SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA( 1600 – 1990 ) ABSTRAK Sistem pendidikan penjajah telah digantikan dengan sistem pendidikan kebangsaan. Sistem yang terdahulu tidak mengambil kira pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Lantaran itu kesedaran dikalangan pemimpin dan rakyat Malaysia timbul bahawa betapa mustahaknya satu bentuk sistem pendidikan mengikut acuan kita sendiri. Maka dengan itu Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib ( 1960 ) menjadi asas pembentukan sistem dan Dasar Pendidikan ( Pelajaran ) Kebangsaan seperti termaktub dalam Akta Pelajaran Kebangsaan 1961. Kemudian sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Kebangsaan. Tujuan untuk memperbaiki perlaksanaannya supaya matlamat melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisipilin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahuan 1976. Kertas kerja ini akan melihat evolusi sistem pendidikan kebangsaan yang sentiasa berubah dari awal hingga kini dan terjelmanya Falsafah Pendidikan Negara secara tersurat. Sehubungan dengan itu seharusnya kita menyorot kembali sejarah perkembangan pendidikan di zaman silam, - 0 -
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA( 1600 – 1990 )
ABSTRAK
Sistem pendidikan penjajah telah digantikan dengan sistem pendidikan kebangsaan.
Sistem yang terdahulu tidak mengambil kira pembangunan, pembentukan identiti
kebangsaan dan perpaduan negara. Lantaran itu kesedaran dikalangan pemimpin
dan rakyat Malaysia timbul bahawa betapa mustahaknya satu bentuk sistem
pendidikan mengikut acuan kita sendiri.
Maka dengan itu Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib ( 1960 ) menjadi
asas pembentukan sistem dan Dasar Pendidikan ( Pelajaran ) Kebangsaan seperti
termaktub dalam Akta Pelajaran Kebangsaan 1961. Kemudian sebuah Jawatankuasa
Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar
Pendidikan Kebangsaan. Tujuan untuk memperbaiki perlaksanaannya supaya
matlamat melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisipilin serta
memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat
dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahuan 1976.
Kertas kerja ini akan melihat evolusi sistem pendidikan kebangsaan yang sentiasa
berubah dari awal hingga kini dan terjelmanya Falsafah Pendidikan Negara secara
tersurat. Sehubungan dengan itu seharusnya kita menyorot kembali sejarah
perkembangan pendidikan di zaman silam, zaman penjajahan British, sebelum
merdeka dan selepas merdeka. Akhirnya akan membawa kepada satu isu
bersangkutan perlaksanaan dasar yang terbaru untuk dibicarakan dalam kertas ini
iaitu pelajar-pelajar yang lulus PMR dengan sekurang-kurangnya mendapat
1D, boleh dinaikkan ke tingkatan 4. Isu ini telah dilaksanakan dalam tahun 1998.
- 0 -
Di kalangan warga pendidik mereka melihat isu ini dalam berbagai persepsi ada yang
pro dan ada yang kontra dalam perkara ini.
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA( 1600 – 1990 )
Sejarah Awal Pendidikan di Tanah Melayu
Corak pendidikan yang ada di waktu ini berbentuk bukan formal. Ia wujud dan
berkembang bersama-sama pengembangan agama Islam di negari-negeri Semenanjung
Tanah Melayu dan kepulauan Melayu pada abad ke 14. Pedagang Arab dan India yang
beragama Islam datang ke kawasan Asia Tenggara. Di waktu itu wujudnya institusi
pendidikan yang dinamakan ‘sekolah pondok’. Sekolah pondok ini dibangunkan dan
dimajukan bersama secara gotong royong di kalangan masyarakat setempat. Pada abad
ke 18 dan 19 di Terengganu, Kelantan dan Kedah yang paling banyak sekolah pondok.
Ramainya tokoh-tokoh agama muncul menyebarkan agama Islam di Semenanjung Tanah
Melayu. Sekolah pondok juga merebak di Semenanjung Tanah Melayu termasuk
Singapura. Sehingga sebelum abad ke 20 masih tiada sistem dan organisasi pendidikan
berbentuk formal.
