Top Banner
8/14/2019 SEKITARAN PELANTAR http://slidepdf.com/reader/full/sekitaran-pelantar 1/17 SEKITARAN PELANTAR / LAUT NERITIK PENDAHULUAN Sekitaran lautan bermula daripada garis pantai hingga ke tengah laut. Kedalan sekitaran laitan ini daripada beberapa meter hinggalah puluhan ribu meter dalam. Lautan ini mempunyai kedalaman yang berbagai dan airnya juga mempunyai kemasihan yang berbagai. Hidupan dalam laut mempunyai keperbagaian spesis yang  besar/banyak, dan populasinya juga besar. Sekitaran Lautan secara umumnya boleh dibahagikan kepada tepian benua (continental margin) dan lembangan lautan (ocean basin). Tepian benua dan lembangan lautan ini boleh dibahagikan lagi kepada beberapa sub- sekitaran lagi, iaitu pelantar benua (continental shelf), shelf breah, cerun benua (continental slope), continental rise , dataran abissal (abyssal plain) dan banjaran laitan (ocean ridge).
17

SEKITARAN PELANTAR

May 30, 2018

Download

Documents

Delio Manuel
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: SEKITARAN PELANTAR

8/14/2019 SEKITARAN PELANTAR

http://slidepdf.com/reader/full/sekitaran-pelantar 1/17

SEKITARAN PELANTAR /

LAUT NERITIK 

PENDAHULUAN

Sekitaran lautan bermula daripada garis pantai hingga ke tengah laut. Kedalan

sekitaran laitan ini daripada beberapa meter hinggalah puluhan ribu meter dalam.

Lautan ini mempunyai kedalaman yang berbagai dan airnya juga mempunyai

kemasihan yang berbagai. Hidupan dalam laut mempunyai keperbagaian spesis yang

 besar/banyak, dan populasinya juga besar.

Sekitaran Lautan secara umumnya boleh dibahagikan kepada tepian benua

(continental margin) dan lembangan lautan (ocean basin).

Tepian benua dan lembangan lautan ini boleh dibahagikan lagi kepada beberapa sub-

sekitaran lagi, iaitu pelantar benua (continental shelf), shelf breah, cerun benua

(continental slope), continental rise , dataran abissal (abyssal plain) dan banjaran

laitan (ocean ridge).

Page 2: SEKITARAN PELANTAR

8/14/2019 SEKITARAN PELANTAR

http://slidepdf.com/reader/full/sekitaran-pelantar 2/17

Pelantar benua bermula daripada garis pantai, dan secara umumnya ia mempunyai

kecerunan landai, iaitu 1darjah. Pelantar benua berakhir di kawasan shelf break, iaitu

apabila kecerunan dasar lautan mula curam.

Kedalaman purata di kawasan shelf break ialah 125 meter. Walau bagaimanapun,kedalaman ini berubah-ubah daripada 18 m hingga 900 m. Keluasan atau jarak purata

daripada garis pantai pula ialah 75km, tetapi boleh mencapai 1000km

SEKITARAN PELANTAR BENUA / LAUT NERITIK 

Sekitaran pelantar benua atau laut neritik ini merupakan sekitaran laut cetek, bermula

daripada garis pantai hingga shelf break.

Page 3: SEKITARAN PELANTAR

8/14/2019 SEKITARAN PELANTAR

http://slidepdf.com/reader/full/sekitaran-pelantar 3/17

Di sekitaran moden sekarang, pelantar benua merupakan suatu pelantar yang terletak 

 berhampiran dengan tepian benua dan dikenali sebagai laut pericontinental.

Pada suatu masa dahulu, ahli geologi percaya terdapat suatu lautan cetek yang sangat

luas yang terletak di kawasan benua, dan lautan ini dikenali sebagai lautepicontinental atau laut epirit (contohnya seperti Teluk Hudson di Amerika Utara).

Sekitaran pelantar benua boleh merupakan tempat pemendapan sedimen klastik dan

 juga sedimen karbonat.

