GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN
GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN
1.0 PENGENALANPentadbiran kewangan merupakan bidang pentadbiran
yang dipengaruhi dan mempengaruhi dasar-dasar kerajaan, struktur
dan proses pembangunan negara. Matlamat pentadbiran kewangan
mempunyai hubungan dengan matlamat pembangunan negara. Oleh itu,
bagi membantu mencapay matlamat pembangunan, pentadbiran kewangan
mesti membangunkan teknik-teknik yang diperlukan bagi menggerakkan
sumber-sumber kewangan ke arah pencapaian matlamat program
pembangunan negara. Dalam konteks pentadbiran negara, pula
menyatakan bahawa pentadbiran kewangan adalah proses bagaimana
kerajaan mendapatkan sumber kewangan dan bagaimana kerajaan
membelanjakan sumber tersebut. Manakala, Garner (2004) memberi
tafsiran yang lebih khusus kepada pentadbiran kewangan. Menurutnya,
pentadbiran kewangan termasuklah mengurus belanjawan, mengurus
terimaan dan pungutan, pengurusan pembelian dan perolehan,
perbelanjaan dan pembayaran, pengurusan perakaunan dan pengauditan
dan pengurusan aset. Pentadbiran kewangan membahagikan kepada enam
aspek utama iaitu (i) terimaan dan pungutan, (ii) pengurusan aset,
(iii) perolehan dan pembelian, (iv) perbelanjaan dan pembayaran,
(v) belanjawan dan (iv) akaun dan audit. Pengurusan kewangan dan
pentadbiran kewangan adalah merupakan aktiviti yang hampir sama dan
pentadbiran dilihat adalah sebahagian daripada pengurusan kerana
pengurusan bukan sahaja melibatkan langkah-langkah dan prosedur
tetapi juga melibatkan sumber-sumber lain. Pernyataan ini disokong
oleh Zaidatol Akmaliah (1990) yang menyatakan bahawa takrifan
pengurusan dengan pentadbiran tidak banyak berbeza tetapi
pengurusan lebih menekankan pengurusan input-input organisasi.
2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN PENTADBIRAN KEWANGANSejarah
perkembangan aspek pentadbiran kewangan di negara Malaysia dapat
dibahagikan kepada tiga tahap yang utama iaitu sebelum kedatangan
Inggeris, semasa pemerintahan Inggeris dan selepas zaman merdeka.
2.1 Tahap Sebelum Kedatangan InggerisAspek ketidaksamaan
pentadbiran kewangan di Tanah Melayu antara negeri boleh dilihat
pada tahap awal ini. Konsep terpisah dan tersendiri diamalkan
kerana tidak wujud sebarang penyatuan dari aspek pentadbiran.
Kerajaan-kerajaan Melayu pada tahap ini sememangnya mempuyai sistem
pemungut cukai yang teratur dan ia ditadbir oleh pembesar-pembesar
atas kurnia raja.Cukai kastam seperti enam peratus daripada nilai
barang dagangan telah pun dikutip pada masa tersebut iaitu ke atas
pedagang-pedagang luar yang datang untuk berdagang di negeri
Melaka. Selepas kejatuhan kerajaan Melaka ditangan Portugis pada
tahun 1511, Portugis telah membawa sistem pentadbiran mereka ke
Melaka. Dari aspek kewangan, pembentukan Majlis Pentadbiran Sivil
dan Kewangan telah mengubah sistem pentadbiran kewangan Melayu
apabila hal ehwal pentadbiran kewangan telah jatuh ke tangan Datuk
Bandar Melaka. Sistem kewangan adalah berbeza yang diamalkan oleh
mereka dan perkara ini tidak banyak dihuraikan kerana kajiannya
kurang yang disimpan di simpanan arkib negara.2.2 Tahap Semasa
Pemerintahan InggerisSatu sistem pentadbiran telah diperkenalakan
dalam tahap kedua ini seperti diamalkan di negara England. England
pada masa itu, sebuah negara kolonial yang amalkan pemerintahan
feudalisme dan ciri-ciri feudalisme di England tersebut telah cuba
diterapkan ke dalam sistem pemerintahan negeri-negeri Melayu.