Pendidikan Di waktu Penjajahan Inggeris (1800 hingga 1956)
Sistem pendidikan diwaktu ini adalah warisan budaya pendidikan zaman pemerintahan
Inggeris. Diwaktu zaman ini terbentuk lima jenis persekolahan iaitu Sekolah Vernukular
- 1 -
Melayu, SekolahVernukular Cina , Sekolah Vernukular India, Sekolah Vernukular
Inggeris dan Sekolah Agama ( Madrasah ). Ciri-ciri sebegini rupa terbentuk kerana
mengambil kira faktor politik, ekonomi ,sosio-budaya dan agama.
Pendidikan Sebelum Merdeka ( 1941 hingga 1956 )
Waktu pemerintahan Jepun ( 1941 hingga 1956 ) Pendidikan Tamil dan Pendidikan
Melayu diteruskan dengan ditambah bahasa Jepun. Penubuhan sekolah Nippon-Go untuk
menggantikan Sekolah Vernukular Cina dan Inggeris. Pengajaran lebih ditekankan lagu-
lagu klasik Jepun dan Kebudayaan Jepun.
Selepas tamat Perang Dunia Kedua 1946 , Inggeris kembali semula ke Tanah Melayu.
Keadaan sistem pendidikan diwaktu ini bercelaru, orang Melayu telah mula kuat
semangat nasionalisme dan masyarkat Cina, India masih mahu kekal bermastautin di
Malaya. Selain daripada itu dikalangan orang Melayu mula timbul kesedaran untuk
memajukan pendidikan. Melalui pendidikan, ekonomi dan sosial orang Melayu di
tingkatkan.
Atas desakan dan kesedaran orang Melayu untuk memperluaskan peluang pendidikan
untuk kanak-kanak Melayu. Kaum Melayu mula mendesak pihak kerajaan Inggeris
memperbaiki keadaan pendidikan di sekolah-sekolah Melayu. Maka pada tahun 1950
satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh L.J.Barnes telah ditugaskan untuk
menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan orang Melayu. Pada tahun 1951
- 2 -
terbentuklah Jawatankuasa L.J.Barnes fokusnya kepada pendidikan orang Melayu dan
membawa kepada seluruh sistem pendidikan perlu dirombak semula.
Perkembangan Pendidikan Dari Tahun ( 1957 hingga 1970 )
Dalam waktu ini bagi menjelaskan perkembangan pendidikan ada baiknya dilihat
kronologi peristiwa perkembangan yang berlaku didalam sistem pendidikan untuk
memberikan gambaran yang jelas mengenainya.
- Malaya merdeka pada 31 Ogos 1957
- Laporan Rahman Talib 1960
- Pendidikan rendah percuma
- Peperiksaan masuk sekolah menengah dimansuhkan 1964
- Pendidikan menengah komprehensif atau pendidikan aneka jurusan
Diperkenalkan 1965
- Peperiksaan darjah lima diperkenalkan 1967
- Jawatankuasa perancangan pelajaran tinggi dibentuk membawa tertubuhnya
Majlis Pelajaran Tinggi 1968. ITM,TAR,UKM.
- 1967 Laporan Khir Johari dikemukakan dan Akta Bahasa Kebangsaan
diluluskan.
- Peristiwa 13 Mei 1969 .- ekoran dari itu Dasar Ekonomi Baru dan Rukun
Negara sebagai panduan, perumusan dari pendidikan dan matlamatnya.
- 3 -
- Majlis Operasi Kebangsaan- kehidupan kampus pelajar UM. Laporan Majid
1971 dikemukakan.
- Laporan Murad 1973 – kandungan keciciran pelajar
- Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran atau
Laporan Kabinet 1979.
- Laporan Kabinet mencadangkan-KBSR terlaksana 1983 dan KBSM pada
1989.
Perkembangan Pendidikan dari Tahun 1970 hingga 1990
Tahun-tahun diantara 1970 hingga 1990 merupakan era penyusunan semula sistem
pendidikan di Malaysia. Usaha dan tumpuan yang lebih bagi pihak kerajaan reformasi
menyeluruh dalam sistem pendidikan. Ini bertujuan bagi mencapai matlamat membina
sebuah masyarakat yang bersatu padu yang mempunyai identiti sendiri.