Page 4: SEKITARAN PELANTAR

8/14/2019 SEKITARAN PELANTAR

http://slidepdf.com/reader/full/sekitaran-pelantar 4/17

FISIOGRAFI DAN SETTING SEKITARAN

Sekitaran pelantar klastik boleh dibahagikan kepada dua, iaitu pelantar dalam (inner 

shelf) dan pelantar luar (outer shelf).

Pelantar dalam banyak dipengaruhi oleg proses pasang surut, angin dan gelombang,

manakala pelantar luar pula dipengaruhi oleh proses arus lautan (ocean current).

Pelantar dalam lebih cetek daripada pelantar luar.

Sempadan antara pelantar luar dan pelantar dalam ini tidak jelas, dan ianya juga

dipengaruhi oleh perubahan paras laut.

Kadang-kadang semasa paras laut rendah, bahagian pelantar dalam boleh terdedah,

manakala pelantar luar pula menjadi sekitaran laut yang sangat cetak.

Kelebaran pelantar bergantung kepada setting tektonik keping. Di kawasan

 perlanggaran benua atau kawasan berlakunya penyusupan kepingan lautan biasanya

mempunyai pelantar benua yang sempit, manakala di kawasan lautan baru terbentuk 

atau kepingan benua menjauhi satu sama lain, pelantar yang luas akan terbentuk.

PROSES PENGENDAPAN

Secara umumnya, sedimen yang ada di pelantar benua kasar di kawasan garis pantai,

dan makin halus di kawasan tepian pelantar (shelf edge).

Ini bersesuaian dengan pertambahan kedalaman air dan pengurangan tenaga air.

Walau bagaimanapun, taburan sedimen di pelantar benua sangat irregular, dengan

kata lain terdapat juga sedimen bersain kasar di kawasan dalam.

Kajian menunjukan taburan sedimen di pelantar benua ini dipengaruhi oleh beberapa

 proses utama, iaitu;

• Proses pasang-surut

• Arus dan gelombang akibat ribut

• Arus lautan

• Arus ketumpatan

• Aktiviti biologi

Proses pasang-surut (tidal processes)

Page 5: SEKITARAN PELANTAR

8/14/2019 SEKITARAN PELANTAR

http://slidepdf.com/reader/full/sekitaran-pelantar 5/17

Pasang-surut lautan dipengaruhi oleh tarikan graviti antara bulan dan bumi, yang

 boleh mengkibatkan paras laut boleh turun atau naik sebanyak 1-4 meter dan boleh

mencapai 15 m.

Proses air pasang (rise) dan surut (fall) boleh berlaku dua kali dalam sehari. Akibat

daripada berlakunya pasang dan surut ini boleh menghasilkan suatu arus yang dikenalisebagai arus pasang-surut.

Arus pasang-surut ini bergerak dalam dua arah yang bertentangan (bidirectional)

tetapi halajunya tidak sama, menyebabkan angkutan sedimen cuma satu arah sahaja

(secara relatif).

Halaju arus ini di kebanyakan pelantar benua ialah 1m/s, dan boleh mencapai 2m/s.

Halaju atau kekuatan arus ini berkurangan mengikut kedalam, dan ini bermakna kesan

daripada proses arus ini cuma penting di kawasan yang cetek sahaja.

Arus dan gelombang akibat ribut (storm-generated wavesand currents)

Kepentingan arus yang diakibatkan oleh ribut sebagai agen mengangkut dan

mengitarkan semula sedimen di kawasan pelantar benua mula diperkatakan oleh hayes

(1967) yang mengkaji hakisan sedimen dan angkutan sedimen akibat ribut di pelantar 

 berhampirn Texas.

Terdapat empat jenis proses yang diakibatkan oleh ribut, iaitu gelombang, arus akibat

angin, arus relaxation dan arus turbidit.

Gelombang (waves):

Gelombang terbentuk akibat adanya ayunan air iaitu bergerakan circular orbital

 partikal air. Ayunan ini boleh mencecah sedimen dasar dan membentuk struktur riak.

Selain itu, ayunan ini boleh menyebabkan sedimen dasar terganggu dan terampai dan

sedimen ampaian ini boleh diangkut unidirection oleh arus yang lemah.