Penubuhan negeri-negeri Selat oleh inggeris pada 1832 dan
penerimaan penasihat-penasihat inggeris bagi tempoh pada 1874-1888
di negeri-negeri Melayu Bersekutu pada umumnya telah turut membawa
perubahan kepada pentadbiran kewangan boleh dilihat melalui konsep
kerajaan tempatan yang diperkenalkan oleh Sir Francis Light di
Georgetown ,ibu negeri Pulau Pinang pada tahun 1800. Dengan
wujudnya, pengenalan Akta Cukai Perbandaran 1848 maka pentdabirna
kewangan yang lebih tersusun dan sistemetik telah bermula.
Jawatankuasa tersebut bertindak untuk menyemak dan menerbitkan
akaun serta membenarkan pembayar-pembayar cukai menyalurkan
pendapat dan ketidakpuasan hati mereka kepada badan ini. Inggeris
juga telah memperkenalkan Perintah Am Kewangan Tanah Melayu pada
tahun 1948 yang terdapat ordinan-ordinan memperlihatkan cara
pentadbiran dibuat dan dijalankan.2.3 Tahap Selepas
KemerdekaanSelepas kemerdekaan Tanah Melayu, peranan kerajaan yang
memerintah berbeza sama sekali. Pembangunan ekonomi negara dan
keupayaan negara merupakan agenda dan perhatian utama. Jentera
pentadbiran kewangan telah diperbaharui bagi membantu pencapaian
matlamat dan pembangunan negara. Pada tahun 1957, Akta Acara
Kewangan telah diperkenalkan Perintah Am Kewangan. Sistem
Belanjawan Perancangan dan Program yang telah diperkenalkan di
Amerika Syarikat pada 1960-an, kerajaan Malaysia telah
memperkenalkan Sistem Belanjawan Program dan Prestasi (SBPP) pada
1969.
3.0 PENGURUSAN KEWANGAN KERAJAAN
Rajah 1, komponen Pengurusan Kewangan
Pengurusan dan perancangan adalah suatu yang amat mustahak dalam
semua urusan kehidupan lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan harta
atau kewangan. Kegagalan mengurus dan merancang sebenarnya
seseorang itu mengurus dan merancang untuk kegagalan. Kegagalan
merancang kewangan dengan bijak merupakan punca utama seseorang
individu terjebak dengan pelbagai masalah dalam kehidupan.
Seseorang yang mempunyai perancangan dalam menguruskan kewangannya
akan memperoleh gambaran yang jelas tentang kedudukan kewangan
terkininya, memberi hala tuju yang tepat mengenai matlamat kewangan
yang ingin dicapai yang akhirnya akan membolehkan seseorang itu
mencapai matlamat yang diharapkan secara lebih efektif. Perancangan
kewangan adalah satu aktiviti yang dikawalselia oleh
undang-undang.
4.0 BELANJAWANBelanjawan adalah satu penyertaan hasil dan
perbelanjaan bagi sesuatu tahun yang digunakan sebagai alat
perancangan dan pengurusan sumber ekonomi negara untuk memenuhi
keperluan rakyat. Ia berfungsi untuk mengalokasikan rancangan
perbelanjaan kerajaan mengikut sektor serta kementerian
kementerian. agi sesebuah perniagaan, perancangan yang rapi amat
diperlukan, terutamanya di persekitaran perniagaan yang semakin
kompleks. Ada pendapat yang mengatakan proses penyediaan belanjawan
adalah sesuatu yang membuang masa dan kurang relevan kerana kita
berada dalam persekitaran perniagaan yang dinamik dan terdapat
banyak ketidaktentuan yang mungkin berlaku. Walau bagaimanapun,
masih ramai lagi yang mempercayai bahawa satu alat perancangan yang
baik. Ini kerana belanjawan mampu menolong pengurus merancang untuk
memperoleh dan menggunakan sumber yang ada dalam syarikat untuk
suatu tempoh yang spesifik. Belanjawan ialah satu pernyataan formal
tentang perancangan pihak pengurusan dalam bentuk kuantitatif.
Maksudnya, apa-apa perancangan yang dibuat oleh pihak pengurusan
akan dinyatakan secara formal dalam bentuk angka untuk
dikomunikasikan kepada ahli organisasi. Belanjawan menggalakkan
pengurus berfikir kehadapan, iaitu meramal dan bersedia dengan
sesuatu perkara yang bakal terjadi pada masa hadapan. Dalam erti
kata lain, organisasi yang tidak mempunyai belanjawan: tidak
mempunyai hala tuju yang jelas; tidak dapat meramalkan sebarang
masalah yang bakal menimpa terlebih awal; sukar menganalisis
keputusan yang dicapai oleh organisasi kerana tidak ada alat
pengukur yang jelas; dan tidak dapat melaksanakan pengukuran
prestasi yang objektif.Belanjawan yang telah disiapkan oleh pihak
pengurusan akan dihebahkan kepada ahli organisasi yang lain.