Oleh itu dasar-dasar pendidikan yang mendokong semangat kebangsaan. Penyusunan
organisasi pendidikan yang selaras meliputi peringkat sekolah pada peringkat Sek.Men
dan Sek.Ren sama ada di Semenanjung, Sabah dan Sarawak supaya mengikuti dasar
kerajaan. Struktur kurikulum untuk sekolah, pendidikan guru dan pendidikan tinggi
supaya wujud kesinambuangan dan kerelevanan peringkat-peringkat pendidikan.
Seterusnya ia dapat memperbaiki keadaan demokrasi dan ekuti dalam pendidikan agar
wujud kesamarataan penyertaan untuk etnik dan geografi.
- 4 -
Rumusan
Pendidikan dalam zaman sebelum pemerintahan Inggeris ia bercorak non-formal.
Kedatangan penjajah pula telah banyak menimbulkan masalah dan mempengaruhi
perkembangan sistem pendidikan. Pendidikan agama telah berubah corak dengan
penubuhan Sekolah Agama Islam yang moden dikenali dengan nama ‘Madrasah’.
Laporan L.J.Barnes ( 1951 ) merupakan komponen yang penuh kontroversi. Ia
memperlihatkan kepentingan sesuatu etnik sahaja. Laporan Razak ( 1956 ) dan Laporan
Rahman Talib ( 1960 ) telah menjadi asas penggubalan Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar –dasar yang penting dikemukakan oleh Laporan tersebut dimaktub ke dalam Akta
Pelajaran 1961. Sehingga tahun-tahun selepas kemerdekaan hingga 1970 dianggap
penyusunan semula sistem pendidikan bukan sahaja di Semenanjung juga di Sabah di
Sarawak. Tahun tujuh puluhan hingga sembilan puluhan bolehlah dianggap sebagai era
pembangunan dan pengukuhan sistem pendidikan serta memperolehi pendidikan
berkualiti.
- 5 -
DASAR PENDIDIKAN NEGARA
Pendahuluan
Pada umumnya dasar pendidikan negara digubal pada peringkat pusat oleh Kabinet,
Kerajaan dan Kementerian Pendidikan melalui sistem Jawatankuasa. Tujuannya ialah
membentuk satu sistem pendidikan yang seragam menyeluruh dan diterima pakai seluruh
negara.
Pengubalan ini satu usaha yang rumit. Ia harus dilakukan dengan teliti, dibuat kajian dan
dilihat pelbagai sudut. Sesuatu dasar yang digubal itu dijadikan satu kod etika atau
amalan dalam pendidikan supaya ia tidak berlaku penyelewengan. Dasar pendidikan
merupakan satu sistem rangkaian maklumat atau media yang menjelmakan idealisme,
falsafah, matlamat dan objektif pendidikan negara. Ini bermaksud meliputi ruang lingkup
pelbagai aspek dan elemen dalam masyarakat iaitu sosial,politik, adat resam, agama, hak,
ketatasusilaan, kewarganegaraan, bahasa dan sebagainya. Ia juga mengambil kira
kepelbagaian atau variasi budaya, etnik dan kedudukan geografi. Usaha ini menjurus
kepada matlamat mencapai integrasi nasional.
- 6 -
Selain daripada itu dasar pendidikan yang digubal memberi tumpuan berbagai aspek dan
komponen dalam sistem pendidikan termasuk perkara pendidikan formal, jenis
pendidikan, kurikulum, pentadbiran, penyertaan dan agihan insfrastuktur. Dasar itu diberi
perhatian untuk memastikan pengukuhan prinsip demokrasi, kesamarataan dan
kesejagatan dalam pendidikan.
Selepas merdeka kerajaan yang memerintah telah menyusun semula sistem pendidikan .
dasar-dasar pendidikan yang ada diperkukuhkan dalam perlembagaan dan undang-
undang . Dasar yang digubal diperakukan oleh undang-undang supaya ia lebih telus dan
mengelakkan salah faham serta hak dan keistimewaan golongan masyarakat yang lain.