Dalam keadaan tenang, proses gelombang ini boleh mencecah sedimen dasar I

kedalam sehingga 10m, tetapi semasa ribut, gelombang yang terbentuk mempunyai

ayunan yang sangat besar dan boleh mengganggu sedimen dasar di kedalaman 200 m.

Walau bagaimanapun, proses angkutan di kedalaman 200m ini tidak banyak, tetapi di

kawasan cetek, gelombang ribut boleh menghakis kawasan pantai dan membawanya

Page 6: SEKITARAN PELANTAR

8/14/2019 SEKITARAN PELANTAR

http://slidepdf.com/reader/full/sekitaran-pelantar 6/17

atau memendapkannya semula di kawasan laut cetek atau kawasan pelantar luar. Arus

angin (wind-forced current):

Arus angin ini terbentuk apabila angin yang bertenaga tinggi bertiup di permulaan

laut, dan membentuk suatu arus unidirention.

Jika arus ini cukup kuat, ia boleh mengankut sedimen. Arus ini selalunya bergerak 

selari dengan garis pantai.

Arus relaxation (relaxation current): 

Angin ribut yang memukul pantai boleh membawa ait laut ke arah pantai. Di kawasan

 pantai, paras air laut boleh naik sehingga 6-7m. Apabila keadaan ribut ini reda, paras

laut akan kembali nornal, dan semasa ini berlaku bergerakan air ke arah lautan.

Arus ini sama seperti arus surut, tetapi ianya berkalu dalam jumlah yang besar. Arus

ini berupaya membawa sedimen hingga ke bahagian luar pelantar.

Arus turbidit (turbidity current): 

Page 7: SEKITARAN PELANTAR

8/14/2019 SEKITARAN PELANTAR

http://slidepdf.com/reader/full/sekitaran-pelantar 7/17

Ribut yang hebat boleh mengakibatkan berlakunya gegaran yang menyebabkan

sedimen yang kurang stabil akan menggelungsur dan membentuk arus turbidit.

Dalam jujukan batuan kuno, lapisan yang mempunyai lapisan menghalus ke atas,

dasar lapisan yang jelas (sharp-based) dan batu pasir sharp-based yang mempunyai

lapisan silang hummocky adalah terbentuk akibat daripada arus turbidit.

Arus lautan (ocean current)

Di pelantar benua terdapat suatu arus yang bergerak samada secara major atau

semipermanent, dan arus ini mempunyai halaju yang mencukupi untuk mengangkut

sedimen.

Arus ini memainkan perasan yang lebih besar di kawasan pelantar luar. Arus ini

selalunya boleh mengangkut sedimen halus yang sedia ada di pelantar dalam jumlah

yang besar.

Arus ketumpatan

Page 8: SEKITARAN PELANTAR

8/14/2019 SEKITARAN PELANTAR

http://slidepdf.com/reader/full/sekitaran-pelantar 8/17

Arus ketumpatan terbentuk akibat perbezaan jasad air dari segi suhu, kemasinan dan

 juga sedimen terampai di dalamnya.

Arus ini penting terutamanya untuk mengangkut sedimen ampaian halus. Ketumpatan

sedimen ampaian dalam air di muara sungai boleh membentuk suatu arus di bahagian

dasar.

Aktiviti biologi

Pelantar benua merupakan salah satu kawasan sekitaran yang paling banyak dihuni

oleh pelbagai jenis hidupan. Dalam rekod geologi, lautan epirik juga merupakan

kawasan yang paling banyak hidupan.

Dasar pelantar merupakan habitat kepada pelbagai organisma invertebrata

termasuklah molaska, ekinoderm, karang, sponges, cacing dan antrapoda.

Kebanyakkan organisma ini hidup di kawasan bertenaga rendah.

Populasi organisma yang terbesar terdapat di kawasan pelantar dalam yang terletak di

 bawah daripada tindakan gelombang.

Organisma-organisma ini merupakan agen aktiviti biokacau yang sangat penting.

Struktur biokacau yang terdapat di kawasan pelantar ini berbeza, bergantung kepada

kdalaman air dan kekuatan tenaga air.