Belanjawan tersebut dijadikan panduan dalam merancang dan melaksana
aktiviti agar dapat mencapai sasaran seperti yang telah ditetapkan.
Di samping itu, seseorang pengurus itu juga dapat mengetahui
perancangan yang telah dibuat oleh pengurus bahagian lain. Dengan
itu,pengurus tersebut dapat merancang tindakan yang selari bagi
mencapai matlamat organisasi secara keseluruhannya. Sebagai contoh,
apabila pengurus pengeluaran mendapat maklumat yang tepat tentang
perancangan jualan yang telah dibuat oleh pengurus jualan, maka
beliau dapat merancang tahap pengeluaran yang dapat memenuhi
kehendak bahagian pemasaran.Dalam erti kata lain, proses koordinasi
dan integrasi dalam organisasi lebih mudah dilaksanakan dengan
adanya belanjawan. Pendek kata, belanjawan menjadi alat komunikasi
antara beberapa pihak dalam organisasi belanjawan juga digunakan
sebagai alat pengagihan sumber. 4.1 Proses Penyediaan
Belanjawan
Rajah 2, Proses Penyediaan Belanjawan Tahun Pertama
Rajah 3, Proses Penyediaan Belanjawan Tahun Kedua5.0 ASPEK
PERUNDANGAN DALAM PENTADBIRAN KEWANGANAspek undang-undang dan
peraturan adalah tunggak kepada kuasa dan otoriti yang dimiliki
oleh institusi dan orang perseorangan dalam menjalankan kewajipan
masing-masing. Terdapat beberapa undang-undang yang mengawal dan
mempengaruhi amalan perakaunan awam di Malaysia, antaranya
Perlembagaan Persekutuan, Akta Acara Kewangan 1957 ( Pindaan 1972),
Akta Audit 1957.
5.1 Perlembagaan PersekutuanPerkara 99 Yang diPertuan Agong
hendaklah, bagi tiap-tiap tahun kewangan, mengarah dibentangkan
dalam Dewan Rakyat suatu anggaran pendapatan dan perbelanjaan bagi
Persekutuan untuk tahun itu, penyata itu hendaklah dibentangkan
sedemikian sebelum permulaan tahun itu
PUNCA KUASAPERKARA
Perkara 97.Kumpulan Wang Disatukan
Perkara 98.Perbelanjaan Yang Dipertanggungkan pada Kumpulan Wang
Disatukan Persekutuan
Perkara 99.Pembentangan Anggaran Pendapatan Dan Perbelanjaan di
dalam Dewan Rakyat sebelum permulaan tahun Kewangan berkenaan.
Perkara 100.Rang Undang-Undang Perbekalan
Perkara 101.Perbelanjaan Tambahan dan Perbelanjaan Lebih
Perkara 102.Kuasa yang membenarkan perbelanjaan masuk akaun bagi
maksud yang tidak dinyatakan
Perkara 103.Penubuhan Kumpulan Wang Luar Jangka
Perkara 104.Pengambilan keluar daripada Kumpulan Wang
Disatukan
Perkara 105.Ketua Audit Negara
Perkara 108.Majlis Kewangan Negara
Perkara 109.Pemberian Kepada Negeri-negeri
Perkara 110.Penyerahhakan cukai dan fi kepada negeri
Perkara 112.Had-had Perubahan Kepada Perjawatan Negeri-negeri
Serta Kadar Emolumen
Jadual 1, Perlembagaan Persekutuan, Bahagian VII, Perkara
97-112
5.2 Akta Acara Kewangan 1957 ( Pindaan 1972)PUNCA
KUASAPERKARA
Seksyen 6Pengelolaan dan Pengawalan Kumpulan Wang
Disatukan.(Management and control of Consilidated Funds)
Seksyen 11Kumpulan Wang Luar Jangka (Contingencies Fund)
Seksyen 13Pembayaran Wang dan Pengeluaran Dari Kumpulan Wang
Disatukan (Payment of moneys)
Seksyen 15Anggaran dan Viremen (Estimates and virements)
Jadual 2: Akta Acara Kewangan 1957
Suatu akta yang diperuntukkan bagi pengawalan dan pengelolaan
wang awam Malaysia, dan bagi acara pengakaunan serta kewangan,
termasuk acara bagi pemungutan, penjagaan dan pembayaran wang awam
Persekutuan dan negeri-negeri dan pembelian, penjagaan dan
pelupusan harta awam dan perkara-perkara yang bersangkutan
dengannya.Akta yang memperuntukan: bagi kawalan dan pengelolaan
wang awam, bagi tatacara pengakaunan dan kewangan termasuk
pemungutan, penjagaan dan pembayaran wang awam, serta pembelian,
penjagaan dan pelupusan barangan/harta awam perkara-perkara yang
bersangkutan dengannya.
