SEKOLAH : __________________________________ PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TAHUN 6, 2016 BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN SK 011 MEI 1 ¼ jam Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini. 3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu. 4. Ceraikan Bahagian B daripada kertas soalan ini. Kertas ini mengandungi 7 halaman bercetak di Bahagian A dan 8 halaman bercetak di Bahagian B. 0 1 1 SULIT NAMA : TAHUN : LOGO SEKOLAH
15
Embed
SEKOLAH - gurubesar.my fileSoalan 13 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 13 I Mak Wok melatah sebaik sahaja nenek mencolok pinggangnya. II Datuk menggunakan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
SEKOLAH : __________________________________
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
TAHUN 6, 2016
BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN SK 011
MEI
1 ¼ jam Satu jam lima belas minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.
2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.
3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan
D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas
jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda
yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.
4. Ceraikan Bahagian B daripada kertas soalan ini.
Kertas ini mengandungi 7 halaman bercetak di Bahagian A dan 8 halaman bercetak di Bahagian B.
0 1
1
2
SULIT
NAMA :
TAHUN :
LOGO SEKOLAH
BAHAGIAN A
[20 markah]
Soalan 1 hingga 13
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 “__________ sudah laksanakan titah tuanku,” sembah Bendahara Tun Perak kepada Sultan
Melaka.
A Beta
B Dia
C Patik
D Hamba
2 Jutawan itu kelihatan __________ apabila dilihat memaki hamun pekerja kawasan parkir
kenderaan berhampiran premis perniagaannya.
A peramah
B angkuh
C sangsi
D baik
Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.
3 Puan Qistina berjalan ke bilik guru sambil __________ failnya.
A memegang
B membimbit
C mengelek
D menjinjing
2
4 Konvensyen itu akan dihadiri oleh beberapa orang __________ dari beberapa buah negara
Asia Tenggara.
A kenamaan
B ternama
C dinamakan
D bernama
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.
5 Bibi sedang __________ ayam yang sudah diperap menggunakan sebuah ketuhar yang baru
dibeli.
A menggoreng
B mengukus
C memasak
D memanggang
6 Gadis ayu itu berjalan dengan lenggang-lenggok sambil memegang __________ payung.
A sebatang
B sekaki
C selaras
D sebuah
7 Kakak membakar ____________ ubat nyamuk di dalam kamarnya kerana tidak tahan
dengan gigitan nyamuk.
A selingkar
B segelung
C segulung
D sekeping
3
8 Ibu leka menonton televisyen __________ terlupa untuk menyediakan hidangan makan
malam.
A maka
B manakala
C tetapi
D hingga
9 Para peserta kem motivasi itu dibahagikan ____________ dua kumpulan dan aktiviti
dijangka berlanjutan ____________ lewat petang.
A kepada ... hingga
B kepada ... sejak
C ke ... hingga
D pada ... sejak
10 Perasaan ____________ secara tidak langsung akan hilang apabila kita dapat menceriakan
suasana.
A huru-hara
B kacau-bilau
C gundah-gulana
D remuk-redam
11 Cikgu Fiza disayangi oleh murid-muridnya kerana beliau tidak pernah ____________
terhadap mereka.
A buruk siku
B serkap jarang
C pilih kasih
D panjang tangan
12 Persahabatan Syahmi dan Aiman bagai ____________ kerana mereka saling bekerjasama
dan membantu antara satu sama lain.
A isi dengan kuku
B aur dengan tebing
C langit dan bumi
D enau dalam belukar
4
Soalan 13
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
13 I Mak Wok melatah sebaik sahaja nenek mencolok pinggangnya.
II Datuk menggunakan galah untuk mencolok buah rambutan.
III Pakaian yang mencolok mata tidak dibenarkan bagi kakitangan awam.
IV Pasukan keselamatan terpaksa mencolok di kawasan yang gelap bagi memudahkan
rondaan mereka.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
Soalan 14
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
14 “Semua kerja rumah mesti siap hari ini,” ujar Puan Murana kepada murid-muridnya.
A Kerja rumah Puan Murana sudah disiapkan hari ini oleh murid-muridnya.
B Puan Murana menyiapkan kerja rumah murid-murid yang diberi hari ini juga.
C Murid-murid perlu menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh Puan Murana.
D Puan Murana mengarahkan murid-muridnya menyiapkan kerja rumah hari ini juga.
Soalan 15 dan 16
Pilih ayat yang betul.
15 A Terlalu banyak peristiwa penting telah berlaku pada kurun ke-16.
B Oleh akibat cuaca panas, murid-murid tidak dibenarkan bersukan.
C Ayah membeli beberapa bungkus nasi lemak ke kedai pagi tadi.
D Kedua orang anaknya menuntut di universiti luar negara.
16 A Harap berjaja di kawasan larangan ini.
B Tolong makan hidangan yang telah kami sediakan ini.
C Jemputlah masuk, majlis masih belum mula lagi.
D Janganlah masuk ke rumah saya, kami sudah lama menunggu.