Page 9: SEKITARAN PELANTAR

8/14/2019 SEKITARAN PELANTAR

http://slidepdf.com/reader/full/sekitaran-pelantar 9/17

SEDIMEN PELANTAR 

Sedimen moden yang terdapat di pelantar benua dipengaruhi oleh keadaan

hidrodinamik yang terdapat di pelantar.

Page 10: SEKITARAN PELANTAR

8/14/2019 SEKITARAN PELANTAR

http://slidepdf.com/reader/full/sekitaran-pelantar 10/17

Sedimen yang paling banyak terdapat di sekitaran moden ialah pasir dan lumpur yang

dibawa daripada daratan oleh sungai ataupun hasil daripada proses hakisan tepi pantai,

dan juga oleh angin.

Pelantar yang bersempadan dengan arka volkanik akan menerima bekalan sedimen

secara langsung daripada aktiviti gunung berapi. Sedimen lain yang terdapat disekitaran pelantar benua ialah sedimen biogenik serta sedimen autogenik seperti

glaukonik dan phosphorite.

Selain itu terdapat juga sedimen yang tidak dipengaruhi oleh keadaan hidrodinamik 

(sedimen relict). Sedimen ini contohnya dibawa ke sekitaran pelantar oleh sungai atau

glasier semasa paras laut rendah. Ini membolehkan sedimen kasar seperti gravel

ditemui di sekitaran bertenga rendah.

Sedimen pelantar kuasaan pasang-surut (sediments of tide-dominated shelves)

Pelantar kuasaan pasang-surut dapat dibezakan kerana ia mempunyai arus pasang-

surut yang berkelajuan antara 50-100cm/s. Contoh yang baik untuk pelantar kuasaan

 pasang-surut ialah North Sea, Telok Korea dan pelantar Australia utara.

Pelantar ini dicirikan oleh kehadiran jasad pasir yang berbagai jenis dan dimensi.

Gelombang pasir yang besar boleh mencapai beberapa meter tinggi dengan panjang

gelombangnya mencapai 100m atau lebih, dan boleh merangkumi kawasan seluas15,000km2.

Gelombang pasir ini boleh simetri jika kelajuan arus pasang dan arus surutnya sama,

dan boleh tidak simentri jika kelajuan kedua-dua arus ii tidak sama.

Permatang pasir pasang-surut setinggi 40m tinggi, 5km lebar dan 60km panjang

 pernah direkodkan di kawasan North Sea.

Di kawasan yang terlindung daripada arus pasang-surut boleh ada sedimen lumpur 

yang mempunyai struktu biokacau.

Page 11: SEKITARAN PELANTAR

8/14/2019 SEKITARAN PELANTAR

http://slidepdf.com/reader/full/sekitaran-pelantar 11/17

Sedimen pelantar kuasaan ribut (sediments of storm-

dominated shelves)

Kebanyakan kawasan pelantar yang ada terdiri daripada kuasaan ribut.

Pelantar ini dicirikan oleg arus pasang-surut yang perlahan, dan dasar gelombang

semasa tenangnya agak cetek.

Keadaan ini menyebabkan pergerakan sedimen yang berlaku di kawasan pelantar ini

sangat sedikit, kecuali semasa keadaan ribut kuat.

Pola pengendapan di kawasan pelantar ini sangat kompleks, bergantung kepada sejauh

mana atau sebanyak mana sedimen relik dan sedimen moden yang ada.

Page 12: SEKITARAN PELANTAR

8/14/2019 SEKITARAN PELANTAR

http://slidepdf.com/reader/full/sekitaran-pelantar 12/17

Pelantar yang mempunyai sedimen relik yang banyak seperti di Atlantik dicirikan

oleh jasad pasir yang berbagai bentuk. Terdapat short retreat massifs yang merupakan

 jasad pasir yang besar seperti yang terdapat di North Sea.

Jasad ini terbentuk semasa transgressif Halosen dan dikitar semula atau sekarang

dipengaruhi oleh aktiviti ribut.

Permatang pasir linear yang setinggi 10m, lebar 2-3km dan beberapa puluhan km

 panjang juga boleh ada di antara retreat massif ataupun terletak di atas retreat massif 

itu sendiri.