5.3 Akta Audit 1957Akta ini hendaklah terpakai bagi pengauditan
akaun Persekutuan, Negeri-Negeri dan pihak berkuasa awam dan badan
yang ditentukan yang lain yang tertakluk kepada pengauditan oleh
Ketua Audit Negara. Walau apa pun peruntukan dalam subseksyen 1(2),
dalam pemakaiannya bagi Akta ini, ungkapan "wang awam" termasuklah
wang yang diterima oleh atau untuk mana-mana pihak berkuasa awam
yang ditubuhkan di bawah undang-undang Persekutuan atau Negeri dan
ungkapan "simpanan awam" meliputi catel yang menjadi harta atau
berada dalam milik atau di bawah kawalan mana-mana pihak berkuasa
sedemikian.
6.0 INSTITUSI YANG TERLIBAT DALAM PENGURUSAN KEWANGAN6.1 Unit
Perancang Ekonomi (EPU)Fungsi-fungsi EPU Membantu kerajaan
merancang ekonomi negara Menjadi urus niaga kepada Majlis Perancang
Negara, jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara, dan jawatankuasa
Pelaburan Antarabangsa. Membantu perancangan Rancangan Malaysia
Lima Tahun untuk Kabinet. Mengkaji kejayaan yang telah dicapai
sewaktu rancangan-rancangan lima tahun dilaksanakan, Menyelaraskan
dan memastikan badan-badan kerajaan melaksanakan projek-projek
ekonomi yang telah diluluskan. Menasihati kerajaan tentang isu-isu
ekonomi negara dan antarabangsa. Menjadi urus setia kepada Program
Kerjasama Teknikal Malaysia (Malaysia Technical Cooperation
Programme- MTCP) untuk negara-negara sedang membangun.
6.2 Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)Fungsi-fungsi ICU
Memastikan dasar-dasar ekonomi kerajaan mencapai matlamat yang
diharapkan oleh kerajaan; misalnya Dasar Pembangunan Nasional,
Dasar Penswastaan, dan dasar Pandang ke Timur. Menyelaraskan usaha
antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri sewaktu
melaksanakan program-program pembangunan. Menjadi urus setia kepada
Majlis Pembangunan Negara. Mengawasi agensi-agensi dan perbadanan
awam seperti PETRONAS, PNS, HICOM, dan MISC supaya kegiatannya
selaras dengan Dasar Pembangunan Nasional. Membantu kerajaan untuk
meningkatkan penglibatan bumiputera dalam bidang perdagangan dan
perindustrian. Melaksanakan tugas-tugas khas seperti;i. Menyediaka
pusat khidmat bagi menyelesaikan masalah kontraktor bumiputeraii.
Membasmi kemiskinan relatifiii. Menyusun semula masyarakat dengan
meningkatkan keupayaan sektor swasta golongan bumiputera.6.3 Unit
pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
(MAMPU)Fungsi-fungsi MAMPU; Mecadangkan pembaharuan dalam cara-cara
pengurusan pejabta-pejabat kerajaan., Meningkatkan kecekapan dalam
kalangan kakitangan kerajaan. Memodenkan sistem pentadbiran awam
denagn memperkenalkan penggunaan komputer dan akedah komunikasi
moden seperti Internet. Mengadakan program kualiti dan
produltiviti, Program Kerajaan elektronik, Program Pembangunan MS
ISO 9000, dan sebagainya. Memberikan khidmat rundingan pengurusan
kepada organisasi kerajaan.