5
Soalan 17 – 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Aktiviti bersenam sangat penting kepada setiap individu. Walau apa-apa pun alasan yang
diberikan, luangkanlah sedikit waktu untuk bersenam. Kamu boleh melakukan senaman di mana-
mana sama ada di rumah, gimnasium, pusat kesihatan atau di taman rekreasi.
Semasa melakukan senaman, tubuh badan menjadi cergas dan dapat meningkatkan
kesihatan diri. Hal ini disebabkan kerana bersenam menjadikan badan kita berpeluh dan segala
kotoran serta toksin di dalam tubuh akan keluar bersama-sama peluh. Kegiatan senaman yang
biasa dilakukan seperti berlari, berjoging, seni mempertahankan diri, dan bersukan boleh
meregangkan sendi-sendi dan otot, sekali gus melancarkan peredaran darah.
Selain itu, aktiviti senaman merupakan satu cara untuk merehatkan minda setelah kita
penat belajar atau akibat tekanan kerja. Selepas melakukan senaman maka fikiran kita menjadi
lapang dan secara tidak langsung kita berasa aktif semula. Bagi mereka yang mementingkan
kecantikan, senaman dapat membantu mereka memperoleh bentuk tubuh badan yang cantik dan
menarik. Dengan bersenam, otot-otot menjadi kuat, badan menjadi tegap dan dapat
mengurangkan masalah berat badan.
Bersenam amat berfaedah untuk mengisi masa senggang kita. Sekiranya masa yang
terluang tidak dimanfaatkan, maka sudah pasti seseorang mudah terjerumus dalam beberapa
aktiviti yang tidak sihat seperti menghisap rokok, berjudi, melepak, dan berpeleseran di pasar
raya.
Justeru, luangkanlah sedikit masa kita untuk melakukan aktiviti gaya hidup sihat seperti
yang disarankan oleh pihak kerajaan. Jika rakyat sihat, negara akan terus mengecap kemajuan.
17 Individu yang mengamalkan senaman dapat
A menyebabkan tubuh berpeluh dengan banyak.
B menjadikan tubuh lebih cergas dan minda yang cerdas.
C menghasilkan cara penampilan diri yang menarik.
D memenuhi masa lapang dengan pelbagai aktiviti berfaedah.
18 Bagaimanakah aktiviti senaman boleh melancarkan peredaran darah?
A Melalui proses merehatkan minda
B Mengeluarkan peluh yang banyak ketika berjoging
C Sendi-sendi dan otot-otot diregang
D Toksin dan kotoran keluar bersama-sama dengan peluh
6
19 Aktiviti yang berikut merupakan aktiviti senaman yang patut diamalkan kecuali
A berjoging.
B taici.
C yoga.
D menonton klip video senaman.
20 Pernyataan yang manakah tidak benar tentang manfaat bersenam?
A Otak menjadi cerdas dan sihat
B Penampilan yang tampan dan menarik
C Menghasilkan minda yang aktif dan bijak
D Mengamalkan gaya hidup sihat
7
SEKOLAH : __________________________________
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
TAHUN 6, 2016
BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN SK 011 Bahagian B
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI
SEHINGGA DIBERITAHU
1. Tulis nombor kad pengenalan atau
nombor sijil kelahiran dan angka
giliran kamu pada petak yang
disediakan.
2. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada
ruang jawapan yang disediakan dalam
kertas soalan ini.
3. Serahkan Bahagian B ini bersama-sama
borang jawapan objektif kepada
pengawas peperiksaan pada akhir
peperiksaan.
Untuk Kegunaan Pemeriksa
Kod Pemeriksa :
No. Soalan Markah
21
22 (a)
(b)
(c)
23
(a)
(b)
(c)
24
(a)
(b)
(c)
(d)
25
(a)
(b)
(c)
(d)
Jumlah
30
Kertas ini mengandungi 8 halaman bercetak.
NAMA :
TAHUN :
LOGO SEKOLAH
BAHAGIAN B
[30 markah]
Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam dialog yang diberi.
Bagaimanakah Siapakah Mengapakah bilakah
hendak Harus akan baru
Aziz : Selamat sejahtera, adik apa khabar?
Mus : Khabar baik, abang. _______________ cuaca di Jordan ?
Aziz : Cuaca di sini baik. Ayah dan ibu di mana? Adik, tolong panggilkan mereka.
Mus : Ayah dan ibu berada di ruang tamu. Mereka sedang melayan tetamu.
Aziz : _______________ yang datang adik?
Mus : Encik Zakaria dan Puan Aminah. Abang ______________ bercakap dengan ayah dan
ibu?
Aziz : Ya,adik. Sebenarnya abang mahu memberitahu mereka tentang tarikh kepulangan
abang ke Malaysia.
Mus : Abang akan pulang bila ?
Aziz : Abang _______________ pulang pada hujung bulan ini.
[ 4 markah ]
Soalan 22
a. Tulis ayat penyata yang paling sesuai berdasarkan jawapan yang diberi.