Jasad pasir yang rendah (low-relief sand bodies) yang dicirikan oleh riak, megaripple

dan sand-wave bedforms juga biasa ditemui. Kawasan yang berlumpur mengalami

aktiviti biokacau. Sedimen di pelantar kuasaan arus lautan (sediments on shelves

dominated by intruding ocean current)

Pelantar yang dipengaruhi oleh arus lautan ini tidak banyak terdapat di pelantar 

moden.

Kebanyakan sedimen yang ada adalah daripada jenis sedimen relit, tetapi dikitar 

semula oleh arus dan membentuk gelombang pasir, sand ribbon dan lag deposit

 bersaiz pasair kasar dan gravel.

Gelombang pasir yang terbentuk boleh mencapai 17m tinggi, dan panjang gelombang

sehingga 700m. Pelantar jenis ini terdapat di antara taiwan dan China.

STRUKTUR SEDIMEN

Keseluruhan kawasan pelantar benua ditutupi oleh air dan ini menyebabkan kajian

struktur sedimen yang dilakukan adalah secara tidak langsung, iaitu melalui gambar 

yang diambil oleh penyelam, dan kapal selam untuk struktur yang kecil (riak dan

mega ripple), dan melalui peralatan sonar untuk mengesan gelombang pasir dan

 permatang pasir.

Struktur dalaman boleh dikaji melalui sampel lubang gerudi atau perlatan seismik.Kesemua kaedah ini tidak membolehkan kajian terperinci dilakukan. Struktur sedimen

yang ada di kawasan pelantar banyak diperolehi daripada kajian terperinci jujukan

 batuan kuno yang dikenalpasti sekitaran pelantar.

Kebanyakan pasir pelantar yang ada dicirikan oleh lapisan silang. Lapisan silang

 berskala kecil dan laminasi silang dihasilkan oleh pergerakan migrasi riak dan gumuk 

Page 13: SEKITARAN PELANTAR

8/14/2019 SEKITARAN PELANTAR

http://slidepdf.com/reader/full/sekitaran-pelantar 13/17

 psir, manakala lapisan silang berskala besar dihasilkan oleh migrasi gelombang pasir 

dan permatang pasir.

Bergantung kepada kekuatan pengaruh arus pasang-surut, arah cerun foreset lapisan

silang ini boleh unidirection atau bidirection. Lumpur pelantar selalunya mempunyai

struktur biokacau.

Lapisan ribut (storm layers) dan lapisan silang hummocky merupakan struktur sedimen yang selalu ditemui atau mencirikan sedimen pelantar.

Lapisan ribut ini merupakan lapisan nipis yang terdiri daripada himpunan sedimen

kasar, berselang lapis atau trkandung dalam sedimen halus. Lapisan ini mempunyai

lapisan bergred yang mencadangkan gelombang semasa ribut telah menyebabkan

Page 14: SEKITARAN PELANTAR

8/14/2019 SEKITARAN PELANTAR

http://slidepdf.com/reader/full/sekitaran-pelantar 14/17

sedimen di dasar teranpai, kemudian terendap semula. Sedimen sebegini mungkin

 juga disebabkan oleh arus turbidit.

JUJUKAN MENEGATJenis ujukan menegat yang terbentuk di pelantar benua bergantung kepada beberapa

keadaan. Samada penendapan berlaku semasa transgressif atau regressif, dan jenis

 proses yang dominan yang berlaku semasa sedimen diendapkan.

Secara umumnya, semasa transgressif, jujukan yang terdapat ialah menghalus ke atas,

 bermula dengan lag deposit kasar, manakala untuk keadaan regressif, jujukannya

mengkasar ke atas.

Page 15: SEKITARAN PELANTAR

8/14/2019 SEKITARAN PELANTAR

http://slidepdf.com/reader/full/sekitaran-pelantar 15/17

Page 16: SEKITARAN PELANTAR

8/14/2019 SEKITARAN PELANTAR

http://slidepdf.com/reader/full/sekitaran-pelantar 16/17

Page 17: SEKITARAN PELANTAR

8/14/2019 SEKITARAN PELANTAR

http://slidepdf.com/reader/full/sekitaran-pelantar 17/17