7.0 DASAR-DASAR YANG TERLIBAT DALAM PENGURUSAN KEWANGAN7.1 Dasar
Ekonomi BaruSebelum 1970, dasar pembangunan Malaysia disasarkan
terutamanya untuk menggalakkan perkembangan dengan penekanan kepada
pasaran eksport. Walaupun ekonomi berkembang dengan cepat dalam
tempoh ini pada purata tahunan 6.0 peratus, aspek pengagihan kurang
diberikan penekanan. Ini menghasilkan ketidakseimbangan di antara
kumpulan etnik yang memberi kesan negatif dalam bentuk rusuhan kaum
pada tahun 1969. Pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun
1971 telah melakar sejarah dalam pembentukan dasar ekonomi
Malaysia. DEB menekankan kepentingan mencapai sasaran sosioekonomi
seiring dengan pertumbuhan ekonomi sebagai satu cara mewujudkan
keharmonian dan perpaduan di dalam negara yang terdiri daripada
pelbagai kumpulan etnik dan agama. Matlamat utama DEB adalah untuk
mewujudkan perpaduan negara. Bagi mencapai sasaran ini, dua
strategi utama telah diwujudkan: Untuk mengurangkan dan akhirnya
membasmi kemiskinan melalui peningkatan pendapatan dan penambahan
peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira
kaum;.dan Untuk menyusun semula masyarakat bagi memperbetulkan
ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Strategi
pembangunan luar bandar melibatkan pelbagai program pembasmian
kemiskinan seperti program agropolitan secara bersepadu dan
peladangan kontrak; program keusahawanan termasuk akses kepada
pembiayaan kredit mikro; perkhidmatan sokongan pertanian termasuk
infrastruktur saliran dan pengairan; pembangunan industri
kampung/kecil; penyediaan infrastruktur luar bandar termasuk
jalanraya, eletrik dan air; dan perkidmatan sosial seperti
kesihatan, sekolah, bantuan makanan dan penempatan semula
setinggan.7.2 Dasar Penswastaan NegaraDasar penswastaan ini pertama
kali diumumkan sebagai dasar negara oleh Kerajaan pada tahun 1983.
Ia melambangkan pendekatan baru dalam dasarpembangunan negara dan
ia melengkapkan dasar negara yang lain seperti dasarPenswastaan
Malaysia, yang dibangunkan untuk memberi penekanan ke atas
pertambahan peranan sektor swasta di dalam pembangunan ekonomi
Malaysia. Pendekatan ini ialah untuk memudahkan perkembangan
ekonomi negara,mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran
Kerajaan, mengurangkan campurtangan Kerajaan di dalam ekonomi,
merendahkan tahap dan skop perbelanjaan awam dan membenarkan kuasa
pasaran untuk menentukan aktiviti ekonomi dan memperbaiki
keberkesanan dan produktiviti sejajar dengan Dasar Pembangunan
Negara. Berkenaan dengan pemilikan kekayaan, dasar penswastaan
membentuk bahagian strategi Kerajaan dalam merealisasikan
penyertaan aktif Bumiputera dalam sektor korporat untuk
memperbetulkan ketakseimbangan di dalam penyertaan sektor
korporat.7.3 Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan AwamBagi
melaksanakan dasar ini, Kerajaan telah mengkaji semula skop,
kekesanan dan faedah-faedah perbelanjaan sektor awam meliputi bukan
sahaja perbelanjaan Kerajaan Persekutuan tetapi juga Badan-Badan
Berkanun dan Perbadanan-Perbadanan Awam yang dikawal oleh Kerajaan
Persekutuan dan negeri. Agensi-agensi adalah diminta untuk mengkaji
balik keperluan-keperluan mereka, keutamaan dan faedah-faedah
program-program selaras dengan kedudukan kewangan yang terhad,
terutamanya projek-projek pembangunan yang lazimnya melibatkan
kandungan impot yang tinggi. Hanya projek-projek yang dapat
menyumbang kepada per-kembangan ekonomi dan pencapaian matlamat DEB
sahaja akan dilaksanakan. Lanjutan daripada strategi di atas,
Kerajaan juga telah membekukan pengisian jawatan-jawatan kosong dan
pengambilan kakitangan baru. Jawatan-jawatan awam yang sedia ada
juga akan dikaji semula bagi memastikan tidak ada jawatan-jawatan
yang bertindihkan dari segi bidang kerja. Jawatan-jawatan ini jika
dimansuhkan tidak akan menjejaskan perkhidmatan awam
keseluruhannya. Satu lagi langkah yang diambil untuk mengurangkan
perbelanjaan awam ialah pengawalan ke atas agensi-agensi di luar
belanjawan memandangkan agensi-agensi tersebut mempunyai pengaruh
yang besar kepada kewangan Kerajaan. Selain daripada itu,
langkah-langkah bagi memperkemaskan operasi pentadbiran awam
merupakan sebahagian daripada strategi perlaksanaan. Ini termasuk
meningkatkan kekesanan sistem pengawalan belanjawan yang ada (iaitu
Sistem Belanjawan Program Prestasi) dan pengenalan sistem-sistem
baru seperti 'micro- accounting'. Satu lagi langkah yang diambil
oleh Kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan awam ialah untuk
mengswastakan beberapa kegiatan Kerajaan di bawah dasar
pengswastaan.
