti perkara di atas, berikut di sertakan KertasKerja Sukan Tahunan Sekolah bagi tujuan untuk memohonpengeluaran duit Kokurikulum sebanyak RM 1121.00.60

03. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah diharapkan.

Sekian terima kasih.

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Yang benar,

( PETER B. ATANG )Penolong Kanan Kokurikulum SK Palu-palu Kuala Penyu.

Sk- Fail

Page 11: SEKOLAH KEBANGSAAN PALU-PALU KUALA PENYU

Rujukan : XBA6317/800-1(20)Tarikh : 20HB OKTOBER 2014(Isnin)

Kepada :

Semua Guru dan Kakitangan Sokongan Sekolah SK Palu-palu, Kuala Penyu

Tuan/puan

JEMPUTAN MESYUARAT SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KALI KE 2 2014

Perkara di atas adalah dirujuk :

02. Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakanmesyuarat sukan tahunan sekolah kali ke 2 pada ketetapanberikut :

Tarikh : 16hb Oktober 2014 ( Khamis )Masa : 12.30 TengahariTempat : Bilik Mesyuarat SK Palu-palu Kuala Penyu

Agenda : 1. Ucapan Pengerusi 2. Pelantikan AJKKerja Sukan Tahunan Sekolah

3. Hal-hal Lain

03. Kehadiran tuan puan adalah diwajibkan. Kerjasama danperhatian daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapanribuan terima kasih.

Sekian terima kasih.

SEKOLAH KEBANGSAAN PALU-PALU,

PETI SURAT 88,89727 KUALA PENYU,

SABAH.

Page 12: SEKOLAH KEBANGSAAN PALU-PALU KUALA PENYU

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA” Yang benar,

( MOHD SUHAIK BIN SIREH )Guru Besar,SK Palu-palu Kuala Penyu.

Sk - Fail

SK PALU-PALU, PETI SURAT 88,89727 KUALA PENYU,

SABAH.

SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 2014

KERTAS KERJA

Page 13: SEKOLAH KEBANGSAAN PALU-PALU KUALA PENYU

ANJURAN :UNIT KOKURIKULUM SK PALU-PALU KUALA PENYU