Sejauh Mana Pembangunan Teknologi Robotik Menyumbang Kepada Perkembangan Tamadun Islam NURLIYANA MOHD TALIB 1 , AMMALINA DALILLAH MOHD ISA 1 & ROZIAH SIDIK @ MAT SIDEK 2 Abstrak Sejarah pembangunan teknologi robotik dalam tamadun Islam tidak dapat dinafikan lagi, khususnya menerusi hasil ciptaan tokoh kejuruteraan Islam terkenal, al-Jazari (1136- 1206M). Namun begitu, ciptaan berteknologi robotik dalam tamadun Islam sebenarnya telah muncul lebih awal daripada zaman al-Jazari, iaitu pada era pemerintahan kerajaan ‘Abbasiyyah. Pembangunan teknologi robotik dalam tamadun Islam ini kemudiannya terus berkembang dari semasa ke semasa dan ia terbukti dengan lahirnya beberapa tokoh Islam yang dikenal pasti telah memberi sumbangan besar dalam bidang ini selain daripada al-Jazari sendiri, seperti Ibn al-Haytham (965-1040M), Ibn Mu‘adh al-Jayyani (989-1079M), Banu Musa (abad ke-9M), al-Muradi (abad ke-11M), al-Zarqali (1029- 1087M) dan Taqi al-Din (1521-1585M). Sehubungan itu, makalah ini dihasilkan bagi mengkaji sumbangan pembangunan teknologi robotik oleh para cendekiawan Islam kepada perkembangan dan kemajuan tamadun Islam. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi kajian analisis dokumen dan deskriptif dalam mendapatkan maklumat mengenai penghasilan teknologi robotik dalam tamadun Islam. Dapatan kajian ini memperlihatkan pembangunan teknologi robotik dalam tamadun Islam telah mengalami inovasi yang sangat ketara dengan kejayaan cendekiawan Islam menghasilkan peralatan seperti robot, jam, boneka, alat muzik dan pam air yang bergerak secara automatik tanpa memerlukan kepada tenaga manusia atau haiwan. Hasil inovasi ini memberi sumbangan sangat besar kepada kehidupan masyarakat Islam setempat pada ketika itu dari aspek meningkatkan hasil tanaman, memudahkan aktiviti harian masyarakat Islam, menjaga masa, memberi hiburan kepada masyarakat dan juga mempamerkan ketinggian ilmu dalam tamadun Islam. Kata Kunci: Teknologi, Robotik, Tamadun Islam, Kejuruteraan Islam _________________________ 1 Graduan Sarjana, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam 2 Pensyarah, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam
19
Embed
Sejauh Mana Pembangunan Teknologi Robotik · PDF filedalam tamadun China dan India. ... mengkaji sumbangan pembangunan teknologi robotik oleh para ... Inovasi kejuruteraan dalam tamadun
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 249
Sejauh Mana Pembangunan Teknologi Robotik Menyumbang Kepada Perkembangan Tamadun Islam
NURLIYANA MOHD TALIB1, AMMALINA DALILLAH MOHD ISA1 & ROZIAH SIDIK @ MAT SIDEK2
Abstrak
Sejarah pembangunan teknologi robotik dalam tamadun Islam tidak dapat dinafikan lagi,
khususnya menerusi hasil ciptaan tokoh kejuruteraan Islam terkenal, al-Jazari (1136-
1206M). Namun begitu, ciptaan berteknologi robotik dalam tamadun Islam sebenarnya
telah muncul lebih awal daripada zaman al-Jazari, iaitu pada era pemerintahan kerajaan
‘Abbasiyyah. Pembangunan teknologi robotik dalam tamadun Islam ini kemudiannya
terus berkembang dari semasa ke semasa dan ia terbukti dengan lahirnya beberapa
tokoh Islam yang dikenal pasti telah memberi sumbangan besar dalam bidang ini selain
daripada al-Jazari sendiri, seperti Ibn al-Haytham (965-1040M), Ibn Mu‘adh al-Jayyani
(989-1079M), Banu Musa (abad ke-9M), al-Muradi (abad ke-11M), al-Zarqali (1029-
1087M) dan Taqi al-Din (1521-1585M). Sehubungan itu, makalah ini dihasilkan bagi
mengkaji sumbangan pembangunan teknologi robotik oleh para cendekiawan Islam
kepada perkembangan dan kemajuan tamadun Islam. Kajian ini menggunakan
pendekatan kualitatif menerusi kajian analisis dokumen dan deskriptif dalam
mendapatkan maklumat mengenai penghasilan teknologi robotik dalam tamadun Islam.