8.0 ASPEK PEMODENAN YANG TERDAPAT DALAM PENGURUSAN KEWANGAN8.1
Sistem Perakaunan Mikro (SPM)SPM merupakan sebahagian daripada
sistem perakaunan pengurusan di sektor awam. SPM akan digunakan
untuk menentukan kos output yang dikeluarkan oleh agensi-agensi
Kerajaan. Maklumat mengenai kos output yang diperolehi melalui SPM
akan dapat memberikan gambaran kepada pihak pengurusan sesebuah
agensi Kerajaan tentang kos sebenar sesuatu output yang
dikeluarkan. Selain daripada itu maklumat kos yang diperolehi akan
membantu pihak pengurusan dalam proses perancangan, pelaksanaan,
pengawalan dan penilaian. Melalui SPM, suatu dimensi baru dalam
aspek perancangan dan kawalan kos diwujudkan di peringkat jabatan.
Kerajaan telah memperkenalkan Sistem Belanjawan Yang Diubahsuai
(MBS) mulai tahun belanjawan 1990. MBS ini memerlukan perancangan
dan kawalan terhadap semua input, output dan impak bagi setiap
aktiviti agensi Kerajaan. Tujuan MBS juga ialah untuk membolehkan
pengukuran dan penilaian prestasi setiap program Kerajaan ke arah
mempertingkatkan lagi kualiti dan produktiviti di agensi-agensi
Kerajaan. Satu daripada keperluan di bawah MBS adalah untuk
mengenalpasti kos bagi setiap output di bawah sesuatu projek,
program, aktiviti atau aktiviti kecil oleh agensi-agensi Kerajaan.
SPM yang dicadangkan ini bertujuan untuk memberikan maklumat kos
tersebut. Di samping memberikan penekanan kepada pencapaian
objektif di bawah MBS, SPM menekankan kepada kos yang terlibat
dalam mengeluarkan output iaitu perbandingan kos yang dirancang
bagi output dengan kos output sebenar. Hasil daripada perbandingan
sedemikian akan dapat mengenalpasti punca-punca komponen kos output
yang terkurang/terlebih dibelanjakan dan dengan itu langkah-langkah
pembetulan akan dapat diambil. Selain daripada itu, maklumat kos
output juga sangat berguna kepada pihak pengurusan sebagai asas
untuk meletakkan harga jualan sesuatu output itu, di mana
berkenaan. Dalam hal ini, harga jualan bagi output yang dikeluarkan
oleh agensi Kerajaan itu boleh ditetapkan pada paras melebihi kos
output tersebut; atau pada paras yang hanya mencukupi untuk
menampung kos; ataupun pada paras yang kurang daripada kos
pengeluaran, bergantung kepada jenis output dan tujuan output
tersebut dikeluarkan.
8.2 Sistem Perakaunan Standard Untuk Agensi Kerajaan (SAGA)Pada
tahun 1996, Kerajaan telah memutuskan satu pakej perakaunan yang
terdapat di pasaran diubah suai menjadi pakej perakaunan standard
bagi kegunaan Badan Berkanun Persekutuan. Kerjasama antara Unit
Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU),
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), Jabatan Audit Negara dan
pakar runding yang dilantik oleh Kerajaan, telah menghasilkan satu
pakej perakaunan berkomputer yang dinamakan SAGA. Pakej ini
membolehkan agensi Kerajaan menyediakan penyata kewangan dengan
lebih cepat, tepat dan kemas kini. Memandangkan pada masa kini
terdapat banyak pakej perakaunan berkomputer di pasaran dan pakej
yang dibangunkan sendiri oleh agensi, penggunaan satu pakej
perakaunan yang standard tidak lagi bersesuaian. Sehubungan itu,
kerajaan telah bersetuju supaya sistem yang menepati kriteria
perakaunan yang ditetapkan diguna pakai oleh agensi Kerajaan.