Latar Belakang
Golongan yang dipertanggungjawabkan mengubal dasar ialah golongan yang diberi
kuasa oleh kerajaan. Golongan yang dimaksudkan ialah pemimpin , pemerintah atau
pentadbir. Tujuan dasar itu digubal bagi melindungi hak, status, prestij dan faedah bagi
seluruh organisasi atau masyarakat. Dalam membentuk dasar tersebut ada unsur tekanan
dan desakan agar dasar itu menjadi amalan dan menjamin kejayaan perlaksanaannya.
Sesetengah dasar kerajaan dinyatakan secara formal dalam dokumen-dokumen urusan
pentadbiran. Sebagaimana kita ketahui dasar pemerintah negara dapat dilihat pada
undang-undang dan perlembagaan yang telah didaulatkan.
Dilihat aspek pendidikan sesetengah negara di dunia pengubalan dasar pendidikan
mengambil kira berbagai-bagai aspek kehidupan masyarakat. Sama ada pendidikan
- 7 -
formal atau tidak formal dianggap agen yang dipertanggungjawabkan untuk proses
sosialisasi dan pembudayaan ahli-ahli masyarakat khususnya generasi yang akan datang.
Perubahan dasar ini tidak pula melangsungkan perubahan seluruh sistem pendidikan ia
hanya berbentuk pengukuhan atau pemantapan kepada dasar-dasar yang sedia wujud.
Elemen yang mempengaruhi unsur dasar pendidikan ialah masyarakat. Masyarakat
sebagai penentu kepada sistem pendidikan kerana ia bersangkutan ideologi negara iaitu
sama ada ideologi demokrasi sosiolis, kapitalis, totalitarian, autorian, marxis, komunis
dan Islam. Selain daripada itu yang dilihat dari aspek orientasi sosial ,orientasi ekonomi,
orientasi politik, orientasi pembangunan, fahaman agama kepelbagaian kaum, teknologi
dan pengaruh perkembangan antarabangsa.
Oleh demikian pengubalan dasar dan keputusan mengenai urusan pendidikan negara ini
dilakukan pada peringkat pusat tertinggi iaitu Kementerian Pendidikan melalui Sistem
Jawatankuasa yang dianggotai oleh tujuh buah jawatankuasa. Jawatankuasa ialah Jawatan
kuasa Perancangan Pendidikan ahli-ahli anggotanya ialah Menteri Pendidikan ( Pengerusi
) Timbalan-Timbalan Menteri Pendidikan, Ketua pengarah dan dua oarang timbalannya,
Ketua Setiausaha dan dua orang timbalannya, Pengarah Bahagian Perancangan dan
Penyelididikan ialah Jawatankuasa Kurikulum, Jawatankuasa Bahagian Pendidikan
Tinggi, Jawatankuasa Pembangunan, Jawatankuasa Buku Teks, Jawatankuasa Kewangan
dan Jawatankuasa Biasiswa dan Latihan.
- 8 -
Dasar-dasar baru yang ingin dilaksanakan diumumkan secara langsung oleh Menteri
Pendidikan atau melalui pekeliling-pekeliling rasmi ke Bahagian-Bahagian, Jabatan
Pendidikan Negeri dan Sekolah-Sekolah.
Pengertian Dasar
Dari sudut bahasa dan dalam bidang sains sosial dasar sama ertinya dengan asas, iaitu
ketetapan yang menjadi pegangan dan tongak tindakan dan urusan. Perkataan Bahasa
Inggeris dasar ertinya 'policy'. Dari segi estimologinya, policy berasal dari perkataan
Greek iaitu 'polis' yang bermakna ‘city-state'. Dalam bahasa Latin bermaksud 'politia'
yang merujuk kepada negara. Manakala perkataan 'policie' digunakan dalam Middle
English ia membawa maksud merujuk kepada pengendalian urusan awam atau
pentadbiran kerajaan.
Tinjauan Litateur
Perkara pokok yang dapat dilihat disini ialah pengubalan dasar yang lama dan tidak
diterima pakai digantikan yang baru bersesuaian tuntutan masa dan zaman. Oleh itu
pengubalan dasar ini merupakan satu proses yang begitu kompleks.
Proses pengubalan dasar terbahagi kepada enam langkah Fowler ( 1990 ) mengikut