Dapatan kajian ini memperlihatkan pembangunan teknologi robotik dalam tamadun
Islam telah mengalami inovasi yang sangat ketara dengan kejayaan cendekiawan Islam
menghasilkan peralatan seperti robot, jam, boneka, alat muzik dan pam air yang
bergerak secara automatik tanpa memerlukan kepada tenaga manusia atau haiwan. Hasil
inovasi ini memberi sumbangan sangat besar kepada kehidupan masyarakat Islam
setempat pada ketika itu dari aspek meningkatkan hasil tanaman, memudahkan aktiviti
harian masyarakat Islam, menjaga masa, memberi hiburan kepada masyarakat dan juga
mempamerkan ketinggian ilmu dalam tamadun Islam.
Kata Kunci: Teknologi, Robotik, Tamadun Islam, Kejuruteraan Islam
_________________________
1 Graduan Sarjana, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam 2 Pensyarah, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam
| Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 250
Pengenalan
Keilmuan mengenai teknologi robotik telah wujud dalam sejarah tamadun
manusia semenjak sebelum Masihi lagi. Namun begitu, kemunculan bidang ini
tidak dapat dikenal pasti dengan jelas memandangkan istilah robotik atau robot
ini tidak diguna pakai sehinggalah pada awal abad ke-20M. Istilah ini
diperkenalkan oleh seorang penulis dari Czech, iaitu Kerpel Capek pada tahun
1920M dalam teater automata fiksyen, bertajuk Rossumovi Univerzální Roboti
(Rossum’s Universal Robots). Pada tahun 1940M Isaac Asimov (1920-1992),
iaitu seorang penulis antologi sains fiksyen mengembangkan lagi istilah robot
tersebut dalam penulisan beliau yang berjudul ‘Robbie’. Menerusi satu
penulisan Asimov yang lain bertajuk ‘Runaround’, beliau telah menerbitkan
perkataan robotik bagi menerangkan bidang ilmu berkaitan robot serta
memperkenalkan Three Laws of Robots yang seterusnya mempopularkan lagi
penggunaan istilah robot. Semenjak daripada itu, istilah robot sering digunakan
bagi menggambarkan sesuatu ciptaan yang berbentuk “re-programmable, multi-
functional manipulator designed to move materials, parts, tools or specialized
devices through various programmed motions for the performance of a variety
task” (Ghosal 2006) dan “a programmable machine that imitates the actions or
appearance of an intelligent creature, usually a human.” (Graefer & Bischoff
2003). Sebagai contoh, lampu jalan yang menyala secara automatik, robot
tangan buatan (artificial arm) yang digunakan dalam industri pembuatan
automobil, organ manusia buatan seperti jantung (self-regulating artificial
heart), hinggakan kepada ciptaan yang lebih kompleks, iaitu robot manusia
(humanoid robot) yang berupaya untuk melaksanakan pergerakan manusia.
Manakala istilah robotik pula digunakan dalam memerihalkan ilmu berkaitan
robot khususnya penghasilan robot tersebut.
Pada hakikatnya, penciptaan robot ini telah wujud pada zaman dahulu
dengan menggunakan istilah yang berbeza, iaitu automaton atau automata.
Istilah ini dikatakan telah digunakan oleh Homer dalam karya Iliad beliau bagi
memerihalkan sesuatu alat yang bergerak atau berfungsi secara automatik.
Bidang ini dikatakan telah muncul sekitar 800 tahun sebelum Masihi menerusi
catatan mitos Greek Purba, iaitu karya Iliad oleh Homer dan dikenali sebagai
bidang pertukangan atau artisan, iaitu “a worker in a skilled trade, especially
one that involves making things by hand” (Oleson 2008; Greene 2008). Hasil
kajian arkeologi turut menemui beberapa alatan automata yang dihasilkan oleh
masyarakat Mesir Purba seperti patung menguli tepung (figure kneading dough)
dan juga boneka menari dalam kotak perhiasan (dancing dwarfs in ivory).
Pembangunan teknologi robotik tidak hanya berlaku di dalam tamadun
Greek-Rom, malah penciptaan peralatan berteknologi robotik juga turut terdapat
dalam tamadun China dan India. Perkembangan bidang ini juga seterusnya
tersebar ke dalam tamadun Islam sebagai sebahagian daripada bidang
kejuruteraan mekanikal menerusi pertembungan yang berlaku pada abad
pertengahan, khususnya dari aspek intelektual (al-Hassan & Hill 1992).