Memandangkan pada masa kini terdapat banyak pakej perakaunan
berkomputer di pasaran dan pakej yang dibangunkan sendiri oleh
agensi, penggunaan satu pakej perakaunan yang standard tidak lagi
bersesuaian. Sehubungan itu, Kerajaan telah bersetuju supaya sistem
yang menepati kriteria perakaunan yang ditetapkan diguna pakai oleh
agensi Kerajaan.9.0 SISTEM DAN STRUKTUR DALAM PENGURUSAN KEWANGAN
MALAYSIA9.1 Sistem Belanjawan Diubahsuai (MBS)Pada tahun 1990,
kerajaan telah menyediakan kerangka pembaharuan dan pengubahsuaian
kepada SBPP. MBS meliputi pengurusan secara keseluruhan termasuk
perancangan strategik, pengurukuran prestasi dan pengawalan
perbelanjaan serta pengesahan dan penilaian program. Tujuan utama
Sistem Belanjawan Diubahsuai (MBS) Pelaksanaan SBPP tidak mencapai
kemajuan yang memuaskan. Pencapaian objektif
Kementerian/Jabatan/Program dan Aktiviti tidak dapat diukur.
Program dan Aktiviti telah dapat disusun mengikut keutamaan. Timbul
masalah pemotongan peruntukan dibuat oleh Perbendaharaan. Masalah
ekonomi negara yang memerlukan tindakan yang lebih berkesan. Isu
kelewatan projek-projek, pembaziran serta penyelewengan wang
awam.
9.2 Sistem Belanjawan Program dan PrestasiSistem Belanjawan
Prestasi adalah antara system belanjawan awal di dunia yang
menekankan kepada aspek pengurusan dan bukannya kawalan
semata-mata. Ini bermakna belanjawan menjadi mekanisme penting
untuk membantu operasi yang berkesan dengan kecekapan yang tinggi.
Dalam belanjawan ini kerajaan menurunkan autoriti kepada
peringkat-peringkat dalam sesebuah organisasi untuk membuat
keputusan berhubung dengan belanjawan mereka. Dalam pelaksanaan SBP
ini, sesebuah organisasi tersebut haruslah mempuyai struktur
operasi yang jelas tentang aktiviti masing-masing dan dalam hal
ini, hospital kerajaan adalah contoh yang sesuai dikaitkan.
Hospital mempunyai beberapa jabatan seperti ubatan, x-ray,
kebersihan, wad. Setiap aktiviti tersebut membentuk unit-unit
pentadbiran yang tersendiri. Dibawah SBP setiap unit tersebut
digalakkan membentuk matlamat prestasi supaya ia akan berguna dalam
memberi keterangan mengenai anggaran belanjawan yang diminta.
10.0 KESIMPULANPentadbiran kewangan dilihat sebagai satu proses
pengurusan sumber kewangan negara. Pengurusan kewangan awam
memerlukan pentadbiran yang sistematik dan bagus kerana kecekapan
pentadbiran negara akan menentukan penggunaan sumber yang mencapai
matlamat negara. Pentadbiran Kewangan adalah asas dan penting dalam
pentadbiran kerajaan. Kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk
membangun, mengurus dan mentadbir pentadbiran kewangan adalah salah
satu tugas yang sangat besar dan rumit. Pengurusan Hasil adalah
penting kerana ia menyokong kepada penerimaan dan perolehan
hasil-hasil kerajaan yang perlu direkod dengan tertib. Begitu juga
dari aspek perbelanjaan yang mesti dikeluarkan mengikut
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan,
akta-akta dan arahan-arahan perbendaharaan. Pengurusan kewangan
kerajaan memerlukan pentadbiran yang sistematik dan cekap kerana
kecekapan pentadbiran akan menentukan penggunaan sumber yang
mencapai matlamat negara.
11.0 RUJUKANAkta Acara Kewangan. (1957) (Pindaan 1972)Akta Audit
.
(1957)http://www.treasury.gov.my.http://www.epu.gov.my/key-policieshttp://attorney_generals_chambers_of_MalaysiaJabatan
Perkhidmatan Awam, www.jpa.gov.myJabatan Audit Negara,
www.audit.gov.myJabatan Akauntan, www.anm.gov.my
AZLINA BT YAHAYA, 223635 4