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 251
Menerusi penyelidikan terhadap karya-karya daripada tamadun terdahulu,
sarjana-sarjana Islam berjaya membangunkan ciptaan-ciptaan yang
berkonsepkan teknologi robotik. Malahan hasil daripada kajian mereka dalam
bidang ini telah mencetuskan inovasi yang mengagumkan bagi bidang ini dan
menjadikan ciptaan mereka lebih baik dan hebat. Lantaran itu, kajian ini akan
mengkaji sumbangan pembangunan teknologi robotik oleh para cendekiawan
Islam kepada perkembangan dan kemajuan tamadun Islam.
Pembangunan Teknologi Robotik dalam Tamadun Islam
Inovasi kejuruteraan dalam tamadun Islam telah mencapai tahap kemuncak
dengan terhasilnya inovasi pembangunan teknologi robotik. Sorotan sejarah
Islam mencatatkan bahawa kemunculan terawal penciptaan teknologi robotik
adalah pada abad ke-8M menerusi penghasilan beberapa peralatan automata
yang terdapat di kota Baghdad. Menurut Pancaroglu (2006), terdapat beberapa
buah patung automata di istana pemerintah ‘Abbasiyyah dan juga sekitar kota
Baghdad seperti di atas kubah empat buah pintu masuk kota. Patung-patung
automata ini dipercayai digerakkan dengan menggunakan kuasa angin. Terdapat
rekod sejarah yang menyatakan bahawa semasa pemerintahan khalifah Harun
al-Rashid (786-809M), beliau pernah menghadiahkan sebuah jam air automatik
kepada Charlemange (800-814M) sebagai salah satu hadiah diplomatik (Truitt
2015). Jam tersebut mempunyai penentu masa 12 jam yang ditandai dengan
pergerakan beberapa figura serta mengeluarkan bunyian yang berfungsi secara
automatik. Inovasi jam ini mengagumkan pemerintah dan masyarakat Holy
Roman Emperor kerana ia merupakan sebuah teknologi baru pada negara
mereka yang selama ini hanya menggunakan jam matahari, jam pasir dan jam
lilin sebagai penentu masa.
| Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 252
Rajah 1
Ilustrasi jam air automatik yang dihadiahkan oleh khalifah Harun al-Rashid kepada Charmelagne
Sumber: Nizamoglu (2016)
Selain itu, inovasi teknologi robotik turut menyerlah semasa pemerintahan
khalifah al-Ma’mun (813-833M) sehingga pencapaian dalam penghasilan alat-
alat ini mengagumkan pemerintah Byzatium dan utusan diplomat luar yang
datang ke kota Baghdad. Pembangunan inovasi teknologi robotik pada era ini
dipelopori oleh Banu Musa bersaudara dengan melakukan kajian terhadap
ciptaan alat-alat yang pernah dibangunkan sarjana Greek terdahulu seperti Philo
(abad ke-2S.M) dan Heron (10-70M). Berdasarkan kajian terhadap konsep yang
digunakan oleh sarjana-sarjana Greek terdahulu mereka berjaya menghasilkan
rekaan yang lebih hebat, mengagumkan serta menjadi asas kepada inovasi
teknologi terkini. Antara peralatan berasaskan automata yang dihasilkan oleh
Banu Musa bersaudara ialah organ hidraulik (pemain seruling automatik) yang
menggunakan konsep tekanan udara dan air serta injap kon sebagai alat kawalan
automatik (Koetsier 2001). Mereka turut mencipta beberapa alatan automatik
yang begitu mengagumkan dan dilihat sebagai satu pencapaian yang hebat pada
ketika itu, iaitu lampu pelita automatik yang boleh menyala dengan sendiri dan
air pancut yang menghasilkan pancutan air pelbagai bentuk. Kebanyakan alatan
automatik yang dihasilkan pada era pemerintahan kerajaan ‘Abbasiyyah adalah
berfungsi sebagai peralatan hiasan dan juga bertujuan memenuhi kehendak
masyarakat setempat. Contoh lain alatan berteknologi robotik yang dihasilkan
pada zaman ‘Abbasiyyah ialah pohon emas dan perak yang dihias di istana
khalifah al-Ma’mun dan al-Muqtadir (908-929M) yang mempunyai ciri-ciri
automatik. Pada pohon-pohon tersebut terdapat burung-burung besi mekanikal
yang mengeluarkan bunyian dan bergerak secara automatik (Abu al-Fida’ t.th).
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 253
Rajah 2 Ilustrasi komponen dalaman dan figura organ hidraulik oleh Banu Musa